Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Sabtu, 7 Januari 2012

KAU YANG KUSAYANG:BAB23

AKU terjaga dari lena kerana terasa sangat sejuk. Aku terasa tiupan angin yang yang agak kuat. Aku pelik, dari mana pula datangnya tiupan angin ni sedangkan di dalam suite mewah yang aku duduki ini langsung tiada kipas angin, hanya ada penghawa dingin. Rasa kantuk yang masih menguasai diri menjadikan aku masih lagi tidak dapat berfikir secara normal. Spontan tanganku menggosok mata yang terasa silau terkena cahaya yang terbias dari luar.

Dalam mencari punca datangnya tiupan angin yang makin mendinginkan kulitku ditambah pula dengan kedinginan penghawa dingin, aku terpandangkan langsir yang sedang terliuk-lintuk ditiup angin. Dari sana rupanya, desis hatiku. Telefon bimbit yang berada di sebelah bantal aku capai untuk melihat jam. Sudah pukul 5.30 pagi. Tak lama lagi azan subuh akan kedengaran.

Aku berjalan ke arah pintu gelungsur, ingin menutup pintu itu. Saat ingin menarik pintu itu, aku terpandangkan sekujur tubuh yang sedang lena sambil bersandar pada dinding balkoni.

“Ya Allah,” spontan kalimah itu terungkap di bibirku.
Patutlah aku tak perasankan dia semasa melintasi sofa tadi. Kesiannya dia. Mesti sejuk duduk kat luar ni. hatiku berbisik simpati. Serta-merta aku merapati dia. Aku turut duduk berhadapan dengan Aril. Kepalanya yang sedikit senget ke kiri membuatkan aku tambah kesian.

“Awak, awak.” Dengan suara yang masih serak, aku cuba mengejutkan dia. Orang baru bangun tidur memanglah suara serak. Mana ada bangun-bangun tidur aje boleh menyanyi macam Siti Nurhaliza. Apa daa….
Haih, dia ni. Lenanya tidur, langsung tak terkutik. Sejuk-sejuk macam ni pun boleh dia tidur. Dahlah dengan tak pakai baju. Tulang besi urat dawai ke apa dia ni? omelku di dalam hati.

“Awak, bangunlah.” Sedikit kuat aku mengejutkan dia. Aku dah nak beku duk kat luar ni.

Terpisat-pisat dia menggerakkan badannya. Lambat-lambat dia mencelikkan matanya, memandang aku dengan pandangan pelik. Apa kes tengok aku macam tu? Aku dah naik pelik. Takut pun ada.

“Bangunlah. Kalau nak sambung tidur, sambung aje kat dalam. Sejuk kat luar ni, saya nak tutup pintu ni.” ujarku, berlagak tenang. Lalu, aku bangun tanpa menunggu reaksi dia dan berlalu masuk ke dalam bilik air.
Alang-alang dah bangun, mandi teruslah. Nanti dah tak payah mandi lagi. Demi langkah keselamatan, aku mengangkut sekali baju yang akan dipakai selepas mandi nanti. So, pagi ni tak ada adegan berkemban ya! Usai mandi, aku terus menyarung telekung dan menghamparkan sejadah kerana azan subuh telah berkumandang ketika aku sedang mandi tadi.

“Err… tunggu saya mandi sekejap, kita jemaah sekali.” Tiba-tiba dia bersuara, mengejutkan aku.
Bolehlah tunggu dia sekejap. Lagipun pahala berjemaah 27 kali ganda lebih banyak daripada solat sendirian. Alhamdulillah, dia tidak seteruk yang aku sangka sebelum ni. Sementara aku menunggu dia selesai mandi, aku membentangkan sehelai lagi sejadah di hadapan sejadahku sebelum bibirku basah dengan menyebut kalimah memuji Yang Maha Esa.

Pintu bilik air dibuka dari dalam. Secara automatik kepalaku terangkat sama. Mata kami bertaut untuk beberapa saat sebelum aku menundukkan kepala. Pipiku merah serta-merta. Kenapalah dia pakai tuala saja? Kenapa tak pakai baju dan seluar dalam bilik air? Omelku sendirian.
Kemudian, dia mengimamkan solat subuh kami. Solat subuh berjemaah pertama kami selepas sah menjadi suami isteri. Sebaik doa diaminkan, dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut salam itu sebelum tunduk mencium tangan dia. Ada damai di situ. Tak disangka dia mencium dahiku selepas itu sama seperti ketika majlis membatalkan wuduk semalam. Tak semena-mena mukaku kemerahan.

AKU hanya membuang pandang keluar. Sekarang aku sedang duduk di dalam kereta Audi A5 yang dia pandu. Aku masih tak tahu ke mana arah tuju perjalanan kereta ini kerana dia hanya menyuruh aku mengemas semua pakaianku sebabnya kami perlu check out dari hotel sebelum pukul 12.00 tengah hari. Pada mulanya aku fikir dia nak bawa aku ke rumah keluarganya, tapi apabila melihatkan jalan yang dia lalui berlawanan arah dengan jalan ke rumah keluarganya, aku naik pelik.

Lima minit kemudian, dia memulas stereng membelok masuk ke halaman sebuah rumah yang sudah terbuka pintu pagarnya. Terpegun aku lihat reka bentuk rumah itu. Di hadapanku sekarang ini tersergam megah sebuah rumah yang sangat cantik kerana mempunyai rekaan rumah Melayu lama. Kayu jati digunakan sebagai bahan utama untuk membuat rumah itu. Itu tak termasuk lagi dengan ukiran awan larat yang menghiasi beranda hadapan dan tangga rumah. Penuh dengan seni dan sangat cantik!

“Hai tuan puteri, tak nak turun ke? Atau awak nak saya hamparkan karpet merah macam kat Grammy Award?” sindiran pedas dari Aril mematikan rumusan aku tentang rumah itu. Segala pujian yang tadinya membanjiri hati aku lempar menjauh. Entah bila dia berdiri di tepi pintu sebelah pun aku tak sedar.

Dengan muka yang masam, aku melangkah keluar dari kereta. Aku lihat ada seorang wanita yang mungkin sebaya dengan emakku sedang berdiri di sebelah Aril. Wanita itu melemparkan senyuman kepadaku. Aku membalas senyumannya itu sekilas sebelum kepala didongak sedikit ke atas, memandang kembali ke arah rumah kayu itu. Aku masih tidak puas memandang rekaan rumah itu kerana aku sangat meminati rekaan sebegini dan aku pernah mengimpikan untuk memiliki rekaan sebegini suatu masa dulu.

Sekarang ia sudah di depan mata. Bagai bermimpi pula. Mimpi disiang hari. Di bawah sedar bibirku terukir seulas senyuman. Cuma ini bukan rumah aku tapi aku dapat menumpang tinggal di sini untuk jangka waktu yang masih lagi samar-samar. Yalah, kalau aku diceraikan nanti, nak atau tidak aku terpaksa meninggalkan rumah ini.
“Jomlah masuk. Takkan awak nak berdiri kat sini sampai esok?” sekali lagi suara sindiran milik Aril mematikan lamunanku. Senyuman yang tadinya bersinar elok dibibirku bertukar sirna secara mendadak.

Dia ni kenapa? Suka betul menyindir. Tegur elok-elok tak boleh ke? Dengus hatiku meluahkan rasa tidak puas hati. Lambat-lambat aku turuti juga langkah Aril melangkah mendaki tangga dan masuk ke dalam rumah itu. Wanita yang tadinya berdiri di sebelah Aril sudah tiada lagi di situ. Mungkin sudah masuk ke dalam rumah.
Sebaik menjejakkan kaki ke dalam rumah, sekali lagi aku terpegun. Hiasan dalaman rumah ini tidak terlalu sarat dan aku sukakannya. Lebih membuatkan aku bertambah suka adalah perabot-perabot yang digunakan. Semuanya kayu jati teguh dan kemas dengan hiasan ukiran yang mempunyai corak sama. Kemungkinan besar perabot-perabot itu ditempah khas dan bernilai tinggi.

“Wanita tua tadi tu orang gaji rumah ni. Namanya Acik Na dan dia tak tinggal kat sini. Kerja Acik Na bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan Acik Na hanya datang pada hari minggu sahaja. Okey, habis cerita pasal Acik Na. Ni rumah saya dan kita akan tinggal rumah ni dan bukannya di rumah keluarga saya atau pun di rumah keluarga awak. Sekarang awak boleh pilih bilik mana yang awak nak duduk kecuali bilik yang paling hujung tu. Tu bilik saya.” Panjang lebar dia berucap macam YB yang baru dilantik dia bercakap.

Pilih bilik? Kiranya kami tak duduk sebilik? Yahoo! Kiranya bebaslah aku nak bergerak. Aku sudah bersorak di dalam hati. Mataku memandang deretan bilik untukmembuat pilihan bilik yang akan aku diami. Ada empat bilik semuanya selepas ditolak bilik pertama yang boleh aku pilih. Hmm… bilik yang mana ya?
Aku memejamkan mata sambil berfikir-fikir bilik mana yang perlu dipilih. Tanpa berfikir panjang, tanganku diangkat separas dengan bahu dan jari telunjukku ditunjuk ke arah salah satu deretan bilik itu.

“Okey, awak pilih bilik tu.” Ujar Aril tenang.
Aku pantas membuka mata. Ingin melihat bilik yang mana satu menjadi pilihanku. Bilik yang kedua dari hujung, bersebelahan dengan bilik yang tidak boleh aku pilih. Kelibat Aril sudah menghilang di sebalik pintu bilik yang aku pilih. Mungkin sedang meletak beg pakaianku.

“Oh ya, sebelum saya terlupa. Tinggal kat rumah ada peraturan. Awak tak boleh masuk ke bilik yang paling hujung tu. Awak tak boleh balik lewat. Awak perlu ada di rumah sebelum pukul 6.00 petang. Tugas Acik Na hanyalah mengemas rumah dan mencuci pakaian. So, awak perlu memasak sendiri kalau nak makan apa-apa. Dulu rumah ni rumah bujang, jadi tak ada barang-barang basah kat dapur tu. Kat dalam peti sejuk cuma ada air sahaja. Nanti kalau awak nak beli barang basah, minta duit dengan saya. Macam mana? Faham?” Dengan satu nafas dia menuturkan perkara yang perlu aku lakukan di rumah ni. dah adat menumpang rumah orang. Kenalah ikut cakap tuan rumah. Langsung tak ada nada pada suaranya. Marah pun tak, suka pun tak. Dingin kut.

Tanpa banyak soal, aku hanya menganggukkan kepala. Kiranya kami ni hanyalah teman serumah, macam tu? Bukannya sepasang suami isteri seperti yang lain. Kiranya tak adalah adegan lovey dovey. Tapi kira okeylah jugak, taklah buat aku lemas.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik yang pintunya sudah terbuka luas. Pintu ditutup perlahan. Aril dah turun ke bawah dari tadi lagi. Bulat mataku memandang ruang dalaman bilik itu. Ada sebuah almari enam pintu, sebuah katil saiz King, sebuah meja solek dan sebuah sofa dua dudukan. Sangat sempurna. Isi bilik itu jauh berbeza dari bilikku di rumah abah. Malah bilik ni jauh lebih besar dari bilikku.
Tanpa mempedulikan beg pakaian yang berada di kaki katil, aku menghumbankan diri ke atas katil.

“Wah, bestnya dapat tidur kat sini. Empuk giler katil ni.” sorakku girang. Tak kisahlah apa orang sebelah nak kata. Yang pasti aku sedang seronok sekarang ni.


TERPISAT-pisat aku di atas katil. Rasa kantuk masih lagi menguasai diri. Entah bila aku tertidur pun aku tak sedar. Mungkin sebab terlebih teruja dapat tidur atas katil empuk dan dapat bilik yang sangat luas. Aku terjaga dari tidur sebab perutku tiba-tiba terasa lapar. Lambat-lambat aku bangun dari sedang enak berbaring. Tanganku pantas memegang perut yang sedang berlagu pelbagai rentak. Mataku melingas ke sekeliling bilik. Gelap. Dah malam ke? Aku mencapai telefon bimbit Blackberry untuk melihat jam. Sudah pukul 7.30 malam!

Aku pantas turun dari katil. Beg pakaian aku buka dan tuala dibawa keluar. Kena mandi dan solat dulu. Setengah jam kemudian aku melangkah ke arah ruang dapur rumah. Mataku liar memerhatikan setiap inci ruang dapur itu. Kosong. Sebiji buah pun aku tak jumpa. Lantas tanganku laju membuka kabinet dapur yang berada di ruang itu. Satu demi satu pintu aku buka tapi tak ada apa-apa pun. Kosong jugak. Haih, boleh mati kebuluran aku kalau macam ni. Dahlah aku tengah lapar giler ni.

“Bismillahhirahmanirahim,” dengan lafaz bismilah aku membuka kabinet yang paling akhir. Harap-harap ada makanan walaupun yang hanya biskut kering. Aku berdoa di dalam hati.

“Yes! Akhirnya.” Bersinar mataku memandang sebungkus Maggi cawan yang hanya tinggal satu aje. Rezeki ni. Aku kegirangan seperti aku jumpa sepinggan nasi ayam atau pun sebiji pizza.

Tanpa menunggu lama, aku jerang air di atas dapur dan membuka balutan plastik mi segera. Sepuluh minit kemudian, aku sudah siap sedia untuk menikmati juadah makan malamku di meja makan. Baru aje suapan pertama aku ingin masukkan ke dalam mulut, terdengar suara orang bertanya. Suara Aril. Dia ada kat rumah rupanya, aku ingat dia dah keluar sejak petang tadi.

“Awak tengah buat apa tu?” dia menyoal dari belakang. Pantas aku memusingkan badan sambil tangan memegang maggi cawan, terkejut punya pasal. Tak jawab pun dia tahu apa yang tengah aku buat.

“Makan ni aje?” dia menyoal macamlah rumah dia ni ada bermacam makanan dan aku sengaja memilih makan maggi aje. Mungkin beranggapan yang aku ni pemalas.

“Hmm… dah ni aje yang ada kat dapur awak. Ni okey apa daripada tak ada makanan langsung.” Jawabku sambil tangan laju menyuap maggi ke dalam mulut.

“Ada lagi tak?” hai, rumah sendiri pun tak tahu apa yang ada dan apa yang tak ada. Teruknya dia!

“Entah. Pergilah cari sendiri kat dapur tu.” Malas aku nak layan pengacau ni. Makan maggi ni lagi baik.

Ekor mataku dapat menangkap yang dia berlalu ke dapur. Tapi tak lama, lima minit kemudian dia kembali duduk di depanku. Maggi di hadapanku dia rampas tanpa minta izin. Huh, tahulah maggi tu salah satu barang yang ada kat rumah dia tapi respeklah aku yang tengah makan ni.

“Apa ni? Main rampas-rampas pulak. Nak buatlah sendiri.” Marahku.

“Kalau kat dapur tu ada lagi stok maggi ni, tak perlulah saya nak ambik yang awak punya.” Laju dia menyuap maggi ke dalam mulutnya. Aku yang memerhati hanya terlopong. Aku tak kenyang lagi la. Aku berpeluk tubuh dan memandangnya dengan pandangan tajam.

“Tak rasa apa pun. Awak pergi bersiap, kita keluar makan.” Kata-kata bernada arahan itu dia tujukan kepadaku. Sekali lagi aku terlopong. Dia ajak aku keluar ke? Macam bermimpi pulak. Aku masih tidak berganjak dari tempat duduk sedangkan dia sudah melangkah menghampiri biliknya.

“Awak nak pergi ke tak? Cepatlah kalau nak pergi.” Dia menggesaku kemudiannya. Mungkin dia tengok aku masih tak berganjak dari tadi.

“Nak,” sepatah jawapanku sambil bangun dari duduk dan terkocoh-kocoh berlari ke arah bilik.

BERSAMBUNG....

p/s: salam... mcm mna ok x??

11 ulasan:

  1. alahai x lovely dovey la hero ni, thanxs cik writer

    BalasPadam
  2. hahaha... kelakar la depa. cuma sib baik depa dua ni tak bt agreement ke apa. mungkin ats kesedaran syazril yg akad tu bukan leh bt main2x. cuma masa yg diperlukan tuk menilai si isteri. memenuhi tak kriteria yg dia tetapkan. but so far kira ok la syazril masih melayan baik2x wlaupun agk dingin mgkin sbb pengenalan mereka yg ckit cacat sbb accident kat hypermarket dl. but anyway hope they will learn to know each other by time. dont need to rush. learn by everyday it will be nice. sbb syazril tak buat keputusan salah sbb sya mmg baik orgnya n teman yg dia sll berbual di ym tanpa sedar. org yg pernah diajak berkahwin. he...

    BalasPadam
  3. zawani; ni baru permulaan mereka hidup serumah.. tambah lg x pernah kenal sebelum ni so, mmg la xde lovey dovey... ur wlcme dear..:)

    ivoryginger; wah!! panjangnya komen.. terpegus sy sebentar.. hehehehe.. yup! setuju sekali dgn ulasan anda.. n buat sy tersenyum aje.. tq..:)

    BalasPadam
  4. cliche...sama saja mcm novel2 yg lain..mula2 benci, tidur asing2, pastu jatuh cinta...mmmmmm

    BalasPadam
  5. masalahnya, jln cerita ni xde pun mcm 2.. mreka kenal dh lama.. sejak 14 thun dulu n mereka terpisah sbb tu dh x 'cam' antara 1 sama lain.. n 1 more thing.. mereka bukannya kahwin paksa.. kalau kahwin paksa n klau xde jodoh, walau kena paksa mcm mna pun, mreka x kan kahwin sbb tu sy selitkan part solat istikharah... pls baca dr prolog, then baru tahu mcm mna perjalanan cerita.. jgn baca 1 bab je.. tq..

    BalasPadam
  6. mmm.. may be jln citer yg lebih kurang sama ngn citer lain but garapan dr penulis yg nmpk kelainannya... up writer.. next n3 plzzz...

    BalasPadam
  7. so far xde benci kn .... cuma dorang belum serasi n still learning about each other kn? hope hidup dorang NORMAL xcept lum ada 'firstnight' n tk se bilek sja - i mean tk bersyarat or wats so ever! pls jgn isikn citer ni ngan byk konflik k!

    -easylife

    BalasPadam
  8. akak suka bab ni..nanti sambung lagi kasi panjang2 tau..

    BalasPadam
  9. terima kasih akulah, easylife dan kak hawa..:)

    BalasPadam