**Assalamualaikum & salam sejahtera... okey, here part 3 and last yep.. jangan la mintak sambung lagi.. huhuhu... jemput baca n komen..:))
SINAR
cahaya matahari yang terik memancar sangat menyilaukan mata. Aku menggosok
mata. Kemudian tangan mencengkam kepala. Aku cuba bangun tapi tak boleh. Ya
Allah, peningnya! Aku pandang sekeliling. Aku bukan tidur di atas katil tapi di
atas karpet. Tak tersedar langsung aku tertidur kat sini.
Cahaya
matahari? Maknanya dah siang. Aku sudah terlepas solat subuh! Dengan sisa
tenaga yang tersangat sedikit, aku gagahkan diri untuk bangun. Aku berpaut dengan
tepi katil supaya dapat bangun dan berdiri dengan stabil. Tapi tetap juga tak
boleh. Seluruh isi bilik terasa berpusing-pusing. Aku kembali terduduk. Kedua-dua
belah tangan memegang kepala. Terasa semakin sakit kepalaku.
Dalam
kepeningan, mataku menangkap katil Nia. Ya Allah Nia! Aku lupa terus dengan
anakku sorang itu. Aku cakap dengan mama nak ambil lewat sedikit tapi sekarang?
Dah seharian aku tinggalkan Nia kat sana. Mama pula tak telefon aku. Aduh!
Fiza, Fiza. Macam mana kau boleh lupakan anak kau tu? Hisy! Tak boleh diharap!
Aku
capai tuala dan berdengkot-dengkot ke bilik air. Dah macam orang dalam pantang
bersalin cara aku berjalan tu. Seksa sangat! Aku nak mandi, harapnya lepas
mandi, rasa pening ni akan hilang.
“MA,
Nia macam mana?” selepas memberi salam, aku terus menyoal mama. Sebelah tangan
menegang telefon di tepi telinga. Sebelah lagi memegang kepala. Pening kepalaku
masih belum hilang. Nampaknya cara mandi tadi tu tak menjadi.
“Papa
bawa Nia keluar jalan-jalan. Katanya nak belikan aiskrim untuk Nia. Nia baru
aje sudah bermain dengan papanya tadi,” jawab mama.
Papanya?
Maknanya Aril pergi ke sana? Aku menyoal di dalam hati.
“Err…
Abang ada kat sana ke ma?” aku teragak-agak bertanya dengan mama. Terasa tak
sesuai aje soalan tu. Mesti mama fikir yang bukan-bukan.
“Haah,
mama pun tak tahu bila Aril sampai ke sini. Bangun pagi tadi mama nampak dia
dah ada kat dalam bilik tu,” ujar mama. Aku terdiam seketika. Maknanya semalam
selepas dia keluar tu, dia dah tak balik ke rumah kami ni. Patutlah aku
sorang-sorang saja kat dalam bilik.
“Sya,”
panggilan mama menghentikan lamunanku.
“Ya,
ma.” Lambat-lambat aku menyahut.
“Masalah
Sya dengan Aril tak selesai lagi ke?”
Mendengarkan
soalan mama, aku mengeluh perlahan. Kalau boleh, aku rasa mahu menangis lagi.
Dengan masalah yang masih belum selesai, dengan sakit kepala lagi. Aduh!
Tersangat sakit. Kalaulah dengan menghantukkan kepala ke dinding dapat
melegakan kesakitan ini, dah lama aku hantukkan kepala kat dinding.
“Belum,”
sepatah aku menjawab soalan mama. “Ma,” aku memanggil. Suaraku semakin lemah.
“Ya
sayang. Sya okey ke ni?” Mama sudah dapat menangkap perubahan suaraku.
“Okey,
okey.” Dengan susah payahnya aku menjawab. “Kalau hari ni Sya tinggalkan Nia
kat rumah mama tak apa kan? Sya rasa tak sedap badan. Kepala macam pening aje
ni.”
“Pening?
Dah makan ubat ke belum ni?” Jelas suara mama yang kerisauan.
“Belum.
Sya nak rehat aje ni. Rasanya lepas rehat sekejap, dah okey kut.” Aku sekadar
berkata begitu untuk menyedapkan hatinya.
“Okey.
Jangan lupa makan ubat tu,”
“Ma,”
aku memanggil lagi.
“Ya,
Sya?”
“Abang
masih ada kat sana ke, ma?” dalam sakit-sakit pun kau masih ingatkan dia, Fiza?
“Aril
tak ada. Dah keluar tadi. Kenapa Sya?” mama menyoal balas dengan nada pelik.
“Oh,
tak apalah ma.”
“Sya
nak mama call dia ke?”
“Eh,
tak apa, tak payah.” Laju aku menghalang.
“Sya,”
tika aku mahu mematikan perbualan, mama tiba-tiba memanggil namaku.
“Iya
ma?” Rasa pening di kepalaku semakin mencengkam. Di dalam hati tak putus-putus
aku menyebut ya Allah.
“Kalau
perlukan apa-apa bantuan, mama dan papa ada untuk Sya.” Entah kenapa kata-kata
mama itu terasa sayu ditangkai hatiku. Sepertinya aku ni bukan menantu mereka
tapi anak mereka.
“Okey
ma,”
Dan
talian terputus. Aku mengensot di atas katil mendapatkan bantal. Rasa sakit
kepala ini semakin lama semakin mencengkam. Ya Allah, sesungguhnya rasa sakit
ini penghapus dosa kecil. Aku menggumam di dalam hati. Bibir aku basahkan
dengan zikir kepada Allah. Supaya rasa sakit ini semakin berkurang. Kepala
dipejam rapat. Entah bila aku dibawa pergi oleh rasa kantuk.
SYAZRIL
membelok kereta masuk ke dalam halaman rumah. Kereta berhenti di depan tangga
dan bukannya terus masuk ke dalam garaj. Dia sekejap saja ni. Kerana tertinggal
dokumen penting, terpaksalah dia balik ke rumah. Sepatutnya dia dah masuk dalam
bilik mesyuarat ni sebab ada perbincangan penting tapi nasib baik sempat dia
suruh Sham gantikan sekejap. Kelam-kabut dia memandu tadi.
Tangga
dia daki laju supaya cepat sampai ke atas. Saat pintu terbuka, dia terus
menonong ke bilik kerja. Dah tak hiraukan kiri dan kanan. Melangkah masuk ke
dalam bilik kerja, matanya terus terpahat pada dokumen berwarna biru itu. Tangan
laju mencapai dokumen itu. Setelah diperiksa isi dalamnya, Syazril pantas
keluar dari bilik itu.
Ketika
melewati pintu bilik sendiri, kaki Syazril automatik berhenti. Lama dia
merenung pintu itu. Nak masuk ke tak? Itu yang sedang berlegar di dalam kepala
Syazril. Err… tak ada orang kan? Ah, redah ajelah.
Tombol
pintu dia pulas dan daun pintu ditolak perlahan. Mata meliar memandang ke
segenap bilik.
“Air-cond on?” Syazril menyoal sendiri.
Syafiza terlupa tutup ke sebelum keluar tadi?
Syazril
berlalu ke arah penghawa dingin. Mata meliar mencari alat kawalan jauh penghawa
dingin. Niat di hati mahu mematikan alat pendingin itu. Tempat yang biasa letak
alat kawalan itu juga kosong. Kat mana pulak ni?
Dalam
tercari-cari itu, dia ternampak kelibat sekujur tubuh di atas katil. Lantas dia
merapati katil. Syafiza! Maknanya tadi memang ada orang kat dalam bilik ni.
Syazril pandang pelik ke arah isterinya yang sedang terbaring kaku. Wajah
Syafiza dia pandang. Rintik-rintik peluh membasahi dahi dan sebahagian wajah
Syafiza.
Suhu
air-cond punyalah sejuk, tapi masih
berpeluh? Syazril menyoal di dalam hati. Ini menimbulkan rasa pelik di hati
Syazril. Lantas tangan didaratkan di leher isterinya. Tindakan spontan.
“Panas!”
Sedikit naik ton suara Syazril. Pantas dia mengejutkan Syafiza.
“Sayang,
sayang,”
Diam.
Kaku. Panggilan Syazril tak bersahut. Syazril menggelabah. Kenapa ni? Janganlah
main-main. Hati Syazril berasa tak enak.
“Fiza,
Fiza. Janganlah main-main macam ni. Jangan takutkan abang,” kata Syazril tapi
Syafiza tetap juga begitu. Tetap tak bereaksi.
Tanpa
menunggu lama, Syazril paut tubuh Syafiza. Dia dukung Syafiza masuk ke dalam kereta.
Sebelum terlupa, sempat dia capai tudung dan beg duit Syafiza. Tergopoh-gapah
dia memandu.
Telefon
dikeluarkan dari poket seluar dan nombor telefon Sham segera dia dail. Nasib
baik dia memang menggunakan alat bebas tangan.
“Sham,
kau handle sorang-sorang meeting tu boleh tak?” Sejurus talian
bersambut, Syazril pantas menyoal.
“Handle sorang? Kenapa pulak?” Sham soal
balas sambil kening terjongket ke atas. Sudahlah dia terpaksa meminta diri dari
client penting mereka untuk keluar
sekejap kerana panggilan Syazril ini.
“Sya
pengsan kat rumah. Aku nak bawa dia ke klinik dulu,”
“Pulak
dah. Habis tu, dokumen tu macam mana?” Syazril ni saja aje buat dia pening.
Sham tak sudah-sudah mengomel di dalam hati.
“Kau
suruh despatch kita ke Klinik Rohana,
aku tunggu kat sana. Suruh dia gerak sekarang.” Arah Syazril.
Usai
menelefon Sham, Syazril pandang isterinya di sebelah. Tangan memegang tangan Syafiza.
Perlahan-lahan tangan itu dia usap.
“Sabar
sayang,” kata Syazril bagai memujuk isterinya.
Kereta
terus dipandu membelah jalan raya. Jarum pada meter had laju sudah melebihi had
laju yang sepatutnya.
AKU
terjaga. Seperti ada yang sedang memanggil namaku. Aku pandang pelik dinding
sekelilingku yang berwarna putih dan dinding simen. Rumah aku dindingnya kayu
dan bukannya warna putih. Aku kat mana ni? Dengan kepala yang masih memberat,
hati kecilku menyoal. Sungguh, aku kebingungan tika itu.
“Puan
dah sedar? Boleh bangun ke tak ni?” Ada suara asing tiba-tiba menyoalku. Laju
aku mencari arah datangnya suara itu. Seorang wanita lewat empat puluhan yang
memakai jubah putih sedang tersenyum ke arahku.
“Saya
kat mana ni?” Soalannya tak aku jawab sebaliknya aku mengeluarkan soalan lain.
“Saya
Doktor Rohana. Puan sedang berada di klinik saya,” ujar wanita itu memperkenalkan
diri. Doktor?
“Klinik?
Kenapa saya ada kat sini?” Kepala aku masih bingung sebenarnya.
“Sayang
pengsan kat rumah tadi,” ada suara lain pula yang menyampuk. Aku kenal suara
itu.
Pengsan?
Bila? Rasanya aku tertidur aje pagi tadi. Kepalaku berfikir. Aku pandang ke
sisi, Aril ada di situ. Doktor Rohana mula beransur ke mejanya. Aril hulur
tangan, mahu membantu aku bangun. Dalam hendak dan tidak, aku sambut juga
huluran itu. Menjaga air muka Aril di depan Doktor Rohana. Aku duduk di kerusi
yang disediakan.
“Puan
selalu ke pengsan sebelum ni?” Doktor Rohana menyoalku.
Pengsan?
Aku gelengkan kepala.
“Atau
sakit kepala? Loya-loya?”
“Tak
ada,”
“Hmm…
puan buat ujian air kencing dulu ya,” Doktor Rohana menghulurkan bekas kecil
kepada aku. Dalam rasa pelik, aku ambil juga bekas itu dari tangan Doktor
Rohana.
“Boleh
jalan tak ni?” Aril tiba-tiba menyoalku perlahan.
“Boleh,”
balasku sambil bangun dan ke tandas.
“TAHNIAH,”
ucap Doktor Rohana samba senyuman melebar di bibirnya.
Aku
terkedu. Tahniah?
“Alhamdulillah,
syukur ya Allah. Terima kasih doc.”
Aku jeling orang sebelah. Aril mengucap syukur sambil meraup muka.
Selepas
tu Doktor Rohana berpesan itu dan ini kepada Aril. Aku hanya menjadi pemerhati.
Kalau dengar pun, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Langsung tak ambil
hal. Tahu-tahu saja Aril dah ajak balik. Aku angkat punggung dan ikut aje
langkah Aril ke kereta.
Sepanjang
perjalanan balik ke rumah, aku diam, dia pun diam. Langsung tak ada rasa nak
sembang ke apa ke. Kalau ikut aku, memang tak ada langsung rasa nak sembang.
Lepas peristiwa semalam, hati aku dah tawar nak sembang dengan dia.
Kereta
berhenti di halaman rumah. Sudah lama kereta berhenti tapi tak ada tanda-tanda
pun yang dia akan keluar atau pun dia akan bukakan pintu untuk aku.
Paling-paling kurang pun bukakanlah kunci penggera pintu ni. Aku dah lemas
duduk kat dalam kereta ni.
“Sampai
bila nak duduk dalam ni?” Kerana hilang sabar, aku menyoalnya.
Dia
pandang aku tapi aku larikan mata ke luar cermin.
“I think we need to talk,” perlahan dia
berkata. Tenang.
“Tak
ada apa yang perlu dibincangkan lagi. Sebabnya, yang salah tetap saya. Dan awak
semuanya betul!” Allah, lancangnya mulut ini membidas.
“Sayang,”
Aril cuba pegang tangan aku tapi aku cepat-cepat larikan tangan. “Tolonglah
jangan macam ni,”
“Habis,
nak macam mana lagi? Nak bersuka-ria bila tahu suami saya ada perempuan lain?
Macam tu?” Air mata tiba-tiba bertakung di tubir mata.
“Perempuan
lain? Abang tak ada dan tak pernah ada perempuan lain,” Aril menafikan. Tegas
sekali suaranya.
Aku
pekakkan telinga. Aku tak nak dengar apa yang dia cakapkan. Aku dah malas nak
dengar. Lantas aku pegang pembuka pintu kereta. Aku nak keluar!
“Cepatlah
buka!” Suaraku sudah meninggi.
Aril
mendengus. Mungkin kerana bosan melihat aku langsung tak layan setiap cakapnya,
Aril akhirnya menekan central lock
keretanya. Sejurus kunci dibuka, aku terus tolak pintu kereta. Tangga demi
tangga aku daki untuk masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Aril yang masih di
dalam kereta. Aku menapak ke bilik. Seketika kemudian, aku mendengar deruman
enjin kereta Aril. Mungkin Aril sudah keluar kembali.
Sementara
aku, rebahkan badan di atas katil sambil pandang siling. Mata dipejam celikkan
berkali-kali.
DUA
minggu sudah berlalu. Dan hubungan aku dengan Aril masih hambar. Seorang ke
hulu, seorang ke hilir. Entah. Aku pun tak tahu bagaimana kesudahan hubungan
ini. Kalau ikutkan hukum, aku boleh aje pergi mengadu kat pejabat agama. Tapi
sebabkan aku sayangkan hubungan ini, aku diamkan saja. Aku nak tengok, sejauh
mana Aril nak biarkan hubungan kami berterusan begini.
Aku
balik ke rumah. Hanya memandang dinding yang bisu. Nia sudah aku tidurkan di
dalam katil kecilnya. Aku mengeluh. Teringat diri yang masih belum menunaikan
solat isyak, aku lantas bangun dan menghilang di dalam bilik air. Ambil wuduk
dan solat. PadaNya aku berserah.
Usai
solat, aku capai al-Quran dari atas kabinet kecil. Al-Quran yang telah
dijadikan hantaran semasa aku dan Aril kahwin dahulu. Lamanya aku tak membaca
kalimah cinta di dalam al-Quran ini. Pelahan-lahan aku membelek muka surat
pertama. Bibir perlahan mengalun bacaan al-Fatihah.
“SO, macam mana dengan rancangan kau tu?” Sambil
berjalan beriringan dengan Syazril, Sham menyoal.
“So far so good.” Balas Syazril.
“Bila
kau akan laksanakan rancangan tu?”
“Tiga
hari lagi.”
“Hmm…
dah tak lama. Good luck. Harapnya
rancangan kau ni tak sia-sia sampai Sya merajuk bagai.” Kata Sham sambil senyum
sinis. Segala cerita tentang Syazril dan Syafiza, kemas tersimpan di dalam
poketnya ni.
Syzaril
termenung seketika mengenangkan kata-kata Sham. Harapnya rancangan yang dia
atur ni tak mengecewakan isterinya. Lepas dah berperang besar sejak dua minggu
lepas, amat-amat tak berbaloi kalau rancangan ni tak berjaya.
“Hoi,
apa hal berdiri kat tengah-tengah ni macam patung hiasan? Kau nak lunch kat sini ke?” sergahan Sham
mengembalikan Syazril ke dunia realiti.
“Hah?”
dalam terpinga-pinga, Syazril melajukan langkah mengejar Sham yang semakin
menjauh.
Petang
menjelma. Syazril dah tak boleh pandang segala kerja-kerja di atas mejanya. Lalu,
dia ambil keputusan untuk keluar. Kepada Wadia dia cakap takkan masuk lagi
kerana ada hal penting. Syazril memandu kereta tanpa hala tuju. Nak balik ke
rumah? Tak ada orang. Baru pukul 4.00 petang. Sah-sah isterinya ada di butik
lagi.
Tanpa
berfikir panjang, Syazril memandu ke rumah keluarganya. Kereta dipandu masuk ke
dalam garaj.
“Eh,
apa mimpi kamu datang ke sini?” Datin Sharida menegur Syazril sejurus nampak
kelibat Syazril. Syazril menyalami tangan mamanya.
“Alaa…
macam Aril tak boleh datang ke sini. Nak baliklah macam ni,”
“Tak
payahlah nak ugut-ugut macam tu. Tak lutnya dengan mama ni.” Selamba kata Datin
Sharida. Bukan dia tak kenal anak lelakinya ni macam mana. Sembilan bulan dia
mengandungkan Sayzril. Dia dah terlalu masak dengan perangai Syazril.
“Nia
mana ma?” Syazril memanjangkan leher mencari kelibat anak tunggalnya itu.
“Papa
bawa keluar jalan-jalan tadi,” Datin Sharida mahu melangkah ke dapur. “Kamu nak
minum tak?”
“Tak
apalah ma, nanti Aril ambil sendiri.” Jawab Syazril sambil duduk di ruang tamu.
Tangan menekan remote control TV.
“Okey,”
Datin Sharida berlalu ke dapur.
Jelas
riak kebosanan di wajah Syazril. Dari satu saluran ke satu saluran dia tekan.
Tak ada satu pun yang berjaya memikat hatinya. Akhirnya dia bersandar pada
sofa. Kepala sudah sampai ke benua mana entah.
Datin
Sharida muncul di ruang tamu bersama muk di tangan. Satu sajalah muk tu sebab
Syazril cakap tak nak tadi. Jika Syazril tak datang, tinggal dia dengan bibik
sajalah kat rumah ni.
“Aril,”
Datin Sharida cuit bahu Syazril. Terpinga-pinga anaknya. “Dah sampai ke bulan
ke?” Datin Sharida duduk di sebelah Syazril.
“Tak
adalah,” nafi Syazril.
“Tak
ada? Mama tengok muka tu macam ada masalah besar aje.” Kata Datin Sharida. “Kau
berdua ada masalah ke?” Syazril pantas pandang wajah mamanya.
“Masalah?
Fiza ada cerita apa-apa ke?”
“Tak
ada. Sebab tu mama tanya kamu.” Datin Sharida ubah posisi duduk. Dia pandang
Syazril. “Sebenarnya apa masalah kau orang ni? Beberapa minggu lepas mama
tengok mata Sya bengkak semasa hantar Nia ke sini. Bila mama tanya dia
berdalih. Tapi mama tahu dia menangis. Mama pun perempuan Aril, mama faham
perasaan Sya.”
Syazril
meraup muka.
“Masalah
kecil aje ma,”
“Masalah
kecil? Sampai menangis anak orang tu. Kamu jangan cari penyakit Aril. Mama tak
suka anak mama bercerai-berai.” Datin Sharida memberikan amaran.
“Cerai?
Tak adalah sampai ke situ mama ni.” Sanggah Syazril. Sampai ke situ mama
berfikir. Kata hati Syazril. Syazril pandang jam di pergelangan tangan. “Ma,
Aril gerak dululah.” Dia hulur tangan mahu menyalami tangan Datin Sharida.
“Dah
nak pergi? Tak nak tunggu Nia dulu?”
“Tak
apalah. Malam ni aje Aril jumpa dia. Sampaikan peluk cium Aril untuk Nia.” Kata
Syazril lagi. Dia bergegas keluar rumah, mendapatkan keretanya.
Datin
Sharida menggelengkan kepala. Datang macam ribut, pergi juga macam ribut.
“YA
Allah letihnya!” aku merungut.
Terasa
badanku tersangat penat. Sejak akhir-akhir ni banyak sangat tempahan yang
masuk. Tempahan untuk dinner la,
untuk kenduri kahwin lagi. Maklumlah cuti sekolah tak lama lagi. Masa tu memang
sibuk orang duk buat kenduri kahwin. Dan orang-orang kita ni suka sangat tempah
baju baru sebabnya mereka cakap tak nak pakai baju yang sedia ada. Tambah lagi
kalau majlis tu buat kat hotel besar. Memang semua pakat nak melaram ajelah.
Sekarang
aku sudah menggaji dua orang pekerja lagi yang berkemahiran tinggi dalam seni
jahitan. Tapi tu semua tetap tak buat aku berehat panjang. Aku tetap tak menang
tangan menjahit tempahan pelanggan. Lagi-lagi kalau ada yang nak aku sendiri
menjahit baju mereka. Maka terpaksalah aku turuti permintaan pelanggan tetap
itu. Letih dan penat usah kiralah. Lagi lagi sekarang ni aku disahkan berbadan
dua. Penat tu rasanya berganda.
“Kak
Sya,” panggilan itu mengejutkan aku. Terbang segala yang aku angankan.
“Ya
Dian,” kepala aku angkat memandang Dian. Dian adalah salah seorang pekerja
baruku.
“Ini
ada empat pasang lagi tempahan untuk hari ni. Semuanya perlu disiapkan oleh Kak
Sya sendiri.” Dian letak kain-kain di tangannya di atas mejaku. Aduh! Dalam
hati aku sudah mengaduh. Yang dalam tangan pun dah banyak, ini ada empat pasang
lagi.
“Bila
mereka nak ni?”
“Kalau
boleh sebelum cuti sekolah,”
“Sebelum
cuti sekolah?” ton suaraku naik sedikit. Spontan aje.
“Err…
haah kak,” tergagap-gagap Dian jadinya. Mana tak gagapnya kalau kena marah
tiba-tiba.
“Tak
apalah, tinggalkan saja kat situ.” Kataku lemah.
Dian
berlalu keluar. Dan aku merenung kain itu. Entah bila la akan siap ni. Aku
mengeluh di dalam hati. Dengan kesihatan yang kadang tak berapa nak elok ni,
aku tak jamin dapat siapkan semua ni. Tapi Dian dah bersetuju. Nak tak nak
terpaksalah aku buatkan juga.
“Ehem,”
“Ada
apa lagi Dian?” tanpa angkat kepala aku menyoal.
Diam.
Eh, kenapa pula diam aje Dian ni?
“Dian,”
aku angkat kepala dan tergamam.
Ternyata
bukan Dian yang berada di hadapanku kini. Tapi seorang lelaki bergelar suami.
Aku larikan pandangan mata ke arah lain. Walaupun rindu untuk menatap wajah itu
tapi aku sabarkan hati. Tinggal serumah tapi tak bertentang mata.
“Ehem.
Jom!”
Aku
panggung kepala. Jom? Nak ke mana pulak? Hatiku menyoal.
“Eh,
termenung pulak. Cepatlah,” dia bersuara lagi apabila melihat aku diam. Tangan
Aril ligat mencapai itu dan ini di atas mejaku. Kononnya nak tolong kemas bagi
pihak aku.
“Heh!
Apa ni?” Angin aku tiba-tiba.
“Dah
nampak nak termenung sangat. Cepatlah kemas tu,” Aril mengarah aku.
“Saya
tak cakap pun nak ikut awak.” Berani aku melawan kata-katanya.
“Abang
tak perlukan persetujuan Fiza. Abang nak Fiza ikut arahan abang. Wajib.” Aril
sudah menggunakan kuasa vetonya.
“Saya
tak nak!”
Aku
rampas segala barang-barangku yang berada di dalam genggamannya. Tapi Aril
berkeras. Tetap tak mahu serahkan apa yang ada di dalam genggamannya. Akibatnya
berlakulah adegan tarik menarik antara mereka.
“Fiza
sayang, boleh tak dengar cakap abang untuk kali ni?” Aril berkata lembut.
Benar-benar mahu membeli jiwaku.
Akhirnya
pautan tanganku pada barang itu terlerai. Aku mengalah bukan bermakna aku
kalah. Aku sedar aku bukanlah bertenaga mana. Tambah-tambah bila disahkan
berbadan dua ni. Cepat sangat berasa letih.
“Jom,”
entah sejak bila Aril berdiri di sebelahku. Dia sudah menggenggam tanganku.
“Nak
pergi mana?” Aku meringankan mulut bertanya. Nada sudah mengendur.
“Adalah,”
Aril jawab sambil kenyit mata.
Nak
main rahsia pulak? Aku menyoal di dalam hati. Malas bersoal jawab lagi, aku
ikut saja langkah Aril. Masuk ke dalam kereta, Aril terus memandu ke destinasi
yang masih lagi rahsia itu. Lama-lama memandang jalan raya, akhirnya mataku
mengantuk. Tak sedar aku tertidur. Lagi pulak lagu yang Aril pasang semuanya
mendayu-dayu. Mananya mata aku tak layu.
“Sayang,”
jauh-jauh aku mendengar panggilan sayang itu. Tapi mata tak terasa nak buka
pun. Macam kena gam aje.
“Sayang,”
panggilan itu kedengaran lagi. Siapa pulak duk main sayang-sayang ni? Aku
buat-buat bodoh.
Tiba-tiba
aku rasa pipiku disentuh. Eh, kenapa rasa lain? Bukan disentuh dengan tangan tapi
dengan…. Bibir! Allah! Aku celikkan mata dan pandangan kami bersabung. Lidah
kelu. Dia senyum. Err…. Aku tak tahu maksud senyuman tu. Sebab suka ke?
“Jom
keluar,” kata Aril sambil tolak pintu kereta.
Aku
terkejut. Keluar? Aku pandang keluar cermin. Keadaan kat luar gelap gelita. Dah
sampai ke? Tapi kat mana ni? Aku menyoal di dalam hati. Kepala sibuk sekali
memandang kiri dan kanan.
“Yang,”
Aril memanggil sambil membuka pintu kereta sebelahku. Terpinga-pinga aku
jadinya.
“Kat
mana ni?”
“Keluar
dulu. Nanti abang bagi tahu.” Aril hulur tangan, mahu aku menyambutnya. Teragak-agak
aku menyambut huluran tangannya.
“Tapi
Nia?” tika ini aku tersangat rindukan Syariza Dania. Tak pernah aku tinggalkan
Nia lama-lama begini.
“Tak
apa, abang dah telefon mama. Mama faham,”
“Faham?”
“Anak
dan memantu mama juga perlukan ruang mereka sendiri. Mama juga pernah muda, sayang.
Jom masuk,” ajak Aril. Mesti mama fikir yang bukan-bukan saja.
Aril
buka pintu utama dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menekan suis lampu dan
terang-benderang pintu itu. Aku terkesima. Sekali lagi aku terkejut. Tak sangka
aku dihidangkan dengan pemandangan ini. Sebuah rumah seperti istana. Cantik.
Tersangat cantik!
“Suka?”
dia menyoalku sambil genggam tanganku.
Kepalaku
terangguk sambil memandang ke sekitar rumah. Setapak demi setapak aku atur
langkah di dalam rumah itu. Aril setia mengikut langkahku.
“Rumah
siapa ni?” Baru terasa nak tanya. Apa la kau ni Fiza.
“Rumah
kita.” Bisik Aril. Betul-betul di tepi telingaku. Tak sedar langsung entah bila
dia memeluk aku dari belakang.
“Rumah
kita?” Kening sudah terjongket ke atas. Habis, rumah yang sekarang ni? Soalan
kedua berlegar di dalam kepalaku
“Yup, rumah kita. Hanya untuk
persinggahan saja. Mungkin apabila anak-anak dah besar dan dah ada kehidupan
sendiri, kita boleh tinggal kat sini.” Jawab Aril.
“Oo…”
“Jom
naik ke atas. Nak tengok bilik kita tak?”
“Nak,”
“Jom.”
Aril tarik tangan aku supaya mengikut langkahnya.
Kami
mendaki tangga ke tingkat atas sehinggalah terhenti di depan sebuah pintu
bilik. Aril pulas tombol pintu itu dan ditolak perlahan. Suis lampu ditekan. Cahaya
lampu menyimbahi segenap ruang dalam bilik. Sekali lagi aku terkejut. Bilik
dihias seperti bilik pengantin. Dengan taburan kuntuman mawar di atas katil.
Benar-benar membuat perasaanku terawangan. Aril betul-betul menyediakan kejutan
buat aku hari ni.
“Untuk
apa semua ni?”
“Untuk
isteri yang paling abang cinta.” Aril cium dahiku.
Air
mata bergenang tiba-tiba. Aril benar-benar buat aku terharu. Aku tak minta
semua ni.
“Hei,
kenapa ni? La…. Takkan sedih jugak kut.” Kata Aril sambil pandang wajah aku. “Dah,
dah. Tak nak nangis macam ni. Jom mandi, nanti boleh solat sama-sama. Dah lama
kita tak solat berjemaah kan,” Aril kesat air mata yang membasahi pipiku. Ya,
sudah lama aku dan dia tak berjemaah bersama. Terasa sangat rindu untuk melalui
saat-saat diimamkan oleh suami sendiri.
USAI
solat, panjang doa yang Aril bacakan. KepadaNya dipohon kebahagiaan rumah
tangga yang dibina ini. Jauhkanlah hasutan syaitan yang boleh meruntuhkan
ikatan ini. Doa diaminkan dan Aril memusingkan tubuh memandangku. Tangan
dihulur. Aku menyambut huluran itu. Air mataku gugur tanpa dipaksa. Ya Allah,
cepat benar hati ini tersentuh. Dan asal tersentuh aje, mata pasti berair.
Kepala
diangkat dari mencium tangan Aril. Mata kami beradu. Aril kesat air mata yang
mengalir dengan tangan kiri sambil mengelengkan kepala.
“Baby kita macam mana?” Aril tiba-tiba
menyoal sambil tangan mendarat di atas perutku.
“Good. Sihat di dalam rahim mamanya.”
Balasku.
Aril
tundukkan kepala hingga seperti mahu daratkan kepala di atas ribaku.
“Baby, duduk diam-diam kat dalam ya.
Jangan susahkan mama. Kesian mama yang kandungkan baby. Papa tahu mama penat. Jadi anak yang soleh dan solehah, ya.”
Aril berbisik perlahan. Seperti anak kami itu faham setiap yang dia cakapkan
itu. Hatiku tersentuh lagi.
Aril
tiba-tiba bangun dan melangkah ke satu sudut bilik. Dia ambil sebuah beg kertas
dan dibawa kepadaku. Sementara itu, aku buka telekung yang membaluti tubuh.
Bilik itu asih belum lengkap sepenuhnya. Jadi aku sangkutkan telekung pada
penyangkut baju dan digantung di dalam almari.
Aril
atur langkah sampai di depanku, beg kertas diberikan kepadaku. Aku pelik. Wajahnya
aku pandang sambil menghantar pertanyaan melalui riak muka. Aril dekatkan wajah
pada telingaku.
“Bersiap-siap
dan pakai baju kat dalam ni. Nanti kita dinner
sama-sama.” Aril kenyitkan mata kepadaku.
“Kita
nak keluar ke?” aku bertanya lagi. Masih tak faham apa yang Aril cuba
sampaikan.
“Tak,”
“Habis
tu?”
“Just do it without any single questions.
Mudah kan?”
“Okey,”
balasku lemah.
“Jangan
lama-lama sayang, nanti abang rindu.” Aril kenyit mata lagi sebelum berlalu
keluar dari bilik itu. Meninggalkan aku yang masih berasa pelik. Sungguh Aril
terlebih romantik hari ni. Tidak seperti sebelum-sebelum ni yang kadang tengok
aku seperti tak berperasaan.
Aku
seluk tangan ke dalam beg kertas itu. Material lembut menyentuh kulit tanganku.
Baju ke? Lalu aku keluarkan dari beg kertas. Sehelai gaun malam terbentang di
depan mata. Gaun rona kelabu gelap dan punya perincian lace rona keemasan pada pinggang benar-benar berjaya memikat
hatiku.
Aku
gayakan gaun itu pada badan sambil berdiri di depan cermin besar. Sesuai dengan
kulitku dan sangat padan dengan tubuhku. Pandai Aril pilih saiz. Tapi…. Mataku
memandang bahagian atas baju itu. Luas terdedah di bahagian dada dan bertali
halus. Kalau sekali tengok, macam langsung tak bertali. Aduh, seksinya. Malu!
Dengan
suami sendiri pun kau nak malu ke? Suara hatiku menyoal di dalam. Ya tak ya
jugak. Aku pandang ke beg tangan di hujung katil. Isi dalam beg tangan aku
selongkar. Sebuah beg kecil aku bawa keluar. Hmm…. Biasanya aku tak pernah bawa
pun beg kecil ni. Tapi masa nak keluarkan dompet pagi tadi, beg kecil ni ada
sama dalam beg tangan aku. Mesti kerja Nia ni. Aduhai Nia. Anak aku tu semakin
hari semakin lincah dan nakal.
Aku
teliti isi dalam beg kecil itu. Ada penggaris mata, pembayang mata dan gincu.
Ada pelbagai pilihan warna dalam tu. Ah, dah bolehlah ni dari tak ada langsung.
Dalam hati aku berterima kasih kepada Nia. Macam tahu-tahu saja rancangan
papanya dan beg kecil ini sudah menjadi penyelamat.
Tanganku
mula ligat melakar di atas wajah. Aku tak sukakan solekan yang tebal. Sekadar
solekan nipis saja. Usai bahagian mata, aku ke pipi dan akhirnya di bibir. Siap!
Aku tilik wajah sendiri di cermin. Dengan nafas panjang, aku memandang pintu
bilik. Hati berasa berbelah bahagi pula. Nak keluar ke tak ni?
Tenang
Fiza, tenang. Bukannya siapa-siapa kat luar tu? Aril aje pun. Hatiku berkata
lagi. Dia tarik nafas dan dilepas. Tangan sudah memegang tombol pintu. Tombol
dipulas dan daun pintu aku tarik. Aku menapak perlahan sambil memandang kiri dan
kanan, mencari kelibat Aril. Mataku terpaku pada susuk tubuh yang lengkap
dengan sut hitam. Bukan saja mata, tubuh juga terpaku. Terasa bagai digam pada
lantai. Kacaknya dia! Hatiku menjerit.
“Sayang,”
panggilan itu menyedarkan aku. Hilang seketika apa yang aku angankan.
“Shall we?” Aril hulur tangan, menanti
aku menyambut hulurannya. Aduh! Gentlemannya
dia!
“Err….”
Bibirku kelu tanpa kata.
Melihat
aku seperti diam kaku begitu, Aril genggam tanganku. Terasa langkahku selepas
itu tak ubah seperti sedang diheret pada lantai. Cuma tak mengeluarkan bunyi
saja.
Ya
Allah, kenapa dia tersangat handsome
malam ni? Eh, tak hanya pada malam ini. Tapi sejak 18 tahun lalu hinggalah
kini. Di mataku dia tetap kacak untuk selama-lamanya. Alunan muzik lembut dan
sentimental melatari ruang tamu. Aku benar-benar dibuai. Aduh! Parah begini.
Aril berhenti berjalan dan aku turut sama berhenti. Dia berdiri di depanku.
“Jom
menari dengan abang.” Bisik Aril.
Menari?
Aku berasa mahu jatuh terduduk ni. Seumur hidup manalah aku pernah menari bagai
ni.
“Tak
nak. Tak pandai.” Serius muka aku sedang memerah. Malu tau tak!
Aril
senyum. Aduh, sudah-sudahlah senyum tu. Jangan buat aku terus tak jejak bumi.
“Just follow my steps.”
Ikut
langkah dia? Err…. Okey. Dia ke kiri, aku ke kiri. Dia ke kanan, aku ke kanan. Dan
tak semena-mena aku terpijak kaki dia.
“Sayang,
kaki abang tu.” Dia tegur aku.
Adoi!
Kan aku dah cakap, aku tak pandai menari. Nasib baik kat dalam rumah dan tak
pakai kasut tumit tinggi. Kalau tak, lagi parah kaki dia. Hehehe… selepas lima
belas minit, aku akhirnya mengalah.
“Tak
naklah menari. Nanti terpijak kaki abang lagi,”
“Okey.
So nak buat apa sekarang?”
“Makan-makan
tak ada ke? Lapar.” Aku pegang perut. Anak mama ni kuat betul seleranya.
Tiba-tiba
tangan Aril singgah di pipi aku. Dia cubit pipi aku.
“Makan
aje yang diingat.” Aril senyum semanis gula lagi. Macam manalah aku tak jatuh
chenta dengan dia! Hisy!
“Sakit.”
Aku buat suara merengek. Lama tau tak bermanja dengan dia. Lepas satu, satu
perkara yang jadi. Tak sempat nak bermanja bagai.
“Sakit?
Meh nak tengok kat mana sakit tu. Kat sini ya,” cupp! Aril cium pipi aku,
tempat dia cubit tadi.
“Abang!”
“Apa?
Tadi cakap sakit. Abang dah bagi hadiah pun,” Aril sengih lagi.
“Drop the subject. Bila boleh makan ni?”
topik lain tak ada, asyik ingat makan saja dalam kepala ni!
“Jom!”
dia tarik tangan aku ke meja makan.
Sampai
di meja makan yang sangat romantik dengan hiasan lilin tinggi, kuntuman bunga
mawar dan susun atur yang tersangat grand!
Seperti mahu menjamu selera di restoran sepuluh bintang.
“Duduk,
sayang.” Tak sedar langsung Aril sudah tarikkan kerusi untukku. Punyalah terkesima
dengan hiasan pada meja makan sampai tak nampak dah benda lain. Aku duduk.
“Abang,”
aku panggil Aril.
“Hmm….”
“Err…
hari ni ada apa-apa yang istimewa ke?”
Sejak
diajak menari dan dengan hidangan di atas meja ni, hatiku sudah berdetik. Aril seperti
mahu meraikan sesuatu. Tapi sempena apa? Hari jadi dia? Dah lepas. Aku dah
sediakan rancangan baik punya untuk hari jadi dia.
“Tarikh
hari ni berapa hari bulan ek?” Aril senyum lagi.
Hari
ni? Mana telefon aku? Kalau nak tengok tarikh atau nak tengok jam, aku mesti
mencari alat perhubungan itu. Sampai dah terlampau bergantung dengan telefon
aku ni.
“Err….
Tak ingat.” Jawabku.
“Sayang,
hari ni 15 Jun. Apa yang special
dengan tarikh ni?”
“15
Jun? Hari jadi Fiza,” gumamku perlahan. Ya Allah, macam manalah aku boleh lupa
dengan hari jadi sendiri. Rasanya kalau ada sudip kayu atau yang seangkatan
dengannya, dah lama aku ketuk kepala ni. Tarikh penting macam tu pun aku boleh
lupa. Adoi Fiza!
“Yup, tarikh perempuan yang paling abang
sayang selepas mama dilahirkan ke dunia. Mama kepada anak-anak abang. Dia pelengkap
hidup abang. Dialah tulang rusuk kiri abang,” aku terharu dengan kata-kata
Aril. Aril mendekatiku. Tanganku digenggam erat. “Dan penantian abang selama 14
tahun dulu tu tak sia-sia kerana akhirnya abang dapat memiliki sayang untuk
hari ni, insya-Allah hingga ke akhir hayat kita. Moga jodoh kita hingga ke
syurga.” Sambung Aril sambil seka air mata yang membasahi pipi aku.
“Tapi….”
“Tapi?”
“Abang
ada perempuan lain selain Fiza kan?” aku teringatkan kes kami yang masih belum
selesai. Aku perlukan jawapan. Jangan buai aku dengan perasaan semanis gula
sedangkan nanti akan hidangkan aku dengan madu sepahit hempedu.
“Kan
abang dan cakap. Abang tak pernah dan tak akan ada perempuan lain.” Muka Aril
berubah.
“Habis,
baju ada kesan lipstick dan bau
minyak wangi perempuan tu apa?” aku berubah menjadi singa balik.
“Oh,
itu. Sebenarnya kan, itu adalah rancangan abang dan Sham.” Aril senyum
tiba-tiba.
“Rancangan?
Untuk apa?”
“Rancangan
buat Fiza cemburu. Dan rancangan tu berjaya. Isteri abang tersangatlah cemburu.
Nasib tak bertukar jadi singa!” Aril gelak kuat.
“Boleh
percaya ke ni?” aku ragu-ragu.
“Ya
Allah! Kalau tak percaya juga, nah. Sayang call
sendiri Sham. Tanya dia.” Aril keluarkan telefon bimbitnya dan dihulur
kepadaku.
Err…
Perlu ke aku call Sham?
“Di
depan sayang dan baby kita yang bakal
lahir ni, abang janji yang takkan ada perempuan lain yang akan mengganggu rumah
tangga kita. Insya-allah.” Aril seluk poket kotnya. Dia bawa keluar kotak kecil
yang panjang. “Just for you,”
Aril
buka kotak itu dan aku terkesima. Ada seutas rantai tangan emas di dalam kotak
itu.
“Khas
dari Syazril Naim untuk Syafiza Akhira. Moga jodoh kita hingga ke syurga.”
Mata
memandang rantai tangan di tangan sebelum aku pandang Aril. Aku peluk Aril.
“Terima
kasih abang. Terima kasih untuk segala-galanya. Moga jodoh kita hingga ke
syurga.” Ucapku betul-betul di tepi telinga Aril.
Dan
semoga Allah kabulkan permintaan kami! Amin ya rabbal alamin!
TAMAT
my opinion after bca, mcm x kena gaya pla alasan aril nk bg si fiza jeles... mcm x de keje je. no point.
BalasPadamboleh runtuh rumah tangga klau x tahan dgar sikat aril mcm tu....nk wat suprise pun biar la berpada2..tp ttap best.. :)
BalasPadamBest....
BalasPadamso sweet.....
BalasPadambest2... smbng? haha.. lawak jeee
BalasPadamterima kasih semua atas komen... sambung? malangnya dah tak ada sambungan... huhuhu
BalasPadamsweet nya..rupanya sambutan bierthday....macam2 hal yang terjadi hehehe..tp Nia tetap comel :))
BalasPadamterima kasih kak... dan Nia tetap comel di hati akak.. hehehe :)
BalasPadamakak sokong sgt pendirian Fieyza yg takkan sambung KYKS. Biarkan mrk bahagia. Kalau sambung pasti ada konflik. Kalau rindu dgn Aril dan Fiza, apa kata sambung dgn kisah cinta SYARIZA DANIA pula. Agak2 nak berbesan dgn sapa ek? Hehehe
BalasPadamkisah Syariza Dania?? hmm.... menarik cadangan akak tu.. mungkin boleh dipertimbangkan.. hehehe.. tq kak..:)
BalasPadam