TEPAT
pukul 6.30 petang, Suriya sampai di rumahnya. Dia sudah sehabis mengelak nak
sampai awal kat rumah. Kalau ikut kerja yang bertimbun, sampai ke pagi esok pun
memang kerja-kerja tu takkan siap. Masuk ke dalam rumah, bau masakan sudah
menusuk masuk ke dalam hidungnya. Hidungnya sibuk sekali bekerja. Kembang
kempis dia menghidu bau tersebut. Beg laptop
dia letak di atas meja kopi dan kaki laju ke dapur.
“Masak
apa long?” tanya Suriya.
“Mak
datuk!” Rozairul melatah. “Ya Allah! Boleh tak Su tanya elok-elok. Terkejut
along kena sergah macam tu.” Dia mengurut-urut dada, berdebar-debar lagi dada
Rozairul.
“Orang
tak sergah pun. Su tanya aje,” Suriya membela diri sendiri. Dia maju ke arah
dapur. “Wah! Along masak nasi ayam ke?” Teruja sekali suara Suriya. Dah lama
dia tak makan nasi ayam. Air tangan alongnya lagi. Pasti terangkat!
“Hmm…
Along masak sup dulu. Awal lagi nak masak nasi ni.” Ujar Rozairul sambil kacau
perlahan sup ayam di atas dapur.
“Kita
ada tetamu ke?”
“Err…
Hmm…” Rozairul menggumam.
“Siapa?”
Kening Suriya terjongket, menanti jawapan alongnya.
“Adalah,
rahsia.”
“Laa…
Nak rahsia-rahsia pulak. Cakaplah along,” Suriya memujuk. Manalah tahu
kalau-kalau Rozairul termakan dengan pujuk rayunya.
“Tak
nak. Dah-dah. Su pergi naik atas.”
“Okeylah-okeylah,
Su naik atas dulu. Nak mandi, nanti Su tolong along ya,”
Suriya
menonong ke ruang tamu. Beg laptop
dia capai dan berlalu naik ke atas.
Entah
apalah reaksi Su nanti kalau dia tahu siapa tetamu mereka. Janganlah ada
pinggan mangkuk yang melayang nanti. Mau
perang besar kalau macam tu. Rozairul berdoa di dalam hati.
SET
lengkap nasi ayam sudah terhidang di atas meja makan. Ada sup ayam istimewa
yang ditabur daun sup dan bawang goreng. Ada ayam yang telah dipotong dan
disiram dengan kicap dan sos isteimewa hasil air tangan Rozairul. Pelengkap
menu mereka dengan hirisan timun, tomato dan salad. Fuh! Terangkat.
Tapi
Suriya tak boleh makan lagi. Perutnya sudah berkeroncong tanda perutnya
tersangatlah lapar. Rozairul yang mengeluarkan arahan yang dia tak boleh makan
lagi. Perlu menunggu tetamu katanya. Bila ditanya siapa tetamu itu, Rozairul cakap
rahsia. Macam ada benda yang sedang disorokkan dari pengetahuan Suriya.
“Along,
lambat lagi ke dapat makan ni?” Suriya bertanya sambil tongkat pipi dengan
tangan. Matanya tak sudah-sudah merenung jam di dinding yang menghadap ruang
makan. Sudah pukul 8.15 malam.
“Sekejap
aje lagi. Nanti sampailah tetamu tu, bawa berbanyak sabar Su.” Rozairul cuba
menyabarkan adiknya.
“Assalamualaikum,”
serentak dengan itu kedengaran orang memberi salam dari luar rumah mereka.
Rozairul pantas angkat punggung dan berlalu ke pintu utama.
“Lelaki
ke tetamu along ni?” Suriya tertanya-tanya sendiri. Nasib baik dia sudah siap
sedia dengan tudung di kepala. Duduknya masih statik di meja makan.
“Sila
masuk, Amsyar.” Rozairul mempersilakan si tetamu masuk ke dalam rumah. “Kita
terus ke meja makanlah. Memang jemputan hari ini untuk dinner,” sambung Rozairul lagi.
Iddin
menurut kata-kata Rozairul. Dia melangkah masuk ke ruang makan. Matanya
bertembung pandang dengan susuk tubuh yang sedang menunduk. Tiba-tiba kepala
perempuan itu terangkat. Mata mereka bertembung.
What?!
Dia! Tempik Suriya di dalam hati. Tanpa menunggu lama, Suriya tolak kerusi ke
belakang dan bangun. Jelas bunyi kuat saat kaki kerusi berlaga dengan lantai.
Panjang langkahnya menghala ke tangga. Nampak saja muka mamat tu, perutnya
terasa kenyang tiba-tiba. Dah tak berselera dengan nasi ayam tu. Tapi belum pun
dia memijak anak tangga pertama, terasa lengannya ditarik.
“Su,
sit down. We need to talk.” Rozairul
mengarah.
“I agree with you. Yeah! We need to talk. But
without him!” Jelas nada marah pada ayat Suriya.
“Why? Sampai bila Su nak mengelak?”
“Su
tak mengelak. Su tak nak jumpa dia!” Lurus jari telunjuk Suriya terarah kepada
Iddin.
Tak
nak jumpa aku dengan mengelak tu kan benda yang sama? Hati Iddin menyoal. Dia
yang berdiri di tepi meja makan bertindak sebagai penonton tak berbayar. Macam
pengadil pertandingan gusti pun ya jugak.
“No! Along nak kita selesaikan perkara ni
malam ni jugak. Along tak nak ada perkara berbangkit nanti.” Tegas arahan yang
Rozairul keluarkan.
“Tak
ada apa yang perlu diselesaikan along dan takkan ada perkara berbangkit.
Masalahnya sekarang along dan dia. Along yang keluarkan cadangan gila tu, so along sendiri yang kena settlekan masalah ni. Su tak nak masuk
campur!” Sama naik Suriya melawan. Sudah nama pun Suriya ni anak bongsu dan
degil!
“No! You
sit down here!” Rozairul menengking. Kesabarannya ada had jugak.
Terhinjut
bahu Suriya kerana terkejut. Lambat-lambat dia patuh akan arahan Rozairul.
Jarang sekali Rozairul bersikap begitu. Apabila suaranya meninggi begitu
maknanya dia sedang marah.
“Kau
pun duduk,” Rozairul mengarah Iddin pula. Lelaki itu patuh tanpa banyak soal.
Sudah adab dia sebagai tetamu. Takkan nak melawan tuan rumah pula.
Suriya
memuncung. Apabila dipaksa memang dia akan begini, muncung tak tinggal punya. Kalah
muncung itik!
“NO!”
Kuat suara Suriya membangkang. Bergegar meja itu apabila dia tumbuk. Suasana
tegang di ruang makan itu.
“Semua
no, habis apa yang yes nya?” Garang Rozairul menyoal.
Sungguh, dia hilang sabar dengan kerenah adiknya malam ni. Semua cadangan yang
dia kemukakan ditolak mentah-mentah.
“Cadangan
along semuanya menjerut leher Su, macam mana Su nak jawab yes!” balas Suriya.
Iddin
yang hanya memandang tanpa mencelah, terus menjadi pemerhati. Kepalanya sekejap
ke kiri, sekejap ke kanan. Sekejap dia pandang muka Rozairul. Sekejap dia
pandang muka Suriya. Nasib tak pening kepalanya kerana asyik berpusing aje.
“Last choice. Sama ada Su dengan Iddin
bertunang atau terus kahwin. Atau pun Su balik duduk dengan mama dan papa di
Terengganu. Full stop!”
“No!”
“Yes!”
“Eh,
sabar, sabar. Bawa bertenang. Jangan gaduh-gaduh.” Iddin cuba mententeramkan
dua beradik yang hampir-hampir mencakar muka masing-masing. Suriya dan Rozairul
pandang muka Iddin serentak. Suriya dengan muka garangnya. Rozairul dengan muka
terpinga-pinga. “Err…” Iddin tak tahu nak kata apa.
“Huh!”
Dengus Suriya. “Apa bezanya Su nikah atau pun bertunang dengan dia? Sama aje!
Pokok pangkalnya Su tetap kena bersama dengan dia. Itu yang along nak kan? So selfish!” Suriya membentak.
Laju
kakinya mendaki anak tangga. Rozairul dan Iddin hanya mampu memandang telatah
Suriya. Tak ubah seperti kanak-kanak Ribena!
“Sorry pasal tadi tu,” Rozairul baru
tersedar akan keterlanjurannya. Tak malu betul mereka dua beradik bergaduh
depan orang asing.
“It’s okey.”
“Kau
dah dengarkan perbualan kami tadi? Sorry,
aku bukan sengaja nak heret kau masuk ke dalam masalah ni tapi aku bimbang nak
tinggalkan Su sorang-sorang kat sini. Bagi aku, ini sajalah peluang untuk aku
melebarkan sayap. Ni bukan kali pertama aku dapat tawaran ke sana. Sudah dua
kali aku tolak. Kali ni aku rasa nak terima tawaran ni.” Rozairul hela nafas
berat. Baru dia terasa. Alangkah teruknya dia kerana telah melibatkan Iddin dalam
masalah ni. Sudahlah dia tak terangkan langsung bangun duduk perkara ini
terlebih dahulu kepada Iddin.
“Aku
sebenarnya bersungguh dengan cadangan aku tadi tu,” tutur Rozairul selepas
berdiam diri seketika.
“Err…
Cadangan yang mana?” Iddin menyoal. Kepala dia dah serabut semacam. Tulah,
asyik sangat tengok orang bergaduh. Akhirnya dengan dia sekali berserabut.
“Cadangan
aku nak jodohkan kau dengan Su. Aku tak paksa. Tapi kau fikir dulu. Seboleh
mungkin aku nak jawapan positif dari kau. Aku bukan apa. Aku ni jenis yang
susah nak percayakan orang. Tapi sekali aku dah percaya, maknanya aku nak orang
tu jugak.” Terang Rozairul. Bimbang juga jika Iddin fikir yang bukan-bukan.
“Insya-Allah.
Aku akan fikirkan cadangan kau tu. Err… Aku kena gerak dulu ni. Dah lewat
sangat ni,”
Iddin
pandang jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul 12.00 tengah malam.
Agak lama dia berkampung di rumah itu. Sampai sempat menjamu mata dengan
perbualan yang hampir-hampir membawa kepada pergaduhan. Malam ini, baru dia
nampak bagaimana seorang perempuan yang dia puja, naik angin. Selama ni tak
pernah pun dia nampak Anggerik yang begitu.
“Okey.
Aku minta maaf sekali lagi pasal kami dua beradik tadi tu.”
“Tak
apa, tak apa.” Pertama kali dia lihat Rozairul dan Suriya perang besar. Mereka
dah biasa berperang ke? Timbul soalan itu dibenaknya.
Rozairul
angkat tangan, membalas bunyi hon dari kereta Iddin. Sebaik saja kereta itu
berlalu keluar dari halaman rumah, pantas dia menarik pintu pagar dan dikunci.
Matanya memandang ke tingkat atas. Cahaya terang terbias dari tingkat atas. Su,
Su. Along dah agak, begini penerimaan Su. Kata hatinya sebelum dia menapak
masuk ke dalam rumah.
“ARGH!” Suriya menjerit.
Habis
alat solek di atas meja dia humban ke tepi. Dia pandang wajahnya pada cermin.
Keadaan mukanya tika itu? Jangan cakaplah. Berserabut semacam! Badan dia
lontarkan ke atas katil. Tangan menggagau bantal dan sebaik jumpa, dia ramas
bantal itu. Bagai sedang melepas geram di hati ke atas bantal itu. Tanpa
disedari, air mata mengalir lesu menuruni pipinya.
Setiap
bait kata yang Rozairul muntahkan tadi masih terngiang-ngiang di tepi
telinganya.
“SU,
Amsyar. Tujuan along panggil Su dengan Amsyar adalah kerana ada perkara yang
sangat penting along nak beritahu kau orang berdua.” Rozairul berjeda seketika.
Dia cuba mengumpul semangat untuk berdepan dengan penerimaan dua insan di
hadapannya kini. Penerimaan Suriya paling dia takuti.
“Apa
dia?” Suriya menyoal. Matanya kekal memandang dinding. Bagi dia, dinding tu
lagi handsome dari pandang mamat beku
tu.
“Ini,”
Rozairul keluarkan sekeping sampul surat dan dia hulur kepada Suriya.
Laju
tangan Suriya menyambar sampul surat itu dari tangan abangnya. PT. MERPATI
NUSANTARA AIRLINES. Sebaris nama itu tertulis di sampul surat. Suriya dah rasa
semacam semasa baca nama syarikat penerbangan yang sangat terkenal di Indonesia
itu. Perlahan-lahan dia tarik isi sampul surat itu. Dan akhirnya terpampang isi
surat di depan mata. Satu per satu patah perkataan yang tertera di dada surat
dia baca. Kepala didongakkan kembali, mencari sepasang mata milik Rozairul.
“So?” Kening Suriya terjongket.
“Along
rasa along nak terima tawaran tu. Tapi…” Panjang Rozairul menarik perkataan
tapi itu.
“Tapi?”
“Tapi
along bimbang nak tinggalkan Su sorang-sorang kat sini,” Rozairul meluahkan
rasa bimbangnya.
“Tapi
selama ni along tinggalkan Su sorang-sorang okey aje. Kenapa pulak hari ni jadi
isu besar pulak?”
“Selama
ni along tinggal Su sekejap aje. Tiga empat hari kerja dah balik sini. Paling
lama pun seminggu. Tapi kali ni, along kena tinggal kat sana. Mungkin dua bulan
sekali baru along balik ke sini.” Terang Rozairul.
“Jadi?”
“Jadi,
along nak jodohkan Su dengan Amsyar. Supaya bila along tak ada kat sini, Su ada
penjaga. Taklah along risau.” Selamba Rozairul bertutur. Iddin angkat kepala.
Matanya turut sama bertentang dengan Rozairul.
“What?! No!” Kuat Suriya membangkang.
“Why?”
“Apa
hal pulak Su kena kahwin dengan dia? Macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia
ni!” Bengang aje suara Suriya.
“Okey,
okey. Kalau Su tak nak kahwin, along ada cadangan lain.” Kata Rozairul.
“Apa
dia?”
“Su
kena balik tinggal dengan mama dan papa,” cadang Rozairul.
“Lagilah
Su tak setuju!”
“Habis
tu, apa cadangan Su?”
“Su
boleh tinggal dengan Nini,” Suriya mencadangkan. Memang itu yang dia fikirkan
sejak dulu lagi. Selepas Rozairul pernah tak mahu lepaskan dia kerja di luar
kawasan Kajang ni.
“Tak
boleh!”
“Kenapa
pulak?” tak puas hati aje nada Suriya.
“Sebab
kat rumah Nini ada lelaki. Tu abang Nini tu. Mana boleh Su tinggal kat situ.
Nanti apa pulak kata orang sekeliling. Tak pasal-pasal kena tangkap basah! Tak
boleh, tak boleh.” Bantah Rozairul. Dia sudah berfikir lebih dulu dari adiknya.
Kena
tangkap basah? Sampai ke situ along fikir? Suriya terkejut. Jauh begitu
Rozairul berfikir. Dia diam. Dia kematian kata. Fikirannya langsung tak dapat
fikir apa-apa. Dia buntu.
“Hah,
kenapa diam? Along bagi dua pilihan tu aje. Su kena pilih. Keputusan along
muktamad!”
“No!” bentak Suriya.
BUNYI
lagu Sayang nyanyian Shae mengejutkan Suriya. Habis terbang semua angannya. Dia
kalih kepala ke kiri. Dia hanya pandang telefon bimbitnya hingga telefon itu
senyap sendiri. Hati tak terasa langsung nak angkat panggilan tersebut. Dia tak
ada mood nak bercakap dengan orang.
Akhirnya
kerana kepenatan dia tertidur hingga ke pagi.
Ape sebab Anggerik sampai tak boleh nak terima Amysar ni????
BalasPadamanggerik ni degis ego betul la.
BalasPadamsatunya sebab dlm kepala Anggerik dah set yg Iddin adalah seorang GAY! jadi, mmg awal2 dia menolak.. lg satu pulak, Anggerik ni anti dengan lelaki kerana ayah dia dulu seorang penagih n x bertanggungjawab lgsung... yg dia percaya cuma dgn abgnya, Rozairul..:)
BalasPadampenulis tak peka dengan adab sopan orang melayu ye, atau sekarang orang melayu dah hilang adab sopan, contoh watak anggerik menolak jodoh macam iddin tu anak kucing, tak ada harga diri.
BalasPadam-TAJ-
agak keterlaluan gambaran perilaku Anggerik, kesian kat Anggerik. Sy mcm terasa kesedihannya, biarpun tujuan Rozairul baik tp caranya sgt tidak kena pada tptnya.
BalasPadambest2... klau kita kena paksa kahwin dngan orang yg kita x suka.. haruslah kita tolak.. Hati dan perasaan bukan nya sama tiap2 orng2.. tapi bagi sya tiada masalah
BalasPadamnakk lagiiiii
sepatutnya Rozairul berbincang dulu dgn Anggerik tanpa kehadiran Iddin, berunding adik-beradik, rasanya itu lebih matang
BalasPadamDegilnya Suriya, tp mgkin sbb kisah silam dia menyebbkan dia jd macam ni dan igt Iddin tu "G" hehe. Nampaknya Rozairol kena tingkat kan usaha nak pujuk Suriya. Bg akak tak nampak pula dimana kurang sopanya Suriya, memang patutla dia mengamuk pasal Along dia tak bincang dulu. Caiyok Fieyza...teruskan. Bg akak ok ja deginya Suriya, ada watak perempuan lagi kurang ajar macam ni pernah akak baca ok ja...sbb kisah silamnya.
BalasPadamPart nasi ayam tu..perghhhhh TERLIUR Fieyza dipagi Sabtu hari yg sejuk ni :)))
BalasPadam