**ASSALAMUALAIKUM & SALAM RAMADHAN 1434H.. SCA bab 24 sedikit awal menjengah blog.. maaf jika ada kekurangan dengan post ini, saya copy paste dari sebuah laman blog.. selamat membaca...
SURIYA
tolak selimut yang menutupi tubuhnya. Rimas pula bila matahari dah tegak di
atas kepala tapi dia masih berlingkar di atas katil. Anak dara siapalah
perangai lagu ni?
Suriya
tenung dinding bercat warna hijau lembut itu tajam. Bagai mahu tembus dinding
itu akibat renungannya. Ketika itu kata-kata Nini kembali menerjah kepalanya.
Cadangan Nini tentang solat istikharah. Dan sehari selepas itu dia ada mencari
maklumat di Internet berkenaan solat sunat istikharah. Ada bermacam jawapan
untuk persoalan itu. Itu semua buat dia musykil. Tak tahu dia nak percaya yang
mana satu.
Suriya
capai telefon dari tepi bantalnya. Sejurus skrin bercahaya, dia lihat banyak
panggilan masuk yang tak terjawab di situ. Dia tekan kekunci telefon untuk
mengetahui siapa yang menelefonnya tadi. 13 missed
calls. Semuanya panggilan dari pejabat. Tidak lama kemudian telefon itu
berbunyi, tanda ada mesej masuk. Dia buka mesej itu.
From: Kak Ani
Salam. Su, tak masuk pejabat ke
hari ni?
Suriya
baca sebaris soalan itu sebelum tangannya ligat menaip balasan mesej Noraini.
Tak, saya ambil EL. Akak isikan
borang untuk saya.
Butang
send ditekan. Dia keluar dari ruangan
mesej dan masuk ke ruangan Internet. Tangannya ligat menaip di ruangan enjin
carian Google. Dia tertarik dengan satu tajuk berkaitan solat istikharah.
Kelebihan dan Hukum Solat Istikharah. Pantas dia tekan tajuk besar itu.
Islam adalah sebuah agama yang diredhai oleh Allah Taala sebagaimana
Firman-Nya :
“..hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu semua agama kamu dan Aku telah cukupkan kamu semua dengan nikmat-nikmat Ku, dan Aku meredhai bagi kamu semua Islam itu sebagai agama..” (al-Maidah : 3)
“..hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu semua agama kamu dan Aku telah cukupkan kamu semua dengan nikmat-nikmat Ku, dan Aku meredhai bagi kamu semua Islam itu sebagai agama..” (al-Maidah : 3)
Itulah Islam, sebuah agama yang cukup sempurna. Padanya perundangan yang menyeluruh, syariat rabbani, manhaj yang waqi’e, perjalanan yang wasati, percaturan keseimbangan anatara dunia dan akhirat. Islam padanya mencakupi segenap hal dan perkara kerana ianya dari Yang Maha Esa. Dalam kepelbagaian pembelajaran yang dapat diambil daripada Islam melalui Risalah Nubuwwah Rasulullah s.a.w. antaranya adalah ISTIKHARAH.
MAKSUD ISTIKHARAH
Istikharah bermaksud : memohon dan meminta yang terbaik.
Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta
petunjuk daripada Allah Taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap
pekerjaan yang ingin kita lakukan. Sesungguhnya Allah Taala adalah tempat kita
mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan
pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah
Allah Taala.
APAKAH SEMUA PERKARA PERLU ISTIKHARAH ?
Daripada Jabir bin Abdullah r.a. berkata : “Ada pun Rasulullah S.A.W.
mengajarkan kami Istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana baginda
mengajarkan kami satu Surah daripada al-Quran. Baginda Rasulullah S.A.W.
bersabda : Apabila merancang salah seorang daripada kamu dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat..”.(Riwayat Imam Bukhari)
Berdasarkan hadis daripada sahabat Jabir bin Abdullah diatas, maka
mengertilah kita bahawa Solat Istikharah adalah umum. Namun, umumnya Solat
Istikharah terkecuali daripada perkara-perkara yang wajib, sunat, haram dan
makruh.
WAKTU BERISTIKHARAH
Istikharah dilakukan untuk memohon Allah taala menunjukkan kita jalan
samada ingin melakukan seuatu perkara atau meninggalkannya. Namun kebiasaan
daripada masyarakat kita hanya melakukan Istikharah hanya ketika terdapat
pertembungan antara dua perkara samada ingin memilih “A” ataupun “B”. Sedangkan
walaupun tiada pertembungan, Istikharah masih perlu dilakukan sebagaimana
gesaan Rasulullah kepada para sahabat sebagaimana hadis-hadis yang dinyataka
sebelum ini walaupun perkara tersebut amatlah remeh.
Masa yang paling sesuai untuk melakukan Solat Istiikharah sebagaimana pendaat ulama’ adalah ketika waktu Sahur kerana ianya adalah waktu yang paling afdhal dari sudut diterimanya sesuatu amalan dan doa kita.
Masa yang paling sesuai untuk melakukan Solat Istiikharah sebagaimana pendaat ulama’ adalah ketika waktu Sahur kerana ianya adalah waktu yang paling afdhal dari sudut diterimanya sesuatu amalan dan doa kita.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
: “Allah taala akan turun tiap-tiap hari kelangit dunia ketika mana 1/3 malam
terakhir (waktu sahur), lalu Allah Taala menyeru kepada makhluk-makhlukNya :
Sesiapa yang memohon doa kepadaKu maka akan Aku perkenankan doanya, sesiapa
yang mengharapkan sesuatu disisiku maka akan Aku berikannya, dan sesiapa yang
meminta ampun daripadaKu maka akan Aku ampunkannya”. (Riwayat Imam Muslim)
DOA SOLAT ISTIKHARAH
Sambungan daripada hadis daripada sahabat Rasulullah Jabir r.a:
“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku
memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan
limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku
tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan
Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya
Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada
agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da
seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan
keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada
cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan
untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Tarmizi)
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS DARIPADA
ISTIKHARAH ?
Imam Nawawi dalam
kitabnya al-Azkaar berkata : “Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia
merasa lapang dadanya pada perkara tersebut”. Berkata Imam Izzuddin Abdul Salam
: “Lakukanlah apa yang muafakat dengan dirinya (kecenderungan hatinya)”.
Imam ibn Hajar
al-‘Asqalani ada menyebut : “Apa yang muktamad adalah janganlah seseorang itu
melakukan sesuatu perkara yang padanya didorong oleh hawa nafsu walaupun dia
merasa lapang dadanya dengan melakukan perkara tersebut sebelum dia
beristkharah”.
Benarlah pendapat yang
dikemukakan oleh Imam ibn Hajar di atas kerana tiadalah faedah yang boleh
diambil daripada Solat Istikharah andainya pilihan kita tidak dipandu oleh
cahaya kebenaran dan masih melakukan maksiat kepada Allah taala.
Tidak menjadi syarat dan
petunjuk kita mesti bermimpi setelah selesai beristikharah. Bahkan
seboleh-bolehnya bagi kita sentiasalah berulang-ulang melakukan solat istikharah
kepada Allah taala agar pilihan yang akan dilakukan dipandu dengan petunjuk-Nya
dan hati serta naluri kita sentiasa merasa lapang apabila melakukan pilihan
tersebut.
Lama
Suriya tenung skrin telefon. Dia baca setiap bait yang tertulis di dalam
artikel itu. Sesudah membaca seluruh isi artikel, Suriya termenung seketika.
Kepalanya cuba mencerna setiap patah perkataan yang diterangkan di dalam
artikel itu. Cuba memahami maksud disebalik ayat-ayat tersebut.
Breep… Breep…
Suriya
tersentak. Dia pandang telefonnya yang bergetar. Masih dalam mode silent rupanya. Dia tekan papan
kekunci telefon. Beberapa saat kemudian terpapar mesej dari Noraini.
From Kak Ani;
Okey. Tapi bos cari Su.
Bos
cari aku? Hati Suriya menyoal. Agak janggal di situ kerana sebelum ni dia tak
pernah pun dicari oleh Iddin. Kalau cari pun sebab nak serahkan projek baru. Tapi
takkanlah dia nak serah projek baru. Projek sistem rumah atas talian untuk
syarikat Mewah Padu Holding tak siap pun lagi.
Kenapa bos cari saya kak?
Suriya
menghantar soalan.
From Kak Ani;
Entah.
Suriya
garu kepala yang tak gatal sambil berfikir lagi. Bos besar cari dia? Nak apa
sebenarnya ni? Aku ada buat salah ke? Mesti dia cari aku pasal aku tak datang
hari ni. Entah apalah yang dia fikir nanti. Ah, biarlah mamat tu. Yang pasti
dia tak mahu memberatkan kepala fikirkan pasal bos besar itu. Lalu dia berlalu
ke bilik air. Mandi dulu.
SURIYA
termenung di bangku itu sambil memandang beberapa orang kanak-kanak sedang
berkejaran sesama mereka. Dia terasa bahagianya jika dia boleh berada di tempat
kanak-kanak itu selamanya. Tak payah pecah kepala nak fikir masalah yang
mendatang macam sekarang ni. Huh. Suriya mengeluh.
“Oit. Jauh termenung.” Nini menyergah
Suriya.
“Hmm…”
Gumam Suriya.
“Kau
ni apasal? Asal jumpa aku aje mesti muka tu cemberut semacam.” Komen Nini. Tapi
betul apa. Asal ajak Nini jumpa aje muka Suriya mesti macam tu. Muka orang tak
sudah.
“Huh!”
Suriya mengeluh lagi. “Kau lambat.”
“Amboi,
sedap mulut dia pulak! Aku memanglah lambat. Aku bukan dari rumah macam kau.
Aku dari pejabat.” Bidas Nini.
“Sorry, aku selalu susahkan kau.” Ujar
Suriya.
“Tau
pun.” Selamba Nini membalas. Mereka memang begitu. Si Nini ni banyak bergurau
dalam kata-katanya. “So, apa pulak
masalah kau hari ni? Jangan cakap masalah yang hari tu tak selesai lagi,”
awal-awal Nini memberi amaran.
“Hmm…
Macam tulah lebih kurang.”
“What?! Hohoho… Aku dah tak tahu nak nasihat apa lagi kat kau. Eh, kejap.
Aku suruh kau buat solat istikharah kau dah buat ke belum?”
Suriya
gelengkan kepala.
“Huh!
Aku baliklah macam ni.” Nini angkat punggung.
“Eh,
nantilah dulu.” Suriya cuba menahan.
“Selagi
kau tak buat solat istikharah, selagi tu aku tak nak jumpa kau. Sebelum buat
keputusan, tolonglah kau minta dengan yang kat atas sana. Aku tak boleh bagi
keputusan bagi pihak kau. Segala keputusan di tangan kau. Dan ini berkaitan
jodoh. Aku bukan Tuhan yang boleh tolong kau pilih jodoh untuk kau.” Tegas
kata-kata Nini. Dia bengang sebenarnya. Cadangan dia langsung Suriya tak ambil
peduli. Suriya hanya fikir perasaan dia aje.
“Nini!”
Suriya memanggil Nini. Namun Nini terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.
“Huh!”
Suriya mengeluh.
Matanya
sayu memandang kelibat Nini yang sudah hilang dari pandangan mata. Nampak
gayanya dia perlu buat solat istikharah. Jika difikir balik, betul jugak dengan
kata-kata Nini tu. Minta petunjuk dari Allah. Bukannya dari Nini. Lambat-lambat
Suriya bangun dari bangku itu apabila menyedari rembang senja mula berlabuh
pergi. Dia menapak pulang ke rumah.
Tak tau kenapa Suriya ni Mcm hati batu sgt...dari gaya nampak Mcm muslimah sejati....tp dari arguemenf dia...Mcm org yg x percaya qadar & qadar Allah aje....x suka perangai Suriya ni....tp citer ni Best...
BalasPadamsmbng lagii :)
BalasPadamMacam pendek ja fieyza, tak puas baca ni :). Suriya ni DEGIL betul la, kan dah Nini marah.. huhh.
BalasPadam"Tolonglah kau minta yang kat atas sana" macam tak berapa sesuai la ayat ni akak rasa sbb kita merujuk pada PENCIPTA KITA ( ALLAH ).. cuba fieyza tanya pendapat individu yang lebih arif sbb ALLAH tak merujuk di atas saja .