Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Khamis, 20 Disember 2012

EPISOD CINTA HarLys : BAB 38

**salam & selamat tengah hari... lama ke menunggu n3 ni?? so sorry ye, saya dah mula slow down kan cerita ni.. seperti janji saya, ECH akan diuplod sampai bab 40 sahaja.. so, harap enjoy bab 38 ni..:)



ARLYSSA laju berlari menuruni anak tangga. Hatinya sangat girang menyambut kedatangan abang tersayang.
“Lys, pelan-pelan. Nanti jatuh tergolek pulak.” Tegur Puan Aini.
“Along! Kenapa awal sangat balik ni? Ke ada apa-apa ni?” Tanpa menunggu lama, Arlyssa terus menyerang abangnya dengan soalan.
“Ada apa pulak? Isy, Lys ni. Kurang-kurang bagilah along masuk dulu. Ini tak, sibuk duk tercegat depan pintu.” Rungut Syed Yusri sambil membuka ikatan tali kasutnya.
“Alah along ni. Macam tak kenal pulak. Along, cepatlah! Dengan mama okey aje cerita, dengan adik takkan tak nak kongsi.” Arlyssa sanggup tak pergi kerja hari ni kerana nak dengar dari mulut abangnya sendiri, tentang kes nak kahwin tu.
“Cerita apa ni?” Kening Syed Yusri terjongket. Wajah Puan Aini dan wajah adik bongsunya dipandang berselang-seli. Apa mama dah cerita kat budak kecik ni?
“Eleh! Pura-pura tanya pulak! Malaslah kawan dengan along!” Arlyssa peluk tubuh. Eii! Geram sungguh dia dengan sikap alongnya ni.
“Ma, mama cerita apa kat budak kecik ni?” Syed Yusri merapati Puan Aini dan bertanya.
“Mama terlepas cakap pasal yang along cerita hari tu kat Lys, sorry long.” Puan Aini senyum. Dia terlupa terus amaran Syed Yusri yang tak nak hal ni diberitahu kepada Arlyssa. Tapi... Ah, biarlah. Benda dah jadi. Takkan nak tarik balik kata-katanya tu. Lagi pun, benda betul.
“Isy, mama ni.” Rungut Syed Yusri pula.
“Ma, tengoklah along ni. Tak nak mengaku pulak.” Arlyssa mengadu dekat mamanya pula. Entah bila dia muncul di tengah-tengah Puan Aini dan Syed Yusri pun tak tau.
“Hmm..”
“Ala mama ni pun sama. Tak sukalah!”
“Apa yang tak suka ni?” Harith yang menapak masuk ke dalam rumah menegur tiba-tiba. Dia minta balik awal hari ni sebab abang ipar nak datang rumah. Tangan Syed Yusri disalaminya.
“Eh, bila sampai Harith?” soal Puan Aini.
“Baru lagi ma. Saya bagi salam tak ada yang menyahut, lepas tu dengar suara makcik ni duk bising aje,” Harith tarik pipi Arlyssa. Bergurau aje tu.
“Isy Hubby ni! Sakitlah!” Arlyssa gosok pipi yang terasa kebas.
“Erk! Hubby? Wah, ada kemajuan!” Usik Syed Yusri. Dah agak dah. Mesti kena kutuk punya. Memerah muka Arlyssa.
“Eii! Along ni!” Arlyssa geram. Hisy, tak sukalah kena usik macam ni! Arlyssa angkat kaki, berlalu dari situ. Dia tak nak kena ejek lagi dengan abangnya. Harith setia mengekor langkah Arlyssa.
“Ma, macam mana?” soal Syed Yusri selepas tak nampak lagi batang tubuh Arlyssa. Wajah anak teruna di hadapan Puan Aini pandang.
“Mama tak ada halangan. Tapi keluarga dia macam mana? Dulu emak dia yang tentang hubungan along dengan dia. Mama bukan apa, mama tak nak ada masalah dikemudian hari. Cukuplah Arlyssa seorang yang buat masalah,” mendatar suara Puan Aini. Dia memang tak ada halangan dalam hubungan anak-anak. Tapi apabila pihak sebelah sana tak suka, takkan mereka nak tebalkan muka.
“Itu yang susah. Along tak berkesempatan lagi bercakap dengan emaknya. Cuma dapat berbual sekejap dengan dia. Itu pun pasal emak dia yang sakit. Ayah dia dah tak ada,” maklum Syed Yusri.
“Innalillah,” ucap Puan Aini perlahan. “So macam mana dengan along? Nak teruskan juga?”
“Kalau mereka setuju, along memang nak!”
“Beginilah. Cadangan mama senang saja, along bersemuka dengan mereka dahulu. Tengok macam mana penerimaan mereka. Selepas tu baru kita boleh buat keputusan. Mama bukan apa, mama tak nak kita malu untuk kali kedua.” Peristiwa lama masih terbayang diruang mata. Walau mahu dihapus kenangan itu tapi ia tetap muncul.
“Baiklah ma. Along cuba,” lemah suara Syed Yusri membalas.
Keesokkannya Puan Aini mengikut Syed Yusri kembali ke Kuala Lumpur. Menangis tak henti Arlyssa kerana terpaksa berpisah dengan mamanya. Isy, kalah budak kecil!

CAN I speak to Hasnida?”
Yes speaking. Who is it?”
Ruang talian senyap seketika. Hasnida pelik. Telefon orang tapi tak nak cakap pulak.
“Helo?”
“Nida, ni Yus.” Perkenal si pemanggil selepas agak lama senyap.
Terpempam Hasnida. Dia? Dia call? Untuk apa? Aku dah tak nak jumpa dia lagi. Hasnida sudah berkira-kira mahu memutuskan saja talian itu tapi terhenti kerana jeritan suara di hujung talian.
“Nida! Wait! Jangan letak. I ada benda nak cakap dengan you.” Tiada suara yang menyahut dihujung talian. Syed Yusri mengeluh. Sekurang-kurangnya dia tahu Hasnida masih ada di hujung talian.
“I tahu you dengar apa yang I nak cakap ni. Nida, I nak jumpa you boleh?”
For what?” Dingin sekali suara Hasnida menyoal. Sedingin ais di Kutub Utara.
“I nak jumpa you sebab ada perkara yang I nak bincang dengan you.”
“Dah tak ada perkara lagi yang boleh dibincang. Kita dah lama tak ada hubungan.” Dan talian terputus. Hasnida yang memutuskannya. Tanpa sedar setitis air mata mengalir lesi menuruni pipinya. Rasa hati yang ditahan di depan semua orang akhirnya lebur dalam masa beberapa minit sahaja. Siapa tak sedih terpaksa memutuskan cinta pertama? Kesakitan itu masih terasa hingga hari ini. Tapi siapa dia untuk menolak semua ini. Dia hanya anak yang wajib mengikut arahan ibu bapa.
“Nida, Nida.” Suara panggilan mamanya terdengar sayup-sayup. Pantas dia mengesat air mata yang masih galak menuruni pipi. Biarlah dia pura-pura bahagia di hadapan semua orang. Biarlah rasa sakit ini hanya dia yang tanggung. Biarlah, demi mama yang sedang sakit.
“Ya, ma. Nida datang,” sahut Hasnida, berlari anak ke bilik mamanya.
Sementara itu, dipihak sana. Syed Yusri mengeluh. Skrin telefon yang sudah gelap dia tenung lama. Kenapa dia jadi macam tu? Kenapa dia terus tolak aku sedangkan peristiwa tu dah lama berlaku. Syed Yusri mengeluh. Kepala didongak ke atas, memandang ruang malam yang gelap.
“Along,” Puan Aini menegur. Dia menghulurkan muk di tangan.
“Mama,” huluran bersambut.
“Along menungkan apa tadi?”
“Tak ada apa ma,” Syed Yusri cuba berselindung. Muk dipusing-pusing perlahan.
“Pasal Nida kan?” Laju sepasang mata itu mencari anak mata Puan Aini. “Macam mana?” Dia sudah mendengar butir bicara Syed Yusri seketika tadi tapi didiamkan saja.
Syed Yusri mengeluh. Dia tak punya jawapan untuk soalan Puan Aini.
“Along ajak jumpa dia tapi dia tolak. Along call dia, nak tak nak aje jawab call along. Lepas tu dia terus letak.” beritahu Syed Yusri.
“Sabar, along. Tak berjaya cara ni, along boleh cuba cara lain. Takkan along tak tahu macam mana cara nak ikat perempuan ni. Tambah lagi diakan pernah jadi kekasih along dulu,” Puan Aini tepuk perlahan bahu Syed Yusri. “Good luck, along.” Ucap Puan Aini sebelum berlalu masuk ke dalam rumah, meninggalkan anak sulungnya bermain perasaan sendiri.

“HELLO. May I speak to Mr. Rajan?”
Yes speaking. Who is it?” Balas suara di hujung talian.
I’m Najwan. Can I see you today. Lunch maybe. I have a job for you,”
“Okey, I’m free around 2 pm. See you at Nasi Kandar Karisma,”
“Okey, see you then.” Dan talian terputus.
Seperti yang dijanjikan, Najwan bertemu Rajan tengah hari itu di tempat yang dijanjikan.
So, job apa yang you cakap tu?” soal Rajan.
Najwan keluarkan sekeping gambar dan sedikit maklumat tentang seseorang.
“I nak you follow orang ni, ikut ke mana saja dia pergi. Tiap-tiap petang call I, update pasal dia.”
Rajan memandang gambar itu. Sekeping kertas yang tertulis sedikit maklumat tentang orang yang akan disiasat. Najwan tolak sampul surat.
“Ni first payment. After job settle, I will pay you more,” ujar Najwan. Kaca mata hitam yang melindung sepasang matanya, dia betulkan sedikit. Rajan melihat isi dalam sampul surat.
“Okey, set!” Rajan ambil segala barang-barang yang baru diserahkan dan berlalu keluar dari kedai makan itu. Sempat dia berjabat tangan dengan pelanggan barunya itu.

HARI ni masuk hari ketiga Syed Yusri mengekori Hasnida. Sudah dua hari dia menjadi penyiasat tak bergaji. Sanggup dia mohon cuti mengejut kerana misi gila ini. Sampaikan rakan sejawatnya pelik. Tak pernah-pernah dia mohon cuti. Untuk seminggu pula tu. Ke mana sahaja Hasnida pergi dia akan ikut. Tak kiralah walau hanya keluar untuk mencari surat khabar sekali pun. Apa yang dia perhatikan, rutin Hasnida banyak di dalam rumah bersama mamanya. Keluar hanya perlu saja dan jika ada urusan penting.
Matanya terpaku pada pintu pagar rumah Hasnida yang terbuka perlahan-lahan. Meluncur sebuah kereta jenis Suzuki Swift kemudiannya. Lantas, Syed Yusri memusingkan stereng kereta dan mengikut kereta itu. Memang itu kereta Hasnida, kerana dia lihat Hasnida yang memandu tadi. Dia mengekor sedikit jauh di belakang kerana bimbang Hasnida syak yang bukan-bukan.
Syed Yusri mengikut Hasnida sehinggalah wanita itu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah bangunan Ampang Point.
“Dia nak cari apa kat sini?” Syed Yusri bertanya pada diri sendiri.
Selepas mengunci kereta, Syed Yusri yang lengkap bersweater dan berkaca mata hitam terus mengekori langkah Hasnida. Nasib baiklah ada beberapa orang di ruang parkir itu. Tidaklah nanti menimbulkan keraguan kepada Hasnida.
Habis semua tempat dia jelajah kerana mengikut langkah Hasnida. Sehingga Hasnida masuk ke dalam sebuah kedai pakaian dalam wanita pun dia ikut. Berpura-pura membelek pakaian dalam di situ. Sekali pekerja kedai tersebut merapati Syed Yusri.
Mau cari untuk isteri ka mister?” soal pekerja berbangsa India itu.
Tangan Syed Yusri laju meletak kembali sehelai pakaian dalam ke tempatnya. Dia tayang senyum kambing kepada pekerja itu. Tak sedar pun dia pegang penyangkut pakaian dalam tu. Hisy!
“Tak, saja mahu tengok-tengok.” Lalu, laju dia mengangkat kaki keluar dari kedai itu. Huh! Gila! Harapnya Hasnida tak perasankan dia. Mata pekerja kedai itu masih memerhatikan dia. Takut dia curi barang kut.
Naik lenguh dia ikut langkah Hasnida. Kira-kita tiga jam kemudian barulah Hasnida bergerak masuk ke dalam lif, nak ke tempat parkir kereta. Tercungap-cungap Syed Yusri mengejar Hasnida yang sudah ditelan masuk ke dalam lif. Terpaksa dia menggunakan lif sebelah.
Sebaik lif terbuka, dia nampak Hasnida sedang memasukkan barang ke dalam bonet kereta. Laju dia berlari mendapatkan Hasnida. Inilah masa yang ditunggu-tunggu.
“Nida, wait!” Kata Syed Yusri sambil sambar lengan Hasnida, menghalang wanita itu terus lari. Buntang mata Hasnida.
Syed Yusri tolak hood yang menutup kepala dan kaca mata hitam ditanggalkan. Jelas riak terkejut terlukis di muka Hasnida.
What are doing here?!” Tinggi suara Hasnida menyoal. Lengannya yang berada dalam genggaman Syed Yusri cuba ditarik tapi pegangan itu terlalu kuat. Nasib baik berlapik dengan lengan bajunya.
“I ikut you. Nida, can we talk?” Syed Yusri cuba berlembut tapi lain yang dibalas.
Talk? About what?”
About our relationship.”
Since when we have a relationship? I thought it’s over a long time ago!” sinis Hasnida bertutur.
“I tahu you tak kahwin lagi. Takkan you tak boleh terima I?” Syed Yusri merayu lagi.
Dada Hasnida beralun laju. Hatinya berbelah bahagi. Berperang dengan diri sendiri. Menerima atau menolak? Dalam hatinya masih ada rasa itu. Cinta! Tapi apabila teringatkan mama di rumah, dia jadi lemah. Dia lemah. Hasnida menggelengkan kepala.
“Lepaskan I, bukalah hati you untuk terima perempuan lain.” Mendatar suara Hasnida. Dia mahu lari. Empangan air matanya bila-bila masa sahaja akan pecah.
Syed Yusri lemah. Tak semena pegangan Syed Yusri pada lengan Hasnida terlerai dan Hasnida laju masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan pedal minyak dia tekan kuat. Dia mahu cepat-cepat berlalu dari situ. Biarlah dia melukakan hati insan itu sekarang, sebelum selamanya mendera hati itu. Tak semena-mena air matanya berjujuran mengalir membasahi pipi dan dagu.
Syed Yusri hanya mampu memandang dengan pandangan yang sayu kereta Suzuki Swift warna biru itu berlalu keluar dari ruang parkir. Dia tak berjaya melembutkan hati itu. Rancangannya lebur!

3 ulasan: