Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Khamis, 29 April 2010

Kalau Sudah Sayang : BAB 14

Ariff Zulkarnain tak tahu yang mana satu harus diikutnya. Ikut kata hati atau mengikut suruhan abahnya tadi. Bingung dia memikirkan permasalahan ini. Jika dia mengikut kata hati bermakna dia tidak akan menjemput perempuan itu dan boleh enjoy sepuas-puasnya dengan Hani seperti sekarang. Tiada orang yang akan melarang, tapi bila difikirkan kembali, bila abahnya mengatakan jika dia ingin menjaga airmuka keluarganya, maka dia perlu menjemput perempuan itu. Dengan cara halus abahnya memaksa.
Begitu berat dirasakan permintaan abahnya itu. Dalam dia sedang berfikir-fikir itulah, kedengaran lagu I’m Yours dendangan Jason Mraz berkumandang. Telefon Nokia N96 berbunyi minta diangkat. Ariff Zulkarnain mengambil telefon yang berada diatas meja kopi itu. Dilihatnya nama si pemanggil. Hani. Desis hatinya. Punat hitau ditekan.
“Helo, Hani. Ada apa telefon ni?” dengan malas dia bertanya.
“Helo, Riff. Malam ni jadi tak nak keluar?” lantas, mata Ariff Zulkarnain mengerling kearah jam yang tergantung didinding rumah.
‘Ah, baru pukul lapan malam.’ Desis hatinya. Dalam dia tengah bercakap ditelefon, kakinya juga bergerak sama menaiki tangga..
“Jadilah. Kenapa, you tak nak keluar ke?” dalam hati Ariff Zulkarnain pula berkata, mujur sangat dia tak nak keluar. Hani kalau bab keluar, dialah yang laju.
“Apsal pulak I yang tak nak keluar? I tanya you ni sebab nak comformkan dari you. Tu aje.” Kan betul seperti apa yang Ariff Zulkarnain katakan.
“I okey je.. pukul berapa you nak keluar malam ni? Kita nak kemana?”
“Macam biasa dan tempat biasa, okey tak?”
“I ikut je. Kawan-kawan you ikut jugak ke malam ni?”
“Kenapa? Macam tak suka je.”
“Memang I tak suka pun. Diorang tu playgirl ke? Semacam je diorang tu. I tengok, selalu je diorang bertukar lelaki.”
“Mana pulak you tahu yang kawan-kawan I tu playgirl. Tak baik tau you cakap macam tu. Diorang okeylah. Mungkin sebab you selalu tengok dia selalu tukar pasangan sebab tu you kata playgirl. Diorang cuma kawan jelah dengan lelaki-lelaki tu semua.”
Padahal Ariff Zulkarnain tidak tahu yang sebenarnya Hani pun sama saja dengan kawan-kawannya itu. Cuma ketika Ariff Zulkarnain tiada disini barulah Hani akan mencari lelaki lain. Untuk dijadikan alat untuk memuaskan nafsu.
“Ikut suka dioranglah nak jadi apa. Yang penting you tak macam tu. Kalau I tahu you ada main dengan lelaki lain. Siaplah! You dengan lelaki tu akan kenalah.” Ariff Zulkarnain mengeluarkan kata-kata berbau arahan.
Gerun juga Hani mendengarnya. Dia berharap yang Ariff Zulkarnain tidak akan tahu segala kegiatan yang dilakukan sepanjang Ariff Zulkarnain tiada disini. Jika tidak, tak tahulah bagaimana nasibnya. Orang sekarang boleh lakukan apa saja termasuk membubuh!
“Okeylah, you jemput I di apartment I, ya. Bye,” Hani memutuskan perbualan.
Ariff Zulkarnain mencampakkan telefonnya diatas katil. Dari dia duduk susah fikirkan apa yang disuruh ibu dan abahnya, lebih baik keluar dengan Hani. Boleh dia lupakan seketika permasalahan itu.
Lantas, Ariff Zulkarnain bangun dari pembaringan. Dia mencapai tuala sebelum berlalu ke arah bilik mandi. Dia akan bersiap-siap untuk keluar seketika nanti. Dia perlu keluar awal sedikit daripada yang dijanjikan dengan Hani kerana dia hendak bersiar-siar sebelum menjemput Hani untuk menenangkan perasaannya agar tidak terlalu berfikir tentang permintaan orang tuanya.
Selesai dia mengenakan jeans dan t-shirt, dia menyembur pula wangian Calvin Klein ke tubuhnya. Dia meneliti seketika penampilannya didepan cermin. Sekadar untuk memastikan penampilannya kelihatan kemas. Bila berpuas hati, kunci kereta yang berada diatas meja sisi katil dicapai.
Ketika menutup pintu biliknya, dia mengintai-intai sama ada ditingkat bawah ada orang atau tidak. Seperti pencuri pula lagaknya. Bukan apa, dia berbuat begitu untuk mengelakkan daripada bertembung dengan ibu atau abahnya. Bila dirasakan line clear, dia terus melangkah ke pintu utama. Cepat-cepat dia menyarungkan sandal ke kaki.
Tidak lama kemudian, kereta milik Ariff Zulkarnain sudah memasuki jalanraya. Dengan kereta lumba yang biasanya digunakan untuk pertandingan rally kereta, tidak sampai sepuluh minit, dia sudah berada diatas Jambatan Sultan Mahmud. Kelancaran pemanduannya ditambah lagi dengan keadaan jalanraya yang lengang.
Mungkin disebabkan oleh malam itu bukan malam minggu, jadi jalanraya sedikit lengang. Kalau malam minggu, alamatnya setengah jam juga masa yang diperlukan untuk sampai ke bandar Kuala Terengganu dari rumahku. Itu tidak ditambah lagi jika tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Jalan yang biasanya lengang, boleh sesak.
Ariff Zulkarnain sudah terkena sekali, dalam dua atau tiga tahun lepas. Aku tersangkut dalam kesesakan jalanraya dalam tiga jam. Huh, menyesal dia lepas itu untuk keluar pada musim perayaan. Kalau nak keluar boleh, tapi biar seminggu selepas hari raya kerana pada ketika itu para perantau yang pulang ke kampung sudah kembali ke bandar-bandar besar.
Kereta yang dipandu Ariff Zulkarnain sedang melalui jalan yang mengeliling Masjid Terapung. Disitu terdapat sebuah taman yang menghadap tasik. Cantik pula kelihatan masjid itu bila disimbahi cahaya dari spotlight yang dipasang disekeliling masjid. Kelihatan hidup sungguh masjid yang dibanggakan oleh rakyat Terengganu ini.
Kereta diparkir ditempat meletak kenderaan yang telah disediakan. Dia keluar dari kereta. Central lock kereta ditekan. Perlahan-lahan dia berjalan kearah bangku yang disediakan. Dia duduk dibangku yang berhadapan dengan tasik Kuala Ibai itu.
Termenung dia disitu. Saja dia menuju kesini, sekadar untuk menunggu kedetik pukul 11.00 malam untuk menjemput Hani dirumahnya. Ketika berada disitu juga, terimbau kembali ketika dia bernikah dimasjid ini. Bernikah dengan wanita yang bukan pilihannya. Kahwin paksa pula tu.
Perkara yang ingin Ariff Zulkarnain lupakan itulah yang selalu bermain-main difikirannya. Bila jam hampir menginjak pukul 11.00 malam, dia mula mengatur langkah untuk berlalu dari situ. Perlu menjemput Hani pula selepas ini.
Kereta Subaru Impeza itu membelok masuk ke dalam kawasan Apartment Batas Baru. Ketika dia melewati pondok pengawal tadi, jaga yang berjaga sudah mengenali mukanya. Disebabkan selalu sangat dia ke sini menjemput Hani. Bukannya Hani tiada kereta tapi bila dia balik bercuti sebegini, Hani biasanya menyuruh Ariff Zulkarnain mengambilnya.
Sesampainya dibawah apartment Hani, kelihatan Hani sudah menunggu disitu. Tidak perlu Ariff Zulkarnain menelefon Hani untuk memaklumkan kepada Hani yang dia sudah sampai dibawah apartmentnya. Hani melangkah memasuki kereta bila kereta diberhentikan disebelahnya.
Hani mengenakan mini skirt paras peha dan dipadankan dengan baju singkat yang bertali halus. Kasut yang dikenakan pula ialah kasut bertumit setinggi empat setengah inci yang direka untuk mereka yang mementingkan fesyen. Jika dilihat dari atas hingga ke bawah, pasti dapat menggoyahkan iman sesiapa saja yang melihatnya.
“Siapa kawan-kawan you yang keluar jugak malam?” Ariff Zulkarnain memecahkan kesunyian didalam kereta itu.
“Macam biasalah. Syima dan Thalia akan join kita malam ni.”
“Dengan siapa pula diorang keluar malam ni?”
“Entahlah. Malas I nak layan diorang tu. Suka sangat bertukar pasangan.” Hani berpura-pura merungut didepan Ariff Zulkarnain.
“You jangan ikutlah perangai diorang tu. Berkawan boleh tapi perangai diorang tu tak sesuai untuk diikut.” Ariff Zulkarnain memberi pendapatnya.
Hani hanya menganggukkan kepalanya. Akhirnya, mereka sampai didepan Mont Night Club. Ariff Zulkarnain memarkirkan kereta didepan kelab malam tersebut.
Kelab malam inilah yang selalu mereka kunjungi bila keluar bersama. Mereka beriringan masuk ke dalam kelab tersebut. Syima dan Thalia sudah menanti didalam kelab itu. Melambai-lambai tangan mereka kearah Hani dan Ariff Zulkarnain yang baru memasuki kalab.
Lantas, Hani dan Ariff Zulkarnain menghampiri meja yang diduduki oleh Syima dan Thalia.
“Siapa pula pasangan kau malam ni?” Hani menguatkan suara untuk bertanya kepada Syima dan Thalia untuk melawan bunyi muzik yang kedengaran begitu kuat.
“Entahlah. Tak tahu lagi. Tengok dulu yang mana boleh diguna pakai, aku sambarlah.” Jawab Thalia.
Ariff Zulkarnain langsung tidak menghiraukan Syima dan Thalia. Dia lebih suka melilaukan matanya kesekeliling kelab. Kelihatan orang yang datang ke kelab ini terkinja-kinja menari.
‘Huh, sombong sungguh si Ariff ni. Macamlah handsome sangat. Harap duit je berkepuk. Kalau tak dah lama Hani tinggalkan dia.’ Syima mengomel didalam hati. Bukan sekali ini Ariff Zulkarnain bersikap begitu terhadap Syima dan Thalia tapi setiap kali dia keluar dengan Hani dan mereka ada sama.
Kadang-kadang tu rasa bengkak je hati mereka. Tapi ditahan saja bila diingatkan yang Ariff Zulkarnain adalah kekasih kepada teman baik mereka, Hani. Dengan Hani Ariff Zulkarnain okey tapi dengan mereka saja tidak bertegur sapa.

Puan Junaidah bergegas ke arah pintu utama bila mendengar bunyi kereta Ariff Zulkarnain. Niatnya ingin menghalang Ariff Zulkarnain daripada keluar malam ini. Tapi nasibnya tak begitu baik kerana kereta Ariff Zulkarnain sudah pun berlalu keluar dari halaman rumah.
“Huh,” Puan Junaidah mangeluh hampa.
Dia berlalu semula ke biliknya untuk menyalin telekung sembahyang. Ketika dia ingin menghalang Ariff Zulkarnain tadi, dia baru sahaja selesai solat isya’ dan bila dia mendengar bunyi kereta Ariff Zulkarnain tadi dia bergegas untuk mendapatkan Ariff Zulkarnain tanpa membuka telekung terlebih dahulu.
Encik Abdul Rahman pula masih lagi di masjid. Pasti selepas dia pulang nanti akan ditanyakan kemana Ariff Zulkarnain menghilang. Susah juga ada anak yang tidak mahu ikut cakap oang tua. Asyik nak ikut kepala sendiri saja.
Dalam pada itu, Puan Junaidah teringatkan perbualan antara dia dan suaminya dengan besan mereka, Encik Roslan siang semalam. Puan Zuriyah turut ada sama. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, Encik Abdul Rahman dan Puan Junaidah mengambil langkah sendiri dengan berkunjung ke rumah besan mereka. Dengan alasan untuk menjenguk keadaan menantu mereka, Maisarah Ernieza.
“Kedatangan kami ni untuk berbincang dengan abang dan kakak tentang anak-anak kita. Kita sebagai orang tua bukan nak masuk campur tapi bila dibiarkan semakin keruh pula kami melihatnya. Bagaimana pendapat abang dan kakak?” Encik Abdul Rahman memulakan mukadimah.
“Kalau ikut pendapat abang, memang abang sokong langkah yang Man ambik ni. Abang tengok, sejak mereka kahwin Sarah lebih banyak termenung. Makan pun kadang-kadang tak, kadang-kadang makan. Kalau makan pun sikit sangat. Ni dia dah mula kerja semula, dekat tempat kerja kami tak tahu dia makan atau tak. Risau juga kami dibuatnya.” Encik Roslan meluahkan kerisauannya.
“Kami juga sebenarnya ada perancangan. Ariff ada beritahu yang dia akan balik ke sini esok. Jadi, kami rancang nak suruh dia datang jemput Sarah balik ke sana. Berdosa seksa isteri dengan cara begini. Kami cuma nak maklumkan kepada abang dan kakak, jika Ariff ke mari untuk menjemput Sarah janganlah terkejut. Kami akan paksa juga dia ke mari walau sekuat mana pun dia menolak.” Encik Abdul Rahman menerangkan perancangan yang sudah dirangka dengan isterinya.
“Kami setuju dengan perancangan kamu berdua. Bukan apa, kesian akak tengok Sarah macam tu. Memang kadang-kadang tu dia ketawa tapi kami tahu dia hanya berpura-pura. Luaran memang dia boleh ketawa tapi didalam hati kita tak tahu. Sedih kami melihatnya. Bagus juga kalau Ariff nak datang jemput dia. Mungkin dengan cara itu dapat mengubah sikap Sarah dan kita juga boleh melihat Sarah yang dulu, yang suka ketawa, suka bercerita.” Puan Zuriyah menyetujui perancangan besannya itu.
Asyik sungguh mereka berborak saja sampaikan lupa makanan dan minuman yang sudah terhidang.
“Eh, lupa pula. Jamahlah makanan ni. Sejuk dah rasanya air tu.” Pelawa Encik Roslan sambil tertawa.
“Iyalah, leka sungguh kita berborak.” Sambut Encik Abdul Rahman pula sambil tertawa.
Mereka menjamah kuih karipap dan air kopi yang telah disediakan oleh Puan Zuriyah. Kedatangan Encik Abdul Rahman dan Puan Junaidah bukan berdua saja, Syira dan Farah juga ikut sama. Kebetulan Syira pulang bercuti semester dan dia ingin mengikut ibu dan abahnya.
Mereka berdua entah lesap kemana. Mungkin bersama dengan kakak ipar mereka, Maisarah Ernieza sekarang ini.

Isnin, 26 April 2010

Kalau Sudah Sayang : BAB 13

Jam didinding sudah menginjak ke angka 10.00 malam. Ariff Zulkarnain yang telah bersiap-siap untuk keluar bersiul-siul kecil. Dengan t-shirt polo berwarna kuning susu dipadankan seluar jeans luruh. Begitu ringkas gayanya. Setelah itu dia mencapai jaket kulit untuk disarungkan dibahagian luar.
Dia menuruni tangga. Dilihat Farah telah menggantikan tempat Syira didepan televisyen.
“Bang, nak keluar ke?” Farah bertanya kepada abangnya.
“Yup. Nak jumpa kawan-kawan. Farah dah sudah ke chatting?”
“Sekejap je chatting tadi. Sikit sangat yang online. Kawan-kawan Farah ramai yang balik kampung.”
“Oo, macam tu. Okeylah, abang keluar dulu. Kalau ibu tanya, cakap abang keluar jumpa kawan ya. Tak payah tunggulah. Abang ada bawak kunci spare ni.”
“Okey,”
Tidak lama kemudian, kedengaran menderu kereta Subaru Impreza milik abangnya diatas jalanraya. Tiba-tiba muncul ibunya dari tingkat atas rumah itu.
“Siapa tu? Abang Ariff ke?” Farah mengangkat mukanya, memandang Puan Junaidah.
“Ya, bu. Abang cakap dia keluar jumpa kawan.”
“Dia cakap tak dia balik pukul berapa?”
“Taklah pulak. Tapi dia ada pesan yang ibu tak payahlah tunggu dia. Dia ada bawak kunci spare.”
Bila melihatkan ibunya tidak bertanya lagi, dia meneruskan tontonannya di televisyen.
“Oh ya, Farah jangan lupa kunci pintu, ya. Ibu dah nak masuk tidur ni.” Farah yang sedang asyik menonton televisyen menganggukkan kepalanya.
Puan Junaidah pula masuk semula ke dalam biliknya. Dia baru berkira-kira ingin memberitahu Ariff Zulkarnain tentang Maisarah Ernieza. Tapi sebelum dia bersuara, dia perlu tunggu suaminya pulang dari masjid dulu. Takut nanti Ariff Zulkarnain tak mahu dengar cakapnya.
Encik Abdul Rahman pula tak balik-balik lagi dari masjid. Biasanya pukul sembilan, dia sudah sampai dirumah. Tapi malam ni sehingga jam menunjukkan pukul sepuluh, bayangnya masih tidak kelihatan. Gelisah Puan Junaidah menunggu.
Sepuluh minit berlalu, barulah kedengaran bunyi enjin motorsikal memasuki halaman rumah itu. Sesudah memarkir motorsikalnya, Encik Abdul Rahman masuk ke dalam rumah. Yang ada diruang tamu hanya Farah seorang.
“Farah, ibu mana?” tanya Encik Abdul Rahman.
“Ibu ada di atas. Mungkin dah masuk tidur kot.” Jawab Farah.
“Okeylah, abah naik dulu ya. Jangan tengok tv sampai tengah malam pulak.” Sempat lagi Encik Abdul Rahman menasihati anak bongsunya itu.
Dia terus memanjat tangga. Sampai didepan biliknya, tombol pintu dipulas perlahan-lahan. Bimbang mengejutkan isterinya.
Puan Junaidah yang baru hendak terlelap, terjaga semula bila mendengar tombol pintu dipulas. Lantas dia bangun dan bersandar dikepala katil.
“Lambat abang balik?”
“Huh, kus semangat. Abang ingatkan siapalah yang tegur tadi. Tadi ada ceramah agama disurau. Lepas tu pulak, abang berbual dengan imam tentang semakin ramai budak luar dari kampung ni datang ke sini. Kalau buat perkara elok taka apalah juga. Tapi duk buat perkara tak elok. Imam cakap semakin hari, semakin ramai yang datang. Ada yang buat maksiatlah. Tak kurang juga penagih dadah. Hisy, apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni.” Luah Encik Abdul Rahman sambil menggelengkan kepala.
“Budak-budak. Kalau mak ayah tak larang macam tulah jadinya. Tak kurang juga yang suka lawan cakap mak ayah. Sampaikan tak hormat langsung orang tua.” Ujar Puan Junaidah.
“Harap-harap anak kita taklah jadi macam tu.”
“Harapnya, begitulah. Oh ya, pasal anak-anak. Bila abang nak cakap dengan Ariff pasal Sarah?”
“Dia ada dalam biliknya?”
“Dia tu, mana lekat dekat rumah. Malam-malam macam ni keluarlah dia. Katanya nak jumpa kawan. Entah-entah pergi jumpa betina tu kot.” Serkap Puan Junaidah.
“Kalau begitu, esok sahajalah saya cakap dengan dia.” Putus Encik Abdul Rahman. Malas dia nak bertekak dengan isterinya. Si Ariff ni pun satu hal. Ada isteri ditinggal-tinggal. Perempuan yang entah apa-apa tu dia kejar. Rungut Encik Abdul Rahman didalam hati.
“Yalah, ikut suka abanglah. Saya nak tidur ni.” Jawab Puan Junaidah sebelum merebahkan kembali badannya diatas katil.
Encik Abdul Rahman juga berbaring disebelah isterinya. Apa-apa hal esok saja dia akan selesaikan.

Keesokannya, Encik Abdul Rahman turun menjamu sarapan. Seketika nanti dia akan ke pejabat. Dia berharap agar dapat berbicara dengan Ariff Zulkarnain. Supaya senanglah dia bila masuk kerja pagi ni dengan hati yang lapang. Kalau tak ayik berserabut saja dirasakan kepalanya itu.
Sesampai dimeja makan, Encik Abdul Rahman melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang paling hujung. Dilihatnya hanya isterinya, Farah dan Syira yang berada dimeja makan. Batang hidung Ariff Zulkarnain masih tidak kelihatan.
“Ariff tak bangun lagi ke, Jun?” Encik Abdul Rahman bertanya kepada isterinya.
“Belum lagi, bang. Tadi Jun dah kejutkan.”Jawab Puan Junaidah yang tangannya ligat menuang teh ke cawan suaminya.
“Pukul berapa dia balik malam semalam?” tanya Encik Abdul Rahman lagi. Sementara itu mulutnya ligat mengunyah mi goreng yang disediakan isterinya.
“Entahlah, bang. Farah masuk tidur semalam pukul berapa? Abang Arif dah balik ke belum masa tu?” Pertanyaan Puan Junaidah ditujukan kepada anaknya pula.
“Tak tahulah, bu. Malam semalam masa Farah masuk tidur dalam pukul 12.00 tengahmalam, abanng tak balik lagi.”
“Kalau tak salah Syira, abang balik dalam pukul tiga pagi. Masa tu Syira turun nak minum air sebab tekak terasa haus. Masa tulah terserempak dengan abang yang baru balik.” Sampuk Syira.
“Hisy, apa nak jadi dengan budak tu. Kalau dah balik pukul tiga pagi, tak tahu pukul berapa pula dia akan bangun tidur. Entah-entah solat subuh pun terlepas. Nampaknya, tak dapatlah saya nak bercakap dengan dia.” Rungut Encik Abdul Rahman.
Setelah siap bersarapan, Encik Abdul Rahman mencapai kotnya. Puan Junaidah mengekori langkah suaminya sehingga dimuka pintu rumah. Sebelum melangkah ketempat kerja, Encik Abdul Rahman menyambut salam isterinya dan pada ketika itu, sempat lagi dia berpesan.
“Nanti, jangan bagi si Ariff tu keluar. Balik dari kerja nanti, saya nak cakap dengan dia.”
“Yalah, bang.”
Tidak lama kemudian, kereta milik suaminya, menderu membelah jalanraya.

Tepat pukul 12.00 tengahari, ketika matahari menegak diatas kepala. Barulah Ariff Zulkarnain bangun dari tidurnya. Masih teringat-ingat perjumpaannya dengan Hani semalam. Terlepas segala rindu yang ditanggung selama sebulan lebih terhadap kekasihnya itu. Baginya hanya Hani yang memahami kehendak hatinya.
Jika orang lain perpandangan yang Hani tu seksi, tetapi tidak baginya. Dari matanya, Hani tidak seksi tetapi pakaian yang dipakainya sedikit mendedahkan tubuhnya. Ibu dan abahnya sedikitpun tidak menyetujui pilihan hatinya itu. Kadang-kadang dirasakan fikiran kedua orang tuanya itu terlalu kolot.
Ariff Zulkarnain menggeliatkan tubuhnya diatas katil. Terasa malas pula nak bangun. walau macam mana malasnya dia, dia harus bangun. Kalau tidak, nanti ada siaran ‘radio’ yang tak diundang memperdengarkan siarannya. Gelaran yang diberikan kepada ibunya.
Dengan langkah yang malas, dia mengambil tuala dan berlalu kearah bilik mandi.
Hampir pukul satu petang, barulah dia menampakkan diri. Dengan t-shirt dan seluat paras lutut, dia perlahan-lahan menuruni tangga sambil menyanyi-nyanyi kecil. Diatas meja makan, sudah tersedia juadah makan tengahari. Dia menghampiri meja makan.
Sedang dia terhidu-hidu dan melihat-lihat makanan diatas meja, muncul emakku yang datang dari arah dapur sambil menatang singgang ikan tongkol. Masakan kegemarannya. Ditambah lagi jika ada budu. Huh… sungguh menyelerakan.
“Hah, baru ingat nak bangun. Kenapa tak tidur saja sampai pagi esok? Apa nak jadi dengan kamu ni. Orang lain cuti juga tapi taklah macam kamu ni. Malam keluar jadi burung hantu. Siang duk melingkar atas katil.” Bebel Puan Junaidah.
Ariff Zulkarnain tersengih-sengih seperti kerang busuk. Tanpa menghiraukan bebelan ibunya, Ariff Zulkarnain sudah duduk diatas kerusi. Tangannya sudah sedia untuk menyenduk nasi ke pinggannya.
“Hari ni jangan kemana-mana. Petang nanti abah nak jumpa. Adahal yang nak diberitahu. Jangan lari pula.” Pesan Puan Junaidah.
Ariff Zulkarnain sikit pun tidak menghiraukan kata-kata ibunya. Yang dia tahu makanan yang berada didepannya ini sungguhn menyelerakan. Suapan berganti suapan. Hinggakan bertambah dia.
Akhirnya, setelah dua kali menambah nasi, dia tersandar kekenyangan. Tiada siapa yang dapat menandingi masakan ibunya itu.

Petang itu, ketika Encik Abdul Rahman sampai dirumah, Ariff Zulkarnain sedang menonton televisyen. Seperti yang dipesan oleh ibunya, petang itu, Ariff Zulkarnain tidak kemana-mana. Hanya melepak dirumah saja.
Encik Abdul Rahman berlalu ke tingkat atas. Sebelum dia memulakan bicara dengan anaknya, adalah lebih baik dia memunaikan suruhan ALLAH S.W.T. dahulu.
Ariff Zulkarnain hanya memerhati langkah abahnya itu. Dia terfikir-fikir juga, perkara apa yang abahnya ingin beritahu kepadanya. Seperti penting saja. Dalam berfikir-fikir itu, sempat lagi dia melayan drama Soleha siaran TV9.
Selesai Encik Abdul Rahman menunaikan solat, dilihatnya Ariff Zulkarnain masih lagi berada didepan televisyen. Dia mendapatkan isterinya dihalaman rumah yang sedang membelai pokok-pokok bunganya.
“Jun, jomlah. Abang dah nak cakap dengan Ariff ni.” Panggil Encik Abdul Rahman.
Puan Junaidah hanya mengikut. Mereka berjalan beriringan memasuki rumah. Nasib baik Farah dan Syira tiada dirumah. Mereka telah keluar entah kemana dengan menaiki Satria Neo milik Syira.
Encik Abdul Rahman dan Puan Junaidah dudk berhadapan dengan Ariff Zulkarnain. Televisyen dibiarkan terpasang.
“Ariff, sampai bila kamu nak macam ni? Kamu tu dah kahwin. Sepatutnya kamu tak buat isteri kamu macam tu. Ibu dan abah nak kamu pergi jemput Sarah dan bawa dia tinggal disini. Kalau boleh secepat mungkin dan sebelum kamu kembali ke laut.” Suruh Encik Abdul Rahman.
Terperanjat Ariff Zulkarnain. Hilang wajah Soleha yang sedang berbual dengan Ivan. Terus dipandang muka abahnya.
“Kami tak mahu tanggung dosa dengan apa yang telah kamu buat ni. Janganlah kamu nak hukum Sarah sebab dia sikit pun tak salah. Sarah tak sepatutnya menerima hukuman yang sebegitu berat dari kamu. Kalau kamu nak hukum pun, hukumlah kami. Kami yang menyuruh kamu berkahwin. Bukan dia!” Sambung Encik Abdul Rahman, melepaskan apa yang terbuku didalam hatinya.
Ariff Zulkarnain hanya buat bodoh saja. Tidak tahu nak menjawab macam mana kata-kata abahnya itu.
“Kamu tahu tak, seminggu selepas kamu kembali bekerja, Sarah diserang demam. Bukan demam biasa tetapi demam disebabkan tekanan. Doktor kata dia demam sebab tekanan ditempat kerja. Tapi ibu tak rasa dia mengalami tekanan ditempat kerja kerana baru sehari dia memulakan kerja, dia diserang demam. Ibu rasa dia demam sebab terlalu memikirkan tentang perkahwinannya. Mana lagi dengan suami yang tinggalkannya. Jatuhkan gantung tak bertali lagi. Nasibnya didibaratkan sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Ibu lihat dia sungguh tabah. Sampaikan boleh lagi tersenyum. Kalau ibu, ibu tak tahulah macam mana. Mungkin naik gila jadinya.” Tambah Puan Junaidah.
Terkejut Ariff Zulkarnain sekali lagi. Dia tidak menyangka keadaan akan jadi sebegini rumit. Dan perempuan itu diserang demam pula baru-baru ni. Timbul perasaan kasihan dalam dirinya. Memang ibu dan abah akan menyalahkannya seratus peratus.
“Tapi, ibu, abah. Ariff tak ada sikit pun rasa sayang pada dia. Macam mana nak hidup dengna dia?” Ariff Zulkarnain membela diri sendiri.
“Kamu jangan nak cipta pelbagai alasan. Ibu dan abah dah bosan dengar alasan-alasan kamu itu. Walau apa pun alasan kamu, kami nak kamu pergi jemput Sarah pulang ke sini. Keputusan adalah muktamad! Ini semua sepatutnya kami tak perlu masuk campur sebab kamu dah besar dan boleh fikir perkara baik atau buruknya. Kami buat semua ni sebab nakkan yang terbaik untuk kamu dan yang paling penting kami tak mahu perkara yang sama berlaku lagi dimasa akan datang.” Panjang pula jawapan Encik Abdul Rahman.
Aduh, susah sungguh macam ni. Ingatkan masalah dah selesai tapi ada lagi. Huh, berserabut kepala. Jerit Ariff Zulkarnain dalam hati. Hanya didalam hati saja dia menjerit. Untuk meluahkan segalanya didepan ibu dan abahnya adalah mustahil kerana dia tak mahu dicop anak derhaka pula. Sudahlah tidak bertanggungjawab terhadap isteri sendiri, menjadi anak derhaka pula. Ariff Zulkarnain tunduk memegang kepalanya.
Melihatkan Ariff Zulkarnain tidak berkata apa-apa, Encik Abdul Rahman dan Puan Junaidah mengangkat punggung, ingin berlalu dari situ. Biarlah anak mereka memikirkan permintaan dari mereka.
“Jangan lupa. Kamu pergi juga jemput Sarah. Kami nak kamu bawa juga dia balik ke sini. Abah dah bagitahu kepada ayah dan emak mertua kamu yang kamu akan ke sana untuk menjemput Sarah. Kamu jangan tak pergi pula. Tolong jaga air muka kami. Jangan sampai kami menanggung malu akibat tindakan yang tak masuk akal yang kamu akan buat..” sebelum berlalu, sempat lagi Encik Abdul Rahman menambah.
“Ingat, abah nak kamu pergi jemput Sarah sebelum kamu kembali ke atas kapal. Kalau tidak elaun yang abah beri tiap-tiap bulan akan abah tarik balik!” Encik Abdul Rahman menambah sebelum dia terlupa.
Sempat lagi dia mengugut anaknya itu. Dia tahu sangat. Gaji Ariff Zulkarnain berapalah sangat. Anaknya itu lebih bergantung dengan elaun tambahan yang encik Abdul Rahman. Kalau tidak Ariff Zulkarnain tidak boleh bermegah dengan kereta sport mewahnya, Subaru Impreza itu.
Sengaja Encik Abdul Rahman memberitahu yang dia sudah memaklumkan kepada Encik Roslan. Dia sengaja menggertak Ariff Zulkarnain. Biar dia takut sikit, tahu menjaga airmuka ibu dan abahnya. Padahal dia tidak memaklumkan lagi kepada besannya itu. Biarlah, selepas ini baru akan dikhabarkan kepada Encik Roslan kerana dia tahu yang Ariff Zulkarnain tidak akan bertindak sekarang. Dari airmuka yang dipamerkan oleh Ariff Zulkarnain dia sudah dapat membacanya.
Encik Abdul Rahman dan Puan Junaidah berlalu ke tingkat atas. Encik Abdul Rahman perlu bersiap-siap kerana sebentar nanti dia akan ke masjid. Memandangkan petang sudah malabuhkan tirainya.

Kalau Sudah Sayang : BAB 12

Semua kelengkapan sudah tersedia. Ariff Zulkarnain terasa malas pula untuk pulang kali ini. Tidak seperti setiap kali dia ingin pulang dulu. Seketika nanti kapal akan berlabuh di Perlabuhan Kerteh dan dari situ dia akan mengambil van sewa yang akan membawanya sampai ke rumah kedua ibu dan abahnya.
Kapal akhirnya berlabuh di Perlabuhan Kerteh. Selepas turun dari kapal, mata Ariff Zulkarnain melilau mencari van sewa. Turut serta bersamanya ialah Ridhuan dan beberapa rakan setugas. Dia juga habis bertugas bersama dengan Ariff Zulkarnain. Selepas lima minit menunggu, akhirnya kelibat van yang ditunggu muncul. Ariff Zulkarnain dan Ridhuan menaiki van tersebut.
Didalam perjalanan, Ariff Zulkarnain lebih banyak mendiamkan diri. Dia merasakan tiada perkara yang ingin dibualkan.
Selepas tiga jam, Ariff Zulkarnain sudah sampai dihadapan rumahnya. Dia tidak perlu bimbang keran tambang dijelaskan oleh syarikat. Sesudah menurunkan Ariff Zulkarnain, pemandu van meneruskan perjalanan. Mungkin menghantar Ridhuan. Ridhuan tinggal di Kampung Batu Enam, Manir.
Ariff Zulkarnain melangkah memasuki rumah orang tuanya. Daripada halaman rumah, tiada seorang pun yang kelihatan. Kelihatan keretanya terparkir di garaj rumah itu. Kereta Honda CRV milik ibunya juga ada sama disitu. Turut kelihatan kereta Satria Neo milik Syira. Cuma kereta Mercedes C200 milik abahnya yang tiada. Mungkin Syira ada balik. Oh ya, baru dia teringat. Sekarang ini pelajar universiti sedang cuti semester.
Dia memulas tombol pintu hadapan tetapi tak boleh. Pintu itu berkunci. Ariff Zulkarnain mencari-cari kunci didalam poketnya. Mujur dia mempunyai kunci pendua.
Ariff Zulkarnain membuka pintu. Matanya melilau memandang sekeliling ruang tamu rumah itu. Sah, memang tiada orang dirumah. Dia berlalu ke tingkat atas. Dia memasuki biliknya. Beg yang dibimbit tadi diletakkan ditepi almari pakaiannya. Tanpa membuka pakain kerja yang tersarung dibadannya, dia membaringkan tubuhnya diatas katil.
Ketika berbaring itulah dia tidak menyedari entah bila dia terlelap.
Ariff Zulkarnain terjaga dari tidurnya bila terdengar keriuhan diluar biliknya. Mungkin diruang tamu rumah. Dia bermalas-malasan diatas katil. Malas rasanya untuk menjenguk ke luar. Dia merasakan badannya masih lagi keletihan. Dari tingkap biliknya, kelihatan langit akan bertukar warna. Itu tandanya malam akan menjelma.
Ariff Zulkarnain menggeliat diatas katil. Walau macam mana malasnya dia, dia harus bangun. perlahan-lahan dia menapak didepan pintu bilik. Tombol pintu dipulas perlahan. Kepalanya dijengukkan ke luar bilik. Tiada orang. Mungkin dibawah suara riuh rendah itu datang.
Ariff Zulkarnain masuk semula ke dalam bilik. Dia membuka baju kerjanya sebelum mengambil tuala yang bersidai dirak penyidai tuala. Lalu, dia berlalu kearah bilik mandi dan memasuki bilik mandi itu. Badan yang keletihan perlu disegarkan dengan jirusan air. Apabila air terkena kepala, terasa hilang sebahagian keletihan yang digalas sebentar tadi.
Selesai Ariff Zulkarnain mandi, kedengaran azan maghrib berkumandang diluar rumahnya. Tanpa menunggu panjang, dia masuk semula ke dalam bilik mandi. Untuk mengambil wuduk. Selesai mengambil wuduk, sejadah dibentangkan dan takbir diangkat.
Solat yang ditunaikan begitu khusyuk sekali. Diakhir solatnya, dia menadah doa kepada ALLAH S.W.T.. Meminta diampunkan dosanya dan dosa kedua ibu dan abahnya. Dia juga meminta dipanjangkan umur semoga dia boleh berbakti kepada kedua ibu dan aabahnya.
Sesudah menunaikan solat, barulah dia turun ke ruang tamu rumah orang tuanya. Hanya Syira yang berada diruang tamu. Ibu mungkin didapur dan abah mungkin sudah ke masjid. Farah pula mungkin sedang berkurung didalam biliknya. Bila cuti sekolah akhir tahun macam ni, dia akan berkepit dengan komputernya. Mungkin sedang chatting melalui YM dengan rakan-rakannya.
Ariff Zulkarnain melabuhkan punggungnya disebelah Syira. Syira sedang menonton rancangan kartun Detective Conan yang sedang disiarkan di TV3.
“Dah lama ke Syira cuti?” Ariff Zulkarnain bertanya kepada adiknya.
“Adalah dalam dua minggu. Abang Ariff bila sampai?”
“Dalam pukul tiga tadi, pergi mana tadi? Sampaikan takde orang kat rumah. Mak Yam pun takde jugak.”
“Oh, tadi keluar pergi jalan-jalan dengan ibu dan abah. Syira dengan Farah ikut sama tu yang takde orang kat rumah. Mak Yam dan Pak Atan cuti, balik ke Besut. Ada saudara mereka buat kenduri kahwin.” Jawab Syira.
“Tu yang ibu duk sibuk kat dapur tu.”
“Yalah, mana tak sibuk. Pembantunya bercuti. Kelam kabutlah dia.” Ketawa Ariff Zulkarnain dan Syira bersatu.
“Ibu dengar apa yang kamu cakapkan tu.” Sampuk emakku dari dapur.
Ketawa Ariff Zulkarnain dan Syira kembali bergema.

Dalam pada itu, Puan Junaidah sudah bersepakat dengan suaminya untuk menyuruh Ariff Zulkarnain pergi menjemput isterinya Maisarah Ernieza bila Ariff Zulkarnain balik bercuti. Semua ini ditimbulkan pada suatu petang ketika mereka berdua sedang minum petang. Pada ketika itu Ariff Zulkarnain masih dilaut.
“Abang, sampai bila Ariff dan Sarah nak begitu? Seorang ke kiri, seorang ke kanan.” Puan Junaidah bertanya Encik Abdul Rahman sambil meletakkan dulang yang terisi air jus oren dan sedikit pisang goreng.
“Entahlah, abang pun tak tahu nak kata macam mana. Si Ariff tu keras kepala sangat. Kita manjakan sangat dia dari kecil.” Encik Abdul Rahman meletakkan kembali majalah Business Times yang dibacanya sebentar tadi.
“Eh, eh. Bukan kita, okey. Abang yang manjakan sangat dia bukan Jun. semua keinginan dia abang penuhi. Sampaikan dia nak kereta tu pun abang beri. Macam pelesit dia bawa kereta tu.” Puan Junaidah meleteri suaminya. Terdiam Encik Abdul Rahman dengan kata-kata isterinya.
“Apa kata kalau kita paksa dia pergi jemput Sarah bila dia balik bercuti nanti. Tak baik dia biarkan Sarah macam tu. Sarah tu sikit pun tak berdosa. Cuma anak kita je yang tak tahu menghargai permata yang telah ada didepan mata. Kaca yang tak bernilai tu jugak yang dikejarnya. Tak tahu menghargai langsung.” Puan Junaidah memberi pendapatnya. Dalam pada itu sempat lagi dia membebel anaknya.
“Emm, okey jugak. Bagus cadangan awak tu.” Encik Abdul Rahman berkata sambil mengunyah pisang goreng.
“Tapi saya nak abang yang cakapkan dengan Ariff. Kalau saya yang cakap pasti dia tak akan dengar. Abang yang cakap, ya.”
“Yalah, yalah. Bila dia balik nanti, saya cakaplah.” Encik Abdul Rahman mengikut cadangan isterinya. Jus oren terus diminum.

Aku diberi cuti selama seminggu. Duduk dirumah juga terasa bosan. Aku tidak dibenarkan melakukan apa-apa kerja. Hanya perlu duduk berehat saja. Genap sudah seminggu yang diberi oleh doktor. Pagi itu aku bangun tidur dengan bersemangatnya. Yalah, hari ni aku akan memerlukan kerja seperti biasa. Cuma doktor menasihatkanku agar tidak terbawa-bawa tekanan kerja balik ke rumah. Takut terjadi macam yang pernah aku lalui seminggu yang lalu.
Semua ahli keluarga yang ada dimeja makan aku tegur. Sepanjang makan, aku hanya tersenyum. Bukan apa, untuk meyakinkan kedua mak dan ayahku yang aku sudah betul-betul sihat. Aku tidak mahu mereka risau tentang kesihatanku.
Begitu juga ketika sampai dipejabat. Semua rakan sekerjaku, aku tegur. Hinggakan pak guard yang menjaga bank itu pun aku tegur. Dari riak mereka, aku tahu mereka berasa pelik dengan kelakuanku. Biarlah apa pun yang mereka nak kata. Yang pernting aku gembira.
“Sarah, kenapa akak tengok Sarah happy je hari ni? Macam ada apa-apa je.” Kak Raihana menegurku.
“Yalah, biasanya tak macam ni. Hari pertama masuk kerja happy je, macam ada apa-apa je.” Zain pula yang menyampuk sebelum sempat aku menjawab soalan Kak Raihana tadi.
“Takde apa-apalah. Hari pertama ni kenalah bersemangat sikit. Lagipun saya dah seminggu berkurung dirumah. Bosan rasanya.” Jawabku untuk dua persoalan.
“Ada-ada jelah Sarah ni.” Kata Zain, sebelum berlalu dari mejaku.
“Kalau ada apa-apa nak cerita, bagitahu akak okey.” Bisik Kak Raihana pula sebelum berlalu dari mejaku.
Aku menggelengkan kepala dan tersenyum dengan gelagat rakan sekerjaku. Macam-macamlah mereka ni. Aku memulakan tugasku seperti biasa. Dan waktu pulang juga seperti pekerja pejabat yang lain. Tiada kerja lebih masa kerana kedua orang tuaku masih tidak membenarkan aku membuat overtime. Bimbang akan sakitku akan menyerang.
Mereka tidak tahu yang aku diserang sakit bukan disebabkan kerja tetapi disebabkan oleh terlalu banyak berfikir tentang perkahwinanku. Mereka berpendapat sakitku ini datangnya dari tekanan kerja. Mungkin bagi mereka aku tertekan sebab hari pertama aku mula bekerja semula sudah dibebani kerja yang bertimbun. Pada ketika itu, aku seperti tidak dapat menerima takdir yang telah ditetapkan untukku.
Tepat pukul lima, aku sudah berkemas untuk pulang. Rakan sekerjaku tidak menegur kerana mereka sudah mengetahui kondisiku dan majikanku memberi kelonggaran kepadaku.
Tapi itu semua sebulan yang lalu. Sekarang ni aku sudah mula pulang lewat malam. Pada mulanya emak aku risau juga tapi bila aku katakan yang aku sudah boleh menerima semua itu. Ayahku pula menyokong aku. Mungkin baginya aku sudah betul-betul sihat. Aku juga tahu menjaga kesihatanku dan aku juga tidak mahu sakit. Tapi itu semua takdir yang telah ditetapkan. Siapa kita ingin menolak takdir.
Setiap kali aku perlu buat kerja lebih masa dipejabat, aku akan menelefon emakku dirumah. Untuk memaklumkan kepadanya. Supaya emakku tidak bimbang. Jika aku menelefonnya awal, pada malamnya dia tidak perlu menunggu aku. Sudah terjadi pada satu hari. Aku terlupa untuk memaklumkan kepada emakku yang hari itu aku balik lambat. Ketika aku sampai dirumah pada sebelah malamnya, aku lihat emakku masih diruang tamu rumah. Menunggu aku katanya. Selepas kejadian itu, aku selalu memaklumkan kepadanya jika aku pulang lambat.
Kadang-kadang aku terfikir. Sepatutnya orang yang risau tentang keselamatanku adalah suamiku. Bukan kedua emak dan ayahku. Kerana aku bukan lagi dibawah tanggungjawab mereka lagi. Selepas aku berkahwin, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan mereka beralih kepada suamiku.
Kehidupanku juga tidak seperti orang yang telah berkahwin. Aku dirumah orang tuaku dan dia mungkin dirumah orang tuanya. Sejak dia menjatuhkan gantung tak bertali terhadapku, aku langsung tidak menghiraukan perihalnya. Biarlah dia dengan dunianya.

Kalau Sudah Sayang : BAB 11

Aku terasa ada tangan yang menyentuh dahiku. Mataku tergerak-gerak ingin melihat siapa yang yang mengusap dahiku. Tetapi mataku terasa perit untuk dibuka.
“Sa, Sa. Bangun, Sa.” Ada suara pula memanggilku.
Aku telah mencuba untuk celik tapi tak boleh. Akhirnya aku terlelap semula.
Aku terjaga bila terasa tanganku dipegang. Entah berapa lama aku tidur, aku tidak tahu. Mataku dibuka. Kulihat sekeliling katilku serba putih. Aku tidak tahu aku berada dimana dan yang pasti ini bukan bilikku. Aku melihat kearah sisi katilku. Kelihatan ucu terlentok diatas kerusi. Mungkin letih sampai tertidur.
“Ucu, ucu.” Panggilku. Tapi ucu tak bergerak pun.
“Ucu, ucu.” Aku memanggil lagi.
Barulah badannya bergerak. Matanya dibuka pula selepas itu.
“Acik dah bangun?” tanya ucu, masih dalam keadaan mamai.
“Hmm, acik kat mana ni? Bukan bilik kat rumah, kan?”
“Memang bukan bilik kat rumah. Kita berada kat hospital sekarang ni.”
“Kenapa pulak kita ada kat hospital?” aku bertanya dalam keadaan kebingungan.
“La, acik lupa ke? Pagi tadikan acik pening kepala. Ayah hantar la ke hospital takut melarat. Dalam perjalanan ke hospital, acik pengsan. Ni baru acik sedar.”
“Pukul berapa sekarang ni?”
“Pukul 10.30,”
“Pagi ke malam?”
“10.30 malam, acik.”
“Hah, biar betul! Lamanya acik tidur.” Aku benar-benar tak percaya.
“Masa acik pengsan tadi, doktor ada periksa dan bagi ubat. Mungkin sebab ubat tulah acik tidur panjang. Lagipun doktor ada pesan, jangan kejutkan Acik. Biar acik terjaga sendiri.”
“Doktor cakap apa lagi? Takkan sebab pening kepala je kena tahan masuk wad.”
“Doktor pesan acik banyak-banyakkan berehat. Pasal yang lain, ucu tak tahu. Doktor cuma cakap kat mak dan ayah. Acik tanya kat mak ayah esoklah bila diorang datang esok. Sekarang acik tidurlah, ucu dah mengantuk ni.”
“Kalau ucu nak tidur, tidurlah. Mata ucu tak rasa mengantuk. Nanti bila acik mengantuk, acik tidurlah.”
“Okeylah, ucu tidur dulu. Nanti acik tidur ya. Jangan tak tidur pulak,”
Tidak sampai dua minit, aku sudah dapat mendengar dengkuran halus ucu. Tersenyum aku mendengarnya. Mungkin dia keletihan. Disebabkan keadaan wad yang aku diami ini senyap dan sunyi, bunyi dengkuran ucu kedengaran sedikit kuat.
Tidak sabar aku menunggu hari siang. Bukan apa, aku ingin bertemu dengan emak dan ayahku. Aku ingin menetahui apa penyakitku. Aku juga ingin bertemu dengan doktor yang merawatku. Untuk bertanyakan tahap penyakitku. Berbagai orang ingin aku jumpa. Terasa lambat pula masa berjalan.

Aku terkejut dari tidur bila terdengar suara riuh-rendah disekelilingku. Aku membuka mata. Kelihatan emak, ayah, ucu dan sepasang suami isteri yang mungkin aku kenal. Wajahnya seperti pernahku lihat. Oh ya, baru aku ingat. Dia adalah ibu dan abah mertuaku.
Dari mana mereka tahu aku masuk hospital? Ohh, mungkin emak yang memberitahu mereka.
“Sa, dah bangun ke?” sapa emakku. Aku hanya menganggukkan kepala. Semua yang datang melawatku menghalakan pandangan kearahku.
“Macam mana Sa rasa? Dah sihat sikit ke?”
“Ya, dah sihat sikit Sa rasa. Ibu dan abah bila sampai?”
Ibu dan abah mertuaku merapati katilku. Aku lantas menyalami tangan mereka. Walau apa pun anak mereka lakukan kepadaku, aku perlu menghormati mereka seperti mana kau menghormati kedua ibu orang tuaku. Mungkin mereka mengetahui apa yang telah anak mereka lakukan terhadapku.
“Ibu dan abah baru je sampai. Apa yang Sarah buat sampai kepala tu pening? Jangan banyak berfikir.” Begitu mengambil berat mereka terhadap kesihatanku.
“Takde apa-apa. Kelmarin, hari pertama Sarah masuk kerja lepas cuti kahwin, kepala ni okey lagi. Tapi bila bangun keesokkannya, Sarah rasa kepala ni mula sakit. Sarah ingat sakit kepala biasa je tapi bila mak masuk tengok, mak suruh pergi hospital.”
“Oo, macam tu. Mungkin sebab banyak sangat fikir pasal kerja kat pejabat kot. Jangan berfikir banyak sangat. Takut nanti sakit lagi kepala tu.” Ibu memberi nasihat kepadaku.
“Yalah, bu. Mak, doktor cakap apa tentang sakit Sa?”
“Doktor cakap Sa kena jaga kesihatan. Jangan banyak sangat berfikir. Ni baru sakit kepala biasa. Kalau terjadi lagi, takut jadi migrain pulak.”
“Yalah, mak. Bila Sa boleh keluar? Rasa tak selesa je duduk kat sini.”
“Alah, Sa duduklah kat sini dulu. Biar betul-betul baik. Doktor kata dia akan check semula hari ni. Kalau dah sihat, dia kata dia akan bagi Sa balik. Tapi kalau tak sihat lagi, Sa kena duduk lagi kat sini.”
Emm, kena tunggu lagi. Aku dah bosan duduk kat sini. Dahlah makanan kat sini tak best. Tak ada kawan. Cuma ada saudara mara je yang datang melawat.
Lewat tengahari itu, doktor yang merawatku masuk ke dalam bilik yang aku diami. Ketika itu ibu dan abah mertuaku sudah pulang, hanya yang tinggal emak dan ucu. Ayah meminta diri sebentar. Katanya ingin menunaikan solat zuhur.
“Assalamualaikum. Bagaimana Puan Maisarah? Rasa okey sikit ke?” sapa doktor yang mamakai tagname Rashidah itu.
“Waalaikumussalam. Rasa okey sikit, doc?” jawabku.
Doktor Rashidah tersenyum mendengar kawapanku. Tangannya ayik membelek fail tahap kesihatanku yang terdapat dihujung katil.
“Okey, boleh saya rasa nadi.” Pinta doktor yang berusia pertengahan 40-an itu.
Aku menghulurkan tanganku. Dia memegang pergelanganku sambil melihat jam ditangannya.
“Okey, denyutan nadi normal. Sekarang saya nak check jantung Puan pula.” Lalu Doktor Rashidah mengeluarkan stetoskop dari poket baju putihnya. Dia menyruh aku menarik dan menghembuskan nafas.
“Okey, segalanya baik.” Doktor Rashidah mencatatkan sesuatu didalam fail tahap kesihatanku.
“Bila saya boleh balik?” aku bertanya tidak sabar.
“Saya kena tengok tahap kesihatan Puan esok pagi. Kalau memuaskan, dalam tangahari atau petang esok Puan dah boleh balik.”
“Sebenarnya saya sakit apa, doc?”
“Puan cuma demam biasa saja. Puan tak boleh banyak sangat berfikir dan Puan tak boleh tertekan. Ini akan menyebabkan Puan demam kembali. Jika ini berlarutan, Puan akan mendapat penyakit yang serius. Lebih-lebih lagi jika Puan selalu pening kepala. Ia akan menyebabkan migrain. Saya bukan nak takutkan Puan, tapi saya berharap Puan banyakkan berehat dan elakkan daripada banyak berfikir.” Panjang lebar Doktor Rashidah menerangkan tentang sakitku sekaligus menasihatiku.
Sesudah melakukan tugasnya, Doktor Rashidah meminta diri meninggalkanku.
Esok, Doktor Rashidah ingin memeriksaku lagi. Selepas itu barulah diketahui keputusan sama ada aku dapat keluar dari hospital atau aku terus ditahan disini. Aku berharap aku dapat pulang esok. Baru dua hari aku duduk disini tapi aku sudah rasa bosan yang amat. Nikan pula kalau kena tinggal lebih lama.

Keesokkannya, selepas Doktor Rashidah memeriksaku, dia membenarkanku balik pada hari itu. Mungkin tahap kesihatanku sudah memuaskan. Gembiranya aku bila mendapat tahu aku dibenarkan pulang. Aku apa lagi, sibuk mengemaskan barang-barangku. Emak juga membantu aku mengemas. Ucu tidak turut serta kerana menjadi tukang tunggu rumah.
Bila sudah selesai berkemas, aku ingatkan sudah boleh balik. Tapi pelbagai prosedur yang perlu ditempuhi. Kena dapatkan surat pelepasan dari doktorlah, kena dapatkan surat cuti sakitlah dan bermacam lagi. Sepatutnya aku keluar dari hospital tapi lewat tengahari baru aku dapat pulang. Bila mengetahui yang aku sudah dapat keluar. Ayahku terus ke tempat parkir kereta untuk mengalihkan kereta ke arah tempat pesakit keluar masuk.
Sesampai dirumah, emak mengarahkan aku berehat didalam rumah. Aku lantas masuk ke dalam bilikku. Aku duduk diatas katil sambil bersandar dikepala katil. Pada mulanya aku hanya ingin bermalas-malasan diatas katil. Tapi dalam hendak bermalas-malasan itu, terlintas juga perkara yang aku ingin elakkan.
Mengenangkan nasibku. Sepatutnya suamiku yang menjagaku sepanjang aku sakit. Akukan ada suami. Bukan kedua emak dan ayahku serta ucu yang menjagaku. Aku rasa kesian dengan mereka. Seperti emak dan ayahku, sepatutnya mereka tidak perlu bersusah payah menjagaku. Ini sepatutnya menjadi tugas suamiku.
Untuk menunggu suamiku sendiri yang menjagaku, alamatnya entah bilalah. Bukan menagih kasih suami tapi bila sekali dia menjatuhkan gantung tak bertali kepadaku, sekali itulah hatiku terasa tawar. Aku jadi serik!
Dalam jauh aku mengelamun, aku tidak sedar pukul berapa aku akhirnya terlelap.

Kalau Sudah Sayang : BAB 10

Ariff Zulkarnain melihat pemandangan laut dihadapannya. Matanya melilau melihat sekeliling Taman Shahbandar yang berhadapan dengan Laut China Selatan. Dia berjalan-jalan ditepi benteng pantai. Tubuhnya disitu tetapi fikirannya tidak disitu. Dia mesih teringat-ingat kata-kata yang abahnya hamburkan seketika tadi.
“Apa yang kau dah buat ni? Kau ingat Sarah tu barang yang boleh dibuang sesuka hati? Mana ibu dan abah nak sorok muka ni bila orang bertanya ‘mana menantu baru? Takkan dah tak duduk bersama? Baru je kahwin, dah bercerai ke?’ kau nak orang kata macam tu? Sebelum buat keputusan tu, fikirlah dulu siapa yang terlibat. Kalau kau sorang saja yang terlibat, senanglah. Tak payah nak susah hati fikir! Tapi sekarang, masalah ni melibatkan dua keluarga. Kalau kau tak nak fikir pasal ibu dan abah, kau fikirlah pasal maruah keluarga mertua kamu tu. Walau macam mana pun, abah nak kau pergi jemput Sarah dalam masa terdekat ni!” keras Encik Abdul Rahman bersuara.
“Tapi bah, Ariff dah ada pilihan sendiri! Ariff akan pertahankan kekasih Ariff! Ibu dan abah jangan harap Ariff akan pergi jemput perempuan tu!!” Ariff Zulkarnain berkata sebelum mengambil gugusan kunci keretanya.
“Ariff! Ariff!..”
Tidak lama kemudian, kedengaran Ariff Zulkarnain memecut keretanya keluar dari rumah. Panggilan dari abahnya langsung tidak dihiraukan.
Keluarnya dari rumah tadi, membawanya ke sini. Dia tiada hala tuju untuk kemana. Yang dia tahu, dia perlu mencari tempat untuk melepaskan amarahnya. Sungguh dia tidak sangka, abahnya menyuruhnya menjemput Sarah ke rumahnya. Jika dia pergi menjemput perempuan itu bermakna dia telah menjilat kembali apa yang telah dia ludah malam semalam. Perkara itu tidak mungkinakan berlaku. Itu ikrarnya.
Ariff Zulkarnain tidak akan menjemput perempuan itu kerana lusa dia sudah perlu masuk kerja. Sebelum majlis perkahwinannya lagi, dia sudah bertanya dengan pegawai atasannya jika ada rakan sekerjanya yang inginkan cuti. Dan nasibnya sungguh-sungguh baik kerana ada seorang rakan sekerja, Suhaimi yang memerlukan dia menolongnya menggantikan tempatnya. Suhaimi menghadapi masalah keluarga yang memerlukannya berada lama didarat. Jadi, dia mempunyai alasan untuk masuk bekerja awal daripada yang sepatutnya.
Ibu dan abahnya tidak mengetahui keputusan yang telah diambilnya. Jika tidak dia akan menghalangnya daripada masuk bekerja kerana cutinya masih panjang, ada dua minggu lagi.

Aku memulakan tugasku di pejabat seperti biasa. Ada rakan sekerja yang mengusikku dengan panggilan ‘pengantin baru dah masuk bekerja’, ‘cepatnya pengantin baru masuk kerja, kenapa tak sambung cuti lagi?’ dan bermacam lagi. Aku hanya melemparkan senyuman kepada teman sekerjaku sebagai balasan dengan usikan yang mereka berikan. Biarlah, mereka tidak mengetahui apa-apa.
Hari ini, aku lebih banyak berdiam diri daripada selalu. Hinggakan Kak Raihana perasankan perubahanku.
“Kenapa muram je akak tengok ni?” tanya Kak Raihana.
Aku hanya menggelengkan kepala. Masalah ini biarlah aku tanggung seorang. Aku berasakan orang lain tak perlu tahu. Bimbang nanti akan memalukan diri aku sendiri.
“Masakan tiada apa-apa? Muka tu macam orang ada masalah je.” Kak Raihana bertanya lagi, ingin mengorek apa yang aku cuba sembunyikan.
“Tak ada apa-apalah, kak. Saya okey,” aku cuba menafikan pertanyaan itu.
“Betul okey ni? Kalau rasa nak cerita, akak sudi mendengarnya.” Kak Raihana menawarkan diri.
Aku membalas dengan menganggukkan kepala. Habis waktu kerja hari itu, aku terus pulang ke rumah. Aku tidak bekerja lebih masa seperti sebelum aku kahwin dulu. Kepalaku terasa berat bila menghadap kerja-kerja dipejabat yang menimbun. Sesampai dirumah, emak yang sedang membelai pokok-pokok bunga kesayangannya.
“Awal balik kerja hari ni, Sa?” tegur emakku.
“Ya mak. Terasa berat je kepala ni.”
“Janganlah paksa diri kalau tak boleh.” Nasihat emakku.
“Yalah, mak. Sa masuk dulu,” aku meminta diri.
Aku melangkah longlai memasuki rumah. Terasa keletihan yang amat. Seperti hari ini adalah hari pertamaku bekerja. Tenagaku seperti disedut sahaja. Aku merebahkan tubuh diatas katil. Tanpa perlu disuruh-suruh, mataku terpejam sendirinya.

Aku bangun pagi keesokannya untuk menunaikan solat subuh. Tetapi kesakitan yang mencengkam kepalaku seakan menghalangku daripada bangun. Aku merebahkan kembali tubuhku diatas tilam. Tetapi bila teringatkan aku belum lagi menunaikan solat subuh, aku menggagahkan diri untuk bangun.
Walau teruk macam mana pun kesakitan yang aku tanggung dan selagi tubuhku ini larat, aku akan menunaikan solatku kepada ALLAH Taala. Tiada halangan untukku menunaikan solat. Jika tidak boleh berdiri, solat boleh dilakukan dengan cara duduk atau secara berbaring. Begitu mudahnya agama Islam untuk diamalkan.
Sebelum menunaikan solat, aku mandi dahulu kerana mengikut kata emakku, jika kita demam atau pening kepala, lebih baik kita mandi. Sebabnya adalah bila air yang melalui kepala, ia akan mengurangkan kesakitan yang ditanggung.
Selesai mandi, aku mengambil wuduk pula. Selesai berwuduk, aku masuk kedalam bilik. Didalam bilik, aku menyarung t-shirt dan dipadankan dengan kain batik. Lalu aku mula membentangkan sejadah dan menyarung telekung sembahyang. Tidak lama kemudian, aku mengangkat takbir memulakan solat. Menunaikan suruhan yang telah ditetapkan TUHAN Yang Satu.
Sesudah menunaikan kewajiban terhadap ALLAH S.W.T., aku terus merebahkan kembali badanku diatas katil. Dia memang tidak berhajat untuk ketempat pekerja hari ini.
Tiba-tiba, aku terasa ada suara yang memanggilku. Untuk melihat siapa gerangan yang memanggilku adalah cukup payah sekali. Mataku seakan digam hingga tidak boleh dicelikkan.
“Acik, acik.. bangun, cik. Kenapa ni?” suara itu memanggil lagi.
Walau apa pun halangan, aku perlu mencelikkan mataku. Akhirnya, mataku boleh dibuka sedikit. Aku mula nampak kelibat adikku, ucu. Terasa pula tangan ucu menjamah dahi dan tengkukku. Kemudian dia bersuara dengan nada cemas.
“Panasnya badan Acik. Bangun, cik, bangun. Acik demam ni! Acik, bangunlah.” Dia seakan susah hati. Kemudian, kelibatnya menghilang dari pandanganku.
“Mak, tengok acik ni. Badan dia panas. Kita bawa dia ke hospitallah. Takut nanti melarat pula.” Ucu mengheret emakku pula.
Tangan emakku pula meliar merasa tubuhku. Untuk memastikan kata-kata adikku itu adalah benar.
“Yalah, panas tubuh kamu ni Sa. Bangun, tukar baju. Kita pergi hospital sekarang. Nanti mak panggil ayah.” Arah emakku sebelum berlalu keluar dari bilikku.
Bila melihatkan aku tidak bergerak langsung seperti suruhan emakku, ucu menarik tanganku. Memaksaku untuk bangun. Pada mulanya, aku tidak mahu mengikut ucu kerana aku rasa tidak larat sangat. Bila emakku masuk semula ke dalam bilikku, dia membebel disebabkan aku masih tidak berganjak dari katil.
“Sa, bangun. Kita ke hospital sekarang. Nanti melarat pulak demam kamu tu.”
Untuk mengelakkan emakku bersyarah panjang, aku menyarung baju kurung ke tubuhku. Dengan muka yang pucat, aku menyarung tudung pula. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari bilikku. Aku berpaut pada lengan ucu kerana dalam keadaanku sebegini, takut tersungkur pula.
Abah sudah tersedia menanti kami berhampiran kereta Kancilnya itu. Pintu kereta sudah dibukakan. Aku duduk ditempat duduk belakang. Pada ketika ini, kepalaku masih lagi terasa pening. Keadaan sekeliling dirasakan berpusing-pusing saja. Aku lebih selesa memejamkan mata daripada melihat keadaan sekeliling.
Sesampainya dihospital, ayah terus mehalakan kenderaan kearah bahagian kecemasan. Kereta diberhentikan. Petugas yang berada disitu menyorong kerusi roda kearah kereta. Aku dipapah keluar dari kereta dan didudukkan diatas kerusi roda. Pada ketika itu, keletihan yang aku tanggung sangat terasa. Kerana sangat letih, aku tidak sedarkan diri selepas itu. Aku tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

Ariff Zulkarnain tak tahu nak kata macam mana. Keputusan yang diambil untuk kembali awal ke kapal tidak diketahui oleh ibu dan bapanya. Dia termenung di dek kapal. Sejak kebelakangan ini, dia asyik teringatkan Hani. Dia kesiankan Hani. Entah macam manalah Hani sekarang ni.
Ketika cuti baru ni, dia langsung tidak berpeluang berjumpa dengan Hani. Ketika itu dia sibuk menguruskan kerja kahwinnya. Hinggakan aku langsung tidak berpeluang bertemu dengannya. Mesti dia tertanya-tanyakan tentangku.
Kebiasaannya, dia akan menghubungi Hani, memberitahu setiap kali dia pulang bercuti. Tetapi kali ini, Ariff Zulkarnain langsung tidak menelefon Hani. Dia hanya runsing memikirkan tentang majlis perkahwinannya. Dan Hani juga tidak mengetahui yang dia sudah berkahwin.
Dia langsung tidak memaklumkan kepada Hani. Bukan mahu menipu tetapi dia seboleh mungkin ingin menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan Hani. Kadang kala dia risau juga, takut Hani mengetahui yang dia sudah berkahwin. Walau bukan dari mulutnya, mungkin dari mulut kawannya. Hanikan mempunyai ramai kawan.
Ariff Zulkarnain tidak tahu bagaimana reaksi Hani bila mendapat tahu yang dia sudah berkahwin. Mungkin mengamuk. Ataupun mungkin juga melancarkan perang. Tak dapat dibayangkan bagaimana wajah Hani yang menyinga. Tanpa disedari, bibirnya mengukirkan senyuman, mungkin sedang membayangkan penerimaan Hani. Tubuhnya sekarang menghadap lautan yang luas. Lautan yang tiada sempadan.
Pap! Tiba-tiba Ariff Zulkarnain terasa bahunya ditepuk seseorang. Dia lantas berpaling. Ternyata, Ridhuan yang menepuknya tadi. Rakan setugasnya kali ini.
“Hei, kau sihat ke tak? Sejak kau balik dari bercuti, muka kau aku lihat muram je.. ni pulak aku tengok kau duk senyum sorang-sorang. Kau sebenarnya betul ke tak?” Ridhuan bertanya. Dari nadanya seperti bergurau saja.
“Aku okey je.. takde apa-apalah. Kau je perasan yang bukan-bukan.” Ariff Zulkarnain berdalih.
Diatas kapal, Ridhuan adalah rakan sekerja merangkap teman baikku. Setiap perubahan yang berlaku keatas diri Ariff Zulkarnain, dapat dia kesan. Cuma dia kadang-kadang saja dapat bersama waktu kerja dengan Ariff Zulkarnain.
“Eleh, dengan aku kau jangan berselindunglah. Aku tahu semua pasal kau. Takkan tak ada rebut, kau boleh termenung macam ni. Tadi pulak kau boleh senyum sorang-sorang. Tu hanya orang gila saja yang buat.” Ridhuan berkata kerana dia sudah masak benar dengan perangai kawannya yang seorang itu.
“Huh,” Ariff Zulkarnain melepaskan keluhan berat. Di dalam hati dia berkira-kira, adakah perlu dia memberitahu Ridhuan tentang masalah yang sedang ditanggungnya.
“Aku ada masalah,” pendek Ariff Zulkarnain menjawab.
“Masalah apa yang kau hadapi tu sampaikan termenung dan senyum sorang-sorang. Kau angau, ek?” teka Ridhuan.
‘Perlu ke aku beritahu dia? Nanti apa pula katanya. Aduhh… susah betullah macam ni.’ Ariff Zulkarnain merungut didalam hati.
“Sebenarnya aku… er, aku…” kelu lidahnya untuk berkata-kata.
“Sebenarnya aku apa?” Ridhuan bertanya, tidak sabar.
“Sebenarnya aku dah kahwin.” Perlahan Ariff Zulkarnain menuturkan kata.
“Kau kahwin? Kau biar betul, tak percayalah aku.” Terkejut Ridhuan dengan pengakuan yang dibuat oleh Ariff Zulkarnain itu. Tapi dia menganggap yang temannya itu hanya bergurau.
“Kau tengok muka aku ni macam tengah bergurau ke? Kalau kau tak nak percaya sudah! Aku tak suruh pun kau percaya.” Ariff Zulkarnain jadi radang bila kata-kata seriusnya dianggap sebagai gurauan.
“Hei, okey, okeylah… kau biar betul? Kau kahwin tak jemput aku pun, tu yang buat aku tak percaya tu..” Ridhuan menenangkan kawannya bila dia melihat yang Ariff Zulkarnain seakan ingin berlalu dari situ.
“Aku kena kahwin paksa. Macam mana nak jemput kau sebab masa aku balik baru ni semua persiapan sudah tersedia. Tak ada sorang pun kawan yang aku jemput. Bukan tak nak jemput tapi masa dah suntuk sangat. Aku seperti pak turut je.”
“Habis, kau kenal tak bakal isteri kau masa tu?”
“Tak, aku tak kenal pun. Semuanya sudah diatur oleh ibu dan abah aku.”
“Sekarang kau dah kahwin, apa lagi masalahnya?”
“Kau kan tahu yang aku dah ada Hani, kalau aku terima perempuan tu, Hani aku nak campak kat mana?”
“Oh ya tak ya juga. Jadi masalah kau sekarang ni Hani lah ya. Hani dah tahu ke belum pasal kau dah kahwin ni? Ibu dan abah kau tahu tak yang kau ada hubungan dengan Hani?”
“Tak, dia tak tahu lagi. Aku tak beritahu tapi tak tahulah kalau ada kawan dia beritahu. Dia kan ramai kawan. Ibu dan abah aku dah tahu pasal Hani. Aku beritahu masa diorang suruh aku terima perempuan pilihan diorang. Aku bagitahulah yang aku tak mahu perempuan tu tapi aku nak Hani. Keras diorang tolak pilihan aku.”
“Perempuan yang jadi isteri kau sekarang ni macam mana? Dia tinggal dengan kau ke?”
“Taklah. Sejak malam pertama pernikahan lagi aku dah gantung dia tak bertali. Lepas tu dia balik rumah mak ayah dia rasanya. Malas aku nak aku nak hiraukan tentang dia. Lepastu teruk aku kena marah dengan ibu dan abah aku.”
“Astargfirullahalazim.. kau sedar tak apa yang aku dah buat? Gantung tak bertali tu dosa besar kau tahu tak.” Ridhuan menggelengkan kepala. Dia tak menyangka yang Ariff Zulkarnain akan mengambil tindakan sedemikian rupa.
“Masa aku ucapkan kata-kata tu, aku sedang dalam keadaan marah. Marah dengan ibu dan abah. Sakit hati dengan perempuan tu sebab senang-senag je dia terima pinangan ibu dan abah. Selepas dia pergi baru aku sedar apa yang telah aku ucapkan.”
“Kau menyesal ke dengan apa yang kau lakukan?” Ridhuan bertanya meminta kepastian.
“Menyesal? Langsung tidak. Malahan aku berasa sangat puas. Biar dia malu. Tak sedar diri nak kahwin dengan aku. Dahlah orang miskin ada hati nak bergandingan dengan aku. Cerminlah diri tu sikit.” Ariff Zulkarnain terus-terusan mengutuk isterinya. Ridhuan yang mendengar menggelengkan kepala sambil beristirgfar didalam hati.
“Aku tak tahu nak kata macam mana. Aku tak ada pengalaman yang sebegitu rupa. Yang boleh aku kata bukan semua pilihan keluarga itu jahat. Tak semestinya bila dia berkahwin dengan kau, dia nak bolot semua harta keluarga kau. Dan bukan semua yang berkahwin dengan pilihan sendiri akan berbahagia hingga akhir hayat. Jangan ingat jika berkahwin dengan pilihan keluarga, kita akan bercerai-berai. Kau fikir-fikirlah apa yang aku kata ni. Jangan terlalu ikut perasaan. Nanti memakan diri kau sendiri. Cari penyelesaian yang terbaik untuk masalah kau ni. Takut nanti makin rumit pula jadinya. Kau ingat satu je, jodoh pertemuan ajal maut semuanya ditentukan oleh Dia yang sedang memerhatikan kita dari atas sana.” Panjang lebar Ridhuan menasihati temannya itu.
Diakhir kata-katanya, dia menunjuk ke arah langit. Tentang semua yang berlaku sudah ditentukan oleh ALLAH S.W.T.. Selepas memberi nasihat kepada Ariff Zulkarnain, Ridhuan berlalu ke dalam kapal. Mungkin ingin menyambung tugasnya. Dia meninggalkan Ariff Zulkarnain di dek kapal. Biarlah Ariff Zulkarnain berfikir berkaitan kata-kata yang baru sahaja dia luahkan tadi.
Dalam pada itu, Ridhuan teringatkan isterinya, yang baru setahun setengah dinikahinya. Ain, itulah nama permaisurinya. Dia bersyukur kerana perkahwinannya tidak diatur keluarga tetapi Ain adalah pilihannya sendiri. Ibu dan ayahnya begitu memahami dan memberi kelonggaran kepada adik-beradiknya untuk memilih calon pasangan masing-masing.
Keluarga kecil Ridhuan bertambah meriah dengan kehadiran putera sulungnya, Mohd Adib Sulaiman yang baru berusia tiga bulan. Semua ahli keluarga ingin mengendong Adib yang comel itu.
‘Aduhh.. Jauhnya melarat. Dari cerita pasal Ariff berjangkit pula dengan cerita aku.’ Ridhuan mengomel sendirian sambil bibirnya mengukir senyuman.

Kalau Sudah Sayang : BAB 9

Seminggu aku berkurung dirumah. Dan hari ini, aku akan memulakan tugasku seperti biasa. Aku bangun pukul enam pagi. Setelah solat subuh dan bersiap, aku turun ke dapur rumah kampung itu. Melihat emakku yang lincah menyediakan juadah.
“Assalamualaikum, mak.” Sapaku.
“Waalaikumussalam. Sa jadi ke nak masuk kerja hari ni?” tanya emakku kurang pasti.
“Ya, mak. Duduk kat rumah pun Sa tak dapat apa-apa. Makin ingatkan peristiwa tu adalah. Mak nak buat apa pagi ni? Tak nak Sa tolong ke?” aku cuba untuk mengubah topik perbualan pagi itu.
“Hmm, boleh juga. Kamu tolong buatkan air teh je. Yang lain mak dah sediakan.” Pinta emakku.
Tanganku lincah mencari bahan-bahan yang diperlukan. Setelah siap, aku membawa teko berisi air teh itu ke meja makan. Di meja makan pula, ayah, emak dan ucu sudah sedia menunggu. Tanpa menunggu lama, kami makan makanan yang sudah terhidang. Juadah pagi ni adalah nasi dagang. Rajinnya emakku menyediakan juadah ini. Kalau aku, emmm nampak gayanya beli kat kedai sajalah.
Setelah selesai bersarapan pagi, aku menyarung tudung pula. Selesai bersiap, aku terus mendapatkan motorku. Awal aku ke pejabat hari ni.

Puan Zuriyah menggelengkan kepala mengingatkan anak ketiganya itu. Dia melihat kelibat Maisarah Ernieza hilang setelah memasuki jalan besar dengan menunggang motorsikal kesayangannya. Kesian bila dia terkenangkan nasib anaknya itu. Sampai bilalah dia harus menderita sebegitu.
“Apa yang awak lihat tu?” tanya Encik Roslan. Terkejut Puan Zuriyah dengan teguran daripada suaminya.
“Eh abang ni. Terkejut saya. Takdelah, saya tengok Sa tu, kesian pulak saya. Emm, abang dah nak pergi ke?”
“Hmm, awak jangan risaulah. Pandailah mereka selesaikan masalah ni. Lagipun kan mertua Sa dah telefon kita. Tak payahlah kita duk sibuk hal mereka, pandailah mereka selesaikan nanti. Saya dah nak pergi ni, awak nak pergi tak nanti?”
“Saya tak pergi rasanya. Saya nak pergi ke kedai nanti.”
“Yalah, saya pergi dulu.” Puan Zuriyah menyalami tangan suaminya sebelum Encik Roslan keluar ke kebun.
Dia melihat kelibat suaminya hilang di balik deretan pokok yang menghiasi jalan. Setelah itu dia berlalu ke arah sinki, membasuh pinggan dan cawan yang sudah digunakan sebentar tadi. Pada ketika inilah dia teringat perbualannya dengan besannya.
Dua hari selepas Maisarah Ernieza balik ke rumah tengah-tengah malam, Puan Junaidah menelefonnya. Bertanyakan tentang keadaan menantunya.
“Helo, assalamualaikum kak Yah. Ju ni.”
“Waalaikumussalam, Ju.”
“Terlebih dulu Ju nak minta maaf dari Kak Yah sekeluarga. Ju tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ni. Pada mulanya Ju tak tahu keadaan jadi macam ni. Ju tahu bila Ariff pulang ke rumah keesokkannya dia pulang keseorangan. Bila ditanya dia senyap. Dan bila abang Man dah tak tahan, abang Man tekan dan desak dia. Akhirnya dia beritahu juga. Terkejut kami. Kami tak sangka keadaan akan jadi macam ni. Ju ingat nak suruh dia datang rumah akak, pujuk Sarah. Iapi dia dah belayar semula. Geram kami dibuatnya.” Puan Junaidah meluahkan rasa.
“Budak-budak, Ju. Darah tengah muda. Cakap kita orang tua ni pun dia tak dengar dah. Malam tu Sa balik nangis-nangis. Akak tanya mulanya dia tak nak beritahu juga tapi bila ditanya acap kali, dia beritahu juga. Terkejut juga kami. Selepas tu kami dah tak tanya dah. Takut nanti dia makin bersedih.”
“Sa macam mana, kak?”
“Sejak dia balik malam kelmarin, akak tengok dia banyak mengurungkan diri dalam bilik. Akak panggil makan dia tak keluar. Adik dialah jadi penghantar makanan kepada dia. Tapi makanan tu tak terusik pun. Risau jugak akak dibuatnya.”
“Kesiannya Sarah. Menderita dia. Dia menangis ke kak?”
“Masa malam dia balik tu memang dia menangis tapi sekarang ni akak tak nampaklah dia menangis. Lagi banyak termenung tu adalah.”
“Ju tak tahu nak kata macam mana, kak. Si Ariff tu tak berapa nak dengar cakap Ju. Tapi kalau dengan abang Man, dia dengarlah. Takpelah kak, nanti kita berborak lagi.”
Setelah berbalas salam, Puan Zuriyah meletakkan ganggang telefon. Pada petang itu juga dia memaklumkan kepada suaminya tentang besannya menelefon tadi.
“Huh,” Puan Zuriyah mengeluh perlahan. Puan Zuriyah meneruskan kerja-kerja membasuh pinggan dan cawan. Risau dia bila terkenangkan nasib anaknya itu.

Ariff Zulkarnain terasa puas. Puas kerana dapat mengusir perempuan yang telah merunsingkan fikirannya. Iaitu isterinya. Isteri? Layak ke perempuan itu bergelar isterinya. Huh, rasanya tak layak langsung. Kata hati Ariff Zulkarnain. Perempuan itu baru sahaja pergi dari hidupnya sebentar tadi. Dia tidak menyuruh perempuan itu pergi tapi bila kata-kata pedas yang keluar tadi telah membuatkan perempuan itu pergi begitu sahaja. Tanpa berkata apa-apa.
Maknanya perempuan itu memahami yang Ariff Zulkarnain tidak memerlukan perempuan itu didalam hidupnya. Bodoh sangatlah kalau perempuan tu masih menunggunya setelah kata-kata kesat dihamburkan kepada perempuan itu. Termasuk menghina perempuan itu. Dia tahu nama perempuan itu Maisarah Ernieza tapi dia langsung tiada hati untuk menyebut nama perempuan itu. Terasa meluat untuk menyebutnya.
Dan nampaknya malam ni dia boleh tidur dengan senyenyak-nyenyaknya. Tanpa perlu berfikir tentang masalah yang satu itu. Seperti malam-malam yang lain, tidurnya selalu terganggu. Ariff Zulkarnain merebahkan badannya diatas tilam hotel yang empuk itu. Matanya memandang siling hotel. Ternampak kelibat Hani yang menghiasi siling itu. Dia melemparkan senyuman kepada bayangan itu.
Lama-kelamaan, matanya menjadi layu. Tanda sudah mengantuk. Dia tidak sedar pukul berapa dia melelapkan matanya.

Pukul 11.00 pagi, Ariff Zulkarnain terjaga dari tidurnya. Dia terasa ada cahaya yang sangat menyilaukannya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Matahari sudah meninggi diluar sana. Ariff Zulkarnain menggeliatkan badannya. Dia berjalan ke arah balkoni bilik. Melihat ke arah laut yang sedang bergelora. Selepas ini dia perlu pulang ke rumah orang tuanya pula.
Dari arah balkoni, dia berjalan ke arah almari. Mengambil tuala dan berlalu ke bilik air. Setelah dia membersihkan diri, dia menyarung pakaian ke tubuh. Dia hanya mengenakan seluar paras lutut dan baju tanpa kolar. Ariff Zulkarnain mengambil beg baju yang sudah dikemas. Dia perlu check out dari hotel hari ini.
Selesai urusan dikaunter, dia mendapatkan keretanya di parking hotel. Kurang sepuluh minit, Subaru Impreza warna biru itu meluncur laju kearah jalan besar. Keretanya meluncur laju melalui Jambatan Sultan Mahmud.
Kurang sepuluh minit keretanya sudah memasuki garaj rumah orang tuanya yang terletak di Kampung Tok Jembal. Kampung itu terletak berdekatan dengan Pantai Tok Jembal dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Setelah menekan central lock keretanya, dia memasuki rumah ibu dan abahnya.
Kereta abahnya tiada di dalam garaj. Mungkin sudah ke pejabat. Ariff Zulkarnain membuka pintu utama. Rumah kelihatan kosong sahaja. Dia berlalu memasuki biliknya.
Puan Junaidah yang mendengar bunyi enjin kereta yang memasuki garaj rumah berhenti melakukan kerja-kerja rumah. Dilihat tiada orang pun diruang tamu rumah. Kerjanya tadi telah diambil alih oleh pembantu rumahnya. Mungkin anak menantunya baru balik. Gembiranya dia nak menyambut menantu baru.
Puan Junaidah memanjat tangga ketingkat atas. Dia berhenti di depan bilik Ariff. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik anaknya.
Tuk… tuk… tuk…
“Ya, siapa?” malas Ariff Zulkarnain bertanya.
“Ibu ni, Riff. Ibu masuk boleh?”
“Masuklah, bu.” Puan Junaidah membuka pintu bilik anaknya. Bila dimasuk, matanya melilau mencari seseorang.
“Kamu balik sorang je ke? Sarah mana?”
“Sorang, bu.”
“Habis, Sarah mana?” Puan Junaidah mengulang soalannya tadi.
“Sarah? Sarah mana pulak ni, bu?”
“Sarah la.. isteri kamu…”
“Ooo, Sarah. Dia… dia..” serba salah Ariff Zulkarnain untuk menjawab soalan ibunya.
“Dia apa, Ariff?” Puan Junaidah mula berasa tidak sedap hati.
“Ariff dah gantung dia tak bertali!” laju Ariff Zulkarnain menjawab pertanyaan ibunya.
Terpana Puan Junaidah dengan apa yang diucapkan oleh anaknya itu. Terkejut besar dia.
“Apa yang kamu dah lakukan ni? Kenapa dengan kamu ni? Kamu ingat barang mainan ke nak gantung tak bertali? Hei, ni anak orang lah!” marah Puan Junaidah.
“Ariff tak cintakan dia, bu. Ariff hanya sayangkan Hani! Hanya Hani seorang yang Ariff cinta!” jerit Ariff Zulkarnain.
“Hani, Hani, Hani. Kamu asyik ingatkan budak tu saja. Habis, anak orang yang kamu seksa tu, kamu tak mahu ambil peduli?”
Terdiam Ariff Zulkarnain dengan kata-kata ibunya. Puan Junaidah terus beredar dari bilik Ariff Zulkarnain. Terasa malas mahu berlama-lama dengan anaknya. Sakit hatinya hanya TUHAN yang tahu. Anak yang diberi kasih sayang sedari kecil itu sanggup memalukannya.
Perkara ini perlu dimaklumkan kepada suaminya. Dia tak boleh berdiam diri begini. Nanti lagi parah jadinya. Hanya suaminya sahaja yang dapat memarahi Ariff Zulkarnain. Jika orang lain yang memarahinya, keadaan sama dengan tiada orang yang memarahinya. Hanya kata-kata abahnya sahaja yang dia dengar.
Petang itu, Encik Abdul Rahman tidak mengetahui sebab musabab kenapa isterinya menyuruhnya pulang awal hari ni. Sesudah mengetahui masalah yang menimpa, Encik Abdul Rahman terus marah-marah.
Ibu bapa mana yang tak marah bila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, sanggup menconteng arang di muka orang tuanya. Dimana keluarganya hendak menyorokkan muka mereka? Jika orang luar tidak tahu lagi tidak mengapa, tapi jika orang luar sudah mengetahuinya, apa yang harus diterangkan? Kepada besannya, Encik Mohd Roslan dan Puan Zuriyah, apa yang harus dikatakan. Bagaimana hendak diterangkan kepada mereka? Berbagai soalan yang muncul dibenak Encik Abdul Rahman.
Walau apa halangnnya, dia harus berbicang dengan besannya. Ariff Zulkarnain perlu menjemput semula Maisarah Ernieza. Walau Ariff Zulkarnain menolak, dia akan memaksa.

Kalau Sudah Sayang : BAB 8

Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Mohd Ariff Zulkarnain bin Abdul Rahman. Setitis air mata menitis dipipiku. Tak tahu apa makna air mata itu. Sama ada air mata gembira atau air mata sedih, aku tak pasti.
Aku tidak sama sekali menyangka yang aku akan berkahwin pada usia dua puluh satu tahun seperti sekarang ini. Berkahwin pula bukan dengan suami tercinta tetapi dengan pilihan keluarga. Itu tidak membuatkan aku terkejut kerana kesemua adik-beradikku di larang sama sekali bercinta. Ayahku begitu menjaga anak-anaknya. Dia tidak mahu orang kampung mengata keluarga mereka yang boleh mengaibkan maruah keluarga.
Selesai tok kadi mengaminkan doa, Ariff merapatiku. Sekarang masa untuk menyarungkan cincin. Sebentuk cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian disarungkan oleh Ariff ke jariku. Aku membalas dengan menyarung cincin perak ke jari Ariff. Aku menundukkan kepala selepas itu untuk mengucup tangannya. Terketar juga tanganku.
Semua yang aku lakukan adalah seperti mana yang dilakukan oleh pasangan yang berkahwin. Dihadapan orang bolehlah berlakon. Bila berdua nanti tak tahu lagi. Aku tak tahu nak berhadapan dengan Ariff bila berdua nanti.
Aku menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak Ariff dan pihakku membalas sebelas dulang hantaran. Tetapi malam akad ni kah hanya disertakan tiga dulang hantaran sahaja. Yang melibatkan barang yang penting sahaja. Ia terdiri daripada dulang mas kahwin, sebuah Al-Quran dan sebentuk cincin perkahwinan. Hantaran yang selebihnya, dibawa semasa majlis kenduri kahwin disebelahku esok.
Selesai majlis akad nikah dimasjid, kami bersurai pulang ke rumah masing-masing. Ketika ini aku tidak perlu lagi mengikutnya ke rumah pihak lelaki. Bila kenduri dipihak lelaki baru aku perlu ke sana.
Aku sampai dirumahku tepat pukul 11.30 malam. Pada siang tadi rumahku sudah penuh dengan penduduk kampung yang datang untuk bergotong-royong menyediakan bahan yang diperlukan esok. Esok taklah kelam-kabut. Mengikut perancangan yang ditetapkan, kerja-kerja memasak juadah berlangsung seawal pukul 7.00 pagi. Tidaklah tetamu yang datang esok tertunggu-tunggu untuk makan.

Tetamu sudah pulang semuanya. Aku mengeluh keletihan. Letih melayan tetamu yang datang. Kawan-kawan sepejabat dan kawan-kawan sekolahku juga datang ke majlisku. Ada teman persekolahanku yang datang tidak menyangka yang aku sudah bergelar suami orang. Rata-rata temanku sedang menuntut di universiti. Aku je yang tak pernah menjejaki universiti.
Lebih membuatkan aku teruja adalah dengan kehadiran teman baikku, Liyana. Aku cukup-cukup gembira menyambut kehadirannya. Dia mengatakan yang dia sampai di Terengganu malam tadi. Dia akan pulang semula ke Skudai pada esok hari. Liyana cuma pulang seketika sahaja untuk menghadiri majlisku. Tambah lagi kenduriku ini berlangsung pada cuti hujung minggu. Dia juga berkata kepadaku yang majlis pada minggu depan dia tak dapat turut serta. Hanya minggu ni sahaja yang dia balik.
Sedikit terkilan juga aku dengannya. Tetapi disebabkan tuntutan kuliah terpaksa aku lepaskan dia. Bukan apa aku takut aku tak dapat berjumpa dengan Liyana lagi selepas ini. Iyalah, faham-faham sajalah bila sudah bergelar isteri orang. Pergerakan jadi terbatas.
Ariff pula sudah pulang ke rumahnya. Aku jadi pelik juga. Sepatutnya dia ada disini, dirumah emak mertua sendiri. Tetapi dia pulang ke rumahnya selepas selesai majlis tadi. Aku tertanya-tanya, apa guna kahwin kalau perhubungan dingin yang amat. Sepanjang majlis berjalan hari ini, aku tidak sedikit pun berpeluang bercakap dengan Ariff. Hati kecilku terasa juga.

Seminggu berlalu. Sekarang majlis di pihak Ariff sedang berlangsung. Majlis yang sungguh gah itu berlangsung di hotel bertaraf lima bintang, Hotel Primula Parkroyal. Majlis gah memang sesuai dengan tempatnya. Majlis dijalankan penuh gilang-gemilang.
Aku tidak tahu jemputan yang hadir terdiri orang besar-besar dan orang penting dalam negeri. Terasa kerdil pula diri ini. Aku tidak tahu keluarga Ariff yang aku nikahi ini adalah tergolong dari kalangan keluarga berada. Sebelum kahwin, aku langsung tidak dimaklumkan. Terasa janggal pula bila aku berdiri ditengah-tengah orang kaya ini.
Sepanjang seminggu sebelum majlis disebelah Ariff dilangsungkan, dia tidak sekali pun menjengukku dirumah orang tuaku. Seperti tiada perasaan untuk menjengukku. Ada juga emak dan ayah ada bertanya tentang Ariff. Aku tidak menjawab pertanyaan itu. Persoalan itu seharusnya dijawab oleh Ariff.
Majlis dimulakan dengan aku dan Ariff berjalan masuk ke dalam dewan utama hotel. Kami diarak menuju pelamin yang sudah dihias indah. Kami mengenakan baju tradisional dari fabrik satin dan renda perancis. Baju rona biru laut menjadi pilihan.
Umpama Wedding Of The Year. Aku dan Ariff didudukkan di atas kerusi Cleopatra. Kemudian kami ditepung tawar oleh hadirin yang hadir. Tetamu kehormat diberi penghormatan untuk menepung tawar kami. Selepas itu barulah diikuti oleh ibu bapa kami dan sanak saudara kami.
Semua aturcara yang dijalankan hari ini sudah dilakukan latihan berkali-kali sejak dua hari yang lalu. Pereka pelamin yang juga ditugaskan menjadi tukang atur acara yang akan berlangsung, terlalu susah hati. Takut kami tersilap melakukannya bila menjelang hari sebenar.
Sesudah majlis menepung tawar, kami disuruh ke bilik yang telah disewa di hotel ini untuk menukar baju. Selepas ini acara memotong kek pula. Pakaian yang akan aku pakai ialah sehelai gaun pengantin yang telah direka menutup aurat. Sesuai dengan penampilanku yang bertudung. Warna baju pengantin yang tersarung ditubuhku adalah putih. Manakala Arif pula mengenakan sepasang sut tuksedo rona hitam.
Selesai mengenakan pakaian, kami sekali lagi diarak menuju ke arah kek yang akan dipotong. Kek setinggi lima tingkat itu cukup cantik untuk dimakan. Seperti kebiasaanya, apabila ada acara memotong kek, pasti selepas itu acara menyuap kek pula. Aku hanya menurut sahaja apabila kek disuapkan ke mulutku. Berlakon didepan orang, bolehlah. Didalam hati hanya TUHAN yang tahu.
Selesai sudah majlis persandingan disebelah pihak lelaki yang berlangsung penuh gilang-gemilang sekali. Tetamu yang datang sudah beransur pulang. Begitu juga dengan emak, ayahku dan ibu abah mertua. Kami bersalaman dengan tetamu sebelum tetamu berlalu pulang.
Setelah tetamu berlalu pulang, aku dan Ariff melangkah ke bilik hotel yang telah disewa. Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu. Aku mencapai baju kurung yang memang aku bawa dari rumah sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air. Ketika aku masuk tadi, Ariff duduk dibirai katil dan ketika aku keluar dari bilik air, Ariff masih duduk disitu.
Tiada perbualan yang berlaku diantara kami. Hanya kebisuan yang menemani. Pintu balkoni bilik yang terbuka telah membawa angin masuk. Sementelah lagi bilik ini memang menghadap pantai Batu Buruk.
“Kenapa kau setuju kahwin dengan aku?” Ariff bersuara dengan nada yang keras.
Terkejut aku dibuatnya. Apa punya soalan ni? Pelik betul soalan si Ariff ni? Selepas kahwin baru dibangkitkan perkara ini. Kenapa tidak ditanya sebelum ini?
“Hoi, aku tanya ni!! Kenapa kau setuju kahwin dengan aku? Pekak ke kau ni?” sergah Ariff pula.
Hampir gugur jantungku bila disergah begitu. Ya ALLAH, kuatkanlah imanku.
“Semua pilihan keluarga, saya hanya mengikut sahaja.” Jawabku perlahan.
“Mustahil kau kahwin sebab ikut cakap mak ayah kau? Mesti ada udang disebalik batu. Aku kan anak orang kaya. Kau tu pulak cuma anak orang miskin. Mesti ada orang hasut kau. Baik kau cakap.” Tohmah Ariff.
Hasut apa pulak ni? Nak cakap macam mana, kalau tak ada orang hasut aku. Angin betul mamat ni..
“Takde orang hasut sayalah. Ini keputusan saya sendiri. Takde maknanya main hasut-hasut.” Tukasku.
“Alah, jangan nak soroklah. Aku tahu, mesti ada yang suruh kau buat kerja ni.” Provok Ariff.
Aku diam. Malas nak menjawab. Ariff melangkah menghampiri balkoni. Aku mengekori langkahnya dengan ekor mataku. Ariff juga terdiam.
“Huh!” dengus Ariff.
“Aku sebenarnya sudah ada pilihan sendiri. Tapi disebabkan kau pilihan hati aku di tolak mentah-mentah oleh ibu dan abah. Aku terpaksa terima kau. Aku tak ada sekelumit pun perasaan terhadap kau! Kekasih aku lebih cantik dari kau. Bukan macam kau terlalu kekampungan sangat. Macam mana nak bergandingan dengan aku. Sedarlah diri tu sikit. Aku sikit pun takde rasa sayang kat kau tapi aku tidak akan menceraikan kau. Tapi aku akan gantung kau tak bertali mulai hari ni! Aku tidak akan sekali-kali melepaskan kau.” terpana aku tatkala mendengar kata-kata Ariff sebentar tadi.
Aku terasa sungguh-sungguh terhina. Tidak pernah orang menghina aku sampai sebegitu sekali. Macamlah aku ni manusia yang tak layak tinggal dibumi ALLAH ini. Aku sedar, aku hanya miskin. Tidak seperti dia yang dibesarkan didalam keluarga yang punya segala-galanya. Aku sedar diriku siapa. Aku sedar, keturunanku dari golongan miskin tapi janganlah hina kami sedemikian rupa.
Tanpa berfikir panjang, aku terus melangkah untuk keluar dari bilik ini. Terasa panas pula dalam bilik ini. Lelaki seperti ini tidak perlu diberi muka. Tak perlu aku berlama-lama disini. Tiada gunanya. Aku keluar dengan membimbit beg pakaian yang aku bawa tadi. Aku terus melangkah dan melangkah tanpa menoleh ke belakang.
Tiba dihadapan lif, aku memasuki lif yang sudah tersedia terbuka. Tiada air mata yang mengiringiku. Aku tidak berasa sedih walau sedikit pun. Aku menjadi kuat. Entah dari mana datangnya kekuatan tersebut.
Sampai ditingkat paling bawah hotel, aku terus ke pintu utama. Aku mengatur langkah dengan lajunya. Sehinggakan tidak sedar yang aku di perhatikan oleh para pengunjung hotel dan pekerja hotel. Nasibku begitu baik. Sebuah teksi sudah tersedia menunggu didepan pintu utama hotel. Tanpa menunggu lama, aku terus menyambar teksi tersebut.
“Pak cik, ke Kampung Gelugor.” Arahku kepada pemandu teksi tersebut.
Aku membisu sepanjang perjalanan ke kampungku. Ada juga sekali-sekala pak cik yang memandu teksi itu memandang ke belakang, ke arahku melalui cermin pandang belakang. Mesti dalam kepalanya penuh dengan tanggapan yang tidak baik. Ah, pedulikan. Yang penting aku perlu sampai cepat dirumah. Aku tak mahu mengenangkan lagi apa yang baru aku hadapi sebentar tadi.

Sepuluh minit kemudian, teksi yang aku naiki sampai di perkarangan rumah orang tuaku. Setelah membayar tambang kepada pemandu teksi, aku berlalu ke tangga rumah. Perlahan-lahan aku mendaki tangga.
Tuk… tuk.. tuk…
Aku mengetuk pintu utama rumah tersebut. Kelihatan rumahku sudah gelap gelita. Mungkin semua isi rumah sedang diulit lena.
“Mak, mak. Buka pintu ni mak.” Panggilku dari luar.
Lebih kurang lima belas minit kemudian. Aku terdengar ada orang membuka selak rumahku. Mungkin emakku. Bila ternampak kelibat emakku, aku terus memeluk emakku. Dan ketika inilah, air mataku mengalir tanpa dapat ditahan-tahan.
“Eh sa, kenapa ni?” terpinga-pinga emakku dengan perlakuanku sebentar tadi. Ayahku juga ada sama turut terlopong. Aku tidak menjawab soalan yang emakku utarakan. Terasa tiada semangat untuk menjawab soalan itu.
“Jangan tanya lagi, Yah. Bawa dia masuk ke dalam dulu.” Arah ayahku pula.
Aku hanya menurut bila emak dan ayahku menyuruh aku masuk ke dalam rumah. Aku didudukkan di atas kerusi kayu yang terdapat diruang tamu rumah itu. Tanganku masih memeluk emakku. Air mataku juga seperti tak mahu berhenti dari mengalir.
“Syyy… sudahlah tu. Cuba cerita kat mak, ayah, apa yang berlaku sebenarnya ni? Sepatutnya Sa sekarang berada dalam keluarga Ariff,” emak cuba menenangkanku.
Aku tidak menjawab. Masih dengan esakkanku.
“Sa jangan menangis macam ni. Kalau Sa asyik menangis macam ni, sampai esok pun mak dan ayah tak tahu apa masalahnya. Cuba Sa cerita perlahan-lahan.” Pinta ayahku pula. Lembut sahaja dia bersuara.
“Sebenarnya… Err sebenarnya…” kata-kataku mati disitu. Seakan tidak mahu keluar dari mulutku.
Emak dan ayah berada didepanku setia menunggu apa yang akan aku katakan.
“Sebenarnya Ariff dah gantung Sa tak bertali,” kataku. Dan selepas itu air mataku mangalir lancar. Seperti air terjun yang mencurah-curah.
“Astargfirullah,” ayah dan emakku beristirgfar serentak.
“Dia ada kata apa lagi?” tanya ayahku lagi.
“Dia kata.. dia kata dia dah ada kekasih. Kekasih dia lebih cantik dari Sa. Dia terima Sa sebab terpaksa. Dia tak pernah setuju dengan pilihan ibu dan abah dia. Habis apa guna berkawin kalau macam ni?” aku jadi marah pula dengan tindakan yang Ariff lakukan.
“Sabar Sa, Sabar. Manusia selalu diuji. ALLAH menuji keran di hendak tahu umatnya itu kuat atau tidak menghadapi ujian yang diturunkan itu. Kamu anggaplah ia sebagai ujian yang ALLAH turunkan kepada kamu. ” nasihat ayahku. Begitu lembut suaranya, kenapa aku tak dapat suami sebaik ini? Kenapa Ariff tidak sebaik ini?
“Sudahlah Sa. Kamu masuk ke dalam bilik. Pergi berehat. Dah lewat malam benar ni. Sebelum kamu tidur, tunaikan solat sunat dahulu. Berdoa supaya hati kamu itu ditenangkan ALLAH.” Suruh emakku.
Dengan langkah yang longlai, aku masuk ke dalam bilik. Aku membaringkan tubuhku di atas katil. Mataku mengerling ke arah jam diatas meja solek. Sudah jam dua pagi. Setelah selesai menunaikan solat sunat, aku membaringkan semula badan di atas katil. Aku terasa hendak tidur tetapi mataku tidak terasa hendak tidur. Puas aku memusingkan tubuh ke kiri dan ke kanan, mataku masih tidak terlelap.

Kalau Sudah Sayang : BAB 7

Tidakku sangka tempoh tiga bulan yang diberi untuk mempersiapkan diri berlalu begitu cepat. Lagi dua minggu majlis kahwinku akan berlangsung. Terasa begitu cepat masa berlalu. Dipihakku persiapan dilakukan secara sederhana sahaja. Tetapi dengar kata dipihak lelaki, majlisnya akan diadakan di Hotel Primula Beach Resort. Begitu meriah perancangan yang diatur.
Kad kahwin sudah lama diedarkan. Ketika aku mengedarkan kepada rakan sekerjaku, semuanya terkejut. Yalah, tiada hujan, tiada ribut tiba-tiba aku nak kahwin. Yang paling terkejut adalah Kak Raihana. Dia paling mengetahui tentang diriku. Dia juga mengetahui yang aku tidak mempunyai kekasih. Aku hanya menjawab ini adalah pilihan keluarga. Kak Raihana tidak bertanya selepas itu.
Hanya tinggal sedikit sahaja lagi yang belum diedarkan. Semua kawa-kawan ketika bersekolah dahulu aku jemput. Termasuklah Liyana, kawan karibku. Dia langsung tidak terkejut bila aku menghulurkan kad ini. Katanya dia sudah menjangkakan keputusanku. Liyana berharap agar aku berbahagia hingga ke akhir hayat.
Tentang baju pengantin, bakal emak mertuaku sudah menetapkan Butik Pesona Pengantin sebagai kedai untuk menempah baju pengantin. Dua bulan sebelum majlis berlangsung, aku perlu ke butik itu untuk diambil ukuran badanku. Pada awalnya, bakal emak mertuaku atau lebih mesra disapa dengan panggilan ibu menyuruh aku pergi dengan bakal suamiku. Aku hanya mengenali bakal suamiku sebagai Ariff. Tetapi rancangan berubah saat-saat akhir apabila ibu memaklumkan kepadaku yang Ariff tidak dapat pergi bersama kerana ketika itu dia masih di atas kapal. Terpaksa menggantikan tugas salah seorang rakannya.
Akhirnya aku terpaksa mengerah Ucu untuk menemankanku. Nasib baik ketika itu peperiksaan Ucu sudah selesai. Jika tidak terkontang-kating aku keseorangan. Seminggu selepas aku mengunjungi butik itu, baru Ariff ke sana. Ketika dia pulang bercuti. Ingatkan boleh aku jumpa dengan dia tapi tak kesampaian juga. Kalau boleh aku nak kenal siapa Ariff ni. Yang dikatakan satu sekolah denganku.
Soal hantaran, Kak Niza memberitahu semua ditanggung beres. Cuma hantaran yang memerlukan gubahan saat akhir seperti buah-buahan, kek, potpourri dan yang seangkatan dengannya. Barang hantaran dibeli secara asing-asing. Oleh kerana Ariff sibuk dengan kerjanya dan tiada disini. Aku perlu memilih sendiri barang hantaran untuk dibalas oleh pihak dia dan pihaknya yang diwakili oleh ibu memilih barang untuk Kak Niza gubah.
Minggu lepas, seharian aku keluar dengan ibu untuk memilih keperluan yang diperlukan untuk barang-barang hantaran. Naik jenuh kaki aku berjalan. Nasib baik keluarga itu mempunyai pemandu yang senang untuk kami bergerak. Bayangkan aku keluar dari rumah pada pukul 9.00 pagi dan pulang ke rumah pukul 10.00 malam! Lebih daripada dua belas jam. Nasib baik emak dan ayahku tidak banyak tanya.
Oh ya, lupa pula. Aku sempat pergi kursus kahwin bulan lepas. Juga aku pergi seorang diri. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, Ariff ni nak ke tak nak kahwin dengan aku? Daripada apa yang aku alami, dia bersikap seperti acuh tak acuh je. Macam aku je beriya-iya. Ah, lupakan saja.
Pasal juadah yang akan disajikan pada majlis sebelahku, kami sekeluarga sepakat memilih untuk menyediakan sendiri makanan dengan bantuan jiran tetangga. Pada mulanya, along dan angah mengusulkan untuk memilih katering sahaja tetapi mendapat bangkangan daripada emak dan ayah.
Kata emak, kita disini duduk dengan jiran tetangga. Adalah lebih baik jika kita menyediakan makanan sendiri dengan bantuan jiran-jiran. Ini akan mengeratkan lagi hubungan kita dengan penduduk setempat. Akhirnya, along dan angah akur dengan keputusan emak dan ayah.
Ibu ada menyuruh aku ke salon kecantikan untuk melakukan rawatan seperti yang selalu dilalui oleh bakal pengantin. Berbagai tawaran yang dberi kepadaku. Pergi mandi lulurlah, urutan badanlah dan bermacam lagi. Kata orang rawatan ini akan menaikkan seri muka seorang pengantin. Pada mulanya aku juga terasa hendak pergi. Tetapi aku jadi tawar hati dengan penerimaan Ariff terhadapku.
Walaupun kami tidak pernah berjumpa tapi aku sudah boleh baca daripada sikapnya. Aku bukan bodoh! Pergi kursus kahwin seorang diri. Pergi beli barang hantaran juga tidak disertai oleh dia. Bermacam alasan yang diciptakannya. Seperti untuk mengelak daripada berjumpa denganku sahaja.
Biarlah dia dengan caranya. Tetapi dalam aku tidak menghiraukan dengan apa yang lakukan terhadapku, aku dilanda pelbagai persoalan di dalam benakku. Beginikah kehidupanku bila aku berkahwin kelak? Semua kerja aku lakukan sendiri. Dia ke kanan, aku ke kiri. Mesti terasa seperti orang asing.
Aku selalu berdoa kepada ALLAH S.W.T. semoga jodoh yang telah ditetapkan kepadaku ini adalah seorang yang beriman. Boleh menjagaku hingga akhir hayat. Entahlah, kadang-kadang aku teras sedikit cuak untuk meneruskan majlis ini.
Ya ALLAH, bantulah aku. Semoga jodoh yang engkau tentukan ini memberi kebahagian kepadaku.

Kepulangan Ariff Zulkarnain ke tanah air kali ini, dikejutkan dengan berita pertunangan dirinya dengan budak yang pernah ibu dan abah ceritakan dulu. Tanpa persetujuan darinya, orang tuanya tetap berkeras untuk meminang gadis itu. Ariff Zulkarnain betul-betul terkejut. Nampaknya ibu dan abah tetap meneruskan rancangannya tanpa persetujuan darinya.
Selepas itu, Puan Junaidah memaklumkan pada Ariff Zulkarnain yang kepulangannya sekali lagi, majlis akan dilangsungkan. Ariff Zulkarnain lebih terkejut dengan berita kedua yang disampaikan oleh kedua orang tuanya. Begitu cepat tarikh yang ditetapkan. Macam perempuan tu dah terdesak sangat. Rungut Ariff Zulkarnain di dalam hati.
Ariff Zulkarnain mundar mandir dihalaman rumah orang tuanya. Keputusan abahnya kali ini adalah muktamad! Tak ada sebarang alasan yang boleh menidakkan keputusan abah itu. Nampaknya Ariff Zulkarnain terpaksa juga meneruskan perkahwinan yang ditetapkan keluarga ini. Nak fikir buat apa. Macamlah kalau fikir tu abah boleh tarik balik apa yang telah diucapkan.
Ketika Encik Abdul Rahman memaklumkan tentang perkahwinannya akan juga diteruskan sebentar tadi, pantas Ariff Zulkarnain menjawab.
“Ariff boleh meneruskan perkahwinan ini tapi abah dan ibu jangan terkejut dengan apa yang akan Ariff lakukan. Ariff masih berpegang dengan prinsip yang Ariff tak akan berkahwin dengan perempuan yang Ariff tak kenal batang hidung. Inikan pula jodoh yang ditetapkan keluarga. Tapi ibu dan abah jangan bimbang ynag pada majlis tu nanti, Ariff masih akan datang. Selepas itu ibu dan abah lihatlah apa yang akan Ariff lakukan. Pada masa itu jangan sesiapa halang setiap tindakan yang akan Ariff buat.”
Selesai berkata-kata, Ariff Zulkarnain terus manapak mendaki tangga ke tingkat atas. Kelibatnya hilang dibalik pintu bilik.
Tercengang Encik Abdul Rahman dan Puan Junaidah dengan kata-kata yang baru sahaja lahir daripada bibir anak lelaki bongsu mereka itu. Runsing mereka dengan perangai keras kepala Ariff Zulkarnain itu. Nak buat macam mana, anak itu telah ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecil lagi.
Mata Ariff Zulkarnain tajam merenung ikan kap Jepun tenang berenang didalam kolam halaman rumahnya. Jasadnya memang disitu tetapi fikirannya menerawang entah kemana. Tertanya-tanya juga dia kenapa abangnya, Hafiz tidak memaklumkan kepadanya tentang pertunangan yang dilakukan oleh ibu dan abah. Sedangkan dia ada menelefon abangnya ketika kapal berlabuh seketika di Mumbai, India. Adakah abangnya sengaja menyorokkan perkara ini atau abangnya terlupa untuk memberitahunya.
Ketika bakal pengantin lain sibuk menyediakan persiapan yang perlu dilakukan, dia pula langsung tidak menghiraukan persiapan tersebut. Tiada hati untuk membuatnya. Baginya, dia dapat menghadirkan diri dalam majlis tersebut sudah cukup beruntung.
Begitu juga ketika pasangan lain sibuk menandakan kad jemputan untuk diedarkan kepada sahabat handai, dia langsung tidak menghiraukannya. Rasanya tiada kawan yang dijemput untuk menghadiri majlisnya nanti. Kalau ada pun yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.
Kalau dijemput semua kawannya, pasti ada yang bertanya. Kenapa kahwin dengan orang lain? Hani telah dicampak ke mana? Ariff Zulkarnain sudah putus ke dengan Hani? Dan bermacam lagi soalan. Malas dia nak bersoal jawab. Siapa tidak kenal Ariff Zulkarnain dan Hani. Pasangan yang selalu berkepit di USM ketika belajar dulu. Sudah seperti belangkas lagaknya.
Jika diberitahu yang Ariff Zulkarnain akan berkahwin dengan pilihan keluarga. Pasti dia akan digelakkan oleh rakan-rakannya. Dimana hilangnya belang seorang Ariff Zulkarnain hinggakan jodoh ditentukan orang tua.
Berakap tentang Hani, dia masih tak tahu yang Ariff Zulkarnain akan berkahwin tak lama lagi. Biarlah dia tak tahu, lagi senang. Tak perlu susah payah nak kena pujuk. Dahlah Ariff Zulkarnain tengah tertekan, ni nak pujuk Hani pula.
Dari kolam ikan kap Jepun, Ariff Zulkarnain melangkah kearah buaian yang berada di bawah pohon jambu air di satu sudut halaman rumah orang tuanya. Ketika dia baru nak meletakkan punggung diatas buaian, masuk Farah, adik bongsunya yang baru pulang dari sekolah. Katanya ada latihan bola jaring petang ni.
“Hai, bang. Sorang je? Tak keluar ke?”
“Taklah, dik. Malas pula rasanya.”
“Takpelah, bang. Farah masuk dulu.”
Selain Farah, dia mempunyai seorang lagi adik iaitu Syira. Syira adalah kakak kepada Farah. Syira sekarang belajar di Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Manakala Farah berada di tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri.
Kesian pula Farah dengan nasib abangnya ini. Dia ada dengar yang abah dan ibu telah meminang seorang perempuan tanpa persetujuan abangnya. Entahlah, dia pun tak tahu nak kata macam mana. Budak-budak sepertinya tak boleh campuri urusan orang tua. Ibu cukup-cukup pantang.
Kursus memang sudah lama dihadiri oleh Ariff Zulkarnain. Ketika menemani Abang Hafiznya dulu. Sangkanya dengan adanya sijil kursus kahwin ini, dia boleh mengahwini Hani secepat mungkin. Tetapi sangkaannya meleset sama sekali.
Semua kelengkapan perkahwinannya langsung tidak dihiraukan. Dari hantaran hinggalah baju pengantin. Semuanya ibu yang uruskan. Dah ibu yang beriya-iya sangat nak bermenantu. Untuk tempahan baju pengantin, dia langsung tidak pergi ke butik yang telah ditetapkan ibu. Berkali-kali ibu memujuk. dia terus dengan sikap keras kepalanya. Sudahnya, ibu mengambil baju melayu yang berada didalam simpananya untuk dibuat contoh baju pengantin.
Bagi Ariff Zulkarnain perkahwinan yang akan dilangsungkan ini sedikit pun tidak bermakna buatnya. Ketika bakal pengantin lain begitu ceria menyambut hari bersejarah itu, tetapi tidak baginya. Hatinya terasa kosong. Kosong sekosongnya.
Kadang-kadang Ariff Zulkarnain terasa ingin menjerit. Agar seluruh dunia mendengar apa yang dia sedang tanggung sekarang ini. Dia mahu menjadi seperti abang-abangnya. Bebas memilih pasangan sendiri. Tanpa campur tangan orang tua. Bosannya hidup jika semua benda diatur orang tua. Hinggakan jodoh sendiri juga diatur keluarga.
Ada kalanya Ariff Zulkarnain rasa mahu lari ke sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Tetapi dia diajar dari kecil supaya tidak lari dari maslah. Tempuhi masalah itu walaupun risiko yang akan dihidapi adalah besar.
Minggu depan dia akan belayar pula. Lagi sebulan lebih majlis akan berlangsung. Terlalu cepat masa berlalu. Adakah hidupnya sama seperti sekarang selepas dia berkahwin kelak? Ariff Zulkarnain tertanya-tanya sendiri. Seperti kata-kata yang pernah dia luahkan kepada abahnya. Dia akan lakukan sesuatu yang mungkin diluar jangkaan semua orang. Pasti semua terkejut.
Rancangan itu tetap akan diteruskan. Biar semua tahu yang Ariff Zulkarnain tidak pernah bersetuju dengan perkahwinan ini. Baru orang kenal siapa Ariff Zulkarnain!!

Selepas solat maghrib, aku terus menyarung baju pengantin yang indah tergantung di penjuru bilikku. Baju berwarna putih susu itu begitu sarat dengan segala bagai labuci. Cukup berat bila aku memakainya. Kemudian, aku akan mengadap jurusolek yang sudah ditempah oleh ibu.
Setelah wajahku siap disolek, aku dipakaikan tudung yang juga senada dengan bajuku. Tudung itu dibelit dikepalaku. Kemudian, selendang panjang dari motif lace Perancis diletakkan diatas kepalaku. Selendang itu dikemaskan lagi dengan tiara yang sarat dengan berlian berkilauan. Betul-betul gah.
Seketika nanti, aku akan menjadi milik seorang lelaki bergelar suami. Terasa seluruh jari-jemariku sejuk beku seperti berada didalam peti sejuk. Tepat pukul 8.30 malam, aku dan seluruh rombongan pihakku bertolak dari rumahku ke Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai. Perjalanan dari Kampung Gelugor ke Kuala Ibai hanya mengambil masa lima belas minit sahaja.
Setibanya disana, rombongan pihak lelaki sudah berada disana. Kami semua masuk kedalam masjid bersama-sama. Nasib baik kami sudah memohon kebenaran daripada pihak masjid untuk menjalankan upacara pernikahan disini. Jadi, kami tidak menghadapi masalah bila tiba saatnya.

Kalau Sudah Sayang : BAB 6

Tuk.. tuk..tuk..
Pintu bilik diketuk dari luar. Di luar sana memang sudah kedengaran riuh rendah. Pintu dibuka dari luar, masuk emakku. Seperti ingin menyatakan sesuatu.
“Kenapa, mak? Kenapa dengar suara orang riuh-rendah kat luar tu?” tanyaku.
“Sebenarnya kat luar tu ada rombongan yang datang merisik Sarah hari tu. Mak dah bagitahu jawapan dipihak kita. Pihak mereka nak Sarah keluar ke ruang tamu. Mereka datang nak tahu jawapan daripada pihak kita sama ada risikan mereka diterima atau ditolak. Dan setelah mereka mendapat tahu jawapan dari kita, mereka nak Sarah keluar. Mereka nak sarungkan cincin. Sarah keluar, ya?” panjang lebar emak menerang.
Terkedu aku. Tidak aku sangka. Baru kelmarin aku memberitahu keputusanku kepada kedua orang tuaku.
“Pergi ya Sarah,” sampuk Kak Anisa pula.
Terasa berat kakiku. Tidak terasa langsung untuk melangkah. Walau apa pun aku perlu melangkah. Aku sudah memberi keputusan. Perlahan-lahan, aku melangkah sambil diiringi emak dan Kak Anisa. Emak didepan dan Kak Anisa di belakang.
Aku didudukkan dibarisan paling hadapan dikalangan tetamu perempuan. Tiba-tiba seorang wanita yang sudah melewati separuh abad menghampiriku. Dia menyarungkan cincin emas putih bertatahkan tiga bentuk berlian ke jari manisku. Sungguh eksklusif rekaan cincin itu.
Setelah selesai menyarung cincin, aku menyalami dan mengucup tangan wanita tersebut. Sejurus itu, aku menyalami semua tetamu perempuan yang hadir. Jiran tatangga hanya seorang dua sahaja dipanggil. Selebihnya tetamu di pihak sana. Mungkin tidak dihebohkan lagi. Yalah, baru majlis pertunangan. Lainlah kalau majlis perkahwinan. Mesti satu kampung yang dijemput.
Tetamu dijamu dengan juadah yang dimasak sendiri oleh emakku setelah selesai majlis menyarung cincin. Pada ketika itu emak memperkenalkan kepada aku tetamu yang hadir. Yang menyarungkan cincin tadi adalah emak kepada lelaki yang ditunangkan denganku. Emak pula menunjukkan kepadaku seorang lelaki yang berada disatu sudut rumah. Itu adalah bakal ayah mertuaku. Umurnya mungkin dalam lingkungan pertengahan 50’an atau akhir 50’an.
Hampir pukul 10.00 malam, rombongan meminta diri bersurai. Setelah mereka pulang. Aku mengurungkan diri di dalam bilik. Tidak sedikit pun aku menjamah makanan pada malam itu. Aku bukan nak mogok tapi aku sedikit terasa bila tiada seorang pun memaklumkan kepadaku tentang kedatangan pihak sana.
Bila aku bertanya, semua menguncikan mulut masing-masing. Semua orang mahu berahsia. Aku jadi tertanya-tanya. Tanpa aku sedar, aku sudah terlelap.

Keesokannya, aku ke pejabat seperti biasa. Ketika aku sampai, masih kosong ruang pejabatku. Aku mengambil keputusan untuk ke pantri, membuat minuman. Memandangkan malam semalam aku tidak menjamah makanan, jadi pagi ini aku perlu mengisi perutku supaya tidak kosong. Di rumah tadi juga aku tidak menyentuh makanan seperti kebiasaannya. Sesudah bersiap, aku terus keluar dari rumah.
Ketika aku membawa mug berisi air milo panas untuk ke mejaku, aku dengar di depan sudah riuh. Bunyi orang bercakap. Mesti teman sekerjaku sudah datang ke pejabat. Aku melabuhkan punggung di tempatku. Tersenyum aku dengan telatah mereka yang selalu bergurau.
“Awal Sarah datang hari ini. Ada apa-apa ke?” sapa Kak Raihana.
“Takdelah kak. Saje je.”
“Eh, sejak bila pula Sarah pandai pakai cincin ni?” tegur Kak Raihana bila terpandangkan cincin yang tersarung dijariku. Aku pula terlupa untuk menanggalkan cincin itu pagi tadi. Kebiasaanya jariku kosong tanpa apa-apa tetapi hari ini ada sebentuk cincin pula yang terhias.
“Eh, takdelah. Saje je rasa nak pakai.”
“Tapi sebelum ni akak tak pernah Sarah pakai cincin. Sarah pernah kata jari Sarah sensitif bila pakai cincin. Jadi gatallah. Lagi pun akak tengok cincin ni lain je. Bukan macam cincin biasa. Tengok dari rekaan dia pun akak dah tahu mesti mahal harganya. Macam cincin orang tunang atau orang kahwin.” Pandainya Kak Raihana meneka. Yalah, diakan banyak makan garam daripadaku.
Aku hanya tersenyum. Malas nak membalas kata-katanya. Biarlah dia nak kata apa. Sebelum pintu hadapan bank dibuka, aku menghabiskan biskut dan air miloku. Biskut itu aku jumpa bila aku membuka almari dipantri tadi. Sekadar untuk mengalaskan perut.
“Aik, makan biskut dan air milo je ke? Tak sempat sarapan kat rumah ke?” tegur Zain bila melihat aku makan dan minum dimejaku. Mejanya berhadapan denganku.
“Tak sempat nak sarapan kat rumah tadi,” jawabku.
Pelik Zain. Maisarah Ernieza kata dia tak sempat nak sarapan. Tapi dialah yang datang paling awal. Diam Zain, tak membalas kata-kata Maisarah Ernieza.
Apabila pintu bank dibuka, aku memulakan tugas seperti biasa. Aku juga pulang pada waktu yang sepatutnya. Hari ini tiada kerja lebih masa seperti biasa kerana tidak terlalu banyak kerja.
Sesampai di rumah, emakku berpesan kepadaku yang pada malam nanti dia ada perkara yang hendak diberitahu. Aku hanya menganggukkan kepala sebelum masuk ke dalam bilik.
Pada sebelah malamnya, sesudah makan malam, emak memanggilku. Aku tidak makan pada malam itu. Entahlah kenapa. Terasa tiada selera sahaja. Begitu juga pada rehat tengahari tadi.
“Pada perbincangan semalam, pihak mereka sudah menetapkan lagi tiga bulan majlis akan dilansungkan. Pernikahan akan dijalankan di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai. Pihak kita akan mengadakan kenduri pada 12 Disember. Iaitu sehari selepas majlis pernikahan. Manakala majlis dipihak mereka akan diadakan seminggu selepas itu. Berkenaan hantaran dan mas kahwin, pihak mereka ada bertanya dan kata putus dari ayah adalah terpulang kepada pihak mereka hendak memberi berapa.” Panjang lebar ayahku menerangkan tentang perancangan majlis kahwin aku.
Aku pula hanya menganggukkan kepala.
“Macam mana dengan kad kahwin dan baju pengantin? Kamu nak urus sendiri ke? Kerja-kerja gubahan hantaran sudah mak serahkan kepada Kak Niza. Yalah, memandangkan Kak Niza tak ada anak lagi, taklah serabut sangat dia. Mula-mula mak ingat nak suruh Kak Anisa tetapi bila ingatkan balik dia ada anak kecil takut tak sempat dia nak gubah.” Tambah emak.
“Nantilah, Sarah fikir.” Ucapku, acuh tak acuh.
“Kamu jangan macam tu. Tiga bulan tu bukannya lama. Takut nanti kamu tak sempat nak buat semua tu. Akhirnya terkejar-kejar.” Marah emakku.
“Tengoklah macam mana nanti. Kalau bab baju pengantin kena pergi bersamalah. Kalau bab kad undangan tu bolehlah Sarah urus sendiri.” Jawabku bagi meyakinkan emakku.
“Yalah, baju pengantin kena pergi bersama. Bakal suami kamu pula masih di laut sekarang ini. Kamu kena pergi bila dia ada di daratlah, bila dia pulang cuti.”
“Iyalah, mak.” Aku mula mengangkat punggung.
“Eh, kamu nak ke mana tu?”
“Mak dan ayah dah habis cakapkan? Sa nak masuk biliklah.”
“Eh, eh. Budak ni. Tak ambil berat langsung.” Omel emakku.
Aku tidak menghiraukan lagi. Aku merebahkan badan diatas katil. Kepalaku ligat memikirkan majlis yang akan berlangsung. Orang tuaku begitu beriya-iya. Sedangkan aku tiada mood bila hal perkahwinan dibangkitkan. Terasa sedikit tawar hatiku.
Aku mengeluh kecil. Aku dah nak kahwin tapi aku tak kenal pun siapa bakal suamiku. Sekeping gambar dia pun aku tidak ada. Jangankan gambar, nama tuan empunya badan pun aku tak tahu. Apalah nasib aku.
Ah.. tidur lagi baik. Buat berat kepala je duk fikir
.
Ariff Zulkarnain baru sahaja memelefon abangnya. Dia teringat kembali perbualannya dengan abangnya.
“Helo bang.”
“Helo, Ariff. Kat mana kau ni? Apa hal kau telefon ni?”
“Sekarang Ariff ada di Mumbai, India. Takde apa-apa bang. Saja je.”
“Isy, kau kalau telefon abang mesti ada hal yang nak cakap. Cakap jelah. Nak malu pulak. Macam tak biasa.”
“Macam ni bang, abang kan tahu ibu dan abah ada masuk meminang sorang budak. Ariff tak kenal pun budak tu. Entah budak dari ceruk mana entah. Masa Ariff balik baru ni, abah bagitahu dan Ariff dah tolak. Tapi dia berkeras jugak nak pinang budak tu. Mereka kata budak tu satu sekolah dengan Ariff dulu. Ariff tengah ingung ni. Tak tahu nak buat apa. Takkan nak terima. Tolonglah, bang.” Rayu Ariff Zulkarnain.
Terdiam abangnya, Hafiz seketika. Berat juga masalah yang dipikul adiknya. Memang dia mengetahui tentang rombongan meminang yang dihantar oleh kedua ibu dan abahnya tanpa pengetahuan Ariff. Ketika itu pula Ariff masih dilaut.
“Abang pun tak tahu nak kata macam mana. Abang tak ada pengalaman yang macam ni. Kau dah ada kekasih ke?”
“Dah. Hani nama dia.”
“Oo, apa susah. Kau bagitahu je kau dah ada kekasih. Habis cerita.”
“Dah bagitahu, bang. Tapi ibu dan abah tolak mentah-mentah. Kalau habis cerita setakat tu, senanglah kerja.”
“Aduh… kenapalah masalah menjadi serumit begitu? Nampaknya Ariff terpaksa terima juga. Kerana ibu dan abah dah berkeras macam tu.”
“Dah takde jalan lain ke, bang?”
“Abang pun jadi buntu dibuatnya. Kalau mereka boleh bertolak ansur, masalah tak akan menjadi serumit ini.”
“Takpelah, bang. Ariff cuba ikhtiar macam mana.”
“Iyalah, tapi kau jangan fikir sangat. Nanti jadi lagu lain pulak.”
Tiba-tiba ada seseorang menepuk bahunya. Ariff Zulkarnain berpaling.
“Hei, jauh termenung. Macam orang mati bini. Apsal dengan kau ni?” tegur Sharumi, rakan sekerjanya.
Ariff Zulkarnain hanya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu berkongsi dengan orang lain masalahnya. Baginya, dia hanya berkongsi masalah dengan abangnya atau dengan kawan baiknya, Ridhuan.
Bagi Sharumi pula, sejak akhir-akhir ini wajah Ariff Zulkarnain selalu saja muram. Bila ditanya kenapa, dia tidak menjawab dan hanya membalas dengan menggelengkan kepala.

Hafiz baru sahaja selesai bercakap dengan adiknya menerusi telefon. Entahlah.. dia pun tak tahu bagaimana cara nak selesaikan masalah adiknya itu. Memang ibu dan abah mereka ada memberitahu yang mereka telah meminang seorang gadis kepada Ariff. Tetapi tak tahulah masalah akan menjadi serumit sekarang.
Dia ingatkan selama ini adiknya itu tidak mempunyai teman wanita. Ibu dan abah ada meminta pendapat kami adik-beradik dan dengan kata sepakat kami bersetuju dengan pilihan orang tua mereka itu. Huh... Hafiz mengeluh sedikit kuat. Hinggakan isterinya menegur.
“Hai, bang. Kenapa mengeluh ni? Macam ada masalah besar je.” tanya Iman, isteri Hafiz.
“Hmm, memang masalah besar pun. Tak tahu nak selesaikan macam mana.”
”Hisy, abang ni. ALLAH S.W.T pernah berkata yang tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Ni Iman tengok macam orang dah putus harapan dah.”
“Itu abang tahu. Abang bukan sudah putus harapan tapi abang rasakan masalah ni berlaku semakin rumit.”
Iman melabuhkan punggung disebelah Hafiz.
“Cuba abang cerita. Apa masalahnya sampaikan sudah semakin rumit tu?”
“Begini, tadi Ariff baru sahaja telefon. Dia ceritakan maslahnya kepada abang. Katanya, dia sudah ada teman wanita dan dia tak setuju dengan pilihan ibu dan abah. Dia dah tolak tetapi abah sudah mengatakan kuputusan yang dibuat adalah muktamat. Jadi Ariff perlu menerima bulat-bulat pilihan ibu dan abah serta perlu melupakan kekasihnya itu. Tetapi Ariff meminta pendapat dari abang, adakah patut dia menerima pilihan ibu dan abah itu?”
“Memang rumit sungguh permasalahan ini. Abang kenal ke dengan kekasih Ariff tu?”
“Tak. Tapi menurut kata ibu kekasih Ariff tu berpakaian seksi. Ibu terang-terang tidak bersetuju.”
Terdiam Iman. Mungkin memikirkan jalan yang sesuai untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh adik iparnya itu.
Memang dikalangan adik-beradiknya, Ariff dilihat sedikit bebas. Ditambah lagi dia adalah anak kesayangan kepada abahnya. Jadi orang lain tidak boleh marahkannya jika dia melakukan kesalahan. Kecuali abah. Hanya abah yang boleh menegurnya.
“Jadi macam mana sekarang ni?”
“Tulah pasal. Ariff kata dia tak nak lepas kekasihnya. Tapi abah pulak paksa dia terima pilihan ibu dan abah. Perempuan yang dia tak kenal.”
“Bagi abang pulak macam mana?”
“Bagi abang, Ariff patut terima perempuan tu. Sebab apa abang suruh Ariff terima pilihan ibu dan abah ialah terang-terang kita sudah nampak restu ibu dan abah mengiringi Ariff. Tetapi jika dia pilih kekasihnya, belum tentu ibu dan abah merestui hubungan mereka. Terutamanya abah. Tiada pasangan yang akan bahagia jika kedua orang tua tidak merestui hubungan mereka. Bagaimana pula pendapat Iman?”
“Emm... susah bagi Iman untuk membuat pilihan. Tapi jika keadaan semakin genting, jalan terbaik adalah mengikut kata orang tua. Seperti mana yang abang kata sebentar tadi. Kita tiada pengalaman sebegini untuk menasihati orang lain.” Iman memberi pendapatnya.
Yalah, mereka kahwin pun sebab saling sayang menyayangi, cinta menyintai. Susah untuk memberi pendapat jika tiada pengalaman.
“Oh ya. Ariff tahu tak yang kelmarin berlangsung majlis pertunangan dia?”
“Entahlah, abang tak sempat nak tanya. Hanya sempat cakap sekejap je. Dia banyak cakap macam mana nak tolak pilihan ibu dan abah. Dia macamlah tak kenal perangai abah tu. Hitam katanya, hitamlah. Kalau putih katanya, putihlah. Takde langsung pilihan lain. Iman pun tahu macam mana kan?” Iman hanya mengangukkan kepala.
“Iyalah, siapa tak kenal Encik Abdul Rahman. Usahawan yang berjaya. Ketegasannya terserlah.” balas Iman sebelum berlalu ke tingkat atas.
“Eh, awak nak ke mana tu?”
“Nak solat, abang dah solat ke?”
“Abang pun belum solat lagi ni. Kita solat berjemaahlah.” Hafiz bangun dari tempat duduknya, mengekori isterinya.