Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 26 April 2010

Kalau Sudah Sayang : BAB 3

Pada rehat makan tengahari itu aku telah menelefon kawan baikku, Liyana. Tujuanku adalah untuk meminta pendapat daripadanya tentang hasrat yang diluahkan oleh emak dan ayahku semalam.
“Helo, assalamualaikum,” aku bersuara bila panggilan bersambut.
“Wa’alaikumussalam, Sarah.” Liyana menjawab.
“Yana, aku nak jumpa kau hari ni boleh tak?”
“Kenapa ni, Sarah? Macam ada masalah je,”
“Memang aku ada masalah besar pun. Antara hidup dengan mati. Kau kena jumpa aku jugak walau macam mana pun.”
“Apa dia masalah besar yang kau nak cakap tu?”
“Aku tak boleh cakap dalam telefon ni. Tak selesalah. Aku nak jumpa jugak kau.”
“Yelah, yelah. Lepas kau habis kerja petang ni, kau tunggu aku kat Taman Batu Buruk.”
“Okey, set!”
“Okey, jumpa kau petang ni. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam,” aku mengakhiri perbualan dengan Liyana.
Setelah habis waktu rehat, aku menyambung kembali tugasku di bank.

Petang itu, tepat pukul lima petang, aku sudah bersiap-siap untuk keluar dari tempat kerja.
“Hai, awal berkemas nak pulang petang ni?” tegur Kak Raihana bila melihat aku sudah menyangkutkan tas tangan di bahu.
“A’ah, ada nak jumpa kawan petang ni.” Balasku sambil tersenyum.
“Amboi-amboi, tersenyum meleret dia. Nak jumpa kawan perempuan ke kawan lelaki.”
“Ala akak ni. Sepanjang saya kerja kat sini, ada ke saya kawan dengan lelaki? Saya nak jumpa kawan perempuanlah. Takpelah kak, saya pergi dulu. Takut terlambat pulak.”
“Yelah, bawak motor tu hati-hati.” Sempat lagi Kak Raihana berpesan.
Aku lalu terus menunggang motorsikalku ke tempat yang sudah dijanjikan dengan Liyana. Sesampainya di Taman Awam Batu Buruk, aku lihat Liyana masih lagi tidak kelihatan.
Nasibku begitu baik kerana ketika aku ada masalah seperti masa sekarang ni, ada Liyana untuk meminta nasihat. Lebih bernasib baik sekarang ni tengah cuti semester. Liyana menyambung pelajarannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor setelah mendapat keputusan cemerlang ketika menuntut di Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan.
Dia begitu bernasib baik, sejurus mendapat tawaran memasuki kolej matrikulasi, dia terus pergi. Lebih-lebih lagi pemergiannya mendapat sokongan penuh daripada emak dan ayahnya. Begitu juga dengan adik-beradiknya. Dalam ramai-ramai teman sekelasku dulu, cuma aku sahaja masih tidak dapat menjejak tangga universiti.
“Hei, termenung panjang nampak..” sergah Liyana bila melihat aku termenung jauh.
“Dah lama kau sampai? Kau datang dengan apa?” aku tersenyum padanya.
“Aku datang dengan Kancil akulah. Aku park kat parking, yang sebelah dengan Medan Selera tu. Apa yang menungkan tu sampai aku dah lama duk perhatikan kau.” Liyana terus melabuhkan punggungnya dia atas bangku disebelahku.
“Entahlah.. sejak aku mendapat berita ni aku jadi seorang suka sangat termenung. Aku pun tak tahu macam mana nak cerita dengan kau.”
“Berita apa pulak ni? Ha.. apa hal yang penting sangat kau nak cakapkan kat aku tu? Sampaikan tak menyempat-nyempat. Antara hidup dan matilah. Aku suruh kau cerita dalam telefon, kau tak nak.”
“Bukan aku tak nak cakap dalam telefon tapi aku nak bila aku bercakap kau, kau ada kat depan ni. Memang apa yang akan aku khabarkan ni berkaitan dengan hidup dan mati. Dengan masa depanku.”
“Hei, apasal serius sangat ni.. takut aku bila kau kata macam tu..”
“Sebenarnya semalam mak dan ayah aku beritahu ada orang datang merisik aku. Mak aku kata mereka adalah ibu bapa kepada rakan satu sekolah aku masa aku belajar di sekolah cina dulu. Kepala aku tengah pening fikirkan perkara ni. Ayah aku kata pula, diorang akan datang pada akhir bulan depan untuk dapatkan jawapan. Aku bingung! Kau kena tolong aku! Aku dah tak tahu nak fikir dah…” luahku kepada Liyana. Terasa ringan sedikit kepalaku ini.
“YA ALLAH.. sampai begitu sekali beban yang kau tanggung.. aku pun tak tahu nak tolong kau macam mana. Kau rasa kenal tak budak yang mak ayah dia merisik kau ni?”
“Entahlah.. aku tak tahu siapa dia... aku dah tak ada mood nak fikir siapa dia ni..” rintihku.
“Bagaimana penerimaan mak dan ayah kau? Yelah, macam mana reaksi dia? Dia terima ke tak?”
“Daripada riak mak aku macam nak suruh aku setuju je… tapi diorang suruh aku fikir masak-masak.. aku dah naik jenuh duk fikir… dahlah semalam aku tak boleh tidur… asyik fikir dan fikir.. kalau aku terima macam mana cita-cita aku yang nak sambung belajar macam ka. Kalau aku tolak pula, kesian kat mak dan ayah aku. Mesti tebal muka diorang bila nak sampaikan keputusan penolakan itu. Naik berserabut kepala aku.” Aku memegang kepala yang sudah pening memikirkan keputusan apa yang perlu aku beri kepada kedua ibu bapaku.
Liyana diam seketika. Mungkin turut memikirkan apa jalan keluar kepada masalahku ini.
“Aku rasa beginilah. Kau pernah belajar macam mana nak solat istikharah kan? Apa kata kau buat solat istikharah malam ni. Mana tahu dengan petunjuk dari ALLAH dapat membantu kau keluar dari kemelut permasalahan ini. Kau jangan banyak fikir sangat, takut migrain kau datang kembali.” Nasihat Liyana.
Aku menganggukkan kepala, mengiakan apa yang dikata oleh Liyana.
“Yelah, terima kasih banyak-banyak sebab kau sanggup dengar masalah aku. Aku ni menyusahkan kau pulak.” Aku menggenggam tangan Liyana dan dia membalas.
“Dah, dah.. aku tak nak tengok kau menangis macam ni.. macam budak-budak pulak.. sekarang senyuuumm..” dia juga membantu aku mengesat air mata yang mengalir sebentar tadi. Tersenyum aku dengan kata-katanya.
“Tak ada masalah la kalau nak dengar masalah kau. Hari ni hari kau. Mana tahu entah esok lusa hari aku pula. Ni pun kau bernasib baik sebab sekarang ni aku tengah cuti semester. Buatnya masa kau ada masalah macam ni, aku ada kat universiti. Tak ke kau kena bergayut lama di telefon. Hai, alamatnya melambunglah bil telefon rumah Encik Roslan.”
Hahaha.. ketawa aku di buatnya. Liyana memang pandai membuatkan seseorang yang sedang berduka, ketawa dan tersenyum semula
“Yelah, yelah Cik Liyana ku sayang.. kau aje yang pandai ambil hati orang.”
“Okey, masalah kau dah hampir selesai. Tengoklah macam mana nanti. Yang penting, aku nak jadi orang yang pertama mendapat tahu apa keputusan kau. Eh, kau tak nak balik ke? Dah hampir pukul 6.30 dah ni.”
“Eh, dah lewat rupanya petang ni. Aku nak baliklah, mesti mak aku tertunggu-tunggu kat rumah. Okeylah, bye. Jumpa lagi. Oh ya, sebelum kau balik ke universiti, kau mesejlah aku. Kalau sempat, aku nak jumpa kau sebelum kau balik.”
“Okey, bye.”
Lalu aku bangun, aku berjalan ke arah tempat parkir motorsikal. Sebelum aku keluar dari tempat parkir, aku sempat melambai ke arah Liyana. Dia masih lagi duduk di bangku yang kami duduk tadi. Dia juga membalas lambaianku.
Jalan raya tidaklah sesibuk mana kerana sekarang bukan waktu puncak. Jadi, aku boleh sampai rumah sebelum pukul tujuh malam.
Sesampai sahaja aku di rumah, emakku mula menyoal kenapa aku balik lambat. Kebisaannya, jika aku balik lambat kerana banyak kerja, aku akan menelefon dulu rumah untuk memaklumkan kepada emakku.
“Sa pergi jumpa dengan Liyana selepas habis waktu kerja tadi. Dah lama tak jumpa dia. Ni pun tak lama lagi dia nak balik ke universiti pulak.”
“Ooo, macam tu. Dah pergi masuk, nanti orang azan Maghrib. Jangan nak tidur pulak, masuk ni terus mandi.” Emakku memberi arahan.
“Baiklah, mak.” Balasku pendek sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.
Pada sebelah malamnya, sesudah aku menunaikan solat isya’, aku terus menunaikan solat istikharah. Kemudiannya, aku menyambung dengan membaca kitab suci ALLAH, Al-Quran.
Selesai aku melakukan semua itu, seperti yang dinasihati oleh Liyana petang tadi, aku terus tidur. Aku mengharapkan aku mendapat jawapan untuk diberi kepada kedua ibu dan bapaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan