Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Jumaat, 10 Mei 2013

SEWANGI CINTA ANGGERIK : BAB 16


TELEFON di atas meja Suriya sibuk berdering. Kerja tengah banyak la wei, aku malaslah nak angkat kau! Rungut hati kecil Suriya. Tapi sebabkan bunyi deringan yang buat dia rasa sakit telinga, akhirnya dia angkat juga ganggang telefon.
“Helo,”
“Su, Kak Sari ni. Su turun ke lobi sekejap boleh tak?” Suara penyambut tetamu di kaunter lobi bernama Jamsari atau lebih mesra dipanggil Sari atau Kak Sari menyapa cuping telinga Suriya.
“Ada apa kak? Kerja tengah banyak ni.”
“Turunlah sekejap. Ada barang sampai ni, atas nama Su.”
“Barang? Barang apa pulak ni?” Kening Suriya terjongket. Hilang terus fokusnya pada PC. Aku ada order apa-apa barang ke? Suriya berfikir-fikir. Manalah tahu kalau-kalau dia ada buat pembelian atas talian.
“Haah. Ada delivery dari kedai cenderahati ni. Cepatlah turun, dah lama budak ni tunggu. Kesian dia.” ujar Jamsari lagi.
Kedai cenderahati? Bila pulak aku ada order barang dari kedai cendera hati ni? Suriya keliru. Atau pun ada orang hadiahkan? Tapi siapa? Tetiba Suriya ada peminat misteri pula hari ni.
“Akak sign ajelah bagi pihak saya,” Suriya dah malas nak fikir.
“Eh, tak boleh macam tu. Budak ni cakap Su sendiri yang kena ambil barang ni. Bos dia marah kalau bukan Su yang datang ambil.”
“Pulak? Yalah, yalah. Su turun sekarang.” Suriya akur akhirnya. Ganggang diletak kembali dan berlalu turun ke tingkat lobi bangunan itu.
“Eh, eh. Nak ke mana tu? Laju semacam.” Noraini bertanya apabila melihat Suriya kelam-kabut semacam.
“Lobi,”
“Apa kes?”
“Kak, saya turun dulu. Nanti saya bagi tahu kat akak ye,” Suriya terus berlalu tanpa mengiraukan muka Noraini yang penuh dengan tanda tanya.

“KAK, mana budak  yang hantar barang tu?” Sampai saja di kaunter penyambut tetamu, Suriya terus menyoal Jamsari.
“Tu.” Jari Jamsari lurus menunjuk ke arah seorang remaja lelaki yang sedang duduk santai di sofa. “Dik, mari sini. Inilah Suriya,” beritahu Jamsari pada remaja lelaki tersebut.
“Kak, saya Azam. Saya ditugaskan hantar hadiah ini untuk akak.” Azam menghulurkan kotak hadiah. Bentuk kotak seperti kotak kek.
“Untuk saya? Betul ke ni?” Manalah tahu kalau Azam ni silap orang.
“Akak ni Suriya Anggerik kan?”
“Ya,” teragak-agak Suriya mengiyakan.
“Ha… Betullah tu,” Suriya ambil kotak yang dikatakan hadiah itu dari tangan Azam.
“Apa ni?” Suriya cuba goncang kotak tersebut tapi sempat dihalang oleh Azam.
“Eh, jangan goncang kak. Habis pecah nanti.” Jelas riak risau di wajah Azam. Siapa tak risau beb. Rosak hadiah tu apa dia nak jawab dengan bos di kedai?
“Habis, apa kat dalam ni?” Suriya tak puas hati. Soalannya dibiar tak bersahut.
“Hadiah.” Azam keluarkan fail kerjanya. “Akak sign kat sini,” pinta Azam sambil hulur pen kepada Suriya.
Suriya turutkan permintaan Azam. “Terima kasih, kak. Saya pergi dulu kak,”
“Azam, hadiah ni dari siapa?” tanya Suriya.
“Akak buka kad tu dan baca,” suruh Azam sebelum angkat kaki.
Suriya pandang pada permukaan atas kotak hadiah. La… Ada kad rupanya.
“Apa tu? Dari siapa?” Sibuk Jamsari menyoal Suriya. Macam Noraini jugak ni. Suka ambil tahu hal dia.
“Entah.” Tak sempat Suriya nak tengok isi kad itu. “Saya naik dululah kak. Terima kasih ya,” Jamsari mengeluh hampa. Tak dapat dia nak tengok apa hadiah kat dalam kotak tu.
Suriya melangkah ke arah lif. Pintu lif terbuka dan dia terus masuk ke dalam perut lif. Langsung tak pandang kiri kanan. Dalam kepalanya sekarang sibuk nak tahu isi dalam kotak yang sedang dia pegang itu.
“Eham! Besar kotak. Dapat hadiah ke?” Ada suara menegur Suriya. Laju kepalanya berpusing ke belakang.
“Bad. Hmm… Ada orang hantar tadi. Tapi rasa macam salah orang je.” Jawab Suriya. Dia tak hiraukan orang sebelah yang asyik pandang perbualan dia dan Badrul. Mesti sedang pasang telinga sekali.
“Salah orang? Nama Su yang dia tulis, mestilah untuk Su. Takkan untuk orang lain pulak.”
“Tapi peliklah. Su tak pernah pun ada admirer. Tup-tup dapat hadiah hari ni.” Suriya luahkan apa yang dia rasa.
“Alah, adalah tu yang nak surprisekan Su, siapa tahu kan. Terima ajelah.” Serentak dengan itu pintu lif terbuka. Suriya bergegas melangkah keluar dari lif. Dia sempat senyum ke arah Badrul. Tapi lelaki segak berkot di sebelah Badrul, langsung dia tak pandang. Tak rugi apa-apa pun kalau tak pandang!
Suriya masuk ke ruang kerjanya. Noraini tak ada. Selamat! Suriya segera mendapatkan mejanya. Kotak hadiah diletak di atas meja. Tangannya gatal mengusik sekeping kad yang siap bersampul yang diselitkan di atas kotak.
“Ha! Wah, wah. Dapat hadiah rupanya.” Sergah Noraini yang entah dari mana muncul. Tadi tak ada. Tiba-tiba aje muncul.
“Akak ni! Terkejut Su.” Terperanjat Suriya. Dia urut dadanya yang berdebar-debar akibat sergahan Noraini.
Noraini tayang sengih. Suriya pula cepat-cepat sorokkan kad di tangan di dalam laci. Masak dia kalau Noraini dapat baca kad itu. Yang penting biar dia sorang-sorang yang baca kad tu. Lepas dah baca, nak simpan ke nak buang ke, itu terpulang.
“Apa yang kat dalam ni? Kek ke?” Noraini galak nak tahu apa isi dalam kotak yang Suriya bawa masuk tadi.
“Entah, Su tak buka lagi,”
“Habis tu, tunggu apa lagi? Cepatlah buka.” Noraini merengek suruh dia buka kotak tu seperti kotak itu Noraini yang punya. Ya ampun! Dah teruk akak sorang ni.
Dengan lafaz bismillah, Suriya buka kotak tersebut. Kalau tak buka kang, ada jugak yang tak sambung kerja sampai waktu balik. Hii… Tak kuasa Suriya nak melayan rengekan Noraini yang lebih banyak drama dari yang betul. Penutup kotak dia tarik ke atas. Dan terlihat di ruang mata mereka berdua isi dalam kotak tersebut. Suriya tergamam.
Wow! Cantiknya Su!” Teruja sekali suara Noraini. “Hei, Su!” Noraini goncang bahu Suriya yang diam membisu. Dah macam patung pulak.
“Ha?”
“Orang sibuk cakap pasal hadiah ni, boeh pulak dia sibuk termenung. Apa kes ni?” Noraini senggol lengan Suriya.
Suriya diam. Soalan Noraini dia tak jawab. Matanya sibuk memerhatikan apa yang terhidang di depan mata. Nak tau apa isi dalam kotak tu? Susunan coklat berwarna-warni dan berukiran cantik membentuk sebuah taman bunga. Di tengah-tengahnya terisi susunan huruf membentuk perkataan, I’M SORRY. Sangat cantik! Sekali lagi Suriya terpegun. Tapi kenapa I’M SORRY? Siapa yang buat salah dengan aku ni? Suara hati Suriya berdetik.
“Dari siapa ni?” Noraini sibuk lagi menyoal.
“Entah kak,” Suriya buat-buat sibuk perhatikan sekeliling kotak. Mencari sekeping kad kononnya. Padahal kad itu sudah dia sorokkan di dalam laci. Mau kecoh satu ofis kalau kad tu jatuh ke tangan Noraini. Yang malu nanti, dia jugak!
“Tak ada kad pun.” Bohong Suriya.
“Tapi kenapa I’M SO SORRY?” Soalan yang tadinya berlegar di dalam kepala Suriya dimuntahkan oleh Noraini.
“Entah.” Suriya jawab sambil angkat bahu.
“Su tengah merajuk dengan seseorang ke? Bertuahnya badan. Entah-entah ada yang tengah minat kat Su ni.” Noraini meneka.
“Eh, tak ada maknanya kak. Malas la nak layan semua ni. Dah-dah, sambung kerja.” Suriya menutup kembali kotak itu. Noraini pula berlalu ke mejanya.
Tanpa mereka berdua sedari, ada sepasang mata yang ralit sekali memerhatikan tingkah mereka berdua dari cermin kecil di pintu biliknya. Terpaksa dia pandang dari jauh. Ikut hatinya memang meronta-ronta mahu tegur Anggerik tapi dia bimbang akan penerimaan Anggerik nanti. Maunya dia mengamuk depan-depan semua pekerja bawahan Iddin nanti. Saja je Iddin dapat malu free!
Apa dia nak buat dengan hadiah tu? Janganlah dia buang. Atau dia nak bagi kat Kak Ani? Iddin berfikir-fikir. Dia lihat Noraini begitu sibuk mahu tahu apakah isi dalam kotak tersebut. Seketika kemudian, dia lihat Noraini berlalu. Dan Iddin melepas nafas lega. Nasib baik Anggerik tak bagi hadiah tu kat Noraini. Kalau tak, saja buang duit aku! Gerutu Iddin.

SURIYA pandang kotak di depannya tak berkelip. Tika itu semua rakan sekerja sudah beransur pulang. Hanya dia yang tinggal di ruang kerja itu. Dia sedang mengira detik ke pukul 6.00 petang, menanti Pak Mail datang jemput dia. Siapa yang hantar kau kat aku? Itu soalan yang berlegar di dalam kepalanya.
Suriya teringatkan kad yang dia sorokkan dari pandangan Noraini tengah hari tadi. Ya ampun. Lupa terus dia. Lantas dia capai kad itu dari dalam laci. Serentak dengan itu telefonnya berdering minta diangkat. Siapa pulak yang call petang-petang ni? Pak Mail.
“Helo, assalamualaikum Pak Mail.” Mesra suara Suriya memberi salam.
“Wa’alaikumussalam. Su, Pak Mail sebenarnya tak dapat nak ambil Su petang ni. Teksi ni tiba-tiba pulak meragam.” Takut-takut kedengaran suara Pak Mail. Dia bukan apa. Dia bimbangkan keselamatan Suriya jika terpaksa pulang sendiri.
“Oh,” Suriya pandang jam di pergelangan tangannya. Lagi dua puluh minit sebelum pukul 6.00 petang. “Tak apalah Pak Mail. Rasanya sempat lagi saya tunggu teksi kat bawah.” Suriya bangun dari kerusi.
“Tak apa ke ni?”
“Tak apa Pak Mail. Tak payah risau.” Di mulut kata begitu. Tapi di dalam hati sudah berfikir-fikir. Kat manalah nak cekau teksi petang-petang ni?
“Okey, Pak Mail minta maaf Su.”
Selepas berbalas salam, talian terputus. Kelam-kabut Suriya menyimpan kembali telefon bimbit di dalam beg tangannya. Takut tercicir aje jika tersilap simpan. Wah! Hari ni banyak barang yang dia kena bawa balik. Biasanya dua buah beg aje. Hari ni ada pertambahan sebuah kotak hadiah pulak. Sampai terkial-kial masa dia nak tekan butang lif. Nasib baiklah ada tangan yang sudi menghulurkan bantuan.
Keluar dari perut lif, Suriya menapak ke perhentian teksi. Mak oi! Ramainya manusia! Entah dapat ke tidak teksi ni. Gerutu Suriya. Biasanya tak seramai ini. Tapi hari ni, macam terlebih ramai pulak. Lima belas minit sudah masa berjalan. Dan selama lima belas minit itu juga Suriya berdiri tegak di situ. Dah naik kematu kakinya berdiri. Bukan tak ada teksi yang lalu tapi semuanya dikebas orang. Terasa nak menangis aje!
Pin… Pin… Pin…
Siapa pulak yang main hon ni? Nak jalan, jalan ajelah. Tak ada yang nak block jalan kau pun. Rungut Suriya. Bingit bunyi hon kereta itu menyakitkan telinganya.
Pin… Pin… Pin…
Ya Allah, dia bunyi lagi? Ada jugak yang pecah cermin kereta kena hempap dengan laptop nanti! Suriya jadi bengang. Dah la teksi tak dapat lagi. Dapat pulak pemandu entah datang dari mana yang sewel semacam ni. Duk main tekan-tekan hon pula.
Telefon di dalam beg tangan berbunyi. Ni lagi satu. Siapa pulak yang sibuk telefon time ni? Sudahlah tangan tengah pegang kotak hadiah. Kerana malu muka dengan orang sebelah yang sorang demi sorang jeling dia, Suriya akhirnya akur. Siapa tak pandang kalau petang-petang macam tu terdengar lagu berhantu Pulangkan nyanyian Misha Omar. Sudahlah hari dah merangkak menghampiri senja. Dia bawa keluar telefon bimbit dari dalam beg dengan susah payahnya.
+6012 7900000
Naik nombor telefon tak bernama. Nombor yang tak dikenali dan tiada dalam memori kad sim. Siapa pulak ni? Sejak dapat hadiah tengah hari tadi, mood Suriya terus merudum. Dia jadi geram. Akhirnya Suriya tekan butang merah. Settle masalah! Tapi tak sampai seminit, telefon itu berdering kembali. Suriya pandang sebelah, orang sebelah pandang dia lagi. Butang hjau dia tekan.
“Helo,” teragak-agak Suriya menyapa.
“Awak nak balik ke tak?”
“Siapa ni?” Tetiba tanya aku macam tu, apa kes? Gerutu Suriya di dalam hati.
“Anggerik!” Serentak dengan itu, ada suara yang memanggil namanya. Pantas mata Suriya bekerja, mencari dari mana datangnya suara tersebut. Matanya berhenti pada seseorang yang sedang melambai ke arahnya dari dalam sebuah kereta sport.
“Siapa ni?” Suriya masih tak nak kalah. Dia mara ke depan sedikit dari kalangan orang ramai yang sedang menunggu teksi di situ.
I’m your boss!” Beku suara di hujung talian. Bos?! Sungguh. Dia tak cam akan suara itu.
Pin… Pin… Pin…
Hon dibunyikan lagi. Suriya terkejut. Selepas pandang kiri dan kanan, Suriya melangkah ke kereta sport itu. Terdengar soseh-soseh cakap belakang ketika dia melintasi orang ramai di situ. Pintu dibuka, arahan dari encik bos menyapa telinga.
“Beg letak kat belakang,”
Suriya akur. Nasib baik bosnya ada perasaan berperikemanusiaan. Kalau tak tadi, sah-sah Suriya kutuk kaw-kaw punya! Sejurus punggungnya menghenyak kusyen, kereta terus dipecut laju. Wajah orang sebelah sedikit pun dia tak pandang!

5 ulasan:

  1. BEST...huhu..kak noraini amboi...nasib tak nampak kad hehe..fieyza next nak tau apa yang terjadi dalam keta tu huhuhu

    BalasPadam
  2. Ruunna qizbal: terlupa nak letak n3 baru.. Huhu

    Kak nani; ok, kita tunggu next bab apa yg jd ye.. Hehe

    BalasPadam
  3. Best, ni buat tak sabar nak memiliki novel SCA

    BalasPadam