~....SALAM AIDILADHA....~
KERETA
diparkir betul-betul berhadapan pejabatnya, petak yang dikhaskan untuk pengurus
besar. Sedang dia sibuk mahu mengeluarkan beg kerja dari tempat duduk belakang,
tiba-tiba terasa ada yang mendekat. Pantas dia berpaling. Takut juga jika ada
penjahat yang mahu mengambil kesempatan. Terperanjat dia melihat batang tubuh
Najwan di depan mata. Tak dinafikan Najwan memang segak dan sentiasa kemas.
Tapi Harithnya lagi kacak!
Arlyssa
pusing kembali, mengambil beg kerjanya. Kehadiran Najwan tidak dihiraukan. Dia
buat macam Najwan tak ada di situ.
“Kenapa
you tak datang jumpa I semalam?” Nada
suara Najwan kedengaran seperti mahu marah.
Arlyssa
tetap menyibukkan diri. Soalan Najwan dianggap bagai angin lalu. Pintu ditutup
dan alarm kereta ditekan.
“Lys,
I tanya you ni!” Ton suara sudah meninggi.
“So apa masalahnya kalau I tak datang?
You siapa pada I? Kekasih? Sejak bila kita berkasih bagai? Sejak dulu, I tak
pernah anggap you sebagai kawan I. You yang muka tak malu sibuk mengendeng kat
I. Najwan, sedarlah. I dah bersuami. Suami I lebih tinggi darjatnya dari you!”
Sembur Arlyssa. Dia rimas jika terus di asak begitu.
Lalu,
Arlyssa pantas mengatur langkah masuk ke dalam pejabat. Meninggalkan Najwan
yang macam orang gila bayang itu. Makin dilayan, makin menyerabutkan kepala
Arlyssa.
Sementara
itu, Najwan memandang belakang tubuh Arlyssa yang semakin hilang di pandangan
mata. Dalam hati dia bertekad. Arlyssa harus direbut kembali. Walau dengan cara
apa sekali pun. Tak kiralah cara baik atau cara jahat!
Sekarang
kau menyombong dengan aku. Kau tunggulah. Nanti baru kau tahu langit tu tinggi
ke rendah! Ni Najwanlah. Semua benda yang aku nak pasti akan jadi milik aku!
Tekad Najwan bersemangat.
“HAI
sayang, lenanya tidur. Tak sihat ke?” Harith menyapa sebaik masuk ke dalam
bilik.
Dia
lihat badan Arlyssa bergerak sedikit sebab itu dia menegur. Tali leher yang
pagi tadi elok menjerut batang leher sudah hilang entah ke mana. Lengan baju
juga sudah disinsing ke pangkal siku. Dia duduk di sebelah Arlyssa. Pipi
isterinya diusap perlahan. Tak panas pun, gumam Harith. Mata Arlyssa terbuka
sedikit. Pipi itu dia kucup sekali.
“Hmmm..”
Arlyssa tarik tangan Harith dan dipeluk erat. Terpinga-pinga Harith seketika.
“Eh,
ada pulak macam ni?” Harith ukir senyum. Arlyssa dah pandai nak manja-manja.
Harith apa lagi, terus dia rebahkan badan di sebelah Arlyssa. Tangannya mula
memeluk pinggang si isteri.
“Eh,
apa pulak ni? Saya peluk lengan awak aje. Yang awak peluk pinggang saya ni
kenapa?” ujar Arlyssa sambil tepuk perlahan belakang tapak tangan Harith.
“Masam-masam peluk orang, pergilah mandi dulu,” sambung Arlyssa.
Spontan
pelukan di pinggang makin longgar. Dan terasa tubuh Harith makin menjauh.
Arlyssa pelik. Harith bangun dan terus mencapai tuala sebelum berlalu ke bilik
air. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Harith. Diam terus. Merajuk
ke? Adoyai! Suami siapa ni? Baru tegur sikit dah merajuk bagai. Hisy.
Arlyssa
garu kepala yang tak gatal. Kenapalah sikap Harith sejak akhir-akhir ni suka
betul merajuk. Tak boleh Arlyssa usik sikit pun. Dulu dia yang sibuk usik
Arlyssa. Haih. Pelik sungguh!
Pintu
bilik air terkuak, Harith berjalan merapati almari pakaian. Arlyssa hanya
memandang. Sejadah dihampar dan takbir diangkat. Selesai menunaikan suruhan kepadaNya,
Harith melipat kembali sejadah dan disidai di tempatnya. Dia sudah berkira-kira
mahu keluar dari bilik itu. Suka-suki cakap orang busuk! Tadi dia jugak yang
peluk aku. Habis tu, malam-malam tu cari aku jugak. Peluk aku jugak! Tukas
Harith di dalam hati.
Tiba-tiba
terasa sepasang tangan melingkar di pinggangnya. Langkah kakinya mati.
“Olololo...
Merajuk ke sayang?” tegur Arlyssa.
Harith
diam. Tak mahu melayan kata-kata Arlyssa. Merajuk! Melihat Harith tak berkutik,
Arlyssa berdiri di depan Harith pula. Tangannya masih setia di pinggang Harith.
“Alahai...
Tak handsome la hubby saya kalau merajuk macam ni,” Arlyssa mengusik sambil
mencubit kedua-dua belah pipi Harith.
Harith
kalih muka ke dinding. Mulutnya sudah tarik muncung panjang. Amboi pakcik ni!
Aku pujuk pun tak jalan. Habis, nak pujuk macam mana lagi ni? susah jugak
lelaki bila suka merajuk macam ni. Berpusing-pusing otak Arlyssa mencari idea.
Dan satu idea menjelma. Idea yang sangat berani. Err.. Boleh ke aku buat ni?
Idea okey tapi hati pulak terlebih gusar.
Buat
aje la. Suami kau jugakkan. Arlyssa meniupkan semangat di dalam hati. Mengumpul
kekuatan dalaman pun ya jugak. Pipi Harith dia pegang dengan kedua-dua belah
tapak tangan. Mata mereka beradu. Arlyssa dengan mata bundar manakala Harith dengan
mata tajam manikam. Apa pulak dia nak buat ni? Harith berfikir-fikir.
Kau
boleh buat! Sahut suara hati Arlyssa tanda menyokong. Arlyssa mendekatkan
wajahnya dengan wajah Harith. Hati yang sedang berdebar-debar ditolak ke tepi.
Yang penting pujuk pakcik ni dulu.
dekat, dekat dan semakin dekat. Tiba-tiba bibirnya dipagut laju. Memberi dan
menerima. Agak lama mereka berkeadaan begitu sebelum Arlyssa melarikan wajah.
Eh,
siapa yang cium siapa ni? Rasanya aku belum pun sampai ke muka dia tapi dia... Amboi!
Dalam merajuk sempat lagi tu! Arlyssa kegeraman. Wajah Harith yang sedang
senyum lebar itu pandang kecik besar kecik besar.
“Sukalah
tu! Mengelat!” Arlyssa lepaskan tangannya dari pinggang Harith dan kembali
berbaring di atas katil.
Asalnya
Arlyssa nak main-main aje sebab dia memang tak berani nak buat misi gila tu.
Tapi sekali Harith buat betul-betul. Huh!
“Mengelat
apa pulak, dah awak nak bagi saya ambil aje la. Rugi tolak rezeki tau,” balas
Harith sambil senyum kambing.
Arlyssa
peluk bantal. Malas nak layan!
Tadi
aku yang merajuk, sekarang dia pulak yang merajuk. Adoi! Hari merajuk sedunia
ke apa ni? Gerutu Harith sambil garu kepala yang tak gatal. Lambat-lambat dia
merapati Arlyssa. Tubuh kecil itu dia peluk dari belakang. Dia hanya peluk, tak
kata apa-apa pun.
Tuk..
Tuk.. Tuk.. Ketukan di pintu mengejutkan mereka yang sedang melayan perasaan
masing-masing.
“Harith,
Lys, dah solat ke belum? Mama ada sediakan minum petang ni, nanti turun ya,”
beritahu Puan Aini.
“Okey,
ma.” Sahut Harith sebelum Puan Aini berlalu ke ruang tamu. Minum petang yang
dikatakan itu sudah siap dihidangkan di atas meja. Cuma tunggu budak berdua tu
saja.
“Lys,
jom. Kesian biarkan mama sorang-sorang kat luar.” Harith rasa tak selesa pula
biarkan Puan Aini seorang diri di ruang tamu sedangkan mereka berkurung di
dalam bilik.
Arlyssa
bangun dan terus berlalu ke ruang tamu. Huluran tangan Harith dia tak sambut.
Sengaja menunjuk rasa memberontak. Sedangkan dia malu! Malu bertentang mata
dengan Harith. Mesti dalam hati Harith tengah kata apa aje kat dia.
“Ma,
nak minum petang kat mana? Kat luar boleh?” Arlyssa sudah terkeluar aura suara
manjanya dengan Puan Aini. Anak bongsu, biasalah. Manja!
“Tak
panas ke?” soal Puan Aini. Bukan dia tak tahu, panas petang memang menyengat.
“Tak
la, matahari dah condong ke Barat tu. Kejap,”
Arlyssa
berlari anak ke arah bilik. Selendang panjang pashmina dia capai dan dililit
ringkas menutup kepala. Dia sudah berazam. Sekali dia bertudung, dia tak akan
tanggalkan. Dia tak mahu Harith terbeban kerana terpaksa menanggung dosanya.
Dia menyertai Puan Aini yang sedang berborak kosong dengan menantu
kesayangannya tu. Siapa lagi kalau bukan Harith.
“Ma,
along ada telefon tak?”
Puan
Aini menyisip sedikit air teh sebelum diletak kembali cawan di tangan. “Ada,
dua hari lepas. Kenapa?”
“Tak
adalah, dah hampir sebulan along kursus kat sana. Rasa macam sekejap aje masa
berjalan.” Arlyssa gigit hujung cekodok pisang yang masih panas itu. “Ma, Kak
Ina bila nak balik ke sini? Dah lama mereka tak balik, adik rindulah.” Luah
Arlyssa. Lengan mamanya dia peluk erat dan kepala didaratkan di atas bahu Puan
Aini. Sudah lama rasanya dia tak bermanja dengan mamanya begitu.
Puan
Aini mengeluh perlahan. Mellina, anak keduanya ini paling degil dalam tiga
orang anaknya ini. Sudah berkahwin dan menetap di Dubai. Tapi dia tahu, Mellina
membawa diri ke sana sebabkan Puan Aini tidak bersetuju dengan pilihannya yang
telah manjadi suaminya kini. Puan Aini bukan apa, faktor perbezaan umur yang
terlalu ketara itu yang buat dia kurang bersetuju. Tapi nak buat macam mana,
sudah anaknya berkenan. Diturutkan juga kemahuan Mellina. Rasanya sudah empat
tahun dia tak pulang ke sini. Raya ke tak raya terasa sama sahaja.
“Entahlah,
adik.”
Arlyssa
sedar. Mamanya sedih setiap kali cerita Kak Mellinanya dibangkitkan. Tapi nak
buat macam mana, Kak Mellina degil. Dengan mama pun tak nak beralah.
“Mama
janganlah sedih, adik tanya saja.” Ujar Arlyssa.
Sedang
mereka melayan perasaan, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan pintu
pagar rumah sebelah. Harith melemparkan senyuman kepada orang itu kerana sudah
beberapa kali dia melihat orang itu melawat rumah sebelah. Hanya sekadar
berbalas senyuman, tak pernah pun Harith berbual dengan lelaki yang sudah
melebihi separuh abad itu.
“Assalamualaikum,”
Harith
panjangkan leher, mencari si pemberi salam. Laju dia melangkah ke arah pintu
pagar. Lelaki tadi yang memberi salam. Setelah bersalaman, Harith menjemput
lelaki itu menyertai mereka.
“Kak
Ani ke ni?” Lelaki itu tiba-tiba menyoal kepada Puan Aini.
“Ya.
Eh, Zainal ke ni? Hampir-hampir kak dok
kenal mu,” jawab Puan Aini dengan
loghat Terengganunya. Dia mempersilakan Zainal duduk.
Mama
dan abah Arlyssa orang Terengganu tapi anak-anak langsung tak pandai bertutur
loghat negeri ini. Harith dan Arlyssa tercengang. Mereka pelik, macam mana mama
kenal dengan lelaki ni?
“Lame doh ke kak balik sini? Saya
ingatkan kak jual doh rumoh ni sebab
saya mari dulu tengok orang lain duduk rumoh
ni. Doh ni sape pulok?” Ramah sekali Zainal bertanya itu ini dengan Puan Aini.
“Eh,
doklah. Kak dok jual. Kak beri anok
duduk. Ni anok kak, Arlyssa. Ni pulok nantu kak, Harith. Orang sini gok,” Puan Aini menuang air ke dalam
cawan dan dihulur ke arah Zainal. “Harith, Lys, ni Pak Zainal. Dia ni kawan
sekampung mama dulu. Eh, Zainal. Rumoh
sebeloh ni sape duduk?”
“Tak
dok sape duduk. Anok-anok tak mboh duduk. Ingatkan dari lok saje, baik wak homestay,
ade jugok masuk hasil.”
“Molek
jugok tu,”
Arlyssa
hanya menjadi pendengar setia perbualan mamanya dengan Zainal. Dia tak tahu nak
menyampuk apa sebabnya dia tak faham pun perbualan mereka. Walaupun dah lama
tinggal di sini, dia masih tak boleh menguasai loghat orang-orang di sini.
Terasa kelakar dan pelik.
Selepas
habis secawan air teh, Zainal meminta diri. Dia mahu menjenguk rumahnya dahulu
sebab dalam beberapa hari lagi ada orang mahu menginap di situ. Manakala mereka
bertiga melangkah masuk ke dalam rumah kerana rembang senda sudah kelihatan.
Tanda siang akan melabuhkan tirai diganti dengan malam pula.
DR.
Syed Yusri. Itulah nama yang tertulis di atas tag kerjanya. Dia memandang skrin
komputer yang sedang memaparkan rekod pesakit-pesakit di hospital itu. Dia
dihantar ke hospital ini untuk berkursus sambil bekerja. Dia mengeluh perlahan.
Kemudian kepala dikalihkan ke arah kalendar di atas meja. Kalendar itu dia
capai dan memandang tarikh-tarikh yang sudah dipangkah. Tinggal sebulan saja
lagi, dia berkira-kira di dalam hati. Terasa lambat pula masa berjalan.
Ketukan
di pintu mengejutkan Syed Yusri. “Masuk!” Laungnya.
Pintu
terkuak. Terperanjat dia memandang wanita yang sedang berdiri di hadapannya
kini. Serta-merta kenangan silam kembali menerjah kotak fikiran. Ya Allah,
kenapa kau hantar dia bertemu dengan aku?
“Doc, dia mahu berjumpa dengan doc,” beritahu Anglene, staf hospital
yang mengenakan seragam putih.
“Terima
kasih,” ucap Syed Yusri dan Anglene berlalu keluar dari bilik kecil itu.
Syed
Yusri merenung wajah itu. Wajah yang pernah dia rindui suatu ketika dulu.
“So, ada apa you nak jumpa I ni? Suami
you tak marah ke jumpa I?” Setelah membisu seketika, Syed Yusri akhirnya
menyoal. Dia bersandar sambil berpeluk tubuh.
Hasnida
menggelengkan kepala.
“I
datang jumpa you pasal pesakit bernama Puan Dariatun. Dia di bawah seliaan you
kan?” Hasnida sudah tidak mahu berbasa-basi lagi. Baik straight to the point! Dia terkejut juga kerana tak disangka akan
bertembung dengan Syed Yusri, bekas kekasihnya dulu.
“Hmm..
Sekejap,” Syed Yusri mencari maklumat tentang Puan Dariatun yang Hasnida
sebutkan itu. Dahinya berkerut semasa membaca tahap kesihatan pesakit tersebut.
“Puan
Darriatun. Apa yang I tengok, kandungan gula dalam darah dia tinggi sangat ni.
Hmm.. dah lama ke dia ada kencing manis?” Sekejap dia pandang skrin, sekejap
dia pandang muka Hasnida.
Hasnida
melepas keluhan. “Tiga tahun,” jawab Hasnida sambil menunduk. Dia membawa Puan
Dariatun yang juga uminya ke Sabah ni kerana mahu menggembirakan hati uminya.
Dia mahu membawa uminya jalan-jalan. Sejak kematian babah dua tahun lalu,
uminya langsung tak mahu bercampur dengan orang lain. Dengan saudara-mara pun
dia tak nak jumpa. Dia tenggelam di dalam dunianya sahaja. Dunia yang hanya ada
dia dan kenangan. Sepanjang tempoh itu, Hasnidalah yang menjaga Puan Dariatun.
“Bagaimana
dengan kakinya yang terluka tu?” Syed Yusri pandang skrin lagi.
Seorang
penghidap diabetis atau bahasa kampungnya, penyakit kencing manis mempunyai
risiko untuk dipotong kaki jika tahap gula dalam darah yang tinggi dan
mengalami luka. Walaupun hanya luka kecil.
Setelah
mendengar penerangan terperinci tentang tahap kesihatan Puan Dariatun, Hasnida
meminta diri untuk pulang. Nampaknya penerbangan kembali ke Semenanjung akan
ditunda lagi. Sudah dua hari uminya ditahan di wad.
“Err...
Can I ask you something?” Tiba-tiba
Syed Yusri menyoal ketika Hasnida sudah memgang tombol pintu.
“Yes?”
“You
tak kahwin lagi kan?” Hati kecil Syed Yusri kuat mengatakan yang Hasnida tak
kahwin lagi. Kalau dah kahwin kenapa jari dia tak ada sebentuk cincin pun.
Hasnida
membisu. Dia terus melangkah pergi tanpa menjawab soalan tuan doktor ini
terlebih dahulu. Termanggu-maggu Syed Yusri kerana terpinga-pinga. Tapi hanya
untuk seketika. Dia yakin. Hasnida masih belum berpunya. Dia tak akan menunggu
lama lagi selepas ini. Peluang yang ada mesti direbut!
Telefon
bimbit dia bawa keluar dari poket seluar. Selepas berbalas salam, dia terus
meluahkan apa yang dirasa.
“Ma,
along nak kahwin!”
yay! org first komen!
BalasPadamaik hasnida??
hahahahaha... haah.. tp just selit skit2 je kisah hasnida+syed yusri ni..:)
BalasPadamSuka bila Harith merajuk ;) *mood gediks* :p
BalasPadamSZ
Hahahaha.... Akak mmg le.......:P
BalasPadamsuka2...tp nape ngan najwan tuh, gile ke..nnt mula la kacau harith n lisa..
BalasPadamhehe suke nye kat harith,dalam merajuk leh jerrrrr amek kesempatan kat wife tersayang....
BalasPadamwida; najwan mmg dicipta utk merosakkan hubungan HarLys... tp happy ending yep..:D
BalasPadamnorihan; sape x kenal harith kan... hehehehehe
Best....
BalasPadamNajwan still tak nak lepaskan Lyss ke????
Tak suke lah cam ni....
aduh...
BalasPadamsibuk btl la si najwan nie...
baik lyss bgtau kat haris awl2...
nti xde la gado2..
xmo la haris ngn lyss gadoh..
huhuhu..
nuratiza; najwan diciptakan utk merosakkan hubungan HarLys.. sabo je la..:)
BalasPadamnursya; yeee.. lys akan bgtau hubby dia.. tunggu next entry kay.. gaduh2 adat berumah tangga..:D
FF cepat2 update x sabo dah ni..
BalasPadamkak, lupa nak ckp, minggu depan xde n3 ECH sbb sy nak rehatkan sekejap ECH.. nak promote KYKS dulu...:)
BalasPadam