Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Jumaat, 21 Jun 2013

SEWANGI CINTA ANGGERIK : BAB 21

TEPAT pukul 6.30 petang, Suriya sampai di rumahnya. Dia sudah sehabis mengelak nak sampai awal kat rumah. Kalau ikut kerja yang bertimbun, sampai ke pagi esok pun memang kerja-kerja tu takkan siap. Masuk ke dalam rumah, bau masakan sudah menusuk masuk ke dalam hidungnya. Hidungnya sibuk sekali bekerja. Kembang kempis dia menghidu bau tersebut. Beg laptop dia letak di atas meja kopi dan kaki laju ke dapur.
“Masak apa long?” tanya Suriya.
“Mak datuk!” Rozairul melatah. “Ya Allah! Boleh tak Su tanya elok-elok. Terkejut along kena sergah macam tu.” Dia mengurut-urut dada, berdebar-debar lagi dada Rozairul.
“Orang tak sergah pun. Su tanya aje,” Suriya membela diri sendiri. Dia maju ke arah dapur. “Wah! Along masak nasi ayam ke?” Teruja sekali suara Suriya. Dah lama dia tak makan nasi ayam. Air tangan alongnya lagi. Pasti terangkat!
“Hmm… Along masak sup dulu. Awal lagi nak masak nasi ni.” Ujar Rozairul sambil kacau perlahan sup ayam di atas dapur.
“Kita ada tetamu ke?”
“Err… Hmm…” Rozairul menggumam.
“Siapa?” Kening Suriya terjongket, menanti jawapan alongnya.
“Adalah, rahsia.”
“Laa… Nak rahsia-rahsia pulak. Cakaplah along,” Suriya memujuk. Manalah tahu kalau-kalau Rozairul termakan dengan pujuk rayunya.
“Tak nak. Dah-dah. Su pergi naik atas.”
“Okeylah-okeylah, Su naik atas dulu. Nak mandi, nanti Su tolong along ya,”
Suriya menonong ke ruang tamu. Beg laptop dia capai dan berlalu naik ke atas.
Entah apalah reaksi Su nanti kalau dia tahu siapa tetamu mereka. Janganlah ada pinggan mangkuk yang melayang nanti. Mau perang besar kalau macam tu. Rozairul berdoa di dalam hati.

SET lengkap nasi ayam sudah terhidang di atas meja makan. Ada sup ayam istimewa yang ditabur daun sup dan bawang goreng. Ada ayam yang telah dipotong dan disiram dengan kicap dan sos isteimewa hasil air tangan Rozairul. Pelengkap menu mereka dengan hirisan timun, tomato dan salad. Fuh! Terangkat.
Tapi Suriya tak boleh makan lagi. Perutnya sudah berkeroncong tanda perutnya tersangatlah lapar. Rozairul yang mengeluarkan arahan yang dia tak boleh makan lagi. Perlu menunggu tetamu katanya. Bila ditanya siapa tetamu itu, Rozairul cakap rahsia. Macam ada benda yang sedang disorokkan dari pengetahuan Suriya.
“Along, lambat lagi ke dapat makan ni?” Suriya bertanya sambil tongkat pipi dengan tangan. Matanya tak sudah-sudah merenung jam di dinding yang menghadap ruang makan. Sudah pukul 8.15 malam.
“Sekejap aje lagi. Nanti sampailah tetamu tu, bawa berbanyak sabar Su.” Rozairul cuba menyabarkan adiknya.
“Assalamualaikum,” serentak dengan itu kedengaran orang memberi salam dari luar rumah mereka. Rozairul pantas angkat punggung dan berlalu ke pintu utama.
“Lelaki ke tetamu along ni?” Suriya tertanya-tanya sendiri. Nasib baik dia sudah siap sedia dengan tudung di kepala. Duduknya masih statik di meja makan.
“Sila masuk, Amsyar.” Rozairul mempersilakan si tetamu masuk ke dalam rumah. “Kita terus ke meja makanlah. Memang jemputan hari ini untuk dinner,” sambung Rozairul lagi.
Iddin menurut kata-kata Rozairul. Dia melangkah masuk ke ruang makan. Matanya bertembung pandang dengan susuk tubuh yang sedang menunduk. Tiba-tiba kepala perempuan itu terangkat. Mata mereka bertembung.
What?! Dia! Tempik Suriya di dalam hati. Tanpa menunggu lama, Suriya tolak kerusi ke belakang dan bangun. Jelas bunyi kuat saat kaki kerusi berlaga dengan lantai. Panjang langkahnya menghala ke tangga. Nampak saja muka mamat tu, perutnya terasa kenyang tiba-tiba. Dah tak berselera dengan nasi ayam tu. Tapi belum pun dia memijak anak tangga pertama, terasa lengannya ditarik.
“Su, sit down. We need to talk.” Rozairul mengarah.
I agree with you. Yeah! We need to talk. But without him!” Jelas nada marah pada ayat Suriya.
Why? Sampai bila Su nak mengelak?”
“Su tak mengelak. Su tak nak jumpa dia!” Lurus jari telunjuk Suriya terarah kepada Iddin.
Tak nak jumpa aku dengan mengelak tu kan benda yang sama? Hati Iddin menyoal. Dia yang berdiri di tepi meja makan bertindak sebagai penonton tak berbayar. Macam pengadil pertandingan gusti pun ya jugak.
No! Along nak kita selesaikan perkara ni malam ni jugak. Along tak nak ada perkara berbangkit nanti.” Tegas arahan yang Rozairul keluarkan.
“Tak ada apa yang perlu diselesaikan along dan takkan ada perkara berbangkit. Masalahnya sekarang along dan dia. Along yang keluarkan cadangan gila tu, so along sendiri yang kena settlekan masalah ni. Su tak nak masuk campur!” Sama naik Suriya melawan. Sudah nama pun Suriya ni anak bongsu dan degil!
No! You sit down here!” Rozairul menengking. Kesabarannya ada had jugak.
Terhinjut bahu Suriya kerana terkejut. Lambat-lambat dia patuh akan arahan Rozairul. Jarang sekali Rozairul bersikap begitu. Apabila suaranya meninggi begitu maknanya dia sedang marah.
“Kau pun duduk,” Rozairul mengarah Iddin pula. Lelaki itu patuh tanpa banyak soal. Sudah adab dia sebagai tetamu. Takkan nak melawan tuan rumah pula.
Suriya memuncung. Apabila dipaksa memang dia akan begini, muncung tak tinggal punya. Kalah muncung itik!

“NO!” Kuat suara Suriya membangkang. Bergegar meja itu apabila dia tumbuk. Suasana tegang di ruang makan itu.
“Semua no, habis apa yang yes nya?” Garang Rozairul menyoal. Sungguh, dia hilang sabar dengan kerenah adiknya malam ni. Semua cadangan yang dia kemukakan ditolak mentah-mentah.
“Cadangan along semuanya menjerut leher Su, macam mana Su nak jawab yes!” balas Suriya.
Iddin yang hanya memandang tanpa mencelah, terus menjadi pemerhati. Kepalanya sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Sekejap dia pandang muka Rozairul. Sekejap dia pandang muka Suriya. Nasib tak pening kepalanya kerana asyik berpusing aje.
Last choice. Sama ada Su dengan Iddin bertunang atau terus kahwin. Atau pun Su balik duduk dengan mama dan papa di Terengganu. Full stop!”
No!”
Yes!”
“Eh, sabar, sabar. Bawa bertenang. Jangan gaduh-gaduh.” Iddin cuba mententeramkan dua beradik yang hampir-hampir mencakar muka masing-masing. Suriya dan Rozairul pandang muka Iddin serentak. Suriya dengan muka garangnya. Rozairul dengan muka terpinga-pinga. “Err…” Iddin tak tahu nak kata apa.
“Huh!” Dengus Suriya. “Apa bezanya Su nikah atau pun bertunang dengan dia? Sama aje! Pokok pangkalnya Su tetap kena bersama dengan dia. Itu yang along nak kan? So selfish!” Suriya membentak.
Laju kakinya mendaki anak tangga. Rozairul dan Iddin hanya mampu memandang telatah Suriya. Tak ubah seperti kanak-kanak Ribena!
Sorry pasal tadi tu,” Rozairul baru tersedar akan keterlanjurannya. Tak malu betul mereka dua beradik bergaduh depan orang asing.
It’s okey.”
“Kau dah dengarkan perbualan kami tadi? Sorry, aku bukan sengaja nak heret kau masuk ke dalam masalah ni tapi aku bimbang nak tinggalkan Su sorang-sorang kat sini. Bagi aku, ini sajalah peluang untuk aku melebarkan sayap. Ni bukan kali pertama aku dapat tawaran ke sana. Sudah dua kali aku tolak. Kali ni aku rasa nak terima tawaran ni.” Rozairul hela nafas berat. Baru dia terasa. Alangkah teruknya dia kerana telah melibatkan Iddin dalam masalah ni. Sudahlah dia tak terangkan langsung bangun duduk perkara ini terlebih dahulu kepada Iddin.
“Aku sebenarnya bersungguh dengan cadangan aku tadi tu,” tutur Rozairul selepas berdiam diri seketika.
“Err… Cadangan yang mana?” Iddin menyoal. Kepala dia dah serabut semacam. Tulah, asyik sangat tengok orang bergaduh. Akhirnya dengan dia sekali berserabut.
“Cadangan aku nak jodohkan kau dengan Su. Aku tak paksa. Tapi kau fikir dulu. Seboleh mungkin aku nak jawapan positif dari kau. Aku bukan apa. Aku ni jenis yang susah nak percayakan orang. Tapi sekali aku dah percaya, maknanya aku nak orang tu jugak.” Terang Rozairul. Bimbang juga jika Iddin fikir yang bukan-bukan.
“Insya-Allah. Aku akan fikirkan cadangan kau tu. Err… Aku kena gerak dulu ni. Dah lewat sangat ni,”
Iddin pandang jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul 12.00 tengah malam. Agak lama dia berkampung di rumah itu. Sampai sempat menjamu mata dengan perbualan yang hampir-hampir membawa kepada pergaduhan. Malam ini, baru dia nampak bagaimana seorang perempuan yang dia puja, naik angin. Selama ni tak pernah pun dia nampak Anggerik yang begitu.
“Okey. Aku minta maaf sekali lagi pasal kami dua beradik tadi tu.”
“Tak apa, tak apa.” Pertama kali dia lihat Rozairul dan Suriya perang besar. Mereka dah biasa berperang ke? Timbul soalan itu dibenaknya.
Rozairul angkat tangan, membalas bunyi hon dari kereta Iddin. Sebaik saja kereta itu berlalu keluar dari halaman rumah, pantas dia menarik pintu pagar dan dikunci. Matanya memandang ke tingkat atas. Cahaya terang terbias dari tingkat atas. Su, Su. Along dah agak, begini penerimaan Su. Kata hatinya sebelum dia menapak masuk ke dalam rumah.

ARGH!” Suriya menjerit.
Habis alat solek di atas meja dia humban ke tepi. Dia pandang wajahnya pada cermin. Keadaan mukanya tika itu? Jangan cakaplah. Berserabut semacam! Badan dia lontarkan ke atas katil. Tangan menggagau bantal dan sebaik jumpa, dia ramas bantal itu. Bagai sedang melepas geram di hati ke atas bantal itu. Tanpa disedari, air mata mengalir lesu menuruni pipinya.
Setiap bait kata yang Rozairul muntahkan tadi masih terngiang-ngiang di tepi telinganya.

“SU, Amsyar. Tujuan along panggil Su dengan Amsyar adalah kerana ada perkara yang sangat penting along nak beritahu kau orang berdua.” Rozairul berjeda seketika. Dia cuba mengumpul semangat untuk berdepan dengan penerimaan dua insan di hadapannya kini. Penerimaan Suriya paling dia takuti.
“Apa dia?” Suriya menyoal. Matanya kekal memandang dinding. Bagi dia, dinding tu lagi handsome dari pandang mamat beku tu.
“Ini,” Rozairul keluarkan sekeping sampul surat dan dia hulur kepada Suriya.
Laju tangan Suriya menyambar sampul surat itu dari tangan abangnya. PT. MERPATI NUSANTARA AIRLINES. Sebaris nama itu tertulis di sampul surat. Suriya dah rasa semacam semasa baca nama syarikat penerbangan yang sangat terkenal di Indonesia itu. Perlahan-lahan dia tarik isi sampul surat itu. Dan akhirnya terpampang isi surat di depan mata. Satu per satu patah perkataan yang tertera di dada surat dia baca. Kepala didongakkan kembali, mencari sepasang mata milik Rozairul.
So?” Kening Suriya terjongket.
“Along rasa along nak terima tawaran tu. Tapi…” Panjang Rozairul menarik perkataan tapi itu.
“Tapi?”
“Tapi along bimbang nak tinggalkan Su sorang-sorang kat sini,” Rozairul meluahkan rasa bimbangnya.
“Tapi selama ni along tinggalkan Su sorang-sorang okey aje. Kenapa pulak hari ni jadi isu besar pulak?”
“Selama ni along tinggal Su sekejap aje. Tiga empat hari kerja dah balik sini. Paling lama pun seminggu. Tapi kali ni, along kena tinggal kat sana. Mungkin dua bulan sekali baru along balik ke sini.” Terang Rozairul.
“Jadi?”
“Jadi, along nak jodohkan Su dengan Amsyar. Supaya bila along tak ada kat sini, Su ada penjaga. Taklah along risau.” Selamba Rozairul bertutur. Iddin angkat kepala. Matanya turut sama bertentang dengan Rozairul.
What?! No!” Kuat Suriya membangkang.
Why?”
“Apa hal pulak Su kena kahwin dengan dia? Macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni!” Bengang aje suara Suriya.
“Okey, okey. Kalau Su tak nak kahwin, along ada cadangan lain.” Kata Rozairul.
“Apa dia?”
“Su kena balik tinggal dengan mama dan papa,” cadang Rozairul.
“Lagilah Su tak setuju!”
“Habis tu, apa cadangan Su?”
“Su boleh tinggal dengan Nini,” Suriya mencadangkan. Memang itu yang dia fikirkan sejak dulu lagi. Selepas Rozairul pernah tak mahu lepaskan dia kerja di luar kawasan Kajang ni.
“Tak boleh!”
“Kenapa pulak?” tak puas hati aje nada Suriya.
“Sebab kat rumah Nini ada lelaki. Tu abang Nini tu. Mana boleh Su tinggal kat situ. Nanti apa pulak kata orang sekeliling. Tak pasal-pasal kena tangkap basah! Tak boleh, tak boleh.” Bantah Rozairul. Dia sudah berfikir lebih dulu dari adiknya.
Kena tangkap basah? Sampai ke situ along fikir? Suriya terkejut. Jauh begitu Rozairul berfikir. Dia diam. Dia kematian kata. Fikirannya langsung tak dapat fikir apa-apa. Dia buntu.
“Hah, kenapa diam? Along bagi dua pilihan tu aje. Su kena pilih. Keputusan along muktamad!”
No!” bentak Suriya.

BUNYI lagu Sayang nyanyian Shae mengejutkan Suriya. Habis terbang semua angannya. Dia kalih kepala ke kiri. Dia hanya pandang telefon bimbitnya hingga telefon itu senyap sendiri. Hati tak terasa langsung nak angkat panggilan tersebut. Dia tak ada mood nak bercakap dengan orang.
Akhirnya kerana kepenatan dia tertidur hingga ke pagi.


9 ulasan:

  1. Ape sebab Anggerik sampai tak boleh nak terima Amysar ni????

    BalasPadam
  2. anggerik ni degis ego betul la.

    BalasPadam
  3. satunya sebab dlm kepala Anggerik dah set yg Iddin adalah seorang GAY! jadi, mmg awal2 dia menolak.. lg satu pulak, Anggerik ni anti dengan lelaki kerana ayah dia dulu seorang penagih n x bertanggungjawab lgsung... yg dia percaya cuma dgn abgnya, Rozairul..:)

    BalasPadam
  4. penulis tak peka dengan adab sopan orang melayu ye, atau sekarang orang melayu dah hilang adab sopan, contoh watak anggerik menolak jodoh macam iddin tu anak kucing, tak ada harga diri.

    -TAJ-

    BalasPadam
  5. agak keterlaluan gambaran perilaku Anggerik, kesian kat Anggerik. Sy mcm terasa kesedihannya, biarpun tujuan Rozairul baik tp caranya sgt tidak kena pada tptnya.

    BalasPadam
  6. best2... klau kita kena paksa kahwin dngan orang yg kita x suka.. haruslah kita tolak.. Hati dan perasaan bukan nya sama tiap2 orng2.. tapi bagi sya tiada masalah
    nakk lagiiiii

    BalasPadam
  7. sepatutnya Rozairul berbincang dulu dgn Anggerik tanpa kehadiran Iddin, berunding adik-beradik, rasanya itu lebih matang

    BalasPadam
  8. Degilnya Suriya, tp mgkin sbb kisah silam dia menyebbkan dia jd macam ni dan igt Iddin tu "G" hehe. Nampaknya Rozairol kena tingkat kan usaha nak pujuk Suriya. Bg akak tak nampak pula dimana kurang sopanya Suriya, memang patutla dia mengamuk pasal Along dia tak bincang dulu. Caiyok Fieyza...teruskan. Bg akak ok ja deginya Suriya, ada watak perempuan lagi kurang ajar macam ni pernah akak baca ok ja...sbb kisah silamnya.

    BalasPadam
  9. Part nasi ayam tu..perghhhhh TERLIUR Fieyza dipagi Sabtu hari yg sejuk ni :)))

    BalasPadam