Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 26 April 2010

Kalau Sudah Sayang : BAB 2

Dari luar rumah, kedengaran bunyi motor ayahku masuk ke dalam pagar kawasan rumahku. Tidak lama kemudian bunyi motor tersebut sudah tidak kedengaran. Enjin sudah dimatikan.
            Kemudian terjengul kelibat ayahku di depan pintu utama rumahku.
            “Ha bang, dah balik? Marilah makan.” Sapa emakku.
            “Hmm, ajak sekali budak-budak tu.”
            “Acik, Ucu. Mari makan. Ayah dah balik ni.” Laung emakku dari dapur memanggil kami dua beradik.
            “Ya mak, kami datang ni.”Jawab kami serentak. Kelakarlah pulak. Yelah, mana tak kelakarnya, kami berada di tempat berlainan tapi menjawab ajakan emakku serentak. Ketawa kecil aku dibuatnya.
            Aku menolong emakku menghidang makanan yang telah dimasak oleh emakku seketika tadi. Setelah selesai, kami sekeluarga makan makanan yang telah terhidang. Ketika makan, kami tidak boleh bercakap kerana itu adalah pantang bagi ayahku.
            Setelah kami semua selesai makan, aku lalu membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan tadi. Emakku sempat berpesan sebentar tadi. Katanya, selepas aku membasuh pinggan mangkuk ini, ayah menantiku di ruang tamu. Seperti kata ayahku sebelum dia pergi ke surau senja tadi, ada perkara yang dia ingin beritahu kepadaku.
            Usai membasuh pinggan mangkuk, aku menatang dulang berisi teko air kopi dan set cawan. Ia adalah untuk memudahkan penghadaman makanan  yang dimakan sebentar tadi.
            Di ruang tamu, aku meletakkan dulang yang aku tatang tadi di atas meja kopi. Ayahku sudah tersedia menanti di kerusi di ruang tamu, manakala emakku sedang melipat pakaian yang di angkat dari ampaian petang tadi. Adik bongsu pula sudah menghilang di dalam bilik. Mungkin sedang mengulangkaji pelajaran. Iyalah, tahun ni nak ambil Penilaian Menengah Rendah(PMR).
            “Ayah, jemput minum.” Aku mempelawa ayahku. Aku lalu duduk di hadapan emakku. Membantunya melipat pakaian.
            “Ehmm, takpelah.” Balas ayahku.
            “Apa perkara yang ayah nak bagitahu kat Sarah? Dengarnya macam penting je..”
            Ayahku tidak manjawab terus tapi dia menghirup air kopi yang telah aku sediakan sebentar tadi. Setelah meneguk seteguk air kopi, ayahku meletakkan kembali cawan ke tempat asalnya.
            Hatiku sudah berdebar-debar menanti ayahku membuka mulut untuk memberitahu berita yang akan dikhabarkan kepadaku. Entah apa yang akan diberitahu. Entah perkhabaran yang buruk ataupun yang baik. Aku mula gelisah sendirian.
            ‘YA ALLAH ya TUHANku, harap-harap berita yang akan di sampaikan nanti adalah berita yang baik-baik.’ Doakanku di dalam hati.
            “Berita yang akan ayah sampaikan ini mungkin akan mengejutkan Sarah. Jadi, ayah harap Sarah tidak terperanjat dan dengar baik-baik apa yang akan ayah kahabarkan ini. Sebenarnya semasa Sarah berada di tempat kerja, ada satu rombongan yang datang untuk bertanyakan tentang Sarah.” Terang ayahku panjang lebar.
            “Tanyakan tentang Sarah? Kenapa, mak, ayah?” aku bertanya seperti orang bodoh.
            “Kamu tak ada kawan lelaki lagi kan? Tadi rombongan tu bertanyakan kamu. Kalau kamu tak ada kawan lelaki lagi, mak dan ayah ingat nak terima je risikan siang tadi. Tapi sebelum mak dan ayah buat keputusan, kami nak juga tanya kat kamu. Kalau mak dan ayah buat keputusan nanti takut kamu kata mak dan ayah memandai-mandai sendiri pula.” Panjang lebar emakku menyampuk.
            Kiranya siang tadi ada orang datang merisik akulah. YA ALLAH ya TUHANku…. Gelap seketika dunia ini aku rasakan. Aku baru dua puluh satu tahun. Masih terlalu muda untuk menggalas tugas sebagai hak milik orang apatah lagi sebagai isteri orang.
Aku memejamkan mataku. Seperti mimpi ngeri yang baru aku alami dan aku harapkan apabila aku tersedar daripada mimpi ini, semua yang aku dengar tadi adalah hanya sekadar mimpi. Tetapi ketika aku mambuka mataku, ayah dan emakku masih berada di hadapanku. Ini bermakna aku tidak bermimpi dan apa yang kudengar tadi adalah realiti. Bukannya mimpi.
“Siapa diorang yang datang siang tadi?” aku bertanya perlahan.
“Emak dan ayah tak kenal siapa mereka. Tetapi mereka kata mereka kenal kamu dan anak mereka yang nak dijodohkan dengan kamu tu ialah satu sekolah dengan kamu.”  Terang ayahku.
“Masa Sarah sekolah mana? Sekolah sains ke sekolah cina?” aku bertanya, inginkan kepastian.
“Daripada kata mereka, anaknya ini adalah dari sekolah cina dan kamu juga masa tu dari sekolah cina.”
Aduh… lama tu… aku dah tak ingat yang mana satu budak sekelas denganku ketika bersekolah cina dahulu. Yalah, mana nak ingat kalau aku bersekolah di sekolah cina dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Masa keputusan PMR keluar, aku mendapat tawaran untuk menyambung tingkatan empat di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu.
Alah… siapa pulak yang satu sekolah denganku… maknanya budak tu budak Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin. Siapalah yang aku tak tahu gerangannya.
“Mak, dia tu Melayu ke?” Aku  memandang emakku dengan pandangan pelik. Yelah, siapa yang tak pelik bila ada budak dari sekolah lama masuk meminang. Lebih pelik lagi, aku dulu bersekolah di sekolah cina. Sekolah yang mejoriti pelajarnya dari kaum cina. Susah sangat nak jumpa budak Melayu.
“Mestilah melayu. Dah kalau bukan Melayu, bangsa apa kamu ingat? Cina?” jawab emakku.
“Takpe, kamu boleh ambil banyak masa untuk kamu fikirkan tentang rombongan siang tadi. Mereka akan datang lagi pada akhir bulan depan untuk dapatkan keputusan dari kamu.” Tambah ayahku.
“Baiklah ayah, mak. Saya masuk dalam bilik dulu.” Putusku. Aku perlukan ketenangan untuk berfikir.
“Yelah.” Balas emak dan ayahku serentak. Mereka memerhati sehingga kelibat aku hilang di sebalik pintu bilik.

Di dalam bilik, aku tidak dapat melelapkan mataku. Apa yang baru dikhabarkan oeh kedua orang tuaku masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Patutlah mereka menyuruh Ucu masuk ke dalam bilik awal. Mereka menggunakan alas an yang Ucu perlu mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan tidak lama lagi. Aku langsung tidak dapat menghidu taktik yang ingin dimainkan oleh orang tuaku.
Aku akhirnya terlelap sambil kepala masih lagi terfikirkan tentang rombongan yang diberitahu oleh ayah dan emakku. Aku tidak sedar pukul berapa aku terlelap.

Aku terjaga dari lena pada pukul 6.15 pagi bila terdengar azan subuh berkumandang. Dengannya malas aku bangun dari pembaringan. Walau dalam keadaan malas macam mana pun, aku perlu bangun juga kerana aku perlu mengerjakan suruhan ALLAH S.W.T.yang telah disuarakan melalui suara azan tadi.
Setelah siap menunaikan solat, aku lantas menyarung baju kurung seperti kebiasaannya pada hari bekerja. Setelah selesai mamakai baju, aku menghadap pula meha solek untuk merapikan wajahku.
Aku terlihat seketika pada jam kecil yang berada di atas meja solekku. Baru pukul 7.10 pagi. Masih awal lagi untuk bersiap ke tempat kerja. Detik hatiku. Selepas menyikat rambutku, aku terus turun ke dapur. Entah apa juadah pagi ni yang mak aku masak.
“Ha Sarah, mari minum sekali. Eh, kamu tak siap lagi ke?” sapa emakku ketika ternampak kelibatku menuruni tangga dapur.
“Awal lagilah mak nak bersiap. Ucu dah ke sekolah ke? Mak masak apa pagi ni?” aku mula menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan emakku.
“Kamu bukan tak kenal adik kamu tu, awal-awal lagi dah keluar ke sekolah. Tak nak kena tangkap dengan guru disiplin katanya kerana datang lambat. Mak cuma masak kuih jemput bawang je tapi ni ada nasi lemak. Ayah beli kat warung depan jalan tu selepas balik dari surau tadi.” Panjang lebar emakku berkata-kata, seperti tiada apa yang berlaku malam semalam.
Aku mengambil sebungkus nasi lemak. Aku juga sempat menuang air teh O ke dalam cawan sebelum nasi lemak masuk ke dalam mulutku..
“Emm, sedap-sedap makanan pagi ni. Ayah dah ke kebun  ke?” aku sekadar bertanya untuk tidak ternampak janggal di hadapan emakku.
“Ayah dah ke kebun. Lepas kamu pergi kerja ni pun, mak ingat nak menyusul dia di kebun.”
Aku menghabiskan nasi lemak dan mengambil beberapa ketul jemput bawang. Setelah selesai makan, aku terus menghirup air teh O. Bila terpandangkan jam di dinding dapur, aku mula menggelabah. Mana tak gelabah bila jam sudah menunjukkan ke angka lapan pagi. Aku cepat-cepat membawa cawan yang sudah digunakan ke dalam singki.
“Takpe, tinggal saja kat situ. Nanti mak basuh. Dah, pergi bersiap. Nanti lambat pulak ke tempat kerja.” Emakku bersuara ketika aku tengah kalut-kalut.
“Terima kasih mak.” Aku lantas memanjat tangga untuk bersiap. Emakku menggelengkan kepala melihat gelagatku.
Aku mencapai anak telekung, lalu memakainya. Setelah siap, aku menempekkan bedak pula di mukaku, hanya sapuan nipis. Aku mencapai tudung kelapa yang warnanya senada dengan baju kurung yang kupakai ini. Aku membelit kain tudungku ala-ala Wardina. Akhir sekali, aku mengoles lipstick yang warnanya merah jambu lembut di permukaan bibirku. Sangat sesuai dengan warna kulitku yang putih ini.
Setelah selesai bersiap, aku mendapatkan emakku. Aku mengucup tangan emakku.
“Sarah pergi kerja dulu ya mak,” kataku.
“Yalah, bawak motor tu hati-hati sikit.” Sempat lagi emakku berpesan.
Aku menyorong keluar motorku dari bawah rumah, tempat motorku tersimpan. Aku menggalas handbag dan memakai jaket diluarnya. Aku tidak berani meletakkan handbag di dalam bakul hadapan motorku kerana sekarang kerap sangat berlaku kes-kes ragut. Aku menghidupkan enjin dan mula berlalu keluar dari halaman rumahku. Emakku memerhatikanku sehingga kelibatku hilang dari pandangan.

Aku sampai di tempat kerja pada pukul 8.20 pagi. Masih awal lagi. Baru dua tiga orang rakan sekerjaku yang baru sampai. Setelah mengetip kad kedatangan pada mesin pengetip, aku melangkah ke arah mejaku. Mak oii, banyaknya kertas. Sebelum pulang semalam, aku rasa mejaku sudah teratur elok je. Tapi pagi ni, banyak pulak dokumen yang baru masuk. Ini semua memerlukan aku buat dengan segera. Gumamku di dalam hati.
Nak buat macam mana, inilah kerjaya yang aku pilih. Sebenarnya ini bukan kerjaya aku pilih sepenuhnya kerana selepas keluar keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Aku sungguh gembira dan memang berhasrat untuk ke sana. Emak dan ayahku juga menyokong dengan keputusanku.
Tetapi pada waktu yang sama, aku menerima yang tidak dapat aku terima sehingga hari ini. Perkara yang menjadi penyebab kepada tentangan hebat ayahku ialah salah seorang sepupuku yang juga anak kepada adik ayahku telah mengandungkan anak luar nikah semasa menuntut di sebuah IPTA. Oleh sebab itu, ayahku melarang keras aku melanjutkan pelajaran di UiTM kerana takut aku juga menjadi seperti sepupuku itu.
Aku terasa sungguh-sungguh kecewa dengan kata putus yang diucapkan oleh ayahku. Berkecai semua angan-anganku untuk menjadi seorang pereka hiasan dalaman yang terunggul di negara ini. Tetapi aku tercampak di tempat kerjaku yang sekarang ini.
Semua ini berlaku bila kakak iparku, kak Rosma, membawa berita tentang kekosongan jawatan di bank ini. Kak Niza mendapat tahu daripada kawannya yang bekerja di pejabat ini ketika itu. Seperti kata-kata yang pernah dia ucapkan kepadaku.
“Sarah, tak ada untungnya Sarah bersedih begini. Lebih baik Sarah terima tawaran ni. Peluang tak datang berulang kali. Kalau Sarah duduk begini, ayah tak akan berganjak daripada keputusannya. Walau di pujuk macam mana pun. Apa yang ayah buat ni adalah untuk menjaga keselamatan Sarah jugak.”
Dentingan jam dinding telah mematikan lamunanku. Pukul 9.00 pagi dah. Pintu bank sudah dibuka oleh pak guard yang bertugas hari ni. Aku mula mangambil tempat di hadapan kaunter. Apabila bank dibuka, meluru pelanggan yang sudah menunggu di luar memasuki bank. Aku akhirnya ralit melayan pelanggan. Lupa seketika masalah yang kutanggung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan