Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Khamis, 31 Mac 2011

KAU YANG KUSAYANG: PROLOG


Aku berjalan melewati koridor bangunan sekolahku. Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam(SMKPA) adalah salah sebuah sekolah yang berkedudukan hampir dengan bandar Kuala Terengganu. Selain sekolah ini, ada dua buah lagi sekolah harian yang terletak berhampiran dengan bandar Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Seri Budiman dan Sekolah Menengah Tengku Bariah.
            Tengahari itu, sesi pembelajaran bermula sedikit lewat kerana para guru perlu menghadiri mesyuarat bulanan. Aku yang bersekolah sesi petang dan memegang jawatan sebagai pengawas sekolah perlulah menjelajah dari satu kelas ke satu kelas agar pelajar tidak membuat bising yang akan mengganggu pelajar lain.
            Setiap pengawas yang mengawasi kelas-kelas tersebut perlulah menyediakan laporan untuk diperiksa oleh guru pengawas. Daripada laporan tersebut, pelajar yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh guru disiplin. Bagi pengawas pula, laporan tersebut dijadikan sebagai penilaian prestasi untuk dikekalkan sebagai pengawas pada tahun akan datang atau dipecat daripada menjadi pengawas.
Aku dan teman-teman pengawas biasanya memilih untuk menjaga kelas yang belakang-belakang seperti 2B3, 2B4, 2C1 dan 2C2. Ini kerana kelas belakang biasanya selalu membuat bising dan para pelajarnya selalu keluar kelas sesuka hati. Ada yang ponteng sekolah.
            Kebiasaannya aku akan berjalan bersama teman baikku, Azlira. Tetapi pada hari itu Azlira terlebih dahulu memasuki kelas 2A1 apabila dilihat tiada seorang pun pengawas di dalam kelas itu. Hanya aku yang masih terkapai-kapai tanpa kelas untuk diawasi.
            Ketika aku melintasi kelas 2A3, aku terdengar ada suara memanggil namaku. Pantas kepalaku berpaling ke arah suara tersebut.
            “Ada apa Hana?” tanyaku kepada Nurul Farhana atau lebih mesra disapa sebagai Hana. Dia merupakan teman sekampungku dan pernah satu sekolah denganku ketika sekolah rendah dahulu.
            “Kau buat lagi tak keychain kait nama tu?”
“Buat. Kenapa? Kau nak tempah ke?” tanyaku kembali
Pada waktu tersebut, aku sangat aktif berniaga keychain kait nama sepertimana Hana sebutkan tadi. Keychain kait nama tersebut adalah hasil tanganku sendiri dan dihasilkan dengan menggunakan benang kait dan plastik keras yang biasa digunakan untuk menghasilkan cover buku skrap budak sekolah. Setiap keychain kait nama yang aku jual tidak mahal harganya, antara RM 1.50 sehingga RM4.00 setiap satu. Harga ditentukan berdasarkan kepanjangan keychain dan jumlah benang yang pelanggan inginkan.
“A’ah, aku nak tempah. Kau ada kertas kosong tak?”
“Kejap,” dengan pantas aku mengeluarkan memo pad yang aku bawa tiap-tiap hari ketika di sekolah. Memo pad adalah antara barang wajib yang patut pengawas miliki.
“Nah. Kau tulis kat sini kau nak aku buat nama apa dan warna apa yang kau hendakkan. Nanti senang aku nak buatkan.” Ujarku sambil menghulurkan memo pad.
“Eh, kelas kau tak ada pengawas lagi ke?” tanyaku spontan ketika Hana sedang khusyuk menulis butir-butir yang aku perlukan. Mataku meliar memandang ke sekitar kelas.
“A’ah. Tak ada sorang pun pengawas yang masuk sejak tadi. Nah, dah siap. Bila kau boleh siapkan?” tanya Hana sambil menghulurkan kembali memo pad milikku itu.
“Aku jelah jaga kelas kau. Emm… kau nak bila? Kalau tak banyak sangat kerja sekolah aku, bolehlah aku siapkan awal.”
“Tak kiralah bila pun, asalkan siap.” Putus Hana.
“Okey,” balasku.
“Eh, kau tak nak lihat dulu ke apa yang aku tulis? Manalah tahu, nanti senang kau nak buat keychain tu.” Soal Hana kepadaku apabila melihat aku menyimpan kembali memo pad ke dalam kocek baju kurungku.
“Takpelah. Nanti-nanti boleh tengok.” Jawabku selamba.
Aku sebenarnya malas hendak melayan si Hana ni kerana dia boleh menjadi sangat mengada-ngada apabila permintaannya tidak dituruti. Itu yang aku tak suka tu.
“Alah, bukalah dulu. Nanti taklah susah kau nak buat kerja.” Hana terus-terusan mendesak aku melihat terlebih dahulu butiran yang baru dia tulis di dalam memo pad milikku itu.
Huh! Dalam terpaksa dan dengan malasnya, aku membuka memo pad, mengikut kata-kata Hana. Aku tersentak melihat kepada apa yang Hana tuliskan.
Nama - Fiza love Naim.
Warna - ikut suka kaulah.
Muka merah secara tiba-tiba. Perasaanku sangat malu dan terkejut saat itu. Aku tidak menyangka yang Hana boleh menulis begitu.
“Bacalah Fiza apa yang aku tulis tu. Kenapa dengan kau ni? Kau tak nak baca ke? Kalau kau tak nak baca, meh sini. Biar aku yang bacakan.” Dengan pantas dia merampas memo pad dari tanganku dan dengan lantangnya dia mengumumkan apa yang tertulis di atas kertas tersebut. Tanpa diduga pemilik nama Naim yang merupakan pelajar kelas tersebut melangkah masuk ke dalam kelas tersebut.
Aku pula tak tahu hendak letak di mana muka ini. Terasa tebalnya muka aku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dengan perasaan yang tidak dapat ditahan lagi, aku terus berlari keluar dari kelas itu. Aku berlari seakan orang tidak cukup tanah.
Dalam pelarianku tersebut, aku sempat berpesan kepada teman sekelasku, Sharul Faizal atau Faizal supaya mengawasi kelas 2A3 ketika aku bertembung dengannya di tangga bangunan. Faizal juga pengawas sepertiku.
Tempat yang aku tuju adalah tandas. Kepalaku seakan sudah penat untuk berfikir lagi. Di dalam tandas, aku menyoal diriku sendiri. Nampak sangat ke aku minat kat Naim tu? Ya! Aku mengaku yang aku memang sukakan dia. Tapi hanya aku dan Azlira sahaja yang tahu tentang perkara ini. Tiada orang lain lagi yang tahu tentang perkara tersebut.
Aku tidak tahu sama ada ingin menangis atau tidak waktu itu. Hatiku dan otakku tiba-tiba membeku. Cuma yang aku tahu, bermula dari hari itu, aku melancarkan perang ke atas Hana!

p/s: salam.. kpd smua yg menanti dgn pnuh sabar KSS dlm bentuk cetakan, teruskan penantian anda dan terima aksih atas penantian anda.. sementara menunggu KSS dibukukan, mari kita sama2 hayati perjalanan hidup seorang perempuan tembam/debab/gemuk bersama jejaka pilihan hatinya... teguhnya hati perempuan ini apabila dikenakan pelbagai syarat oleh emaknya apabila berkaitan dengan pilihan pasangan sehidup semati... tetapi dukacita dimaklumkan(wah! dukacita bagai la pulak.. hahahaha), sy x akan meletak n3 novel ni sekerap n3 KSS dlm blog ni sebab x siap lg, baru je permulaan...:D so, jom layan KYKS...

Jumaat, 25 Mac 2011

SALAM...

PERTAMA SAYA INGIN MEMBERI TAHU KEPADA SEMUA PEMBACA SETIA KSS, INSYA ALLAH JIKA TIADA HALANGAN, KSS AKAN KELUAR DALAM BENTUK CETAKAN. DOAKAN AGAR KSS BERJAYA KELUAR DALAM BENTUK NOVEL PENUH, SEKARANG MASIH LAGI DALAM PROSES EDITING. SAYA JUGA INGIN MEMOHON MAAF KERANA TERPAKSA MEMADAM SEPARUH ENTRY KSS. INI ADALAH ARAHAN DARIPADA PENERBIT TERSEBUT AGAR SEPARUH DARI ENTRY DALAM BLOG INI DIPADAM.

SYARIKAT MANA YANG TERPILIH UNTUK MENERBITKAN NOVEL INI BIARLAH RAHSIA DAHULU. SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT..:D