IDDIN
laju mengatur langkah masuk ke biliknya. Badrul yang berada di mejanya pun dia
tak tegur seperti kebiasaannya. Badrul tayang muka pelik. Apa kena bos aku ni?
Macam orang gaduh dengan bini aje, omel hati kecil Badrul. Bini? Hisy, bini ke
apanya? Bos aku tu bujang trang tang tang.
Badrul senyum dengan kata-katanya sendiri.
Tiba-tiba
mejanya ditepuk seseorang.
“Oh
mak kau! Eh, apa akak ni? Buat terkejut orang aje.” Marah Badrul. Hilang sudah
senyuman di bibir, diganti dengan bibir memuncung. Tangannya laju mengurut
dada.
“Yang
kau senyum macam esok nak cuti panjang tu kenapa? Pelik betul akak tengok kau
ni,” Noraini bersuara.
“Saya
senyum pun salah ke?”
“Eh,
akak tak cakap salah. Akak pelik aje. Tiba-tiba aje kau senyum, siapa tak
pelik. Silap-silap orang cop kau sewel! Haru!” Lancang sekali mulut Noraini
berkata-kata.
“Amboi,
mulut kak! Macam tak ada insurans langsung!” Komen Badrul.
“Dah
tu, kau senyum sorang-sorang. Akak peliklah. Apa kes?”
“Tu.”
Bibir Badrul memuncung menghala ke arah bilik bos besar mereka.
“Kenapa
dengan Encik Iddin?” soal Noraini lagi. Adakah aku terlepas berita hangat lagi
sensasi? Sudah nama pun Noraini, pasti mahu tahu cerita orang. Tak kiralah
kecil ke besar.
“Entah.”
Badrul angkat bahu. “Dia masuk aje tadi tak tegur saya pun. Muka tak sudah.
Macam orang tertelan biji nangka.”
“Habis,
yang kau senyum tu kenapa pulak? Apa kaitannya?” Noraini kerut kening.
“Tak
adalah. Tadi saya nampak muka Encik Iddin macam tu, saya buat tanggapan
sendiri. Muka macam orang gaduh dengan bini. Tapi baru saya teringat, Encik
Iddin tu mana kahwin lagi.” Badrul ketawa.
“La,
tu aje? Hampeh.” Ingatkan apalah
tadi. Omel Noraini.
“Yelah, akak tu yang terlebih excited. Pada hal tak ada apa-apa pun.”
Kata Badrul. Tangannya laju menaip pada papan kekunci komputer. Haih, minit
mesyuarat tak siap lagi.
“Amboi,
sakan sembang. Tak ada kerja ke?” Satu suara tiba-tiba menegur mereka. Pantas
Noraini angkat kepala. Serius wajah bos besar menyapa pandangan Noraini.
“Err…
Ada, ada.” Laju kaki melangkah ke meja sendiri. Sebelum wajah tuan besar tu
bertukar jadi singa, lebih baik dia lari dulu.
Selepas
memandang langkah Noraini yang laju aje melarikan diri, Iddin kembali memandang
Badrul.
“Bad,
tengah hari ni teman saya jumpa client
macam biasa.”
“Orait bos.”
Iddin
berlalu masuk ke biliknya. Sebenarnya dia tak senang duduk hari ni. Di atas
kerusi itu bagai ada paku yang mencucuk punggungnya jika dia duduk di atas
kerusi itu. Kalau berdiri, kakinya mesti tak lepas dari memandang seseorang
yang ada kat luar bilik tu. Pandang wajah itu, pasti kata-kata Rozairul semalam
kembali berlegar di dalam fikirannya.
“Hisy! Kenapa aku jadi gelabah semacam
ni?” Iddin marah diri sendiri. Tapi betul pun. Dia dah macam kucing nak beranak
pula lagaknya.
Sejak
balik dari rumah Suriya semalam, kepalanya langsung tak sudah-sudah fikirkan
cadangan Rozairul. Sampai nak tidur pun tak lena. Matanya jadi tak boleh nak
tidur. Bagi pihak dia, tak ada masalah. Malah, dia dengan berbesar hati akan
setujukan saja sebab hati dah suka. Intai anak dara orang dalam diam tak elok.
Tapi
jika dia aje yang bersungguh tak guna jugak. Orang sebelah sana dah
terang-terang menolak. Sejak Rozairul mengeluarkan cadangan malam tu, Suria
asyik duk sebut no, no aje. Haih, Iddin mengeluh. Kedua-dua
belah tangan meraup muka.
“HAIP!
Apa kes kau duk tenung aje nasi tu? Cik adik, nasi tu takkan masuk dalam mulut
awak kalau awak tak suap sendiri.” Tegur Noraini sambil tepuk bahu Suriya.
Suriya
tersentak. Dia panggung kepala.
“Tak
ada seleralah kak.”
“La…
Pulak? Kalau tak ada selera, kenapa kau ambik nasi dengan lauk-pauk tu semua? Sudahlah
penuh pinggan. Membazirlah Su ni.” Bebel Noraini.
Suriya
tolak pinggan nasinya ke depan. Serius. Sewaktu memilih lauk tadi, fikirannya
bukan di restoran itu. Fikirannya menerawang entah ke mana.
“Nak
makan ke tak ni?” Noraini tanya lagi.
Suriya
gelengkan kepala.
“Akak
ambil lauk ni ye,”
“Ambillah
kak,” dan laju tangan Noraini mengaup lauk dari pinggan Suriya.
Usai
makan, mereka berjalan ke arah bangunan syarikat tempat mereka mencari rezeki.
Tak jauh pun, seberang jalan aje dari restoran ni. Jadi, kena lintas jalan
ajelah. Noraini pandang Suriya. Wajah cik adik tu masih macam tadi. Muram, tak
banyak cakap.
“Su,”
Noraini cuit bahu Suriya.
“Hah?”
Suriya jelas terpinga-pinga. Bagai baru tersedar dari tidur aje.
“Su
ni kenapa ek? Akak tengok lain macam
sungguh Su hari ni.” Kata Noraini.
“Kenapa
apa kak?” Suriya buat-buat tak tahu.
“Janganlah
buat-buat tak tahu pulak. Akak tengok muka pun akak dah tahu.”
“Tengok
muka? Kenapa dengan muka saya kak?” Suriya raba muka sendiri.
“Muka
banyak masalah.” Selamba Noraini menjawab.
Muka
banyak masalah? Suriya ulang balik ayat Noraini di dalam hati. Nampak sangat
ke? Ketara sangat ke?
“Eh,
apa kes pulak yang duk raba muka
tengah-tengah jalan ni? Tak sayang nyawa ke dik oi! Kereta tu sikit lagi nak
langgar Su.” Marah Noraini tiba-tiba. Dia tarik lengan Suriya supaya mengikut
langkahnya. Bagai seorang anak kecil yang dibantu oleh seorang emak untuk
melintas jalan.
Suriya
jelas tercengang. Terkejut. Apa kes pulak ni? Tak sayang nyawa? Suriya pandang
ke kiri dan kanannya. Oh, aku kat tengah jalan ke tadi? Bagai orang bingung dia
menyoal diri sendiri. Sedar-sedar aje mereka dah jejak dalam lobi bangunan.
Kaki melangkah ke arah lif. Solat zohor dulu.
“Su
ni kenapa sebenarnya?” Noraini menyoal sambil tangan ligat melipat telekung
sembahyang.
“Kenapa
apa kak?” Hari ni Suriya jadi blur.
Semua soalan Noraini dia tak dapat tangkap maksudnya.
“Su,
tolonglah. Janganlah terus ulang tanya soalan akak. Akak tahu Su faham
sebenarnya maksud soalan akak. Tadi dah nak kena langgar. Su tak sihat ke?”
Serius Noraini menyoal. Dia benar-benar bimbangkan Suriya yang di hadapannya
kini.
“Huh!”
Suriya mengeluh. Kemudian dia menggelengkan kepala.
Sebetulnya
kepalanya sedang memberat. Dia dah tak tahu nak cerita macam mana lagi. Kepada
Nini sudah dia ceritakan tapi cadangan Nini sangat-sangat mengecewakannya. Ada
pulak Nini suruh dia terima aje cadangan Rozairul! Tak masuk akal sungguh!
Kalau dia nak terima, tak adalah dia susah-susah jumpa Nini, nak minta pendapat
bagai. Tak semena-mena air mata Suriya gugur menuruni pipi. Dia dah tak tahu
nak cakap macam mana lagi. Sekarang dia hanya mampu menangis.
“Hei,
kenapa ni?” Noraini menyoal. Dia merapati Suriya. Bahu Suriya dia paut ke dalam
pelukannya. “Syy… Menangislah Su kalau dengan menangis dapat kurangkan beban di
bahu Su.” Pujuk Noraini. Dia usap bahu Suriya. Lagaknya tak ubah seperti
seorang emak sedang memujuk anaknya supaya berhenti dari menangis. Agak lama
mereka begitu sebelum tangisan Suriya berhenti sendiri.
“Macam
mana? Dah okey?”
“Dah
lega sedikit.” Jawab Suriya bersama sendunya.
“Okey,
jom. Kita masuk dalam pejabat. Waktu rehat dah nak habis ni,” ujar Noraini. Dia
bangun, mahu menyimpan kembali telekung di tempatnya.
“Akak
tak nak tahu ke kenapa saya menangis?” Sempat Suriya tarik tangan Noraini.
“Tak
apa. Nanti bila Su dah bersedia, Su boleh aje cerita kat akak. Bila-bila masa
pun akak sentiasa ada untuk Su.” Jawab Noraini sambil bibir menguntumkan
senyuman.
“Terima
kasih kak,”
“Sama-sama.
Tak ada apalah. Dah, jom.” Ajak Noraini. “Eh, sebelum tu. Su pergilah bersihkan
air mata kat muka tu. Nanti orang cakap apa pulak bila tengok muka Su sembab
macam ni.”
“Hmm…”
Suriya akur.
Selepas
mencuci muka, Suriya menyapu kembali bedak ke muka dan sedikit pelembab bibir.
Dia tepuk-tepuk perlahan pipinya agar nampak sedikit berseri. Setelah itu
mereka beriringan ke meja masing-masing.
“NINI…”
Panjang nama Nini dia tarik.
“Apa
dia makcik?” Malas Nini menyoal.
Suaranya perlahan sekali.
“Kau
free tak?”
“Free amendanya. Aku tengah kerja la ni.”
Nini berbisik. “Eh, kejap.”
Nini
bangun dari kerusinya. Dia pandang kiri dan kanan. Setelah dirasakan line clear, laju kakinyan berlalu ke
pantri. Isy, hari ni bos besar ada turun melawat cawangan syarikat. Tu yang dia
berbisik masa bercakap dengan Suriya tadi. Kalaulah bos besar tu dengar yang
dia sedang elok sembang macam ni, maunya
esok ada yang terima notis amaran. Huhuhu.
“Ha,
cakaplah. Apa yang nampak macam penting sangat tu?” Nini menyoal.
“Along
aku,”
“Eh,
kejap. Kau nak cakap pasal kes hari tu ke?” Cepat-cepat Nini memotong kata-kata
Suriya.
“Hmm…
Macam tulah lebih kurang. Tapi ni dua hari lepas along aku buat majlis
makan-makan dan dia jemput jugak mamat tu. Ni kali kedua dia bangkitkan kes ni.
Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku dah tak larat nak marah-marah!” Luah Suriya.
Tak
habis lagi kes hari tu rupanya. Omel Nini di dalam hati. Dia ingatkan perkara
ni dah selesai sebab lepas jumpa dia hari tu, Suriya senyap. Tak hubungi dia
langsung.
“Kau
terima ajelah. Senang. Kepala pun tak serabut. Macam sekarang, selagi kau tak
bagi keputusan kat along kau, selagi tulah dia desak kau. Hei, perkara mudah
janganlah kau panjang-panjangkan lagi.” Ikhlas Nini memberi nasihat. Nak bagi
cadangan pun bukannya si Suriya ni ada kekasih. Kalau ada kekasih, lainlah
ceritanya. Dia boleh gunakan alasan ada kekasih sebagai alasan menolak cadangan
Rozairul. Tapi sekarang? Jelas sekali Suriya tak ada kekasih.
“Kau
cakap senanglah. Tapi along aku ada bagi cadangan tambahan.”
“Apa
dia?”
“Dia
bagi pilihan sama ada aku bertunang atau berkahwin dengan mamat beku tu. Kalau
aku tak setuju dengan yang ni, dia nak aku balik Terengganu, tinggal dengan
mama dan papa aku. Kau tau tak, cadangan dia tu semuanya tak masuk akal.
Semuanya menjerut leher aku. Cadangan dia tak berpihak langsung pada aku!”
Suriya melepas nada geram. Sakit hatinya hanya Allah saja yang tahu.
“Hmm…
Apa cadangan kau? Takkan kau tak ada cadangan sendiri.”
“Ada.
Aku cakap aku nak tinggal dengan kau. Tapi along aku awal-awal bangkang.”
“Ha…
Eloklah along kau tu bangkang. Eh, aku bukan nak sebelahkan along kau. Tapi kat
rumah aku tu ada abang aku. Kan tak manis kalau anak dara duduk serumah dengan
anak teruna. Walaupun mak aku ada. Tambah pulak, abang aku yang nombor dua tu
nak balik dalam sehari dua lagi. Lagilah tak manis kalau kau tinggal dengan
aku. Sorry, aku tak boleh nak
tolong.” Nini mengeluarkan hujahnya.
“Huh!”
Suriya mengeluh. Dia dah buntu.
“Su,
apa kata kau buat solat hajat. Minta petunjuk dari Allah. Mana tahu kau akan
mendapat petunjuk dari-Nya. Seelok-eloknya solat istikharah.” Cadang Nini.
“Istikharah?”
Suriya pelik.
“Hei,
solat istikharah bukannya sebab kau nak tahu siapa jodoh kau semata-mata. Tapi
istikharah ni jugak untuk minta petunjuk dari Allah tentang dilema kita dalam
dua perkara atau lebih.” Nini membetulkan tanggapan Suriya. Cara Suriya tanya
tu pun dia dah dapat agak.
“Eh,
aku kena gerak dulu ni. Matilah aku kalau bos aku tahu aku ada kat sini.” Cepat-cepat
Nini berkata sebelum talian terputus. Tinggallah Suriya yang masih termenung di
meja kerjanya. Apabila kepalanya berserabut begini, segala kerja akan
tertangguh.
Nini
langsung tak membantu. Rungut Suriya di dalam hati. Tapi… Nini ada cakap pasal solat
istikharah tadi. Dia pernah dengar tentang itu tapi tak pernah buat. Lantas
tangannya laju menggerakkan tetikus. Ikon Google ditekan. Inilah masanya untuk
dia mencari maklumat tentang solat istikharah.
♥
BalasPadamBest..... #^_^
BalasPadamHope Suriya dapat jawapan....