KERETA
sport itu sudah hampir setengah jam
berada di atas jalan raya. Tapi jangan kata nak berbual, nak dengar suara
masing-masing pun susah! Macam ada berlian pulak dalam mulut masing-masing.
Sesekali
mata Iddin curi pandang kotak yang setia diriba Suriya. Alhamdulillah, dia tak
buang kotak tu. Kalau tak, sia-sia aje usaha aku! Getus hati Iddin.
“Apa
tu?” Tiba-tiba terkeluar pertanyaang dari bibir Iddin. Kepala Suriya laju
berpaling.
Dia
cakap dengan aku ke? Suriya berkata-kata di dalam hati. Dia pandang ke
belakang. Tak ada orang. Sah! Encik bos ini sedang bercakap dengan dia.
“Err…
Encik tanya saya ke?”
“Hurm…
Berapa ramai lagi manusia kat dalam kereta ni selain saya dan awak?”
Oh!
Hari ni mereka berlawan-soalan-berbalas-soalan. Dari mula mulut Iddin terbuka
mengeluarkan soalan pertama dan Suriya balas dengan soalan jugak.
“Apa
tu?” Melihat Suriya terus membisu, Iddin mengulang soalannya tadi.
“Hadiah,”
malas Suriya membalas.
“Dari
siapa?” Apa kes pulak sibuk sangat nak tahu apa dan dari siapa hadiah ni? Ada
kena mengena dengan awak ke encik bos? Getus hati Suriya.
“Entah,”
“Boleh
pula entah-entah. Dari pakwe kut.”
Omel Iddin. Sengaja dia nak tarik minat Suriya dengan perkataan pakwe itu.
Suriya
diam. Dia tak ada mood nak berlawan
cakap dengan Iddin. Biarlah pak cik tu cakap sorang-sorang.
Mata
Suriya setia pada jalan raya. Macam dia pula yang sedang pandu kereta itu.
Kereta membelok masuk ke kawasan perumahan Suriya. Selang beberapa buah rumah
dari rumahnya, Suriya sudah nampak kelibat seseorang sedang berdiri berhampiran
pintu pagar. Siapa? Hati kecilnya terdetik soalan.
Kereta
berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar. Suriya pantas sangkutkan beg
tangan di bahunya. Sebelah tangan sudah mendarat di pintu kereta, berkira-kira
mahu menolak pintu itu. Sementara sebelah lagi memegang kotak hadiah di tangan.
Cermin kereta diketuk mendadak. Suriya pantas mendongakkan kepala. Along? Bukan
ke along kerja hari ni? Desis hati Suriya kepelikkan.
Suriya
pandang ke kanan, ya Allah! Aku balik dengan mamat ni hari ni! Mesti along
fikir yang bukan-bukan. Hati Suriya berbisik. Dia menggelabah di tempat duduk
sebelah pemandu. Tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu di atas kusyen itu yang
menjadikan dia tak senang duduk.
Iddin
tolak pintu kereta mendadak. Kan ada orang tu, apa kes pulak dia nak bersenang
lenang di dalam kereta. Dia menghampiri lelaki yang setia berdiri di sebelah
keretanya itu. Tangan dihulur untuk bersalam. Suriya tayang muka tercengang semacam
kerana terkejut dengan tindakan Iddin. Akhirnya Suriya turut tolak pintu kereta
apabila melihat Iddin menyalami tangan Rozairul.
“Siapa
ni dik?” Rozairul tak dapat tahan dirinya dari terus menyoal.
“Err…
Bos Su.”
“Masuk
dulu, kita cerita kat dalam.” Mendatar nada Rozairul mengeluarkan arahan. Dia
menonong masuk ke dalam rumah, meninggalkan Suriya yang terpinga-pinga. Reaksi
Iddin? Tak payah cakaplah. Dah jelas mamat beku, mana pernah ada riak kat muka
dia. Sabar ajelah aku!
Suriya
menapak ke pintu utama. Usai menanggalkan kasut, dia masuk ke dalam rumah. Ruang
tamu hala tuju pertamanya. Rozairul sudah menanti di situ.
“Hmm..
duduk,” pelawa Rozairul. “Dik, buat air.” Arahan pula tertuju kepada Suriya.
Apasal
pulak kena buat air bagai? Orang dahlah tengah penat. Suriya merungut di dalam
hati. Tapi dalam merungut pun dia turutkan juga arahan alongnya.
“Jadi,
kaulah bos adik aku?” Rozairul menyoal selepas kelibat Suriya hilang di balik
dinding dapur. Masakan dia boleh lupakan lelaki di hadapannya ini. Dia nilah
yang menegur Rozairul di perkarangan masjid beberapa minggu lepas.
“Err…
Ya.”
“Kenal
aku lagi?”
Kenal
aku lagi? Iddin ulang kembali menyebut soalan itu di dalam hati. Apa punya
soalan tu? Dalam masa yang sama kepala Iddin ligat berfikir. Dia mencari-cari
kelibat lelaki itu di dalam kotak memorinya. Tapi langsung tak dapat dikesan.
Akhirnya dia gelengkan kepala tanda tak kenal.
“Takkan
tak ingat lelaki yang tegur kau beberapa minggu lepas? Aku tegur kau kat masjid
lepas solat subuh. Masa tu kau tengah berjalan ke kereta kau. Ingat?” Rozairul
membuka kembali kisah pertembungan mereka.
Iddin
berfikir. Fikirannya teraba-raba mencari titik pertemuan antara mereka yang
disebutkan oleh Rozairul.
“Yang
pakai baju Melayu warna hijau tu?” Iddin meneka. Dia masih samar-samar lagi.
“Yes!”
“Sorry la. Aku lupa.”
“It’s okey.” Rozairul berjeda seketika. “Hurm… Kau dengan adik aku ada apa-apa
ke?” Rozairul terus kepada titik persoalan utama. Dah malas nak kias-kias
bagai.
“Ada
apa-apa? Maksudnya?” Kening Iddin terjongket sama. Bukan dia tak faham maksud
soalan abang Suriya itu tapi dia mahukan kepastian. Tersilap teka nanti orang
cop perasan sendiri pula.
“Kau
suka kat adik aku?” Rozairul berterus-terang. Dia berkias-kias pun lelaki di
depannya tak boleh tangkap. Slow aje
dia rasa.
“Err…”
Iddin terkedu. Soalan jenis apa ni? Soalan sebelumnya tak berjawab, timbul
pulak soalan lain. Iddin sampai tak tahu nak jawab apa. Nak angguk ke nak
geleng ni?
“Apasal
senyap? Takkan terus bisu kut.” Ambik kau! Rozairul ni bukan boleh kira sangat.
Bila dah naik angin dia, memang jadi macam tu.
“Err…
Suka.” Tergagap-gagap Iddin menjawab. Siapa tak gagap kalau kena serang dengan
soalan-soalan macam tu. Kalah polis pencen.
“Hmm…”
Rozairul sandar badannya di belakang sofa. Nafas ditarik dan dilepas sekali
dua. “Kalau aku suruh kau kahwin dengan adik aku, kau nak?” Senafas soalan itu
keluar dari bibir Rozairul.
Prang!!
Bunyi
kaca berderai menyembah lantai memecah kesunyian di ruang tamu itu. Pantas
kepala Iddin dan Rozairul memandang ke arah datangnya bunyi itu. Kaki laju
diatur ke muka ruang tamu.
“Su,
kenapa ni?” Rozairul pandang Suriya yang sedang duduk berteleku di sebelah
kaca-kaca yang bersepah di atas lantai. Dia menunduk sedikit sambil tangan
ligat mengutip serpihan kaca yang bersepah itu. Iddin pun sama. Sangat
berhati-hati kerana bimbang terkena tangan.
“Apa
maksud soalan along tadi?” Suriya menyoal. Dia sehabis baik cuba mengawal rasa
hati yang sedang bergelodak.
“Nanti
kita bincang,” Rozairul meneruskan kerja-kerja mengutip serpihan kaca itu. Dia
bangun dan berlalu ke dapur. Dia kembali dengan penyapu dan penyodok di tangan.
“Su,
bangun,” arah Rozairul apabila dia melihat Suriya kaku di situ. Dia tarik
lengan Suriya, memaksa Suriya bangun. Nak tak nak terpaksalah Suriya turuti.
Iddin jadi belas dengan Suriya. Nak tolong tak boleh. Jangan nak tunjuk hero
sangat depan abang dia, suara hatinya bergema di dalam sana.
“Err…
Aku nak minta diri dulu,” Iddin tiba-tiba bersuara di tengah-tengah kekalutan
dua beradik itu.
“Sekejap,”
Rozairul meneruskan kerja-kerja membersih serpihan kaca sebelum kembali
bersuara. “Jom aku hantar kau ke kereta,”
Mereka
beriringan ke kereta Iddin. Sampai di tepi kereta, Rozairul bersuara.
“Kita
tak habis bincang lagi. Fikir-fikirkan pasal soalan terakhir aku tu,” Rozairul
menepuk bahu Iddin perlahan. Mereka bagai sudah lama kenal lagaknya. Iddin
angguk.
Iddin
seluk poket seluar dan bawa keluar sekeping kad dari celah dompetnya.
Dihulurkan kepada Rozairul kad itu.
“Ini
kad aku. Kalau ada masa, kau call
aku.” Ujar Iddin. Rozairul anggukkan kepala.
Mereka
berjabat tangan sebelum Iddin memecut kereta mewah itu dan menghilang di
sebalik kepekatan malam. Kad ditangan dia pandang lama. Iddin Amsyar Ikmal.
“Aku
tak silap buat keputusan.” Bibir Rozairul berkata.
Sememangnya
dia mahukan yang terbaik untuk adiknya yang seorang itu. Dia perlu lihat dahulu
latar belakang lelaki yang akan hidup semati dengan adiknya. Bukan mudah mahu
lepaskan seorang adik perempuan. Besar tanggungjawab itu. Rozairul mengeluh.
Dia berlalu masuk ke dalam rumah.
“ALONG!
Apa maksud soalan along tadi?” Nampak saja kelibat Rozairul di muka pintu,
Suriya terus menyerang dengan soalannya. Kepalanya memang tengah berapi tika
ini.
“Kenapa?
Bukan ke Su suka?”
“Sejak
bila Su cakap Su suka? Ada Su cakap suka? Ada?”
“Tak
ada. Tapi dah beberapa kali along nampak dia datang hantar Su balik. Along tak
rasa Su dengan dia tak ada apa-apa.” Rozairul mengemukakan pendapatnya.
“Kami
tak ada apa-apa. Hanya hubungan antara pekerja dan majikan. Tak lebih dari tu
semua. Langsung menyimpang dari apa yang along fikirkan.” Bentak Suriya.
“Mustahil!”
“Sama
ada along nak percaya atau tidak, itu terpulang. Su dah cakap apa yang Su
rasa.” Dia mahu atur langkah ke tangga. Kakinya terhenti. “Kenapa along nak
sangat Su kahwin? Kalau along dah tak nak jaga Su, cakap depan-depan. Tak payah
nak libatkan orang luar. Su boleh keluar dari rumah ni.” Suriya sambung kembali
langkah yang terhenti tadi. Tapak kakinya terasa mencucuk-cucuk tapi dia lawan.
Dia gagahkan diri.
“Su
darah!” Rozairul bertempik. Mulut yang tadinya mahu mebidas kata-kata Suriya,
terkeluar perkataan lain. Terkejut sangat sebab ternampak darah.
Namun,
panggilan itu langsung tak diendah. Suriya terus melangkah, melangkah dan terus
melangkah. Dia masuk ke dalam bilik. Punggung dilabuhkan di atas katil. Kaki
kanan yang terasa mencucuk-cucuk dia angkat dan diletakkan di atas lutut kiri.
Matanya tertumpu pada tempat darah yang sedang membuak-buak keluar.
“Bismillahirahmanirrahim.”
Suriya tarik kaca yang mencucuk kaki. Sambil air mata menitis menahan pedih. Ya
Allah, sakitnya!
Dia
mengensot ke bilik air. Kaki yang terluka dia cuci dengan air bersih. Rasa
sakit yang mencucuk akibat terkena air, dia tahan bersama tangisan. Luka
terkena kaca tersangat sakit okey. Tambah lagi kalau luka tu dalam. Kotak
kecemasan yang sentiasa tersedia di dalam bilik air dia capai dan berlalu ke
katil. Luka dikaki perlu dirawat segera sebelum melarat. Jika sudah melarat,
sudah tiada ubat lagi.
Usai
membersihkan bekas darah di atas lantai bilik, Suriya berbaring di atas katil.
Setiap patah kata-kata alongnya masih terngiang-ngiang di tepi telinga.
“Kalau
aku suruh kau kahwin dengan adik aku, kau nak?”
Suriya
capai bantal dan ditekup ke muka. Dia menangis lagi. Dia kecewa dengan
Rozairul. Nampak sangat yang dia ni membebankan Rozairul sampai sanggup
Rozairul beri tawaran begitu kepada bos besarnya. Kalau tak nak jaga aku, aku
tak kisah. Aku boleh menumpang tinggal dengan Nini! Tempik suara hatinya.
Akhirnya dia terlena bersama deraian air mata yang beranak sungai di pipi.
Lampu juga terpasang. Dia tak punya tenaga untuk menutup lampu. Lalu dibiarkan
saja lampu itu terpasang begitu.
“SALAH
ke tindakan aku?” Rozairul tertanya-tanya sendiri. Tangan meraup muka. Melihat
muka Suriya tadi, dia rasa bersalah sangat. Terasa dia telah buat keputusan
yang silap. Tapi… Dia cuma mahukan yang terbaik untuk adiknya.
Badan
dia sandarkan ke belakang sofa. Sambil itu terkeluar keluhan dari celah
bibirnya.
Kisahnya,
memang sepatutnya dia terpaksa menggantikan salah seorang teman yang bercuti
kecemasan. Isteri kawannya bersalin. Tapi sampai aje di lapangan terbang,
penerbangan pula delay kerana keadaan
awan yang sangat tebal ditambah dengan jerebu. Sepatutnya pukul 10.00 pagi tadi
dia sudah sampai di Mumbai. Namun, kerana masalah teknikal, terpaksalah dia
balik semula ke rumah. Sebab tu Suriya terkejut nampak batang tubuh Rozairul
ada di rumah. Atas memo cakap terpaksa kerja.
Rozairul
meraup muka lagi. Dia cuba lakukan yang terbaik untuk adiknya. Baginya Iddin
Amsyar itu tidak punya cacat celanya. Sangat sesuai dijadikan suami. Tahu
perihal agama, mereka bekerja satu pejabat lagi. Berharta pun ya juga. Jadi,
apa lagi yang Suriya cari? Atau adiknya sudah punya pilihan sendiri. Jika sudah
punya pilihan hati, siapa lelaki itu? Rozairul buntu. Niat murninya telah
disalah anggap oleh si adik.
SEPANJANG
perjalanan balik ke rumah agam itu, hati Iddin tak sudah-sudah fikirkan
cadangan lelaki yang dikenali dengan nama Azwan, abang kepada Suriya.
“Kalau
aku suruh kau kahwin dengan adik aku, kau nak?”
Masih
terdengar-dengar di tepi telinganya akan soalan itu. Abang Anggerik lamar aku
ke? Pihak perempuan lamar lelaki? Betul ke tak ni? Dah macam cerita 3 Abdul
pulak dia rasa. Sebenarnya inilah yang dia tunggu-tunggu selama ni. Sudah lama
dia mengintip dari jauh anak dara orang. Sekali di abang lamar dia, baru
tercengang kau!
Kereta
dia tempatkan di dalam garaj. Belakang badan dia sandarkan pada tempat duduk
pemandu. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus kembali. Untuk apa lagi kau
fikir. Bukan ke kau yang nak sangat peluang macam ni? Kau tak payah susah-susah
tackle Anggerik, abang dia dah lamar
kau. Nak tunggu apa lagi? Pucuk dicita ulam mendatang beb!
Senyuman
lebar tiba-tiba terukir di bibir Iddin. Suka la tu!
Cermin
keretanya diketuk dari luar. Pantas dia berpaling. Wajah seorang lelaki berusia
bertengahan 50-an menyapa matanya. Bibir Iddin kembali sirna. Cepat-cepat dia
capai briefcasenya dan berlalu keluar
dari perut kereta. Dia menonong masuk ke dalam rumah tanpa menegur lelaki itu.
Tuan
Ikmal hanya mampu pandang batang tubuh anaknya menghilang di balik pintu rumah.
Tadi mulut ringan aje mahu tegur Iddin tapi melihat aje muka cemberut Iddin,
membisu terus mulutnya. Kaki lemah diatur masuk ke dalam rumah.
muah 3x. Bestnya. tak sia2 tunggu lama
BalasPadamterima kasih kerana menunggu.. sy terlupa.. huhuhu
BalasPadambest... ;-)
BalasPadamterima kasih dear..:)
BalasPadambest2..... nak lgiiiiiii
BalasPadamBEST...perghhh Rozairul, terus cakap ya, tak d bengkang-bengkok ya. Wah..makin MENARIK ni..FIEYZA..nak lagi
BalasPadamKak nani, rozairul cakap, klau bengkang-bengkok lambat sangat.. Baik straight terus.. Dah la suriya tu kepala angin, Iddin pulak lambat sangat... Hahaha
BalasPadamakak selalu bersimpati dgn Anggerik,sikapnya yg agak keras berpunca perjlnan hidup yg pincang. Abang pulak tak berhemah langsung. Heei geram ngan Rozairul
BalasPadamhaah.. perjalanan hidup Anggerik memang pincang sejak kecil akibat ibu bapa sendiri... tapi harus diingat, rozairul ni sebenarnya nak lindungi adik dia.. mingkin kadang, cara dia sedikit tak kena.. ayik mengongkong... huhuhuhu...
BalasPadam