**salam pagi ahad.. pada semua yg menunggu n3 ini, maaf ye kerana lama berehat.. sejak 2 minggu lepas sy tersangat sibuk.. hari ni barulah mula lapang sedikit.. SCA bab 19 dah ada.. jemput baca n komen.. tq.. ^_^
“NINI!”
Tempik Suriya di tepi telefonnya.
“Oit! Apa ni? Nak suruh telinga aku pekak
ke apa?” Marah Nini. Kawan dia ni bukan dia tak kenal. Asyik nak meroyan aje
memanjang.
“Ni,
aku ada masalah.” Luah Suriya. Marah Nini langsung dia tak hiraukan.
“Asal
ada masalah aje datang jumpa aku. Asal ada masalah, kau telefon aku. Apa muka
aku ni ada cop tukang penyelesai masalah? Ke aku ni kaunselor tak bergaji kau?”
Ha… Tu dia. Apabila Nini dah buka mulut, sila jangan terasa hati. Minah ni
memang suka cakap lepas.
“Bukanlah
macam tu. Aku sedih ni, Nini.”
Sedih
pulak? Bunyi macam serius aje. Niat Nini cuma mahu mengusik Suriya tapi sekali
kawannya itu buat suara sedih. Gabra jugak dia.
“Jom
jumpa, senang kau nak cerita kat aku.” Cadang Nini.
“Kat
mana?”
“Mana-mana
aje,”
“Okey,
aku siap-siap kejap. Nanti aku SMS kat kau tempat kita jumpa.” Putus Suriya.
Perbualan antara mereka terputus. Suriya berjalan ke almari baju.
Selepas
lengkap mengenakan pakaian, Suriya berlalu turun ke tingkat bawah. Dia
bertembung pandang dengan Rozairul. Sehabis dia nak mengelak, akhirnya
bertembung jugak.
“Su,
nak ke mana ni? Kaki dah baik ke?” Rozairul menyoal. Sungguh perihatin dia
bertanya.
Namun
si adik mengambil langkah untuk berdiam diri. Rasa marahnya masih belum surut.
Biarlah orang nak cakap apa pun. Bukan mereka yang tanggung tapi dia yang
tanggung semua ni. Dia yang rasa sakit itu.
Suriya
menonong ke pintu utama. Sandal dikeluarkan dari almari kasut. Matanya
memandang ke arah pintu pagar. Teksi milik Pak Mail sudah tersadai di luar
pagar. Sedang elok dengan waktu yang dijanjikan.
“Su,”
panggil Rozairul.
Suriya
melangkah merapati pintu pagar. Panggilan alongnya sikit pun dia tak endahkan.
Ah, biarlah. Rozairul hanya mampu pandang kelibat adiknya yang menghilang ke
dalam perut teksi. Dia melepas keluhan berat. Sudah dua hari Suriya mogok suara
dengannya. Diajak makan tapi adiknya tetap mengeraskan diri. Langsung tak
keluar dari bilik.
Jumpa aku di taman, tempat biasa
kita lepak.
Butang
send ditekan. Suriya menyandarkan
badan pada kusyen teksi. Matanya memandang ke luar cermin teksi. Kepala pula sudah
terbang melayang-layang.
“WHAT?! Jadinya rancangan yang keluar dari
mulut gatal aku dulu tu akhirnya menjadi kenyataan, itu maksud kau?” Seakan
mahu bertempik suara Nini. Terkejut punya pasal. Nasib baik mereka berada di
taman yang terbuka luas. Kalau berada di restoran, sah-sah kena jelingan maut
dari pengunjung restoran.
“Aku
taklah cakap sama seratus peratus. Tapi ni semua kebetulan. Kadang aku
terfikir, kebetulan yang dirancang.” Ujar Suriya.
“Kebetulan
yang dirancang? Siapa yang rancang?”
“Yalah,
seperti dirancang walaupun tak seratus peratus sama. Dulu kau cadangkan aku
supaya pikat bos aku tu. Tapi aku tolak sebab aku tau dia gay. Tup-tup, along aku tiba-tiba aje bagi tawaran kat bos aku
supaya kahwin dengan aku. Bos aku pulak setuju. Apa semua ni?” Suriya
melepaskan rasa yang menyesakkan kepalanya.
“Habis,
apa keputusan kau?” Nini menyoal lagi.
“Huh!”
Suriya mengeluh. Susah untuk dia menjawab soalan Nini itu. Dia pandang Nini
yang setia menunggu jawapan dari ulas bibirnya. “Kalau ikut hati aku, aku tolak
cadangan bodoh tu,” tutur Suriya mendatar.
“Kau
nak tolak? Weh! Ruginya!” Spontan
reaksi Nini.
“Rugi?
Kenapa aku nak rugi pulak?” Dahi Suriya berkerut. Kening juga turut terjongket.
“Ya
Allah, kenapalah slow sangat kawan
aku ni? Kau tau tak betapa kayanya bos kau tu? Kau ni betul-betul tolak tuah!”
rungut Nini.
“Hei,
kebahagian bukan terletak pada kaya atau miskin seseorang tu. Wang ringgit tak
boleh beli kebahagian. Kau ni, asyik pandang harta benda aje. Cuba kau ubah mindset kau tu. Kalau semua orang pegang
prinsip macam kau, habislah orang-orang miskin tak berkeluarga.” Bidas Suriya.
“Ya,
ya aku tau. Tapi kekayaan tu adalah bonus untuk kita. Kalau asyik harapkan
cinta aje, tapi dalam poket kering, tak guna jugak. Cuba kau fikir, kalau kau
kahwin dengan dia, semua dah ada. Aku confirm,
kau cuci kaki aje masuk rumah dia. Tak payah nak susah-susah lagi. Mesti kat
rumah tu ada dua tiga orang gaji. Fuh! Kerja kau relax aje. Kalau kau tak nak, aku nak!” Terkeluar sudah aura miang
dan gatal Nini.
“Ambiklah
kalau kau nak, aku sikit pun tak hingin!”
“Amboi,
senangnya kau pass dia kat aku. Macam
pass barang aje,” komen Nini. Dia
sandarkan badan pada belakang bangku. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi.
Nyamannya!
“Habis,
kau cakap nak, aku pass ajelah kat
kau. Tak payah aku pening-pening fikir lagi.”
“Masalahnya
cik kak, dia tak nak kat aku. Dia nak kat kau. Yang tukang plan pulak bukannya along aku tapi along kau. Apa da…”
Mereka
diam. Sama-sama melayan perasaan sendiri. Mata Suriya ralit sekali memandang
sepasang suami isteri yang sedang melayan anak mereka bermain di taman itu.
Terasa sekali bahagia di sekeliling mereka. Adakah aku juga begitu nanti? Jika
betul, alangkah indahnya. Tapi jika nasib aku seperti ibu bagaimana pula? Ibu!
Sudah 20 tahun dia hilangkan perkataan ibu dari hidupnya. Gelaran yang buat dia
kecewa dan buat air matanya menitis tanpa henti.
“Eh,
kenapa dengan kaki kau tu?” Nini baru perasankan kaki kanan Suriya yang
berbalut.
“Tertusuk
kaca malam tu.”
“Ya
Allah, sampai begitu sekali?” Nini tak sangka sebabkan peristiwa malam tu akan
mendatangkan kecederaan kepada Suriya.
“Hmm…”
“Teruk
tak?” Penuh risau Nini bertanya. Kalau bab lain boleh aje dia gurau-gurau. Tapi
bab ni, memang tak boleh main-main. Kawan sakit takkan nak main-main pulak.
“Taklah,
sikit je ni,”
Mereka
diam lagi. Suriya melayan perasaan sendiri. Nini pula hanya mengikut telatah
Suriya. Dia kehabisan modal nak bersembang.
“Nini.”
Panggil Suriya tiba-tiba.
“Hmm…”
“Kalau
kau di tempat aku, apa yang kau akan buat?” Serius, Suriya dah buntu. Kepalanya
semakin lama semakin memberat. Dia dah puas fikir.
“Sebelum
aku jawab soalan kau, aku nak tanya kau sikit. Boleh kan?” Nini ubah posisi
duduknya. Dia menghadap Suriya. Wajah temannya itu dia pandang.
“Apa
dia?”
“Kau
rasa along kau serius ke dengan kata-kata dia?”
“Nini,
kalau tak serius, takkan dia terus tanya bos aku. Dengan aku langsung dia tak
bincang.”
“Tapi,
mesti dia ada rancangan terbaik untuk adik dia, sebab tu dia buat macam tu.
Siapa tahu kan,”
“Rancangan
apanya Nini. Dia tu macam dah tak sabar-sabar nak lepaskan tanggungjawab dia
kat aku. Nampak sangat aku ni membebankan dia,” rungut Suriya.
“Kau
tahu tak, menjaga anak dara seorang lebih susah dari menjaga lembu sekandang.”
“Hei,
aku bukan lembu, aku manusia okey!” Pintas Suriya mendadak.
“Aku
tak cakap pun kau lembu, cerdik! Yang aku cakap tu perumpamaan orang dulu-dulu.
Apalah kau ni!” Orang tak cakap habis lagi, dah sibuk nak sampuk. “Kau sedar
tak, selagi kau tak kahwin, selagi tulah dia akan susah hati. Tanggungjawab
seorang lelaki ke atas saudara perempuannya sangat berat kau tau. Mungkin sebab
tu dia nak kau kahwin. Apabila kau kahwin, kau dah ada penjaga baru. Tak
payahlah dia duk pening-pening
fikirkan kau. Susah hati sebab kau. Ada faham?” Terang Nini.
“Tapi…”
“Haip! Aku tak habis cakap lagi. Tak
payah nak bertapi-tapi sangatlah. Pada aku, baik kau ikut saja cadangan along
kau. Senang!”
Senang
kau cakap? Huh! Makin menyusahkan adalah! Protes Suriya di dalam hati.
“Senang
amendanya? Makin menyusahkan adalah. Bukan kau tak tahu calon pilihan along aku
tu gay. Aku ulang, GAY!” sedikit tinggi suara Suriya.
“Haip! Apa kes duk tempik gay kuat-kuat. Aku duduk sebelah kau aje
ni pun. Aku tak pekak lagi. Tu ha… Tak pasal-pasal orang sibuk pandang kau.
Malulah sikit!” Marah Nini. Nak marah pun beragaklah. Dahlah gelaran gay tu sensetif di kalangan masyarakat
Islam.
Suriya
pandang kiri dan kanannya. Ada beberapa pasang mata memandang ke arah mereka.
Ada yang berbisik-bisik lagi. Tiba-tiba dia diserang rasa malu. Tau pun malu!
“Aku
tak naklah kahwin dengan gay!” ujar
Suriya. Ton suaranya kembali kepada asal.
“Kau
cakap dia gay, kau pernah ke nampak
dia buat apa yang pasangan gay buat?
Kau pernah ke nampak dia berkepit dengan lelaki? Pernah ke kau nampak dia cium
lelaki? Atau dia raba-raba lelaki? Pernah ke?” Keluar sudah soalan gila-gila
dari mulut Nini.
“Aiyark! Apa punya soalan kau ni?” reaksi
spontan Suriya. Mau loya tekaknya dengan soalan Nini itu.
“Jawab
dulu soalan aku!”
Suriya
gelengkan kepala lambat-lambat.
“Ha!
Kau sendiri tak nampak tapi sedap-sedap hati aje kau tuduh dia. Apa ni?”
Meradang pulak Nini dengan sikap Suriya. Tak tahu hujung pangkal tapi main
tuduh je.
“Dah
heboh satu pejabat pasal dia ni gay,”
kata-kata ini lebih kepada membela diri. Dia tak nak Nini anggap hanya dia yang
sebar berita si bos tu gay.
“Itulah
kau. Mulut orang kau dengar sangat. Tapi kau sendiri tak nampak kebenarannya.
Lain kali, sebelum nak cop orang gay
ke lesbian ke, kau kena tengok dengan
mata kau dulu. Barulah kau boleh percaya. Barulah kau boleh canang kat orang.
Ini tak. Entah-entah semua tu fitnah semata-mata.” Nasihat Nini.
Mereka
diam. Betul jugak cakap Nini, hati kecil Suriya bersuara.
“Assalamualaikum,”
sapaan salam itu mengejutkan Nini dan Suriya. Pantas mereka mendongak. Berubah
terus air muka Suriya. Apa kes pulak mamat ni muncul kat sini?
“Wa’alaikumussalam,”
balas Nini. Manakala Suriya hanya jawab di dalam hati.
“Saya
Iddin, bos Anggerik.” Iddin perkenalkan diri sendiri. Nampak Suriya macam tak
nak perkenalkan langsung siapa dia kepada kawan di sebelah, dia pun perkenalkan
diri. Nini anggukkan kepala sambil senyum mesra.
“Saya
Nini, kawan baik Anggerik Jadi, inilah bos Anggerik?” Sengaja Nini tekankan
nama kedua Suriya itu. Amboi, siap ada nama istimewa lagi. Bukan dia tak tahu,
Suriya tu paling tak suka kalau orang panggil dia Anggerik. Dia tak suka!
“Ya,
saya. Anggerik ada cerita apa-apa pasal saya ke?”
“Oh,
itu sudah semestinya. Dia selalulah cerita tentang bosnya yang kacak, yang baik
hati, yang jadi rebutan para wanita dan semuanyalah. Jangan risau, semuanya cerita
yang baik-baik saja. Tak sangka pulak hari ni saya bertuah dapat jumpa encik di
sini,” ujar Nini. Macam sengaja mahu menjolok sarang tebuan. Suriya di sebelah
tak habis-habis jengilkan mata.
“Oo…
Malu pulak saya.” Iddin senyum. Dia jeling Suriya.
“Lupa
pulak nak tanya. Encik buat apa kat sini?” Nini semakin rancak mengajak Iddin
berbual.
“Saja
ambil angin petang. Duduk kat rumah pun tak ada buat apa. Kalau ada isteri tu best la jugak,” balas Iddin. Sempat dia
jeling Suriya di sebelah Nini. Malangnya si pujaan hati tetap mengeraskan muka.
Jangan kata nak senyum, nak pandang muka dia pun tidak.
“Kalau
macam tu, kahwin ajelah encik.” Sahut Nini. Suriya senggol lengan Nini.
Suka-suka hati keluarkan cadangan bodoh! Gerutu Suriya.
“Siapa
tak nak kahwin, Nini. Saya nak kahwin. Tapi sebelah sana pulak tak setuju. Nak
buat macam mana. Takkan saya nak paksa kan. Nak kata tak berharta, insya-Allah
dia tak lapar kalau kahwin dengan saya. Semuanya saya sediakan, tip-top.” Iddin bersuara lemah. Lakonan
aje tu. Bagi memantapkan lagi cerita.
“Fuh!
Beruntung nasib badan siapa yang dapat encik! Kalau tak ada calon tadi, dah
lama saya tawarkan diri ni,” teruja dan selamba Nini membalas. Weh, dapat orang kaya, siapa tak nak!
Tolak tuah siapa yang tak nak tu. Jari Suriya laju mengetip lengan Nini.
“Aduh!”
Nini mengaduh.
“Eh,
kenapa ni?” Iddin pelik mendengar Nini mengaduh. Tiba-tiba pulak tu.
“Tak
ada apa-apa,”
“Hmm…
Okeylah. Saya minta diri dulu.” Pinta Iddin sebelum berlalu. Sempat dia pandang
Suriya yang masam mencuka itu.
“Apasallah
kau tak cakap yang dia tu handsoooome
giler! Rugi besar la siapa yang tolak
dia. Kau sungguh ke tak nak? Kalau kau tak nak, aku nak!” Setelah dipastikan
yang Iddin sudah jauh dari mereka, Nini terus bersuara dengan terujanya.
“Ambiklah
kalau kau nak. Tak hingin aku!”
“Sungguh
ni? Jangan nanti bila aku dah dapat dia, kau pulak gigit jari. Masa tu baru
padan dengan muka kau.” Beria-ia Nini berkata-kata.
“Hmm…”
Acuh tak acuh Suriya membalas.
“Eh,
tapikan, aku rasa dia ni susah nak layan perempuan. Kecuali yang benar-benar
dia suka. Macam kau. Kau sedar tak yang dia tu, suka kat kau.”
“Apa
yang kau merepek ni?”
“Dari
mata dia pun aku dah dapat baca. Dia memang suka kat kau. Takkanlah masa along
kau tanya dia sama ada dia suka kat kau ke tak, dia senyap je. Kalau orang lain, awal-awal lagi dia dah tolak kan. Cuba kau
fikir elok-elok.” Nini cuba berdiplomasi.
“Ah,
malaslah aku nak fikir. Eh, jom balik. Dah petang sangat ni. Kau hantar aku
ya,” Suriya memusingkan topik. Dia bangun dari bangku dan mendahului langkah
Nini ke kereta.
Nini
gelengkan kepala. Susah nak lembutkan hati si Suriya Anggerik ni. Hadoi! Lambat-lambat Nini mengekori
langkah Suriya.
Kenapalah anggerik ni degil dan kepala batu yg amat...tak padan dgn ciri muslimah yg ada pd dia.....
BalasPadamTakkan lah GAY blh selalu pergi masjid, bukan ke abg Anggerik dah kata jumpa Iddin d masjid????
smbng lagiiii... ♥
BalasPadamEijan: suriya terlalu percyakan ckp2 teman sekerja dr abg sndri.. Sebab tu jd mcm tu.. Selagi dia x tgk dgn mata sndri, srlagi tulah dia akn beranggapan buruk..
BalasPadampada sy , Anggerik tu tak nak dianggap perempuan murahan, jadi kena jual mahallah. Hmm Iddin....... so sweet
BalasPadamapa la suriya p dgr gosip org kat office tu..tp bila diaorg dah kawin nanti org pertama yg terkejut mesti kak Noraini muahahaha..
BalasPadam