Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Selasa, 5 April 2011

KAU YANG KUSAYANG: BAB1

Peristiwa ketika aku bersekolah ditingkatan dua itu tidak akan aku lupakan. Akan terus kekal di dalam kotak ingatanku sampai bila-bila. Mungkin ada beranggapan yang itu adalah peristiwa budak-budak dan buat apa kenangkan peristiwa seperti itu. Membazirkan masa saja.
Tetapi bagi aku, peristiwa itu sangat penting. Kerana peristiwa itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri aku. Daripada peristiwa itu juga aku tidak bertegur sapa dengan Hana sehinggalah ke hari ini. Orang boleh kata apa saja, tapi aku masih tetap dengan pendirianku. Orang seperti Hana tidak boleh diberi muka. Nanti makin teruk aku dikenakan oleh dia.
Aku juga tidak lagi membuat keychain kait nama ekoran daripada peristiwa tersebut. Entahlah. Aku rasa tiada semangat untuk membuat kerja seni tersebut.
“Cik Sya, yang ni nak gantung kat depan ke?” pertanyaan daripada salah seorang pekerjaku telah mengembalikan aku ke alam nyata daripada lamunan yang panjang.
“Hah, ya. Yang tu awak gantung kat area new product.” Ujarku kepada Maira.
Aku mempunyai dua orang pekerja yang digaji untuk menguruskan butik baju yang sudah hampir setahun beroperasi. Untuk membuka butik ini, aku membuat pinjaman dengan Bank Rakyat. Boleh dikatakan pekerjaanku lari terus dari kelulusan yang aku ada. Aku mempunyai Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat tetapi sekarang aku membuka perniagaan berasaskan pakaian.
Ijazah yang aku miliki adalah sebagai syarat yang aku juga seperti orang lain yang punya kelulusan. Sebenarnya ijazahku itu hanya untuk membuka mata emakku yang selalu sangat membandingkan aku dengan anak orang lain terutamanya sepupuku sendiri iaitu Lizawati. Emakku terlalu menyanjung dia dengan pelbagai pujian. Liza baik, Liza pandai, Liza rajin, Liza itu, Liza inilah yang membuatkan aku rimas.
Si Liza tu cuma ada diploma tapi aku ni ada ijazah, sikit pun mak aku tak heran. Malah, Liza jugak yang dia agungkan. Pelajaran Si Liza tu mak aku ambik peduli sangat tapi pelajaran anaknya ni, langsung mak aku tak ambil peduli. Aku pernah dapat anugerah dekan ketika di universiti tapi langsung emakku tak ambil kisah. Betapa sakitnya hatiku ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Tetapi emakku tak tahu satu perkara berkaitan Liza. Perkara yang sangat Liza sembunyikan daripada pengetahuanku dan pengetahuan seluruh ahli keluarga. Iaitu dia sudah punya teman lelaki sejak masih lagi menuntut dikolej lagi. Perkara yang sangat tidak disukai oleh ahli keluarga kami.
Aku dapat tahu pun apabila terbuka Facebook miliknya yang terpampang besar perkataan:
In a relationship with Amir Haziq.
Hola! Beraninya dia buat kenyataan macam tu. Dia ingat kami, kaum kerabatnya ni buta IT agaknya.
Aku terus mengajukan pertanyaan kepada Liza. Namun dia seboleh mungkin cuba mengelak daripada pertanyaanku. Huh! Aku apa lagi, dah orang tak nak cerita, takkan kita nak buat muka tembok pulak untuk terus bertanya. Aku pun malas nak serabutkan kepala otakku dengan kisah hidup dia.
Okey berkenaan satu larangan keras daripada ahli keluargaku ini. Mesti korang rasa pelikkan? Untuk pengetahuan semua keluargaku bukanlah tergolong di dalam antara keluarga alim atau pun golongan ustaz dan ustazah. Tapi keluargaku ada satu larangan yang dikenakan kepada setiap anak gadis iaitu tidak boleh punya teman lelaki sebelum sampai masanya(bila sampai masa pun aku tak tahu. mungkin bila dah tua kot.). Dan sebab itu jugalah aku tidak punya teman lelaki dan tidak pernah bercinta seumur hidupku.
Itu larangan untuk anak perempuan. Anak lelaki pun ada larangannya. Untuk anak lelaki perlulah memilih calon isteri yang memakai tudung. Jika tidak, calon isteri yang anak lelaki mereka suka akan ditolak terus dari menjadi ahli keluarga baru kami.
Pemegang keras larangan ini adalah emakku dan mak ngahku. Dan jika aku memberitahu tentang apa yang aku tahu berkaitan Wani, mesti emakku tidak percaya. Malahan, aku rasa mesti dia menyebelahi Wani dan mengatakan yang Wani adalah  budak baik dan Wani tidak buat semua itu.
Berkenaan larangan yang dikenakan, aku masih boleh menerima larangan untuk anak perempuan sementelah aku juga tidak sukakan hubungan cintan-cintun antara perempuan dan lelaki(cintan-cintun yang melampaui batas Islam). Tetapi aku hairan dengan larangan untuk anak lelaki. Sampaikan satu hari aku tertanya pada diri sendiri; hina sangat ke perempuan yang tak pakai tudung?
Okey, habis cerita emakku dan larangan-larangannya. Kini cerita aku pula. Dengan kelulusan yang aku ada, aku sempat bekerja sebagai programmer di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selama setahun. Namun, aku merasakan bukan jiwa aku disitu. Lalu aku berhenti. Kemudian aku bekerja pula sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta, juga di Kuala lumpur.
Namun jiwa aku juga tidak di bidang itu. Akhirnya aku kembali ke kampung halamanku iaitu Kuala Terengganu. Aku sempatlah ‘tanam anggur’ di negeri kelahiranku selama dua tahun sebelum membuka perniagaan ini.
Reaksi emakku? Emakku apa lagi. Asyik membebel dua puluh empat jam! Dia cakap pinjaman berpuluh-puluh ribu siapa nak bayar? Tak macam Liza. Liza, Liza, Liza! Ingat aku ni tak ada kelulusan ke? Kalau Liza yang setakat lulus diploma yang nak dibanggakan sangat, aku ni yang ada ijazah dianaktirikan pula!
Ya, aku tahu. Liza tu walaupun lulus diploma je tapi habis belajar, terus dapat kerja. Tapi aku juga pernah kerja. Bukan tak ada kerja untuk aku cuma aku tidak punya hati untuk kerja yang dua puluh empat jam menghadap komputer. Masa belajar bolehlah. Tapi masa kerja lain. Susah ke nak faham! Tetapi mana dia pernah untuk faham. Asyik-asyik membebel pasal aku menganggur!
Tetapi aku tidak ‘tanam anggur’ seperti mana orang lain. ‘Tanam anggur’ aku menghasilkan duit. Aku gunakan kepakaran yang aku ada iaitu menjahit labuci dan manik pada baju kurung atau baju kebaya. Kemudian, baju itu aku jualkan melalui laman blogku. Melihatkan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, aku akhirnya membuka sendiri butik yang terletak di Jalan Paya Keladi.
Sebenarnya aku juga pandai menjahit baju kurung tapi aku belum berkeyakinan untuk menjual hasil tanganku yang satu itu. Jadi sekarang ini kakak angkatku yang akan menghasilkan baju sebelum aku menjahit labuci dan manik mengikut kreativitiku.
Sejarah aku pandai menjahit labuci dan manik sudah lama bermula, sejak aku habis sekolah dahulu lagi. Dahulu aku hanya menjahit baju sendiri sahaja. Tetapi apabila kawan-kawan di universiti melihat aku memakai baju kurung bermanik dan labuci, mereka berminat.
Lalu, mereka mula menempah denganku. Pada mulanya aku malas juga nak ambil. Takut rosak baju orang dan takut upah yang aku kenakan nanti dikatakan mahal. Apabila melihatkan yang mereka sanggup menempah denganku dan sanggup menanggung risiko, aku menerima tempahan mereka. Dan hasilnya, mereka memuji hasil kerja tanganku. Alhamdulillah. Itulah titik tolak kepada aku menjual hasil kerja tanganku.
Menjahit labuci dan manik tidak susah, asalkan kita mempunyai kreativiti untuk mereka corak-corak untuk menyerlahkan lagi baju yang dipakai.
Aku memerhatikan para pekerjaku yang sibuk mengemas stok-stok pakaian yang baru sampai ke butikku.
“Okeylah Miza, Saira. Awak berdua bolehlah pergi rehat dahulu. Stok-stok ni semua boleh sambung lepas rehat.” Ujarku kepada kedua-dua pekerjaku itu.
“Terima kasih, Cik Sya.” Ucap mereka serentak. Aku tersenyum melihat tingkah mereka berdua.
Sebaik sahaja mereka berdua berlalu keluar dari butikku, aku dengan pantas menukar tanda OPEN pada pintu utama kepada LUNCH TIME. Aku berlalu ke bahagian belakang butik, tempat tersimpannya kesemua stok baru mahupun lama.

Waktu urusniaga butikku sudah tamat sejak pukul lima petang tadi lagi. Sekarang masa untuk aku bersantai-santai. Solat Isya’ sudah, jadi sudah tibalah masanya untuk aku bersosial di alam maya. Butang on laptop telah aku tekan. Broadband Celcom baru sahaja aku cucuk pada sambungan USB laptop. Tangan kananku sudah berada di atas tetikus.
Aku telah bersedia untuk ‘berborak’ bersama teman-temanku di alam maya. Sebaik sahaja ikon broadband terpapar pada skrin laptop, aku dengan pantasnya menghalakan anak panah tetikus pada ikon tersebut. Apabila berjaya disambungkan, ikon Mozilla Firefox pula aku tekan. Laman web Facebook adalah laman yang aku layari pada setiap saban malam.
Sebenarnya aku punya dua laman Facebook. Satu untuk kenalan rapat dan kenalan yang sudah lama terpisah tetapi masih mengenaliku. Manakala satu lagi adalah untuk butikku. Selain menjual pakaian di butik dan blog, aku juga mempromosikan pakaian melalui Facebook.
Pada mulanya aku tidak sedar yang Facebook juga boleh dijadikan medan untuk mempromosikan produk sehinggalah seorang rakan blogku memberitahunya. Aku pula, tanpa menunggu lama terus sahaja menubuhkan laman Facebook untuk butikku. Dan sambutannya, Alhamdulillah, sangat mendapat sambutan. Aku menggunakan nama SyaKhira Collection untuk laman blog dan laman Facebook. Begitu juga dengan nama butik dan jenama pakain di butikku.
Oh ya. Lupa nak bagitahu. Butikku tidak hanya menjual baju kurung yang dihiasi labuci dan manik-manik halus, tetapi juga menjual beraneka jenis tudung, blaus, evening gown dan t-shirt. Semua pakain yang dijual adalah untuk wanita sahaja dan khas untuk muslimah. Ini bermakna, walaupun aku menjual evening gown tetapi masih lagi punya ciri-ciri Islamiah iaitu tidak mencolok mata.
Semua jenis pakaian dibutikku(kecuali baju kurung) aku dapatkan dengan aku sendiri keluar dari Terengganu. Kebiasaannya aku perolehi stok dari Kuala Lumpur, Johor dan beberapa negeri lagi. Hanya pakaian yang menepati citarasaku dan keperluan pelanggan yang akan aku pilih untuk dijual dibutikku. Yang paling aku utamakan dalam proses pemilihan pakaian adalah kualiti.
Setelah menutup laman Facebook peribadiku, aku membuka laman Facebook untuk butikku pula.  Tiada apa yang menarik dilaman Facebook milikku. Tiada sebarang mesej. Tiada komen. Tiada penambahan kawan. Aku membukanya hanya untuk melihat dan mengutip pulangan yang dihasilkan melalui game di Facebook. Hehehehe…
Sebaik sahaja aku membuka Facebook untuk butikku, aku lihat ada enam mesej dan keenam-enamnya ingin menempah produk denganku. Ada juga yang meninggalkan pertanyaan pada foto pakaian yang aku pamerkan. Itu aku belum lagi periksa blogku. Mesti ada juga tempahan.
Pertanyaan dari teman-teman sudah aku jawab. Mesej juga sudah aku balas. Hanya tinggal untuk menyalin alamat yang menempah produk sahaja. Setelah itu aku beralih pula pada laman blogku. Aku lihat ada seorang dua yang berminat dengan produk yang aku tawarkan. Alhamdulillah. Rezekiku semakin bertambah.
Ternyata, saat aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan kembali ke negeri kelahiran sendiri adalah keputusan yang tepat. Aku sekarang tidak lagi bergantung pada orang lain. Terutamanya kepada emak aku.
Sekarang ini aku sudah punya pendapatan sendiri walaupun masih lagi tidak stabil. Sekurang-kurangnya telingaku tidak perlu mendengar bebelan emakku yang membuatkan aku rimas. Selama aku menganggur, aku tidak pernah pun minta duit darinya. Aku juga punya simpanan sendiri yang aku perolehi daripada aku bekerja dahulu dan daripada hasil jualan pakaian secara kecil-kecilan itu.
Duit simpanan tersebut aku gunakan untuk membayar pinjaman PTPTN, beli stok pakaian dan untuk kegunaan harian. Tetapi lama kelamaan, aku dapati duit simpananku semakin sedikit. Yalah, bukit kalau hari-hari ditarah, lama-lama rata juga.
Oleh itu aku menyambil keputusan untuk membuka perniagaan sendiri. Perniagaan yang selari dengan minatku. Tanpa paksaan atau desakan dari sesiapa, terutamanya emakku, aku kini sudah boleh berbangga dengan hasil usaha kerasku.
Emakku memang awal-awal lagi membangkang usahaku untuk membuka butik sendiri. Usahaku selama ini banyak dibantu dan disokong oleh abahku dan dua orang adikku. Merekalah yang tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan disaat aku sangat memerlukan pertolongan.
Semasa mula-mula aku merangkak untuk membuka butik, adikku, Syuhaiza adalah salah seorang pekerjaku dan juga tulang belakang kejayaanku hari ini. Tetapi sejak empat bulan lepas, aku terpaksa mengambil dua orang pekerja kerana Syuhaiza menerima tawaran ke UKM.
Ditambah pula dengan permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan menyebabkan aku perlu mengambil pekerja. Sepanjang enam bulan butikku beroperasi, aku menggunakan kereta Kenari milik abahku. Tidaklah aku patah kaki apabila perlu berurusan di luar.
Selesai menyalin segala butiran pelanggan, aku menutup laptop. Sedang aku ingin menyimpan laptop ke dalam backpack, aku dikejutkan dengan ketukan di pintu bilikku dan disusuli dengan suara milik adik lelakiku, Muhaizad.
“Akak, mak panggil turun makan.”
“Yalah, nanti akak turun.” Sahutku dari dalam bilik.
Kemudian, tidak lagi kedengaran suara adikku. Mungkin sudah berlalu turun ke tingkat bawah agaknya. Aku pula tanpa menunggu lama terus sahaja berlalu keluar dari bilik. Jika tidak, alamatnya makin kencanglah mulut emakku membebel. Huh! Aku dah naik bosan dengar emakku membebel.

Pagi itu aku masuk ke butikku sedikit lewat dari kebiasaan. Ini kerana aku perlu ke pejabat pos untuk menguruskan bungkusan berisi pakaian yang dipesan oleh pelanggan mayaku. Urusan di butik awal-awal lagi sudah aku titipkan pada Miza dan Maira.
Beginilah aku jika perlu menguruskan pesanan pelanggan. Dan aku bernasib baik kerana dikurniakan dua orang pekerja yang berkaliber dan bertanggungjawab seperti mereka berdua.
Sebaik sahaja selesai urusanku di pejabat pos, aku melangkah ke arah kereta sambil tangan kananku menyeluk beg tanganku, mencari kunci kereta. Puas tangan kananku menggeledah tetapi tak juga ditemui. Dalam kekalutan yang menjadikan aku kelam kabut, secara tidak sengaja, aku terlanggar seseorang yang aku tidak pasti sedang berjalan dari arah berlawanan denganku.
Dan dari perlanggaran itu menyebabkan segala isi beg tanganku terburaidi atas jalan. Bedak kompak, beg duit, lipstik, kunci kereta dan segala alat mekapku terburai di atas jalan. Mulutku hanya terkeluar dua perkataan keramat.
“Ya ALLAH!!” separuh menjerit aku bersuara.
Tanpa menunggu lama aku terus mengutip barang-barangku dan terus dimasukkan ke dalam beg tanganku.
“Maaf, cik. Ini barang-barang cik juga.” Sapa satu suara sambil tangannya menghulurkan sesuatu kepadaku.
Aku sudah ingin mengangkat kaki untuk beredar dari situ, sapaan satu suara membuatkan aku tidak jadi melangkah dan memalingkan tubuh ke arah datangnya suara tersebut.
“Oh. Terima kasih ya.”
Hanya sekilas aku memandang wajah pemuda yang telah melanggarku sebelum mengambil barang yang dikatakannya dan mengucapkan terima kasih. Dengan langkah yang kelam-kabut, aku terus berlalu ke arah tempat parkir kereta.
Alarm kereta ditekan dan pintu di buka dari luar. Sebaik punggungku mencecah tempat duduk bahagian pemandu, kepalaku tiba-tiba teringatkan lelaki yang telah langgar secara tidak sengaja sebentar tadi.
“Siapa lelaki tu ya? Macam aku pernah tengok je muka dia tu. Emm.. tapi kat mana ya?” aku bercakap sendirian.
Sebaik kereta dihidupkan, aku memakai seat belt dan gear dimasukkan.
“Ah, entah sapa ntah. Mungkin aku saja je yang banyak berangan.” Kemudian kereta terus meluncur laju di atas jalan raya. Destinasi yang ingin dituju adalah ke SyaKhira Collection.

1 ulasan: