TELEFON
di atas meja Suriya sibuk berdering. Kerja tengah banyak la wei, aku malaslah nak angkat kau! Rungut
hati kecil Suriya. Tapi sebabkan bunyi deringan yang buat dia rasa sakit
telinga, akhirnya dia angkat juga ganggang telefon.
“Helo,”
“Su,
Kak Sari ni. Su turun ke lobi sekejap boleh tak?” Suara penyambut tetamu di
kaunter lobi bernama Jamsari atau lebih mesra dipanggil Sari atau Kak Sari
menyapa cuping telinga Suriya.
“Ada
apa kak? Kerja tengah banyak ni.”
“Turunlah
sekejap. Ada barang sampai ni, atas nama Su.”
“Barang?
Barang apa pulak ni?” Kening Suriya terjongket. Hilang terus fokusnya pada PC.
Aku ada order apa-apa barang ke?
Suriya berfikir-fikir. Manalah tahu kalau-kalau dia ada buat pembelian atas
talian.
“Haah.
Ada delivery dari kedai cenderahati
ni. Cepatlah turun, dah lama budak ni tunggu. Kesian dia.” ujar Jamsari lagi.
Kedai
cenderahati? Bila pulak aku ada order
barang dari kedai cendera hati ni? Suriya keliru. Atau pun ada orang hadiahkan?
Tapi siapa? Tetiba Suriya ada peminat misteri pula hari ni.
“Akak
sign ajelah bagi pihak saya,” Suriya
dah malas nak fikir.
“Eh,
tak boleh macam tu. Budak ni cakap Su sendiri yang kena ambil barang ni. Bos
dia marah kalau bukan Su yang datang ambil.”
“Pulak?
Yalah, yalah. Su turun sekarang.” Suriya akur akhirnya. Ganggang diletak
kembali dan berlalu turun ke tingkat lobi bangunan itu.
“Eh,
eh. Nak ke mana tu? Laju semacam.” Noraini bertanya apabila melihat Suriya
kelam-kabut semacam.
“Lobi,”
“Apa
kes?”
“Kak,
saya turun dulu. Nanti saya bagi tahu kat akak ye,” Suriya terus berlalu tanpa mengiraukan muka Noraini yang penuh
dengan tanda tanya.
“KAK,
mana budak yang hantar barang tu?”
Sampai saja di kaunter penyambut tetamu, Suriya terus menyoal Jamsari.
“Tu.”
Jari Jamsari lurus menunjuk ke arah seorang remaja lelaki yang sedang duduk
santai di sofa. “Dik, mari sini. Inilah Suriya,” beritahu Jamsari pada remaja
lelaki tersebut.
“Kak,
saya Azam. Saya ditugaskan hantar hadiah ini untuk akak.” Azam menghulurkan
kotak hadiah. Bentuk kotak seperti kotak kek.
“Untuk
saya? Betul ke ni?” Manalah tahu kalau Azam ni silap orang.
“Akak
ni Suriya Anggerik kan?”
“Ya,”
teragak-agak Suriya mengiyakan.
“Ha…
Betullah tu,” Suriya ambil kotak yang dikatakan hadiah itu dari tangan Azam.
“Apa
ni?” Suriya cuba goncang kotak tersebut tapi sempat dihalang oleh Azam.
“Eh,
jangan goncang kak. Habis pecah nanti.” Jelas riak risau di wajah Azam. Siapa
tak risau beb. Rosak hadiah tu apa
dia nak jawab dengan bos di kedai?
“Habis,
apa kat dalam ni?” Suriya tak puas hati. Soalannya dibiar tak bersahut.
“Hadiah.”
Azam keluarkan fail kerjanya. “Akak sign
kat sini,” pinta Azam sambil hulur pen kepada Suriya.
Suriya
turutkan permintaan Azam. “Terima kasih, kak. Saya pergi dulu kak,”
“Azam,
hadiah ni dari siapa?” tanya Suriya.
“Akak
buka kad tu dan baca,” suruh Azam sebelum angkat kaki.
Suriya
pandang pada permukaan atas kotak hadiah. La… Ada kad rupanya.
“Apa
tu? Dari siapa?” Sibuk Jamsari menyoal Suriya. Macam Noraini jugak ni. Suka
ambil tahu hal dia.
“Entah.”
Tak sempat Suriya nak tengok isi kad itu. “Saya naik dululah kak. Terima kasih
ya,” Jamsari mengeluh hampa. Tak dapat dia nak tengok apa hadiah kat dalam
kotak tu.
Suriya
melangkah ke arah lif. Pintu lif terbuka dan dia terus masuk ke dalam perut
lif. Langsung tak pandang kiri kanan. Dalam kepalanya sekarang sibuk nak tahu
isi dalam kotak yang sedang dia pegang itu.
“Eham!
Besar kotak. Dapat hadiah ke?” Ada suara menegur Suriya. Laju kepalanya
berpusing ke belakang.
“Bad.
Hmm… Ada orang hantar tadi. Tapi rasa macam salah orang je.” Jawab Suriya. Dia tak hiraukan orang sebelah yang asyik
pandang perbualan dia dan Badrul. Mesti sedang pasang telinga sekali.
“Salah
orang? Nama Su yang dia tulis, mestilah untuk Su. Takkan untuk orang lain
pulak.”
“Tapi
peliklah. Su tak pernah pun ada admirer.
Tup-tup dapat hadiah hari ni.” Suriya luahkan apa yang dia rasa.
“Alah,
adalah tu yang nak surprisekan Su,
siapa tahu kan. Terima ajelah.” Serentak dengan itu pintu lif terbuka. Suriya
bergegas melangkah keluar dari lif. Dia sempat senyum ke arah Badrul. Tapi
lelaki segak berkot di sebelah Badrul, langsung dia tak pandang. Tak rugi
apa-apa pun kalau tak pandang!
Suriya
masuk ke ruang kerjanya. Noraini tak ada. Selamat! Suriya segera mendapatkan
mejanya. Kotak hadiah diletak di atas meja. Tangannya gatal mengusik sekeping
kad yang siap bersampul yang diselitkan di atas kotak.
“Ha!
Wah, wah. Dapat hadiah rupanya.” Sergah Noraini yang entah dari mana muncul.
Tadi tak ada. Tiba-tiba aje muncul.
“Akak
ni! Terkejut Su.” Terperanjat Suriya. Dia urut dadanya yang berdebar-debar
akibat sergahan Noraini.
Noraini
tayang sengih. Suriya pula cepat-cepat sorokkan kad di tangan di dalam laci.
Masak dia kalau Noraini dapat baca kad itu. Yang penting biar dia sorang-sorang
yang baca kad tu. Lepas dah baca, nak simpan ke nak buang ke, itu terpulang.
“Apa
yang kat dalam ni? Kek ke?” Noraini galak nak tahu apa isi dalam kotak yang
Suriya bawa masuk tadi.
“Entah,
Su tak buka lagi,”
“Habis
tu, tunggu apa lagi? Cepatlah buka.” Noraini merengek suruh dia buka kotak tu
seperti kotak itu Noraini yang punya. Ya ampun! Dah teruk akak sorang ni.
Dengan
lafaz bismillah, Suriya buka kotak tersebut. Kalau tak buka kang, ada jugak
yang tak sambung kerja sampai waktu balik. Hii… Tak kuasa Suriya nak melayan
rengekan Noraini yang lebih banyak drama dari yang betul. Penutup kotak dia
tarik ke atas. Dan terlihat di ruang mata mereka berdua isi dalam kotak
tersebut. Suriya tergamam.
“Wow! Cantiknya Su!” Teruja sekali suara
Noraini. “Hei, Su!” Noraini goncang bahu Suriya yang diam membisu. Dah macam
patung pulak.
“Ha?”
“Orang
sibuk cakap pasal hadiah ni, boeh pulak dia sibuk termenung. Apa kes ni?”
Noraini senggol lengan Suriya.
Suriya
diam. Soalan Noraini dia tak jawab. Matanya sibuk memerhatikan apa yang
terhidang di depan mata. Nak tau apa isi dalam kotak tu? Susunan coklat
berwarna-warni dan berukiran cantik membentuk sebuah taman bunga. Di
tengah-tengahnya terisi susunan huruf membentuk perkataan, I’M SORRY. Sangat
cantik! Sekali lagi Suriya terpegun. Tapi kenapa I’M SORRY? Siapa yang buat
salah dengan aku ni? Suara hati Suriya berdetik.
“Dari
siapa ni?” Noraini sibuk lagi menyoal.
“Entah
kak,” Suriya buat-buat sibuk perhatikan sekeliling kotak. Mencari sekeping kad
kononnya. Padahal kad itu sudah dia sorokkan di dalam laci. Mau kecoh satu ofis kalau kad tu jatuh
ke tangan Noraini. Yang malu nanti, dia jugak!
“Tak
ada kad pun.” Bohong Suriya.
“Tapi
kenapa I’M SO SORRY?” Soalan yang tadinya berlegar di dalam kepala Suriya
dimuntahkan oleh Noraini.
“Entah.”
Suriya jawab sambil angkat bahu.
“Su
tengah merajuk dengan seseorang ke? Bertuahnya badan. Entah-entah ada yang
tengah minat kat Su ni.” Noraini meneka.
“Eh,
tak ada maknanya kak. Malas la nak layan semua ni. Dah-dah, sambung kerja.”
Suriya menutup kembali kotak itu. Noraini pula berlalu ke mejanya.
Tanpa
mereka berdua sedari, ada sepasang mata yang ralit sekali memerhatikan tingkah
mereka berdua dari cermin kecil di pintu biliknya. Terpaksa dia pandang dari
jauh. Ikut hatinya memang meronta-ronta mahu tegur Anggerik tapi dia bimbang
akan penerimaan Anggerik nanti. Maunya dia mengamuk depan-depan semua pekerja
bawahan Iddin nanti. Saja je Iddin
dapat malu free!
Apa
dia nak buat dengan hadiah tu? Janganlah dia buang. Atau dia nak bagi kat Kak
Ani? Iddin berfikir-fikir. Dia lihat Noraini begitu sibuk mahu tahu apakah isi
dalam kotak tersebut. Seketika kemudian, dia lihat Noraini berlalu. Dan Iddin
melepas nafas lega. Nasib baik Anggerik tak bagi hadiah tu kat Noraini. Kalau
tak, saja buang duit aku! Gerutu Iddin.
SURIYA
pandang kotak di depannya tak berkelip. Tika itu semua rakan sekerja sudah
beransur pulang. Hanya dia yang tinggal di ruang kerja itu. Dia sedang mengira
detik ke pukul 6.00 petang, menanti Pak Mail datang jemput dia. Siapa yang
hantar kau kat aku? Itu soalan yang berlegar di dalam kepalanya.
Suriya
teringatkan kad yang dia sorokkan dari pandangan Noraini tengah hari tadi. Ya
ampun. Lupa terus dia. Lantas dia capai kad itu dari dalam laci. Serentak
dengan itu telefonnya berdering minta diangkat. Siapa pulak yang call petang-petang ni? Pak Mail.
“Helo,
assalamualaikum Pak Mail.” Mesra suara Suriya memberi salam.
“Wa’alaikumussalam.
Su, Pak Mail sebenarnya tak dapat nak ambil Su petang ni. Teksi ni tiba-tiba
pulak meragam.” Takut-takut kedengaran suara Pak Mail. Dia bukan apa. Dia
bimbangkan keselamatan Suriya jika terpaksa pulang sendiri.
“Oh,”
Suriya pandang jam di pergelangan tangannya. Lagi dua puluh minit sebelum pukul
6.00 petang. “Tak apalah Pak Mail. Rasanya sempat lagi saya tunggu teksi kat
bawah.” Suriya bangun dari kerusi.
“Tak
apa ke ni?”
“Tak
apa Pak Mail. Tak payah risau.” Di mulut kata begitu. Tapi di dalam hati sudah
berfikir-fikir. Kat manalah nak cekau
teksi petang-petang ni?
“Okey,
Pak Mail minta maaf Su.”
Selepas
berbalas salam, talian terputus. Kelam-kabut Suriya menyimpan kembali telefon
bimbit di dalam beg tangannya. Takut tercicir aje jika tersilap simpan. Wah!
Hari ni banyak barang yang dia kena bawa balik. Biasanya dua buah beg aje. Hari
ni ada pertambahan sebuah kotak hadiah pulak. Sampai terkial-kial masa dia nak
tekan butang lif. Nasib baiklah ada tangan yang sudi menghulurkan bantuan.
Keluar
dari perut lif, Suriya menapak ke perhentian teksi. Mak oi! Ramainya manusia!
Entah dapat ke tidak teksi ni. Gerutu Suriya. Biasanya tak seramai ini. Tapi
hari ni, macam terlebih ramai pulak. Lima belas minit sudah masa berjalan. Dan
selama lima belas minit itu juga Suriya berdiri tegak di situ. Dah naik kematu
kakinya berdiri. Bukan tak ada teksi yang lalu tapi semuanya dikebas orang.
Terasa nak menangis aje!
Pin…
Pin… Pin…
Siapa
pulak yang main hon ni? Nak jalan, jalan ajelah. Tak ada yang nak block jalan kau pun. Rungut Suriya.
Bingit bunyi hon kereta itu menyakitkan telinganya.
Pin…
Pin… Pin…
Ya
Allah, dia bunyi lagi? Ada jugak yang pecah cermin kereta kena hempap dengan laptop nanti! Suriya jadi bengang. Dah
la teksi tak dapat lagi. Dapat pulak pemandu entah datang dari mana yang sewel
semacam ni. Duk main tekan-tekan hon pula.
Telefon
di dalam beg tangan berbunyi. Ni lagi satu. Siapa pulak yang sibuk telefon time ni? Sudahlah tangan tengah pegang
kotak hadiah. Kerana malu muka dengan orang sebelah yang sorang demi sorang
jeling dia, Suriya akhirnya akur. Siapa tak pandang kalau petang-petang macam
tu terdengar lagu berhantu Pulangkan nyanyian Misha Omar. Sudahlah hari dah
merangkak menghampiri senja. Dia bawa keluar telefon bimbit dari dalam beg
dengan susah payahnya.
+6012
7900000
Naik
nombor telefon tak bernama. Nombor yang tak dikenali dan tiada dalam memori kad
sim. Siapa pulak ni? Sejak dapat hadiah tengah hari tadi, mood Suriya terus merudum. Dia jadi geram. Akhirnya Suriya tekan
butang merah. Settle masalah! Tapi
tak sampai seminit, telefon itu berdering kembali. Suriya pandang sebelah,
orang sebelah pandang dia lagi. Butang hjau dia tekan.
“Helo,”
teragak-agak Suriya menyapa.
“Awak
nak balik ke tak?”
“Siapa
ni?” Tetiba tanya aku macam tu, apa kes? Gerutu Suriya di dalam hati.
“Anggerik!”
Serentak dengan itu, ada suara yang memanggil namanya. Pantas mata Suriya
bekerja, mencari dari mana datangnya suara tersebut. Matanya berhenti pada
seseorang yang sedang melambai ke arahnya dari dalam sebuah kereta sport.
“Siapa
ni?” Suriya masih tak nak kalah. Dia mara ke depan sedikit dari kalangan orang
ramai yang sedang menunggu teksi di situ.
“I’m your boss!” Beku suara di hujung
talian. Bos?! Sungguh. Dia tak cam akan suara itu.
Pin…
Pin… Pin…
Hon
dibunyikan lagi. Suriya terkejut. Selepas pandang kiri dan kanan, Suriya
melangkah ke kereta sport itu.
Terdengar soseh-soseh cakap belakang ketika dia melintasi orang ramai di situ.
Pintu dibuka, arahan dari encik bos menyapa telinga.
“Beg
letak kat belakang,”
Suriya
akur. Nasib baik bosnya ada perasaan berperikemanusiaan. Kalau tak tadi,
sah-sah Suriya kutuk kaw-kaw punya! Sejurus punggungnya
menghenyak kusyen, kereta terus dipecut laju. Wajah orang sebelah sedikit pun
dia tak pandang!
best2.. lma tnggu hehe
BalasPadamBEST...huhu..kak noraini amboi...nasib tak nampak kad hehe..fieyza next nak tau apa yang terjadi dalam keta tu huhuhu
BalasPadamRuunna qizbal: terlupa nak letak n3 baru.. Huhu
BalasPadamKak nani; ok, kita tunggu next bab apa yg jd ye.. Hehe
Best, ni buat tak sabar nak memiliki novel SCA
BalasPadamhehehe... sabar... ^_^
BalasPadam