Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Jumaat, 31 Disember 2010

Kalau Sudah Sayang : BAB 35

Pokok-pokok yang di pesan oleh ibu telah sampai di rumahku pada petang Sabtu itu juga. Aku menyuruh pekerja yang menghantar pokok-pokok itu letakkan saja di halaman rumah. Aku sudah tidak larat untuk menguruskan pokok-pokok itu pada hari yang sama. Aku hanya menyusun atur pokok-pokok itu pada petang Ahad memandangkan petang itu aku pulang awal dari tempat kerja.
Aku menyusun atur mengikut citarasaku. Tetapi aku rasakan susun atur yang aku buat itu seakan tidak berapa lengkap lagi. Yang sampai hanya pokok-pokok. Aku memerlukan batu-batu sungai untuk menampakkan bentuk halaman yang aku ingini. Nanti-nantilah bila ada kesempatan, barulah akan aku ke kedai untuk mencari peralatan yang diperlukan.
Seperti biasa, kerja-kerja menyusun atur pokok-pokok itu aku uruskan sendiri. Tanpa pertolongan Ariff. Dia entah sudah lesap ke mana. Ketika aku sampai di rumah pada hari itu, dia sudah tiada di rumah. Dia langsung tidak ambil tahu tentang hal yang terjadi di dalam rumah ini. Yang dia tahu, keluar bergembira di luar bersama kawan-kawannya. Semuanya aku uruskan sendiri.

Aku sudah selesai bersiap-siap untuk ke pejabat. Apabila sudah berpuas hati, aku mencapai handbag dan keluar dari bilik. Sarapan sudah aku siapkan. Menu hari ini hanyalah nasi goreng. Sesampai di bawah, aku lihat ada sebuah beg yang tersadai di tepi sofa. Aik, pelik! Tadi tiada pula beg di sini. Tapi ni beg Ariff. Beg yang biasanya dia bawa ke atas kapal.
Eh, dah lambat ni. Aku berlalu ke ruang dapur. Dua langkah sebelum sampai ke dapur, aku berselisih dengan Ariff. Dia kelihatan sudah segak dengan seragamnya. Emm, mungkin dia sudah di panggil bertugas. Aku membuat telahan sendiri. Emm, lantaklah! Aku meneruskan langkah ke dapur. Dalam berdiri, aku hanya sempat minum air masak saja.
Setelah itu, tanpa pamitan, aku terus melangkah ke pintu utama. Dari ekor mata, aku sempat melihat ke arah meja makan. Ariff sedang menjamah sarapan pagi. Tanpa menunggu lama, aku terus ke arah motorku dan berlalu ke pejabat.

Petang itu, sesampai dari pejabat, aku lihat kereta Ariff sedang elok terparkir di tempatnya. Motor aku parkir di sebelah kereta itu. Aku berlalu masuk ke dalam rumah. Tempat pertama yang aku tuju ialah meja makan. Perkakasan yang berada di atas meja makan aku kutip dan bawa ke dapur. Lalu, pinggan itu aku basuh. Setelah itu, aku mengemas meja makan itu. Licin meja itu aku kerjakan.
Siap segalanya, kakiku melangkah ke tingkat atas. Bilik adalah destinasi yang aku tuju. Baru saja aku ingin melangkah masuk ke dalam bilik mandi, azan maghrib berkumandang. Memandangkan aku tidak dapat solat, jadi aku mandi sambil bermain-main air. Sengaja melambat-lambatkan waktu.
Selesai mandi, baju kelawar aku sarungkan ke tubuh. Ariff tidak ada di rumah, jadi bolehlah aku biarkan rambutku ini bernafas. Dan bolehlah aku pakai seluar pendek atau baju tanpa lengan. Aku turun ke bawah dengan niat ingin menonton televisyen. Remote control televisyen yang berada di atas sofa aku capai dan butang on aku tekan.
Tiba-tiba mataku terpandang sekeping kertas yang di tindih dengan segugus kunci di atas peti televisyen. Di tepi kertas itu terdapat juga satu sampul surat. Nasib baik aku belum lagi duduk ketika itu. Kaki di atur ke arah peti televisyen. Segugus kunci itu aku capai. Ini kunci kereta Ariff. Dan sekeping kertas semacam nota itu aku baca.

Hari ni aku start bekerja. Sepanjang aku takde, kau boleh balik ke rumah ibu atau ke rumah mak kau.dan dalam sampul surat tu ada duit untuk bulan ni.

Itu saja yang tertera di atas kertas itu. Dan sampul surat itu aku capai pula. Perlahan-lahan isi sampul surat aku bawa keluar. Ada dalam lapan keping not lima puluh ringgit. Tanpa mempedulikan itu, aku mengalihkan  tumpuan pada televisyen. Buletin Utama sedang di tayangkan di TV3. Sedang khusyuk aku menonton televisyen, tiba-tiba kedengaran pintu rumah di ketuk orang. Pantas, tuala yang tersangkut di bahu aku letakkan di kepala. Menggantikan tudung. Dan tombol pintu di tarik.
“Akak!” Farah dan Syira bersuara serentak. Sedikit menjerit. Terperanjat aku.
“Eh, kamu ni. Masuklah.” Aku mempelawa mereka masuk.
“Abang Ariff mana?” Farah bertanya.
“Abang Ariff dah masuk bekerja dah hari ni.”
“Oh, tak dapatlah Syira jumpa dia.” Syira bersuara sedikit kecewa. Mereka berdua duduk dan aku pula berlalu ke dapur.
“Eh, akak tak payahlah buat air.” Farah melaungkan suara dari ruang tamu.
“Dah tu, kamu nak makan apa? Nak minum apa?” aku bertanya hairan. Aku melangkah ke ruang tamu.
“Memandangkan Abang Ariff takde, kami sebenarnya nak ajak akak keluar. Jom, kita makan kat luar. Janganlah akak kata akak dah masak.” Penuh mengharap Farah mengajak.
“Emm, akak tak masak lagilah. Abang Ariff takde jadi akak pun malaslah nak masak.” Selamba aku menjawab.
“Jadi, akak bolehlah joint kami? Yea...” Farah sudah mula bersorak.
“Eh, akak tak kata pun akak nak ikut korang.” Aku bermain kata-kata.
“Oh. Jadi akak tak nak ikutlah ni? Huh...” Farah mempamerkan muka yang kecewa.
Ketawaku hampir terburai dengan reaksi Farah tadi.
“Kak, jomlah. Kak Sarah tak nak ikutlah.” Farah mengajak Syira untuk beredar dari situ.
“Kita nak ke mana?” Syira bertanya kepada adik bongsunya itu.
“Ke mana-mana sajalah. Farah dah lapar ni.” Aku hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Farah yang beriya-iya sangat. Syira aku lihat biasa-biasa saja. Tidaklah bersungguh-sunguh seperti Farah. Mereka ingin bangun.
“Okey, akak ikut.” Aku memberikan persetujuan mendadak.
“Apa, kak?” serentak mereka bertanya.
“Korang dengar kan. Akak tak ulang lagi. Tunggu akak bersiap sekejap.” Aku berlalu ke tingkat atas.
Baju t-shirt dan seluar jean aku sarungkan ke tubuh. Tudung yang bercorak geometri aku pakaikan ke kepala. Hanya solekan nipis saja aku sapukan ke muka. Akhir sekali, pelembab bibir aku calitkan ke bibir. Setelah berpuas hati, handbag yang aku guna ke pejabat tadi aku capai.
Di bawah, mereka berdua setia menunggu aku.
“Jom,” aku bersuara. Syira dan Farah berpaling ke arahku serentak.
“Wow! Cantiknya.” Farah berkata kagum.
“Cantik apanya. Akak pakai biasa je ni.” Aku menafikan kata-katanya sebab apa yang aku pakai ini adalah pakaian biasa saja. Hanya t-shirt dan jean. Bukannya gaun labuh yang penuh dengan labuci atau ropol-ropol.
“Jomlah,” ajak Syira.
Kami bertiga melangkah keluar dari rumah. Sebelum berlalu, pintu utama aku kunci. Kereta Satria Neo sudah tersedia di depan rumah. Syira bertindak sebagai pemandu. Dan Farah sudah mengambil tempat di tempat duduk bahagian belakang. Aku melabuhkan punggung di kerusi yang bersebelahan pemandu.
“Kita nak ke mana?” aku bertanya apabila kereta sudah sampai di simpang Masjid Terapung.
“Kita makan di KFC nak? Dah lama rasanya tak makan di situ.” Syira memberikan pendapat.
“Tak naklah. Makan kat KFC tak kenyang. Makan kat food court nak tak?” Farah pula memberikan cadangan.
“Dah, kalau nak makan kat food court, food court kat mana?” Syira bertanya. Aku hanya menjadi pendengar.
“Emm, entahlah. Akak ada cadangan tak?” Farah bertanyaku pula.
“Emm, kalau kat Taman Selera Tanjung?” perlahan aku memberikan cadangan.
“Okey jugak tu.” Farah menjawab.
Confirm?” Syira bertanya inginkan kepastian. Dan pantas saja kepala Farah mengangguk.
Kereta yang di pandu menderu membelah jalanraya. Sepanjang perjalanan, kami di hiburkan dengan celoteh deejay dari radio Hot. Fm. Dan selepas itu, lagu pula berkumandang. Lagu Tercipta Untukmu daripada Kumpulan Ungu. Tanpa sedar, aku menyanyi perlahan mengikuti bait-bait lirik yang di nyanyi oleh Pasha itu.
“Eh, akak pandai nyanyilah.” Pantas dapat di kesan oleh Farah. Dan secara automatik, bibirku berhenti bergerak.
“La, nyanyilah akak. Sedap suara akak.” Pinta Farah apabila aku senyap tiba-tiba.
Ah, malas aku nak layan si Farah ni. Aku memandang Syira dan dia melemparkan senyuman ke arahku. Aku membalas senyuman itu tanpa suara. Perjalanan di teruskan tanpa bicara antara kami. Hanya kedengaran lagu daripada radio saja mengisi kebisuan itu.
Sepuluh minit memandu, akhirnya kami semua sampai di tempat yang di tuju. Setelah memastikan kereta elok terletak di dalam petaknya, kami beriringan ke arah salah satu kedai makan yang berderet di situ. Terasa seperti bujang saja aku rasa. Yalah, mana tak rasa bujangnya kalau berjalan dengan dua orang anak gadis ini. Tambah lagi berjalan dengan si Farah. Memang riuh!
Kami memasuki kawasan kedai dan menarik kerusi serentak. Malam masih muda dan pengunjung di sini masih lagi lengang. Kemudian, datang seorang pelayan untuk mengambil pesanan. Kami memesan makanan dan minuman. Dan pelayan itu berlalu.
“Bila Syira sampai sini? Cuti ke?” aku mengutarakan soalan kepada Syira.
“Sampai petang tadi, kak. Sekarang tengah cuti semester tapi sekejap je cuti. Tak sampai sebulan, bukan macam biasa.” Jawab Syira.
“Oh, macam tu. Ada apa-apa aktiviti ke sepanjang cuti ni?” Syira menggelengkan kepala.
Dan aku senyap setelah itu.
“Akak, selepas ni kita jalan-jalan kat taman tu nak?” Farah bersuara tiba-tiba.
Baru saja Syira hendak membuka mulut tetapi terbantut seketika kerana pelayan datang ke meja kami menghantar pesanan yang kami pesan tadi. Terima kasih kami ucapkan kepada pelayan itu sesudah dia menghidang makanan dan minuman.
“Eh, esok tak sekolah ke? Senang-senang je nak jalan-jalan.” Syira memperli adiknya itu.
Aku tersenyum dengan perlian Syira itu. Tepat terkena atas batang hidung Farah. Terkulat-kulat Farah. Aku mencapai sudu dan garfu dari di dalam pinggan mi goreng yang aku pesan. Dengan kalimah bismillahirahmanirrahim, aku menyudu mi ke dalam mulut. Emm, nikmatnya makanan.
Sedang enak kami menjamu selera, tiba-tiba datang seorang perempuan yang menepuk bahu Syira. Mungkin temannya, agakku. Pantas Syira mendongakkan kepala.
“Eh, Syira. Sedapnya makan, sampai tak sedar akak lalu.” Sapa perempuan itu.
“Emm, akak. Takdelah.” Sedikit terkejut riak muka Syira.
“Eh, takpelah ya. Akak nak cepat ni. Kawan dah tunggu tu.” Tanpa sempat memperkenalkan diri, perempuan itu meminta diri.
Aku memerhatikan perempuan itu berlalu ke arah tempat letak kereta.
“Siapa tu?” aku bertanya kepada Syira.
“Oh, itu Kak Hani. Senior Syira kat universiti.” Sedikit gagap Syira memberitahuku. Seolah sedang menyembunyikan sesuatu.
“Oh,” itu saja reaksiku sebelum menyambung makan. Aku malas bertanya banyak apabila melihat Syira seakan tidak mahu bercerita panjang tentang temannya itu.
Kenyang perut kami selepas menjamu makanan di dalam pinggan.
“Emm, siapa nak bayar ni?” Farah bertanya.
“Eh, Farah yang ajak. Jadi, Farah lah yang kena belanja.” Aku mengusik Farah.
“Yalah, Farah lah yang kena belanja.” Syira pula menyokong aku.
“Eh, mana boleh macam tu. Farah bukannya ada duit. Lagi pun Farah sekolah lagi. Manalah ada duit. Alah, akakkan dah kerja, akaklah belanja.” Farah memujukku pula.
“Emm,” aku pura-pura buat lagak sedang memikirkan kata-kata Farah.
Aku memanggil pelayan tadi. Dia menghulurkan kertas yang sudah tercatat harga yang perlu kami bayar.
“Ha, Farah, bayarlah.” Suruh Syira.
“Akak,” sebaliknya Farah memegang tanganku. Menyuruh aku membayar harga makanan itu.
Lantas, aku mengeluarkan sekeping wang not lima puluh ringgit dan di hulurkan kepada pelayan itu. Duit itu adalah sekeping daripada duit yang Ariff tinggalkan kepadaku siang tadi.  Farah tersenyum menang. Manakala Syira mencebik kepada Farah. Setelah mendapat duit baki, kami mengatur langkah berlalu dari situ.
“Jomlah kita ke sana,” Farah merengek manja sambil menarik tanganku. Seperti budak-budak pula aku tengok. Dia menunjukkan ke arah Taman Syahbandar yang sedang di simbahi dengan cahaya yang bergemerlapan.
“Eh, dah lewat ni. Nanti ibu dan abah marah pula kalau balik lambat.” Syira membantah keinginan Farah itu.
“Alah, ni awal lagi ni. Baru pukul 9.30.” Farah masih tidak putus asa memujuk.
Nak tak nak terpaksa jugalah aku dan Syira mengikut kehendak Farah itu. Entah apa yang menarik sangat tengok lampu-lampu di taman ni pun aku tak tahu. Syira aku lihat sudah buat muka bosan. Sedangkan Farah kelihatannya begitu teruja sekali. Huh, tak ubah seperti budak-budak.
“Dah lah tu. Dah lewat ni. Akak nak tidur pulak. Esok nak kerja.” Aku mengajak Farah pulang.
Tanpa bantahan, Farah akhirnya akur dengan ajakkanku. Kami berlalu ke arah kereta Syira. Sebelum menghantarku pulang, Syira sempat lagi membawa kami bersiar-siar sekitar bandar. Wajah bandar begitu ceria sekali kerana di simbahi dengan cahaya lampu jalan yang bergemerlapan.
Aku sampai di rumah saat jam menunjukkan pukul 10.45 malam. Ketika sampai tadi, aku ada mengajak Farah dan Syira singgah di rumahku sekejap. Tetapi mereka berdua menolak dengan alasan hari sudah lewat dan Farah perlu bangun awal untuk ke sekolah esok hari. Aku masuk ke dalam rumah dan terus melangkah ke bilik. Badan yang penat perlu di rehatkan. Tambahan pula seharian bekerja di pejabat.tanpa menyalin baju dan seluar, aku terus berbaring di atas katil. Perut yang kenyang dan badan yang letih telah menyebabkan aku tidur awal hari itu.

14 ulasan:

  1. bilala agaknyer ariff nak pndang sarah ni.....rsnyer dah lama sgt asyk brkisar khidupan sharian jer.... nak tau jgak kisah slnjutnyer mrka brdua...... spt smbung yek.....

    BalasPadam
  2. yealah. mendatar ja ceta ni. cam xde pkembangan langsung dlm phubungan diaorg. kisah ariff n hani pun xdpt nk tembak. ariff pun dah xlayan hani. betul ke dia suka hani??? la cam xkisah jew.@@@???

    BalasPadam
  3. betul la terlalu mendatar
    macam tiada perkembangan plot
    cuba kembangkan sikit plot penceritaannya
    novel ni best sayang kalau tak kembangkan

    BalasPadam
  4. progress slow sgt.

    BalasPadam
  5. aah mcm skema ceta ni, tak ada perkembangan lansung.

    BalasPadam
  6. tulaaa... dh jd mcm diari pon ade. less describing,more dialog/action between ariff n sarah. klu mcm tu bru bez!btul kta Tanpa Nama.
    "novel ni best sayang kalau tak kembangkan"

    BalasPadam
  7. klo sblm ni kate..."klo wt n3 hari2 x de kualiti..."....ari ni sye komen....cite ni klo ad pn sme je....x de improvement....x nmpk perkmbgn cite.....ley bosn bce.....cbe baiki penulisan awk....mgkn awk x de idea....take time tuk cri idea....tp pstikn ad imprvment antr sarah n ariff.....pemint nk tau psl mrke.....bkn khdpn harian sarah dr bgn tido smpi dye tido....

    BalasPadam
  8. btol2......i very agree with all comments d'atas..."bkn khdpn harian sarah dr bgn tido smpi dye tido...."

    BalasPadam
  9. dh xde smbungan ke ? xde bab 36 ?

    BalasPadam
  10. dear.. KSS dah keluar dlm bntuk cetakan.. so, kalau nk ikuti kesudahan kisah sarah n ariff, anda boleh dapatkan di pasaran... tajuk; KALAU SUDAH SAYANG.. terbitan; FAJAR PAKEER...:)

    BalasPadam
  11. apa nie korang.terlebih over pulak komen.nie kan cerita kak fieyza so ikut suka dia la nk buat citer mcm mana pun.nk komen tue boleh tp jgn la over sngt.bajet mcm ko tue damya hanna,fauziah ashaari nak komen over sngt tue.cuba ko try buat cerita satu nak tngok ada perkembangan yg tersusun x.bajet mcm dia tue pandai sngt.tak suka xyah la baca.biar aku je yg baca. KALAU NAK KOMEN TUE JGN LA OVER SNGT!!!!

    -CIK IJA-

    BalasPadam
  12. Bila baca tulisan orang lain, saya hargai jalan cerita mereka tulis walau kisahnya terlalu cepat, perlahan, terlampau romantik ker atau terlampau ganas ker sebab itu karya penulis, bukan karya saya atau pembaca. Tugas pembaca sebenarnya untuk memahami situasi bukan hendak menentukan jalan cerita karya orang lain. Jika tidak puas hati, itu ertinya jiwa pembaca tidak sama dengan jiwa penulis. So, pembaca pergi hunting lah lagi cari novel yang satu jiwa dengan anda. Tak patutlah nak gesa penulis tukar jalan cerita karya die. Untuk Feiyza,writer novel ni, keep on writing! Karya fieyza adalah karya fieyza, bukan karya saya ataupun orang lain. Saya nak baca karya Fieyza bila orang sebut novel Fieyza k. Ajaajafighting :)))

    BalasPadam
  13. mcm mne nk bli novel kalau sudah sayang online...cri kt kedai x de la..

    BalasPadam
  14. Bosanlahh wey :3 Ingat nak tengok cara diorang berbaik, tapi tidak kesampaian. Baik jangan post je !

    BalasPadam