SUDAH
dua hari Iddin jadi macam orang kebingungan. Semua kerja dia buat macam orang
tak ada perasaan. Pagi pergi kerja. Malam balik kerja. Semua dia lakukan dengan
hati kosong. Hati kering pun ya kut.
“Din,”
Mak Yam menegur Iddin. Dia lihat dua hari ni Iddin macam lain sangat di
matanya. Sebab itulah dia tegur hari ni.
“Hmm…”
Iddin berpaling.
“Mak
Yam tanya sikit boleh tak?”
“Apa
dia Mak Yam?”
“Err…
Mak Yam tengok tingkah laku Din macam pelik saja dua hari ni. Nampak banyak
termenung dan pendiam. Kenapa? Din ada masalah ke nak?”
Iddin
tarik nafas dan dilepas perlahan. Mak Yam perasan? Nampak sangat ke aku ni ada
masalah? Hatinya tertanya-tanya.
“Entahlah
Mak Yam,” Iddin tak tahu nak bagi jawapan apa. Jadi dia hanya jawab, entah.
“Tak
apalah kalau Iddin belum bersedia nak cerita dengan Mak Yam. Nanti kalau Iddin
dah bersedia, Mak Yam ada untuk dengar segala masalah Iddin.” Jujur kata-kata
itu keluar dari bibir tua itu. Dia tepuk bahu Iddin perlahan dan mahu bangun.
Banyak lagi kerja yang menantinya di dapur.
“Mak
Yam,” panggil Iddin tiba-tiba.
“Ya?”
Mak Yam berpaling.
“Mak
Yam, Din ada hal nak cakap sikit.”
“Ya?
Apa dia?”
“Duduk
dulu Mak Yam,” suruh Iddin. Mak Yam tarik kerusi yang dia tinggalkan tadi.
“Okey,
dah duduk. Apa ceritanya?”
“Ceitanya
macam ni…” Dan Iddin membuka kembali kisah antara dia, Rozairul dan Suriya.
Kisah dua pertemuan itu dia ceritakan kepada Mak Yam. Tidak tertinggal walau
satu cerita pun.
“Jadi
Din dah setuju, begitu?”
Iddin
anggukkan kepala. “Mak Yam tahu kan yang saya memang suka kat Anggerik. Tapi
dia… Entahlah.” Iddin mengeluh.
“Din
tak cuba berbincang dengan dia? Manalah tahu kalau-kalau dia ubah pendirian
nanti.” Ujar Mak Yam.
“Bukan
Din tak cuba nak jumpa dia tapi dia asyik mengelak aje dari jumpa Din. Dah
banyak kali Iddin cuba slow talk dengan dia. Tapi dia selalu bagi jawapan,
banyak kerja. Kadang geram jugak Din rasa.” Jawab Iddin beremosi.
“Cubalah
lagi Din. Din kan lelaki. Lelaki ni banyak akalnya bab-bab nak lembutkan hati
perempuan ni.” Mak Yam senyum.
“Tu
mungkin lelaki lain Mak Yam. Tapi bukan Din.”
“Din,
belum cuba belum tahu. Apa kata Din cuba dulu. Ajak dia makan tengah hari ke,
makan malam ke. Alah, takkan itu pun Mak Yam nak ajar. Jadilah gentelmen sikit, Din.” Selamba orang tua
tu berkata.
Iddin
jongket kening.
“Apa
Mak Yam sebut tadi?”
“Sebut
apa?”
“Alah
tadi Mak Yam ada sebut perkataan Inggeris. Apa tu?”
“Gentelmen. Hah? Kenapa? Salah ke?” Lurus
suara Mak Yam menyoal.
Iddin
bantai gelak sekuat-kuatnya. Dia tak hiraukan langsung reaksi Mak Yam yang sudah
berkerut-kerut memandangnya.
“La…
Mak Yam tanya dia gelak pulak. Salah eh Mak Yan sebut perkataan tu?”
“Mak
Yam, Mak Yam.” Iddin kesat air mata yang mengalir di tubir matanya. Sakan
sangat gelak sampai keluar air mata. “Tu bukan gentelmen tapi gentlemen
la Mak Yam.” Iddin sambung kembali gelaknya yang terhenti seketika tadi.
“La…
Salah rupanya. Mak Yam selalu dengar orang sebut macam tu aje. Manalah Mak Yam
tahu.” Kata Mak Yam. Selepas itu segaris senyuman menghiasi bibir Mak Yam. Dia
senang sekali melihat Iddin sudah boleh ketawa begini. Betapa rindunya dia
dengan Iddin versi ini.
“Suka
Mak Yam tengok Iddin dah boleh gelak-gelak macam ni. Alhamdulillah.” Ujar Mak
Yam lagi. Tercengang Iddin.
“Err…”
Ketawa Iddin mati. Dia pandang Mak Yam. Tak ada ayat yang keluar dari mulutnya
bagi membalas kata-kata Mak Yam. Tadi bukan main lagi dia buat muka orang tak
ada perasaan. Kini, sudah boleh bergelak sakan.
“Sudahlah
Din, Mak Yam nak ke dapur ni. Banyak lagi yang tak berkemas kat dapur tu.” Mak
Yam baru atur dua langkah ke dapur, Iddin sudah memanggil.
“Mak
Yam,”
“Ya
Din. Apa lagi?”
“Terima
kasih Mak Yam,”
“Sama-sama
Din,”
Sayu
Mak Yam pandang wajah Iddin. Di mata itu jelas sekali riak seorang anak yang
dahagakan kasih sayang seorang ibu. Mak Yam cepat-cepat berlalu ke dapur.
Lama-lama dia di situ takut terburai segala air matanya. Dia cepat sangat jatuh
kasihan dengan Iddin. Sebabnya dia yang jaga anak itu sejak kecil. Sejak bayi
lagi.
Sampaikan
satu hari tu Iddin pernah bertanya, kenapa orang lain ada emak tapi dia tak ada. Kelu lidah
Mak Yam nak jawab soalan itu. Akhirnya dia hanya menjawab yang emak Iddin sudah
pergi jauh. Pergi yang takkan kembali lagi. Selepas usia Iddin menjangkau
belasan tahun, barulah soalan itu tidak lagi ditanya. Mungkin Iddin sudah mula
faham sendiri situasi yang dia alami.
SURIYA
menapak turun ke lobi bangunan itu. Sambil berjalan, sambil itu kepalanya di
gelengkan ke kiri dan ke kanan. Mahu membetulkan balik urat tengkuk yang terasa
lenguh semacam. Sudah tiga malam dia tak cukup tidur. Tak dapat nak tidur
sebenarnya. Asal aje nak lelap, cadangan alongnya kembali menyerang kepala. Dah
macam trauma pulak untuk dia tidur seperti biasa.
Pin…
Pin… Pin…
Bunyi
hon kereta mengejutkan Suriya dari khayalan pendeknya. Kakinya berhenti
melangkah. Dia tak sampai pun lagi kat pondok teksi tu tapi dah ada yang
menghalang langkahnya. Suriya pandang kereta itu. Cermin kereta diturunkan
tiba-tiba. Tu dia. Dia mengelak dari berjumpa lelaki ini. Alih-alih terpaksa
jumpa jugak.
“Masuk,
saya hantarkan awak balik.” Iddin mengeluarkan arahan.
“Tapi
saya balik dengan teksi.” Balas Suriya.
“Nope. Awak balik dengan saya. Teksi tu
takkan ambil awak malam ni.”
“Kenapa
Pak Mail takkan datang ambil saya pulak?” Suriya pelik dan musykil.
“Sebab
saya dah suruh dia balik.” Selamba Iddin menjawab. Berterus-terang sajalah.
Buat apa pusing-pusing cerita. Nanti dia jugak yang pening.
“What?!” Jelas Suriya marah.
Suriya
pandang perhentian teksi dan kereta di hadapannya bersilih ganti. Perhentian
teksi tu tak ada orang. Suram sekali suasana di situ.
“Cepatlah.”
Gesa Iddin apabila dia lihat Suriya kaku di situ. Langsung tak berganjak dari
depan keretanya.
“Hmm…”
Akhirnya Suriya akur. Dia masuk ke dalam kereta itu hanya kerana bimbangkan
keselamatan diri sendiri. Takut juga kalau jadi apa-apa kat dia jika menunggu
di perhentian teksi itu.
“EH,
kita nak ke mana ni encik?” Suriya menyoal. Matanya melingas memandang ke luar
kereta. Ini bukan jalan balik ke rumahnya. Batang tubuh Suriya juga turut
bergerak sama. Dipusing ke kiri dan kanan.
“Eh,
boleh tak awak duduk diam-diam.” Soalan Suriya dibiar tak bersambut.
“Habis,
encik nak bawa saya ke mana? Hantar saya balik sekarang!” Suara Suriya
meninggi. Berani betul dia bercakap macam tu dengan Iddin. Dia lupa ke siapa
Iddin tu?
Iddin
diamkan diri. Malas dia nak layan Suriya. Yang penting segala masalah antara
mereka selesai hari ni. Kereta membelok masuk ke kawasan parkir restoran
makanan segera dan berhenti di bawah lampu besar yang ada di situ… KFC? Hati
Suriya menyoal. Nak buat apa pulak kat sini?
“KFC?
Nak buat apa kat sini?” Pantas Suriya menyoal.
Iddin
tarik brek tangan. Enjin kereta tak dimatikan. Dia pusing tubuh menghala
Suriya.
“We need to talk.” Ujar Iddin.
“Talk?” Suriya jongket kening.
“Pasal
cadangan abang awak.”
“Huh!
Jawapan saya masih sama. Saya tak setuju dengan cadangan bodoh tu!” Suriya
peluk tubuh. Suriya paling tubuh ke kiri. Matanya membuang pandang keluar
tingkap kereta.
“Cadangan
bodoh? Awak cakap itu cadangan bodoh?” Giliran Iddin pula jongket kening.
“Yes!” Kuat suara Suriya menjawab.
“Habis,
kiranya saya ni bodohlah kalau terima cadangan tu?”
“Encik
terima?”Ppantas tubuh Suriya menghadap Iddin kembali.
“Hmm…”
Iddin ketuk stereng kereta dengan jarinya.
“Encik,
cuba fikir sikit. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Encik sanggup ke
selamanya bertepuk sebelah tangan?” Suriya memprovok.
“Kalau
tu yang sudah tertulis untuk saya, nak buat macam mana. Redha ajelah.” Iddin
buat-buat suara sedih.
“Cakap
senanglah. Sekarang pandailah cakap macam tu. Nanti bila dah dapat, lain pulak
jadinya.” Suriya berkias.
“Lain
jadinya? Jadi macam mana?”
“Huh!
Itu pun tak faham.” Dengus Suriya.
“Dah
saya tak faham, saya tanyalah awak.”
Suriya
diam. Ah, malas dia nak layan Iddin.
“Hmm…
Apa kata kita tunang dulu.”
“No!” Tinggi lagi suara Suriya naik.
Iddin ni macam sengaja mahu mencolok sarang tebuan. Suriya tu dahlah tengah
angin puting beliung. Boleh pulak dia keluarkan cadangan nak bertunang tu.
Lagilah buat Suriya rasa macam nak cekik orang. Huh!
“Habis,
semuanya no. Apa yang yes nya?” Iddin garu kening. Dia dah
habis modal sebenarnya. Dah tak tahu nak kata apa lagi.
“Kahwin
saya tak setuju. Bertunang lagilah saya tak setuju. Kita takkan ada hubungan.
Titik. Keputusan saya muktamad.”
“Macam
nilah. Awak fikir dulu. Saya tahu, emosi awak kurang stabil sekarang ni. Jadi
keputusan dalam marah akan buat awak rasa menyesal kemudian hari. Ambillah
banyak mana masa yang awak nak. Saya tunggu.” Mendatar kata-kata itu keluar
dari mulut Iddin. “Awak nak apa-apa tak?” Iddin sudah menolak sedikit pintu
keretanya.
Suriya
terkesima dengan kata-kata Iddin. Dia
menggelengkan kepala perlahan. Sambil memandang batang tubuh itu berlalu.
Sambil itu Suriya berfikir. Masih ada lelaki sebegini? Lelaki yang punya
segala-galanya tetapi sanggup menunggu perempuan biasa seperti aku ni? Ada apa
dengan aku ni?
BEST, Fieyza...cuma ayat ''slow talk '' bahasa inggeris jadi kena buat tulisan senget @ koma ka hehehe, akak tak berapa pandai sangat bab ni cuma janggal sikit la hehe. Sedih la pula baca part Mak Yam ngan Iddin tu :'( . Haishhhhhh Suriya, ni..terima ja la hehehe
BalasPadamhaah.. yg tu terlepas pandang skit.. hehehe.. tq kak nani...:)
BalasPadamOK. Sma :)
Padamsmbng lgiii... terima je lah, hehe
BalasPadamvery touching. Iddin oh, Iddin!
BalasPadam