Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Ahad, 5 Jun 2011

KAU YANG KUSAYANG: BAB3

PERTEMUAN dan perbualan aku bersama Ira tengahari tadi masih jelas difikiranku. Tiba di butikku, kami sempat lagi bersembang, membuka kembali cerita-cerita ketika bersekolah dahulu. Ada manis, pahit dan suam-suam kuku. Banyak betul kenangan kami ketika bersekolah dahulu.
Namun, selepas tamat tingkatan lima, kami terpisah kerana Ira terpaksa mengikut emak dan ayahnya pulang ke kampung halaman ayah Ira, Pak Cik Rahman di Kampung Durian Guling, Marang. Malahan pula ketika itu tidak secanggih seperti sekarang. Pada zaman sekarang, budak berumur lima tahun membawa telefon bimbit ke sekolah adalah perkara biasa.
Sedangkan pada zaman aku, untuk melihat pelajar sekolah tingkatan lima membawa telefon bimbit ke sekolah adalah sangat mustahil. Jika ada pun, pelajar tersebut semestinya seorang anak orang kaya yang punya harta berkoyan-koyan sehingga tak habis dimakan. Dan kerana itu jugalah aku dan Ira terputus hubungan.
Ketika di butik, aku ada mencadangkan beberapa pasang jubah yang sesuai untuk ibu mengandung sepertinya. Aku memilih dari meterial lembut seperti cotton viscose first grade dan chiffon full lining. Selain meterial yang lembut, aku juga memilih jubah yang designnya selesa iaitu yang tidak mengikut potongan tubuh.
Daripada lima pasang jubah yang aku pilih, salah satunya menarik perhatian Ira. Sehelai jubah yang berpotongan seperti kaftan dan diperbuat daripada chiffon full lining. Jubah itu memang cantik dan amat selesa untuk ibu mengandung dan yang mempunyai bentuk badan sedikit besar. Dan juga seperti yang aku janjikan kepada Ira aku kotakan dengan memberikan diskaun istimewa kepadanya.
Sebelum berlalu pulang, kami sempat bertukar nombor telefon. Senang nanti apabila ada masa terluang, boleh kami saling berhubung. Dan sebelum berlalu juga, sempat Ira menitipkan pesan ini kepadaku.
“Kau bila nak kahwin? Janganlah kau ingat sangat kes dulu tu. Benda dah lepas, biarkan lepas. Buang masa je kau duk ingat. Ingat, kita ni makin hari main tua. Bukannya makin hari makin muda. Ha, lagi satu. Best kahwin tau. Nanti bila kau dah kahwin, mesti kau akan cakap, ‘kalaulah aku tahu kahwin tu best, dari dulu lagi aku kahwin.’ Kau peganglah kata-kata aku ni.” Amboi, mulut! Masih tak ubah dari dulu sampai sekarang.
“Eh, kau ni! Tak sampai seru lagilah.”
“Seru tu yalah. Tapi kalau kau tak mencari, mana nak sampai serunya? Lupakan saja cakap orang. Zaman sekarang kau kena pakai pepatah ni, perigi cari timba. Kalau kau tak mencari, takkan adanya lelaki tu nak jatuh depan kau tiba-tiba. Bulan takkan jatuh ke riba. Eh, okeylah. Aku kena balik ni, dah lewat sangat dah ni. Ingat apa yang aku pesan tu.”
Kami bersalaman dan berpelukan sebelum Ira berlalu keluar dari butikku.
Dan sekarang, kata-kata yang diucapkan oleh Ira siang tadi masih terdengar-dengar ditelingaku. Ada apa pada lelaki? Apa istimewanya lelaki? Tak bolehkah perempuan tidak hidup dengan lelaki? Kenapa perempuan mesti bergantung pada lelaki? Aduhai.. banyaknya soalan. Soalan yang aku sendiri tiada jawapannya.
Pintu gelangsar yang menghala ke balkoni aku tarik. Aku bersila di atas lantai di balkoni bilikku sambil kepala didongakkan ke atas. Mataku memandang langit malam yang hitam pekat disinari cahaya bulan separa penuh. Nampaknya bulan tidak sendirian, kehadiran bulan ditemani kerlipan-kerlipan bintang yang bersinar.
Aku pernah mendengar yang orang berkata, melihat bulan dan mengira bintang bersama pasangan tersayang adalah perkara yang paling romantik dan terindah dalam hidup. Sedangkan aku? Melihat bulan seorang diri ketika jam sudah menjengah ke angka satu pagi, ketika orang lain sedang enak diulit mimpi, di mana romantiknya di situ?
Akhirnya sepanjang malam aku melihat dan mengira bilangan bintang yang tak akan pernah habis seorang diri.

SENYUMAN hambar aku lemparkan kepada Miza dan Saira. Hari ini aku keluar rumah sedikit lewat. Kebiasaanya pukul 8.30 pagi aku sudah keluar rumah. Tapi hari ni, hampir pukul sembilan baru aku memandu keluar dari rumah.
Ni semua gara-gara mengira bintang. Mengira bintanglah sangat! Akhirnya aku yang lambat bangun! Huh, nasib baik bendera merah sedang elok berkibar. Kalau tak, bukan setakat subuh gajah, subuh jaws kut jadinya.
Setelah semua barang yang dibawa aku letak di tempatnya, PC di atas meja kerjaku di tekan butang on. Ketika itulah, mataku terpandangkan sekeping kertas. Aku membaca tajuk besar kertas itu.
SENARAI KAIN SULAM YANG TELAH PIHAK CIK/PUAN PESAN.
What!” jeritku perlahan.
YA ALLAH! Macam manalah aku boleh terlupa dengan stok baru ni. Ini Ira punya pasallah. Kalau tak, takdelah aku terlupa sebegini. Nak tak nak aku Kena uruskan jugak hari ni jugak sebab kebanyakkan kain sulam ni sudah ada pembeli dan bayaran sudah pelanggan jelaskan.
Waduh! Ribut! Ribut!
Dengan pantas aku mendapatkan Miza dan Saira untuk bertanyakan tentang stok yang telah sampai itu. Dua kotak besar berisi kain sulam aku buka. di tanganku ketika ini telah terisi dengan resit senarai kain sulam dan buku senarai pelanggan yang telah memesan kain-kain sulam tersebut. Aku kena  siapkan semua ini dan berkejar ke pejabat Poslaju sebelum pukul empat. Waaa.. tak makan tengaharilah aku hari ni!

“AKHIRNYA siap jugak.” Disaat jam sedang menunjukkan angka tiga petang, aku siap membungkus semua kain-kain sulam untuk dipos kepada pelanggan.
Tanpa menunggu lama, aku memberi arahan kepada Miza dan Saira supaya mengangkat kotak-kotak berisi bungkusan kain sulam yang akan aku pos ke luar butik semenatara aku pergi mengambil kereta dipetak parking belakang bangunan Paya Keladi ini. Makin lama berlengah, makin banyak masa terbuang.
Siap mengangkut kotak ke dalam kereta, aku terus memecut ke pejabat pos. Nasib baik pejabat pos dekat je dengan butik aku.

DING DONG
Bunyi loceng pada pintu butik mengejutkan aku dari lamunan panjang. Alahai, aku sekarang ni pandai betul mengelamun. Selain mengelamun, termenung dan berangan adalah antara hobi baruku.
Kepala aku toleh kepada sepasang kekasih yang melangkah masuk ke dalam butikku. Kekasih ke? Entahlah. Suami isteri kot! Depan orang ramai berpeluk sakan, tak malu ke? Kalau pun suami isteri, berpada-padalah. Balik rumah masuk bilik, buatlah apa korang nak buat. Ni tak, duk menyerabutkan mata orang lain pulak. Eh, apa yang aku duk merepek merapu-meraban ni!
Aku lihat Saira pantas merapati pasangan itu. Si lelakinya segak berkemeja biru lembut, slack hitam dan yang paling penting berkaca mata hitam. Memang handsome! Si perempuan pulak berpakaian seperti Malaysia ni adalah London, Paris atau pun New York! Dengan baju bertali halus dan skirt yang hanya menutup pangkal peha!
Wah! Kalau ikut mulut aku ni, laju je nak sound,
“Dah tak cukup kain ke nak buat tutup aurat tu? Kalau tak cukup, kat butik ni banyak je pilihan. Nak warna apa, kain jenis apa. Semua ada.”
Ha! Kan dah tak pasal-pasal aku buat dosa kering, mengutuk orang.
“Cik Sya, ada customer nak ambik baju. Ni resitnya.”
Entah bila Saira mendapatkan aku pun aku tak sedar. Tulah, suk mengutuk orang sangat. Hehehehe… resit ditangan Saira aku ambil sebelum berlalu ke arah deretan baju pelanggan yang telah siap dijahit. Aku melihat resit ditangan.
“Aunty Ida? Ni resit baju Aunty Ida ni. Tapi siapa pulak yang datang ambil?” aku tertanya-tanya sendiri.
Baju yang tergantung milik Aunty Ida aku capai sebelum memanggil nama Saira.
“Siapa yang datang nak ambil baju ni?” pantas aku bertanya kepada Saira.
“Tu, lelaki handsome dengan minah tak cukup kain tu. Dialah yang nak ambil baju tu.” Tunjuk Saira. Amboi, budak ni! Sempat lagi kutuk tu.
La mereka ke yang nak datang ambik baju ni? Aku ingatkan mereka datang nak beli baju. Pelik jugak aku. Yalah, butik aku ni hanya menjual baju untuk muslimah sahaja. Tak adalah baju seksi macam dia pakai tu.
Dari jauh aku terdengar di perempuan tu merungut kepada si lelaki.
“Kenapa you bawak I ke sini? Butik ni mana sesuai dengan I. You tengok ajelah baju yang I pakai ni, mana sama dengan baju yang dekat sini. Low standard! Baju-baju I ni semuanya beli kat overseas tau. Mana boleh lawan dengan baju-baju kat butik ni.”
Wah, wah, wah! Berlagaknya. Kau cakap baju kat buik aku ni low standard? Kau ingat baju-baju kat butik aku ni tak ada standard sangat ke? Kau ingat baju-baju overseas kau tu high standard sangatlah? Kalau setakat baju yang hanya menambahkan dosa dan menyebabkan diri sendiri terseksa di kemudian hari, baik tak payah! Perempuan ni memang betullah! Memang buat aku panas.
Entah-entah baju dia tu beli kat Indonesia, sebab tu berlagak sangat cakap beli kat overseas. Eh, Indonesia overseas apa. Seberang laut. Hahahahahaha… lawak pulak aku rasa.
Kemudian si lelaki pulak menjawab.
“Kan I dah cakap, nak datang ambik baju my mum. Yang you merungut ni apasal? I dah cakap tak payah ikut.” Ambik kau! Kena sebijik! Hahahaha.. makin best aku mentertawakan si perempuan sengal itu.
Cemberut muka si perempuan apabila kena sembur. Nak tergelak aku di situ tapi terpaksa tahan dulu. Nanti tak pasal-pasal tak jadi nak ambik baju Aunty Ida ni. Kemudian Saira merapati si lelaki.
“Encik, baju boleh ambil di sana, ya.” Ibu jari tangan Saira terarah tepat kepadaku.
Aku menghulurkan plastik berisi baju Aunty Ida kepada lelaki itu. Wajahnya memang tidak jelas dimataku sebab sepasang matanya terlindung disebalik kaca mata hitamnya. Namun, aku tetap menghulurkan senyuman mesra.
“Err.. berapa saya kena bayar?” tanya lelaki itu ketika aku sedang menilik wajahnya. Wah, termalu aku seketika.
“Soal bayaran semuanya sudah selesai. Aunty Ida dah jelaskan ketika menempah baju ini.” Jawabku mesra. Iyalah, melayan pelanggankan..
“Oh, terima kasih ya.” Ucap lelaki itu.
Lantas, dia mendapatkan perempuan yang datang bersamanya sebelum berlalu keluar dari butikku. Aku memandang Saira dan Miza. Kami berbalas pandangan untuk sesaat dua sebelum menghamburkan ketawa besar. Hahahahahahaha… drama, drama..

SUDAH lama aku tidak membuka chat roomku di Yahoo! Massenger dan malam itu, entah kenapa aku rindukan ruang sembang itu. Melihatkan yang malam itu kurang pelanggan menempah dan bertanyakan produk yang aku jual, aku mengambil kesempatan membuka Y!M. pantas tetikus ditangan kananku dihalakan pada ikon Y!M.
            Sebaik saja aku sign in, terus aku disapa oleh seseorang. Dia menggunakan nickname M_Syahrul. Aku telah lama kenal dia ni dalam ruang sembang ni. Dah lebih tiga tahun. Tapi aku tak pernah tengok muka dia ni macam mana dan dia pun tak pernah tengok wajah aku.
            M_Syazril: Salam..
                               Lama menyepi, ke mana menghilang??
Lalu aku membalas.
            Sya_Khira: Wa’alaikumussalam..
                               Ada je ni.. cuma busy sikit..
                              Awak apa khabar?
            M_Syazril: Busy? Iyalah.. siapalah kita ni..
            Amboi! macam merajuk je.. ish, ish, ish.. buruk betul lelaki ni merajuk.
            Sya_Khira: Awak merajuk ke?
                              Saya memang betul-betul busy. Sebab tu tak online.
      Lagi pun ramai betul yang pelik-pelik dalam Y!M ni..
            M_Syazril: Pelik?
                               Maknanya saya ni pelik jugaklah?
Aduhai dia ni. Apasal ke situ pulak?
Sya_Khira: Eh, tak. Saya tak cakap awak pelik or awak salah seorang yang saya
        cakap tu. Saya maksudkan orang lain..
M_Syazril: Ooo..
                    Bukan saya ek? Ingatkan saya.. hehehehehe..
Huh! Ingatkan betul-betul merajuk tadi. Eh, jangan salah tafsir pulak. Aku dan dia tak bercinta. Tapi sejak kenal, kami jadi rapat, seperti kawan baik. Walaupun tak pernah tengok wajahnya. Cuma aku sibuk sejak akhir-akhir ni dan tak berpeluang membuka laman sembang ini.
Lagi pun, jika aku online, ramai betul jembalang-jembalang yang tak aku kenal memunculkan diri. Jika sekadar untuk berkenalan sebagai kawan, aku boleh layan lagi. Tapi kalau dah bersembang benda-benda yang mengarut, yang lucah, itu sudah membuatkan aku naik angin dan malu. Mereka ingat semua perempuan tu sama ke? Aku bukan perempuan murahan atau pun pelacur yang boleh diajak bersembang tentang perkara-perkara bodoh sebegitu?
Mungkin ada yang berpendapat, alah bersembang, apalah salahnya. Bukan luak pun. Ya! Betul! Memang tak luak. Tapi itu semua jalan ke arah maksiat dan zina! Nauzubillah min zalik..
Aku mengundurkan diri disaat jam hampir ke angka satu pagi. Jika melayan M_Syazril ni memang tak akan habis. Ada saja cerita yang dia ingin beritahu kepada aku. Tetapi memandangkan yang esok aku perlu ke butik seperti biasa maka lebih baik aku mengundur diri sebelum dia makin melalut. Tambah pula, mataku sudah nak tertutup. Hanya perlu berbaring dan tidur.

p/s: salam... maaf buat anda semua trtunggu smbungan novel ni... bg yg follow sy d fb pasti tahu apa yg telah sy alami...:)


3 ulasan:

  1. syazril,lelaki dalam butik tu ke??

    BalasPadam
  2. emmm... kita sama2 nantikan siapa lelaki dalam butik n syazril... thanks for ur comment dear..:)

    BalasPadam