Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 29 Ogos 2011

KAU YANG KUSAYANG:BAB7


HARI ini aku keluar awal sebab ada penghantaran barang yang perlu aku buat. Tidak seperti biasa, kali ini pelangganku ingin menggunakan perkhidmatan pos domestik kerana katanya caj Poslaju mahal. Memang caj Poslaju mahal kerana barang yang dihantar cepat sampai. Hanya mengambil masa 1 hari sahaja.
Manakala pos domestik pula mengambil masa tiga hingga lima hari bekerja untuk sampai bergantung kepada lokasi yang ingin dihantar. Memanglah murah. Dan ini adalah pertama kali aku menggunakan pos domestik. Pelanggan yang membuat pesanan pula bukan sedikit kain yang dia beli denganku. Sembilan pasang. Pelangganku ini pula tinggal di Sarawak. Jadi kalau guna Poslaju, kos posnya mencecah RM 50! Sangat tak berbaloi. Manakala kalau guna pos domestik, cajnya cuma RM 22. Jauh betul bezanya tu.
Orang kat pejabat pos pulak ramai giler, sesak kat ruang menunggu pejabat pos tu. Sebaik sampai, aku terus menekan nombor giliran. 2502. Itu nombor yang terpapar pada kertas di tanganku. Nombor giliran yang sedang diumumkan pulak adalah 2354! Wah! Jauh bezanya tu. Nampak gayanya, lamalah aku kena menunggu kat pejabat pos ni.
Selepas sejam lebih menunggu, barulah tiba giliranku. Huh! Penat giler menunggu! Siap segala urusan, aku terus keluar dari pejabat pos. Tanpa menghiraukan bilangan orang yang makin bersesak di hadapanku, aku terus mencapai pintu pejabat pos. Pintu itu aku tolak kasar dan tiba-tiba kedengaran suara orang mengaduh.
“Aduh!” pantas aku mendongak. Mencari siapa empunya suara itu. Membulat mataku memandang lelaki itu.
“Kau?” keras suara lelaki itu sambil jari telunjuknya tepat dituju ke arahku.
Aduh! Apalah malang nasibku. Dah tak ada orang lain ke aku nak langgar? Dua minggu lepas dah langgar dia ni kat Mydin Mall. Kalau langgar anak raja boleh jugak mintak pampasan. Ni langgar orang tiga suku macam ni. Huh! Malang, malang!
Sebelum aku berlalu, aku perasan yang mata lelaki itu tajam memandang aku. Kat depan pejabat pos ni tak pulak dia buat bising. Tahu pulak dia dengan perasaan malu. Kat Mydin Mall dulu takde pun macam ni. Ikut suka hati mak bapak tiri dia aje nak maki aku. Apa kau ingat aku ni tiang eletrik ke? Tak ada perasan. Dulu aku tak tahu perangai dia macam mana, kata-kata maaf laju aje keluar dari bibir. Tapi tidak hari ini! Tanpa mengucapkan maaf, aku dengan selambanya berlalu dari situ. Malas aku nak layan orang tiga suku macam tu. Nanti tak pasal-pasal dengan aku sekali jadi tiga suku! Hisy, tak nak aku!

KAIN untuk dibuat baju pengantin Jun aku tebarkan di atas meja. Cantik! Getus hatiku. Kain yang baru sahaja aku ambil di pejabat Skynet aku rasa dengan tangan. Lembutnya! Kagumku sekali lagi.
“Wah! Cantiknya kain ni. Kain yang baru sampai ke cik?” Saira yang entah dari mana muncul, tiba-tiba bersuara. Terkejut aku seketika.
“Awak ni, kalau nak bercakap pun bagilah salam dulu. Terkejut saya.” Luahku terus.
“Hehehe… kain baru ke cik?” soalnya sekali lagi dengan senyuman di bibir.
“A’ah. Tapi bukan untuk dijual. Dah ada orang tempah kain ni.”
“Iye ke cik? Wah, lajunya.”
“Apa yang laju?” tanyaku pelik.
“Yalah, kain ni baru aje sampai tapi dah ada orang tempah. Kan laju tu. Siapa yang tempah kain ni?”
“Awak ingat tak kawan saya yang datang dua minggu lepas tu?”
“Yang mana cik? Emm, yang nak tempah baju kahwin tu ke?”
“Eh, awk tahu dia nak tempah baju kahwin? Mana awak tahu ni? Saya tak pernah bagitahu kat siapa-siapa pun.” Aku pelik dengan apa yang Saira baru ucapkan.
“Err… saya terdengar cik bercakap dengan dia.” Tergagap-gagap dia memberitahu.
“Amboi awak ni, telinga lintah jugak ya.” Laju mulutku melabelnya.
Saira hanya tersenyum seperti kerang busuk ke arahku.
“Hmm.. kalau saya ambil tempahan baju pengantin, awak rasa saya boleh buat tak?” soalku kemudiannya.
“Saya rasa cik boleh lakukan. Apa yang saya cakap ni berpandukan kepada hasil kerja cik pada baju-baju pelanggan sebelum ni. Memang cantik! Semua hasil tangan cik halus jahitannya. Kalaulah cik jadi jahit baju pengantin, memang cantik sangat! Berkali-kali ganda lebih cantik dari baju biasa.”
“Eh, awak ni. Nak membodek ya?” bidasku laju.
“Eh, taklah. Cik ni!” luahnya seakan tidak puas hati.
“Awak tak ada kerja ke ni? Kalau ada pelanggan kat luar tu, siapa yang nak layan. Hisy, awak ni!” bibirnya mengukirkan kenyuman ke arahku. Juga seperti kerang busuk.
Hisy, budak sorang ni! Ada-ada aje dia. Sebaik melihat tubuhnya hilang di balik pintu bilikku, bibirku pula mengukirkan senyuman. Hai, Saira, Saira. Aku kenal sangat dengan perangai pekerja-pekerjaku ini. Mereka memang tidak suka membodek, pujian yang lahir dari bibir mereka adalah pujian yang ikhlas.

SEJAK aku sampai lewat petang tadi, laptop terus di on. Y!M yang jarang-jarang dibuka, aku buka petang itu. Lama jugak aku menunggu kalau-kalau ada teman-teman yang online. Namun, tiada seorang pun online. Lalu aku hiddenkan Y!M.
Panggilan azan Maghrib yang sayup-sayup kedengaran dari luar rumah menyedarkan aku supaya tidak berlama-lama di hadapan laptop. Nanti terlampau leka susah pulak. Lalu kaki diatur ke bilik mandi. Nak ambil wuduk dulu.
Lima belas minit kemudian, aku selesai mengerjakan suruhan kepadaNYA. Telekung dan sejadah sudah aku lipat dan disidai pada rak. Kerusi di depan meja belajar aku tarik sebelum duduk. Mata terus memandang skrin laptop.
Eh, ada mesej! Desis hatiku, girang. Lantas tetingkap Y!M aku buka.
M_Syazril: salam..
Sapaan salam dari M_Syazril membuatkan aku bertambah gembira. Lantas jari-jemariku laju menaip balasan salam itu.
Sya_Khira: w’salam..
M_Syazril: awak apa khabar?
Hmm.. permulaan yang baik. Dia dalam mood baik kot. Namun, laju aje jariku menaip. Excitednya. Hahahaha…
Sya_Khira: Alhamdulillah, baik seadanya. Awak?
M_Syazril: sihat jugak. Emm.. apa cerita Malaysia?
Eh, apsal pulak tanya pasal Malaysia? Pelik pulak aku.
Sya_Khira: hmm… awak nak tahu pasal apa? Pasal ekonomi? Hal ehwal rakyat? Or
                   pasal bencana alam?
            M_Syazril: wah, berat je pilihan topik malam ni. Hmm, tak tahu nak pilih yang mana.
       Hehehe.
            Ek eleh dia ni. Tadi dia jugak yang tanya. Bila aku jawab komen pulak.
            Sya_Khira: dah awak tanya, saya jawablah.
            Di penghujung ayatku itu aku sertakan dengan ikon muka yang sedang masam kepadanya.
            M_Syazril: awak marah ke? Ala, janganlah marah. Okey, apa kata awak cerita pasal
       awak. Mungkin ada perkara menarik yang berlaku selama saya tak online ni.
            Pasal aku? Pasal apa ek?
            Sya_Khira: pasal apa?
            M_Syazril: pasal apa-apa aje. Mungkin awak ada tak puas hati kat orang ke. Cerita aje.
Emm… pasal aku? Tak puas hati kat orang? Kepalaku ligat berfikir. Ha! Aku dah ingat.
Sya_Khira: saya satu cerita nak bagitau awak. Tapi cerita ni panjang tau.
M_Syazril: takpe panjang pun. Kat sini masih awal pagi lagi. Okey, ceritalah.
Laa.. kat sana awal pagi lagi. Patutlah okey je layan aku.
Sya_Khira: macam ni, kisahnya bermula dua minggu lepas. Saya pergi ke pasaraya     
                   sebab mak saya suruh beli barang-barang dapur. Masa kat sana, saya
                   secara tak sengaja tertolak troli dan terlanggar belakang sorang lelaki ni.
      Saya dah mintak maaf tapi lelaki ni punya kerek, sesedap hati je sound saya   
      depan orang ramai. Nasib baik ada sorang mak cik yang leraikan kami. Mak
     dia kot. Mak cik ni pulak customer saya. Saya cuma fikir mak cik tu customer
     saya, so tak payahlah panjang-panjang. Buat malu aje!
M_Syazril: pastu apa jadi?
Wah! Excited mamat ni nak tahu.
Sya_Khira: so saya pun blah la. Malas nak layan orang macam tu. Nak kata saya tak
                  mintak maaf, dah terang-terang saya mintak maaf kat dia. Melainkan kalau  
      dia tu pekak!
M_Syazril: so, dah selesailah? Tak adalah panjang pun.
Aku tak habis lagi cerita, best-best aje mencelah.
Sya_Khira: tu baru sikit. Tak habis lagi cerita ni. Lepas kat Mydin Mall tu, semalam, saya
        terserempak lagi dengan dia ni. Masa tu saya baru lepas pos barang kat
        pejabat pos, masa saya tolak pintu pejabat pos tu nak keluar, secara tak
        sengaja, saya tertolak dia sama. Mana saya tahu dia ada kat depan pintu
       tu. Orang tengah ramai kat pejabat pos semalam.
M_Syazril: Wah! Macam ada jodoh aje. Hehehe… Dah dua kali tu terserempak. Apa    reaksi lelaki tu? Bising-bising jugak ke?
Sya_Khira: tak ada maknanya ada jodoh!
                   Reaksi dia? Mengejutkan tau. Dia sikit pun tak bising-bising tapi mata dia aje
      tajam giler jeling saya.
M_Syazril: jangan nanti di bibir cakap benci tapi dalam hati ada cinta. Nanti gigit jari.
Sya_Khira: wah, ayat! Macam doktor cinta. Hahahahaha…
M_Syazril: betul apa yang saya cakap ni. Orang cakap, kita jangan benci sangat kat
      orang, nanti tak pasal-pasal benci jadi sayang. Hehehe
Sya_Khira: hisy, tak nak saya. Lelaki pelik macam tu. Awk pulak apa cerita kat sana?
       Takkan tak ada apa yang boleh dikongsi pada saya?
Aku mula memesongkan topik. Tak naklah asyik cakap pasal aku aje.
M_Syazril: hmm.. tak ada apa-apa ceritalah. Biasa-biasa aje.
Sya_Khira: takkan lah tak ada langsung cerita? Cerita tentang minah salih ke? Apa-apa
       ajelah.
M_Syazril: tak adalah, wak. Bisnes awak macam mana? Okey ke?
Sya_Khira: okey-okey aje. Awak, bila nak balik Malaysia?
Aku nak juga tahu perihal dia. Selama ni, banyak sangat dia berahsia dengan aku. Pabila ditanya, pasti ada saja jawapan dia.
M_Syazril: kenapa? Awak nak jumpa saya ke?
Jumpa? Aku tak bersedia lagilah wei! Dah yang aku pergi tanya soalan bila dia nak balik ke Malaysia tu apsal? Hisy, cari bala betul!
Sya_Khira: hmm.. boleh jugak. Nak jugak saya tahu macam manalah rupa awak ni. Bila
       awak nak balik?
Lain di hati, lain yang dijawab. Hisy, Fiza, Fiza. Memang kau ni tengah tempah bala nampaknya.
M_Syazril: insya allah, dalam setahun dua lagi sampailah saya ke Malaysia. Tanah
       tumpah darah saya tu tak akan saya lupa.
Huh! Nasib baik lambat lagi. Tapi, kalau nanti dia tuntut janji nak jumpa aku, macam mana? Haih, masalah, masalah.
M_Syazril: okeylah wak, saya nak mandi dulu. Kejap lagi masuk waktu subuh kat sini.
       Ada masa kita chat lagi ye. Salam.
Sya_Khira: okey. W’salam.
Terus tetingkap Y!M aku tutup. Mamat ni memang penuh dengan misteri. Datang tak dijemput. Pergi tidak dihalau. Pelik jugak aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan