SURIYA
bersiap-siap mahu ke pejabat. Sudah empat hari pejabat itu dia tinggalkan. Sakit
kaki je, tapi dapat MC sampai empat
hari. Entah apalah rakan sekerja kat pejabat cop dia nanti. Melangkah ke dapur,
dia terpandangkan memo yang ditampal pada peti sejuk. Memo itu dia capai dan
baca.
Assalamualaikum Su. Pagi ni along
tak ada. Along terbang ke Abu Dhabi. Tapi balik nanti along nak jumpa Su.
Perkara ni takkan selesai selagi Su mengelak dari bercakap dengan along. Jaga
diri.
Suriya
mengeluh. Kertas di tangan dia gumpal dan campak masuk ke dalam tong sampah.
Memang masalah takkan selesai kalau dia bersikap begini. Tapi dia tak sanggup
nak berdepan dengan semua ni. Tambah lagi apabila melibatkan sebaris nama milik
Iddin Amsyar Ikmal. Dia tak sanggup!
Pin…
Pin… Pin…
Bunyi
hon kereta mengejutkan Suriya. Eh, mengelamun panjang pulak aku ni sampai tak
sedar Pak Mail dah sampai depan rumah. Kelam-kabut dia keluar dari rumah.
Setelah dipastikan semua pintu berkunci, cepat-cepat dia masuk ke dalam perut
teksi Pak Mail.
“Maaf
Pak Mail, saya lambat sikit,” pohon Suriya.
“Tak
apa,”
Teksi
bergerak meninggalkan rumah itu.
MELANGKAH
masuk ke dalam pejabat, suasana dalam pejabat masih suram dan sunyi. Hanya
beberapa biji lampu saja yang terpasang. Biasanya pagi-pagi macam ni, dia akan
mendengar suara Noraini. Suara pertama yang akan menyambutnya. Tapi pagi tu,
tiada suara Noraini. Tambah lagi selepas dia cuti panjang macam sekarang. Mesti
ada punya perkataan rindu yang keluar dari ulas bibir Noraini.
“Bad,
Kak Ani tak sampai lagi ke?” Suriya pantas bertanya pada Badrul sejurus
ternampak batang tubuh Badrul.
“Eh,
Su dah masuk kerja ke?” Suriya anggukkan kepala dan senyum dengan pertanyaan
Badrul. “Kak Ani cutilah Su. Anak dia demam,” maklum Badrul.
“Oo…
Berapa hari Kak Ani cuti?”
“Dua
hari. Hari ni dan esok,”
“Okey,
terima kasih Bad.”
“Sama-sama.”
Mereka berbalas senyum sebelum Badrul berlalu ke mejanya.
Suriya
termenung seketika sebelum menekan butang on
pada PC. Semestinya kerjanya bertimbun-timbun selepas habis cuti. Sah-sah kena stay back
lagi. Huwaaa… Terasa nak menangis!
Ah,
buat air dululah. Sebelum mula kerja, kita minum dulu. Sorak hati Suriya. Dia
angkat punggung dan berlalu ke pantri. Buat air segera sudah. Koyakkan mulut
plastik, masukkan ke dalam muk. Tuang air panas, kacau-kacau. Dah siap! Sedia
untuk diminum!
“Su,
Encik Iddin nak jumpa.”
Suriya
baru aje nak duduk di atas kerusinya, Badrul tiba-tiba mengeluarkan arahan.
“Nak
apa?” Suriya bertanya tapi matanya sudah sampai di pintu bilik Iddin. Ditenung
pintu itu bagai mahu tembus.
“Entah.
Dia dah tunggu dalam bilik dia,” ujar Badrul lagi.
Malas
banyak cakap, Suriya terus ke bilik Iddin. Pintu di ketuk dari luar. Selepas
mendengar laungan ‘masuk’, dia pulas tombol pintu dan tolak pintu itu
perlahan-lahan.
“Yes, Encik Iddin Amsyar?” tanpa nada
Suriya menyoal. Wajah yang dia tak nak pandang, akhirnya terpaksa pandang
jugak. Kat pejabat kenalah professional. Hal peribadi tolak ke tepi dahulu.
Yang penting kena jaga periuk nasi sendiri. Kalau kena buang kerja, kat manalah
dia nak mengadu nasib. Sudahlah kerja susah nak dapat sekarang ni.
Iddin
diam tak berkutik. Matanya tak beralih langsung dari pandang fail di tangan. Heh, kalau panggil aku setakat nak suruh
jadi patung cendana kat sini baik tak payah! Kerja aku banyak lagi kat luar tu.
Protes Suriya di dalam hati.
Iddin
capai muk di hujung mejanya dan dia tolak muk itu ke arah Suriya. Mukanya masih
tak bereaksi seperti tadi. Suriya jongket kening. Ni apasal pulak tolak muk kat
aku ni? Demam ke apa? Sekali lagi hati kecil Suriya berbisik.
“Buatkan
air untuk saya,” mendatar suara itu. Dia faham maksud kening Suriya yang
terjongket itu.
What?
Buat air? Dia panggil aku masuk bilik dia pagi ni hanya nak suruh aku buat
air??! What the… Suriya betul-betul
bengang. Dia rasa seperti dipermainkan. Laju dia sambar muk itu dan berlalu
keluar dari bilik itu. Apabila hati bengang, malas dia nak tanya lagi bosnya
perlukan apa lagi. Ah!
Iddin
senyum sambil pandang kelibat Suriya yang sudah melangkah keluar dari biliknya.
Dia tahu wanita pujaan hatinya sedang bengang. Sengaja dia nak uji Suriya.
“Comel!”
spontan mulutnya menyebut. Senyuman menghiasi bibirnya.
“BOS
nak apa?” Ketika melintasi meja encik setiausaha Iddin, Badrul menyoal Suriya.
Malas
bercakap banyak, Suriya tunjuk muk di tangan.
“Dia
suruh buat air?”
“Hmm…”
“Macam-macamlah
Encik Iddin ni. Dahlah, baik Su cepat-cepat buat air dia.” Suruh Badrul sambil
senyum.
Tanpa
cakap banyak, Suriya berlalu ke pantri. Di matanya senyuman Badrul seperti
mengejeknya. Sebab Encik Iddin sorang, habis orang dia nak marah. Adoi! Suriya,
Suriya.
“Kau
nak sangat air ye. Hmm… Meh Cik Suriya Anggerik buatkan. Yang
pasti inilah air yang paling sedap di alam semesta ini!” Kata Suriya pada diri
sendiri. Niat jahat sudah datang.
Dia
capai botol Nescafe. Dua sudu besar serbuk Nescafe dia masukkan ke dalam muk. Cukup
ke tak ni? Rasa macam tak cukup aje. Lalu dia tambahkan sesudu besar lagi
Nescafe. Dia pandang botol gula. Ah, tak payahlah. Kita kan nak buat rancangan
jahat. Kalau masuk gula, dah tak jahat namanya. Suriya menyelongkar isi
kabinet. Dia terjumpa sepaket kecil berisi serbuk putih. Dia bawa sedikit
serbuk putih itu ke lidah.
“Masin.”
Gumamnya perlahan.
Lantas
serbuk itu dia tuang masuk ke dalam muk. Air panas dituang ke dalam muk. Air
dikacau-kacau. Aroma Nescafe menusuk ke dalam hidung. Harum! Sah-sah lepas ni
dia berulang-alik ke tandas aje. Hahaha… Suriya ketawa jahat.
“Air,
encik.” Ujar Suriya sambil tolak muk ke arah Iddin. Dia senyum. Senyum penuh
makna!
“Terima
kasih. Dah tak ada apa-apa,” balas Iddin. Dia pandang muk itu sekilas.
“Okey,
saya keluar dulu.” Suriya pusingkan tubuh dan mula melangkah.
“Err…
Kaki awak dah okey?” soal Iddin. Sebenarnya soalan itu yang dia nak tanya sejak
tadi. Sengaja dia pusing-pusing hingga suruh Suriya buat air untuknya.
Suriya
pusingkan sedikit badan. Tangan sudah mendarat di tombol pintu.
“Dah
okey,”
“Hmm…”
Suriya
keluar dari bilik bosnya. Sejurus pintu tertutup, dia ketawa. Ambik kau!
Rasakan! Air yang aku buat memang sedap! Tersangat sedap! Jerit Suriya di dalam
hati.
“Amboi,
senang hati nampak.” Tegur Badrul. Ketawa Suriya mati mendadak. Pantas
kepalanya memandang Badrul. Terlupa pulak yang dia ketika itu masih lagi
berdiri di depan pintu bilik bos besar. Dekat sangat dengan meja Badrul.
“Err…
Tak ada apa-apa.” Suriya pantas melangkah ke mejanya. Hisy! Macam mana entah
boleh terlepas ketawa kat situ. Tak pasal-pasal malu sendiri.
SEMENTARA
itu, di dalam bilik bos besar.
Iddin
ke tepikan fail yang tadinya hampir-hampir menutup muka. Alah, lakonan aje tadi
tu. Saja dia nak tengok reaksi wanita pujaan hatinya. Muk yang masih berasap
itu dia tarik rapat ke depannya. Aroma Nescafe menusuk rongga hidung. Bau macam
sedap aje ni, desis hatinya. Lantas air di dalam muk dia kacau perlahan.
Setelah berpuas hati, dia bawa muk ke bibir. Tegukkan pertama masuk ke dalam mulut
dan…
“Puiiii! Hak tui…!”
Belum
pun sempat air menuruni rengkung, ia keluar kembali. Ya Allah! Pahit dan masin!
Berapa tan Nescafe dia letak ni? Gula dah habis ke sampai guna garam untuk buat
air? Muk dia tolak menjauh. Anggerik, Anggerik. Main kasar nampak! Iddin
gelengkan kepala dan senyum kemudiannya. Anggerik, nampak saja menurut arahan
tapi ada muslihat di balik semua ni. Terkena aku!
PUKUL
11.00 malam barulah Suriya sampai di rumah. Nak buat macam mana. Kerja sentiasa
banyak. Sampaikan nak rehat pun tak sempat. Letih, letih, letih sangat-sangat!
Selepas dipastikan pintu pagar sudah berkunci, dia melangkah longlai ke pintu
utama. Sudah empat hari Rozairul bertugas di awan biru. Kadang rindu juga mahu
mendengar celoteh Rozairul.
Melintasi
ruang tamu, biasalah ruang dalam rumah memang gelap sebab lampu memang tak
terpasang. Sudah nama pun dia tinggal seorang. Suriya terus melangkah ke tangga
berpandukan biasan cahaya lampu jalan. Di dalam kepalanya kini hanya
terbayangkan tilam dan bantal yang empuk. Dah tak sabar nak berbaring dan
dibuai mimpi. Mata pun dah layu sangat.
“Lambat
balik Su,”
Langkah
kaki Suriya mati. Terkejut punya pasal. Suara siapa yang menegur tadi tu? Atau
hanya khayalan aku saja? Hatinya tertanya-tanya. Ah, mainan perasaan aku saja
kut. Lalu dia mendaki anak tangga.
“Su,”
Baru
dua anak tangga dia daki, suara itu memanggil lagi. Ya Allah, suara siapa tu?
Suriya diselubungi rasa seriau. Sedikit-sedikit rasa takut mula menyelubungi
hati. Sejak bila rumah ni ada penunggu? Sebelum-sebelum ni tak ada pun.
Jari-jemari Suriya menggigil perlahan. Lampu tiba-tiba terpasang.
“Hei,
kenapa ni? Ini alonglah, bukan hantu.” Suara itu menegurnya.
Suriya
pusing tubuh ke kiri. Batang tubuh Rozairul betul-betul berdiri di sebelahnya.
“Ya
Allah, kenapalah along duduk dalam gelap. Kus
semangat!” Akhirnya keluar jugak suara Suriya. Masih kedengaran getaran di
dalam suara itu.
“Along
duduk kat sofa tu tadi. Along tunggu Su balik. Sorry kalau along terkejutkan Su,” terang Rozairul.
“Hmm…
Bila along sampai?”
“Tengah
hari tadi,”
“Oh,”
“Su,
along ada hal nak bincang dengan Su. Bukan hari ni, tapi malam esok. Su balik
lewat jugak ke malam esok?”
“Hmm…
Kerja banyak.”
“Kalau
boleh along nak Su balik awal. Kita dinner
sama-sama kat rumah. Dah lamakan kita tak makan sekali.”
“Insya-Allah.
Tapi Su tak janji. Su naik dulu,”
“Okey,”
Rozairul
hanya memandang belakang tubuh adiknya yang kembali menyambung langkah, mendaki
anak tangga ke bilik. Punggung dilabuhkan kembali di atas sofa. iPhone
dikeluarkan dari poket seluar. Dan sekeping kad juga dikeluarkan dari celah
dompet. Ibu jari laju dilarikan di atas skrin telefon, menyalin kembali nombor
telefon yang tertulis di atas kertas itu. Telefon pintar itu dibawa ke telinga.
“Helo,”
suara di hujung talian menampar telinga Rozairul.
“Assalamualaikum,
Amsyar.” Rozairul hulur salam.
“Wa’alaikumussalam.
Err… Siapa ni?” Iddin menyoal. Pelik juga apabila naik nombor tak dikenali
diskrin telefonnya.
“Aku
ni, Azwan, abang kepada Suriya Anggerik.” Rozairul perkenalkan diri.
“Oh,
ehem. Err… ada apa ye kau call aku? Bunyi macam penting,” Iddin
ubah posisi duduknya. Jika tadi dia duduk santai sambil menyandar pada kepala
katil. Tapi sekarang dia duduk bersila. Mata yang tadi laju tiba-tiba aje segar
bugar.
“Malam
esok kau free tak?”
“Malam
esok? Insya-Allah free.” Selepas
berfikir sejenak, Iddin menjawab soalan Rozairul.
“Hmm…
Aku nak jemput kau ke rumah aku malam esok. Boleh kita dinner sekali.” Beritahu Rozairul.
“Orait, set. Insya-Allah aku ke rumah kau
malam esok.” Iddin bersetuju.
“Jumpa
kau esok,”
Selepas
berbalas salam, perbualan antara mereka terputus. Rozairul pandang ke skrin TV
bagai mahu tembus TV itu. Matanya langsung tak mengantuk kerana siang tadi,
sejurus sampai di rumah, dia sudah tidur. Lama dia tidur.
Sekeping
kertas bersama sampul surat yang tersadai elok di atas meja kopi dia panjang
lama. lambat-lambat dia capai kertas itu. Isi dalamnya dia baca lagi. Entah
yang ke berapa kali dia baca pun sudah tak terkira.
“Haih,
macam manalah nak terangkan kat Su nanti ni?” Rozairul mengeluh. Dalam
kepalanya sudah dapat mengagak akan reaksi adiknya nanti. Mesti mengamuk sakan.
semoga diner yg dirancang menjadi dlm keadaan harmoni
BalasPadamsmbng lagiii... bestnya
BalasPadambest...
BalasPadamterima kasih semua...:)
BalasPadamehhhh....ada dinner, jangan suriya mengamuk sudah hehehe...nakal ya suriya buat nescafe+masin huhu..fieyza sambung lagi
BalasPadamehhhh....ada dinner, jangan suriya mengamuk sudah hehehe...nakal ya suriya buat nescafe+masin huhu..fieyza sambung lagi
BalasPadam