Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 13 Mei 2013

KYKS SE PART 2


**Assalamualaikum & salam sejahtera.. KYKS SE part 2 dah datang.. selamat membaca & kalau rajin sila komen ye.. jangan terkejut dengan akhir part ni ye.. ini bukan part last, ada lagi sambungan nanti, insya-Allah...:))


“FIZA, Fiza.”
Panggilan namaku itu telah mengejutkan aku dari lena. Aku celikkan mata. Tak tersedar entah bila aku boleh tertidur kat rumah emak ni.
“Fiza.”
“Ya, mak.” Aku menyahut dengan rasa terpinga-pinga yang masih belum surut.
“Kamu tidur ke? Dah solat ke belum?” emak menyoal di sebalik pintu.
“Hmm… belum.” Teragak-agak aku menjawab.
“Bangun, mandi dan solat. Lepas tu turun makan, mak ada masak makan tengah hari ni.” Laung emak lagi.
Solat? Aku bawa keluar telefon bimbit dari poket seluar. Aku pandang skrin telefon. 3.30 petang. Ya Allah. Lamanya aku tertidur. Aku meraup muka. Masih berbekas kesan air mata di tepi mata. Entah bila aku menangis pun aku tak sedar.
Lambat-lambat aku bangun. Rambut yang kusut aku lurutkan dengan tangan. Mata memandang ke depan. Tingkap aku biarkan terbuka agar angin dapat masuk ke dalam bilik. Langsir yang terbuai-buai apabila ditiup angin aku pandang bagai orang tak berperasaan. Memang aku tengah tak berperasaan pun.
Aku menepuk pipi. Ah! Wake up Fiza! Wake up! Tanpa dia pun kau boleh hidup. Dulu 14 tahun kau terpisah dengan dia, elok aje jadi manusia. Dapat juga belajar sampai masuk U. Kata hatiku kuat di dalam.
Aku ambil tuala dari dalam almari dan berlalu ke bilik air. Tanggungjawab kepada Yang Maha Esa itu penting dan wajib. Usai segala-galanya, aku turun mendapatkan emak di bawah. Rasanya aku nak terus balik ke rumah. Nia mungkin aku tinggalkan di rumah mama seketika malam ni. Mungkin inilah waktunya untuk aku dan Aril duduk berbincang. Yang pasti, aku tak mahu libatkan Nia. Anak itu terlalu kecil untuk melihat pertelingkahan antara aku dan Aril.
“Mak,” aku panggil emak yang sedang menonton TV.
“Hah, dah makan ke belum?”
“Tak kut. Nak balik dah ni,” aku hulur tangan, nak bersalam.
“Nak balik?” emak menyoal sambil lepas tanganku.
“Haah,”
Aku berlalu ke kereta sambil diekori oleh emak. Enjin kereta aku hidupkan.
“Kalau mak tanya sikit boleh kan?” Emak tiba-tiba menyoal.
“Apa dia mak?”
“Kamu ada masalah ke?”
Dan nampaknya hati tua seorang ibu dapat merasai kesedihan yang sedang melanda hati anaknya ini. Walau aku tak pernah rapat dengan emak tapi naluri seorang ibu itu sangat kuat. Fiza, tolong jangan menangis. Lagi-lagi di depan emak. Nanti hati tua itu makin susah. Tak pasal-pasal emak tambah risau.
“Masalah kecil je,” aku berkata sekadar menyedapkan hati emak.
Salam aku berikan kepada emak sebelum kereta berundur keluar dari pagar rumah emak. Sambil memandu, sambil kepalaku berfikir. Merangka-rangka tentang perancangan seterusnya.
Dengan menggunakan alat bebas tangan, aku menghubungi mama.
“Assalamualaikum, mama.” Aku memberi salam sejurus panggilan bersambut.
“Wa’alaikumussalam, Sya.”
“Nia tengah buat apa, ma?” walau baru ditinggalkan seketika, aku sudah rindukan puteriku nan satu itu.
“Ada ni. Baru aje tidur. Tadi dia main-main dengan Tuk Panya, lepas tu terus tertidur.” Ceria sekali mama bercerita. Dan aku senyum dengan cerita mama.
“Ma, Sya ambil lambat sikit Nia tak apa ke ma?” ragu-ragu aku bertanya.
“Boleh, apa tak bolehnya. Lagi pun papa nak bawa dia jalan-jalan petang nanti.” Balas mama.
Aku menghela nafas lega. Nasib baik ada mama dan papa, tidaklah Nia kesunyian.
“Sya, kalau mama tanya, Sya jangan marah ya,”
“Tak adalah. Apa dia ma?”
“Mama nampak kau orang berdua dah lain. Dah tak macam dulu-dulu. Sya dengan Aril ada masalah ke?” Mama menyoal. Mama dapat kesan perubahan dalam perhubungan aku dan Aril. Nampak ketara sangat ke?
“Err…. Masalah kecil saja ma.” Hanya itu jawapan yang boleh aku berikan.
“Masalah kecil ke besar ke, seeloknya bawalah berbincang. Sebelum masalah kecil ni melarat jadi bertambah besar.” Mama menitipkan nasihat.
“Ya, ma. Terima kasih.”
Sesudah itu, talian antara kami terputus. Rasanya inilah peluang yang ada untuk aku dan Aril duduk berbincang. Dan yang paling penting, tanpa Nia bersama kami. Sampai di rumah, aku terus ke bilik. Pertama sekali solat asar dahulu kerana semasa dalam perjalanan tadi sudah kedengaran azan asar. Lepas tu aku kemas bilik. Acik Na masih lagi bekerja di rumah itu sebagai pembantu rumah, macam dulu-dulu juga. Cuma sekarang ni Acik Na bercuti selama sebulan kerana menunaikan umrah. Jadi, segala-galanya aku lakukan sendiri tanpa orang gaji.
Selesai menukar cadar katil, aku ambil baju di dalam bakul baju kotor dan bawa turun ke bawah. Sehelai demi sehelai baju aku letak di dalam messin basuh. Tiba giliran baju Aril, aku memang berhati-hati. Sebabnya baju Aril biasa ada sesuatu yang tertinggal di dalam poket. Kadang tu ada pen, kertas dan sebagainya.
Aku capai baju kemeja rona biru muda itu. Bau yang aku cium semalam masih melekat di baju itu. Bau minyak wangi perempuan. Sedang aku membelek-belek baju tersebut, aku terjumpa sesuatu. Sesuatu berwarna merah. Atau pun mungkin warna merah jambu. Aku amati kesan itu. Sepertinya kesan gincu bibir perempuan. Aku amati lagi. Dan tersangat pasti itu memang kesan gincu.
“Allahuakbar!” Aku mengurut dada. Dugaan apakah ini ya Allah! Aku bersandar pada dinding bersebelahan dengan mesin basuh sambil memegang baju Aril.
Dengan hati yang penuh rasa marah, geram, kecewa dan sakit hati saling bercampur baur, aku teruskan tugas mencuci baju-baju itu semua. Tapi, baju Aril yang kat tangan tu aku tak cuci sama. Ni bahan bukti, tak boleh basuh sesuka hati.
“Ya Allah, kau kuatkanlah hati hambaMu ini.” Bibirku menyebut.
Sementara pakaian dicuci oleh mesin, aku ke dapur. Mahu menyediakan juadah untuk aku dan Aril. Harapnya dia balik awal hari ni. Aku hanya berharap di dalam hati. Untuk aku menelefon dan menyuruh dia balik awal, rasanya tak mungkin. Aku tak mahu dia lakukan kerana terpaksa. Biarlah dia lakukan kerana rasa tanggungjawab dan bukannya kerana aku yang suruh atau paksa.
Menu apa nak masak hari ni ya? Pintu peti sejuk aku tarik. Walau hati tengah walang, aku perlu memasak. Orang tua-tua cakap, nak pikat sumai kenalah pikat perutnya kan? Dan aku sedang amalkan petua itu. Hmm… ada ikan, ayam, udang dan sotong. Sayur pulak, ada kacang panjang, ada kobis. Eh, eh, ada daun kesum dan bunga kantan. Wah! Asam pedas sudah terbayang di dalam kepalaku.
Aku bawa keluar semua yang dirasakan perlu dan letak bersebelahan dengan singki. Jom kita memasak!

“SIAP!”
Dan azan maghrib berkumandang di luar sana. Dah masuk waktu maghrib. Mandi dan solat dulu, lepas tu baru hidang semua ni. Aku berkata di dalam hati. Lalu aku berlalu ke bilik.
“Assalamualaikum warahmatullah,” aku memberi salam kepada malaikat di kanan dan kiriku usai bersolat.
Panjang doa aku titipkan untuk sang pencipta. Terlebih dahulu untuk kesejahteraan rumah tanggaku. Aku sayangkan rumah tangga ini. Aku tak mahu ianya berakhir dengan penceraian kerana bukan senang untuk aku dan Aril sampai ke tahap ini. Sesungguhnya kepada Dia aku bermohon dan berserah. Kemudian dititipkan juga doa untuk arwah abah, semoga tenang di sana. Tidak dilupakan untuk emak, mama, papa dan semua kaum kerabatku serta seluruh umat Islam. Lama aku meraup muka sejurus doa habis dibacakan.
Aku merenung ke depan. Fikiranku terasa kosong. Aku cuba untuk berfikir yang baik-baik saja kerana aku tak mahukan sebuah ikatan yang berakhir dengan penceraian. Aku tak mahu lalui masa-masa suram itu. Walaupun orang cakap, panas tak selalunya hingga ke petang. Tapi sementara ada peluang, baik aku cuba selamatkan apa yang sudah ada di dalam genggaman kan? Takkan nak biarkan ia terburai begitu saja.
Telekung ditanggalkan dari tubuh dan aku lipat. Selesai menyangkut kembali telekung dan sejadah di tempatnya, kakiku ringan melangkah ke arah almari. Pintu almari yang kedua paling hujung aku tarik. Baju-baju yang bergantungan aku belek satu per satu. Aku tak tahu nak pakai baju yang mana satu.
Tiba-tiba tanganku terhenti pada satu penyangkut baju. Lalu, baju itu aku bawa keluar dari almari. Sambil berdiri di depan cermin, aku adukan baju pada badan.
“Err…. Tak nampak seksi sangat ke?” Aku bercakap pada diri sendiri.
Baju berpotongan dres malam rona biru diraja itu punya bukaan yang luas di dada, tak berlengan dan berbelah di kiri dan kanan. Sebab tu aku berasa tak selesa. Tapi untuk suami sendiri, tak salah kan? Spontan itu yang terlintas di kepalaku. Senyuman nakal tersungging di bibir.
Dan tanpa menunggu lama, aku menyarung baju itu ke badan. Padan. Tak besar sangat, tak kecil sangat. Sedang-sedang elok. Aku pusing ke kiri dan kanan di hadapan cermin. Lawa jugak aku ni. Sudah terkeluar aura perasan di situ. Hahaha…
Tapi baju dah cantik, takkan berbaju cantik saja. Lalu, aku ke meja solek. Bedak asas disapu ke kulit wajah. Kemudian diikuti bedak tabur, pembayang mata, penggaris mata, penggaris kening, maskara, pemerah pipi dan gincu. Akhir sekali aku sudahkan dengan melayangkan berus besar ke suruh wajah agar solekan tampak sekata. Kurang dari dua puluh minit, dah siap!
Aku tenung lagi cermin. Bagai tak percaya aku yang sedang duduk di hadapan cermin tika itu. Aku senyum sambil mencari kekuatan. Rambut yang sedia panjang aku ikat tinggi. Biarkan ia beralun seperti ekor kuda. Haih, aku tak pandai nak memblonde kan rambut. Cukup sekadar begitu. Sekurang-kurangnya nampak lain dari kebiasaannya.
Setelah berpuas hati, aku berlalu ke dapur. Makan malam tak hidang lagi. Tanganku tangkas bekerja. Satu demi satu lauk aku hidang di atas meja makan. Siap segalanya, aku berdiri di sebelah meja makan. Aku pandang ke arah jam di dinding.
“Sudah pukul 8.00 malam tapi kenapa dia tak balik lagi?” Aku menyoal diri sendiri. Teras gelisah pula. Ni la padahnya bila nak buat surprise, alih-alih, Aril balik lambat lagi. Dan siapa yang kecewa? Aku jugak!
Tiba-tiba, pintu utama dibuka dari luar. Aku pantas memandang ke arah pintu. Err… dia balik? Tapi kenapa tak dengar bunyi kereta? Mata kami beradu. Lidahku kelu. Wajah terasa kebas. Err…. Nak kata apa ni? Aku rasa aku ni dah macam kali pertama bertembung pandang dengan Aril pulak. Terasa segan sangat-sangat. Lagi buat aku segan, baju yang menyarung tubuh tika ini. Boleh tak aku lari masuk bilik sekarang?? Terasa nak menyorok kat dalam bilik air je ni.
“Hmm…. Ada apa-apa yang istimewa ke hari ni?” Mulut Aril menyoal sambil merapati meja makan. Aku pandang dia. Lagak dia biasa saja. Tak ada langsung rasa teruja. Teruja dengan masakan aku. Paling kurang pun, terujalah dengan aku yang sedang melaram dah macam nak berlakon opera cina ni.
“Err… Tak ada kot,” tergagap-gagap aku menjawab. Serius aku tengah gugup.
So?” Aril pandang aku sambil jongket kening.
Aku berdiri di tepi meja makan dah macam patung cendana. Serius, aku tak tahu nak buat apa. Rasa macam rancangan mendadak ni takkan menjadi. Hiii…. Aku dah rasa nak lari ni. Tapi…
“Nak ke mana sayang?” Aril berbisik di tepi telingaku. Entah sejak bila dia sudah berdiri kat sebelah aku. Tangannya mendarat di pinggang. Ya Allah! “Wangi. Cantik isteri abang malam ni.” Aril berbisik lagi. Meremang bulu roma aku.
“Err…. Malam ni saja cantik? Sebelum-sebelum ni tak cantik?” Ya ampun! Gatalnya mulut aku ni. Spontan aje menyoal Aril.
“Cantik, cantik sangat. Tapi malam ni extra cantik!” Aril cium pipi aku. Kebas! Pipiku sudah kebas dan tebal berinci-inci.
“Err…. Kita makan dulu.” Aku tak tahu nak cakap apa. Sebelum Aril bertukar menjadi ‘singa lapar’, baik aku ajak dia makan.
“Ala…. Lepas ni la kita makan,” Aril merengek. “Abang rasa nak makan sayang sekarang.” Sambung Aril. Heh! Aku dah rasa macam nak terkencing ni. Tangan Aril sudah meliar di mana-mana. Tambah lagi baju aku tak cukup kain. Mesti dia rasa tergoda.
“Nia dah berapa tahun ek?” tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulut Aril. Kedua-dua tangan Aril sedang memegang pinggangku. Dan kedudukan kami tersangat rapat saat itu.
Takkan usia anak sendiri dah lupa kot! Baru empat hari dia biarkan aku uruskan Nia sendirian, terus lupa umur Nia? Melampau! Aku menggumam di dalam hati, tersangat geram sebenarnya.
“Tiga tahun,” antara keluar dan tidak suaraku. Aku palingkan muka ke arah lain, aku tak nak pandang sepasang mata redup itu.
“Hmm…. Tiga tahun. Sepatutnya kan, Nia dah boleh dapat adik. Tak adalah dia sorang-sorang.” Dan itu pula balasan Aril. Buat aku tergamam.
Adik? Itu yang dia fikirkan sebenarnya. Dan sangkaan aku tadi ternyata silap. Aku jeling Aril dengan ekor mata.
“Jangan main jeling-jeling macam tu. Abang dah lama tergoda ni.” Manja sekali nada suara Aril. Aduh!
“Apa pulak abang ni,” di luar sedar, suaraku seakan merengek sebenarnya.
Aril tiba-tiba mencempungku.
“Abang!” aku menjerit kerana terkejut. Aku cuba meronta tapi pegangannya tersangat kemas.
“Apa sayang?”
Aku nak menjawab lagi tapi mulutku bagai dikunci dengan panahan matanya. Tahu-tahu saja Aril sudah melangkah masuk ke dalam bilik kami. Dia letak tubuhku di atas katil. Perlahan-lahan dan berhati-hati sekali.
“Malam ni hanya ada kita berdua. Hanya untuk abang dan sayang saja.” Aril berkata separuh berbisik.
Aku terkesima. Dan hanya menurut. Aku bagai terpukau dan dipukau. Terlupa terus makan malam yang sudah aku hidang di atas meja makan. Entah apalah yang jadi dengan semua makanan tersebut. Haih. Semuanya kerana Aril.

PERGERAKAN orang sebelah mengejutkan aku. Aku celikkan mata. Aku cuba bangun tapi tak boleh. Bagai ada yang menghalang. Mataku jatuh kepada pinggang. Sepasang tangan Aril utuh sekali melingkari pinggangku. Spontan peristiwa semalam kembali menerjah kepala. Aku toleh ke sebelah. Memandang wajah Aril yang enak sekali tidur seperti seorang bayi.
Kenapa abang buat Fiza begini? Kenapa abang seksa hati Fiza? Kenapa? Kalau benar sudah tak mahukan Fiza lagi, lepaslah cara elok. Aku terasa mahu menjerit. Sungguh! Hati ini terasa sangat sakit. Aku tak kuat untuk melalui ujian demi ujian dariMu ya Allah!
Tangan Aril yang memeluk tubuh, aku alihkan dan cuba bangun. Memandang lama-lama wajah dia buat hatiku semakin sakit.
“Hmm…. Nak pergi mana?” Aril tiba-tiba bersuara mengejutkan aku.
“Mandi,”
“Dah pukul berapa ni?” Aril cuba celikkan mata. Dia tercari-cari jam.
Manakala aku sengaja keraskan tubuh.
“Baru pukul 2.00 pagi,” Aril bersuara bersama dengan suara seraknya.
Aku pula senyap tak berkata apa. Yang aku tahu, aku mahu loloskan diri dari pelukan Aril. Sekali lagi aku cuba alihkan tangan Aril.
“Nak pergi mana pulak ni? Sambung tidurlah.” Kata Aril.
“Tak solat isyak lagi ni,” aku menggumam.
Bagai tersedar dari lamunan panjang, akhirnya Aril lepaskan pelukannya. Mungkin baru tersedar yang dia juga masih belum menunaikan solat isyak. Sebelum aku bangun, sempat dia tarik lenganku dan berbisik di tepi telingaku.
I love you,”
Aril mahu mencium pipiku tapi aku pantas mengelak. Aku buat-buat tak dengar dan pantas menarik kembali lenganku dari pautannya. Tiada sahutan I love you too dari pihakku seperti biasa. Tuala dicapai dan aku masuk ke dalam bilik air. Paip air aku buka tapi air dibiarkan mengalir terus. Aku berdiri si depan cermin. Tanpa paksaan, air mata mengalir lesu.
You said you love me? But why you make me like this! Why you hurt me? Kalau tak nak cakap tak nak. Jangan buat aku terbuai dengan perasaan sendiri. Aku ada harga diri, aku ada perasaan. Aku bukannya bola yang boleh ditendang ke kiri dan ke kanan sesuka hati! Aku menjerit di dalam hati bersama deraian air mata yang seperti tak mahu henti. Kedua-dua belah tangan mencengkam kuat singki bilik air.

USAI mandi dan menunaikan solat isyak, aku melipat telekung dan disidai di rak. Aku sikit pun tak berpaling memandang Aril. Aku tahu sepasang mata itu asyik sekali memandangku. Memandang bersama persoalan kerana aku tahu maksud kerutan di dahi Aril.
“Sayang,”
Ketika melintasi Aril kerana aku mahu kembali berbaring di atas katil, mahu menyambung kembali lena yang terbantut tadi, Aril memanggilku dan memaut tanganku. Semerta kakiku terpasak di bumi. Aku mematungkan tubuh.
“Abang lihat sayang sekarang dah lain. Dah semakin jauh dari abang. Kenapa?” Aril bertanya lembut.
 Berdesing telingaku mendengarkan soalannya. Siapa yang menjauhkan diri sekarang ni? Mulutku terasa ringan mahu membidas balik. Mahu menyoal balas. Hatiku tika ini meluap-luap bagai gunung berapi yang mahu mengeluarkan laharnya.
“Jauh? Saya semakin jauh?” aku menyoal sambil senyum sinis. Sakit di hati hanya Allah saja yang tahu. “Sebelum nak kata kat orang, lihat dulu salah sendiri. Sepanjang minggu ni, siapa yang hantar dan ambil Nia kat rumah mama? Saya kan? Siapa yang selalu balik lewat malam? Saya ke? Siapa yang sudah abaikan semua tanggungjawabnya? Saya ke? Siapa yang sudah berubah sebenarnya ni? Saya jugak ke? Tolonglah. Tolong jangan asyik nak salahkan orang lain sedangkan semua tu salah awak sendiri.”
Kesabaranku ada hadnya juga. Dan jangan sesekali menguji tahap kesabaranku. Kata ganti nama juga bertukar. Tiada lagi abang-Fiza sebaliknya sudah berganti dengan saya-awak.
“Abang sibuk beberapa hari ni.” Itu balasan yang keluar dari ulas bibir Aril. Walaupun perlahan, tapi aku masih mampu mendengar. Tanganku dia usap perlahan, bagai mahu memujuk hatiku.
“Sibuk? Sibuk dengan apa? Sibuk dengan projek berapa billion?” aku memandang dia tajam. “Sebelum-sebelum ni awak sibuk juga. Dengan projek besar bernilai jutaan ringgit lagi. Tapi awak masih ada masa untuk saya dan Nia. Tanggungjawab awak tak pernah terabai. Tapi sekarang? Kerana kesibukan awak ni, awak abaikan semua tanggungjawab awak. Atau pun sekarang ni awak bukannya sibuk dengan projek syarikat tapi sibuk dengan projek lain.” Ayat terakhir itu aku muntahkan dengan rasa sakit yang mencengkam hati. Tersangat sakit!
“Projek lain? Apa maksud Fiza?” Aril pandang aku, tajam. Nampak tak, kata ganti sayang sudah lenyap dari bibirnya. Yang ada hanya Fiza.
“Manalah saya tahu, kut-kut awak ada projek baru. Mungkin projek memasang ‘cawangan’ baru.” Aku menyindir. Tangan di dalam genggaman Aril sedaya mungkin aku cuba lepaskan.
 “Cawangan? Cawangan apa pulak ni?” Aril buat-buat bodoh. Aku geram dengan dia yang buat-buat bodoh begini.
Aku rentap kasar tanganku dan akhirnya berjaya juga lepas dari cengkaman Aril. Aku berlalu ke bakul baju kotor. Bukti yang dijumpai siang tadi masih tersimpan di dalam bakul itu. Bersama kemeja biru muda di tangan, aku menghampiri Aril.
“Ini apa?”                                                                  
Baju di tangan aku tak hulur elok-elok. Tapi aku campak terus. Aril kutip kemeja yang jatuh di kakinya. Bersama kening yang berjongket, Aril belek kemeja di tangan.
“Tak ada apa pun,”
“Cuba belek betul-betul.” Memang angin aku tak berapa baiklah. “Jumpa?” aku menyoal apabila melihat Aril seperti sedang merenung lama bahagian atas kemeja itu.
“Semalam balik dengan minyak wangi perempuan. Lepas tu siap ada kesan gincu lagi kat baju. Fuh! Hebat betul lakonan awak.” Aku bertepuk tangan dua kali. Sangat sinis dan memperli. “Lepas ni apa pula? Langsung tak balik rumah, begitu? Sebelum awak nak pasang nombor dua, nombor tiga waima nombor empat sekali pun, lepaskan saya dahulu! Saya tak nak bermadu dan dimadukan!” Aku bertempik. Ah, tak kiralah kalau jiran sebelah rumah dengar sekali pun. Aku dah tak kira!
“Syafiza Akhira!” Aril menjerit nama penuhku. “Jangan sesekali mencabar. Talak itu memang di tangan abang. Tapi jangan cabar abang lafazkan ia sedangkan kita sama-sama tak mahukannya.”
Aril bingkas bangun dan berlalu keluar dari bilik kami. Meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Aku terduduk bersama deraian air mata yang laju membasahi pipi. Salahkah aku? Kenapa semua ini terjadi? Ya Allah! Bantulah hambaMu yang lemah ini. Hanya itu yang mampu aku panjatkan ke hadrat Ilahi. 

6 ulasan:

  1. Waarrgghhhh sedih... Sistem komunikasi yg tergendela menyebabkan pengeseran rumahtangga....

    They need time to be apart.... to cool down... Tapi mesti Fiza ngandung pulak... harap2 jln cerita yg berbeza...

    BalasPadam
  2. So sad....
    Hope Aril selesaikan masalah cara elok....

    BalasPadam
  3. Communication gap...kadang kala blh menyebabkan hubungan hambar...so jgn suka pendam...lebih baik bertanya dan berbincang jika ada x puas hati dan perlu penjelasan. Lagi satu kalau niat nak menguji sejauh mana pasangan kita setia/cemburu pun kadang kala blh menyebabkan huru hara.....
    So Aril...please Be gentleman & Fiza pun kena luah kalau ada yg musykil, jangan pendam dan buat conclusion sendiri.....
    Best.. Cepat2 smbg dan leraikan kekusutan ini...

    BalasPadam
  4. mereka memerlukan masa utk cool down..tapi apa sebenarnya yg berlaku..antara mereka kini..adakah usia perkawenan selama 3 tahun telah membuat rumahtangga mereka tawar dan siapa yg sebenarnya yg telah berubah..

    BalasPadam
  5. tanpa nama, nuratiza, eijan, kak ida, ruunna qizbal...
    tq kerana komen..^_^
    yup, mereka memang punya masalah komunikasi.. Fiza sibuk pendam masalah sendiri manakala Aril dengan rancangan rahsianya.. akibatnya, 2-2 terasa hati dan mula makin menjauh.. hubungan juga makin renggang... apa2 pun, tunggu sambungannya.. part ke-3 maybe last part for this SE... huhuhu

    BalasPadam