ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PETANG.... NOVEL KE-5 SEPERTI TAJUK DI ATAS MULA MENJENGAH BLOG.. CERITANYA SIMPLE AJE.. MOHON LIKE N KOMEN.. TERIMA KASIH... ^_^
SELURUH
ruang dalam bilik aku pandang satu per satu. Terasa canggung berada di dalam
bilik sendiri. Terasa seperti bukan bilikku lagi kerana bilik itu sudah
bertukar seratus peratus. Cadar katil juga sudah berganti dengan cadar berwarna
krim. Kalau boleh aku nak lari aje dari semua ni.
Aku pandang ke satu sudut. Di situ
ada susunan dulang hantaran. Satu demi satu dulang aku kira. Tahu tak, setiap
kali aku masuk kat dalam bilik tu, aku pasti mengira dulang-dulang tersebut.
Seperti ada yang terkurang saja setiap kali aku mengira dulang itu. Walhal,
jumlahnya tetap sama. Ada sembilan semuanya.
“Akak!” Pintu diketuk sebelum dibuka
mendadak. Terpacul muka adikku, Ashman.
“Hmmm…
ada apa?” bagai orang tak berperasaan aku menyoal.
“Kak
Zima ada datang nak jumpa akak,”
Zima?
Datang jumpa aku? Terasa ada rasa pelik di situ.
“Mana
dianya?”
Ashman
pusing ke belakang.
“Eh,
tadi ada aje kat sini. Kejap Man cari Kak Zima.” Ashman pantas keluar dari
bilik.
“Macam
ni pun ada?” aku mengomel sendirian. Aku rebahkan badan di atas tilam empuk
itu. Mata memandang siling sambil melayan perasaan sendiri.
“Isya.”
Mendengar namaku dipanggil, aku pantas memandang ke pintu bilik.
“Hah?
Apa hal beb?” Laju aku menyoal.
Keadaan baringku masih sama.
Zima
atau nama penuhnya, Shahzima menutup pintu bilik rapat-rapat. Dia menghampiri
aku.
“Err….
Farish nak jumpa kau.”
Mendengar
nama Farish, bagai petir yang sedang memanah hatiku. Aku bingkas bangun dari
pembaringan.
“Aku
dah haramkan kau sebut nama jantan tu!” Aku benar-benar marah! Aku tak mahu ada
apa-apa kaitan dengan lelaki itu. Sekali aku putus dengan jantan tu, sepuluh
kali aku takkan berpaling.
“Tapi
dia nak sangat jumpa kau.” Zima merayu.
“Eh,
kau kawan aku ke kau kawan dia?” Mencerlung mataku menyoal Zima. Bukan Zima tak
tahu, betapa sakitnya hati aku apabila jantan tu tak endahkan aku. Aku ni
dibuat seperti perempuan yang tak ada harga diri! Macam sampah!
“Kawan
kau.”
“Habis
tu? Kalau kawan aku, aku tak nak kau sebut nama dia lagi.”
“Tapi
dia nak jumpa kau.”
“Untuk
apa? Lima tahun aku beri dia peluang, tapi ada ke dia gunakan peluang tu? Ada
ke? Tak ada kan? Jadi, buat apa dia nak jumpa aku jika esok status aku akan
bertukar. No! jawapan aku tetap
tidak!”
“Tapi….”
“Tak
ada tapi-tapi. Kau nak suruh aku bercakap bahasa Tamil ke bahasa Cina ni?” Kerana
tersangat geram, itu yang terkeluar dari mulutku.
Zima
terdiam. Mungkin terkejut dengan sergahanku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba
mententeramkan hati sendiri. Aku tak mahu kerana jantan keparat tu, aku hilang
kawan sebaik Zima. Zima yang seperti mahu melangkah keluar dari bilikku, segera
aku panggil. Zima berpaling.
“Zima,
aku bukan marah kat kau. Tapi dah berkali-kali aku pesan. Aku memang tak mahu
jumpa dia lagi. Aku tak mahu ada apa-apa kaitan dengan dia. Aku tak mahu sebab
dia, kita putus kawan.” Aku rendahkan suara.
“Aku
faham. Aku bukan apa, aku cuma sampaikan hasrat orang.” Kendur suara Zima.
“Tak
payahlah kau nak buat baik sangat dengan dia. Aku dah letih dengan semua helah
dia. Kalau betul dia nakkan aku, kenapa dia tak hantar rombongan meminang?
Kenapa bila aku tanya, dia asyik diamkan saja? Aku perempuan Zima. Umur pulak
makin hari makin bertambah. Takkan selamanya aku kena tunggu dia. Bila orang
dah bercucu, aku baru terhegeh-hegeh nak hantar anak masuk sekolah. Macam tu?
Sudahlah. Aku dah tawar hati.” Senada dan senafas kata-kata itu terluah dari
ulas bibirku. Aku dah muak dengan janji-janji palsu dia. Bagaikan aku ni tak
punya harga diri.
“Jadi
kau dah nekad dengan majlis esok?”
“Zima,
kalau kau tanya sebulan yang lepas mungkin aku masih ragu-ragu. Tapi kau tanya
soalan tu hari ni dan esoknya pulak majlis akan berlangsung. Sangat tak sesuai
soalan kau tu. Kalau aku ni nak merasa kepala dipenggal oleh ayah aku, cubalah suruh
aku buat! Huh!”
“Tapi
kau tak pernah cintakan dia.” Sanggah Zima laju.
“Cinta?
Aku dah muak dengan perkataan tu, Zima. Kerana cinta, aku membazirkan masa
selama lima tahun. Kerana cinta, aku tak merasa bahagia seperti orang lain. Aku
dilayan seperti tunggul kayu. Ada tak ada sama sahaja.” Aku mengeluh. Sudah-sudahlah
bangkitkan kisah ni. Aku dah boring!
“Zima, sudah-sudahlah cakap pasal dia. Aku boring!”
“Hmm…”
lemah suara Zima menyahut dan berlalu pergi dari bilik aku.
Aku
pandang ke arah tingkap yang terbuka luas itu. Aku pandang ke luar. Bunyi
hingar-bingar dari ruang tamu dan dapur tidak sikit pun mengganggu
konsentrasiku. Aku melayan perasaan. Mengenang kembali apa yang tak mungkin
akan menjadi milik aku. Sekali aku buat keputusan, aku takkan sekali-kali
berpatah ke belakang. Liur yang sudah aku ludah aku takkan jilat balik!
“Kak,”
“Hmm…”
Aku menggumam. Aku tahu, Ashman yang memanggilku itu.
“Ada
hadiah untuk akak,”
“Letak
saja kat hujung katil ni.” Suruhku. “Dari siapa Man?” Hadiah? Aku pelik
tiba-tiba. Majlis aku esok tapi hari ni dah dapat hadiah.
“Kak
Zima yang bagi tadi,”
“Okey,”
Zima
bagi? Tapi kenapa dia bagi kat Ashman? Kenapa dia tak bagi kat aku sendiri? Aku
musykil. Lantas aku menghala ke arah bungkusan yang dikatakan itu. Tanganku
rakus sekali membuka hadiah itu. Hatiku tidak sabar nak tahu apa isi kat dalam
tu. Buka kertas pembalut, ada kotak. Kotak itu aku buka. Di dalam kotak ada
timbunan kertas kajang. Kertas yang paling atas tertulis;
UNTUK
KESAYANGAN DHIYA DELISYA DURRANI DZULFIKRI
Tangan
aku jatuh ke riba. Siapa lagi yang panggil aku sayang kalau bukan dia! Aku
tolak kotak itu ke tepi. Hari aku benar-benar suram kerana mamat ni!
HARI
yang ditunggu tiba juga. Hari di mana status aku akan bertukar. Daripada bujang
kepada gelaran isteri orang. Wajahku sudah disolek elok. Aku pandang sekeliling
ruang bilik pengantin itu. Semalam di mata aku, bilik ini masih biasa-biasa.
Tak sesarat hari ini. Tapi sekarang aku nampak bilik ini seakan sesak! Penuh
dengan hiasan yang tak sepatutnya.
“Isya,”
namaku tiba-tiba diseru. Aku angkat kepala. Mataku bertembung dengan mata umiku.
“Dah
boleh keluar ni, pihak lelaki dah sampai.” Maklum umiku.
Dengan
mulut membisu, hanya reaksi muka aku berikan kepada umi. Aku bangun dari duduk
di kerusi kecil itu dan mengekori langkah umi. Wawa, sepupuku yang akan menjadi
pengapit setia mengikutku bersama kipas kecil di tangan.
“Yaya,
okey ke ni?” umi tiba-tiba menyoalku.
“Okey,”
aku genggam tangan umi. Aku tak mahu gusarkan hatinya. Aku sudah buat
keputusan. Dan majlis inilah keputusanku!
siapakah lelaki sengal tu..kenapa perlu dia mengetuk pintu hati yaya last minute..actually byk persoalan yg hendak diluahkan tapi takut penulis tension..akak tunggu bab seterusnya..mungkin ia akan menjawab segala persoalan yg bersarang diminda akak..
BalasPadamTapi bagi akak..sekali U melangkah meninggalkan BF yg bersikap endah tak endah dengan perhubungan kita dan kita telah memberi dia ruang waktu yg lama untuk dia memulakan satu perhubungan yg brlafazkan ijab dan qabul tetapi dia hanya pandang sepi..bagi akak eluk kita tinggalkan dia kerana mungkin dia dah ada org lain dalam hidupnya..tak gitu..
best2....nak lg
BalasPadamdhiya pilih sape eyh jadi husband dia?
BalasPadammacam best je . nak beli novel nih kat mana ?
BalasPadam