Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Ahad, 7 Julai 2013

SEWANGI CINTA ANGGERIK : BAB 23

SUDAH dua hari Iddin jadi macam orang kebingungan. Semua kerja dia buat macam orang tak ada perasaan. Pagi pergi kerja. Malam balik kerja. Semua dia lakukan dengan hati kosong. Hati kering pun ya kut.
“Din,” Mak Yam menegur Iddin. Dia lihat dua hari ni Iddin macam lain sangat di matanya. Sebab itulah dia tegur hari ni.
“Hmm…” Iddin berpaling.
“Mak Yam tanya sikit boleh tak?”
“Apa dia Mak Yam?”
“Err… Mak Yam tengok tingkah laku Din macam pelik saja dua hari ni. Nampak banyak termenung dan pendiam. Kenapa? Din ada masalah ke nak?”
Iddin tarik nafas dan dilepas perlahan. Mak Yam perasan? Nampak sangat ke aku ni ada masalah? Hatinya tertanya-tanya.
“Entahlah Mak Yam,” Iddin tak tahu nak bagi jawapan apa. Jadi dia hanya jawab, entah.
“Tak apalah kalau Iddin belum bersedia nak cerita dengan Mak Yam. Nanti kalau Iddin dah bersedia, Mak Yam ada untuk dengar segala masalah Iddin.” Jujur kata-kata itu keluar dari bibir tua itu. Dia tepuk bahu Iddin perlahan dan mahu bangun. Banyak lagi kerja yang menantinya di dapur.
“Mak Yam,” panggil Iddin tiba-tiba.
“Ya?” Mak Yam berpaling.
“Mak Yam, Din ada hal nak cakap sikit.”
“Ya? Apa dia?”
“Duduk dulu Mak Yam,” suruh Iddin. Mak Yam tarik kerusi yang dia tinggalkan tadi.
“Okey, dah duduk. Apa ceritanya?”
“Ceitanya macam ni…” Dan Iddin membuka kembali kisah antara dia, Rozairul dan Suriya. Kisah dua pertemuan itu dia ceritakan kepada Mak Yam. Tidak tertinggal walau satu cerita pun.
“Jadi Din dah setuju, begitu?”
Iddin anggukkan kepala. “Mak Yam tahu kan yang saya memang suka kat Anggerik. Tapi dia… Entahlah.” Iddin mengeluh.
“Din tak cuba berbincang dengan dia? Manalah tahu kalau-kalau dia ubah pendirian nanti.” Ujar Mak Yam.
“Bukan Din tak cuba nak jumpa dia tapi dia asyik mengelak aje dari jumpa Din. Dah banyak kali Iddin cuba slow talk dengan dia. Tapi dia selalu bagi jawapan, banyak kerja. Kadang geram jugak Din rasa.” Jawab Iddin beremosi.
“Cubalah lagi Din. Din kan lelaki. Lelaki ni banyak akalnya bab-bab nak lembutkan hati perempuan ni.” Mak Yam senyum.
“Tu mungkin lelaki lain Mak Yam. Tapi bukan Din.”
“Din, belum cuba belum tahu. Apa kata Din cuba dulu. Ajak dia makan tengah hari ke, makan malam ke. Alah, takkan itu pun Mak Yam nak ajar. Jadilah gentelmen sikit, Din.” Selamba orang tua tu berkata.
Iddin jongket kening.
“Apa Mak Yam sebut tadi?”
“Sebut apa?”
“Alah tadi Mak Yam ada sebut perkataan Inggeris. Apa tu?”
Gentelmen. Hah? Kenapa? Salah ke?” Lurus suara Mak Yam menyoal.
Iddin bantai gelak sekuat-kuatnya. Dia tak hiraukan langsung reaksi Mak Yam yang sudah berkerut-kerut memandangnya.
“La… Mak Yam tanya dia gelak pulak. Salah eh Mak Yan sebut perkataan tu?”
“Mak Yam, Mak Yam.” Iddin kesat air mata yang mengalir di tubir matanya. Sakan sangat gelak sampai keluar air mata. “Tu bukan gentelmen tapi gentlemen la Mak Yam.” Iddin sambung kembali gelaknya yang terhenti seketika tadi.
“La… Salah rupanya. Mak Yam selalu dengar orang sebut macam tu aje. Manalah Mak Yam tahu.” Kata Mak Yam. Selepas itu segaris senyuman menghiasi bibir Mak Yam. Dia senang sekali melihat Iddin sudah boleh ketawa begini. Betapa rindunya dia dengan Iddin versi ini.
“Suka Mak Yam tengok Iddin dah boleh gelak-gelak macam ni. Alhamdulillah.” Ujar Mak Yam lagi. Tercengang Iddin.
“Err…” Ketawa Iddin mati. Dia pandang Mak Yam. Tak ada ayat yang keluar dari mulutnya bagi membalas kata-kata Mak Yam. Tadi bukan main lagi dia buat muka orang tak ada perasaan. Kini, sudah boleh bergelak sakan.
“Sudahlah Din, Mak Yam nak ke dapur ni. Banyak lagi yang tak berkemas kat dapur tu.” Mak Yam baru atur dua langkah ke dapur, Iddin sudah memanggil.
“Mak Yam,”
“Ya Din. Apa lagi?”
“Terima kasih Mak Yam,”
“Sama-sama Din,”
Sayu Mak Yam pandang wajah Iddin. Di mata itu jelas sekali riak seorang anak yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Mak Yam cepat-cepat berlalu ke dapur. Lama-lama dia di situ takut terburai segala air matanya. Dia cepat sangat jatuh kasihan dengan Iddin. Sebabnya dia yang jaga anak itu sejak kecil. Sejak bayi lagi.
Sampaikan satu hari tu Iddin pernah bertanya, kenapa orang  lain ada emak tapi dia tak ada. Kelu lidah Mak Yam nak jawab soalan itu. Akhirnya dia hanya menjawab yang emak Iddin sudah pergi jauh. Pergi yang takkan kembali lagi. Selepas usia Iddin menjangkau belasan tahun, barulah soalan itu tidak lagi ditanya. Mungkin Iddin sudah mula faham sendiri situasi yang dia alami.

SURIYA menapak turun ke lobi bangunan itu. Sambil berjalan, sambil itu kepalanya di gelengkan ke kiri dan ke kanan. Mahu membetulkan balik urat tengkuk yang terasa lenguh semacam. Sudah tiga malam dia tak cukup tidur. Tak dapat nak tidur sebenarnya. Asal aje nak lelap, cadangan alongnya kembali menyerang kepala. Dah macam trauma pulak untuk dia tidur seperti biasa.
Pin… Pin… Pin…
Bunyi hon kereta mengejutkan Suriya dari khayalan pendeknya. Kakinya berhenti melangkah. Dia tak sampai pun lagi kat pondok teksi tu tapi dah ada yang menghalang langkahnya. Suriya pandang kereta itu. Cermin kereta diturunkan tiba-tiba. Tu dia. Dia mengelak dari berjumpa lelaki ini. Alih-alih terpaksa jumpa jugak.
“Masuk, saya hantarkan awak balik.” Iddin mengeluarkan arahan.
“Tapi saya balik dengan teksi.” Balas Suriya.
Nope. Awak balik dengan saya. Teksi tu takkan ambil awak malam ni.”
“Kenapa Pak Mail takkan datang ambil saya pulak?” Suriya pelik dan musykil.
“Sebab saya dah suruh dia balik.” Selamba Iddin menjawab. Berterus-terang sajalah. Buat apa pusing-pusing cerita. Nanti dia jugak yang pening.
What?!” Jelas Suriya marah.
Suriya pandang perhentian teksi dan kereta di hadapannya bersilih ganti. Perhentian teksi tu tak ada orang. Suram sekali suasana di situ.
“Cepatlah.” Gesa Iddin apabila dia lihat Suriya kaku di situ. Langsung tak berganjak dari depan keretanya.
“Hmm…” Akhirnya Suriya akur. Dia masuk ke dalam kereta itu hanya kerana bimbangkan keselamatan diri sendiri. Takut juga kalau jadi apa-apa kat dia jika menunggu di perhentian teksi itu.

“EH, kita nak ke mana ni encik?” Suriya menyoal. Matanya melingas memandang ke luar kereta. Ini bukan jalan balik ke rumahnya. Batang tubuh Suriya juga turut bergerak sama. Dipusing ke kiri dan kanan.
“Eh, boleh tak awak duduk diam-diam.” Soalan Suriya dibiar tak bersambut.
“Habis, encik nak bawa saya ke mana? Hantar saya balik sekarang!” Suara Suriya meninggi. Berani betul dia bercakap macam tu dengan Iddin. Dia lupa ke siapa Iddin tu?
Iddin diamkan diri. Malas dia nak layan Suriya. Yang penting segala masalah antara mereka selesai hari ni. Kereta membelok masuk ke kawasan parkir restoran makanan segera dan berhenti di bawah lampu besar yang ada di situ… KFC? Hati Suriya menyoal. Nak buat apa pulak kat sini?
“KFC? Nak buat apa kat sini?” Pantas Suriya menyoal.
Iddin tarik brek tangan. Enjin kereta tak dimatikan. Dia pusing tubuh menghala Suriya.
We need to talk.” Ujar Iddin.
Talk?” Suriya jongket kening.
“Pasal cadangan abang awak.”
“Huh! Jawapan saya masih sama. Saya tak setuju dengan cadangan bodoh tu!” Suriya peluk tubuh. Suriya paling tubuh ke kiri. Matanya membuang pandang keluar tingkap kereta.
“Cadangan bodoh? Awak cakap itu cadangan bodoh?” Giliran Iddin pula jongket kening.
Yes!” Kuat suara Suriya menjawab.
“Habis, kiranya saya ni bodohlah kalau terima cadangan tu?”
“Encik terima?”Ppantas tubuh Suriya menghadap Iddin kembali.
“Hmm…” Iddin ketuk stereng kereta dengan jarinya.
“Encik, cuba fikir sikit. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Encik sanggup ke selamanya bertepuk sebelah tangan?” Suriya memprovok.
“Kalau tu yang sudah tertulis untuk saya, nak buat macam mana. Redha ajelah.” Iddin buat-buat suara sedih.
“Cakap senanglah. Sekarang pandailah cakap macam tu. Nanti bila dah dapat, lain pulak jadinya.” Suriya berkias.
“Lain jadinya? Jadi macam mana?”
“Huh! Itu pun tak faham.” Dengus Suriya.
“Dah saya tak faham, saya tanyalah awak.”
Suriya diam. Ah, malas dia nak layan Iddin.
“Hmm… Apa kata kita tunang dulu.”
No!” Tinggi lagi suara Suriya naik. Iddin ni macam sengaja mahu mencolok sarang tebuan. Suriya tu dahlah tengah angin puting beliung. Boleh pulak dia keluarkan cadangan nak bertunang tu. Lagilah buat Suriya rasa macam nak cekik orang. Huh!
“Habis, semuanya no. Apa yang yes nya?” Iddin garu kening. Dia dah habis modal sebenarnya. Dah tak tahu nak kata apa lagi.
“Kahwin saya tak setuju. Bertunang lagilah saya tak setuju. Kita takkan ada hubungan. Titik. Keputusan saya muktamad.”
“Macam nilah. Awak fikir dulu. Saya tahu, emosi awak kurang stabil sekarang ni. Jadi keputusan dalam marah akan buat awak rasa menyesal kemudian hari. Ambillah banyak mana masa yang awak nak. Saya tunggu.” Mendatar kata-kata itu keluar dari mulut Iddin. “Awak nak apa-apa tak?” Iddin sudah menolak sedikit pintu keretanya.
Suriya terkesima dengan kata-kata Iddin.  Dia menggelengkan kepala perlahan. Sambil memandang batang tubuh itu berlalu. Sambil itu Suriya berfikir. Masih ada lelaki sebegini? Lelaki yang punya segala-galanya tetapi sanggup menunggu perempuan biasa seperti aku ni? Ada apa dengan aku ni?



5 ulasan:

  1. BEST, Fieyza...cuma ayat ''slow talk '' bahasa inggeris jadi kena buat tulisan senget @ koma ka hehehe, akak tak berapa pandai sangat bab ni cuma janggal sikit la hehe. Sedih la pula baca part Mak Yam ngan Iddin tu :'( . Haishhhhhh Suriya, ni..terima ja la hehehe

    BalasPadam
  2. haah.. yg tu terlepas pandang skit.. hehehe.. tq kak nani...:)

    BalasPadam
  3. smbng lgiii... terima je lah, hehe

    BalasPadam
  4. very touching. Iddin oh, Iddin!

    BalasPadam