Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Rabu, 10 Oktober 2012

CERPEN:BFF a.k.a BOSS-PART 2(ENDING)


**salam semua... ini sambungan cerpen sy yg hari tu... jenuh nak fikir sbb sy x jumpa ending yg sesuai.. huhuhu... so inilah hasilnya.. ada yg cadang sruh buat novel penuh.. hmmm.. blh dipertimbangkan tp sy kena peram dulu sbb nak beli laluan kepada ECH dan novel ke-4... harap suka..tq...(^_^)

SEBULAN SEBELUM ITU

QUSHRI memandang kosong meja kerjanya yang tak pernah kosong. Sentiasa menimbun dengan fail-fail yang entah bila akan surut. Mata dikalih ke arah pintu bilik pula. Pemilik sebaris nama Adilla Nur Aisyah ada di luar. Huh!
Bercakap tentang gadis itu, bukan dia tidak mengenali Adilla tapi sikap Adilla yang memaksa dia bertindak begini. Pura-pura sombong dan tidak mengenali Adilla. Sudah berkali-kali dia menghantar isyarat bermaksud mahu memiliki hati Adilla ketika sama-sama menuntut dahulu tapi apa yang dia dapat? Jawapan yang sangat mendukacitakan. Dia ditolak dengan jawapan, Adilla mahu membahagiakan emak saudara yang telah memebesarkannya, mahu membalas jasa wanita lewat 30-an itu.
Jika berkahwin pun, Adilla masih boleh membalas budi Maria. Dia tidak akan menghalang niat murni Adilla. Sekarang sudah sebulan lebih Adilla berkhidmat dengan Qushri. Dikelilingi ruang yang sangat formal antara pekerja dan bos buat Qushri rasa muak. Dia rindukan saat-saat berdampingan dengan Adilla waktu belajar dahulu. Mereka bebas ke mana sahaja dengan ikatan persahabatan. Usia Qushri tua lima tahun dari Adilla. Ketika di kolej, Adilla mengambil diploma manakala Qushri mengambil ijazah. Tapi mereka bertemu kerana berkongsi pensyarah yang sama. Dan bermula dari situ mereka mula berkawan. Adilla lebih suka menggunakan ganti nama kau aku dalam berkawan.
“Hoi! Dah sampai ke mana? London?” Sergahan satu suara secara mendadak, mengejutkan Qushri.
“Apa ni? Masuk tak ketuk pintu, macam penyamun!”
“Kalau penyamun, aku dah tak sergah kau. Aku angkut aje semua barang-barang dalam bilik ni.” Balas Johan, sepupu merangkap kawan baik sejak kecil. Dia duduk tanpa dipelawa. “Kau ni kenapa? Termenung bagai, kalah orang angau. Eh, siapa kat luar tu? Cantik siot! Boleh jadi lauk baru!”
“Kalau nak buat lauk kau cari orang lain. Kat luar tu dah berpunya!” Tegas nada Qushri. Mendengar perkataan ‘lauk’ dari mulut Johan, tangannya sudah terketar-ketar. Rasa ringan saja mahu hadiahkan penumbuk kepada lelaki itu! Johan, seorang player. Semua perempuan dia nak cuba.
“Berpunya? Isteri orang ke?”
“Hmm..”
“Melepas aku. Tapikan, tunang orang lagikan dirampas, inikan pula isteri orang.” Johan seperti sedang fikirkan sesuatu.
“Eh kau ni. Tak boleh tengok orang senang. Kau tau tak apa hukumnya runtuhkan rumah tangga orang. Berdosa besar tau!”
“Yalah, yalah pak ustaz. Kepohlah kau ni. Aku cakap aje,”
“Kau nak apa ni?” Qushri malas nak melayan si Johan ni.
“Adoi. Lupa pulak aku lepas tengok awek cun. Makan jom! Kau tak pandai lapar ke? Dah tengah hari ni.”
“Kau pergilah makan sorang. Aku ada banyak kerja ni,” jawab Qushri. Fail di hadapan dia belek sehelai dua. Sengaja nak tunjukkan kerjanya yang berlambak tu.
“Eleh, tadi elok je mengelamun. Sekarang banyak kerja pulak. Blah la kau!”
Johan berlalu keluar dari bilik Qushri. Bukan Qushri tak nak keluar makan tengah hari tapi dia ada agenda baik punya. Nak tahu apa agendanya? Jom ikut Qushri. Selepas pasti kelibat Johan betul-betul hilang, Qushri pantas keluar dari bilik. Sudah kosong ruang pejabatnya itu. Kaki di hala ke arah pantri. Nasib baik ada ruang yang agak tersorok di situ. Bolehlah dia mengintai apa yang sedang tuan puteri pujaan hati sedang lakukan.
Inilah kerjanya setiap masuk waktu tengah hari. Mengintai Adilla yang sedang menjamu selera bekal yang dia bawa. Kadang-kadang kesian juga pada Adilla kerana terpaksa bawa bekal setiap hari ke tempat kerja. Tapi dia faham. Inilah susah payah hidup di kota besar. Segalanya mahal, jadi bawa bekal adalah salah satu cara untuk berjimat.
Adilla sudah bangun ke singki dan Qushri mahu lekas-lekas beredar dari situ. Berlama-lama nanti akan disedari Adilla pula. Tapi..
“Eh, tuan. Nak air ke?” Qushri tertangkap!
“Err.. haah. Buatkan saya Nescafe 3 in 1,” Qushri berlalu dengan langkah yang sumbang. Fuh! Harapnya Adilla tak perasan apa-apa.

SEMINGGU SEBELUM ITU

MUMMY! Mummy!”
“Apa dia Man? Terpekik panggil mummy macam tu.” Hajah Amna menjenguk dari taman mininya. Sakit apa anak aku hari ni sampai balik awal dari pejabat.
“Mi, mummy kena tolong Man.”
“Tolong? Tolong apa pulak ni?” Rerumput yang mula meliar di dalam pasu bunganya dicabut.
“Tolong pinangkan perempuan untuk Man.”
 “Hah?!” Terhenti terus tangan Hajah Amna melakukan kerjanya. Wajah si anak dia pandang. “Perempuan mana?”
Qushri mula membuka cerita. Siapa perempuan itu, bagaimana mereka boleh kenal dan segala-galanya. Idea menghantar peminangan ke rumah keluarga Adilla lantaran sikap Johan yang suka mengacau Adilla sejak akhir-akhir ni. Amaran yang Qushri berikan dulunya langsung tak diambil kisah. Elok-elok Adilla ada depan mata, parah kalau jatuh ke tangan orang. Lagi-lagi orang seperti Johan! Sebelum dikebas orang, baik dia dulu yang masuk jarum.
“Tapi kita tak boleh pergi sekarang. Abi kan tak ada.”
Qushri tepuk dahi. Lupa yang abinya ke Singapura kerana menghadiri seminar usahawan negara Asia Tenggara.
“Tak apa. Lepas abi balik, mummy terus bagi tahu abi ye. Please.” Pujuk Qushri.
“Yalah, yalah!”


SELEPAS kes pinang-meminang tu, Adilla masuk pejabat macam biasa. Bagai tak ada apa yang berlaku. Lagi pun dia tak ada terima apa-apa notis dari orang atasan berupa surat pemecatannya. Jadi maknanya, dia masih lagi bergelar kakitangan syarikat ini. Kerjanya dilakukan seperti tiada apa yang berlaku. Dia masih layan Qushri sama seperti sebelum ni. Apa-apa hal, Qushri tetap bosnya.
Interkom berbunyi. Adilla dipanggil masuk ke bilik tuan besarnya. Dia mengeluh. Ini yang lemah ni. Dia mengelak tapi terkena juga. Buku tebal seakan dairi diangkut sama.
So, what’s your decision?” Itu soalan pertama yang menyapa telinga. Bukannya disuruh duduk dahulu.
“Keputusan apa?” Adilla bertanya bagai orang bodoh.
“Takkan awak nak saya cerita dari awal sampai akhir kot.” Perli Qushri. Dia dah bagi masa untuk Adilla fikir, takkan tak ada jawapan lagi?
“Bagaimana pula dengan pertanyaan saya semasa di kampung beberapa hari lepas?” Jika Qushri menagih jawapan, Adilla juga perlukan kepastian dan jawapan.
Qushri tarik nafas dan dihela kemudian. Jika itu yang Adilla mahukan, baik. Dia akan berterus terang.
“Memang saya masih Qushri yang awak kenal dulu. Awak kenal macam mana saya kan? Saya buat semua ni bukan sebab nak sombong dengan awak. Saya ada alasan sendiri. Ini semua perancangan saya. Tapi pemilihan awak masuk ke syarikat ini bukan bidang kuasa saya. Itu semua kerja bahagian HR dan semasa awak mula bekerja di sini, saya terpaksa mengikuti seminar di Sabah. Masuk-masuk saja hari yang saya nampak awak kat pantri dengan Wanda tu, memang saya terkejut. Dan segalanya bermula selepas itu. Orang yang awak lihat sombong, angkuh, berlagak itu adalah sebahagian dari lakonan saya.” Dia berjeda seketika. Dia bersandar pada belakang kerusinya.
Adilla pandang tajam Qushri. Penerangan lelaki itu masih belum lengkap.
“Kenapa?”
“Awak tanya kenapa? Okey, saya akan ceritakan kenapa saya buat itu semua. Awak yang paksa saya berlakon! Semuanya kerana awak!”
“Heh, saya? Kenapa saya?” Qushri renung tajam mata Adilla. Tapi Adilla pantas melarikan pandangan matanya.
“Dua kali saya propose awak. Berkali-kali saya bagi hint. Tapi semuanya menghampakan saya. Jawapan yang saya terima sangat mengecewakan saya. Balik-balik awak cakap nak bahagiakan usu awak, nak balas budi usu awak. Kalau awak kahwin dengan saya, saya takkan halang awak nak buat semua tu. Itu hak awak. Saya tak ada hak nak halang. Kenapa susah sangat awak nak faham saya?”
Adilla terdiam. Kepalanya ligat berfikir mencari jawapan kepada persoalan Qushri itu. Namun, belum pun sempat mulutnya terbuka untuk menjawab, telefon di atas meja Qushri berbunyi. Agak lama dia menunggu sehingga dia kebosanan. Akhirnya dengan bahasa isyarat, dia meminta diri keluar dahulu dari bilik Qushri.


TENGAH hari itu, Qushri keluar awal kerana ada temujanji khas dengan pelanggan terbesar syarikat abinya. Rasanya jika terlepas untuk mengintai Adilla rehat tengah hari ini tidak apalah, dia sudah meluahkan apa yang dia rasa. Hanya menunggu tindak balas Adilla saja selepas ini. Itu pun jika Adilla faham akan perasaannya. Jika tak, tak tahulah.
Qushri masuk kembali ke pejabat sedikit lewat. Perbincangan dengan pelanggan tadi berlanjutan lama. Nasib baik jugak selepas itu dia tak ada temujanji lain. Masuk saja dalam bilik, ada sepucuk surat di atas meja. Hanya tertulis namanya di atas sampul surat. Isi dalam dibawa keluar walau terasa pelik.

Tuan Arman Qushri Haji Adnan,
Assalamualaikum,(tak jawab dosa..)
Okey, straight to the point je ye.
1)    Suruh emak awak jumpa usu saya.
2)    Saya tak nak bercinta. Bercinta lepas kahwin lagi afdal.
3)    Saya tak nak kahwin ekspres. Nanti orang cakap kena tangkap basah pulak.
4)    Saya nak ada proses merisik, bertunang, nikah dan sanding. Orang Melayu mestilah beradab.
Rasanya saya dah tak perlu bagi tahu jawapannya. Semuanya sudah tertulis seperti di atas. So, faham-faham sendirilah.
Wassalam.

Kertas di tangan dia lipat kembali. Bibir tak sudah-sudah mengukir senyum lebar. Adilla, Adilla, Adilla. Pandai awak pura-pura masa saya lalu depan meja awak tadi ya, bisik hatinya. Lalu ganggang telefon dia capai.
Mummy, hujung minggu ni kita ke rumah Adilla sekali lagi boleh tak?” Di hujung talian jelas suara Hajah Amna yang terkejut.
Qushri terus senyum. Akhirnya Adilla Nur Aisyah miliknya! Alhamdulillah.

TAMAT.


12 ulasan:

  1. Ringkas tapi tepat...
    TQ utk sambungannya..

    BalasPadam
  2. fuh! lega.. akhirnya.. tq dear...:)

    BalasPadam
  3. Cerita yg relax dan santai... I like...

    BalasPadam
  4. Terima kasih sebab berusaha menyambung.
    Okey, saya senyum dan puas hati dengan penamatnya :)

    BalasPadam
  5. best,best n best akak suke pd cerite yg ending nye hepy...hehe

    BalasPadam
  6. tanpa nama; terima kasih krn baca..:)

    pena tumpoi; sama-sama.. kiranya penantian untuk siapkan sambungan cerpen ni berbaloi jugak.. hehehehe:D

    kak norihan; saya memang x pandai tulis cerita endingnya sedih.. sy susah nak bermain dengan character yg begitu.. huhuhu

    BalasPadam
  7. cerita dye pendek tapi best
    and saya suka...... tq sbb smbung

    BalasPadam
  8. ur wlcme.... terima kasih jugak sbb baca n suka... :)

    BalasPadam
  9. tq epy lina kerana baca..:)

    tanpa nama; ur wlcme..:)

    BalasPadam
  10. pendeknye...sambung la lg kak...huhu...=)
    best2....xsabar nk tunggu jadi novel...
    boleh buat dr zaman bljr-keje-da kawen...
    hee...thanks..=)

    BalasPadam