Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Selasa, 3 Januari 2012

KAU YANG KUSAYANG:BAB22

BAGAI mimpi rasanya hidup ni. Semalam dia masih lagi seorang lelaki bujang yang bebas pergi ke mana sahaja tanpa apa-apa bebanan tanggungjawab. Tetapi hari ini, gelaran suami yang baru beberapa jam disandang masih lagi terlalu baru untuknya. Serta-merta dia merasakan bebanan yang sangat berat sedang tergalas di bahunya. Yang orang nampak hanyalah akad nikah biasa sahaja, yang biasa didengar di mana-mana majlis akad nikah.

Tapi ramai yang tak tahu maksud yang tersirat daripada lafaz akad itu. Lafaz akad yang dilafaz oleh seorang lelaki Islam bermaksud si lelaki secara tidak langsung telah menanggung segala dosa yang dilakukan oleh si isteri sama ada ketika si isteri masih di bawah jagaan ibu bapanya dan sesudah menjadi isteri si lelaki tersebut. Tak dapat dibayangkan betapa besarnya tanggungjawab seorang insan yang bergelar suami.

Selama ini dia memang cetek ilmu agama dan ada kalanya solat pun tak cukup lima waktu sehari semalam. Solat sunat jauh sekali. Namun, kata-kata seorang ustaz ketika menghadiri kursus perkahwinan dulu terngiang-ngiang di telinganya secara mendadak. Sebelum ini, dia selalu menemani kawan-kawannya berdepan tok kadi dan lafaz akad memang tidak asing lagi dalam hidupnya.

Sebelum ini juga dia tidak pernah ambil pusing maksud disebalik akad nikah tersebut. Cuma hari ini baru dia terasa apabila menghadapinya sendiri. Tanggungjawab menjadi seorang suami sangat berat utuk dipikul. Tambah lagi dia masih lagi tidak mengenali luar dan dalam isterinya itu. Bagaimana jika isterinya juga seperti dia? Masih punya cacat-cela pada amalan untuk Sang Pencipta.

Ya Allah! Spontan dia meraup wajahnya dengan kedua-dua telapak tangannya. Syazril sedang duduk bergelap di atas sofa di dalam suite mewah milik Ri-Yaz Heritage Marina Resort And Spa, bilik yang telah ditempah oleh mamanya. Resort mewah yang terletak di Pulau Duyong ini amat-amat cantik rekabentuknya dan menjadi tumpuan para pelancong asing dan pelancong tempatan.



Dia berpaling, matanya terarah pada sekujur tubuh milik seorang gadis yang sudah sah menjadi isterinya. Syafiza Akhira Binti Abdul Rahim, itulah nama penuh gadis itu. Nama yang dia sebut waktu majlis akad pagi tadi. Sangat tenang sekali gadis itu dibuai lena. Mungkin sedang dibuai mimpi yang indah.

Hanya dia masih lagi tidak tidur. Matanya masih tidak lagi menunjukkan tanda-tanda mengantuk sedangkan sekarang sudah menginjak ke pukul 3.00 pagi. Perlahan-lahan dia menghampiri pintu gelungsur dan pintu itu dia tolak perlahan tanpa mengejutkan si isteri. Dia memandang ke persekitaran pulau melalui balkoni bilik. Simbahan cahaya dari pusat bandar Kuala Terengganu menarik minatnya. Terpegun dia di situ. Tanpa sedar, dia terlentok di situ kerana keasyikan dari hembusan angin malam yang sejuk dan mendamaikan.

p/s: pendek je bab 22.. huhuhu

14 ulasan:

  1. kenape? kenape? kenape? pendek sngt ni... uhhuhu.... apepung thanxs cik writer

    BalasPadam
  2. xpe, bab 22 pendek.. bab 23, nanti panjang la.. hehehe.. tq..:)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah syazril xspt watak lain dlm novel kahwin paksa gini. masih ada kesedaran utk berubah. masih memikir akan tggjwb yg dpegang. mampukah dia utk memegang amanah dan memimpin isteri ke arah jln yg lurus. berkahwin mmg bukan hnya kerana terlafaz akad tp kesanggupan memegang tanggungjawab.

    BalasPadam
  4. yup!! terlampau klise klau guna mcm yg biasa2 tu.. asal kena kahwin paksa je mesti lelaki yg pnas baran la, apa la.. mreka ni x bergaduh pun sepanjang awal perkahwinan cuma susah untuk sesuaikan diri... tq for ur comment..:)

    BalasPadam
  5. kenapa pendek sangat nie...hehe...nnt bab 23 kasi panjang sikit ye..nak tau macam mana penerimaan Syaril dan Sya lepas berkahwin..

    BalasPadam
  6. hope diorg dapat serasi bersama...

    BalasPadam
  7. insya allah.. sama2 kita berharap..:)

    BalasPadam
  8. nak lg nak lg...pendek sangt arr

    BalasPadam
  9. yg ni mmg pendek.. sabar menunggu next n3, bab23.. hehehe..:)

    BalasPadam
  10. baru nak feel dah abis --- aduyaaiii ... cepat ye continue

    anyway tq writer - :)

    -tulip

    BalasPadam
  11. insya allah.. ada sambungannya nanti.. sabar ye.. ur wlcme..:)

    BalasPadam
  12. bab 23 pleaseee....

    BalasPadam