Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Ahad, 9 Ogos 2009

****** SAMBUNGAN BAB 1 *********

Dari luar rumah, kedengaran bunyi motor ayahku masuk ke dalam pagar kawasan rumahku. Tidak lama kemudian bunyi motor tersebut sudah tidak kedengaran. Enjin sudah dimatikan.
Kemudian terjengul kelibat ayahku di depan pintu utama rumahku.
“Ha bang, dah balik? Marilah makan.” Sapa emakku.
“Hmm, ajak sekali budak-budak tu.”
“Acik, Ucu. Mari makan. Ayah dah balik ni.” Laung emakku dari dapur memanggil kami dua beradik.
“Ya mak, kami datang ni.”Jawab kami serentak. Kelakarlah pulak. Yelah, mana tak kelakarnya, kami berada di tempat berlainan tapi menjawab ajakan emakku serentak. Ketawa kecil aku dibuatnya.
Aku menolong emakku menghidang makanan yang telah dimasak oleh emakku seketika tadi. Setelah selesai, kami sekeluarga makan makanan yang telah terhidang. Ketika makan, kami tidak boleh bercakap kerana itu adalah pantang bagi ayahku.
Setelah kami semua selesai makan, aku lalu membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan tadi. Emakku sempat berpesan sebentar tadi. Katanya, selepas aku membasuh pinggan mangkuk ini, ayah menantiku di ruang tamu. Seperti kata ayahku sebelum dia pergi ke surau senja tadi, ada perkara yang dia ingin beritahu kepadaku.
Usai membasu pinggan mangkuk, aku menatang dulang berisi teko air kopi dan set cawan. Ia adalah untuk memudahkan penghadaman makanan yang dimakan sebentar tadi.
Di ruang tamu, aku meletakkan dulang yang aku tatang tadi di atas meja kopi. Ayahku sudah tersedia menanti di kerusi di ruang tamu, manakala emakku sedang melipat pakaian yang di angkat dari ampaian petang tadi. Adik bongsu pula sudah menghilang di dalam bilik. Mungkin sedang mengulangkaji pelajaran. Iyalah, tahun ni nak ambil Penilaian Menengah Rendah(PMR).
“Ayah, jemput minum.” Aku mempelawa ayahku. Aku lalu duduk di hadapan emakku. Membantunya melipat pakaian.
“Ehmm, takpelah.” Balas ayahku.
“Apa perkara yang ayah nak bagitahu kat Sa? Dengarnya macam penting je..”
Ayahku tidak manjawab terus tapi dia menghirup air kopi yang telah aku sediakan sebentar tadi. Setelah meneguk seteguk air kopi, ayahku meletakkan kembali cawan ke tempat asalnya.
Hatiku sudah berdebar-debar menanti ayahku membuka mulut untuk memberitahu berita yang akan dikhabarkan kepadaku. Entah apa yang akan diberitahu. Entah perkhabaran yang buruk ataupun yang baik. Aku mula gelisah sendirian.
‘YA ALLAH ya TUHANku, harap-harap berita yang akan di sampaikan nanti adalah berita yang baik-baik.’ Doakanku di dalam hati.
“Berita yang akan ayah sampaikan ini mungkin akan mengejutkan Sa. Jadi, ayah harap Sa tidak terperanjat dan dengar baik-baik apa yang akan ayah kahabarkan ini. Sebenarnya semasa Sa berada di tempat kerja, ada satu rombongan yang datang untuk bertanyakan tentang Sa.” Terang ayahku panjang lebar.
“Tanyakan tentang Sa? Kenapa, mak, ayah?” aku bertanya seperti orang bodoh.
“Kamu tak ada kawan lelaki lagi kan? Tadi rombongan tu bertanyakan kamu. Kalau kamu tak ada kawan lelaki lagi, mak dan ayah ingat nak terima je risikan siang tadi. Tapi sebelum mak dan ayah buat keputusan, kami nak juga tanya kat kamu. Kalau mak dan ayah buat keputusan nanti takut kamu kata mak dan ayah memandai-mandai sendiri pula.” Panjang lebar emakku menyampuk.
Kiranya siang tadi ada orang datang merisik akulah. YA ALLAH ya TUHANku…. Gelap seketika dunia ini aku rasakan. Aku baru dua puluh satu tahun. Masih terlalu muda untuk menggalas tugas sebagai hak milik orang apatah lagi sebagai isteri orang.
Aku memejamkan mataku. Seperti mimpi ngeri yang baru aku alami dan aku harapkan apabila aku tersedar daripada mimpi ini, semua yang aku dengar tadi adalah hanya sekadar mimpi. Tetapi ketika aku mambuka mataku, ayah dan emakku masih berada di hadapanku. Ini bermakna aku tidak bermimpi dan apa yang kudengar tadi adalah realiti. Bukannya mimpi.
“Siapa diorang yang datang siang tadi?” aku bertanya perlahan.
“Emak dan ayah tak kenal siapa mereka. Tetapi mereka kata mereka kenal kamu dan anak mereka yang nak dijodohkan dengan kamu tu ialah satu sekolah dengan kamu.” Terang ayahku.
“Masa Sa sekolah mana? Sekolah sains ke sekolah cina?” aku bertanya, inginkan kepastian.
“Daripada kata mereka, anaknya ini adalah dari sekolah cina dan kamu juga masa tu dari sekolah cina.”
Aduh… lama tu… aku dah tak ingat yang mana satu budak sekelas denganku ketika bersekolah cina dahulu. Yalah, mana nak ingat kalau aku bersekolah sekolah cina dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Masa keputusan PMR keluar, aku mendapat tawaran untuk menyambung tingkatan empat di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu.
Alah… siapa pulak yang satu sekolah denganku… maknanya budak tu budak Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin. Siapalah yang aku tak tahu gerangannya.
“Mak, dia tu Melayu ke?” Aku memandang emakku dengan pandangan pelik. Yelah, siapa yang tak pelik bila ada budak dari sekolah lama masuk meminang. Lebih pelik lagi, aku dulu bersekolah di sekolah cina. Sekolah yang mejoriti pelajarnya dari kaum cina. Susah sangat nak jumpa budak Melayu.
“Mestilah melayu. Dah kalau bukan Melayu, bangsa apa kamu ingat?” jawab emakku.
“Takpe, kamu boleh ambil banyak masa untuk kamu fikirkan tentang rombongan siang tadi. Mereka akan datang lagi pada akhir bulan depan untuk dapatkan keputusan dari kamu.” Tambah ayahku.
“Baiklah ayah, mak. Saya masuk dalam bilik dulu.” Putusku. Aku perlukan ketenangan untuk berfikir.
“Yelah.” Balas emak dan ayahku serentak. Mereka memerhati sehingga kelibat aku hilang di sebalik pintu bilik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan