Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 22 Julai 2013

SEWANGI CINTA ANGGERIK : BAB 25

ATAS nasihat dan cadangan Nini, akhirnya Suriya melakukan solat sunat istikharah. Hari ni dia bangun dengan semangat baru. Alhamdulillah, dia sudah punya jawapan untuk persoalan yang membelenggu kepalanya. Dan betul juga kata Nini. Dia sepatutnya meminta pertolongan dari Allah. Bukannya dari Nini. Baru kini dia tersedar dengan kealpaan diri.
Sejak duduk di meja itu, hati Suriya berasa tak tenang. Matanya sibuk memandang ke kiri dan kanan. Bagai sedang mencari kelibat seseorang. Nak kata dia datang awal sangat, rasanya tak. Kalau dia terlebih awal, mesti meja-meja rakan sekerja lain ni kosong lagi. Tapi meja-meja kat depan di dah berpenghuni.
“Su,”
“Hah?” Suriya terkejut.
“Hei, kenapa ni? Akak panggil aje. Yang Su terkejut macam nampak hantu ni apasal?” Pelik Noraini dengan tingkah Suriya itu.
Suriya gelengkan kepala kemudiannya. Dia tundukkan kepala selepas itu. Matanya menangkap jarum jam dipergelangan tangan. Sudah pukul 9.30 pagi. Aik, takkan tak masuk-masuk lagi. Ke dia cuti hari ni?
Noraini pelik menengok Suriya yang sangat-sangat aneh di matanya. Tak bercakap. Bila ditanya hanya gelengkan kepala. Kenapa dengan budak ni sebenarnya? Datang bulan ke apa yang pelik sangat perangai tu. Pening kepala Noraini berfikir.
“Su,”
“Hmm…” Suriya menggumam sambil kepala menunduk menyentuh meja.
“Kenapa tak buat kerja tu?” Tegur Noraini.
“Malas, tak ada mood.” Selamba Suriya menjawab. Macam syarikat tu syarikat keluarga dia. tak buat kerja pun bulan-bulan masih dapat gaji.
“Su, syarikat ni bukan syarikat ayah Su sampai Su boleh cakap tak ada mood nak buat kerja. Kalau ada masalah pun janganlah sampai kacau periuk nasi sendiri. Nanti tuan besar tu tahu Su malas macam ni, habislah.” Noraini menasihati Suriya.
Suriya panggung kepala.
“Dia dah masuk ke kak?”
“Siapa?” Soalan mendadak dari Suriya buat Noraini tercengang sekejap.
“Tadi akak cakap tuan besar. Dia dah masuk ke?”
“Entah. Akak tak nampak pun lagi kelibat dia,”
“Oh.” Balas Suriya lemah. Kepala dia tundukkan kembali.
“Apa hal ni Su? Pelik akak tengok kau pagi ni. Muka macam baru lepas gaduh dengan suami.” Noraini berjeda seketika. Dia pandang kiri dan kanan. Kepala dia tunduk sedikit. “Su gaduh dengan bos besar ke?” Noraini berbisik di tepi telinga Suriya. Laju Suriya angkat kepala.
“Mana ada.” Gaduh? Bercakap pun tak macam mana nak gaduh Kak Ani oi.
“Habis tu?”
“Tak ada apa-apalah kak.” Suriya bangun.
“Eh, nak pergi ke mana tu?”
“Minum.” Balas Suriya sepatah sebelum berlalu ke pantri. Malas dia nak layan soalan demi soalan dari Noraini. Makin memberatkan kepala dia aje.
Sementara itu. Iddin melangkah masuk ke pejabatnya dengan diiringi seorang perempuan muda berpakaian seksi. Mahu terkeluar biji mata Noraini melihat aksi si perempuan yang sangat meloyakan tekaknya. Wow! Minah gedik mana pulak yang Encik Iddin angkut masuk pejabat hari ni? Terlopong sekejap Noraini pandang Iddin dan perempuan itu.
Suriya keluar dari pantri. Dia tak melangkah ke meja kerjanya tetapi ke meja Badrul dengan muk di tangan.
“Bad, bos dah masuk ke?” Suriya menyoal Badrul.
“Dah,”
“Okey,” Suriya letakkan muk di tangan di atas meja Badrul seketika dan dia berlalu ke pintu bilik Iddin. Pintu bilik diketuk dua kali. Sejurus mendengar laungan masuk, dia terus tolak pintu itu.
“Eh, tapi…” Badrul baru teringat yang Iddin ada tetamu kat dalam bilik. Dia baru saja nak halang Suriya dari masuk ke dalam bilik itu. Tapi dia terlambat. Suriya lebih dulu masuk ke bilik Encik Iddin.
Badrul pandang Noraini. Noraini pandang Badrul. Habislah! Mulut Badrul menyebut tanpa suara. Dah gaya macam akan terjadi perang besar aje.
Suriya tercengang. Dia sangat terkejut dengan apa yang dia lihat kini. Seorang perempuan muda sedang elok duduk di atas riba Iddin. Duduk atas RIBA okey! Suriya rasa lemah lutut. Sempat dia berpaut pada tombol pintu. Kalau tak, dah lama dia tersungkur kat situ kerana terkejut.
“Anggerik!” Iddin terkejut. Dia ingatkan Badrul yang ketuk pintu biliknya tadi. Tapi sangkaannya meleset. Suriya yang mengetuk biliknya.
Perempuan di atas riba Iddin juga turut berpaling. Emma! Suriya masih kenal akan wajah perempuan itu. Emma, wakil syarikat Mewah Padu Holding. Suriya gelengkan kepala sebagai jawapan kepada panggilan Iddin. Dia tarik tombol pintu dan laju melangkah meninggalkan bilik Iddin.
Tanpa menunggu lama, Iddin mengejar langkah Suriya. Dia meninggalkan Emma terkapai-kapai seorang diri.
“Iddin!” Emma sibuk sekali panggil nama Iddin. Sayangnya panggilan itu langsung tak dihiraukan. Iddin lagi sibuk mengejar Suriya yang telah berlalu ke arah lif. Badrul dan semua pekerja IMIA Technology terkejut. Termasuklah Noraini. Sampai ternganga mulut Noraini sewaktu melihat adegan kejar mengejar itu. Macam filem Hindustan!
“Iddin!” Emma memanggil lagi.
Semua pekerja syarikat memandangnya. Noraini mencebikkan bibir. Macamlah tak ada lelaki lain kat dunia ni. Bos aku jugak yang kau kejar. Sempat lagi Noraini merungut di dalam hati. Naik menyampah pulak dia pandang muka minah ni lama-lama. Takut nanti ada jugak yang hadiahkan pelembang kat muka berjerawat tu!
“Iddin, Iddin. Baliklah wei! Dasar muka tembok!” Ambik kau sedas. Apabila Noraini mula buka mulut. Habislah.
“Aku tak panggil nama kau pun!” Penuh lagak Emma melawan kata-kata Noraini.
“Aku tak panggil nama kau pun!” Noraini mengajuk semua ayat Emma. “Terpekik terlolong panggil nama bos kami tu elok sangatlah?”
“Huh!” Dengus Emma sebelum berlalu.
Suriya tekan butang lif tapi sampai sudah pintu lif tak terbuka. Rosak ke apa ni? Saja bagi aku geram ni.
“Ah, lambatlah kau!” Rungut Suriya melepas geram.
Lantas dia tolak pintu bahagian tangga. Turun guna tanggalah.
“Anggerik!” Iddin memanggil.
Suriya toleh sekali sebelum dia teruskan langkah menuruni anak tangga. Iddin berlari mengejar langkah Suriya. Langkah lelaki dengan perempuan memang sangat berbeza. Mesti lelaki lebih bertenaga.
“Anggerik!” Iddin berjaya mencapai lengan Suriya.
Hisy! Apa ni?” Suriya memberontak. Dia cuba tarik lengannya dari pautan Iddin. Tapi tak berjaya.
“Awak nak pergi mana?”
“Ikut sayalah nak pergi mana pun. Encik apa kisah!” Garang Suriya menjawab. Dia lupa yang mereka masih dalam waktu pejabat. Dan Iddin masih bergelar bosnya. “Lepaslah!”
“Okey, okey. Saya lepas. Tapi awak janji takkan lari dari saya.” Kata Iddin.
“Hmm…” Suriya sekadar menggumam.
Iddin cuba lepaskan perlahan-lahan lengan Suriya. Entah di mana silapnya. Suriya hampir-hampir jatuh tergolek ketika lengannya hampir-hampir terlerai dari pautan Iddin. Melihat Suriya begitu, Iddin tarik kembali lengan Suriya.
“Ha, tulah! Nasib baik tak jatuh. Kalau tak free-free aje jadi macam nangka busuk.” Marah Iddin.
Manakala Suriya tarik muncung. Sebenarnya memang dia sengaja tarik lengan dari pautan Iddin tadi. Sengaja nak larikan diri dari Iddin. Sekali Allah nak bayar cash!
“Dah, tak payah nak tayang muncung tu. Ikut saya.” Iddin mengarah. Dia genggam tangan Suriya dan paksa Suriya ikut langkah kakinya.
“Pergi mana? Encik, lepaslah!”
Iddin langsung tak hiraukan kata-kata Suriya. Dia terus menuruni anak tangga sambil mengheret sama tangan Suriya. Reaksi Suriya? Jangan cakaplah. Memang memberontak makcik tu. Terkial-kial nak lepaskan tangan tapi tetap tak berjaya. Akhirnya dia menurut dalam terpaksa.

KERETA dipandu Iddin berhenti mendadak. Suriya di sisi tetap begitu. Mengeraskan tubuh. Mulutnya dikunci sejak masuk ke dalam perut kereta lagi. Suriya tak ambil peduli kat mana mereka berada. Dia tak kenal pun tempat ni.
Sorry pasal tadi. Saya dengan Emma tak ada apa-apa hubungan.” Beritahu Iddin.
“Tak tanya pun,” perlahan suara Suriya. Iddin toleh pandang Suriya.
“Dah tu kenapa larikan diri?”
“Sebab saya tak nak ganggu. Orang kan tengah berasmaradana kat dalam bilik tu. Nanti kalau saya ada, mengacau pulak. Lagi pun encikkan bos besar. Saya tak boleh larang apa yang bos buat. Nanti silap-silap kena pecat.” Selamba Suriya membalas. Dia dah tak fikir akibat dari kata-katanya itu. Yang dia tahu, dia tak suka apa yang dia lihat tadi. Betul-betul menyemakkan mata.
“Apa yang awak lihat tak sama dengan apa yang berlaku. Saya tak buat apa-apa pun dengan Emma.” Balas Iddin. Dia cuba bertegas. Tapi di telinga Suriya, langsung tak terasa ketegasan itu.
 “Huh! Cakap bolehlah. Budak lima tahun pun dapat teka apa yang dilihat tadi. Tu pun masih nak berselindung lagi? Sudahlah encik. Jangan pulak pejabat tu jadi sarang maksiat pula nanti.” Sinis kata-kata Suriya tertuju kepada Iddin.
Iddin diam. Kalau dia melawan nanti jadi cerita lain pulak. Lebih baik dia diam. Biar mereka sama-sama sejuk dahulu. Agak lama mereka begitu.
So, kenapa awak masuk bilik saya tadi?” Iddin menyoal, memecah kebisuan antara mereka.
“Hmm… Nothing.” Suriya sudah tawar hati. Dengan apa yang dia lihat tadi. Hatinya jadi goyah. Tak tahu sama ada patut dia beritahu Iddin atau tak tentang keputusannya.
“Takkan tak ada apa-apa. Saya tak percaya langsung awak masuk bilik saya hanya untuk suka-suka. Saya kenal awak yang macam mana, Anggerik.” Ujar Iddin.
“Saya yang macam mana?”
“Awak yang takkan masuk bilik saya melainkan ada perkara yang betul-betul penting. Kalau tak, saya ada ke tak ada ke sama aje bagi awak. Kan?”
“Err…” Suriya kematian kata-kata. Apa yang Iddin cakapkan tu memang betul. Suriya hanya akan masuk ke dalam bilik itu apabila dipanggil. Contohnya jika ada tugasan baru. Nak tak nak terpaksalah dia pandang encik bos ini.
So, apa dia?”
Suriya tarik nafas dalam-dalam. Sesungguhnya dia sedang berperang dengan perasaan sendiri. Nak cakap ke tak ni? lepas dia nampak drama swasta kat dalam bilik Iddin tadi. Hatinya jadi tawar. Kalaulah kata mereka jadi kahwin, takkan nanti Iddin akan buat perangai begini juga. Dia jugak yang makan hati.
“Tak ada apa-apalah.” Suriya berdalih. Dia cuba berpegang dengan kata hatinya.
No. Tell me the truth!” Ton suara Iddin sudah meninggi. Bagai mahu menunjukkan kuasanya sebagai bos. Eh, mereka bukannya berada dalam pejabat pun.
“Err… Saya, saya…” Ah, sejak bila jadi gagap ni. Suriya curi pandang wajah Iddin dari ekor mata. Iddin sabar menanti apa yang akan keluar dari mulut Suriya. “Saya setuju dengan salah satu cadangan along saya,” senafas Suriya meluahkan kata-kata itu. Kening Iddin terjongket.
“Yang mana satu?” Dalam masa yang sama, hati Iddin tak putus-putus berdoa. Harapnya Suriya tak pilih pilihan terakhir iaitu tinggal dengan keluarga mereka di Terengganu.
“Saya setuju bertunang dengan encik.”
Iddin melopong!


Rabu, 10 Julai 2013

SEWANGI CINTA ANGGERIK : BAB 24

**ASSALAMUALAIKUM & SALAM RAMADHAN 1434H.. SCA bab 24 sedikit awal menjengah blog.. maaf jika ada kekurangan dengan post ini, saya copy paste dari sebuah laman blog.. selamat membaca...

SURIYA tolak selimut yang menutupi tubuhnya. Rimas pula bila matahari dah tegak di atas kepala tapi dia masih berlingkar di atas katil. Anak dara siapalah perangai lagu ni?
Suriya tenung dinding bercat warna hijau lembut itu tajam. Bagai mahu tembus dinding itu akibat renungannya. Ketika itu kata-kata Nini kembali menerjah kepalanya. Cadangan Nini tentang solat istikharah. Dan sehari selepas itu dia ada mencari maklumat di Internet berkenaan solat sunat istikharah. Ada bermacam jawapan untuk persoalan itu. Itu semua buat dia musykil. Tak tahu dia nak percaya yang mana satu.
Suriya capai telefon dari tepi bantalnya. Sejurus skrin bercahaya, dia lihat banyak panggilan masuk yang tak terjawab di situ. Dia tekan kekunci telefon untuk mengetahui siapa yang menelefonnya tadi. 13 missed calls. Semuanya panggilan dari pejabat. Tidak lama kemudian telefon itu berbunyi, tanda ada mesej masuk. Dia buka mesej itu.

From: Kak Ani
Salam. Su, tak masuk pejabat ke hari ni?

Suriya baca sebaris soalan itu sebelum tangannya ligat menaip balasan mesej Noraini.

Tak, saya ambil EL. Akak isikan borang untuk saya.

Butang send ditekan. Dia keluar dari ruangan mesej dan masuk ke ruangan Internet. Tangannya ligat menaip di ruangan enjin carian Google. Dia tertarik dengan satu tajuk berkaitan solat istikharah. Kelebihan dan Hukum Solat Istikharah. Pantas dia tekan tajuk besar itu.

 

Islam adalah sebuah agama yang diredhai oleh Allah Taala sebagaimana Firman-Nya :
“..hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu semua agama kamu dan Aku telah cukupkan kamu semua dengan nikmat-nikmat Ku, dan Aku meredhai bagi kamu semua Islam itu sebagai agama..” (al-Maidah : 3)

Itulah Islam, sebuah agama yang cukup sempurna. Padanya perundangan yang menyeluruh, syariat rabbani, manhaj yang waqi’e, perjalanan yang wasati, percaturan keseimbangan anatara dunia dan akhirat. Islam padanya mencakupi segenap hal dan perkara kerana ianya dari Yang Maha Esa. Dalam kepelbagaian pembelajaran yang dapat diambil daripada Islam melalui Risalah Nubuwwah Rasulullah s.a.w. antaranya adalah ISTIKHARAH.

MAKSUD ISTIKHARAH

Istikharah bermaksud : memohon dan meminta yang terbaik.
Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah Taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan. Sesungguhnya Allah Taala adalah tempat kita mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah Allah Taala.

APAKAH SEMUA PERKARA PERLU ISTIKHARAH ?

Daripada Jabir bin Abdullah r.a. berkata : “Ada pun Rasulullah S.A.W. mengajarkan kami Istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana baginda mengajarkan kami satu Surah daripada al-Quran. Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda : Apabila merancang salah seorang daripada kamu dalam sesuatu perkara, maka hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat..”.(Riwayat Imam Bukhari)
Berdasarkan hadis daripada sahabat Jabir bin Abdullah diatas, maka mengertilah kita bahawa Solat Istikharah adalah umum. Namun, umumnya Solat Istikharah terkecuali daripada perkara-perkara yang wajib, sunat, haram dan makruh.

WAKTU BERISTIKHARAH

Istikharah dilakukan untuk memohon Allah taala menunjukkan kita jalan samada ingin melakukan seuatu perkara atau meninggalkannya. Namun kebiasaan daripada masyarakat kita hanya melakukan Istikharah hanya ketika terdapat pertembungan antara dua perkara samada ingin memilih “A” ataupun “B”. Sedangkan walaupun tiada pertembungan, Istikharah masih perlu dilakukan sebagaimana gesaan Rasulullah kepada para sahabat sebagaimana hadis-hadis yang dinyataka sebelum ini walaupun perkara tersebut amatlah remeh.
Masa yang paling sesuai untuk melakukan Solat Istiikharah sebagaimana pendaat ulama’ adalah ketika waktu Sahur kerana ianya adalah waktu yang paling afdhal dari sudut diterimanya sesuatu amalan dan doa kita.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Allah taala akan turun tiap-tiap hari kelangit dunia ketika mana 1/3 malam terakhir (waktu sahur), lalu Allah Taala menyeru kepada makhluk-makhlukNya : Sesiapa yang memohon doa kepadaKu maka akan Aku perkenankan doanya, sesiapa yang mengharapkan sesuatu disisiku maka akan Aku berikannya, dan sesiapa yang meminta ampun daripadaKu maka akan Aku ampunkannya”. (Riwayat Imam Muslim)

DOA SOLAT ISTIKHARAH

Sambungan daripada hadis daripada sahabat Rasulullah Jabir r.a:
“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Tarmizi)

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS DARIPADA ISTIKHARAH ?

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkaar berkata : “Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut”. Berkata Imam Izzuddin Abdul Salam : “Lakukanlah apa yang muafakat dengan dirinya (kecenderungan hatinya)”.
Imam ibn Hajar al-‘Asqalani ada menyebut : “Apa yang muktamad adalah janganlah seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang padanya didorong oleh hawa nafsu walaupun dia merasa lapang dadanya dengan melakukan perkara tersebut sebelum dia beristkharah”.
Benarlah pendapat yang dikemukakan oleh Imam ibn Hajar di atas kerana tiadalah faedah yang boleh diambil daripada Solat Istikharah andainya pilihan kita tidak dipandu oleh cahaya kebenaran dan masih melakukan maksiat kepada Allah taala.
Tidak menjadi syarat dan petunjuk kita mesti bermimpi setelah selesai beristikharah. Bahkan seboleh-bolehnya bagi kita sentiasalah berulang-ulang melakukan solat istikharah kepada Allah taala agar pilihan yang akan dilakukan dipandu dengan petunjuk-Nya dan hati serta naluri kita sentiasa merasa lapang apabila melakukan pilihan tersebut.

Lama Suriya tenung skrin telefon. Dia baca setiap bait yang tertulis di dalam artikel itu. Sesudah membaca seluruh isi artikel, Suriya termenung seketika. Kepalanya cuba mencerna setiap patah perkataan yang diterangkan di dalam artikel itu. Cuba memahami maksud disebalik ayat-ayat tersebut.
Breep… Breep
Suriya tersentak. Dia pandang telefonnya yang bergetar. Masih dalam mode silent rupanya. Dia tekan papan kekunci telefon. Beberapa saat kemudian terpapar mesej dari Noraini.

From Kak Ani;
Okey. Tapi bos cari Su.

Bos cari aku? Hati Suriya menyoal. Agak janggal di situ kerana sebelum ni dia tak pernah pun dicari oleh Iddin. Kalau cari pun sebab nak serahkan projek baru. Tapi takkanlah dia nak serah projek baru. Projek sistem rumah atas talian untuk syarikat Mewah Padu Holding tak siap pun lagi.

Kenapa bos cari saya kak?

Suriya menghantar soalan.

From Kak Ani;
Entah.

Suriya garu kepala yang tak gatal sambil berfikir lagi. Bos besar cari dia? Nak apa sebenarnya ni? Aku ada buat salah ke? Mesti dia cari aku pasal aku tak datang hari ni. Entah apalah yang dia fikir nanti. Ah, biarlah mamat tu. Yang pasti dia tak mahu memberatkan kepala fikirkan pasal bos besar itu. Lalu dia berlalu ke bilik air. Mandi dulu.

SURIYA termenung di bangku itu sambil memandang beberapa orang kanak-kanak sedang berkejaran sesama mereka. Dia terasa bahagianya jika dia boleh berada di tempat kanak-kanak itu selamanya. Tak payah pecah kepala nak fikir masalah yang mendatang macam sekarang ni. Huh. Suriya mengeluh.
Oit. Jauh termenung.” Nini menyergah Suriya.
“Hmm…” Gumam Suriya.
“Kau ni apasal? Asal jumpa aku aje mesti muka tu cemberut semacam.” Komen Nini. Tapi betul apa. Asal ajak Nini jumpa aje muka Suriya mesti macam tu. Muka orang tak sudah.
“Huh!” Suriya mengeluh lagi. “Kau lambat.”
“Amboi, sedap mulut dia pulak! Aku memanglah lambat. Aku bukan dari rumah macam kau. Aku dari pejabat.” Bidas Nini.
Sorry, aku selalu susahkan kau.” Ujar Suriya.
“Tau pun.” Selamba Nini membalas. Mereka memang begitu. Si Nini ni banyak bergurau dalam kata-katanya. “So, apa pulak masalah kau hari ni? Jangan cakap masalah yang hari tu tak selesai lagi,” awal-awal Nini memberi amaran.
“Hmm… Macam tulah lebih kurang.”
What?! Hohoho… Aku dah tak tahu nak nasihat apa lagi kat kau. Eh, kejap. Aku suruh kau buat solat istikharah kau dah buat ke belum?”
Suriya gelengkan kepala.
“Huh! Aku baliklah macam ni.” Nini angkat punggung.
“Eh, nantilah dulu.” Suriya cuba menahan.
“Selagi kau tak buat solat istikharah, selagi tu aku tak nak jumpa kau. Sebelum buat keputusan, tolonglah kau minta dengan yang kat atas sana. Aku tak boleh bagi keputusan bagi pihak kau. Segala keputusan di tangan kau. Dan ini berkaitan jodoh. Aku bukan Tuhan yang boleh tolong kau pilih jodoh untuk kau.” Tegas kata-kata Nini. Dia bengang sebenarnya. Cadangan dia langsung Suriya tak ambil peduli. Suriya hanya fikir perasaan dia aje.
“Nini!” Suriya memanggil Nini. Namun Nini terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.
“Huh!” Suriya mengeluh.
Matanya sayu memandang kelibat Nini yang sudah hilang dari pandangan mata. Nampak gayanya dia perlu buat solat istikharah. Jika difikir balik, betul jugak dengan kata-kata Nini tu. Minta petunjuk dari Allah. Bukannya dari Nini. Lambat-lambat Suriya bangun dari bangku itu apabila menyedari rembang senja mula berlabuh pergi. Dia menapak pulang ke rumah.


Ahad, 7 Julai 2013

SEWANGI CINTA ANGGERIK : BAB 23

SUDAH dua hari Iddin jadi macam orang kebingungan. Semua kerja dia buat macam orang tak ada perasaan. Pagi pergi kerja. Malam balik kerja. Semua dia lakukan dengan hati kosong. Hati kering pun ya kut.
“Din,” Mak Yam menegur Iddin. Dia lihat dua hari ni Iddin macam lain sangat di matanya. Sebab itulah dia tegur hari ni.
“Hmm…” Iddin berpaling.
“Mak Yam tanya sikit boleh tak?”
“Apa dia Mak Yam?”
“Err… Mak Yam tengok tingkah laku Din macam pelik saja dua hari ni. Nampak banyak termenung dan pendiam. Kenapa? Din ada masalah ke nak?”
Iddin tarik nafas dan dilepas perlahan. Mak Yam perasan? Nampak sangat ke aku ni ada masalah? Hatinya tertanya-tanya.
“Entahlah Mak Yam,” Iddin tak tahu nak bagi jawapan apa. Jadi dia hanya jawab, entah.
“Tak apalah kalau Iddin belum bersedia nak cerita dengan Mak Yam. Nanti kalau Iddin dah bersedia, Mak Yam ada untuk dengar segala masalah Iddin.” Jujur kata-kata itu keluar dari bibir tua itu. Dia tepuk bahu Iddin perlahan dan mahu bangun. Banyak lagi kerja yang menantinya di dapur.
“Mak Yam,” panggil Iddin tiba-tiba.
“Ya?” Mak Yam berpaling.
“Mak Yam, Din ada hal nak cakap sikit.”
“Ya? Apa dia?”
“Duduk dulu Mak Yam,” suruh Iddin. Mak Yam tarik kerusi yang dia tinggalkan tadi.
“Okey, dah duduk. Apa ceritanya?”
“Ceitanya macam ni…” Dan Iddin membuka kembali kisah antara dia, Rozairul dan Suriya. Kisah dua pertemuan itu dia ceritakan kepada Mak Yam. Tidak tertinggal walau satu cerita pun.
“Jadi Din dah setuju, begitu?”
Iddin anggukkan kepala. “Mak Yam tahu kan yang saya memang suka kat Anggerik. Tapi dia… Entahlah.” Iddin mengeluh.
“Din tak cuba berbincang dengan dia? Manalah tahu kalau-kalau dia ubah pendirian nanti.” Ujar Mak Yam.
“Bukan Din tak cuba nak jumpa dia tapi dia asyik mengelak aje dari jumpa Din. Dah banyak kali Iddin cuba slow talk dengan dia. Tapi dia selalu bagi jawapan, banyak kerja. Kadang geram jugak Din rasa.” Jawab Iddin beremosi.
“Cubalah lagi Din. Din kan lelaki. Lelaki ni banyak akalnya bab-bab nak lembutkan hati perempuan ni.” Mak Yam senyum.
“Tu mungkin lelaki lain Mak Yam. Tapi bukan Din.”
“Din, belum cuba belum tahu. Apa kata Din cuba dulu. Ajak dia makan tengah hari ke, makan malam ke. Alah, takkan itu pun Mak Yam nak ajar. Jadilah gentelmen sikit, Din.” Selamba orang tua tu berkata.
Iddin jongket kening.
“Apa Mak Yam sebut tadi?”
“Sebut apa?”
“Alah tadi Mak Yam ada sebut perkataan Inggeris. Apa tu?”
Gentelmen. Hah? Kenapa? Salah ke?” Lurus suara Mak Yam menyoal.
Iddin bantai gelak sekuat-kuatnya. Dia tak hiraukan langsung reaksi Mak Yam yang sudah berkerut-kerut memandangnya.
“La… Mak Yam tanya dia gelak pulak. Salah eh Mak Yan sebut perkataan tu?”
“Mak Yam, Mak Yam.” Iddin kesat air mata yang mengalir di tubir matanya. Sakan sangat gelak sampai keluar air mata. “Tu bukan gentelmen tapi gentlemen la Mak Yam.” Iddin sambung kembali gelaknya yang terhenti seketika tadi.
“La… Salah rupanya. Mak Yam selalu dengar orang sebut macam tu aje. Manalah Mak Yam tahu.” Kata Mak Yam. Selepas itu segaris senyuman menghiasi bibir Mak Yam. Dia senang sekali melihat Iddin sudah boleh ketawa begini. Betapa rindunya dia dengan Iddin versi ini.
“Suka Mak Yam tengok Iddin dah boleh gelak-gelak macam ni. Alhamdulillah.” Ujar Mak Yam lagi. Tercengang Iddin.
“Err…” Ketawa Iddin mati. Dia pandang Mak Yam. Tak ada ayat yang keluar dari mulutnya bagi membalas kata-kata Mak Yam. Tadi bukan main lagi dia buat muka orang tak ada perasaan. Kini, sudah boleh bergelak sakan.
“Sudahlah Din, Mak Yam nak ke dapur ni. Banyak lagi yang tak berkemas kat dapur tu.” Mak Yam baru atur dua langkah ke dapur, Iddin sudah memanggil.
“Mak Yam,”
“Ya Din. Apa lagi?”
“Terima kasih Mak Yam,”
“Sama-sama Din,”
Sayu Mak Yam pandang wajah Iddin. Di mata itu jelas sekali riak seorang anak yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Mak Yam cepat-cepat berlalu ke dapur. Lama-lama dia di situ takut terburai segala air matanya. Dia cepat sangat jatuh kasihan dengan Iddin. Sebabnya dia yang jaga anak itu sejak kecil. Sejak bayi lagi.
Sampaikan satu hari tu Iddin pernah bertanya, kenapa orang  lain ada emak tapi dia tak ada. Kelu lidah Mak Yam nak jawab soalan itu. Akhirnya dia hanya menjawab yang emak Iddin sudah pergi jauh. Pergi yang takkan kembali lagi. Selepas usia Iddin menjangkau belasan tahun, barulah soalan itu tidak lagi ditanya. Mungkin Iddin sudah mula faham sendiri situasi yang dia alami.

SURIYA menapak turun ke lobi bangunan itu. Sambil berjalan, sambil itu kepalanya di gelengkan ke kiri dan ke kanan. Mahu membetulkan balik urat tengkuk yang terasa lenguh semacam. Sudah tiga malam dia tak cukup tidur. Tak dapat nak tidur sebenarnya. Asal aje nak lelap, cadangan alongnya kembali menyerang kepala. Dah macam trauma pulak untuk dia tidur seperti biasa.
Pin… Pin… Pin…
Bunyi hon kereta mengejutkan Suriya dari khayalan pendeknya. Kakinya berhenti melangkah. Dia tak sampai pun lagi kat pondok teksi tu tapi dah ada yang menghalang langkahnya. Suriya pandang kereta itu. Cermin kereta diturunkan tiba-tiba. Tu dia. Dia mengelak dari berjumpa lelaki ini. Alih-alih terpaksa jumpa jugak.
“Masuk, saya hantarkan awak balik.” Iddin mengeluarkan arahan.
“Tapi saya balik dengan teksi.” Balas Suriya.
Nope. Awak balik dengan saya. Teksi tu takkan ambil awak malam ni.”
“Kenapa Pak Mail takkan datang ambil saya pulak?” Suriya pelik dan musykil.
“Sebab saya dah suruh dia balik.” Selamba Iddin menjawab. Berterus-terang sajalah. Buat apa pusing-pusing cerita. Nanti dia jugak yang pening.
What?!” Jelas Suriya marah.
Suriya pandang perhentian teksi dan kereta di hadapannya bersilih ganti. Perhentian teksi tu tak ada orang. Suram sekali suasana di situ.
“Cepatlah.” Gesa Iddin apabila dia lihat Suriya kaku di situ. Langsung tak berganjak dari depan keretanya.
“Hmm…” Akhirnya Suriya akur. Dia masuk ke dalam kereta itu hanya kerana bimbangkan keselamatan diri sendiri. Takut juga kalau jadi apa-apa kat dia jika menunggu di perhentian teksi itu.

“EH, kita nak ke mana ni encik?” Suriya menyoal. Matanya melingas memandang ke luar kereta. Ini bukan jalan balik ke rumahnya. Batang tubuh Suriya juga turut bergerak sama. Dipusing ke kiri dan kanan.
“Eh, boleh tak awak duduk diam-diam.” Soalan Suriya dibiar tak bersambut.
“Habis, encik nak bawa saya ke mana? Hantar saya balik sekarang!” Suara Suriya meninggi. Berani betul dia bercakap macam tu dengan Iddin. Dia lupa ke siapa Iddin tu?
Iddin diamkan diri. Malas dia nak layan Suriya. Yang penting segala masalah antara mereka selesai hari ni. Kereta membelok masuk ke kawasan parkir restoran makanan segera dan berhenti di bawah lampu besar yang ada di situ… KFC? Hati Suriya menyoal. Nak buat apa pulak kat sini?
“KFC? Nak buat apa kat sini?” Pantas Suriya menyoal.
Iddin tarik brek tangan. Enjin kereta tak dimatikan. Dia pusing tubuh menghala Suriya.
We need to talk.” Ujar Iddin.
Talk?” Suriya jongket kening.
“Pasal cadangan abang awak.”
“Huh! Jawapan saya masih sama. Saya tak setuju dengan cadangan bodoh tu!” Suriya peluk tubuh. Suriya paling tubuh ke kiri. Matanya membuang pandang keluar tingkap kereta.
“Cadangan bodoh? Awak cakap itu cadangan bodoh?” Giliran Iddin pula jongket kening.
Yes!” Kuat suara Suriya menjawab.
“Habis, kiranya saya ni bodohlah kalau terima cadangan tu?”
“Encik terima?”Ppantas tubuh Suriya menghadap Iddin kembali.
“Hmm…” Iddin ketuk stereng kereta dengan jarinya.
“Encik, cuba fikir sikit. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Encik sanggup ke selamanya bertepuk sebelah tangan?” Suriya memprovok.
“Kalau tu yang sudah tertulis untuk saya, nak buat macam mana. Redha ajelah.” Iddin buat-buat suara sedih.
“Cakap senanglah. Sekarang pandailah cakap macam tu. Nanti bila dah dapat, lain pulak jadinya.” Suriya berkias.
“Lain jadinya? Jadi macam mana?”
“Huh! Itu pun tak faham.” Dengus Suriya.
“Dah saya tak faham, saya tanyalah awak.”
Suriya diam. Ah, malas dia nak layan Iddin.
“Hmm… Apa kata kita tunang dulu.”
No!” Tinggi lagi suara Suriya naik. Iddin ni macam sengaja mahu mencolok sarang tebuan. Suriya tu dahlah tengah angin puting beliung. Boleh pulak dia keluarkan cadangan nak bertunang tu. Lagilah buat Suriya rasa macam nak cekik orang. Huh!
“Habis, semuanya no. Apa yang yes nya?” Iddin garu kening. Dia dah habis modal sebenarnya. Dah tak tahu nak kata apa lagi.
“Kahwin saya tak setuju. Bertunang lagilah saya tak setuju. Kita takkan ada hubungan. Titik. Keputusan saya muktamad.”
“Macam nilah. Awak fikir dulu. Saya tahu, emosi awak kurang stabil sekarang ni. Jadi keputusan dalam marah akan buat awak rasa menyesal kemudian hari. Ambillah banyak mana masa yang awak nak. Saya tunggu.” Mendatar kata-kata itu keluar dari mulut Iddin. “Awak nak apa-apa tak?” Iddin sudah menolak sedikit pintu keretanya.
Suriya terkesima dengan kata-kata Iddin.  Dia menggelengkan kepala perlahan. Sambil memandang batang tubuh itu berlalu. Sambil itu Suriya berfikir. Masih ada lelaki sebegini? Lelaki yang punya segala-galanya tetapi sanggup menunggu perempuan biasa seperti aku ni? Ada apa dengan aku ni?



Selasa, 2 Julai 2013

NOVEL BARU; CERITERA AKU & CINTA : PROLOG

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PETANG.... NOVEL KE-5 SEPERTI TAJUK DI ATAS MULA MENJENGAH BLOG.. CERITANYA SIMPLE AJE.. MOHON LIKE N KOMEN.. TERIMA KASIH... ^_^

SELURUH ruang dalam bilik aku pandang satu per satu. Terasa canggung berada di dalam bilik sendiri. Terasa seperti bukan bilikku lagi kerana bilik itu sudah bertukar seratus peratus. Cadar katil juga sudah berganti dengan cadar berwarna krim. Kalau boleh aku nak lari aje dari semua ni.
            Aku pandang ke satu sudut. Di situ ada susunan dulang hantaran. Satu demi satu dulang aku kira. Tahu tak, setiap kali aku masuk kat dalam bilik tu, aku pasti mengira dulang-dulang tersebut. Seperti ada yang terkurang saja setiap kali aku mengira dulang itu. Walhal, jumlahnya tetap sama. Ada sembilan semuanya.
            “Akak!” Pintu diketuk sebelum dibuka mendadak. Terpacul muka adikku, Ashman.
“Hmmm… ada apa?” bagai orang tak berperasaan aku menyoal.
“Kak Zima ada datang nak jumpa akak,”
Zima? Datang jumpa aku? Terasa ada rasa pelik di situ.
“Mana dianya?”
Ashman pusing ke belakang.
“Eh, tadi ada aje kat sini. Kejap Man cari Kak Zima.” Ashman pantas keluar dari bilik.
“Macam ni pun ada?” aku mengomel sendirian. Aku rebahkan badan di atas tilam empuk itu. Mata memandang siling sambil melayan perasaan sendiri.
“Isya.” Mendengar namaku dipanggil, aku pantas memandang ke pintu bilik.
“Hah? Apa hal beb?” Laju aku menyoal. Keadaan baringku masih sama.
Zima atau nama penuhnya, Shahzima menutup pintu bilik rapat-rapat. Dia menghampiri aku.
“Err…. Farish nak jumpa kau.”
Mendengar nama Farish, bagai petir yang sedang memanah hatiku. Aku bingkas bangun dari pembaringan.
“Aku dah haramkan kau sebut nama jantan tu!” Aku benar-benar marah! Aku tak mahu ada apa-apa kaitan dengan lelaki itu. Sekali aku putus dengan jantan tu, sepuluh kali aku takkan berpaling.
“Tapi dia nak sangat jumpa kau.” Zima merayu.
“Eh, kau kawan aku ke kau kawan dia?” Mencerlung mataku menyoal Zima. Bukan Zima tak tahu, betapa sakitnya hati aku apabila jantan tu tak endahkan aku. Aku ni dibuat seperti perempuan yang tak ada harga diri! Macam sampah!
“Kawan kau.”
“Habis tu? Kalau kawan aku, aku tak nak kau sebut nama dia lagi.”
“Tapi dia nak jumpa kau.”
“Untuk apa? Lima tahun aku beri dia peluang, tapi ada ke dia gunakan peluang tu? Ada ke? Tak ada kan? Jadi, buat apa dia nak jumpa aku jika esok status aku akan bertukar. No! jawapan aku tetap tidak!”
“Tapi….”
“Tak ada tapi-tapi. Kau nak suruh aku bercakap bahasa Tamil ke bahasa Cina ni?” Kerana tersangat geram, itu yang terkeluar dari mulutku.
Zima terdiam. Mungkin terkejut dengan sergahanku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba mententeramkan hati sendiri. Aku tak mahu kerana jantan keparat tu, aku hilang kawan sebaik Zima. Zima yang seperti mahu melangkah keluar dari bilikku, segera aku panggil. Zima berpaling.
“Zima, aku bukan marah kat kau. Tapi dah berkali-kali aku pesan. Aku memang tak mahu jumpa dia lagi. Aku tak mahu ada apa-apa kaitan dengan dia. Aku tak mahu sebab dia, kita putus kawan.” Aku rendahkan suara.
“Aku faham. Aku bukan apa, aku cuma sampaikan hasrat orang.” Kendur suara Zima.
“Tak payahlah kau nak buat baik sangat dengan dia. Aku dah letih dengan semua helah dia. Kalau betul dia nakkan aku, kenapa dia tak hantar rombongan meminang? Kenapa bila aku tanya, dia asyik diamkan saja? Aku perempuan Zima. Umur pulak makin hari makin bertambah. Takkan selamanya aku kena tunggu dia. Bila orang dah bercucu, aku baru terhegeh-hegeh nak hantar anak masuk sekolah. Macam tu? Sudahlah. Aku dah tawar hati.” Senada dan senafas kata-kata itu terluah dari ulas bibirku. Aku dah muak dengan janji-janji palsu dia. Bagaikan aku ni tak punya harga diri.
“Jadi kau dah nekad dengan majlis esok?”
“Zima, kalau kau tanya sebulan yang lepas mungkin aku masih ragu-ragu. Tapi kau tanya soalan tu hari ni dan esoknya pulak majlis akan berlangsung. Sangat tak sesuai soalan kau tu. Kalau aku ni nak merasa kepala dipenggal oleh ayah aku, cubalah suruh aku buat! Huh!”
“Tapi kau tak pernah cintakan dia.” Sanggah Zima laju.
“Cinta? Aku dah muak dengan perkataan tu, Zima. Kerana cinta, aku membazirkan masa selama lima tahun. Kerana cinta, aku tak merasa bahagia seperti orang lain. Aku dilayan seperti tunggul kayu. Ada tak ada sama sahaja.” Aku mengeluh. Sudah-sudahlah bangkitkan kisah ni. Aku dah boring! “Zima, sudah-sudahlah cakap pasal dia. Aku boring!”
“Hmm…” lemah suara Zima menyahut dan berlalu pergi dari bilik aku.
Aku pandang ke arah tingkap yang terbuka luas itu. Aku pandang ke luar. Bunyi hingar-bingar dari ruang tamu dan dapur tidak sikit pun mengganggu konsentrasiku. Aku melayan perasaan. Mengenang kembali apa yang tak mungkin akan menjadi milik aku. Sekali aku buat keputusan, aku takkan sekali-kali berpatah ke belakang. Liur yang sudah aku ludah aku takkan jilat balik!
“Kak,”
“Hmm…” Aku menggumam. Aku tahu, Ashman yang memanggilku itu.
“Ada hadiah untuk akak,”
“Letak saja kat hujung katil ni.” Suruhku. “Dari siapa Man?” Hadiah? Aku pelik tiba-tiba. Majlis aku esok tapi hari ni dah dapat hadiah.
“Kak Zima yang bagi tadi,”
“Okey,”
Zima bagi? Tapi kenapa dia bagi kat Ashman? Kenapa dia tak bagi kat aku sendiri? Aku musykil. Lantas aku menghala ke arah bungkusan yang dikatakan itu. Tanganku rakus sekali membuka hadiah itu. Hatiku tidak sabar nak tahu apa isi kat dalam tu. Buka kertas pembalut, ada kotak. Kotak itu aku buka. Di dalam kotak ada timbunan kertas kajang. Kertas yang paling atas tertulis;

UNTUK KESAYANGAN DHIYA DELISYA DURRANI DZULFIKRI

Tangan aku jatuh ke riba. Siapa lagi yang panggil aku sayang kalau bukan dia! Aku tolak kotak itu ke tepi. Hari aku benar-benar suram kerana mamat ni!

HARI yang ditunggu tiba juga. Hari di mana status aku akan bertukar. Daripada bujang kepada gelaran isteri orang. Wajahku sudah disolek elok. Aku pandang sekeliling ruang bilik pengantin itu. Semalam di mata aku, bilik ini masih biasa-biasa. Tak sesarat hari ini. Tapi sekarang aku nampak bilik ini seakan sesak! Penuh dengan hiasan yang tak sepatutnya.
“Isya,” namaku tiba-tiba diseru. Aku angkat kepala. Mataku bertembung dengan mata umiku.
“Dah boleh keluar ni, pihak lelaki dah sampai.” Maklum umiku.
Dengan mulut membisu, hanya reaksi muka aku berikan kepada umi. Aku bangun dari duduk di kerusi kecil itu dan mengekori langkah umi. Wawa, sepupuku yang akan menjadi pengapit setia mengikutku bersama kipas kecil di tangan.
“Yaya, okey ke ni?” umi tiba-tiba menyoalku.

“Okey,” aku genggam tangan umi. Aku tak mahu gusarkan hatinya. Aku sudah buat keputusan. Dan majlis inilah keputusanku!