Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Sabtu, 10 September 2011

KAU YANG KUSAYANG:BAB8

“RIL, jom lunch.” Syazril laju mengangkat kepala.
‘Eh, dia ni. Salam tak bagi apa tak bagi, tiba-tiba aje dengar suara. Kalau aku ada sakit jantung, dah lama aku gol. Huh, apa punya kawan entah.’ Bebel Syazril di dalam hati.
“Kau ni! Nak masuk bilik aku bagilah salam. Tak pun ketuklah dulu pintu tu. Ni tak, sesuka hati je redah. Kalau aku ada sakit jantung, dah lama gol tahu!” Syazril pura-pura marah.
Bukan dia tak tahu kawan baiknya nan seorang ni. Cakaplah gajah rimau pun bukannya nak dengar. Buat perhabis air liur aje. Dia bangun dari kerusi yang didudukinya. Terasa nak patah pinggangnya sejak dari pagi duk terperap dalm bilik tu. Ada fail penting yang perlu dia semak. Biasanya kerja semak-menyemak ni adalah tugas papanya, Datuk Nawawi. Tapi disebabkan papanya perlu berjumpa seseorang yang sangat peribadi katanya, maka dialah yang ditugaskan untuk memantau tugas papanya ini.
“Nak lunch kat mana? Kau nak belanja aku ke?” pantas dia bertanya pada Syam yang duk senyum kambing dari tadi.
“Ala, apa kelas anak buah belanja bos. Patutnya bos yang belanja anak buah, baru kena macam tu.” Pantas dia manjawab.
“Asal keluar makan aje mesti aku yang kena belanja. Apa kau ingat aku ni cop duit? Sesenang hati aje nak belanja kau. Aku pun ada time gawat jugak!” bidas Syazril.
Mereka beriringan keluar dari bilik Syazril. Dilihatnya, suasana dalam ruang pejabat itu kosong. Semua stafnya sudah keluar makan nampaknya. Kaki terus di atur ke arah lif yang sedang terbuka
“Aik? Kau pun gawat jugak? First time aku dengar ni. Yalah, kalau kau tak belanja aku siapa lagi nak belanja aku. Kau anak datuk, aku ni cuma cucu atuk aje.” Syam ketawa mengekeh.
‘Heh, berlawak pulak dia.’ Syazril menonong aje melangkah keluar dari perut lif. Langsung dia tak menghiraukan kata-kata Syam. Lawak sangatlah.
“Eh, nak pergi dengan apa ni?” soal Syam apabila mereka tiba di lobi bangunan itu.
“Pergi dengan kaulah. Aku tak bawak kereta hari ni.” Jawab Syazril selamba.
Terus kawan baiknya berlalu ke arah parking kereta. Syazril memang tak suka ke tempat kerja dengan kereta kerana malas nak bersesak di tengah jalan raya. Dia lebih senang menunggang motosikal besarnya. Senang nak mencelah. Dia akan ke tempat kerja dengan kereta sekiranya hari hujan atau pun dia perlu berjumpa dengan syarikat-syarikat pembekal bahan mentah kepada syarikat papanya ini.
Lima minit kemudian. Kereta yang dipandu Syam berhenti betul-betul di hadapannya. Sebaik dia menutup pintu, kereta terus bergerak laju di atas jalan raya.
“Kau nak makan kat mana?” Syam mengulang tanya soalan yang telah Syazril Naim utarakan.
“Entah. Cari tempat makan biasa-biasa dahlah. Aku ada banyak kerja lagi kat pejabat tu.”
“Okey, kita ke restoran Mak Ngah. Kawan aku cakap, makanan kat situ best.”
“Ikut kaulah mana-mana pun.”
Setengah jam kemudian, mereka sudah selesai makan dan sedang dalam perjalanan balik ke pejabat pula.
“Wei, semalam aku dengar kau mengamuk kat pejabat. Habis si Suhana tu kena marah. Apasal? Apa yang tak kena?” Syam mula menyoal.
Memang sejak dari keluar tadi lagi dia nak tanya tapi bila tengok muka si kawan baiknya itu, terus pudar soalan di benaknya. Sejak sampai pagi tadi lagi dia ada terdengar soseh-soseh rakan sejawatnya yang lain bercakap perihal itu. Jadi dia sangat-sangat nak tahu, apa punca Syazril Naim ni berubah angin semalam.
Semalam pulak sepanjang hari dia di luar sebab perlu memantau kerja-kerja anak buahnya di tapak projek. Biasanya Syazril tak macam tu. Dia orang yang paling payah sekali nak marah orang. Melainkan kalau orang tu betul-betul buat salah dengan dia.
“Kau ingat tak perempuan yang langgar aku dengan troli dia di Mydin Mall dua minggu lepas, yang aku cerita kat kau tu.” Soal Syazril.
“Yang kau cakap perempuan tu kelam kabut semacam aje tu? Hmm.. aku ingat. Kenapa? Kau jumpa lagi dengan dia?”
“Hmm..”
“Kat mana kau jumpa dia kali ni? Jangan kau cakap kat Giant pulak sudah.” Syam terus ketawa.
“Amboi, kau ni peril aku nampak! Nak dengar ke tak? Woi!, sudah-sudahlah tu duk gelakkan aku.” Syazril naik angin tiba-tiba.
“Okey, okey. Hah, teruskan cerita kau.” Ketawa Syam sudah berhenti tapi bibirnya masih mengukirkan senyuman.
“Kau tau tak, dia langgar aku lagi semalam. Siapa tak marah.” Syazril Naim melepaskan amarahnya.
“Dia langgar kau lagi? Kali ni dengan apa pulak? Emm, dah dua kali berlanggar tu, macam ada jodoh aje kau berdua ni.” Ejek Syam.
“Jodoh hotak kau! Aku ke pejabat pos semalam, aku baru aje nak tolak pintu, tiba-tiba ada orang tolak dari dalam, aku tak sempatlah nak elak. Kalau orang lain yang tolak, aku boleh sabar lagi. Tapi, ni perempuan yang sama! Mana aku tak hangin!” mak aih! Memang betul-betul marah ni! Syam gelak dalam hati.
“Habis, kau buat bising macam kat Mydin ke?” haru jugak kalau si Syazril ni buat kecoh depan pejabat pos, fikir Syam.
“Gila kau! Aku masih tahu malu lagi! Lagi aku angin, dia langsung tak mintak maaf! Huh! Apa jenis perempuan aku pun tak tahu.”
Dulu dia terlanggar kau, dia mintak maaf kau marah dia balik. Kali ni dia tak mintak maaf kau bising jugak. Haih, manusia jenis apalah kau ni. Kalau aku jadi perempuan tu pun aku blah je. Dah tahu sangat dengan perangai kau, Ril. Rungut Syam dalam hati.
“Eh, sekejap. Kau cakap. Kau pergi pejabat pos? kau buat apa pergi ke sana? Setahu aku, tak pernah-pernah kau nak jejak kaki ke sana. Kau pernah cakap, rimaslah, apalah.” Bidas Syam lancang.
“Adik akulah. Dia ada pos apa entah dari sana. Aku pulak yang kena pergi ambik kat pejabat pos.” Syazril bersuara tidak puas hati.
Syam tahu, adik Syazril sedang belajar di UK. Dah tahun akhir pun. Mungkin ada barang-barang yang dia dah bungkus dan pos ke Malaysia. Nanti taklah banyak sangat barang yang dia bawa balik. Dan dia kenal sangat dengan perangai Syazril ni. Syazril memang tak suka pergi ke tempat-tempat seperti pasaraya, pejabat pos dan seangkatan dengannya. Tapi kalau ke parti-parti boleh pulak. Perangai kawannya itu membuatkan Syam pelik.

DENGAN langkah yang lesu, Syazril menapak memasuki rumah orang tuanya. Dia duduk di atas salah satu set sofa yang terdapat di ruang tamu rumah mewah itu. Briefcasenya hanya di biarkan terdampar di kaki kerusi.
“Baru balik Aril?” sapaan mamanya menampar telinga.
“Hmm..” hanya sahutan itu keluar dari bibirnya. Matanya terpejam.
“Pergilah naik ke bilik kalau nak tidur sangat. Tapi sebelum tidur tu, mandi, solat dulu. Maghrib dah tak lama tu. Jangan terus tidur pulak.” Suruh Datin Khalida.
Dengan malasnya, Syazril berdiri dan berjalan ke arah tangga. Tapi telinganya masih dapat menangkap setiap butir bebelan dari mamanya.
“Tu la, orang suruh kahwin banyak aje alasannya. Perempuan keliling pinggang, pilih ajelah yang mana berkenan. Kalau kahwin dah ada anak dah pun.”
Syazril memulas tombol pintu. Briefcase di tangan dia letak di atas meja. Tali leher yang sejak dari pagi menjerut lehernya dirungkai kasar dan dilempar masuk ke dalam bakul pakaian kotor. Tanpa membuka baju, tubuh direbahkan di atas katil bersaiz king miliknya itu.
“Huh, lega!” luah bibirnya spontan.
Mata dipejam rapat. Pesanan mamanya terus hilang dari kepala. Dan dia terus terbuai dibawa lena.

“APA yang awak duk bebelkan tu Ida?” tegur Datuk Nawawi pada isteri kesayangannya itu.
“Tu, pasal anak jantan awak tulah. Sampai bila nak hidup macam tu? Kawan-kawan dia semua dah beranak-pinak. Tapi dia masih macam tu. Nak kata tak ada kawan perempuan. Saya tengok ada aje perempuan yang berkepit dengan dia.” Jawab Datin Khalida. Tangannya ligat mengacau kuah kari di atas dapur.
Memegang gelaran datin tidak sedikit pun membuatkan dia kekok untuk masuk ke dapur. Memang sejak dari mula-mula kahwin lagi, kerja masak memasak memang kerjanya. Cuma sejak dia menggunakan khidmat pembantu rumah, ringan sedikit kerjanya di rumah mewah itu. Tetapi pembantu rumah hanya ditugaskan mengemas dalam rumah, luar rumah dah membasuh pakaian seisi rumah. Manakala kerja di dapur adalah tugasnya. Dia tak nak suami dan anak-anaknya menjadi lupa bagaimana rasa air tangannya apabila kerja di dapur juga diambil alih oleh pembantu rumah.
“Alah, dia tak puas lagi nak enjoylah tu. Biasalah, orang muda.” Balas Datuk Nawawi lembut.
“Nak enjoy apa lagi? Umur dia makin hari makin bertambah. Lagi dua tahun dah masuk tiga puluh. Enjoy apa lagi tu? Perempuan keliling pinggang, pilih ajelah nak yang mana satu.”
“Wah, awak ingat nak pilih isteri ni macam pilih ikan kat pasar? Ke macam pilih baju kat pusat membeli-belah? Hisy, awak ni.”
“Dah tu, sampai bila saya kena tunggu? Susah-susah sangat kita cari aje anak-anak kawan abang, tak pun anak kawan saya, kita jodohkan Aril dengan salah seorang dari mereka.” Cadang Datin Khalida.
“Eh, awak ni. Zaman sekarang mana ada kahwin aturan keluarga. Zaman kita dulu aje ada macam tu.” Datuk Nawawi tak setuju dengan cadangan isterinya itu.
“Dah tu?” Datin Khalida sudah kebuntuan.
“Kita tunggu dan lihat sajalah.”
“Nak tunggu sampai bila? Nak lihat apa abang oi?” Datin Khalida sudah kegeraman nampaknya.
“Tunggulah dia bawak balik seorang bakal menantu awak ke rumah ni dan awak tengoklah rupa perangai bakal mennatu awak tu.”
“Hisy abang ni. Kalau nak tunggu dia bawak balik calon menantu, sampai kucing bertanduk pun belum tentu ada calonnya.” Usai meluahkan kata-kata, Datin menutup api dapur dan berlalu keluar dari ruang itu. Tinggallah Datuk Nawawi bersama senyumannya.
‘Alahai isteri aku ni. Nak kata tak ada menantu, dah ada sorang. Nak kata tak ada cucu, nak masuk tiga dah cucunya. Yang dia sibuk suruh si Aril tu kahwin, kenapa pulak? Pelik, pelik.’ Rungut Datuk Nawawi di dalam hati.

p/s: salam...new entry dh d update... n3 KYKS juga blh d baca d laman ini; http://www.penulisan2u.my/2011/09/novel-kau-yang-kusayang-8/... happy reading... sayang korang...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan