Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 31 Disember 2012

EPISOD CINTA HarLys : BAB 39 & BAB 40


**Assalamualaikum & selamat pagi... akhirnya 2 bab terakhir ECH(versi blog) di publish di sini... maaf buat anda semua lama menunggu. teruskan setia menunggu ECH keluar dlm bentuk cetakan, insya-Allah(semoga Allah permudahkan segala-galanya.. amin3..).. jemput baca, semoga terhibur walau sedikit tergantung di akhir bab 40...:)

BAB 39
MATA Arlyssa meliar memandang ke dada jalan. Sekejap matanya ke kiri, sekejap ke kanan. Tapi batang hidung yang ditunggu tak muncul-muncul. Isy, mana Hubby ni? Bisiknya di dalam hati. Jam di tangan dibelek lagi, entah untuk kali yang ke berapa pun dia tak peduli. Dia kegelisahan.
Sepatutnya Harith sudah sampai setengah jam yang lalu. Tapi sampai sekarang tak muncul-muncul lagi. Inilah bahananya kalau ‘gatal mulut’. Dia yang beria-ia menyuruh Harith hantar dia padi tadi. Sengaja nak berdua-duaan dengan suami. Dan inilah akibatnya. Kereta sengaja di tinggal di rumah. Kunci rumah pun dia tinggal sama. Dahlah kunci pejabat berangkai bersama kunci rumah. Mama pulak dah empat hari ikut Syed Yusri kembali ke Kuala Lumpur. Adoyai!
Dia pandang ke atas, ke dada langit. Gelapnya! Macam nak hujan. Gerutu Arlyssa. Pintu grill pejabat yang sudah berkunci dia pandang sayu. Nak masuk tak boleh. Semua pekerja dah balik. Huwaaa... Rasa macan nak menangis kat sini jugak!
“Ehem..”
“Oh mak kau!” Arlyssa terkejut sampai terlatah. Isy, sejak bila pulak mamat senget ni ada kat sini? Tak tenteram jiwa!
“You buat apa kat sini?” Najwan tunggu Arlyssa tegur tapi sampai sudah senyap. Jadi, dia tanya. Sekadar nak mulakan bicara antara mereka.
“Tengah sidai baju,” spontan jawapan Arlyssa meluncur keluar dari mulutnya. Nah, ambik kau!
Erk! Sidai baju? Arlyssa buat lawak ke? Najwan garu kepala yang tak gatal. Bibirnya senyum kemudian. Dari senyuman meletus ketawa.
“Lawaklah you ni. Sejak bila pandai buat lawak ni?” Kata Najwan.
Arlyssa kerut kening. Lawak? Aku ada buat lawak ke? Mamat ni dah jadi tiga suku ke apa? Arlyssa pulak naik pelik tengok Najwan ketawa beria-ia. Arlyssa diam, malas dia nak layan si Najwan ni.
“You tunggu siapa? Hari dah nak hujan ni. Jom, I hantar you balik.” Pelawa Najwan selepas ketawanya tak bersambut. Dibiarkan sepi oleh Arlyssa.
Arlyssa senyap. Dia mengeraskan tubuh. Pelawaan Najwan dibiarkan bagai angin lalu. Aku senyap tadi tu tak faham-faham lagi ke? Memang dasar tak faham bahasa dia ni! Dengus Arlyssa.
Najwan pandang Arlyssa. Diam lagi? Susah betul Arlyssa ni. Sentiasa beku. Dulu dia fikirkan Arlyssa ni lesbian sebab hanya keluar dengan kawan-kawan perempuan dia sahaja. Lelaki yang datang mengorat pun dia tak layan. Termasuklah dia. Tu yang buat Najwan rasa berbahang aje.
“Jomlah, dah nak hujan ni.” Najwan cuba tarik lengan Arlyssa tapi segera ditepis oleh Arlyssa. Mencerlung mata itu merenung Najwan.
“I tak layan tu maknanya I tak sukalah! You ni tak faham-faham bahasa ke?!” sembur Arlyssa dengan suara yang tinggi. Sabar dia ada hadnya. Jangan cuba cari pasal!
“I nak hantar you balik aje, takkan tu pun salah.”
“Berapa kali I kena ulang kat you ni? Sekali I cakap I tak suka maknanya sampai mati I tak suka! Faham!” Dada Arlyssa berombak kasar, maknanya dia sedang menahan amarahnya dari terhambur keluar. Ya Allah, sabarkanlah hambaMu ini.
Bunyi hon kereta mengejutkan Arlyssa. Pantas dia berpaling dan kakinya laju dihayun ke arah kereta itu. Pintu kereta dia tarik kasar. Tangan suami dia salam dan dihadiahkan ciuman di pipi dan dahi sebelum kereta meluncur. Najwan hanya memerhati adegan sebabak itu. Kakinya seperti tergam di bumi dan matanya terlopong!
“Kenapa Hubby lambat? Lepas ni malas dah tumpang Hubby, baik drive sendiri!” Arlyssa berpeluk tubuh.
Hubby ada meeting dengan Malik dan semua share partner tadi, sebab tu lambat.” Balas Harith sambil mata tertumpu pada jalan raya. Dan hujan mula turun. Dari rintik-rintik halus menjadi lebat. Kelajuan kereta dikurangkan sedikit. Bawa kereta laju-laju boleh mengundang kemalangan jalan raya. “Kenapa tadi tu?” Harith menagih penjelasan isterinya.
“Apa? Pasal mamat tiga suku tu? Argh!” Darah Arlyssa naik kembali mengenangkan peristiwa yang menyakitkan hati itu.
“Tiga suku? Ke mana pulak hilang sesuku lagi?” Harith ketawa perlahan. Kelakar pulak bila mendengar butir bicara isterinya. Suka-suka hati bagi gelaran kat orang. Entah apa pulak gelaran aku ya. Harith terfikir ke situ pula.
Hubby ni kan! Orang tengah nak marah, boleh pulak tanya soalan luar alam. Huh!” Arlyssa kegeraman. Gigi dikacip tanda geram sangat-sangat.
“Betullah dengan soalan Hubby tu. Ke mana sesuku lagi? Kesian dia, kena gelar macam tu.” Sudah habis ketawa, Harith ganti dengan senyuman pula.
“Ah, biarlah dia. Padan muka. Dasar muka tembok!” Rungut Arlyssa lagi.
Tadi tiga suku, sekarang muka tembok pulak? Isy! Advance bini aku bab gelar-gelar orang ni! Sekali lagi Harith ketawa. Dia memberi isyarat ke kanan kerana mahu masuk ke laluan tengah. Simpang masuk ke rumahnya sudah hampir.
Hubby! Kenapa asyik ketawa sangat ni? Geram sungguh!” Arlyssa cuba mendaratkan jarinya di perut Harith tapi sempat ditepis oleh suaminya.
“Da ni, Hubby tengah drive ni!”
“Habis tu, yang sakan ketawa tu kenapa? Hubby ketawakan Da la tu.” Arlyssa sudah tayang muncung panjang. Buat sangkut baju pun okey tu.
“Okey, okey. Hubby tak ketawa dah. Cuba cerita kat Hubby apa sebenarnya yang berlaku sampai sayang Hubby ni nak marah sangat.” Arlyssa diam. Muncungnya masih ditarik panjang. “Olololo... Tak lawalah tayang muncung tu. Ke nak Hubby cium?” pantas Arlyssa tekup mulutnya. Tau takut!
“Yalah, yalah.” Arlyssa buka cerita kisah Najwan tadi kepada suaminya. Tak tertinggal satu pun. Siap dengan riak muka marah lagi.
“Itu aje?” soal Harith.
“Itu ajelah. Habis, Hubby nak apa lagi?” Isy laki aku ni!
“Macam mana kalau Da drive sendiri nanti, mesti dia tunggu jugak kat depan pejabat. Isy, Hubby tak sukalah.” Harith tunjuk riak tak senang.
“Kurang-kurang Da boleh pecut laju-laju. Macam hari ni, memang tak boleh elak langsung.”
“Da, terima kasih.” Ucap Harith tiba-tiba. Tangan isteri dia genggam erat. Arlyssa dah pandang pelik.
“Terima kasih kenapa pulak?” Keningnya sudah terjongket ke atas.
“Kerana menjaga status sebagai isteri. Kerana tak sukakan dia,” balas Harith tulus.
“Sama-sama kasih,” Arlyssa senyum. Hilang terus riak marah tadi. Dengan Harith dia memang tak boleh marah lama-lama. Laki aku ni pakai guna-guna ke? Hisy! Nauzubillah minzalik! Tegah suara hatinya.
“Jom keluar,” ajak Harith sambil tolak pintu kereta. Hujan dah berhenti sejak mereka masuk ke simpang perumahan ini lagi. Arlyssa pandang ke depan. Mukanya berubah.
“Eh, rumah siapa ni?”
Tadi dia tak perasan pun sebab sibuk duk cerita pasal Najwan. Dengan rasa marah lagi. Rumah berkembar dua tingkat di hadapan dia pandang lama sebelum terasa pinggangnya dipeluk dari belakang.
“Suka tak?” Wajahnya didekatkan dengan pipi Arlyssa.
“Suka! Tapi sumah siapa?” Tangannya terangkat, mengusap pipi Harith.
“Rumah kita,” bisik Harith.
“Rumah kita? Habis, rumah sekarang tu?”
“Itu rumah mama. Kan sayang jugak yang kata, tu rumah pusaka. Tak selesalah kalau nak duduk situ selamanya. Nanti apa pulak kata along dan Kak Ina.” Ujar Harith mendatar.
Arlyssa berfikir sejenak. Betul jugak kata Harith tu. Rumah yang mereka duduk sekarang rumah pusaka dari arwah abah sebenarnya. Tapi arwah abah serahkan kepada mama. Sekarang mama pun tak putuskan lagi siapa yang dapat rumah tu. Jadi sebelum bergaduh baik, mereka cari jalan lain. Jangan taj tahu. Sebabkan harta pusaka, hubungan silaturrahim boleh putus tau.
“Bila Hubby beli?” Mata Arlyssa melilau memandang sekeliling. Kawasan perumahan baru. Bau cat pun masih belum hilang. Desis hati Arlyssa.
“Dah lama dah. Tapi awal minggu baru ni baru dapat kunci. Da nak masuk tak?”
Of course nak!” Girang Arlyssa menjawab.
“Okey, jom!” Tangan Arlyssa ditarik mendekati pintu.
Sebaik memijak pantai ruang tamu, sekali lagi Arlyssa terpegun. Rumah itu agak luas. Tidak seperti yang dia sangkakan. Matanya bersinar.
Hubby tak hias apa-apa lagi sebab nak bagi Da yang hias. Terpulang pada Da nak hias cara English, Bali ke apa ke.” Ujar Harith yang dari tadi asyik memerhatikan tingkah si isteri. Habis setiap ceruk ruang bawah dia jejak.
Hubby, kalau kita upah orang decorate rumah ni boleh tak?” Laung Arlyssa dari ruang dapur.
“Mahal tak?”
“Entah. Da tak pernah pun guna khidmat dia orang. Macam ni ajelah, Da try servey kat Internet dulu cara apa yang cantik. Nanti dah decide, Da bagitau Hubby ya,” kata Arlyssa lembut. Selama ni segala hiasan di rumah mama dulu, Puan Aini yang uruskan. Sejak arwah abah ada lagi. Puan Aini kan suri rumah, senanglah untuk uruskan semua ni.
“Okey, ikut suka sayanglah,”
“Kat atas ada berapa bilik Hubby?”
“Ada empat buah bilik,”
Laju kaki Arlyssa memijak anak tangga ke ruang atas. Perasaan teruja masih tebal dalam dirinya. Agak lama juga mereka di rumah itu sebelum kembali ke rumah pusaka keluarga Arlyssa.

KEESOKKANNYA Arlyssa terus bertanya dengan pakcik Google berkenaan dekorasi rumah yang sesuai dengan rumah yang baru Harith beli tu. Pelbagai konsep yang dia teliti. Daripada konsep Bali hinggalah kepada konsep English. Memang tak buat kerja dia hari tu. Mata asyik sangat memandang skrin lap-top je memanjang. Hinggakan waktu rehat tengah hari, Linda yang ketuk bilik dia. Kalau tak, tak keluar makanlah dia.
“Linda, saya nak tanya sikit boleh?” Arlyssa bertanya ketika mereka berjalan ke restoran berdekatan dengan pejabat. Linda kerut kening.
“Boleh, apa tak boleh pulak. Apa yang saya tahu, insya-Allah saya akan jawab,”
“Awak tahu tak kat mana kita boleh dapatkan khidmat perunding hiasan dalaman kat sini?”
“Perunding hiasan dalaman? Nak buat apa puan?”
“Awak ni, saya nak decorate rumahlah. Takkan nak ajak main masak-masak pulak.”
Sorry. Hehehe. Lupa. Hmm… Rasanya ada, sekejap saya cari kad dia.” Linda menyelongkar isi dalam beg duitnya. “Ni kadnya. Dia ni kawan abang saya,” Linda hulur kad nama tertulis NorWan kepada Arlyssa.
“Okey, thanks.” Ucap Arlyssa. Kemudian mereka menjamu makan tengah hari.
Petang itu Arlyssa keluar dari pejabat awal sedikit kerana mahu berjumpa dengan Norida, perunding hiasan dalaman untuk rumah mereka. Dia juga sudah memaklumkan kepada Harith tentang hal ini. Dan Harith hanya bersetuju.
Petang itu juga Arlyssa membawa Norida ke rumah yang Harith beli. Pelbagai benda yang mereka bincangkan dan Norida ada mencadangkan beberapa reka bentuk hiasan yang sesuai. Reka bentuk ini membantu Arlyssa yang tak pernah lagi menyusun atur perabot dalam rumah. Lewat petang barulah Arlyssa kembali ke rumah pusaka milik keluarganya.


BAB 40
HARITH meniup pipi Arlyssa yang masih enak dibuai mimpi. Sesekali tangan Arlyssa terawang-awang, mahu menepis sesuatu yang mengganggu lenanya. Dia tak lena pun tapi sengaja mahu melayan mata. Harith senyum sambil tahan ketawa. Dia tiup lagi, lagi dan lagi.
Hubby, janganlah kacau. Da nak tidur,” sangat lunak suara Arlyssa melarang Harith. Sikit pun tak ada nada marah. Lagi sukalah Harith menyakat.
Dia tiup lagi tapi Arlyssa macam dah malas nak melayan. Lalu, kerana geram usikan tak berbalas, Harith mula mencari sasaran. Bibirnya ligat menyentuh pipi Arlyssa. Bukan hanya pipi tapi seluruh wajah Arlyssa menerima habuan. Arlyssa tersentak. Harith sudah main kasar.
Hubby, janganlah!” Dia menepis muka Harith hanya sangat-sangat mengganggu ketenteramannya.
“Bangunlah, sayang. Sampai bila nak tidur ni?”
“Da ngantuklah, Hubby.” Arlyssa pejam mata. Tangan Harith ditarik supaya memeluknya, nak sama-sama tidur sebenarnya.
“Sayang, Hubby laparlah.” Rengek Harith. Dia dah puas tidur sebab tu dia mengacau Arlyssa. Tapi isterinya ini macam tak nak bangun langsung. Dah macam-macam taktik dia guna, semua tak jalan. Makin best Arlyssa tidur ada la.
“Hmm... Hubby kan biasa pergi beli sarapan kat luar. Hari ni tak keluar beli ke?”
“Da, Hubby nak rasa masakan Da hari ni. Hari-hari biasa Hubby makan masakan kedai aje, hari ni nak jugak rasa Da masak. Bukannya hari-hari, cuma hari minggu macam ni je,” Harith buat suara sayu.
“Hmm…” Malas dan perlahan suara Arlyssa menyahut. Keadaan kembali sunyi selepas itu. Tapi tak lama. Dia kembali mengacau Arlyssa kerana Arlyssa enak-enak sambung tidur kembali.
“Da! Bangun!” Dia jerit betul-betul di tepi telinga Arlyssa kerana geram.
“Yalah, yalah. Hubby ni, tak boleh langsung tengok Da senang.” Omel Arlyssa tak senang.
Arlyssa tegak bangun dengan mata yang separuh terbuka. Dia meregangkan otot-otot tubuh sebelum berjalan menghampiri meja solek. Sepit rambut di atas meja dia capai dan menyepit rambut yang mula mengerbang, rimas jika dibiarkan begitu. Kemudian kaki melangkah ke dapur. Isi peti sejuk dia selongkar. Nak masak apa ni?
Hubby! Nak makan apa pagi ni?” Laung Arlyssa kuat dari dapur. Dia sangkakan Harith masih ada di dalam bilik.
“Apa Da ni, nak pekak telinga ni dengar suara Da.” Ujar Harith yang sudah duduk di meja makan.
“Laa.. Da ingatkan Hubby masih ada dalam bilik.” Balas Arlyssa. Sotong dan ikan bilis dia rendam di dalam bekas plastik dan diletak di dalam singki. “Hubby nak makan apa?”
“Nasi lemak boleh?” Harith menyatakan permintaan.
“Hisy, hari-hari nasi lemak Hubby ni. Nanti habis berlemak badan tu. Lepas tu perut mulalah ke depan. Da belum pun mengandung, perut Hubby yang dulu maju ke depan. Tak handsome nanti.” Arlyssa membeliakkan mata dan bercekak pinggang. Laki aku ni, hari biasa makan nasi lemak, hari minggu pun nak nasi lemak. Dah jadi ketagih pulak. Hisy!
“Ala.. Bolehlah,” Harith merayu. Dia tak ambil peduli pun kata-kata Arlyssa tu.
No! Tak ada santan.” Arlyssa beralasan.
“Tak ada santan, Hubby pergi beli. Kat Seven Eleven ada jual.” Laju dia bangun. Dia maksudkan santan segera dalam kotak.
“Tak payahlah, kita makan roti okey? Sebab dah tak lama nak masuk tengah hari. Nanti Da masak lauk tengah hari terus. Kalau masak nasi lemak, nanti kena masak lauk lain lagi. Penatlah, Hubby.” Arlyssa mengeluarkan usul.
“Hmm…” Harith berfikir-fikir. Dagu yang tak gatal digaru berkali-kali. “Okeylah, tapi esok nak nasi lemak jugak.” Harith setuju bersyarat.
Arlyssa nak mengelak masak nasi lemak, alih-alih kena masak jugak esok. Aduh la!
“Yalah, yalah.” Arlyssa bersetuju dalam paksa. Kata-kata pakcik peguam ni bukannya boleh bangkang. Kalau bangkang, ada aje usul lain. Hisy! Susah betul kahwin dengan peguam ni!
Arlyssa siapkan empat keping roti bakar dan semuk Milo untuk Harith. Kalau sesetengah orang tu makan telur separuh masak tapi Harith tak makan. Dia cakap geli tekak nak menelan telur macam tu. Nak muntah katanya. Hahaha… Macam-macam laki aku ni!
Selepas menyiapkan sarapan yang sangat ringkas itu, Arlyssa kembali ke dapur. Jam sudah menunjukkan pukul 12.20 tengah hari. Jadi, eloklah dia mula ‘bersilat’ di dapur. Hanya masakan ringkas saja. Cukuplah untuk dua orang. Bukan ada orang lain pun.

KEMBALI dari mengerjakan solat jumaat, Harith terus duduk di kerusi meja makan. Dia sudah tak sabar nak merasa air tangan isteri. Ada sambal bilis bersama petai, tiga ketul ayam goreng, sayur kobis bersama sotong dan sedikit ulam-ulaman. Cukuplah ni, rezeki untuk mereka berdua. Masak banyak-banyak nanti membazir pula.
“Eh, Hubby dah balik? Tak sedar Da,” tegur Arlyssa sambil menatang dulang berisi jag air masak dan gelas.
Harith tayang sengih panjang. Sukalah sebab dah boleh makan nasi. Arlyssa sendukkan nasi ke pinggan Harith sebelum ke pinggannya sendiri. Selepas membacakan doa makan, laju tangan Harith menyudu lauk ke pinggannya. Arlyssa menggelengkan kepala melihat tingkah Harith. Macam orang kebulur!
Usai makan, Harith pula yang mengambil tempat mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan tadi. Hidup berumah tangga kenalah bertolak ansur. Jika tadi isterinya sudah berhempas pulas memasak, kini giliran dia pula mencuci. Habis licin semua lauk-pauk yang isterinya masak. Alhamdulillah, tak ada pembaziran.
Hubby, petang ni nak keluar tak?” Arlyssa berdiri betul-betul di tepi Harith. Hanya memandang suaminya melakukan kerja. Tangan dilingkarkan ke pinggang Harith dan kepala terlentok sama di bahu suami.
“Nak pergi ke mana?” Harith lirik mata ke arah Arlyssa.
“Ke pantai?” Girang Arlyssa mengeluarkan cadangan.
“Hisy, asyik keluar aje pergi pantai. Tahulah Terengganu ni kaya dengan pantai tapi janganlah setiap minggu kena pergi pantai. Muaklah, sayang.” Bantah Harith.
“Habis tu? Da sukakan pantai, takkan itu pun salah,” protes Arlyssa. Mulut sudah tunjuk muncung.
Harith mengelap tangan yang basah dengan kain bersih. Sudah licin isi singki dia basuh. Tangan didaratkan di atas bahu Arlyssa kemudiannya.
“Puan Syarifah Arlyssa Waheeda, kenapa mulut tu suka sangat nak muncung-muncung? Tak lawa pun okey,” usik Harith. Arlyssa hadiahkan jeling maut kepada Harith. Malas dia nak layan suaminya. Tubuh dikalihkan ke dinding.
“Olololo.. Merajuk ke ni?” Harith ni memang saja, buat-buat tanya pulak.
“Tak nak kawan!” Arlyssa angkat kaki ke ruang tamu.
Tak nak kawan? Tapi awak dah kahwin dengan Hubbylah sayang oi. Getus hati Harith. Dia garu kepala yang tak gatal. Bibir mengorak senyum melihat kelakuan Arlyssa. Sebijik macam budak kecil yang merajuk mahukan gula-gula kapas.
Harith ikut langkah Arlyssa ke ruang tamu. Kena pujuk cik puan yang tengah merajuk ni. Harith duduk di sebelah Arlyssa. Tapi si isteri langsung tak layan. Arlyssa pura-pura sedang khusyuk menonton TV. Dipanggil pun buat tak tahu jugak. Badan disandarkan ke sofa. Melihat Arlyssa yang terus-terusan diam, Harith cuba cara lain pula. Dia cuit hidung Arlyssa tapi isterinya tetap pegun. Diusik pinggang, macam tu jugak, tak ada tindak balas langsung. Nak usik apa lagi ni? Harith berfikir mencari akal.
Akhirnya Harith praktikkan cara pagi tadi. Dah susah sangat nak pujuk, guna cara ni, Arlyssa memang tewas punya. Bibirnya dibenamkan ke leher Arlyssa. Arlyssa yang terkejut pantas menolak kepala Harith.
“Apa Hubby ni, mengelatlah.”
“Apa mengelat pulak? Dah susah sangat nak pujuk, Hubby gunalah cara ni.” Jawab Harith macam orang tak salah. Eh, dia memang tak salah pun.
Hubby, bolehlah. Kita pergi pantai petang ni ya?” Arlyssa masih tak putus memujuk rayu suami.
“Ada apa kat pantai tu? Tak ada apa yang istimewa pun. Pandang abang sayang awak ni ada jugak faedahnya. Dapat pahala lagi.” Harith berlawak. Dia pelik sungguh dengan kemahuan isterinya ini. Orang lain nak pergi tengok wayang ke, jalan-jalan kat mall ke. Ini tak, nak jugak pergi pantai.
“Adalah yang istimewa. Hubby ni tak pandai menghargai ciptaan Allah. Pantai tu bawa ketenangan tau,” sanggah Arlyssa.
“Yalah, yalah.” Akhirnya Harith turuti juga permintaan tuan puteri ni. Kalau tak ikut nanti, ada saja helahnya. Yang letihnya Harith la sebab terpaksa layan rajuk isteri yang berpanjangan.

PADA sebelah malamnya, selepas menunaikan solat maghrib, isyak dan mengaji bersama, Harith mula mendapatkan fail kerjanya. Sekarang tengah musim banyak kes kat pejabat. Dalam tangan dia ada lima kes yang menunggu giliran. Haih. Penat tu memang penat tapi nak buat macam mana, dah kerjanya begini. Terima ajelah.
Telekung sembahyang Arlyssa sidai di rak kayu pusaka peninggalan arwah neneknya. Dia jeling pada Harith sebelum berlalu ke dapur. Tekak yang dahaga perlu dialirkan dengan air. Saat air masak menuruni rengkungnya, terasa nikmat sangat. Selepas menghabiskan dua muk air masak, tangan Arlyssa mula membancuh air untuk Harith. Walau tak diminta, sebagai seorang isteri, dia kena faham. Tak perlu sampai Harith minta baru dia nak buat kan, kan. Nak dapat pahala tu senang je sebenarnya.
Muk berisi air coklat panas dia hulur kepada Harith. Harith angkat kepala sedikit. Konsentrasinya pada fail kes terganggu seketika.
Thanks, sayang.” Dia lemparkan senyum kepada si isteri. Arlyssa juga senyum.
Arlyssa mula mengambil tempat di belakang Harith. Tangannya spontan singgah di bahu Harith dan mula mengurut bahu hingga ke belakang tengkuk. Urutan jemari halus itu memberi sedikit kelegaan kepada Harith. Sampaikan tumpuan Harith tak lagi pada fail, tapi sedang menghayati urutan isterinya. Lima belas minit berlalu, Arlyssa berhenti mengurut.
“Dah, sambung kerja tu,” suruh Arlyssa apabila dia lihat Harith sudah hilang fokus kepada kerjanya. Dia tepuk perlahan bahu Harith.
“Ala.. Sekejapnya. Tak puaslah sayang, nak lagi.” Harith merengek, meminta simpati Arlyssa.
“Eh, Hubby nak buat kerjakan? So, teruskan dengan kerja. Nak suruh orang urut dia pulak,” Arlyssa menapak ke katil dan merebahkan badan di atas tilam empuk itu. Dia malas nak melayan kerenah Harith yang makin menjadi-jadi. Sebiji novel Inggeris dari atas meja lecil dia capai.
“Eleh, dia jugak yang mulakan tadi,” rungut Harith perlahan. Arlyssa dengar apa yang Harith rungutkan itu. Dia ukir senyum di sebalik novel yang sudah menutupi wajah.
Hubby, esok kerja tak?” Agak lama ruang antara mereka dibiarkan sepi. Arlyssa malas nak mengacau Harith. Sejak akhir-akhir ni dia perasankan Harith yang sentiasa banyak kerja. Tak habis di pejabat, dibawa balik ke rumah pula semua kerja-kerja itu.
“Kerja, kenapa?”
Arlyssa menguap sekali, pantas tapak tangan menekup mulut.
“Oh, ingatkan nak ajak jalan-jalan esok.” Usul Arlyssa. Sudahlah hari lain sibuk dengan kerja, hari minggu pun takkan sibuk kerja jugak. Arlyssa protes dalam diam.
“Jalan-jalan? Ke mana?”
“Mana-mana ajelah.”
“Hari nikan dah keluar, esok tak payahlah keluar.”
“Hari ni lain cerita. Esok cerita lain pulak.” Mulut Arlyssa menguap sekali lagi.
“Hmm.. Kita dating kat rumah ajelah. Esok Hubby separuh hari aje. Dating kat rumah tak payah keluar duit, jimat pun jimat.” Harith ketawa kecil di akhir kata-katanya.
“Amboi kedekutnya,” kutuk Arlyssa. Selimut di tarik menutup tubuh. Dia sudah bersedia untuk tidur. “Hubby, Da tidur dulu ya. Mata ngantuk sangat ni, nite. Assalamualaikum.” Ucap Arlyssa sebelum memejamkan mata. Mulut Harith memjawab salam isterinya perlahan. Harith senyum pandang Arlyssa yang sudah memejamkan mata. Senang sangat dia tidur, tak payah nak dodoi bagai.

SEPERTI kata Harith semalam, petang sabtu itu, mereka tak keluar. Cuma menikmati petang yang damai di halaman rumah. Selepas solat asar, Harith terus ke halaman depan manakala Arlyssa ke dapur. Menyediakan minum petang. Dua buah kereta Harith alihkan dari garaj dan parkir berdekatan dengan paip air. Dia nak mandikan kereta petang tu. Alang-alang tak ada kerja, baik buat kerja kan. Lagi pun dah lama kereta-kereta tu tak mandi.
“Eh, Hubby nak basuh kereta ke?” Arlyssa bertanya kerana melihat kedudukan kereta yang tidak seperti asal dan di tangan Harith sedang memegang baldi kecil.
Dia meletakkan dulang berisi sejag air limau nipis ais dan beberapa potong kek coklat lembab di atas meja kecil. Kek coklat ni sempat dia kukus sebelum masuk waktu asar tadi. Alah, cara nak buat kek ni pun senang sangat. Main campak-campak saja dalam mesin pengisar dan kukus.
“Haah, dah kotor sangat body dia orang ni,”
Selendang pashmina yang melilit longgar kepala Arlyssa betulkan sedikit. Jika tadi ketika di dalam rumah dia mengenakan seluar sendat tiga suku dan baby T. Sekarang dia mengenakan baju lengan panjang longgar dan skirt labuh. Merekakan nak duduk di luar rumah, jadi pakaian pun kenalah tukar sama.
Arlyssa pandang ke rumah sebelah yang memang tak berpenghuni. Rumah milik Pak Zainal, kenalan lama mamanya. Kadang-kadang seram jugak dengan rumah tinggal begitu. Manalah tahu kalau-kalau ada yang ‘menumpang’ sebab dah lama sangat tak ada orang duduk. Sedang Arlyssa asyik mengelamun, dia dikejutkan dengan percikan air. Eh, datang dari mana pulak air ni? Kepala dia tala ke arah Harith.
Hubby!” Jerit Arlyssa. Harith tersengih-sengih macam kerang busuk!
Harith makin galak menyembur air ke arah Arlyssa. Tegahan isteri dia buat-buat tak dengar. Dan akhirnya mulalah mereka bermaraton mengelilingi halaman yang tak besar mana tu. Arlyssa berlari mengejar Harith sampaikan tak nampak ada wayar getah di hadapan. Dia tersadung dan jatuh terduduk.
Ouch!” Sakitnya punggung aku. Arlyssa gosok punggungnya yang terasa sakit terhentak mengena tanah.
Pantas Harith merapati Arlyssa. Terus dibiarkan permainan kejar-kejar tadi.
“Boleh bangun tak ni?” Harith paut lengan Arlyssa, menyuruh isterinya bangun.
“Sakitlah, Hubby.” Adu mulut comel itu.
Lalu, Harith cempung tubuh kecil Arlyssa dan dibawa ke ruang tamu. Pintu rumah yang dibiarkan terbuka tidak ditutup.
“Duduk diam-diam kat situ,” arah Harith, berlalu ke almari kecil bersebelahan dengan ruang makan.
Dia kembali dengan minyak akar kayu di tangan. Baju Arlyssa diselak sedikit dan disapu dengan minyak itu dibahagian belakang pinggang. Dia urut perlahan-lahan walau kadang terdengar juga Arlyssa menjerit sakit. Setelah agak lega sedikit kesakitan Arlyssa, Harith berhenti mengurut.
Sorry, sayang. Sebab Hubby Da sakit macam ni,” pipi Arlyssa dia cium sekali, tanda mahukan kemaafan.
No need says sorry. Benda dah nak jadikan, bukan salah Hubby pun. Da yang mengada-ada nak kejar.” Arlyssa tepuk perlahan pipi Harith. Dia tak nak suaminya terasa bersalah. Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Sama-sama salah.
“Kita makan kat dalam ajelah ya,”
“Makan kat mana-mana pun sama ajelah.” Balas Arlyssa. Harith sudah ke halaman, membawa masuk kembali dulang yang Arlyssa bawa keluar tadi.
Dari kejauhan ada sepasang mata yang memerhatikan tingkah kemesraan sepasang suami isteri itu. Jelas terlukis riak tak senang dan marah. Arlyssa yang sepatutnya menjadi haknya dulu, kini sudah menjadi milik orang. Ah, dia akan buat Arlyssa jatuh ke tangannya. Dengan apa cara jua. Walaupun menggunakan cara kotor sekali pun!

7 ulasan:

  1. Haih Najwan ni dah2 lah kacau Lyss dah jadi hak orang pun....
    Selamat tahun baru 2013 sis!!!!!

    BalasPadam
  2. heheheh.. manusia mana pernahpuas dear..
    selamat tahun baru..:)

    BalasPadam
  3. ni tak sabar nak tunggu buku keluar...lepas ni bermulalah misi najwan hehehe

    alongnani

    BalasPadam
  4. alongnani; insya-Allah.. semoga segalanya berjalan lancar..:)

    ciknie; inilah kerja najwan, mana pernah senang tgk lys bahagia...

    BalasPadam
  5. benci najwan ergh

    BalasPadam