Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 26 April 2010

Kalau Sudah Sayang : BAB 5

Sepanjang perjalanan, aku ditemani dengan kehijauan pokok-pokok yang tersedia dikiri dan kananku. Sebelum keluar dari kebun ayahku, aku perlu merentasi denai yang menjadi pemisah antara sawah padi. Sawah padi ini diusahakan oleh sebilangan kecil penduduk kampung yang masih lagi mengharapkan hasil daripada sawah padi ini. Bendang-bendang itu kelihatan baru disemai dengan anak padi baru. Damai rasanya.
Apabila berselisih dengan orang kampung, senyuman yang manis aku lemparkan. Ada juga yang menyapa dan bertanya lama tak nampak aku. Yalah seperti kata ayahku tadi, macam mana nak nampak kalau pergi kerja awal pagi dan balik pula tengah malam.
Aku nak buat macam mana. Bebanan kerja yang menjadikan aku begitu. Hanya harapkan cuti hujung minggu atau cuti umum, baru aku ada kat rumah. Susah kalau orang tak faham dengan kerjaku.
Itu baru orang kampung yang jarang-jarang dapat berjumpa aku, kalau aku ada kekasih, tak tahulah aku. Mesti susah nak jumpa. Lepas tu aku pula tak lekat dekat rumah. Yalah, macam mana nak lekat kat rumah, bila dah balik kerja lewat malam, mesti pada cuti hari minggu atau cuti umum digunakan untuk keluar dating. Sampaikan emak dan ayahku pula yang susah untuk berjumpa dengan anak sendiri.
Nasib baik aku tak ada teman lelaki. Aku sampai di rumah disambut oleh adikku yang sudah pulang dari kelas tambahannya.
“Hah acik, pergi ke kebun ke?” soal Ucu.
“Emm, macam mana? Dah sedia nak exam?” tanyaku.
“Entahlah, cik. Tak tahu nak kata. Mungkin dah sedia. Tapi bila belek balik buku, rasa tak lengkap lagi. Kadang-kadang rasa dah sedia, kadang-kadang pula rasa tak sedia lagi.”
“Jangan macam tu. Tinggal Ucu seorang lagi harapan mak ayah. Adik-beradik lain semua dah lepas. Along dah jadi cikgu, angah pula sebagai pengaturcara sistem komputer. Jangan jadi macam acik ni. Tak pernah pun rasa jejak tangga universiti. Kerja pun setakat penjaga kaunter bank,” luahku perlahan.
Bukan nak mengungkit balik dengan apa yang telah ayahku lakukan. Tetapi sesekali aku didatangi perasaan kesal. Kesal kerana dulu semasa ayahku mengeluarkan arahan supaya tidak ke UiTM, aku tidak berkeras menegakkan kehendakku. Jika tidak sekarang ini aku tidak perlu susah untuk bekerja pada usia yang muda.
Ucu yang mendengar luahan kakaknya pula terasa bersalah kerana menyebabkan aciknya membuka balik cerita yang berlaku lebih tiga tahun lalu. Masa itu walaupun ucu baru darjah enam tetapi dia masih ingat bagaimana ayahnya menolak kehendak acik untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Dia berharap nasibnya tidak seperti kakaknya. ‘Nasib baik ayah sudah ke masjid. Kalau dia dengar, tak tahulah.’ Kata hati ucu.
Bagiku pula, tiga tahun tu seperti baru semalam sahaja berlaku. Masih terngiang-ngiang kata-kata yang ayahku ucapkan. Bukan aku berdendam. Tapi, entahlah…. Disebabkan peristiwa itulah aku dan ayahku tidak bertegur sapa. Siapa tak marah kalau hasrat untuk menyambung pelajaran ditolak mentah-mentah tanpa sebab yang tak masuk dek akal.
Aku juga melancarkan perang terhadap keluarga bapa saudaraku. Dia juga adik kepada ayahku. Disebabkan anak dialah aku yang jadi mangsa. Baru ni aku berbaik dengan ayahku. Itu pun selepas didesak oleh emakku. Ah.. malas aku nak fikir. Nanti aku jadi sakit hati pula. Tapi sampai sekarang aku masih melsncarkan perang terhadap keluarga pak langku itu.
Lantas, aku bangun untuk menunaikan solat zuhur. Ucu entah sudah hilang ke mana. Biarlah dia tu.

Ariff Zulkarnain masih berasa tidak puas hati dengan tindakan yang telah dilakukan oleh ibu dan abahnya. Lusa dia perlu ke laut pula. Masalah ni masih tak ada lagi jalan penyelesaian. Bila difikir-fikir kembali hanya dia seorang sahaja jodoh ditentukan oleh orang tua.
Abang Hafiznya telah memilih sendiri jodohnya. Isterinya sekarang ini ialah seorang guru. Manakala abang Amarnya juga mencari sendiri wanita pilihannya. Kak Mas bekerja sebagai peguam syariah di sebuah firma guaman yang terkemuka. Ibu dan abah hanya bersetuju dengan pilihan hati mereka.
Cuma aku, jodoh ditentukan orang tua. Mentang-mentang aku anak bongsu lelaki, takkan mereka nak buat begitu. Rungut Ariff Zulkarnain. Dibawahnya ada dua orang adik, dua-duanya perempuan. Syira dan Farah.
Menurut kata ibu Ariff Zulkarnain, mereka akan ke rumah perempuan yang nak dijodohkan dengannya minggu depan untuk bertanyakan tentang keputusan dipihak sebelah sana. Ketika itu dia sudah tiada di darat. Dia sudah mula bertugas.
Ingatkan balik bercuti kali ni boleh la rehat-rehatkan fikiran. Tapi menambahkan beban adalah. Begitu memenatkan otakku untuk berfikir.
Mesej yang dihantar oleh Hani tidak dihiraukan langsung. Mungkin Hani marahkannya. Terasa malas pula nuntuk berhubung dengan Hani. Bimbang terkeluar segala masalahku.
Cuti kali ni juga Ariff Zulkarnain lansung tidak bertemu dengan Hani. Padahal sudah berkali-kali Hani mengajaknya keluar. Alasan yang selalu diberika ialah “malas nak keluar,” ataupun “ada masalah keluarga,”.
Sedang dia mengelamun, telefon bimbitnya Nokia N96 berbunyi, minta diangkat. Ariff Zulkarnain mengambil malas telefon itu. Dipandang sekilas. Nama Hani tertera. Mahu tak mahu, terpaksa juga diangkat.
“Helo, Hani. Nak apa telefon I ni?”
“Hai, dah tak boleh nak telefon boyfriend sendiri ke?” perli Hani.
“Takdelah. Kenapa U telefon I ni?”
“Malam ni U free tak? Kita keluar, jom..”
“I rasa tak ada moodlah nak keluar. U keluar dengan kawan-kawan U jelah malam ni.” Ariff Zulkarnain menolak ajakkan Hani.
“Apsal dengan U ni? Lusa U dah kena ke laut balik, sekali pun Utakde keluar dengan I. Tak bestlah keluar dengan kawan-kawan kalau U takde. Ala… marilah kita keluar.. bukan selalu pun. Harap U dapat cuti macam ni je.” Rengek Hani.
Ariff Zulkarnain terdiam, mungkin memikirkan ajakkan Hani tadi.
“Ala U ni, diam pulak. Tak payah fikir-fikirlah.” Tambah Hani.
“Tak boleh la.. I memang takde mood malam ni. U kena faham.”
“Asyik-asyik I yang kena faham dengan perasaan U. U pulak, tak fikir pun perasaan I. kalau tak nak keluar sudah!”
Ariff Zulkarnain terdengar Hani menghempas telefon.
‘Ah.. lantak kaulah, malas aku nak layan. Keluar dengan kau pun makin menghabiskan duit aku je. Menghabiskan beras aje!’ Balas Ariff Zulkarnain dalam hati.

Hani melemparkan telefon ke atas katil. Nasib baik atas kayil. Kalau atas lantai, maunya hancur telefon tu. Panas hatinya bila mendengar jawapan daripada kekasihnya, Ariff Zulkarnain. Ajakkannya untuk keluar malam ni ditolak mentah.
Huh… benci, benci… entah apa masalah entah. Asal ajak keluar je, macam-macam alasan yang diberi. Mungkin dia dah ada perempuan lain kot. Terdetik hati Hani, jika Ariff Zulkarnain telah ada penggantinya.
Ish… tak mungkin.. selama ni dia dengan aku je. Mana ada masa dia nak ada perempuan lain. Diakan tentera laut. Bukan selalu ada di darat. Kata hatinya menafikan apa yang difikirkannya sebelum ini.
Tiba-tiba, lagu Dibius Cinta dendangan Yusry KRU dan Melly Goeslow berkumandang. Hani mencapai telefonnya. Tertera nama Syima. Lalu dijawabnya.
“Helo, Syima..”
“Hei, apasal suara kau macam tu. Pelik je aku dengar. Jadi tak keluar malam ni? Ariff ikut tak?”
“Pasal tu lah yang aku naik angin sangat ni. Ada ke dia kata takde mood. Padahal dia tu bukannya tengah kerja sekarang ni. Geram sungguh aku.”
“Hei, hei. Kau jangan nak lepas geram kat aku pulak. Aku cuma tanya, kau jadi tak keluar malam ni.”
“Jadi tu memang jadi. Nanti aku sorang-sorang jelah. Kau orang semua ada pasangan. Tapi aku terkapai-kapai. Bosanlah. Kalau Ariff ikut, tak lah aku mati kutu.”
“Alah, orang cantik macam kau ni. Petik jari, sepuluh yang datang. Apa yang kau nak risaukan. Kalau Ariff tak boleh keluar, Zahar kan ada. Tak payah kau pening-peningkan kepala. Aku jamin, kau tak akan keseorangan..”
“Kau ni, Zahar tak samalah dengan Ariff. “
“Memanglah tak sama. Kalau Ariff tu, berkepuk duit dalam poket. Sudah, sudahlah tu. Malam ni kita jumpa kat tempat biasa, jangan tak jadi pulak.”
“Yelah, yelah.” Hani meletakkan kembali telefon di atas katil. Badan direbahkan di atas katil sambil mata merenung siling biliknya.

Pagi itu aku ke tempat kerja seperti biasa. Pertengahan bulan seperti sekarang tidak memerlukan aku stay back di pejabat. Pelanggan juga tidak ramai. Sama ada hendak melunaskan bil atau menguruskan hal-hal keluar masuk duit. Ini juga meringankan kerjaku.
Kelmarin, aku sudah memaklumkan kepada kedua orang tuaku tentang keputusanku mengenai rombongan merisik yang telah datang pada bulan lalu.
“Mak, ayah. Sarah ada perkara yang nak cakapkan.” aku memulakan kata-kata ketika kami sekeluarga selesai makan malam.
Hanya aku, emak dan ayah yang berada disitu. Adikku sudah hilang entah ke mana. Mungkin sedang mengulangkaji pelajaran.
Emak dan ayahku mengangkat muka memandangku. Mereka berdua tekun menunggu kata-kata yang akan lahir dari bibirku. Aku memejamkan mataku seketika. Mencari kekuatan. Setelah seketika, aku membuka kembali mataku.
“Mak, ayah. Sarah dah buat keputusan tentang rombongan merisik tu,”
Mereka menganggukkan kepala serentak. Sedikit pun tidak menyampuk bila aku berkata-kata.
“Setelah melakukan solat istikharah, Sarah menemui keputusan tentang persoalan ini. Dan Sarah mengambil keputusan untuk menerima risikan daripada mereka.” Tambahku.
Tersenyum mereka berdua dengan keputusanku.
“Betul ke keputusan yang Sarah buat ni? Takdelah, mak takut Sa membuat keputusan menerima risikan itu dalam keadaan terpaksa.” Sampuk emakku.
Aku hanya menganggukkan kepala. Tanpa bercakap panjang, aku lantas meminta diri. Aku mengurungkan diri di dalam bilik selepas keputusan di buat. Aku tidak menghiraukan apa yang mereka bincangkan selepas itu.
Entahlah, aku rasa aku perlu bersendirian sekarang ini. Bukan menyesal dengan keputusan yang kubuat. Tetapi aku seperti perlu mengumpul kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Tepat pukul 5.30 petang, aku bertolak balik. Sesampai di rumah, aku dikejutkan dengan kehadiran along sekeluarga dan angah bersama isterinya. Nak kata hari ni hari minggu, memang bukan sebab aku bekerja. Nak kata perhimpunan keluarga, bukan. Sebabnya hanya hari minggu sahaja rumah orang tuaku penuh bila semua ahli keluarga berkumpul.
Rungsing aku memikirkan sebab mereka semua berkumpul.
“Haa acik, dah balik? Pergi masuk bilik, siap-siap.” Arah emakku
Aku tidak menghiraukan arahan emak. Aku meluru mengambil anak saudaraku, Syafikah Zalifa dari riba Kak Anisa, kakak iparku. Syafikah Zalifa adalah anak bongsu alongku. Dia baru berusia satu tahun setengah. Teletahnya sungguh menghiburkan.
“Dah lah, acik. Pergilah bersiap. Nanti mak bising pula.” Arah Kak Anisa sebelum mengambil Syafikah Zalifa dari dukunganku.
“Nak bersiap buat apa?” aku menyoal kerana tak tahu apa-apa.
“Alah, pergi jelah bersiap. Nanti acik tahulah nak buat apa.” Jawab Kak Anisa, mahu berahsia.
“Acik nak tahulah juga, nak bersiap untuk apa? Takkan nak pakai lawa-lawa dalam rumah sendiri.” Desakku.
Kak Anisa tidak menjawab. Dia hanya membuat aksi seperti mengunci mulutnya.
“Alah kak ni!” bentakku.
Aku melangkah memasuki bilik. Malas nak melayan kerenah kakak iparku yang seorang itu. Ketika di muka pintu bilik, aku bertembung dengan Ucu.
“Ucu, apsal orang ramai sangat kat rumah kita ni? Along dengan angah pun ada sama. Ada apa sebenarnya?” aku mengajukan soalan kepada Ucu pula.
Ucu tidak menjawab soalan yang aku ajukan. Dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa-apa sebelum berlalu.
Hish, apa semua orang ni? Semua berkompromi sama. Kelihatan di dinding bilikku, tergantung sepasang baju kurung rona putih. Eh, baju siapa pulak ni. Aku meluru keluar dari bilikku. Aku mendapatkan emakku sambil membawa sekali baju itu.
“Mak, baju siapa ni?”
“Baju tu baju kamulah. Malam ni kamu pakai baju tu. Siap cantik-cantik ye,”
“Bila Sa tempah baju baru?”
“Eh, tak payahlah kamu bimbang. Kamu cuma perlu pakai dan siap cantik-cantik.” Emakku menjawab sebelum berlalu.
Seisi rumah sungguh sibuk. Seperti akan ada kenduri saja lagaknya. Aku berlalu ke dalam bilik semula. Termanggu aku di depan meja solek.
Selesai solat maghrib pada malam itu, aku mula bersiap seperti arahan emakku. Aku menyarung baju kurung itu ke tubuh. Aku hanya mengenakan solekan yang nipis sahaja. Tudung yang warnanya senada dengan baju kurung turut disertakan sekali. Nampaknya aku juga perlu memakai tudung sekali.
Setelah siap bersiap, Kak Anisa masuk menemuiku.
“Ha.. cantik pun adik akak.” Puji Kak Anisa.
“Takdelah kak, biasa-biasa saja. Kenapa acik kena bersiap cantik-cantik macam ni?”
Kak Anisa hanya menggelengkan kepala. Aku tidak tahu isyarat itu menandakan dia tidak tahu atau dia enggan memberitahu kepadaku sebab aku perlu berpakaian sedemikian. Kak Anisa menemankanku di dalam bilik. Turut serta Kak Niza, isteri angah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan