Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Khamis, 15 September 2011

KAU YANG KUSAYANG:BAB9

BAJU yang Jun tempah sudah siap berjahit. Cuma tunggu nak jahit manik aje. Seminggu jugak masa diperlukan untuk menjahit baju tu. Lepas tu dua minggu baju tu tersadai kat kedai sulam. Tempahan tengah bayak sekarang dan kena tunggu giliranlah. Semalam baru tuan kedai tu telefon aku cakap baju tu dah siap.
Dan sekarang, aku nak memulakan misi menjahit manik pada baju pengantin milik Jun itu. Baju aku bentangkan di atas meja.
“Wow! Cantiknya cik.” Miza yang baru perasan tentang baju itu tiba-tiba bersuara. Di tangannya sudah ada sepasang jubah yang sedang dijahit manik tempahan seorang mak datin.
“Cantik ke?” aku bertanya.
“A’ah, cantik sangat. Siapa yang tempah ni?” soal Miza kembali.
“Kawan saya.” Jawabku pendek.
“Macam baju kahwin aje. Baju kahwin ke ni cik?” amboi! banyak soal pulak budak ni.
“Hmm.. awak rasa?” aku mula bermain tarik tali.
“Saya rasa ni baju kahwin. Cik tengoklah dengan hiasan kat baju ni, dengan sulam lagi. Tu belum masuk lagi dengan manik segala. Wah, mesti meriah.” Aku tersenyum meleret mendengar jawapannya.
Tanpa menghiraukan komen Saira, aku meneruskan kerja-kerjaku. Aku perlu siapkan cepat baju ni sebab dah sebulan masa terbuang begitu saja. Aku janji dengan Jun, dalam masa dua bulan, baju ni siap. Aku takut tak terkejar aje. Jahit manik ni pulak cerewet, kalau silap buat bunga dah tak jadi. Lagi-lagi jahit manik atas baju pengantin sebegini, mesti nak nampak sempurna.
“Sya, cantiklah baju ni.” Laa, siapa pulak yang tegur aku ni. Tengah syok-syok duk jahit manik ni.
Kepala aku dongakkan untuk melihat siapakah gerangan yang menegurku tadi. Oh, Aunty Ida rupanya.
“Baju siapa ni?” tanya Aunty Ida.
“Ni baju kawan saya. Dia tempah dah sebulan dah, ni baru aje nak jahit manik.” Jawabku. Tanpa dipelawa, dia duduk di sebelahku.
“Oh, cantiklah Sya. Macam baju kahwin aje.” Komen Aunty Ida.
“A’ah. Ni memang baju kahwin. Kawan saya tempah untuk majlis kahwin dia dua bulan lagi.”
“Wah, Sya pun ambik tempahan baju kahwin ya?”
“Err.. ni pertama kali saya ambik tempahan baju kahwin. Sebenarnya mula-mula dulu saya memang tak berani nak ambik tempahan baju kahwin ni. Tapi disebabkan dia nak sangat saya jahitkan, saya terima. Awal-awal lagi saya pesan kat dia yang nak siapkan baju kahwin ni makan masa yang lama. Tambah pulak sekarang ni banyak tempahan dari pelanggan. Tapi dia sanggup so saya okey aje.” Panjang lebar aku menerangkan.
“Oh, kalau macam tu bolehlah aunty tempahkan baju kahwin anak aunty kat sini ya.”
Hah? Baju kahwin anak dia? Anak yang mana? Yang aku langgar tu ke? Eh, tak kut. Aku tak jahit baju lelaki. Aku jahit baju perempuan aje. Aku mula gelabah.
“Err.. anak aunty nak kahwin ke? Bila tu?” tanyaku meminta kepastian.
“A’ah. Anak aunty memang nak kahwin. Cuma tarikh aje belum tahu lagi.”
“Oh.” Cuma itu jawapanku. Mata memandang pada baju Jun tapi fikiran menerawang entah ke mana.
“Boleh kan?”
“Hah? Eh, mestilah boleh. Aunty kan pelanggan butik saya. Mesti boleh punya.” Jawabku hanya untuk menyedapkan hatinya.
Sedangkan dalam hatiku hanya Tuhan saja yang tahu.
“Oh ya, aunty datang ni nak tempah baju ke?” tanyaku memesongkan topik.
“Oh terlupa pulak. A’ah, aunty nak Sya jahitkan manik kat baju kurung ni.” Dia menghulurkan plastik berisi bajunya ke arahku.
Lantas aku mencapai hulurannya itu dan meletakkan baju Jun di atas meja. Aku meneliti baju itu.
“Aunty nak corak manik yang macam mana?” tanyaku sambil mataku masih pada bajunya. “Eh, lupa pulak. Aunty tengok dulu nak yang mana ya.” Menyedari kealpaan diri, aku menarik laci di bawah meja dan mengeluarkan katalog koleksi corak manik dan dihulurkan kepada Aunty Ida.
Sementara Aunty Ida melihat-lihat katalog itu, aku menyambung kembali menjahit manik pada baju Jun. Lima minit kemudian, Aunty Ida memberitahu yang dia inginkan corak seperti dalam katalog pada mukasurat dua puluh.
“Aunty nak cepat ke?” aku bertanya kerana mengenangkan yang tempahan sangat banyak masa ini. Ada sebelas pasang yang masih belum terusik. Kalau dia nak cepat rasanya aku tak boleh terima. Sekarang pun kedua orang pekerjaku tak menang tangan duk jahit manik pada baju pelanggan.
“Tak apa. Aunty tak nak pakai cepat. Lama pun tak apa sebab untuk masa terdekat ni aunty tak perlu ke majlis-majlis rasmi.” Jawapannya memberi kelegaan kepadaku. Aku mencatat tempahan Aunty Ida di atas sebuah buku yang biasa aku gunakan untuk mencatat tempahan pelanggan.
“Oh, okey. Nanti dah siap saya telefon aunty macam biasa ya.” Putusku.
Tempahan sudah selamat aku terima tetapi Aunty Ida masih lagi tidak berganjak dari sebelahku. Tanpa menghiraukannya, aku terus menjahit manik. Sekali-sekala ada juga dia bertanya padaku tentang corak-corak cantik yang aku buat. Aku melayan setiap soalannya dengan cermatnya.

HARI Jumaat tiba lagi. Hari ini adalah hari yang sibuk untuk aku sekeluarga kerana tengah hari nanti ada kenduri untuk anak buahku, anak Abang Din, Mia Syuhada. Abang Din adalah abang sulungku. Kebiasaanya aku akan menyambung menjahit memandangkan hari jumaat butikku tutup. Jadi aku boleh menjahit dengan lapangnya tanpa gangguan.
Tetapi tidak pada jumaat kali ni. Sejak dua minggu lepas, mak sudah mengingatkan aku supaya membatalkan segala temujanji untuk hari ini kerana ada kenduri kesyukuran menyambut ahli baru keluargaku. Cucu kesayanganlah katakan. Dan aku terpaksa menolak ke tepi semua tempahan menjahit manik hanya disebabkan oleh kenduri ini.
Saudara mara yang dijemput oleh emak datang sejak awal pagi lagi. Ramai betul saudara yang emak jemput. Sampai penuh rumah kalurgaku itu. Emak cakap buat kenduri kecik aje tapi yang aku tengok, macam nak sambut bakal menantu aje lagaknya. Siap berkanopi di halaman rumah. Alahai orang tuaku ni.
Aku pulak terpaksalah bangun awal, meringankan tulang menbantu yang mana patut. Nanti kalau tak bangun awal, mulalah emakku mencanang cerita yang aku ni pemalas, tak pandai masaklah dan melalut hingga ke perihal suami. Tu yang malas aku nak dengar tu. Kalau ikutkan hati, lagi best sambung tidur. Boleh aku rehatkan badan, rehatkan kepala dan rehatkan apa yang perlu direhatkan.
Siap mengenakan baju kurung kain kapas serta tudung di kepala, aku mengatur langkah menuruni tangga. Mataku terpandangkan Kak Jiha yang sedang mendukung Mia. Lantas aku mendapatkannya.
“Kak, nak dukung.” Aku meminta pada Kak Jiha sambil kedua belah tanganku dihulurkan padanya.
“Nah,” Kak Jiha menyerahkan Mia kepadaku.
Perlahan-lahan aku mendukung Mia. Tulang badannya masih lembut, jadi aku tak boleh pegang kuat dia. Tetapi dukung dia dengan kemas. Aku membawa Mia ke dapur. Saja nak tengok apa yang sedang emak dan saudara maraku sedang lakukan. Sewaktu melalui tempat memasak, aku lihat lauk pauk sudah siap dimasak. Cuma di dapur sekarang ni saudara dan jiran tetangga sedang mengacau acar timun yang di makan bersama nasi minyak nanti.
“Amboi, dah molek tu pegang baby. Bila lagi nak merasa baby sendiri? Nampak dari gaya pegang tu dah tak lama lagi, betul tak?” suara salah seorang yang berada di dapur menampar telingaku.
“Hisy, siapalah nak akak oi. Dunia dia hanya butik rumah, rumah butik!” sambut emakku.
“Adalah tu. Kita tak tahu. Tak lama lagi tu.” Usik lagi satu suara.
Ah, aku malas nak melayan. Lebih baik aku ke depan. Aku sengaja mempercepatkan langkah. Malas aku nak menadah telinga duduk lama-lama di situ. Mula-mula okey lagi mereka mengusik. Lama-lama nanti, buat sakit hati aje. Dan tak pasal-pasal aku akan menarik muka masam kepada semua orang.
Sampai di laman hadapan, aku lihat Abang Din dan abah sedang sibuk mengatur kerusi untuk kegunaan tetamu nanti. Aku yang masih mendukung Mia menghampiri buaian yang ada di situ sebelum duduk di atas buaian itu. Aku mengagah Mia. Ketawa mengekek dia. Sedang aku mengagah Mia, aku lihat Syu berlenggang menghampiriku. Aku menyerahkan Mia kepadanya. Sudah naik lenguh tanganku memangku dia.
“Kak, kalau Syu kahwin dulu dari akak macam mana?” tiba-tiba Syu menyoal.
“Amboi! Dah ada calon ke? Gatalnya!” bidasku pantas. Syu tidak dididik sepertiku. Emak mendidikku dengan pantang larang yang keras. Tetapi dengan Syu, emak punya kelonggaran. Kadang-kadang aku berfikir sendiri, tak adilnya mak dengan aku.
“Emm.. kalau Syu cakap dah ada macam mana?” duganya lagi.
“Eh, jangan gatal-gatal nak kahwin. Belajar dulu sampai habis. Lepas tu kerja. Bila dah ada duit sendiri dalam tangan, baru fikir nak kahwin ke apa ke.” Bidasku lagi.
Aku sudah dapat agak sebenarnya. Sudah lama aku perhatikan tindak-tanduk si Syu ni. Setiap masa berkepit dengan handphonenya. Langsung tak berenggang. Lagi yang membuatkan aku syak adalah kawan yang dia ingin jumpa sewaktu mengajakku mendaki Bukit Besar baru-baru ni. Batang hidung kawan yang dikatakan ingin berjumpa dengannya langsung tidak aku nampak. Sejak aku sampai sehinggalah aku ingin berlalu meninggalkan Bukit Besar.
Matahari semakin meninggi. Aku masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Syu yang sedang mendukung Mia. Aku malas untuk berlama-lama di luar.
Majlis kesyukuran berlangsung dengan meriahnya dihadiri oleh segenap lapisan jiran tetangga, sanak saudara dan sahabat handai. Majlis sudah hampir setengah jam selesai. Aku pula perlu menyiapkan tugasku iaitu membasuh pinggan dan gelas. Nasib baik tinggal sedikit sahaja lagi. Semua tugas cuci-mencuci akhirnya siap juga sambil dibantu oleh adik bongsuku, Muhaizad. Sedang aku mengelap tangan yang basah dengan tuala kering, aku terdengar namaku dipanggil.
“Fiza, Fiza.” Laung suara itu. Aku kenal suara tu. Itu suara Kak Ija, sepupuku.
“Ya, kak.” Sahutku.
“Fiza, mak awak panggil kat dalam rumah tu.” Baritahu Kak Ija.
“Okey,” jawabku pendek.
Entah apa pulak kerja yang nak ditugaskan kepadaku pula ni. Aku melajukan langkah. Nanti kalau lambat, mulalah mak membebel panjang. Bukan aku tak kenal dengan perangai mak. Aku merapati mak. Aku lihat ada seseorang perempuan sedang berdiri disebelahnya. Macam aku kenal wanita ini. Tapi siapa ye?
“Mak ada panggil Sya ke tadi?” aku bertanya pada mak.
“Ha, nilah anak perempuan saya.” Tanpa menghiraukan soalan aku, emak memperkenalkan aku pada wanita disebelahnya itu. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Adab melayu jangan dilupa.
“Eh, Sya.” Aku terkejut apabila wanita itu memanggil namaku.
“Err…” aku tak tahu nak cakap apa. Aku memandangnya pelik.
“Hey, Aunty Ida ni. Tak kenal ke?” tanyanya.
Laa… Aunty Ida ke? Lain betul dia. Sampai aku tak kenal. Tapi, macam mana pulak dia boleh ada kat sini. Seingat aku, aku tak ada jemput pun Aunty Ida.
Auntie Ida, tak kenal saya. Lain sungguh aunty bila pakai macam ni.” Luahku sambil tersenyum.
“Iya ke?” tanyanya selamba.
“Eh, dah kenal ke?” mak mencelah diantara kami. Eh, lupa pulak mak ada kat sini.
“A’ah. Akak selalu ke butik Sya ni. Tak sangka pulak dia ni anak kamu,” Aunty Ida memberitahu.
“Oh, ya ke?” emak bertanya.
“Err.. macam mana mak kenal Aunty Ida ni?” aku bertanya. Aku nak tahu jugak apa hubungan mereka.
“Suami Aunty Ida ni kawan lama abah. Mereka dah lama kenal, sejak dari abah awal-awal kerja dengan kerajaan lagi.” Terang emakku.
“Oh, macam tu.” Sahutku.
“Yah, akak dah nak balik ni. Anak-anak semua balik hari ni, jadi nak buat makan-makan sikit malam ni. Sya, kalau ada masa, bolehlah datang rumah aunty, ya.” Aunty Ida mempelawaku.
“Insya allah, aunty.” Jawabku jujur.
Sebelum berlalu, kami berbalas salam. Sebaik kelibat Aunty Ida hilang dari pandangan mata, aku berlalu naik ke bilik memandangkan semua kerja-kerja mengemas sudah selesai. Badan aku rebahkan di atas katil. Rasa macam nak patah pinggang aku ni. Kepalaku ligat berfikir.
Aik, macam mana aku tak tahu yang Aunty Ida tu kawan abah? Siap Aunty Ida ajak aku ke rumahnya lagi. Haih, tak nak aku. Nanti tak pasal-pasal terserempak dengan anak dia yang entah apa-apa tu. Kalau nak cari bala amat-amat dipersilakan ke sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan