ATAS
nasihat dan cadangan Nini, akhirnya Suriya melakukan solat sunat istikharah.
Hari ni dia bangun dengan semangat baru. Alhamdulillah, dia sudah punya jawapan
untuk persoalan yang membelenggu kepalanya. Dan betul juga kata Nini. Dia
sepatutnya meminta pertolongan dari Allah. Bukannya dari Nini. Baru kini dia
tersedar dengan kealpaan diri.
Sejak
duduk di meja itu, hati Suriya berasa tak tenang. Matanya sibuk memandang ke
kiri dan kanan. Bagai sedang mencari kelibat seseorang. Nak kata dia datang
awal sangat, rasanya tak. Kalau dia terlebih awal, mesti meja-meja rakan
sekerja lain ni kosong lagi. Tapi meja-meja kat depan di dah berpenghuni.
“Su,”
“Hah?”
Suriya terkejut.
“Hei,
kenapa ni? Akak panggil aje. Yang Su terkejut macam nampak hantu ni apasal?” Pelik
Noraini dengan tingkah Suriya itu.
Suriya
gelengkan kepala kemudiannya. Dia tundukkan kepala selepas itu. Matanya
menangkap jarum jam dipergelangan tangan. Sudah pukul 9.30 pagi. Aik, takkan tak masuk-masuk lagi. Ke dia
cuti hari ni?
Noraini
pelik menengok Suriya yang sangat-sangat aneh di matanya. Tak bercakap. Bila
ditanya hanya gelengkan kepala. Kenapa dengan budak ni sebenarnya? Datang bulan
ke apa yang pelik sangat perangai tu. Pening kepala Noraini berfikir.
“Su,”
“Hmm…”
Suriya menggumam sambil kepala menunduk menyentuh meja.
“Kenapa
tak buat kerja tu?” Tegur Noraini.
“Malas,
tak ada mood.” Selamba Suriya
menjawab. Macam syarikat tu syarikat keluarga dia. tak buat kerja pun
bulan-bulan masih dapat gaji.
“Su,
syarikat ni bukan syarikat ayah Su sampai Su boleh cakap tak ada mood nak buat kerja. Kalau ada masalah
pun janganlah sampai kacau periuk nasi sendiri. Nanti tuan besar tu tahu Su
malas macam ni, habislah.” Noraini menasihati Suriya.
Suriya
panggung kepala.
“Dia
dah masuk ke kak?”
“Siapa?”
Soalan mendadak dari Suriya buat Noraini tercengang sekejap.
“Tadi
akak cakap tuan besar. Dia dah masuk ke?”
“Entah.
Akak tak nampak pun lagi kelibat dia,”
“Oh.”
Balas Suriya lemah. Kepala dia tundukkan kembali.
“Apa
hal ni Su? Pelik akak tengok kau pagi ni. Muka macam baru lepas gaduh dengan
suami.” Noraini berjeda seketika. Dia pandang kiri dan kanan. Kepala dia tunduk
sedikit. “Su gaduh dengan bos besar ke?” Noraini berbisik di tepi telinga
Suriya. Laju Suriya angkat kepala.
“Mana
ada.” Gaduh? Bercakap pun tak macam mana nak gaduh Kak Ani oi.
“Habis
tu?”
“Tak
ada apa-apalah kak.” Suriya bangun.
“Eh,
nak pergi ke mana tu?”
“Minum.”
Balas Suriya sepatah sebelum berlalu ke pantri. Malas dia nak layan soalan demi
soalan dari Noraini. Makin memberatkan kepala dia aje.
Sementara
itu. Iddin melangkah masuk ke pejabatnya dengan diiringi seorang perempuan muda
berpakaian seksi. Mahu terkeluar biji mata Noraini melihat aksi si perempuan
yang sangat meloyakan tekaknya. Wow!
Minah gedik mana pulak yang Encik Iddin angkut masuk pejabat hari ni? Terlopong
sekejap Noraini pandang Iddin dan perempuan itu.
Suriya
keluar dari pantri. Dia tak melangkah ke meja kerjanya tetapi ke meja Badrul
dengan muk di tangan.
“Bad,
bos dah masuk ke?” Suriya menyoal Badrul.
“Dah,”
“Okey,”
Suriya letakkan muk di tangan di atas meja Badrul seketika dan dia berlalu ke
pintu bilik Iddin. Pintu bilik diketuk dua kali. Sejurus mendengar laungan
masuk, dia terus tolak pintu itu.
“Eh,
tapi…” Badrul baru teringat yang Iddin ada tetamu kat dalam bilik. Dia baru
saja nak halang Suriya dari masuk ke dalam bilik itu. Tapi dia terlambat.
Suriya lebih dulu masuk ke bilik Encik Iddin.
Badrul
pandang Noraini. Noraini pandang Badrul. Habislah! Mulut Badrul menyebut tanpa
suara. Dah gaya macam akan terjadi perang besar aje.
Suriya
tercengang. Dia sangat terkejut dengan apa yang dia lihat kini. Seorang
perempuan muda sedang elok duduk di atas riba Iddin. Duduk atas RIBA okey!
Suriya rasa lemah lutut. Sempat dia berpaut pada tombol pintu. Kalau tak, dah
lama dia tersungkur kat situ kerana terkejut.
“Anggerik!”
Iddin terkejut. Dia ingatkan Badrul yang ketuk pintu biliknya tadi. Tapi
sangkaannya meleset. Suriya yang mengetuk biliknya.
Perempuan
di atas riba Iddin juga turut berpaling. Emma! Suriya masih kenal akan wajah
perempuan itu. Emma, wakil syarikat Mewah Padu Holding. Suriya gelengkan kepala
sebagai jawapan kepada panggilan Iddin. Dia tarik tombol pintu dan laju
melangkah meninggalkan bilik Iddin.
Tanpa
menunggu lama, Iddin mengejar langkah Suriya. Dia meninggalkan Emma
terkapai-kapai seorang diri.
“Iddin!”
Emma sibuk sekali panggil nama Iddin. Sayangnya panggilan itu langsung tak
dihiraukan. Iddin lagi sibuk mengejar Suriya yang telah berlalu ke arah lif. Badrul
dan semua pekerja IMIA Technology terkejut. Termasuklah Noraini. Sampai
ternganga mulut Noraini sewaktu melihat adegan kejar mengejar itu. Macam filem
Hindustan!
“Iddin!”
Emma memanggil lagi.
Semua
pekerja syarikat memandangnya. Noraini mencebikkan bibir. Macamlah tak ada
lelaki lain kat dunia ni. Bos aku jugak yang kau kejar. Sempat lagi Noraini
merungut di dalam hati. Naik menyampah pulak dia pandang muka minah ni
lama-lama. Takut nanti ada jugak yang hadiahkan pelembang kat muka berjerawat
tu!
“Iddin,
Iddin. Baliklah wei! Dasar muka
tembok!” Ambik kau sedas. Apabila Noraini mula buka mulut. Habislah.
“Aku
tak panggil nama kau pun!” Penuh lagak Emma melawan kata-kata Noraini.
“Aku
tak panggil nama kau pun!” Noraini mengajuk semua ayat Emma. “Terpekik
terlolong panggil nama bos kami tu elok sangatlah?”
“Huh!”
Dengus Emma sebelum berlalu.
Suriya
tekan butang lif tapi sampai sudah pintu lif tak terbuka. Rosak ke apa ni? Saja
bagi aku geram ni.
“Ah,
lambatlah kau!” Rungut Suriya melepas geram.
Lantas
dia tolak pintu bahagian tangga. Turun guna tanggalah.
“Anggerik!”
Iddin memanggil.
Suriya
toleh sekali sebelum dia teruskan langkah menuruni anak tangga. Iddin berlari
mengejar langkah Suriya. Langkah lelaki dengan perempuan memang sangat berbeza.
Mesti lelaki lebih bertenaga.
“Anggerik!”
Iddin berjaya mencapai lengan Suriya.
“Hisy! Apa ni?” Suriya memberontak. Dia
cuba tarik lengannya dari pautan Iddin. Tapi tak berjaya.
“Awak
nak pergi mana?”
“Ikut
sayalah nak pergi mana pun. Encik apa kisah!” Garang Suriya menjawab. Dia lupa
yang mereka masih dalam waktu pejabat. Dan Iddin masih bergelar bosnya. “Lepaslah!”
“Okey,
okey. Saya lepas. Tapi awak janji takkan lari dari saya.” Kata Iddin.
“Hmm…”
Suriya sekadar menggumam.
Iddin
cuba lepaskan perlahan-lahan lengan Suriya. Entah di mana silapnya. Suriya
hampir-hampir jatuh tergolek ketika lengannya hampir-hampir terlerai dari
pautan Iddin. Melihat Suriya begitu, Iddin tarik kembali lengan Suriya.
“Ha,
tulah! Nasib baik tak jatuh. Kalau tak free-free
aje jadi macam nangka busuk.” Marah Iddin.
Manakala
Suriya tarik muncung. Sebenarnya memang dia sengaja tarik lengan dari pautan
Iddin tadi. Sengaja nak larikan diri dari Iddin. Sekali Allah nak bayar cash!
“Dah,
tak payah nak tayang muncung tu. Ikut saya.” Iddin mengarah. Dia genggam tangan
Suriya dan paksa Suriya ikut langkah kakinya.
“Pergi
mana? Encik, lepaslah!”
Iddin
langsung tak hiraukan kata-kata Suriya. Dia terus menuruni anak tangga sambil
mengheret sama tangan Suriya. Reaksi Suriya? Jangan cakaplah. Memang
memberontak makcik tu. Terkial-kial nak lepaskan tangan tapi tetap tak berjaya.
Akhirnya dia menurut dalam terpaksa.
KERETA
dipandu Iddin berhenti mendadak. Suriya di sisi tetap begitu. Mengeraskan
tubuh. Mulutnya dikunci sejak masuk ke dalam perut kereta lagi. Suriya tak
ambil peduli kat mana mereka berada. Dia tak kenal pun tempat ni.
“Sorry pasal tadi. Saya dengan Emma tak
ada apa-apa hubungan.” Beritahu Iddin.
“Tak
tanya pun,” perlahan suara Suriya. Iddin toleh pandang Suriya.
“Dah
tu kenapa larikan diri?”
“Sebab
saya tak nak ganggu. Orang kan tengah berasmaradana kat dalam bilik tu. Nanti
kalau saya ada, mengacau pulak. Lagi pun encikkan bos besar. Saya tak boleh
larang apa yang bos buat. Nanti silap-silap kena pecat.” Selamba Suriya
membalas. Dia dah tak fikir akibat dari kata-katanya itu. Yang dia tahu, dia
tak suka apa yang dia lihat tadi. Betul-betul menyemakkan mata.
“Apa
yang awak lihat tak sama dengan apa yang berlaku. Saya tak buat apa-apa pun
dengan Emma.” Balas Iddin. Dia cuba bertegas. Tapi di telinga Suriya, langsung
tak terasa ketegasan itu.
“Huh! Cakap bolehlah. Budak lima tahun pun
dapat teka apa yang dilihat tadi. Tu pun masih nak berselindung lagi? Sudahlah
encik. Jangan pulak pejabat tu jadi sarang maksiat pula nanti.” Sinis kata-kata
Suriya tertuju kepada Iddin.
Iddin
diam. Kalau dia melawan nanti jadi cerita lain pulak. Lebih baik dia diam. Biar
mereka sama-sama sejuk dahulu. Agak lama mereka begitu.
“So, kenapa awak masuk bilik saya tadi?”
Iddin menyoal, memecah kebisuan antara mereka.
“Hmm…
Nothing.” Suriya sudah tawar hati.
Dengan apa yang dia lihat tadi. Hatinya jadi goyah. Tak tahu sama ada patut dia
beritahu Iddin atau tak tentang keputusannya.
“Takkan
tak ada apa-apa. Saya tak percaya langsung awak masuk bilik saya hanya untuk
suka-suka. Saya kenal awak yang macam mana, Anggerik.” Ujar Iddin.
“Saya
yang macam mana?”
“Awak
yang takkan masuk bilik saya melainkan ada perkara yang betul-betul penting.
Kalau tak, saya ada ke tak ada ke sama aje bagi awak. Kan?”
“Err…”
Suriya kematian kata-kata. Apa yang Iddin cakapkan tu memang betul. Suriya
hanya akan masuk ke dalam bilik itu apabila dipanggil. Contohnya jika ada
tugasan baru. Nak tak nak terpaksalah dia pandang encik bos ini.
“So, apa dia?”
Suriya
tarik nafas dalam-dalam. Sesungguhnya dia sedang berperang dengan perasaan
sendiri. Nak cakap ke tak ni? lepas dia nampak drama swasta kat dalam bilik
Iddin tadi. Hatinya jadi tawar. Kalaulah kata mereka jadi kahwin, takkan nanti
Iddin akan buat perangai begini juga. Dia jugak yang makan hati.
“Tak
ada apa-apalah.” Suriya berdalih. Dia cuba berpegang dengan kata hatinya.
“No. Tell me the truth!” Ton suara Iddin
sudah meninggi. Bagai mahu menunjukkan kuasanya sebagai bos. Eh, mereka
bukannya berada dalam pejabat pun.
“Err…
Saya, saya…” Ah, sejak bila jadi gagap ni. Suriya curi pandang wajah Iddin dari
ekor mata. Iddin sabar menanti apa yang akan keluar dari mulut Suriya. “Saya
setuju dengan salah satu cadangan along saya,” senafas Suriya meluahkan
kata-kata itu. Kening Iddin terjongket.
“Yang
mana satu?” Dalam masa yang sama, hati Iddin tak putus-putus berdoa. Harapnya
Suriya tak pilih pilihan terakhir iaitu tinggal dengan keluarga mereka di
Terengganu.
“Saya
setuju bertunang dengan encik.”
Iddin
melopong!
best.
BalasPadamYes, akhirnya Suriya setuju..TERBAIKLA kak Noraini ni, ''sound'' Emma tu hehehe....nak lagi fieyza..macam pendek ja huhu
BalasPadamTak sabra pula nak tengok reaksi Iddin ni, mesti dalam hati dah bunga api ni hehe
BalasPadamakhirnya... Anggerik dah rungkai masalah yg sekian lama melingkari mrk. Best. Hmmm Iddin, tentu rama2 dah berterbangan dlm perutnya hehe
BalasPadamAkhirnya setuju juga Suriya dengan rancangan pertunangan tu... #^_^
BalasPadam