**Assalamualaikum & salam sejahtera.. KYKS SE part 2 dah datang.. selamat membaca & kalau rajin sila komen ye.. jangan terkejut dengan akhir part ni ye.. ini bukan part last, ada lagi sambungan nanti, insya-Allah...:))
“FIZA,
Fiza.”
Panggilan
namaku itu telah mengejutkan aku dari lena. Aku celikkan mata. Tak tersedar
entah bila aku boleh tertidur kat rumah emak ni.
“Fiza.”
“Ya,
mak.” Aku menyahut dengan rasa terpinga-pinga yang masih belum surut.
“Kamu
tidur ke? Dah solat ke belum?” emak menyoal di sebalik pintu.
“Hmm…
belum.” Teragak-agak aku menjawab.
“Bangun,
mandi dan solat. Lepas tu turun makan, mak ada masak makan tengah hari ni.”
Laung emak lagi.
Solat?
Aku bawa keluar telefon bimbit dari poket seluar. Aku pandang skrin telefon. 3.30
petang. Ya Allah. Lamanya aku tertidur. Aku meraup muka. Masih berbekas kesan
air mata di tepi mata. Entah bila aku menangis pun aku tak sedar.
Lambat-lambat
aku bangun. Rambut yang kusut aku lurutkan dengan tangan. Mata memandang ke
depan. Tingkap aku biarkan terbuka agar angin dapat masuk ke dalam bilik. Langsir
yang terbuai-buai apabila ditiup angin aku pandang bagai orang tak berperasaan.
Memang aku tengah tak berperasaan pun.
Aku
menepuk pipi. Ah! Wake up Fiza! Wake up! Tanpa dia pun kau boleh hidup.
Dulu 14 tahun kau terpisah dengan dia, elok aje jadi manusia. Dapat juga
belajar sampai masuk U. Kata hatiku kuat di dalam.
Aku
ambil tuala dari dalam almari dan berlalu ke bilik air. Tanggungjawab kepada
Yang Maha Esa itu penting dan wajib. Usai segala-galanya, aku turun mendapatkan
emak di bawah. Rasanya aku nak terus balik ke rumah. Nia mungkin aku tinggalkan
di rumah mama seketika malam ni. Mungkin inilah waktunya untuk aku dan Aril
duduk berbincang. Yang pasti, aku tak mahu libatkan Nia. Anak itu terlalu kecil
untuk melihat pertelingkahan antara aku dan Aril.
“Mak,”
aku panggil emak yang sedang menonton TV.
“Hah,
dah makan ke belum?”
“Tak
kut. Nak balik dah ni,” aku hulur tangan, nak bersalam.
“Nak
balik?” emak menyoal sambil lepas tanganku.
“Haah,”
Aku
berlalu ke kereta sambil diekori oleh emak. Enjin kereta aku hidupkan.
“Kalau
mak tanya sikit boleh kan?” Emak tiba-tiba menyoal.
“Apa
dia mak?”
“Kamu
ada masalah ke?”
Dan
nampaknya hati tua seorang ibu dapat merasai kesedihan yang sedang melanda hati
anaknya ini. Walau aku tak pernah rapat dengan emak tapi naluri seorang ibu itu
sangat kuat. Fiza, tolong jangan menangis. Lagi-lagi di depan emak. Nanti hati
tua itu makin susah. Tak pasal-pasal emak tambah risau.
“Masalah
kecil je,” aku berkata sekadar menyedapkan hati emak.
Salam
aku berikan kepada emak sebelum kereta berundur keluar dari pagar rumah emak. Sambil
memandu, sambil kepalaku berfikir. Merangka-rangka tentang perancangan
seterusnya.
Dengan
menggunakan alat bebas tangan, aku menghubungi mama.
“Assalamualaikum,
mama.” Aku memberi salam sejurus panggilan bersambut.
“Wa’alaikumussalam,
Sya.”
“Nia
tengah buat apa, ma?” walau baru ditinggalkan seketika, aku sudah rindukan
puteriku nan satu itu.
“Ada
ni. Baru aje tidur. Tadi dia main-main dengan Tuk Panya, lepas tu terus
tertidur.” Ceria sekali mama bercerita. Dan aku senyum dengan cerita mama.
“Ma,
Sya ambil lambat sikit Nia tak apa ke ma?” ragu-ragu aku bertanya.
“Boleh,
apa tak bolehnya. Lagi pun papa nak bawa dia jalan-jalan petang nanti.” Balas
mama.
Aku
menghela nafas lega. Nasib baik ada mama dan papa, tidaklah Nia kesunyian.
“Sya,
kalau mama tanya, Sya jangan marah ya,”
“Tak
adalah. Apa dia ma?”
“Mama
nampak kau orang berdua dah lain. Dah tak macam dulu-dulu. Sya dengan Aril ada
masalah ke?” Mama menyoal. Mama dapat kesan perubahan dalam perhubungan aku dan
Aril. Nampak ketara sangat ke?
“Err….
Masalah kecil saja ma.” Hanya itu jawapan yang boleh aku berikan.
“Masalah
kecil ke besar ke, seeloknya bawalah berbincang. Sebelum masalah kecil ni
melarat jadi bertambah besar.” Mama menitipkan nasihat.
“Ya,
ma. Terima kasih.”
Sesudah
itu, talian antara kami terputus. Rasanya inilah peluang yang ada untuk aku dan
Aril duduk berbincang. Dan yang paling penting, tanpa Nia bersama kami. Sampai
di rumah, aku terus ke bilik. Pertama sekali solat asar dahulu kerana semasa
dalam perjalanan tadi sudah kedengaran azan asar. Lepas tu aku kemas bilik.
Acik Na masih lagi bekerja di rumah itu sebagai pembantu rumah, macam dulu-dulu
juga. Cuma sekarang ni Acik Na bercuti selama sebulan kerana menunaikan umrah. Jadi,
segala-galanya aku lakukan sendiri tanpa orang gaji.
Selesai
menukar cadar katil, aku ambil baju di dalam bakul baju kotor dan bawa turun ke
bawah. Sehelai demi sehelai baju aku letak di dalam messin basuh. Tiba giliran
baju Aril, aku memang berhati-hati. Sebabnya baju Aril biasa ada sesuatu yang
tertinggal di dalam poket. Kadang tu ada pen, kertas dan sebagainya.
Aku
capai baju kemeja rona biru muda itu. Bau yang aku cium semalam masih melekat
di baju itu. Bau minyak wangi perempuan. Sedang aku membelek-belek baju
tersebut, aku terjumpa sesuatu. Sesuatu berwarna merah. Atau pun mungkin warna
merah jambu. Aku amati kesan itu. Sepertinya kesan gincu bibir perempuan. Aku
amati lagi. Dan tersangat pasti itu memang kesan gincu.
“Allahuakbar!”
Aku mengurut dada. Dugaan apakah ini ya Allah! Aku bersandar pada dinding
bersebelahan dengan mesin basuh sambil memegang baju Aril.
Dengan
hati yang penuh rasa marah, geram, kecewa dan sakit hati saling bercampur baur,
aku teruskan tugas mencuci baju-baju itu semua. Tapi, baju Aril yang kat tangan
tu aku tak cuci sama. Ni bahan bukti, tak boleh basuh sesuka hati.
“Ya
Allah, kau kuatkanlah hati hambaMu ini.” Bibirku menyebut.
Sementara
pakaian dicuci oleh mesin, aku ke dapur. Mahu menyediakan juadah untuk aku dan
Aril. Harapnya dia balik awal hari ni. Aku hanya berharap di dalam hati. Untuk
aku menelefon dan menyuruh dia balik awal, rasanya tak mungkin. Aku tak mahu
dia lakukan kerana terpaksa. Biarlah dia lakukan kerana rasa tanggungjawab dan
bukannya kerana aku yang suruh atau paksa.
Menu
apa nak masak hari ni ya? Pintu peti sejuk aku tarik. Walau hati tengah walang,
aku perlu memasak. Orang tua-tua cakap, nak pikat sumai kenalah pikat perutnya
kan? Dan aku sedang amalkan petua itu. Hmm… ada ikan, ayam, udang dan sotong. Sayur
pulak, ada kacang panjang, ada kobis. Eh, eh, ada daun kesum dan bunga kantan.
Wah! Asam pedas sudah terbayang di dalam kepalaku.
Aku
bawa keluar semua yang dirasakan perlu dan letak bersebelahan dengan singki.
Jom kita memasak!
“SIAP!”
Dan
azan maghrib berkumandang di luar sana. Dah masuk waktu maghrib. Mandi dan
solat dulu, lepas tu baru hidang semua ni. Aku berkata di dalam hati. Lalu aku
berlalu ke bilik.
“Assalamualaikum
warahmatullah,” aku memberi salam kepada malaikat di kanan dan kiriku usai
bersolat.
Panjang
doa aku titipkan untuk sang pencipta. Terlebih dahulu untuk kesejahteraan rumah
tanggaku. Aku sayangkan rumah tangga ini. Aku tak mahu ianya berakhir dengan
penceraian kerana bukan senang untuk aku dan Aril sampai ke tahap ini. Sesungguhnya
kepada Dia aku bermohon dan berserah. Kemudian dititipkan juga doa untuk arwah
abah, semoga tenang di sana. Tidak dilupakan untuk emak, mama, papa dan semua
kaum kerabatku serta seluruh umat Islam. Lama aku meraup muka sejurus doa habis
dibacakan.
Aku
merenung ke depan. Fikiranku terasa kosong. Aku cuba untuk berfikir yang
baik-baik saja kerana aku tak mahukan sebuah ikatan yang berakhir dengan
penceraian. Aku tak mahu lalui masa-masa suram itu. Walaupun orang cakap, panas
tak selalunya hingga ke petang. Tapi sementara ada peluang, baik aku cuba selamatkan
apa yang sudah ada di dalam genggaman kan? Takkan nak biarkan ia terburai
begitu saja.
Telekung
ditanggalkan dari tubuh dan aku lipat. Selesai menyangkut kembali telekung dan
sejadah di tempatnya, kakiku ringan melangkah ke arah almari. Pintu almari yang
kedua paling hujung aku tarik. Baju-baju yang bergantungan aku belek satu per satu.
Aku tak tahu nak pakai baju yang mana satu.
Tiba-tiba
tanganku terhenti pada satu penyangkut baju. Lalu, baju itu aku bawa keluar
dari almari. Sambil berdiri di depan cermin, aku adukan baju pada badan.
“Err….
Tak nampak seksi sangat ke?” Aku bercakap pada diri sendiri.
Baju
berpotongan dres malam rona biru diraja itu punya bukaan yang luas di dada, tak
berlengan dan berbelah di kiri dan kanan. Sebab tu aku berasa tak selesa. Tapi
untuk suami sendiri, tak salah kan? Spontan itu yang terlintas di kepalaku. Senyuman
nakal tersungging di bibir.
Dan
tanpa menunggu lama, aku menyarung baju itu ke badan. Padan. Tak besar sangat,
tak kecil sangat. Sedang-sedang elok. Aku pusing ke kiri dan kanan di hadapan
cermin. Lawa jugak aku ni. Sudah terkeluar aura perasan di situ. Hahaha…
Tapi
baju dah cantik, takkan berbaju cantik saja. Lalu, aku ke meja solek. Bedak
asas disapu ke kulit wajah. Kemudian diikuti bedak tabur, pembayang mata,
penggaris mata, penggaris kening, maskara, pemerah pipi dan gincu. Akhir sekali
aku sudahkan dengan melayangkan berus besar ke suruh wajah agar solekan tampak
sekata. Kurang dari dua puluh minit, dah siap!
Aku
tenung lagi cermin. Bagai tak percaya aku yang sedang duduk di hadapan cermin
tika itu. Aku senyum sambil mencari kekuatan. Rambut yang sedia panjang aku
ikat tinggi. Biarkan ia beralun seperti ekor kuda. Haih, aku tak pandai nak memblonde kan rambut. Cukup sekadar begitu.
Sekurang-kurangnya nampak lain dari kebiasaannya.
Setelah
berpuas hati, aku berlalu ke dapur. Makan malam tak hidang lagi. Tanganku
tangkas bekerja. Satu demi satu lauk aku hidang di atas meja makan. Siap
segalanya, aku berdiri di sebelah meja makan. Aku pandang ke arah jam di
dinding.
“Sudah
pukul 8.00 malam tapi kenapa dia tak balik lagi?” Aku menyoal diri sendiri. Teras
gelisah pula. Ni la padahnya bila nak buat surprise,
alih-alih, Aril balik lambat lagi. Dan siapa yang kecewa? Aku jugak!
Tiba-tiba,
pintu utama dibuka dari luar. Aku pantas memandang ke arah pintu. Err… dia
balik? Tapi kenapa tak dengar bunyi kereta? Mata kami beradu. Lidahku kelu. Wajah
terasa kebas. Err…. Nak kata apa ni? Aku rasa aku ni dah macam kali pertama
bertembung pandang dengan Aril pulak. Terasa segan sangat-sangat. Lagi buat aku
segan, baju yang menyarung tubuh tika ini. Boleh tak aku lari masuk bilik
sekarang?? Terasa nak menyorok kat dalam bilik air je ni.
“Hmm….
Ada apa-apa yang istimewa ke hari ni?” Mulut Aril menyoal sambil merapati meja
makan. Aku pandang dia. Lagak dia biasa saja. Tak ada langsung rasa teruja.
Teruja dengan masakan aku. Paling kurang pun, terujalah dengan aku yang sedang
melaram dah macam nak berlakon opera cina ni.
“Err…
Tak ada kot,” tergagap-gagap aku menjawab. Serius aku tengah gugup.
“So?” Aril pandang aku sambil jongket kening.
Aku
berdiri di tepi meja makan dah macam patung cendana. Serius, aku tak tahu nak
buat apa. Rasa macam rancangan mendadak ni takkan menjadi. Hiii…. Aku dah rasa
nak lari ni. Tapi…
“Nak
ke mana sayang?” Aril berbisik di tepi telingaku. Entah sejak bila dia sudah
berdiri kat sebelah aku. Tangannya mendarat di pinggang. Ya Allah! “Wangi.
Cantik isteri abang malam ni.” Aril berbisik lagi. Meremang bulu roma aku.
“Err….
Malam ni saja cantik? Sebelum-sebelum ni tak cantik?” Ya ampun! Gatalnya mulut
aku ni. Spontan aje menyoal Aril.
“Cantik,
cantik sangat. Tapi malam ni extra cantik!” Aril cium pipi aku. Kebas! Pipiku
sudah kebas dan tebal berinci-inci.
“Err….
Kita makan dulu.” Aku tak tahu nak cakap apa. Sebelum Aril bertukar menjadi
‘singa lapar’, baik aku ajak dia makan.
“Ala….
Lepas ni la kita makan,” Aril merengek. “Abang rasa nak makan sayang sekarang.”
Sambung Aril. Heh! Aku dah rasa macam nak terkencing ni. Tangan Aril sudah
meliar di mana-mana. Tambah lagi baju aku tak cukup kain. Mesti dia rasa
tergoda.
“Nia
dah berapa tahun ek?” tiba-tiba
soalan itu terkeluar dari mulut Aril. Kedua-dua tangan Aril sedang memegang
pinggangku. Dan kedudukan kami tersangat rapat saat itu.
Takkan
usia anak sendiri dah lupa kot! Baru empat hari dia biarkan aku uruskan Nia
sendirian, terus lupa umur Nia? Melampau! Aku menggumam di dalam hati,
tersangat geram sebenarnya.
“Tiga
tahun,” antara keluar dan tidak suaraku. Aku palingkan muka ke arah lain, aku
tak nak pandang sepasang mata redup itu.
“Hmm….
Tiga tahun. Sepatutnya kan, Nia dah boleh dapat adik. Tak adalah dia
sorang-sorang.” Dan itu pula balasan Aril. Buat aku tergamam.
Adik?
Itu yang dia fikirkan sebenarnya. Dan sangkaan aku tadi ternyata silap. Aku
jeling Aril dengan ekor mata.
“Jangan
main jeling-jeling macam tu. Abang dah lama tergoda ni.” Manja sekali nada
suara Aril. Aduh!
“Apa
pulak abang ni,” di luar sedar, suaraku seakan merengek sebenarnya.
Aril
tiba-tiba mencempungku.
“Abang!”
aku menjerit kerana terkejut. Aku cuba meronta tapi pegangannya tersangat
kemas.
“Apa
sayang?”
Aku
nak menjawab lagi tapi mulutku bagai dikunci dengan panahan matanya. Tahu-tahu
saja Aril sudah melangkah masuk ke dalam bilik kami. Dia letak tubuhku di atas
katil. Perlahan-lahan dan berhati-hati sekali.
“Malam
ni hanya ada kita berdua. Hanya untuk abang dan sayang saja.” Aril berkata
separuh berbisik.
Aku
terkesima. Dan hanya menurut. Aku bagai terpukau dan dipukau. Terlupa terus
makan malam yang sudah aku hidang di atas meja makan. Entah apalah yang jadi
dengan semua makanan tersebut. Haih. Semuanya kerana Aril.
PERGERAKAN
orang sebelah mengejutkan aku. Aku celikkan mata. Aku cuba bangun tapi tak
boleh. Bagai ada yang menghalang. Mataku jatuh kepada pinggang. Sepasang tangan
Aril utuh sekali melingkari pinggangku. Spontan peristiwa semalam kembali
menerjah kepala. Aku toleh ke sebelah. Memandang wajah Aril yang enak sekali
tidur seperti seorang bayi.
Kenapa
abang buat Fiza begini? Kenapa abang seksa hati Fiza? Kenapa? Kalau benar sudah
tak mahukan Fiza lagi, lepaslah cara elok. Aku terasa mahu menjerit. Sungguh!
Hati ini terasa sangat sakit. Aku tak kuat untuk melalui ujian demi ujian
dariMu ya Allah!
Tangan
Aril yang memeluk tubuh, aku alihkan dan cuba bangun. Memandang lama-lama wajah
dia buat hatiku semakin sakit.
“Hmm….
Nak pergi mana?” Aril tiba-tiba bersuara mengejutkan aku.
“Mandi,”
“Dah
pukul berapa ni?” Aril cuba celikkan mata. Dia tercari-cari jam.
Manakala
aku sengaja keraskan tubuh.
“Baru
pukul 2.00 pagi,” Aril bersuara bersama dengan suara seraknya.
Aku
pula senyap tak berkata apa. Yang aku tahu, aku mahu loloskan diri dari pelukan
Aril. Sekali lagi aku cuba alihkan tangan Aril.
“Nak
pergi mana pulak ni? Sambung tidurlah.” Kata Aril.
“Tak
solat isyak lagi ni,” aku menggumam.
Bagai
tersedar dari lamunan panjang, akhirnya Aril lepaskan pelukannya. Mungkin baru
tersedar yang dia juga masih belum menunaikan solat isyak. Sebelum aku bangun,
sempat dia tarik lenganku dan berbisik di tepi telingaku.
“I love you,”
Aril
mahu mencium pipiku tapi aku pantas mengelak. Aku buat-buat tak dengar dan
pantas menarik kembali lenganku dari pautannya. Tiada sahutan I love you too dari pihakku seperti
biasa. Tuala dicapai dan aku masuk ke dalam bilik air. Paip air aku buka tapi
air dibiarkan mengalir terus. Aku berdiri si depan cermin. Tanpa paksaan, air
mata mengalir lesu.
You said you love me? But why you
make me like this! Why
you hurt me? Kalau tak nak cakap tak nak. Jangan buat aku terbuai dengan
perasaan sendiri. Aku ada harga diri, aku ada perasaan. Aku bukannya bola yang
boleh ditendang ke kiri dan ke kanan sesuka hati! Aku menjerit di dalam hati
bersama deraian air mata yang seperti tak mahu henti. Kedua-dua belah tangan
mencengkam kuat singki bilik air.
USAI
mandi dan menunaikan solat isyak, aku melipat telekung dan disidai di rak. Aku
sikit pun tak berpaling memandang Aril. Aku tahu sepasang mata itu asyik sekali
memandangku. Memandang bersama persoalan kerana aku tahu maksud kerutan di dahi
Aril.
“Sayang,”
Ketika
melintasi Aril kerana aku mahu kembali berbaring di atas katil, mahu menyambung
kembali lena yang terbantut tadi, Aril memanggilku dan memaut tanganku. Semerta
kakiku terpasak di bumi. Aku mematungkan tubuh.
“Abang
lihat sayang sekarang dah lain. Dah semakin jauh dari abang. Kenapa?” Aril
bertanya lembut.
Berdesing telingaku mendengarkan soalannya.
Siapa yang menjauhkan diri sekarang ni? Mulutku terasa ringan mahu membidas
balik. Mahu menyoal balas. Hatiku tika ini meluap-luap bagai gunung berapi yang
mahu mengeluarkan laharnya.
“Jauh?
Saya semakin jauh?” aku menyoal sambil senyum sinis. Sakit di hati hanya Allah
saja yang tahu. “Sebelum nak kata kat orang, lihat dulu salah sendiri. Sepanjang
minggu ni, siapa yang hantar dan ambil Nia kat rumah mama? Saya kan? Siapa yang
selalu balik lewat malam? Saya ke? Siapa yang sudah abaikan semua tanggungjawabnya?
Saya ke? Siapa yang sudah berubah sebenarnya ni? Saya jugak ke? Tolonglah.
Tolong jangan asyik nak salahkan orang lain sedangkan semua tu salah awak
sendiri.”
Kesabaranku
ada hadnya juga. Dan jangan sesekali menguji tahap kesabaranku. Kata ganti nama
juga bertukar. Tiada lagi abang-Fiza sebaliknya sudah berganti dengan
saya-awak.
“Abang
sibuk beberapa hari ni.” Itu balasan yang keluar dari ulas bibir Aril. Walaupun
perlahan, tapi aku masih mampu mendengar. Tanganku dia usap perlahan, bagai mahu
memujuk hatiku.
“Sibuk?
Sibuk dengan apa? Sibuk dengan projek berapa billion?” aku memandang dia tajam.
“Sebelum-sebelum ni awak sibuk juga. Dengan projek besar bernilai jutaan
ringgit lagi. Tapi awak masih ada masa untuk saya dan Nia. Tanggungjawab awak
tak pernah terabai. Tapi sekarang? Kerana kesibukan awak ni, awak abaikan semua
tanggungjawab awak. Atau pun sekarang ni awak bukannya sibuk dengan projek
syarikat tapi sibuk dengan projek lain.” Ayat terakhir itu aku muntahkan dengan
rasa sakit yang mencengkam hati. Tersangat sakit!
“Projek
lain? Apa maksud Fiza?” Aril pandang aku, tajam. Nampak tak, kata ganti sayang
sudah lenyap dari bibirnya. Yang ada hanya Fiza.
“Manalah
saya tahu, kut-kut awak ada projek baru. Mungkin projek memasang ‘cawangan’ baru.”
Aku menyindir. Tangan di dalam genggaman Aril sedaya mungkin aku cuba lepaskan.
“Cawangan? Cawangan apa pulak ni?” Aril
buat-buat bodoh. Aku geram dengan dia yang buat-buat bodoh begini.
Aku
rentap kasar tanganku dan akhirnya berjaya juga lepas dari cengkaman Aril. Aku
berlalu ke bakul baju kotor. Bukti yang dijumpai siang tadi masih tersimpan di
dalam bakul itu. Bersama kemeja biru muda di tangan, aku menghampiri Aril.
“Ini apa?”
Baju
di tangan aku tak hulur elok-elok. Tapi aku campak terus. Aril kutip kemeja
yang jatuh di kakinya. Bersama kening yang berjongket, Aril belek kemeja di
tangan.
“Tak
ada apa pun,”
“Cuba
belek betul-betul.” Memang angin aku tak berapa baiklah. “Jumpa?” aku menyoal
apabila melihat Aril seperti sedang merenung lama bahagian atas kemeja itu.
“Semalam
balik dengan minyak wangi perempuan. Lepas tu siap ada kesan gincu lagi kat
baju. Fuh! Hebat betul lakonan awak.” Aku bertepuk tangan dua kali. Sangat
sinis dan memperli. “Lepas ni apa pula? Langsung tak balik rumah, begitu?
Sebelum awak nak pasang nombor dua, nombor tiga waima nombor empat sekali pun,
lepaskan saya dahulu! Saya tak nak bermadu dan dimadukan!” Aku bertempik. Ah,
tak kiralah kalau jiran sebelah rumah dengar sekali pun. Aku dah tak kira!
“Syafiza
Akhira!” Aril menjerit nama penuhku. “Jangan sesekali mencabar. Talak itu
memang di tangan abang. Tapi jangan cabar abang lafazkan ia sedangkan kita
sama-sama tak mahukannya.”
Aril
bingkas bangun dan berlalu keluar dari bilik kami. Meninggalkan aku yang masih
terpinga-pinga. Aku terduduk bersama deraian air mata yang laju membasahi pipi.
Salahkah aku? Kenapa semua ini terjadi? Ya Allah! Bantulah hambaMu yang lemah
ini. Hanya itu yang mampu aku panjatkan ke hadrat Ilahi.
Waarrgghhhh sedih... Sistem komunikasi yg tergendela menyebabkan pengeseran rumahtangga....
BalasPadamThey need time to be apart.... to cool down... Tapi mesti Fiza ngandung pulak... harap2 jln cerita yg berbeza...
So sad....
BalasPadamHope Aril selesaikan masalah cara elok....
Communication gap...kadang kala blh menyebabkan hubungan hambar...so jgn suka pendam...lebih baik bertanya dan berbincang jika ada x puas hati dan perlu penjelasan. Lagi satu kalau niat nak menguji sejauh mana pasangan kita setia/cemburu pun kadang kala blh menyebabkan huru hara.....
BalasPadamSo Aril...please Be gentleman & Fiza pun kena luah kalau ada yg musykil, jangan pendam dan buat conclusion sendiri.....
Best.. Cepat2 smbg dan leraikan kekusutan ini...
mereka memerlukan masa utk cool down..tapi apa sebenarnya yg berlaku..antara mereka kini..adakah usia perkawenan selama 3 tahun telah membuat rumahtangga mereka tawar dan siapa yg sebenarnya yg telah berubah..
BalasPadamsmbng lagiiiii
BalasPadamtanpa nama, nuratiza, eijan, kak ida, ruunna qizbal...
BalasPadamtq kerana komen..^_^
yup, mereka memang punya masalah komunikasi.. Fiza sibuk pendam masalah sendiri manakala Aril dengan rancangan rahsianya.. akibatnya, 2-2 terasa hati dan mula makin menjauh.. hubungan juga makin renggang... apa2 pun, tunggu sambungannya.. part ke-3 maybe last part for this SE... huhuhu