Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 27 Mei 2013

SEWANGI CINTA ANGGERIK : BAB 18

PENGGERA telefon berbunyi mengejutkan Suriya dari lenanya. Terpisat-pisat dia bangun. Cerahnya! Matanya dibuka sedikit. Cahaya lampu menerangi ruang bilik. Sampai silau matanya. Aku tidur dalam cerah ke semalam? Seperti orang bingung dia menyoal diri sendiri. Memang dia tak suka kalau tidur dalam cerah. Boleh sakit kepala. Tangan meraba-raba telefon bimbit tapi tak jumpa. Eh, kat mana aku letak kau ni? Hatinya tertanya-tanya.
Semalam, lepas bergaduh dengan Rozairul, dia terus naik tidur. Oh, masih dalam beg tanganlah tu. Fikirnya. Matanya ligat mencari kelibat beg tangan. Sejurus nampak, kakinya bersedia mahu memijak lantai.
Ouch!” Tiba-Tiba kakinya mencucuk kesakitan. Lalu spontan punggungnya kembali menyembah tilam.
Suriya pandang kaki yang sedang berbalut. Dan peristiwa semalam kembali menerjah kotak memorinya. Terasa seperti baru sebentar tadi aje dia bergaduh dengan alongnya. Seperti baru lima minit sudah Rozairul dengan selambanya memberikan tawaran gila kepada bosnya. Suriya tenung baju yang tersarung di tubuhnya. Masih baju semalam. Langsung tak bersalin. Layan jiwa sangat semalam sampai tak hirau langsung badan yang berbau ni.
Dia bangun perlahan-lahan ke bilik air. Nak mandi. Walau kaki terhincut-hincut sewaktu melangkah, dia gagahkan juga. Hari ni dia nak juga pergi kerja. Duduk kat rumah pun bertembung dengan Rozairul. Buat tambah sakit hati pulak.
Siap mandi, solat dan berpakaian, dia turun ke tingkat bawah sambil bawa beg tangan. Beg kerja tersadai kat ruang tamu. Semalam terlupa dia nak bawa masuk ke dalam bilik. Proses mempersiapkan diri sedikit lambat hari ni sebab kaki yang sakit. Nak berjalan pun susah. Sanggup dia seksa diri gara-gara tak nak bertembung muka dengan Rozairul.
“Su, jom sarapan sekali. Along dah siap masak ni,” ajak Rozairul sebaik ternampak kelibat adiknya.
Suriya buat-buat tak dengar. Menonong dia mendapatkan beg kerja di tepi almari hiasan dan berlalu ke pintu utama. Nasib baik Pak Mail sudah menunggu di depan pintu pagar.
“Su,” cepat-cepat Rozairul tanggalkan apron di leher dan mendapatkan Suriya. Tak pernah-pernah Suriya marah kat dia sampai macam ni sekali.
Suriya yang mahu menyarung sandal comfort yang biasanya dia pakai untuk santai terasa tangannya ditarik dari belakang. Sudah dia tahu siapa yang menarik tangannya. Dia buat macam tak ada apa yang berlaku. Belum pun sempat Rozairul berkata apa-apa, dia tarik tangannya dari cengkaman Rozairul. Dia dah malas nak dengar patah kata Rozairul. Dia bosan!
Suriya masuk ke dalam perut teksi tanpa pandang langsung wajah Rozairul. Sekarang bukan waktu yang sesuai untuk dia balas segala permintaan Rozairul. Biarkan dia sejuk dahulu. Takut nanti lagi teruk perkataan yang akan keluar dari mulutnya jika Rozairul terus-terusan memaksa dia bercakap.
Rozairul pandang cara adiknya berjalan. Terhincut-hincut dan kaki itu berbalut. Allah! Macam teruk saja. Tak sempat dia menghalang, teksi sudah pun hilang dari pendangan mata.

“EH, Su! Kenapa ni?”
Masuk saja dalam pejabat pagi tu, Noraini terus menerpa ke arah Suriya. Dia pelik melihat Suriya berjalan lambat-lambat. Macam orang sedang tanggung sakit yang amat. Lantas dia pandang kaki Suriya. Sepasang kaki itu hanya mengenakan sandal dan kaki kanan berbalut. Berbalut? Accident ke? Hatinya menyoal.
“Tak ada apalah kak,” dalih Suriya.
Alhamdulillah, ucap Suriya penuh syukur. Dapat sampai ke mejanya dan duduk di atas kerusi ini, dia rasa sangat bersyukur. Lega kakinya kerana dapat berehat dari bergerak.
“Tak ada apa-apanya kalau kaki tu berbalut. Cepat cakap, kenapa dengan kaki tu?” Tersangat perihatin Noraini mengorek cerita sebenar dari mulut Suriya.
Cik kak ni, selagi aku tak cakap perkara sebenar, selagi tulah dia sibuk nak mengorek rahsia orang. Geram pulak Suriya rasa.
“Luka kena kaca je sikit,”
“Sikit? Akak tak nampak luka sikit. Nampak macam teruk aje. Kalau sikit, Su takkan terhincut-hincut macam ni. Dah-dah, sekejap akak ambilkan borang EL. Hari ni Su pergi klinik.” Selamba Noraini mengarah. Lantas dia berlalu ke mejanya, mahu mengambil borang EL.
Ala, kerja banyaklah. Protes Suriya di dalam hati. Asal dia dapat duduk dan jangan suruh dia banyak bergerak, insya-Allah kakinya takkan apa-apa.
“Nah, borang EL.” Suriya pandang Noraini.
“Tapi kak, saya tak apa-apa.”
“Cuba jangan degil. Sakit tu buatlah cara orang sakit. Jangan nak mengada-ada.” Tegas suara Noraini. Dia bimbang luka itu akan melarat jika dibiarkan begitu tanpa rawatan.
“Kerja banyaklah kak,” Suriya cuba lagi. Manalah tahu kalau-kalau hati Noraini berubah arah. Tapi nampak gaya macam tak aje.
No more excuses! Cepat isi borang ni dan pergi klinik.” Noraini letak borang di tangan di atas meja Suriya apabila hulurannya tak bersambut. Memuncung mulut Suriya tanda sedang tunjuk protes.
Kemudian Noraini berlalu ke ruang depan pejabat itu. Dia ligat mencari rakan sekerja yang boleh menolongnya menghantar Suriya ke klinik. Tak sanggup dia nak biarkan Suriya naik teksi ke klinik. Sudahlah tengah sakit begitu.
“Kak Ani, tengah cari apa ni?” Iddin menegur. Pelik betul dia lihat Noraini melilau sekeliling ruang pejabat. Macam kucing hilang anak pulak.
“Encik, nasib baik ada encik.” Noraini kelegaan.
“Kenapa kak?”
“Eh, sebelum tu. Encik sibuk tak pagi ni?”
“Pagi ni? Tak sibuk sangat. Cuma tengah hari nanti ada appoiment dengan client. Kenapa kak?” Dalam masa yang sama kepala Iddin berfikir. Mengingati kembali jadual kerjanya untuk hari ni.
“Encik, boleh tak hantar Suriya ke klinik?”
“Hantar Suriya ke klinik? Kenapa kak?” Pelik Iddin. Tiba-tiba Noraini suruh hantar Suriya ke klinik.
“Kaki dia cedera. Tertusuk kaca katanya tapi degil jugak nak kerja hari ni. Akak bimbanglah nak biarkan dia pergi sorang-sorang ke klinik. Naik teksi pulak tu,” terang Noraini.
“Oh. Mana dia? Jom, saya bawa ke klinik.” Laju Iddin menyahut. Menggelabah pun ya jugak. Sampai Noraini senyum melihat Iddin begitu. Dia dah banyak makan garam, dah faham sangat dengan tingkah begini.
“Su ada kat meja dia,”
Mereka beriringan ke arah meja Suriya.
“Su, Encik Iddin yang akan hantar Su ke klinik. Dah, tak payahlah buat kerja tu.”
Suriya yang sedang memandang skrin PC tersentak. Dia pandang Noraini. Iddin pula dia hanya jeling dengan ekor mata. Dia bagi isyarat mata dengan Noraini. Kak, tak ada orang lain ke? Cubalah cari orang lain. Yang penting bukan dia! Suriya berasa mahu menjerit aje.
“Su, cepatlah.” Gesa Noraini. Dia buat-buat bodoh aje dengan isyarat mata dari Suriya. Nak tak nak, terpaksalah Suriya bangun. Langkah diatur perlahan-lahan. Dia yang tak mahu banyak berjalan, terpaksa juga berjalan.
“Akak bawa Suriya ke bawah, saya nak keluarkan kereta sekejap.” Arah Iddin. Lantas dia berlalu ke ruang parkir, meninggalkan Suriya yang macam susah sangat nak berjalan.
“Jom,” Noraini paut lengan Suriya, membantu cik adik itu berjalan.

MEREKA diam tak berkutik sejak masuk ke dalam kereta. Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri. Jarak klinik dengan bangunan pejabat IMIA Technology hanya lima kilometer sahaja. Jadi, Suriya tak sempat nak rasa bosan. Tup-tup, dah sampai di klinik.
Kereta berhenti di petak parkir. Suriya buka pintu di sebelah kirinya.
“Boleh jalan tak ni?” Soalan pertama keluar dari bibir Iddin. Dia sudah berdiri di sebelah pintu kereta. Kalau ikutkan hatinya, mahu aje dia dukung cik adik ni. Tapi, mereka belum halal. Kalau Suriya ni isterinya, dah lama dia dukung. Nampak seksa sangat setiap kali kaki itu mahu melangkah.
Suriya diam. Selagi dia boleh melangkah, selagi itu dia akan berusaha melangkah sendiri. Selepas peristiwa semalam, rasanya dia memang tak nak jumpa lelaki ini. Terasa malunya berinci-inci. Ini semua angkara Rozairul. Tak pasal-pasal dia yang tanggung malu.
Melihat Suriya yang kekal senyap begitu, Iddin akhirnya paut lengan Suriya. Suriya cuba menolak. Tapi cepat Iddin bersuara.
“Jangan nak melawan. Kalau awak jatuh, lagi sakit kaki tu.” Penuh rasa bimbang dalam nada lelaki itu.
Akhirnya Suriya berdiam diri. Sudah malas dia nak melawan lagi.
“Keluarkan IC awak.”
“Nak buat apa?” Pertama kalinya pagi itu mulut Suriya bersuara.
“Nak daftar kat kaunterlah.”
Lambat-lambat Suriya keluarkan purse dari beg tangannya. Purse bertukar tangan. Dia duduk di kerusi menunggu, manakala Iddin ke kaunter untuk pendaftaran. Usai mendaftar, Iddin duduk di sebelah Suriya. Sementara menanti nama Suriya dipanggil, sempat lagi dia membelek kad pengenalan Suriya. Comelnya gambar pada kad pengenalan tu.
Belum pun sempat Iddin tenung lama-lama wajah itu, Suriya pantas menyambar kad pengenalannya dari tangan Iddin. Iddin pandang Suriya. Mencerlung sepasang mata itu pandang Iddin. Alah, tengok aje pun. Bukannya dia usik tuan gambar tu. Bisik hati Iddin.
“Cik, dah boleh masuk sekarang.” Panggil petugas di kaunter.
Dengan susah payahnya Suriya bangun dan melangkah ke bilik doktor. Iddin setia mengekori dari belakang.
“Sila duduk. Sakit apa ni?” Doktor yang memakai tag nama Intan Zahara itu menyoal Suriya.
“Kaki dia terkena kaca,” laju mulut Iddin menjawab. Doktor tanya Suriya, dia pulak yang sibuk-sibuk menjawab. Iddin turut duduk di kerusi bersebelahan Suriya. Lagak mereka tak ubah seperti pasangan kekasih. Suriya jeling orang sebelah. Sibuk aje! Rungut hatinya.
“Oh, awak duduk di atas katil ni. Saya nak tengok luka tu,” arah Doktor Intan Zahara.
Suriya patuh. Dia melangkah ke arah katil yang dimaksudkan itu. Doktor Intan Zahara mula menjalankan kerjanya. Iddin hanya bertindak sebagai pemerhati. Balutan di kaki dibuka perlahan-lahan. Dahi Suriya berkerut menahan kesakitan.
“Nasib baik encik cepat bawak isteri ni ke klinik. Dah nak melarat luka ni. Nasib baik tak bernanah luka ni.” Ujar doktor muda itu sambil membersihkan luka Suriya.
Isteri? Suriya berasa air liurnya tersekat di kerongkong. Payah sekali untuk ditelan. Aku dikatanya isteri kepada mamat ni? Heh! Doktor ni betul-betul tak pandai tengok orang. Rungut Suriya. Dia pandang Iddin di sebelah. Amboi, lebarnya senyum. Senyum ada makna tu! Suriya gigit bibir bawah.
Iddin tak sudah-sudah senyum. Siapa tak senyum kalau orang cakap Anggerik tu isteri dia. Sudahlah si Anggerik tu pujaan hatinya. Kembang rasa hati.
“Okey, dah siap. Nanti ambil ubat kat kaunter ya. Oh ya, luka tu encik kena tengok-tengokkan juga.” Pesan Doktor Intan Zahara.
“Baiklah, doktor. Terima kasih,” balas Iddin sambil senyum. Dia cuba paut lengan Suriya. Kononnya mahu membantu Suriya berjalan. Sudah diberi gelaran ‘suami’ makanya dia perlulah berlagak sebagai seorang suami yang sangat bertanggungjawab.
“Err… Dah lama ke kahwin?” tiba-tiba Doktor Intan Zahara menyoal. Di matanya pasangan ini sangat serasi. Bagai pinang dibelah dua.
“Baru lagi,” selamba badak Iddin menjawab. Muka Suriya pula sudah berbahang. Dah tak tahu nak sorok kat mana lagi muka tu. “Kami minta diri dulu, doktor.” Sambung Iddin kemudiannya.  Doktor Intan Zahara anggukkan kepala.

“KENAPA encik cakap saya ni isteri encik kat doktor tu?” Rasa marah yang membuak-buak di dalam hati yang dia tahan sejak di klinik tadi dia hamburkan keluar.
“Saya tak cakap tapi doktor tu yang cakap.” Iddin membela diri.
“Yang encik pergi iakan aje tu kenapa?”
“Kalau saya tak iakan, saya nak mengaku awak ni sebagai apa? Kawan? Kita tak pernah pun berkawan.” Kening Iddin terjongket menanti jawapan Suriya.
“Saya cuma pekerja encik, tak lebih dari tu. So mengaku ajelah sebagai pekerja. Bukan susah pun.” Not suara Suriya naik sedikit.
“Tapi saya tak anggap awak sekadar pekerja saya. Saya anggap awak lebih dari tu.” Balas Iddin perlahan.
What?!” Woo… Suriya sudah naik angin.
“Saya nak terima cadangan abang awak semalam.” Spontan ayat itu keluar dari mulut Iddin.
No!” Berombak dada Suriya menahan marah. Ini semua betul-betul kerja gila! “Kalau encik nak kahwin, jangan libatkan saya! Kahwinlah dengan perempuan lain tapi bukan dengan saya!” Tinggi nada suara Suriya. Dia tak dapat berfikir dengan betul tika itu.
“Kenapa?”
“Saya tak nak!”
“Tapi saya nak.”
“Saya kata saya tak nak, maksudnya saya tak naklah!”
“Tapi saya tetap cakap nak.”
“Huh!” Suriya hilang kata-kata.
Iddin bawa keluar telefon pintarnya dan terus mendail nombor pejabat.
“Kak, bawa turun beg kerja Suriya. Lagi lima minit saya sampai. Akak bawa turun ke lobi ya, saya dah tak naik ke atas.” Iddin mengeluaran arahan. Sejurus mendapat balasan dari pihak sana, telefon kembali diletak di tepi tempat duduknya.
“Kenapa pulak dengan beg kerja saya?” Nada Suriya masih sama seperti tadi. Angin puting beliung tak surut-surut lagi.
“Saya hantar awak balik,”
“Saya tak nak balik. Kerja saya berlambak kat opis tu. Saya nak sambung buat kerja.” Separuh merayu Suriya membalas.
“Nak buat kerja dengan keadaan macam ni? Biar kaki awak baik dulu baru awak boleh sambung kerja.”
“Yang sakit kaki, bukan tangan saya. Saya masih boleh buat kerja saya,” Suriya cuba berdegil.
“Boleh tak jangan degil. Ikut aje arahan saya, susah ke?” Suara Iddin meninggi sedikit. Tersenyap Suriya. Ambik kau! “Orang bagi cuti tu suruh rehat, ini tak, sibuk nak buat kerja dia.” Omel Iddin sendirian.

Sehinggalah tiba di pejabat dan Iddin menyambung kembali perjalanan ke rumah Suriya, keadaan mereka kekal begitu. Dua-dua membisu. Suriya nak memprotes tapi akhirnya dia juga yang kalah. Segala keputusan terletak di bahu encik bosnya. Huh! Macam ni nak kahwin? Sah-sah nanti aku kena ikut telunjuk dia! Omel hati Suriya kegeraman.

Isnin, 20 Mei 2013

SEWANGI CINTA ANGGERIK : BAB 17


KERETA sport itu sudah hampir setengah jam berada di atas jalan raya. Tapi jangan kata nak berbual, nak dengar suara masing-masing pun susah! Macam ada berlian pulak dalam mulut masing-masing.
Sesekali mata Iddin curi pandang kotak yang setia diriba Suriya. Alhamdulillah, dia tak buang kotak tu. Kalau tak, sia-sia aje usaha aku! Getus hati Iddin.
“Apa tu?” Tiba-tiba terkeluar pertanyaang dari bibir Iddin. Kepala Suriya laju berpaling.
Dia cakap dengan aku ke? Suriya berkata-kata di dalam hati. Dia pandang ke belakang. Tak ada orang. Sah! Encik bos ini sedang bercakap dengan dia.
“Err… Encik tanya saya ke?”
“Hurm… Berapa ramai lagi manusia kat dalam kereta ni selain saya dan awak?”
Oh! Hari ni mereka berlawan-soalan-berbalas-soalan. Dari mula mulut Iddin terbuka mengeluarkan soalan pertama dan Suriya balas dengan soalan jugak.
“Apa tu?” Melihat Suriya terus membisu, Iddin mengulang soalannya tadi.
“Hadiah,” malas Suriya membalas.
“Dari siapa?” Apa kes pulak sibuk sangat nak tahu apa dan dari siapa hadiah ni? Ada kena mengena dengan awak ke encik bos? Getus hati Suriya.
“Entah,”
“Boleh pula entah-entah. Dari pakwe kut.” Omel Iddin. Sengaja dia nak tarik minat Suriya dengan perkataan pakwe itu.
Suriya diam. Dia tak ada mood nak berlawan cakap dengan Iddin. Biarlah pak cik tu cakap sorang-sorang.
Mata Suriya setia pada jalan raya. Macam dia pula yang sedang pandu kereta itu. Kereta membelok masuk ke kawasan perumahan Suriya. Selang beberapa buah rumah dari rumahnya, Suriya sudah nampak kelibat seseorang sedang berdiri berhampiran pintu pagar. Siapa? Hati kecilnya terdetik soalan.
Kereta berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar. Suriya pantas sangkutkan beg tangan di bahunya. Sebelah tangan sudah mendarat di pintu kereta, berkira-kira mahu menolak pintu itu. Sementara sebelah lagi memegang kotak hadiah di tangan. Cermin kereta diketuk mendadak. Suriya pantas mendongakkan kepala. Along? Bukan ke along kerja hari ni? Desis hati Suriya kepelikkan.
Suriya pandang ke kanan, ya Allah! Aku balik dengan mamat ni hari ni! Mesti along fikir yang bukan-bukan. Hati Suriya berbisik. Dia menggelabah di tempat duduk sebelah pemandu. Tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu di atas kusyen itu yang menjadikan dia tak senang duduk.
Iddin tolak pintu kereta mendadak. Kan ada orang tu, apa kes pulak dia nak bersenang lenang di dalam kereta. Dia menghampiri lelaki yang setia berdiri di sebelah keretanya itu. Tangan dihulur untuk bersalam. Suriya tayang muka tercengang semacam kerana terkejut dengan tindakan Iddin. Akhirnya Suriya turut tolak pintu kereta apabila melihat Iddin menyalami tangan  Rozairul.
“Siapa ni dik?” Rozairul tak dapat tahan dirinya dari terus menyoal.
“Err… Bos Su.”
“Masuk dulu, kita cerita kat dalam.” Mendatar nada Rozairul mengeluarkan arahan. Dia menonong masuk ke dalam rumah, meninggalkan Suriya yang terpinga-pinga. Reaksi Iddin? Tak payah cakaplah. Dah jelas mamat beku, mana pernah ada riak kat muka dia. Sabar ajelah aku!
Suriya menapak ke pintu utama. Usai menanggalkan kasut, dia masuk ke dalam rumah. Ruang tamu hala tuju pertamanya. Rozairul sudah menanti di situ.
“Hmm.. duduk,” pelawa Rozairul. “Dik, buat air.” Arahan pula tertuju kepada Suriya.
Apasal pulak kena buat air bagai? Orang dahlah tengah penat. Suriya merungut di dalam hati. Tapi dalam merungut pun dia turutkan juga arahan alongnya.
“Jadi, kaulah bos adik aku?” Rozairul menyoal selepas kelibat Suriya hilang di balik dinding dapur. Masakan dia boleh lupakan lelaki di hadapannya ini. Dia nilah yang menegur Rozairul di perkarangan masjid beberapa minggu lepas.
“Err… Ya.”
“Kenal aku lagi?”
Kenal aku lagi? Iddin ulang kembali menyebut soalan itu di dalam hati. Apa punya soalan tu? Dalam masa yang sama kepala Iddin ligat berfikir. Dia mencari-cari kelibat lelaki itu di dalam kotak memorinya. Tapi langsung tak dapat dikesan. Akhirnya dia gelengkan kepala tanda tak kenal.
“Takkan tak ingat lelaki yang tegur kau beberapa minggu lepas? Aku tegur kau kat masjid lepas solat subuh. Masa tu kau tengah berjalan ke kereta kau. Ingat?” Rozairul membuka kembali kisah pertembungan mereka.
Iddin berfikir. Fikirannya teraba-raba mencari titik pertemuan antara mereka yang disebutkan oleh Rozairul.
“Yang pakai baju Melayu warna hijau tu?” Iddin meneka. Dia masih samar-samar lagi.
Yes!”
Sorry la. Aku lupa.”
It’s okey.” Rozairul berjeda seketika. “Hurm… Kau dengan adik aku ada apa-apa ke?” Rozairul terus kepada titik persoalan utama. Dah malas nak kias-kias bagai.
“Ada apa-apa? Maksudnya?” Kening Iddin terjongket sama. Bukan dia tak faham maksud soalan abang Suriya itu tapi dia mahukan kepastian. Tersilap teka nanti orang cop perasan sendiri pula.
“Kau suka kat adik aku?” Rozairul berterus-terang. Dia berkias-kias pun lelaki di depannya tak boleh tangkap. Slow aje dia rasa.
“Err…” Iddin terkedu. Soalan jenis apa ni? Soalan sebelumnya tak berjawab, timbul pulak soalan lain. Iddin sampai tak tahu nak jawab apa. Nak angguk ke nak geleng ni?
“Apasal senyap? Takkan terus bisu kut.” Ambik kau! Rozairul ni bukan boleh kira sangat. Bila dah naik angin dia, memang jadi macam tu.
“Err… Suka.” Tergagap-gagap Iddin menjawab. Siapa tak gagap kalau kena serang dengan soalan-soalan macam tu. Kalah polis pencen.
“Hmm…” Rozairul sandar badannya di belakang sofa. Nafas ditarik dan dilepas sekali dua. “Kalau aku suruh kau kahwin dengan adik aku, kau nak?” Senafas soalan itu keluar dari bibir Rozairul.
Prang!!
Bunyi kaca berderai menyembah lantai memecah kesunyian di ruang tamu itu. Pantas kepala Iddin dan Rozairul memandang ke arah datangnya bunyi itu. Kaki laju diatur ke muka ruang tamu.
“Su, kenapa ni?” Rozairul pandang Suriya yang sedang duduk berteleku di sebelah kaca-kaca yang bersepah di atas lantai. Dia menunduk sedikit sambil tangan ligat mengutip serpihan kaca yang bersepah itu. Iddin pun sama. Sangat berhati-hati kerana bimbang terkena tangan.
“Apa maksud soalan along tadi?” Suriya menyoal. Dia sehabis baik cuba mengawal rasa hati yang sedang bergelodak.
“Nanti kita bincang,” Rozairul meneruskan kerja-kerja mengutip serpihan kaca itu. Dia bangun dan berlalu ke dapur. Dia kembali dengan penyapu dan penyodok di tangan.
“Su, bangun,” arah Rozairul apabila dia melihat Suriya kaku di situ. Dia tarik lengan Suriya, memaksa Suriya bangun. Nak tak nak terpaksalah Suriya turuti. Iddin jadi belas dengan Suriya. Nak tolong tak boleh. Jangan nak tunjuk hero sangat depan abang dia, suara hatinya bergema di dalam sana.
“Err… Aku nak minta diri dulu,” Iddin tiba-tiba bersuara di tengah-tengah kekalutan dua beradik itu.
“Sekejap,” Rozairul meneruskan kerja-kerja membersih serpihan kaca sebelum kembali bersuara. “Jom aku hantar kau ke kereta,”
Mereka beriringan ke kereta Iddin. Sampai di tepi kereta, Rozairul bersuara.
“Kita tak habis bincang lagi. Fikir-fikirkan pasal soalan terakhir aku tu,” Rozairul menepuk bahu Iddin perlahan. Mereka bagai sudah lama kenal lagaknya. Iddin angguk.
Iddin seluk poket seluar dan bawa keluar sekeping kad dari celah dompetnya. Dihulurkan kepada Rozairul kad itu.
“Ini kad aku. Kalau ada masa, kau call aku.” Ujar Iddin. Rozairul anggukkan kepala.
Mereka berjabat tangan sebelum Iddin memecut kereta mewah itu dan menghilang di sebalik kepekatan malam. Kad ditangan dia pandang lama. Iddin Amsyar Ikmal.
“Aku tak silap buat keputusan.” Bibir Rozairul berkata.
Sememangnya dia mahukan yang terbaik untuk adiknya yang seorang itu. Dia perlu lihat dahulu latar belakang lelaki yang akan hidup semati dengan adiknya. Bukan mudah mahu lepaskan seorang adik perempuan. Besar tanggungjawab itu. Rozairul mengeluh. Dia berlalu masuk ke dalam rumah.

“ALONG! Apa maksud soalan along tadi?” Nampak saja kelibat Rozairul di muka pintu, Suriya terus menyerang dengan soalannya. Kepalanya memang tengah berapi tika ini.
“Kenapa? Bukan ke Su suka?”
“Sejak bila Su cakap Su suka? Ada Su cakap suka? Ada?”
“Tak ada. Tapi dah beberapa kali along nampak dia datang hantar Su balik. Along tak rasa Su dengan dia tak ada apa-apa.” Rozairul mengemukakan pendapatnya.
“Kami tak ada apa-apa. Hanya hubungan antara pekerja dan majikan. Tak lebih dari tu semua. Langsung menyimpang dari apa yang along fikirkan.” Bentak Suriya.
“Mustahil!”
“Sama ada along nak percaya atau tidak, itu terpulang. Su dah cakap apa yang Su rasa.” Dia mahu atur langkah ke tangga. Kakinya terhenti. “Kenapa along nak sangat Su kahwin? Kalau along dah tak nak jaga Su, cakap depan-depan. Tak payah nak libatkan orang luar. Su boleh keluar dari rumah ni.” Suriya sambung kembali langkah yang terhenti tadi. Tapak kakinya terasa mencucuk-cucuk tapi dia lawan. Dia gagahkan diri.
“Su darah!” Rozairul bertempik. Mulut yang tadinya mahu mebidas kata-kata Suriya, terkeluar perkataan lain. Terkejut sangat sebab ternampak darah.
Namun, panggilan itu langsung tak diendah. Suriya terus melangkah, melangkah dan terus melangkah. Dia masuk ke dalam bilik. Punggung dilabuhkan di atas katil. Kaki kanan yang terasa mencucuk-cucuk dia angkat dan diletakkan di atas lutut kiri. Matanya tertumpu pada tempat darah yang sedang membuak-buak keluar.
“Bismillahirahmanirrahim.” Suriya tarik kaca yang mencucuk kaki. Sambil air mata menitis menahan pedih. Ya Allah, sakitnya!
Dia mengensot ke bilik air. Kaki yang terluka dia cuci dengan air bersih. Rasa sakit yang mencucuk akibat terkena air, dia tahan bersama tangisan. Luka terkena kaca tersangat sakit okey. Tambah lagi kalau luka tu dalam. Kotak kecemasan yang sentiasa tersedia di dalam bilik air dia capai dan berlalu ke katil. Luka dikaki perlu dirawat segera sebelum melarat. Jika sudah melarat, sudah tiada ubat lagi.
Usai membersihkan bekas darah di atas lantai bilik, Suriya berbaring di atas katil. Setiap patah kata-kata alongnya masih terngiang-ngiang di tepi telinga.
“Kalau aku suruh kau kahwin dengan adik aku, kau nak?”
Suriya capai bantal dan ditekup ke muka. Dia menangis lagi. Dia kecewa dengan Rozairul. Nampak sangat yang dia ni membebankan Rozairul sampai sanggup Rozairul beri tawaran begitu kepada bos besarnya. Kalau tak nak jaga aku, aku tak kisah. Aku boleh menumpang tinggal dengan Nini! Tempik suara hatinya. Akhirnya dia terlena bersama deraian air mata yang beranak sungai di pipi. Lampu juga terpasang. Dia tak punya tenaga untuk menutup lampu. Lalu dibiarkan saja lampu itu terpasang begitu.

“SALAH ke tindakan aku?” Rozairul tertanya-tanya sendiri. Tangan meraup muka. Melihat muka Suriya tadi, dia rasa bersalah sangat. Terasa dia telah buat keputusan yang silap. Tapi… Dia cuma mahukan yang terbaik untuk adiknya.
Badan dia sandarkan ke belakang sofa. Sambil itu terkeluar keluhan dari celah bibirnya.
Kisahnya, memang sepatutnya dia terpaksa menggantikan salah seorang teman yang bercuti kecemasan. Isteri kawannya bersalin. Tapi sampai aje di lapangan terbang, penerbangan pula delay kerana keadaan awan yang sangat tebal ditambah dengan jerebu. Sepatutnya pukul 10.00 pagi tadi dia sudah sampai di Mumbai. Namun, kerana masalah teknikal, terpaksalah dia balik semula ke rumah. Sebab tu Suriya terkejut nampak batang tubuh Rozairul ada di rumah. Atas memo cakap terpaksa kerja.
Rozairul meraup muka lagi. Dia cuba lakukan yang terbaik untuk adiknya. Baginya Iddin Amsyar itu tidak punya cacat celanya. Sangat sesuai dijadikan suami. Tahu perihal agama, mereka bekerja satu pejabat lagi. Berharta pun ya juga. Jadi, apa lagi yang Suriya cari? Atau adiknya sudah punya pilihan sendiri. Jika sudah punya pilihan hati, siapa lelaki itu? Rozairul buntu. Niat murninya telah disalah anggap oleh si adik.

SEPANJANG perjalanan balik ke rumah agam itu, hati Iddin tak sudah-sudah fikirkan cadangan lelaki yang dikenali dengan nama Azwan, abang kepada Suriya.
“Kalau aku suruh kau kahwin dengan adik aku, kau nak?”
Masih terdengar-dengar di tepi telinganya akan soalan itu. Abang Anggerik lamar aku ke? Pihak perempuan lamar lelaki? Betul ke tak ni? Dah macam cerita 3 Abdul pulak dia rasa. Sebenarnya inilah yang dia tunggu-tunggu selama ni. Sudah lama dia mengintip dari jauh anak dara orang. Sekali di abang lamar dia, baru tercengang kau!
Kereta dia tempatkan di dalam garaj. Belakang badan dia sandarkan pada tempat duduk pemandu. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus kembali. Untuk apa lagi kau fikir. Bukan ke kau yang nak sangat peluang macam ni? Kau tak payah susah-susah tackle Anggerik, abang dia dah lamar kau. Nak tunggu apa lagi? Pucuk dicita ulam mendatang beb!
Senyuman lebar tiba-tiba terukir di bibir Iddin. Suka la tu!
Cermin keretanya diketuk dari luar. Pantas dia berpaling. Wajah seorang lelaki berusia bertengahan 50-an menyapa matanya. Bibir Iddin kembali sirna. Cepat-cepat dia capai briefcasenya dan berlalu keluar dari perut kereta. Dia menonong masuk ke dalam rumah tanpa menegur lelaki itu.
Tuan Ikmal hanya mampu pandang batang tubuh anaknya menghilang di balik pintu rumah. Tadi mulut ringan aje mahu tegur Iddin tapi melihat aje muka cemberut Iddin, membisu terus mulutnya. Kaki lemah diatur masuk ke dalam rumah.

Khamis, 16 Mei 2013

KYKS SPECIAL EDITION~PART 3 (LAST & ENDING!)

**Assalamualaikum & salam sejahtera... okey, here part 3 and last yep.. jangan la mintak sambung lagi.. huhuhu... jemput baca n komen..:))

SINAR cahaya matahari yang terik memancar sangat menyilaukan mata. Aku menggosok mata. Kemudian tangan mencengkam kepala. Aku cuba bangun tapi tak boleh. Ya Allah, peningnya! Aku pandang sekeliling. Aku bukan tidur di atas katil tapi di atas karpet. Tak tersedar langsung aku tertidur kat sini.
Cahaya matahari? Maknanya dah siang. Aku sudah terlepas solat subuh! Dengan sisa tenaga yang tersangat sedikit, aku gagahkan diri untuk bangun. Aku berpaut dengan tepi katil supaya dapat bangun dan berdiri dengan stabil. Tapi tetap juga tak boleh. Seluruh isi bilik terasa berpusing-pusing. Aku kembali terduduk. Kedua-dua belah tangan memegang kepala. Terasa semakin sakit kepalaku.
Dalam kepeningan, mataku menangkap katil Nia. Ya Allah Nia! Aku lupa terus dengan anakku sorang itu. Aku cakap dengan mama nak ambil lewat sedikit tapi sekarang? Dah seharian aku tinggalkan Nia kat sana. Mama pula tak telefon aku. Aduh! Fiza, Fiza. Macam mana kau boleh lupakan anak kau tu? Hisy! Tak boleh diharap!
Aku capai tuala dan berdengkot-dengkot ke bilik air. Dah macam orang dalam pantang bersalin cara aku berjalan tu. Seksa sangat! Aku nak mandi, harapnya lepas mandi, rasa pening ni akan hilang.

“MA, Nia macam mana?” selepas memberi salam, aku terus menyoal mama. Sebelah tangan menegang telefon di tepi telinga. Sebelah lagi memegang kepala. Pening kepalaku masih belum hilang. Nampaknya cara mandi tadi tu tak menjadi.
“Papa bawa Nia keluar jalan-jalan. Katanya nak belikan aiskrim untuk Nia. Nia baru aje sudah bermain dengan papanya tadi,” jawab mama.
Papanya? Maknanya Aril pergi ke sana? Aku menyoal di dalam hati.
“Err… Abang ada kat sana ke ma?” aku teragak-agak bertanya dengan mama. Terasa tak sesuai aje soalan tu. Mesti mama fikir yang bukan-bukan.
“Haah, mama pun tak tahu bila Aril sampai ke sini. Bangun pagi tadi mama nampak dia dah ada kat dalam bilik tu,” ujar mama. Aku terdiam seketika. Maknanya semalam selepas dia keluar tu, dia dah tak balik ke rumah kami ni. Patutlah aku sorang-sorang saja kat dalam bilik.
“Sya,” panggilan mama menghentikan lamunanku.
“Ya, ma.” Lambat-lambat aku menyahut.
“Masalah Sya dengan Aril tak selesai lagi ke?”
Mendengarkan soalan mama, aku mengeluh perlahan. Kalau boleh, aku rasa mahu menangis lagi. Dengan masalah yang masih belum selesai, dengan sakit kepala lagi. Aduh! Tersangat sakit. Kalaulah dengan menghantukkan kepala ke dinding dapat melegakan kesakitan ini, dah lama aku hantukkan kepala kat dinding.
“Belum,” sepatah aku menjawab soalan mama. “Ma,” aku memanggil. Suaraku semakin lemah.
“Ya sayang. Sya okey ke ni?” Mama sudah dapat menangkap perubahan suaraku.
“Okey, okey.” Dengan susah payahnya aku menjawab. “Kalau hari ni Sya tinggalkan Nia kat rumah mama tak apa kan? Sya rasa tak sedap badan. Kepala macam pening aje ni.”
“Pening? Dah makan ubat ke belum ni?” Jelas suara mama yang kerisauan.
“Belum. Sya nak rehat aje ni. Rasanya lepas rehat sekejap, dah okey kut.” Aku sekadar berkata begitu untuk menyedapkan hatinya.
“Okey. Jangan lupa makan ubat tu,”
“Ma,” aku memanggil lagi.
“Ya, Sya?”
“Abang masih ada kat sana ke, ma?” dalam sakit-sakit pun kau masih ingatkan dia, Fiza?
“Aril tak ada. Dah keluar tadi. Kenapa Sya?” mama menyoal balas dengan nada pelik.
“Oh, tak apalah ma.”
“Sya nak mama call dia ke?”
“Eh, tak apa, tak payah.” Laju aku menghalang.
“Sya,” tika aku mahu mematikan perbualan, mama tiba-tiba memanggil namaku.
“Iya ma?” Rasa pening di kepalaku semakin mencengkam. Di dalam hati tak putus-putus aku menyebut ya Allah.
“Kalau perlukan apa-apa bantuan, mama dan papa ada untuk Sya.” Entah kenapa kata-kata mama itu terasa sayu ditangkai hatiku. Sepertinya aku ni bukan menantu mereka tapi anak mereka.
“Okey ma,”
Dan talian terputus. Aku mengensot di atas katil mendapatkan bantal. Rasa sakit kepala ini semakin lama semakin mencengkam. Ya Allah, sesungguhnya rasa sakit ini penghapus dosa kecil. Aku menggumam di dalam hati. Bibir aku basahkan dengan zikir kepada Allah. Supaya rasa sakit ini semakin berkurang. Kepala dipejam rapat. Entah bila aku dibawa pergi oleh rasa kantuk.

SYAZRIL membelok kereta masuk ke dalam halaman rumah. Kereta berhenti di depan tangga dan bukannya terus masuk ke dalam garaj. Dia sekejap saja ni. Kerana tertinggal dokumen penting, terpaksalah dia balik ke rumah. Sepatutnya dia dah masuk dalam bilik mesyuarat ni sebab ada perbincangan penting tapi nasib baik sempat dia suruh Sham gantikan sekejap. Kelam-kabut dia memandu tadi.
Tangga dia daki laju supaya cepat sampai ke atas. Saat pintu terbuka, dia terus menonong ke bilik kerja. Dah tak hiraukan kiri dan kanan. Melangkah masuk ke dalam bilik kerja, matanya terus terpahat pada dokumen berwarna biru itu. Tangan laju mencapai dokumen itu. Setelah diperiksa isi dalamnya, Syazril pantas keluar dari bilik itu.
Ketika melewati pintu bilik sendiri, kaki Syazril automatik berhenti. Lama dia merenung pintu itu. Nak masuk ke tak? Itu yang sedang berlegar di dalam kepala Syazril. Err… tak ada orang kan? Ah, redah ajelah.
Tombol pintu dia pulas dan daun pintu ditolak perlahan. Mata meliar memandang ke segenap bilik.
Air-cond on?” Syazril menyoal sendiri. Syafiza terlupa tutup ke sebelum keluar tadi?
Syazril berlalu ke arah penghawa dingin. Mata meliar mencari alat kawalan jauh penghawa dingin. Niat di hati mahu mematikan alat pendingin itu. Tempat yang biasa letak alat kawalan itu juga kosong. Kat mana pulak ni?
Dalam tercari-cari itu, dia ternampak kelibat sekujur tubuh di atas katil. Lantas dia merapati katil. Syafiza! Maknanya tadi memang ada orang kat dalam bilik ni. Syazril pandang pelik ke arah isterinya yang sedang terbaring kaku. Wajah Syafiza dia pandang. Rintik-rintik peluh membasahi dahi dan sebahagian wajah Syafiza.
Suhu air-cond punyalah sejuk, tapi masih berpeluh? Syazril menyoal di dalam hati. Ini menimbulkan rasa pelik di hati Syazril. Lantas tangan didaratkan di leher isterinya. Tindakan spontan.
“Panas!” Sedikit naik ton suara Syazril. Pantas dia mengejutkan Syafiza.
“Sayang, sayang,”
Diam. Kaku. Panggilan Syazril tak bersahut. Syazril menggelabah. Kenapa ni? Janganlah main-main. Hati Syazril berasa tak enak.
“Fiza, Fiza. Janganlah main-main macam ni. Jangan takutkan abang,” kata Syazril tapi Syafiza tetap juga begitu. Tetap tak bereaksi.
Tanpa menunggu lama, Syazril paut tubuh Syafiza. Dia dukung Syafiza masuk ke dalam kereta. Sebelum terlupa, sempat dia capai tudung dan beg duit Syafiza. Tergopoh-gapah dia memandu.
Telefon dikeluarkan dari poket seluar dan nombor telefon Sham segera dia dail. Nasib baik dia memang menggunakan alat bebas tangan.
“Sham, kau handle sorang-sorang meeting tu boleh tak?” Sejurus talian bersambut, Syazril pantas menyoal.
Handle sorang? Kenapa pulak?” Sham soal balas sambil kening terjongket ke atas. Sudahlah dia terpaksa meminta diri dari client penting mereka untuk keluar sekejap kerana panggilan Syazril ini.
“Sya pengsan kat rumah. Aku nak bawa dia ke klinik dulu,”
“Pulak dah. Habis tu, dokumen tu macam mana?” Syazril ni saja aje buat dia pening. Sham tak sudah-sudah mengomel di dalam hati.
“Kau suruh despatch kita ke Klinik Rohana, aku tunggu kat sana. Suruh dia gerak sekarang.” Arah Syazril.
Usai menelefon Sham, Syazril pandang isterinya di sebelah. Tangan memegang tangan Syafiza. Perlahan-lahan tangan itu dia usap.
“Sabar sayang,” kata Syazril bagai memujuk isterinya.
Kereta terus dipandu membelah jalan raya. Jarum pada meter had laju sudah melebihi had laju yang sepatutnya.

AKU terjaga. Seperti ada yang sedang memanggil namaku. Aku pandang pelik dinding sekelilingku yang berwarna putih dan dinding simen. Rumah aku dindingnya kayu dan bukannya warna putih. Aku kat mana ni? Dengan kepala yang masih memberat, hati kecilku menyoal. Sungguh, aku kebingungan tika itu.
“Puan dah sedar? Boleh bangun ke tak ni?” Ada suara asing tiba-tiba menyoalku. Laju aku mencari arah datangnya suara itu. Seorang wanita lewat empat puluhan yang memakai jubah putih sedang tersenyum ke arahku.
“Saya kat mana ni?” Soalannya tak aku jawab sebaliknya aku mengeluarkan soalan lain.
“Saya Doktor Rohana. Puan sedang berada di klinik saya,” ujar wanita itu memperkenalkan diri. Doktor?
“Klinik? Kenapa saya ada kat sini?” Kepala aku masih bingung sebenarnya.
“Sayang pengsan kat rumah tadi,” ada suara lain pula yang menyampuk. Aku kenal suara itu.
Pengsan? Bila? Rasanya aku tertidur aje pagi tadi. Kepalaku berfikir. Aku pandang ke sisi, Aril ada di situ. Doktor Rohana mula beransur ke mejanya. Aril hulur tangan, mahu membantu aku bangun. Dalam hendak dan tidak, aku sambut juga huluran itu. Menjaga air muka Aril di depan Doktor Rohana. Aku duduk di kerusi yang disediakan.
“Puan selalu ke pengsan sebelum ni?” Doktor Rohana menyoalku.
Pengsan? Aku gelengkan kepala.
“Atau sakit kepala? Loya-loya?”
“Tak ada,”
“Hmm… puan buat ujian air kencing dulu ya,” Doktor Rohana menghulurkan bekas kecil kepada aku. Dalam rasa pelik, aku ambil juga bekas itu dari tangan Doktor Rohana.
“Boleh jalan tak ni?” Aril tiba-tiba menyoalku perlahan.
“Boleh,” balasku sambil bangun dan ke tandas.

“TAHNIAH,” ucap Doktor Rohana samba senyuman melebar di bibirnya.
Aku terkedu. Tahniah?
“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Terima kasih doc.” Aku jeling orang sebelah. Aril mengucap syukur sambil meraup muka.
Selepas tu Doktor Rohana berpesan itu dan ini kepada Aril. Aku hanya menjadi pemerhati. Kalau dengar pun, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Langsung tak ambil hal. Tahu-tahu saja Aril dah ajak balik. Aku angkat punggung dan ikut aje langkah Aril ke kereta.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku diam, dia pun diam. Langsung tak ada rasa nak sembang ke apa ke. Kalau ikut aku, memang tak ada langsung rasa nak sembang. Lepas peristiwa semalam, hati aku dah tawar nak sembang dengan dia.
Kereta berhenti di halaman rumah. Sudah lama kereta berhenti tapi tak ada tanda-tanda pun yang dia akan keluar atau pun dia akan bukakan pintu untuk aku. Paling-paling kurang pun bukakanlah kunci penggera pintu ni. Aku dah lemas duduk kat dalam kereta ni.
“Sampai bila nak duduk dalam ni?” Kerana hilang sabar, aku menyoalnya.
Dia pandang aku tapi aku larikan mata ke luar cermin.
I think we need to talk,” perlahan dia berkata. Tenang.
“Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi. Sebabnya, yang salah tetap saya. Dan awak semuanya betul!” Allah, lancangnya mulut ini membidas.
“Sayang,” Aril cuba pegang tangan aku tapi aku cepat-cepat larikan tangan. “Tolonglah jangan macam ni,”
“Habis, nak macam mana lagi? Nak bersuka-ria bila tahu suami saya ada perempuan lain? Macam tu?” Air mata tiba-tiba bertakung di tubir mata.
“Perempuan lain? Abang tak ada dan tak pernah ada perempuan lain,” Aril menafikan. Tegas sekali suaranya.
Aku pekakkan telinga. Aku tak nak dengar apa yang dia cakapkan. Aku dah malas nak dengar. Lantas aku pegang pembuka pintu kereta. Aku nak keluar!
“Cepatlah buka!” Suaraku sudah meninggi.
Aril mendengus. Mungkin kerana bosan melihat aku langsung tak layan setiap cakapnya, Aril akhirnya menekan central lock keretanya. Sejurus kunci dibuka, aku terus tolak pintu kereta. Tangga demi tangga aku daki untuk masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Aril yang masih di dalam kereta. Aku menapak ke bilik. Seketika kemudian, aku mendengar deruman enjin kereta Aril. Mungkin Aril sudah keluar kembali.
Sementara aku, rebahkan badan di atas katil sambil pandang siling. Mata dipejam celikkan berkali-kali.

DUA minggu sudah berlalu. Dan hubungan aku dengan Aril masih hambar. Seorang ke hulu, seorang ke hilir. Entah. Aku pun tak tahu bagaimana kesudahan hubungan ini. Kalau ikutkan hukum, aku boleh aje pergi mengadu kat pejabat agama. Tapi sebabkan aku sayangkan hubungan ini, aku diamkan saja. Aku nak tengok, sejauh mana Aril nak biarkan hubungan kami berterusan begini.
Aku balik ke rumah. Hanya memandang dinding yang bisu. Nia sudah aku tidurkan di dalam katil kecilnya. Aku mengeluh. Teringat diri yang masih belum menunaikan solat isyak, aku lantas bangun dan menghilang di dalam bilik air. Ambil wuduk dan solat. PadaNya aku berserah.
Usai solat, aku capai al-Quran dari atas kabinet kecil. Al-Quran yang telah dijadikan hantaran semasa aku dan Aril kahwin dahulu. Lamanya aku tak membaca kalimah cinta di dalam al-Quran ini. Pelahan-lahan aku membelek muka surat pertama. Bibir perlahan mengalun bacaan al-Fatihah.

SO, macam mana dengan rancangan kau tu?” Sambil berjalan beriringan dengan Syazril, Sham menyoal.
So far so good.” Balas Syazril.
“Bila kau akan laksanakan rancangan tu?”
“Tiga hari lagi.”
“Hmm… dah tak lama. Good luck. Harapnya rancangan kau ni tak sia-sia sampai Sya merajuk bagai.” Kata Sham sambil senyum sinis. Segala cerita tentang Syazril dan Syafiza, kemas tersimpan di dalam poketnya ni.
Syzaril termenung seketika mengenangkan kata-kata Sham. Harapnya rancangan yang dia atur ni tak mengecewakan isterinya. Lepas dah berperang besar sejak dua minggu lepas, amat-amat tak berbaloi kalau rancangan ni tak berjaya.
“Hoi, apa hal berdiri kat tengah-tengah ni macam patung hiasan? Kau nak lunch kat sini ke?” sergahan Sham mengembalikan Syazril ke dunia realiti.
“Hah?” dalam terpinga-pinga, Syazril melajukan langkah mengejar Sham yang semakin menjauh.
Petang menjelma. Syazril dah tak boleh pandang segala kerja-kerja di atas mejanya. Lalu, dia ambil keputusan untuk keluar. Kepada Wadia dia cakap takkan masuk lagi kerana ada hal penting. Syazril memandu kereta tanpa hala tuju. Nak balik ke rumah? Tak ada orang. Baru pukul 4.00 petang. Sah-sah isterinya ada di butik lagi.
Tanpa berfikir panjang, Syazril memandu ke rumah keluarganya. Kereta dipandu masuk ke dalam garaj.
“Eh, apa mimpi kamu datang ke sini?” Datin Sharida menegur Syazril sejurus nampak kelibat Syazril. Syazril menyalami tangan mamanya. 
“Alaa… macam Aril tak boleh datang ke sini. Nak baliklah macam ni,”
“Tak payahlah nak ugut-ugut macam tu. Tak lutnya dengan mama ni.” Selamba kata Datin Sharida. Bukan dia tak kenal anak lelakinya ni macam mana. Sembilan bulan dia mengandungkan Sayzril. Dia dah terlalu masak dengan perangai Syazril.
“Nia mana ma?” Syazril memanjangkan leher mencari kelibat anak tunggalnya itu.
“Papa bawa keluar jalan-jalan tadi,” Datin Sharida mahu melangkah ke dapur. “Kamu nak minum tak?”
“Tak apalah ma, nanti Aril ambil sendiri.” Jawab Syazril sambil duduk di ruang tamu. Tangan menekan remote control TV.
“Okey,” Datin Sharida berlalu ke dapur.
Jelas riak kebosanan di wajah Syazril. Dari satu saluran ke satu saluran dia tekan. Tak ada satu pun yang berjaya memikat hatinya. Akhirnya dia bersandar pada sofa. Kepala sudah sampai ke benua mana entah.
Datin Sharida muncul di ruang tamu bersama muk di tangan. Satu sajalah muk tu sebab Syazril cakap tak nak tadi. Jika Syazril tak datang, tinggal dia dengan bibik sajalah kat rumah ni.
“Aril,” Datin Sharida cuit bahu Syazril. Terpinga-pinga anaknya. “Dah sampai ke bulan ke?” Datin Sharida duduk di sebelah Syazril.
“Tak adalah,” nafi Syazril.
“Tak ada? Mama tengok muka tu macam ada masalah besar aje.” Kata Datin Sharida. “Kau berdua ada masalah ke?” Syazril pantas pandang wajah mamanya.
“Masalah? Fiza ada cerita apa-apa ke?”
“Tak ada. Sebab tu mama tanya kamu.” Datin Sharida ubah posisi duduk. Dia pandang Syazril. “Sebenarnya apa masalah kau orang ni? Beberapa minggu lepas mama tengok mata Sya bengkak semasa hantar Nia ke sini. Bila mama tanya dia berdalih. Tapi mama tahu dia menangis. Mama pun perempuan Aril, mama faham perasaan Sya.”
Syazril meraup muka.
“Masalah kecil aje ma,”
“Masalah kecil? Sampai menangis anak orang tu. Kamu jangan cari penyakit Aril. Mama tak suka anak mama bercerai-berai.” Datin Sharida memberikan amaran.
“Cerai? Tak adalah sampai ke situ mama ni.” Sanggah Syazril. Sampai ke situ mama berfikir. Kata hati Syazril. Syazril pandang jam di pergelangan tangan. “Ma, Aril gerak dululah.” Dia hulur tangan mahu menyalami tangan Datin Sharida.
“Dah nak pergi? Tak nak tunggu Nia dulu?”
“Tak apalah. Malam ni aje Aril jumpa dia. Sampaikan peluk cium Aril untuk Nia.” Kata Syazril lagi. Dia bergegas keluar rumah, mendapatkan keretanya.
Datin Sharida menggelengkan kepala. Datang macam ribut, pergi juga macam ribut.

“YA Allah letihnya!” aku merungut.
Terasa badanku tersangat penat. Sejak akhir-akhir ni banyak sangat tempahan yang masuk. Tempahan untuk dinner la, untuk kenduri kahwin lagi. Maklumlah cuti sekolah tak lama lagi. Masa tu memang sibuk orang duk buat kenduri kahwin. Dan orang-orang kita ni suka sangat tempah baju baru sebabnya mereka cakap tak nak pakai baju yang sedia ada. Tambah lagi kalau majlis tu buat kat hotel besar. Memang semua pakat nak melaram ajelah.
Sekarang aku sudah menggaji dua orang pekerja lagi yang berkemahiran tinggi dalam seni jahitan. Tapi tu semua tetap tak buat aku berehat panjang. Aku tetap tak menang tangan menjahit tempahan pelanggan. Lagi-lagi kalau ada yang nak aku sendiri menjahit baju mereka. Maka terpaksalah aku turuti permintaan pelanggan tetap itu. Letih dan penat usah kiralah. Lagi lagi sekarang ni aku disahkan berbadan dua. Penat tu rasanya berganda.
“Kak Sya,” panggilan itu mengejutkan aku. Terbang segala yang aku angankan.
“Ya Dian,” kepala aku angkat memandang Dian. Dian adalah salah seorang pekerja baruku.
“Ini ada empat pasang lagi tempahan untuk hari ni. Semuanya perlu disiapkan oleh Kak Sya sendiri.” Dian letak kain-kain di tangannya di atas mejaku. Aduh! Dalam hati aku sudah mengaduh. Yang dalam tangan pun dah banyak, ini ada empat pasang lagi.
“Bila mereka nak ni?”
“Kalau boleh sebelum cuti sekolah,”
“Sebelum cuti sekolah?” ton suaraku naik sedikit. Spontan aje.
“Err… haah kak,” tergagap-gagap Dian jadinya. Mana tak gagapnya kalau kena marah tiba-tiba.
“Tak apalah, tinggalkan saja kat situ.” Kataku lemah.
Dian berlalu keluar. Dan aku merenung kain itu. Entah bila la akan siap ni. Aku mengeluh di dalam hati. Dengan kesihatan yang kadang tak berapa nak elok ni, aku tak jamin dapat siapkan semua ni. Tapi Dian dah bersetuju. Nak tak nak terpaksalah aku buatkan juga.
“Ehem,”
“Ada apa lagi Dian?” tanpa angkat kepala aku menyoal.
Diam. Eh, kenapa pula diam aje Dian ni?
“Dian,” aku angkat kepala dan tergamam.
Ternyata bukan Dian yang berada di hadapanku kini. Tapi seorang lelaki bergelar suami. Aku larikan pandangan mata ke arah lain. Walaupun rindu untuk menatap wajah itu tapi aku sabarkan hati. Tinggal serumah tapi tak bertentang mata.
“Ehem. Jom!”
Aku panggung kepala. Jom? Nak ke mana pulak? Hatiku menyoal.
“Eh, termenung pulak. Cepatlah,” dia bersuara lagi apabila melihat aku diam. Tangan Aril ligat mencapai itu dan ini di atas mejaku. Kononnya nak tolong kemas bagi pihak aku.
“Heh! Apa ni?” Angin aku tiba-tiba.
“Dah nampak nak termenung sangat. Cepatlah kemas tu,” Aril mengarah aku.
“Saya tak cakap pun nak ikut awak.” Berani aku melawan kata-katanya.
“Abang tak perlukan persetujuan Fiza. Abang nak Fiza ikut arahan abang. Wajib.” Aril sudah menggunakan kuasa vetonya.
“Saya tak nak!”
Aku rampas segala barang-barangku yang berada di dalam genggamannya. Tapi Aril berkeras. Tetap tak mahu serahkan apa yang ada di dalam genggamannya. Akibatnya berlakulah adegan tarik menarik antara mereka.
“Fiza sayang, boleh tak dengar cakap abang untuk kali ni?” Aril berkata lembut. Benar-benar mahu membeli jiwaku.
Akhirnya pautan tanganku pada barang itu terlerai. Aku mengalah bukan bermakna aku kalah. Aku sedar aku bukanlah bertenaga mana. Tambah-tambah bila disahkan berbadan dua ni. Cepat sangat berasa letih.
“Jom,” entah sejak bila Aril berdiri di sebelahku. Dia sudah menggenggam tanganku.
“Nak pergi mana?” Aku meringankan mulut bertanya. Nada sudah mengendur.
“Adalah,” Aril jawab sambil kenyit mata.
Nak main rahsia pulak? Aku menyoal di dalam hati. Malas bersoal jawab lagi, aku ikut saja langkah Aril. Masuk ke dalam kereta, Aril terus memandu ke destinasi yang masih lagi rahsia itu. Lama-lama memandang jalan raya, akhirnya mataku mengantuk. Tak sedar aku tertidur. Lagi pulak lagu yang Aril pasang semuanya mendayu-dayu. Mananya mata aku tak layu.
“Sayang,” jauh-jauh aku mendengar panggilan sayang itu. Tapi mata tak terasa nak buka pun. Macam kena gam aje.
“Sayang,” panggilan itu kedengaran lagi. Siapa pulak duk main sayang-sayang ni? Aku buat-buat bodoh.
Tiba-tiba aku rasa pipiku disentuh. Eh, kenapa rasa lain? Bukan disentuh dengan tangan tapi dengan…. Bibir! Allah! Aku celikkan mata dan pandangan kami bersabung. Lidah kelu. Dia senyum. Err…. Aku tak tahu maksud senyuman tu. Sebab suka ke?
“Jom keluar,” kata Aril sambil tolak pintu kereta.
Aku terkejut. Keluar? Aku pandang keluar cermin. Keadaan kat luar gelap gelita. Dah sampai ke? Tapi kat mana ni? Aku menyoal di dalam hati. Kepala sibuk sekali memandang kiri dan kanan.
“Yang,” Aril memanggil sambil membuka pintu kereta sebelahku. Terpinga-pinga aku jadinya.
“Kat mana ni?”
“Keluar dulu. Nanti abang bagi tahu.” Aril hulur tangan, mahu aku menyambutnya. Teragak-agak aku menyambut huluran tangannya.
“Tapi Nia?” tika ini aku tersangat rindukan Syariza Dania. Tak pernah aku tinggalkan Nia lama-lama begini.
“Tak apa, abang dah telefon mama. Mama faham,”
“Faham?”
“Anak dan memantu mama juga perlukan ruang mereka sendiri. Mama juga pernah muda, sayang. Jom masuk,” ajak Aril. Mesti mama fikir yang bukan-bukan saja.
Aril buka pintu utama dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menekan suis lampu dan terang-benderang pintu itu. Aku terkesima. Sekali lagi aku terkejut. Tak sangka aku dihidangkan dengan pemandangan ini. Sebuah rumah seperti istana. Cantik. Tersangat cantik!
“Suka?” dia menyoalku sambil genggam tanganku.
Kepalaku terangguk sambil memandang ke sekitar rumah. Setapak demi setapak aku atur langkah di dalam rumah itu. Aril setia mengikut langkahku.
“Rumah siapa ni?” Baru terasa nak tanya. Apa la kau ni Fiza.
“Rumah kita.” Bisik Aril. Betul-betul di tepi telingaku. Tak sedar langsung entah bila dia memeluk aku dari belakang.
“Rumah kita?” Kening sudah terjongket ke atas. Habis, rumah yang sekarang ni? Soalan kedua berlegar di dalam kepalaku
Yup, rumah kita. Hanya untuk persinggahan saja. Mungkin apabila anak-anak dah besar dan dah ada kehidupan sendiri, kita boleh tinggal kat sini.” Jawab Aril.
“Oo…”
“Jom naik ke atas. Nak tengok bilik kita tak?”
“Nak,”
“Jom.” Aril tarik tangan aku supaya mengikut langkahnya.
Kami mendaki tangga ke tingkat atas sehinggalah terhenti di depan sebuah pintu bilik. Aril pulas tombol pintu itu dan ditolak perlahan. Suis lampu ditekan. Cahaya lampu menyimbahi segenap ruang dalam bilik. Sekali lagi aku terkejut. Bilik dihias seperti bilik pengantin. Dengan taburan kuntuman mawar di atas katil. Benar-benar membuat perasaanku terawangan. Aril betul-betul menyediakan kejutan buat aku hari ni.
“Untuk apa semua ni?”
“Untuk isteri yang paling abang cinta.” Aril cium dahiku.
Air mata bergenang tiba-tiba. Aril benar-benar buat aku terharu. Aku tak minta semua ni.
“Hei, kenapa ni? La…. Takkan sedih jugak kut.” Kata Aril sambil pandang wajah aku. “Dah, dah. Tak nak nangis macam ni. Jom mandi, nanti boleh solat sama-sama. Dah lama kita tak solat berjemaah kan,” Aril kesat air mata yang membasahi pipiku. Ya, sudah lama aku dan dia tak berjemaah bersama. Terasa sangat rindu untuk melalui saat-saat diimamkan oleh suami sendiri.

USAI solat, panjang doa yang Aril bacakan. KepadaNya dipohon kebahagiaan rumah tangga yang dibina ini. Jauhkanlah hasutan syaitan yang boleh meruntuhkan ikatan ini. Doa diaminkan dan Aril memusingkan tubuh memandangku. Tangan dihulur. Aku menyambut huluran itu. Air mataku gugur tanpa dipaksa. Ya Allah, cepat benar hati ini tersentuh. Dan asal tersentuh aje, mata pasti berair.
Kepala diangkat dari mencium tangan Aril. Mata kami beradu. Aril kesat air mata yang mengalir dengan tangan kiri sambil mengelengkan kepala.
Baby kita macam mana?” Aril tiba-tiba menyoal sambil tangan mendarat di atas perutku.
Good. Sihat di dalam rahim mamanya.” Balasku.
Aril tundukkan kepala hingga seperti mahu daratkan kepala di atas ribaku.
Baby, duduk diam-diam kat dalam ya. Jangan susahkan mama. Kesian mama yang kandungkan baby. Papa tahu mama penat. Jadi anak yang soleh dan solehah, ya.” Aril berbisik perlahan. Seperti anak kami itu faham setiap yang dia cakapkan itu. Hatiku tersentuh lagi.
Aril tiba-tiba bangun dan melangkah ke satu sudut bilik. Dia ambil sebuah beg kertas dan dibawa kepadaku. Sementara itu, aku buka telekung yang membaluti tubuh. Bilik itu asih belum lengkap sepenuhnya. Jadi aku sangkutkan telekung pada penyangkut baju dan digantung di dalam almari.
Aril atur langkah sampai di depanku, beg kertas diberikan kepadaku. Aku pelik. Wajahnya aku pandang sambil menghantar pertanyaan melalui riak muka. Aril dekatkan wajah pada telingaku.
“Bersiap-siap dan pakai baju kat dalam ni. Nanti kita dinner sama-sama.” Aril kenyitkan mata kepadaku.
“Kita nak keluar ke?” aku bertanya lagi. Masih tak faham apa yang Aril cuba sampaikan.
“Tak,”
“Habis tu?”
Just do it without any single questions. Mudah kan?”
“Okey,” balasku lemah.
“Jangan lama-lama sayang, nanti abang rindu.” Aril kenyit mata lagi sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Meninggalkan aku yang masih berasa pelik. Sungguh Aril terlebih romantik hari ni. Tidak seperti sebelum-sebelum ni yang kadang tengok aku seperti tak berperasaan.
Aku seluk tangan ke dalam beg kertas itu. Material lembut menyentuh kulit tanganku. Baju ke? Lalu aku keluarkan dari beg kertas. Sehelai gaun malam terbentang di depan mata. Gaun rona kelabu gelap dan punya perincian lace rona keemasan pada pinggang benar-benar berjaya memikat hatiku.
Aku gayakan gaun itu pada badan sambil berdiri di depan cermin besar. Sesuai dengan kulitku dan sangat padan dengan tubuhku. Pandai Aril pilih saiz. Tapi…. Mataku memandang bahagian atas baju itu. Luas terdedah di bahagian dada dan bertali halus. Kalau sekali tengok, macam langsung tak bertali. Aduh, seksinya. Malu!
Dengan suami sendiri pun kau nak malu ke? Suara hatiku menyoal di dalam. Ya tak ya jugak. Aku pandang ke beg tangan di hujung katil. Isi dalam beg tangan aku selongkar. Sebuah beg kecil aku bawa keluar. Hmm…. Biasanya aku tak pernah bawa pun beg kecil ni. Tapi masa nak keluarkan dompet pagi tadi, beg kecil ni ada sama dalam beg tangan aku. Mesti kerja Nia ni. Aduhai Nia. Anak aku tu semakin hari semakin lincah dan nakal.
Aku teliti isi dalam beg kecil itu. Ada penggaris mata, pembayang mata dan gincu. Ada pelbagai pilihan warna dalam tu. Ah, dah bolehlah ni dari tak ada langsung. Dalam hati aku berterima kasih kepada Nia. Macam tahu-tahu saja rancangan papanya dan beg kecil ini sudah menjadi penyelamat.
Tanganku mula ligat melakar di atas wajah. Aku tak sukakan solekan yang tebal. Sekadar solekan nipis saja. Usai bahagian mata, aku ke pipi dan akhirnya di bibir. Siap! Aku tilik wajah sendiri di cermin. Dengan nafas panjang, aku memandang pintu bilik. Hati berasa berbelah bahagi pula. Nak keluar ke tak ni?
Tenang Fiza, tenang. Bukannya siapa-siapa kat luar tu? Aril aje pun. Hatiku berkata lagi. Dia tarik nafas dan dilepas. Tangan sudah memegang tombol pintu. Tombol dipulas dan daun pintu aku tarik. Aku menapak perlahan sambil memandang kiri dan kanan, mencari kelibat Aril. Mataku terpaku pada susuk tubuh yang lengkap dengan sut hitam. Bukan saja mata, tubuh juga terpaku. Terasa bagai digam pada lantai. Kacaknya dia! Hatiku menjerit.
“Sayang,” panggilan itu menyedarkan aku. Hilang seketika apa yang aku angankan.
Shall we?” Aril hulur tangan, menanti aku menyambut hulurannya. Aduh! Gentlemannya dia!
“Err….” Bibirku kelu tanpa kata.
Melihat aku seperti diam kaku begitu, Aril genggam tanganku. Terasa langkahku selepas itu tak ubah seperti sedang diheret pada lantai. Cuma tak mengeluarkan bunyi saja.
Ya Allah, kenapa dia tersangat handsome malam ni? Eh, tak hanya pada malam ini. Tapi sejak 18 tahun lalu hinggalah kini. Di mataku dia tetap kacak untuk selama-lamanya. Alunan muzik lembut dan sentimental melatari ruang tamu. Aku benar-benar dibuai. Aduh! Parah begini. Aril berhenti berjalan dan aku turut sama berhenti. Dia berdiri di depanku.
“Jom menari dengan abang.” Bisik Aril.
Menari? Aku berasa mahu jatuh terduduk ni. Seumur hidup manalah aku pernah menari bagai ni.
“Tak nak. Tak pandai.” Serius muka aku sedang memerah. Malu tau tak!
Aril senyum. Aduh, sudah-sudahlah senyum tu. Jangan buat aku terus tak jejak bumi.
Just follow my steps.”
Ikut langkah dia? Err…. Okey. Dia ke kiri, aku ke kiri. Dia ke kanan, aku ke kanan. Dan tak semena-mena aku terpijak kaki dia.
“Sayang, kaki abang tu.” Dia tegur aku.
Adoi! Kan aku dah cakap, aku tak pandai menari. Nasib baik kat dalam rumah dan tak pakai kasut tumit tinggi. Kalau tak, lagi parah kaki dia. Hehehe… selepas lima belas minit, aku akhirnya mengalah.
“Tak naklah menari. Nanti terpijak kaki abang lagi,”
“Okey. So nak buat apa sekarang?”
“Makan-makan tak ada ke? Lapar.” Aku pegang perut. Anak mama ni kuat betul seleranya.
Tiba-tiba tangan Aril singgah di pipi aku. Dia cubit pipi aku.
“Makan aje yang diingat.” Aril senyum semanis gula lagi. Macam manalah aku tak jatuh chenta dengan dia! Hisy!
“Sakit.” Aku buat suara merengek. Lama tau tak bermanja dengan dia. Lepas satu, satu perkara yang jadi. Tak sempat nak bermanja bagai.
“Sakit? Meh nak tengok kat mana sakit tu. Kat sini ya,” cupp! Aril cium pipi aku, tempat dia cubit tadi.
“Abang!”
“Apa? Tadi cakap sakit. Abang dah bagi hadiah pun,” Aril sengih lagi.
Drop the subject. Bila boleh makan ni?” topik lain tak ada, asyik ingat makan saja dalam kepala ni!
“Jom!” dia tarik tangan aku ke meja makan.
Sampai di meja makan yang sangat romantik dengan hiasan lilin tinggi, kuntuman bunga mawar dan susun atur yang tersangat grand! Seperti mahu menjamu selera di restoran sepuluh bintang.
“Duduk, sayang.” Tak sedar langsung Aril sudah tarikkan kerusi untukku. Punyalah terkesima dengan hiasan pada meja makan sampai tak nampak dah benda lain. Aku duduk.
“Abang,” aku panggil Aril.
“Hmm….”
“Err… hari ni ada apa-apa yang istimewa ke?”
Sejak diajak menari dan dengan hidangan di atas meja ni, hatiku sudah berdetik. Aril seperti mahu meraikan sesuatu. Tapi sempena apa? Hari jadi dia? Dah lepas. Aku dah sediakan rancangan baik punya untuk hari jadi dia.
“Tarikh hari ni berapa hari bulan ek?” Aril senyum lagi.
Hari ni? Mana telefon aku? Kalau nak tengok tarikh atau nak tengok jam, aku mesti mencari alat perhubungan itu. Sampai dah terlampau bergantung dengan telefon aku ni.
“Err…. Tak ingat.” Jawabku.
“Sayang, hari ni 15 Jun. Apa yang special dengan tarikh ni?”
“15 Jun? Hari jadi Fiza,” gumamku perlahan. Ya Allah, macam manalah aku boleh lupa dengan hari jadi sendiri. Rasanya kalau ada sudip kayu atau yang seangkatan dengannya, dah lama aku ketuk kepala ni. Tarikh penting macam tu pun aku boleh lupa. Adoi Fiza!
Yup, tarikh perempuan yang paling abang sayang selepas mama dilahirkan ke dunia. Mama kepada anak-anak abang. Dia pelengkap hidup abang. Dialah tulang rusuk kiri abang,” aku terharu dengan kata-kata Aril. Aril mendekatiku. Tanganku digenggam erat. “Dan penantian abang selama 14 tahun dulu tu tak sia-sia kerana akhirnya abang dapat memiliki sayang untuk hari ni, insya-Allah hingga ke akhir hayat kita. Moga jodoh kita hingga ke syurga.” Sambung Aril sambil seka air mata yang membasahi pipi aku.
“Tapi….”
“Tapi?”
“Abang ada perempuan lain selain Fiza kan?” aku teringatkan kes kami yang masih belum selesai. Aku perlukan jawapan. Jangan buai aku dengan perasaan semanis gula sedangkan nanti akan hidangkan aku dengan madu sepahit hempedu.
“Kan abang dan cakap. Abang tak pernah dan tak akan ada perempuan lain.” Muka Aril berubah.
“Habis, baju ada kesan lipstick dan bau minyak wangi perempuan tu apa?” aku berubah menjadi singa balik.
“Oh, itu. Sebenarnya kan, itu adalah rancangan abang dan Sham.” Aril senyum tiba-tiba.
“Rancangan? Untuk apa?”
“Rancangan buat Fiza cemburu. Dan rancangan tu berjaya. Isteri abang tersangatlah cemburu. Nasib tak bertukar jadi singa!” Aril gelak kuat.
“Boleh percaya ke ni?” aku ragu-ragu.
“Ya Allah! Kalau tak percaya juga, nah. Sayang call sendiri Sham. Tanya dia.” Aril keluarkan telefon bimbitnya dan dihulur kepadaku.
Err… Perlu ke aku call Sham?
“Di depan sayang dan baby kita yang bakal lahir ni, abang janji yang takkan ada perempuan lain yang akan mengganggu rumah tangga kita. Insya-allah.” Aril seluk poket kotnya. Dia bawa keluar kotak kecil yang panjang. “Just for you,”
Aril buka kotak itu dan aku terkesima. Ada seutas rantai tangan emas di dalam kotak itu.
“Khas dari Syazril Naim untuk Syafiza Akhira. Moga jodoh kita hingga ke syurga.”
Mata memandang rantai tangan di tangan sebelum aku pandang Aril. Aku peluk Aril.
“Terima kasih abang. Terima kasih untuk segala-galanya. Moga jodoh kita hingga ke syurga.” Ucapku betul-betul di tepi telinga Aril.
Dan semoga Allah kabulkan permintaan kami! Amin ya rabbal alamin!

TAMAT