Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Sabtu, 30 April 2011

KAU YANG KUSAYANG: BAB2

Ding dong.
Bunyi loceng menandakan ada pelanggan yang melangkah masuk ke dalam butikku. Lantas kepalaku secara automatik terangkat daripada merenung sepasang baju yang sedang aku jahit manik. Senyuman manis aku lemparkan kepada seorang pelanggan wanita yang telah melangkah masuk ke butikku.
Miza terus mendapatkan wanita itu, menjalankan tugasnya jika ada pelanggan masuk ke butik itu. Aku pula terus menyambung tugasku menjahit manik pada baju kurung milik salah seorang pelanggan tetap butik itu.
Sedang asyik aku menjahit manik, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara orang menegur.
“Eh, awak jahit sendiri ke manik-manik tu? Tak upah orang ke?”
Dengan pantas, aku mengangkat wajahku. Oh, rupanya wanita tadi. Senyuman dilemparkan sebelum aku menjawab pertanyaannya itu.
“Oh, kerja jahit manik dan labuci ni memang kami buat sendiri, puan. Kami tak upah orang sebab kami menjaga kualiti produk yang dihasilkan.”
“Baju ni pun awak jahit ke?”
“Baju ni saya tak jahit. Ini adalah tempahan salah seorang pelanggan kami. Dia hanya ingin mengupah kami menjahit manik dan labuci manakala baju ini dia upah orang lain. Kalau puan nak kami jahit baju dan sekali dengan jahitan manik serta labuci, boleh aje. Kami terima. Puan cuma perlu bawa kain dan contoh baju. Ataupun puan jugak boleh pilih kain-kain yang saya jual kat butik ni dan saya akan ukur badan puan untuk ukuran baju puan.”
“Macam mana pulak dengan corak jahitan manik?” penuh minat puan yang aku belum ketahui namanya itu menyoal.
“Okey. Kalau untuk corak jahitan manik, puan boleh pilih kat dalam album ni. Eh, astagfirullahalazim! Minta maaf, puan. Jemput duduk, puan.”
Ya ALLAH! Macam manalah aku boleh terlupa untuk jemput dia duduk. Benda-benda remeh macam tu pun aku boleh lupa. Wanita tu boleh pulak tersenyum dengan kealpaan aku tu.
Baju pelanggan yang tadinya berada di atas ribaku, aku letak ke tepi dahulu. Aku perlu menumpukan perhatian kepada pelanggan baruku ini. Dengan isyarat mata, aku membenarkan Miza menyambung kembali kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Wanita ini akan aku layan.
Sedang pelangganku ini membelek katalog himpunan jahitan manic, mataku juga turut sama bekerja. Aku memandangnya dari atas ke bawah. Daripada pemerhatianku, pelangganku ini bukannya calang-calang orangnya. Mesti daripada yang berpangkat. Tengok saja beg bimbit yang dibawanya. Huh! PRADA tu! Walaupun aku tahu yang ramai orang di luar sana yang juga mempunyai beg dari jenama yang sama tetapi itu biasanya dibeli di pasar malam. Manakala pelangganku yang sorang ni pulak, begnya bukan dari pasar malam, memang sah-sah begnya ni PRADA original. Dari butik terkemuka jenama mewah tersebut.
Ralit betul aku menilai pelanggan baruku ini sampaikan dia panggil pun aku tak sedar. Ha, tu lah, syok sangat duk tilik orang. Alih-alih termalu sendiri. Peringatan unruk diri sendiri ni. Hehehe…
Aku melembarkan senyuman seperti kerang busuk kearah pelanggan yang masih aku belum ketahui namanya itu.
“Ya, puan. Puan dah pilih yang mana puan hendak?” tanyaku dengan lemah lembutnya. Hati pelanggan kena jaga, periuk nasi tu!
“Saya pilih yang ni ya. Lawa pulak nampak rekaannya.” Jari telunjuk pelangganku itu lurus dihalakan kepada katalog.
“Oh, yang ni memang cantik dan sarat. Kalau boleh kain untuk buat baju mesti kosong sebab kalau pakai kain yang bercorak, mesti tenggelam corak manik ni. Oh ya, puan nak bawa kain sendiri atau nak pilih kain di sini?”
“Hmmm.. saya pilih kain kat sini je lah. Saya ni busy, so takde masa nak pergi beli kain ni.” Putusnya. Haa.. kan aku dah agak. Mesti dia ni orang yang berpangkat. Kalau tak, takkan tak ada masa langsung untuk mencari sepasang kain.
“Ok, kalau macam tu, puan ikut saya. Err.. Nama puan apa ya?” tanyaku setelah agak lama pelanggan itu berada di dalam butikku.
Sambil berjalan ke arah tempat terletaknya koleksi kain yang aku jual, dia menjawah bertanyaanku.
“Eh, saya tak bagitau lagi ke. Laa, patutlah dari tadi lagi kamu panggil saya puan. Panggil je saya Aunty Ida dan kamu pula, nak saya panggil apa?”
Hahaha… memang teruklah kami ni. Sepatutnya dari awal lagi kami memperkenalkan diri. Ni tak, lama pelanggan tu berada di butik ini sebelum kami berkenalan. Memang kelakarlah.
“Panggil saja saya Sya. Ini dia kain design baru butik kami, aunty.” Kataku sambil menunjukkan koleksi kain yang aku ada.
Satu persatu kain milik butikku disentuh oleh Aunty Ida. Dari kain bercorak hinggalah kain kosong. Dari kain sutera hinggalah kain sulam organza yang biasa digunakan untuk membuat baju pengantin. Aku tetap mengekori langkah kakinya.
Sesekali aku memandang jam dipergelangan tanganku. Kemudian mataku berarah pula kepada wajah para pekerjaku pula. Waktu ketika itu telah menunjukkan pukul 6.15 petang. Sepatutnya pada waktu ini, butikku telah tama waktu operasinya dan para pekerjaku telah berlalu pulang.
“Err.. Aunty tengok-tengok dulu ya, saya nak jumpa pekerja saya sekejap.” Pintaku kepada Aunty Ida sebelum aku mendapatkan Miza dan Saira yang sudah menatiku berhampiran pintu butik.
“Awak berdua bolehlah balik. Dah lewat sangat ni, nanti risau pulak keluarga awak.” Aku memulakan bicara.
“Tapi cik, puan tu tak selesai lagi. Butik ni pun tak tutup lagi.” Saira bersuara menunjukkan riak risau.
“Oh, pasal puan tu, tak apa. Biar saya yang handle. Awak berdua pergilah balik, dah lewat petang ni. Tentang butik ni tak payahlah risau, nanti lepas puan tu beredar, saya akan tutup.”
“Kalau macam tu kami balik dulu. Cik jangan lama-lama sangat, bahaya nanti.”
“Iya. Bawa motor elok-elok ya.”
Tanpa menunggu lama, aku terus mendapatkan Aunty Ida.
“Aunty dah pilih ke?”
“A’ah. Aunty nak warna purple ni.”
“Design baju pulak macam mana?”
“Ada contoh tak?”
“Oh, kami hanya ada contoh design baju kurung sahaja. Selain dari tu kami tak ada kerana setiap design pelanggan adalah eksklusif.”
“Oh, okey. Kalau macam tu, saya nak design baju ni seperti kaftan tapi kaftan yang telah di modenkan. Jahitan manik saya nak ada dipergelangan tangan, leher hingga ke dada dan sedikit di bahagian pinggang.”
Ligat tanganku melukis potongan baju yang dikehendaki oleh Aunty Ida. Kurang sepuluh minit kemudian, aku menunjukkan gambaranku tentang baju yang diingininya. Dan alhamdulillah, nampaknya Aunty Ida bersetuju dengan cadanganku. Kemudian aku perlu mengambil ukuran badannya pula.
Kurang dua puluh minit kemudian segalanya selesai. Untuk mengelakkan ditipu oleh pelanggan aku mengenakan syarat pelanggan perlu membuat separuh pembayaran daripada jumlah keseluruhan tempahan. Tetapi agak mengejutkan aku pada petang itu apabila Aunty Ida dengan rela hatinya ingin membayar jumlah keseluruhan baju tersebut. Alah, orang ada duit, apa yang nak diherankan.
Sebaik kelibat kereta Aunty Ida hilang dari pandanganku, aku cepat-cepat menutup butikku. Jam sudah menjengah ke angka 7 malam. Sudah lewat sangat ni. Kedai-kedai di sekitar kawasan Pusat Niaga Paya Keladi ni kebanyakannya menamatkan waktu operasi sekitar pukul 5 petang. Sejurus saja pintu utama aku kunci, aku terus melangkah ke arah keretaku.

Sesampai di rumah, telinga aku terpaksa pula ditadah untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang langsung tak bertauliah, Puan Salbiah, emakku.
“Kau ni dari mana? Dah maghrib baru balik. Selepas tutup kedai tu tak reti-reti nak balik! Ini tak, mesti merayap ke mana-mana saja kau ni. Bukannya nak tolong mak kat rumah ni. Ada anak dara sorang pun tak boleh harap!” belum sempat dia menyambung lagi bebelannya, aku terus memotong.
“Mak, orang baru balik dari kedai ni. Ada pelanggan nak tempah baju tadi, sebab tu orang balik lewat.” Itu saja yang aku jawab, malas nak panjang-panjang.
Tanpa menunggu lama, aku terus memanjat tangga untuk ke bilik. Tapi telingaku masih lagi dapat menangkap butir bebelan emakku walaupun dari jarak yang agak jauh. Kalau korang nak kenal, itulah mak aku. Membebel aje kerjanya. Ada saja kesalahan di mata dia. Huh, aku tak tahu dah nak buat macam mana.
Sebaik saja pintu bilik aku tutup, aku terus merebahkan badan di atas katil. Menghilangkan segala keletihan yang bersarang sejak pagi tadi lagi.

Wah! Panasnya kat luar ni. Matahari sudah terpacak tegak di atas kepala. Mana tak terpacaknya, sekarang dah pukul 12.10 tengahari. Aku terus melajukan langkah. Kedai yang sepatutnya dekat jadi jauh pulak. Yalah, mana tak jauhnya kalau tempat yang biasa aku parking kereta sudah dikebas orang! Hati mana yang tak panas. Terpaksa pulak aku letak kereta lebih jauh dari biasa. Mana tak penat menapak!
Akhirnya sampai jugak. Pintu butik aku tolak sedikit kasar. Hawa dari penghawa dingin terus menerpa ke segenap permukaan kulitku. Ah, nyamannya! Weh, tak boleh lengah-lengah lagi ni. Banyak lagi kerja yang aku perlu buat. Kakiku laju diatur ke bilikku di butik itu. Ruang khas yang dikhususkan untuk aku sebagai pemilik butik.
Beg laptop yang disangkut dibahu kiri aku letak di atas kerusi. Handbag dibahu kanan pula aku terus sumbat ke dalam laci dan dikunci dari luar. Berserabutnya meja aku! Kerja memang tak pernah habis. Mataku tiba-tiba terpandangkan sehelai kertas yang terselit dicelah-celah keselerakan mejaku ketika itu. Tanganku laju mencapai kertas itu dan membaca tajuknya.
SENARAI KAIN SULAM YANG TELAH PIHAK CIK/PUAN PESAN.
“Kain sulam Bukit Tinggi dah sampai ni.” Gumamku perlahan.
Lantas, tanpa menunggu lama, aku terus keluar dari ruang kerjaku, mendapatkan Saira dan Miza. Kertas senarai kain sulam turut kubawa bersama.
“Saira,” panggilku terus. Tidak pula aku perasan yang Saira sedang melayan seorang pelanggan. “Err, sorry. Tak apa Saira, awak layan dulu customer kita. Saya ada benda nak tanya tapi tak apalah, saya tanya Miza saja.” Hanya seulas senyuman aku lmparkan kepada pelanggan baru butikku itu sebelum aku memusingkan tubuh. Aku ingin mencari Miza pula.
“Fiza? Awak ni Fiza kan?” tiba-tiba pelanggan yang Saira layan itu bersuara.
Aku yang baru hendak angkat kaki, wah macam lagu dangdut pulak, terus berpaling kembali ke arah Saira dan pelanggan itu. Aku memandang wajah pelanggan itu dengan pandangan pelik. Siapa pulak ni? Hmm?? Kepalaku ligat memikirkan siapakah gerangan pelanggan itu.
“Awak ni Fiza kan?” sekali lagi wanita yang sarat mengandung itu melemparkan soalan. Eh, eh! Pandai-pandai aku je cakap dia tu sedang sarat mengandung. Entah-entah dia tu mengandung kembar sebab tu nampak besar semacam je perut dia.
“Ya, saya. Tapi awak ni siapa? Kita pernah jumpa ke?” aku bertanya kembali sambil dahiku sudah mempamerkan kerut seribu.
“Kau tak kenal aku? Ni akulah, Azlira. Kawan kau masa sekolah dulu.” Bahasa ganti nama diri secara automatic bertukar. Tadi saya awak, ni aku kau pulak. Tapi kan, siapa Azlira ni? Azlira, Azlira..
Hah! Azlira! I got you! Wah, tiba-tiba pulak jadi minah salih sesat.
“Weh Ira! Lama tak jumpa kau! Kau dah kahwin? Tak jemput aku pun!” laju aku menyoal Azlira atau aku panggilnya dengan nama Ira.
“Aku dah lama kahwin, sorrylah aku tak jemput kau. Aku buat kecik-kecik je majlisnya.” Jawa Ira sambil tersenyum.
“Kecik pun kenduri jugak. Eh, suami kau mana? Mehlah kita cari kedai makan. Nanti bolehlah kita sembang-sembang sambil makan.” Kepalaku sudah diangkat dan dipusingkan ke kiri dan kanan, mencari kelibat suami Ira.
“Suami aku kena kursus ke Johor. Aku sorang-sorang je ni. Tak kacau kau ke nak pergi makan pulak ni?”
“Tak apalah. Butik ni aku punya dan pekerja aku yang akan jaga kedai ni.” Bukan ingin mendabik dada tapi aku mengkhabarkan maklumat betul kepada Ira.
“Miza, Saira. Saya nak keluar sekejap, awak berdua tengok-tengokkan butik ya. Lagi ambik ni, buat beli makan tengahari nanti.” Aku meninggalkan pesan dan menghulurkan dua keping not sepuluh ringgit sebagai duit tambahan untuk makan tengahari nanti.
“Okey, bos. Ditanggung beres!” laju Saira menyambut huluranku sambil tersengih-sengih memandangku.
Amboi, diorang ni! Suka sangat dapat duit. Tapikan, siapalah yang tak suka bila ada orang bagi duit. Orang gila pun kenal duit dan tak tolak bila ada orang bagi duit. Hehehe..
“Jomlah. Eh, tapikan kat sini cuma ada KFC je, takpe kan? Yang lain tu ada cuma jauh dari sini. Kesian pulak kat kau nak jalan jauh-jauh.”
“Tak apalah. Aku okey je.”

“Weh, ceritalah, macam mana kau boleh kahwin ni? Siapa suami kau?Aku nak tahu sangat-sangat ni.” Sebaik saja punggungku mencium permukaan kerusi, mulutku mula mengorek cerita.
“Alah kau ni. Suami aku orang biasa-biasa je. Kerja pun makan gaji je.” Hek eleh, mula dah nak merendah diri segala dia ni.
“Laa. Aku ingatkan suami kau tu orang luar biasa. Dia ada tanduk, eh?”
“Eh, kau ni. Main-main pulak.” Ira menjengilkan mata kepadaku. Aku terus ketawa besar, langsung tidak dihiraukan suasana bising di dalam KFC itu.
“Dah kau cakap suami kau tu orang biasa-biasa je, sampaikan tak jemput aku. Habis, kalau kau kahwin dengan anak raja, baru nak jemput aku?” aku mula kembali kepada topik asal perbualan kami.
“Taklah macam tu. Aku ni takdelah bijak macam kau, berduit macam kau. Aku tak merasa pun jejak kaki ke universiti. Tengok kau, muda-muda dah ada butik sendiri. Tak macam aku.” Melalut dah dia ni.
”Wei, apa yang kau melalut ni? Aku tanya pasal suami kau, tapi yang kau cakap pasal bijaklah, berduitlah apalah.” Aku mula rasa tidak senang duduk.
“Eh, bukan eh? Okeylah. Kau kenal Ja?”
“Ja? Ja mana pulak? Eh kejap. Ja kekasih kau sejak sekolah tu ke? Yang kawan dengan Jesri tu ek? Dia suami kau ke?” banyaknya soalan dari aku.
“Amboi kau ni! Banyaknya soalan. A’ah, Ja tulah dan dialah suami aku.”
“Laa. Jadi jugak kau dengan dia. Aku ingatkan siapalah. Panjang jodoh korang ye. Dah lama ke kau kahwin? Dah berapa bulan kandungan kau tu? Besar je aku tgk.”
“Dah masuk tiga tahun aku kahwin. Yang ni anak kedua. Yang sulung dh nk masuk dua tahun. Memang besar perut aku ni. Ni baru enam bulan, doktor scan kembar. Tak tahulah tapi harap-harap betullah yang doktor tu cakap.”
“Wah, murah betul rezeki kau. Aku jugak yang macam ni.” Sedikit sayu di hujung kata-kataku. Sengaja je aku buat sayu-sayu tu.
“Hah? Kau biar betul! Takkanlah dari dulu tak ada pakwe. Kat U dulu takkan takde sorang pun yang sangkut.” Nada suara Ira terang-terang menunjukkan yang dia betul-betul tidak percaya dengan apa yang aku cakapkan.
“Betullah. Aku ni kan dari sekolah lagi memegang status ‘MISS SINGLE AND AVAILABLE’. Kat U dulu aku tak ada masalah nak layan lelaki-lelaki ni. Kalau setakat kawan biasa tu adalah tapi just macam tu je lah.”
“Ha, aku tahu kenapa kau masih single. Kau masih ingat ke dengan kes masa kita tingkatan dua tu ke?”
“Entahlah. Alah, tak naklah cakap pasal tu. Bukannya best pun.”
“Okeylah, okeylah. Eh, aku baru perasankan sesuatu. Hmmm. Ha! Aku baru perasan, kau dah lain ye sekarang. Dah kurus dah. Tak tembam macam dulu. Dan yang lebih penting lebih cantik dari dulu. Mustahillah takde orang nak kat kau.”
“Kau ni kan, nak korek jugak. Weh, dah habis ke belum? Jomlah ke butik aku pulak. Eh, lupa aku nak tanya. Kau nak beli apa ya kat butik aku? Nak beli baju ke?” aku mula menukar topik.
“Jomlah. A’ah. Aku nak beli baju untuk majlis sepupu aku. Kau faham-faham sajalah, badan macam aku ni susah nak cari baju yang sesuai.”
“Oh, ye ke? Okey, meh ke butik aku. Aku tunjukkan kau koleksi baru butik aku dan aku rasa aku dapat agak baju yang macam mana kau nak.”
“Kau ni, macam tuk nujum pulak. Siap boleh agak baju apa yang aku nak. Tapi sebelum tu, ada diskaun tak?”
“Eh, memanglah. Aku dah layan ramai customer, dah masak sangat dengan kerenah mereka ni. Aku bagi special diskaun punya. Kau jangan risaulah.”
Kami beriringan keluar dari KFC. Butikku adalah hala tuju kami.

p/s-salam... sorry buat smua reader trtunggu2... sy ada sdkit mslah buat msa skrang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan