“ADIK,
nak masak apa untuk makan malam?” Rozairul bertanya sambil tangan kiri
menggosok mata. Sah baru bangun tidur!
Suriya
panggung kepala. Matanya memandang si abang yang tampak selekeh sekali.
“Kan
tadi adik dah cakap, barang kat dapur dah habis. Nak masak apanya along oi.”
“Okey,
kita keluarlah nanti, cari barang dapur. Selepas tu kita makan kat luar terus,”
putus Rozairul.
“Orait, set!” Girang Suriya menyambut.
Siapa tak suka, tak payahlah dia masak hari ni. Dari pagi sibuk mengadap kerja
aje. Ni baru siap sikit. Banyak lagi yang tak siap. Kadang rasa macam nak
nangis sorang-sorang. Huhuhu…
“Eh,
pagi tadi abang ada jumpa sorang mamat kat masjid,” Rozairul kembali
berkata-kata. Eh, tadi along bukan dah nak masuk bilik dia ke? Suriya garu
kepala yang gatal tiba-tiba.
“Eh,
chop, chop! Bukan along dah cakap ke perkara ni pagi tadi?” Apa motif
along sebenarnya? Pasal perkara ni dia dah cakap pagi tadi, kenapa ulang balik
petang ni? Suriya tertanya-tanya sendiri. Rozairul yang tadinya berhajat mahu
kembali ke bilik sendiri telah menapak masuk ke dalam bilik Suriya. Pintu bilik
dia biarkan ternganga luas-luas. Dia duduk di atas katil Suriya.
“Eh,
along dah cakap ke? Along bukan apa, along nampak dia alim aje tapi anak orang
berada. Kan best kalau dia jadi ahli
keluarga kita,” Suriya pantas pusing kepala pandang Rozairul.
“Jadi
ahli keluarga kita? Maksud along?” Suriya mencerunkan matanya memandang
Rozairul. Terasa sangat ngeri pula. Dia bukan bodoh sampai tak faham maksud
kiasan alongnya ini.
“Hmm…
you know what I mean, right?” Rozairul
balas pandangan adiknya sambil jongket kedua-dua belah kening.
“Huh!”
“What?”
“I don’t want to married yet!” Berangin
nada Suriya.
“La…
Siapa suruh kahwin? Along tak cakap pun macam tu,”
“Tapi
niat along tu ke arah situ kan?” Suriya tekankan suaranya. Entah apa yang
terancang di dalam kepala yang sangat bergeliga milik alongnya, dia sendiri tak
tahu.
“Mana
ada, along cakap kan best kalau dia
jadi ahli keluarga kita. Tak ada niat apa-apa pun,” dengan muka tak bersalah
Rozairul membela diri sendiri. Dia bangun, mahu kembali ke biliknya.
“Tapi…”
“Dah
la. Along nak mandi,” pintas Rozairul laju. Malas dah dia nak dengar adiknya
membebel sedangkan dia sendiri yang mulakan topik ini.
Suriya
pandang belakang Rozairul dengan rasa tak puas hati. Dia berperasangka alongnya
punya muslihat tersembunyi di sebalik ceritanya tentang seorang lelaki yang
langsung Suriya tak kenal. Huh! Curious!
IDDIN
menyanyi kecil sambil menyembur air ke arah kereta Mitsubishi ASX miliknya.
Untuk kegunaan harian, dia memandu kereta itu. Tapi jika untuk tujuan
bersiar-siar, dia akan bawa kereta Porcshe 911 Carera 4S yang tersadai elok di
dalam garaj. Ataupun dia akan guna Mini Cooper S. Kalau terasa bosan, dia akan
pandu Audi R8. Sekali-sekala nak juga dia bertukar angin. Dalam banyak-banyak
kereta, hanya BMW 740i yang dia takkan usik. Itu adalah kereta rasmi kegunaan
Tuan Ikmal.
“Amboi,
sukanya dalam hati. Siap menyanyi lagi,” Mak Yam menegur. Beberapa minit juga
dia berdiri tegak di depan pintu utama, memerhatikan gelagat tuan muda ini mencuci
kereta.
“La…
Mak Yam rupanya. Hati tengah gembira, takkan nak menangis pula,” Iddin kenyit
mata ke arah Mak Yam.
Mak
Yam senang sekali melihat telatah pemilik nama penuh Iddin Amsyar ini gembira.
Dia memang perasan yang sejak akhir-akhir ini, kegembiraan semakin terpancar di
mata Iddin. Balik dari kerja, asyik menyanyi-nyanyi saja. Dulu, sangat susah
mahu melihat anak muda ini menyanyi. Jangan kata menyanyi, nak senyum pun
susah. Sebab itu Mak Yam musykil. Perubahan Iddin seperti didorong oleh
seseorang. Siapa orang itu tidak pula dia tahu. Mak Yam merapati Iddin.
“Kamu
nak sarapan di luar ini atau di dalam?” Mak Yam menyoal. Di luar tu maksudnya
di meja kecil di taman bunga hasil air tangan Mak Yam sendiri. Jika tiada dia,
memang tak akan wujud taman bunga itu.
“Kat
dalam ajelah, Mak Yam. Saya nak mandi dulu lepas ni,”
“Okey.”
Mak Yam sibuk memerhatikan Iddin yang ligat membasuh keretanya. Dan mulut itu masih
lagi menyanyi-nyanyi. “Din, kalau Mak Yam tanya sikit boleh tak?”
“Hmm…
apa dia Mak Yam?” Mulut bertanya tapi tangan masih ligat pada kereta.
“Sejak
akhir-akhir ni, Mak Yam nampak Din happy
sangat. Gembira, menyanyi-nyanyi. Apa yang buat Din rasa happy sangat tu? Tak nak kongsi dengan Mak Yam ke?” Mak Yam
meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.
“Kenapa?
Tak boleh ke?” Iddin jongket kening sambil pandang Mak Yam. Dia saja-saja nak
mengusik sebenarnya.
“Err…
Mak Yam tanya saja. Tak apalah kalau Din tak nak jawab,” serba-salah pula Mak
Yam rasa. Manalah tahu kalau-kalau pertanyaannya mengundang rasa tak selesa
anak majikannya ini.
“Laa…
Mak Yam ni. Saya tak cakap pun tak nak jawab. Baru aje tanya, Mak Yam dah
menggelabah.” Iddin ketawa perlahan. Sambil itu mata Iddin meliar memandang
sekeliling halaman rumah. Manalah tahu kalau-kalau ada mata yang memerhatikan
tingkah mereka berdua.
“Hmm…
Manalah tahu kalau kamu tak suka Mak Yam tanya macam tu,” lembut wanita
pertengahan lima puluhan itu membalas.
Iddin
sudah anggap Mak Yam macam emaknya sendiri. Sejak uminya menyahut panggilan
Ilahi, Mak Yamlah yang membesarkan dia. Banyak jasa wanita itu dalam hidupnya.
Dia punya seorang lelaki bergelar ayah yang dipanggil abi tapi dia langsung tak
pernah merasai nikmat kasih sayang seorang ayah. Mereka tinggal serumah tapi
sebenarnya mereka jauh. Tersangat jauh.
“Mak
Yam nak dengar satu cerita tak?”
“Cerita?
Cerita apa?”
“Pasal
sorang perempuan ni. Nama dia unik sangat. Mak Yam nak tahu apa nama dia?” Mak
Yam yang sedang fokus mahu dengar cerita Iddin pantas menganggukkan kepala.
“Nama dia Anggerik. Masa mula-mula Din dengar nama dia pun Din dah rasa nak
gelak. Mana lagi ada orang guna nama-nama macam tu. Klasik sangat!” sambung
Iddin. Dia ketawa lepas. Dia yang bercerita dan dia juga yang tergelak. Mak Yam
hanya senyum.
“Siapa
dia?” Penuh minat Mak Yam bertanya. Pertama kali selepas bertahun-tahun, bibir
anak muda itu kembali basah dengan nama makhluk bergelar perempuan.
“Dia
pekerja baru kat pejabat Din tapi kan Mak Yam, di mata Din, dia comel sangat.
Kalau suruh buat kerja sikit pasti muka dia tercengang. Ha… dua hari lepas, Din
paksa dia ikut Din pergi jumpa client.
Bad cuti hari tu, jadi Din paksa dia ikut Din dengan alasan jadi peneman Din
aje. Sedangkan Din tahu, itu semua bukan bidang kerja dia.” Iddin berjeda
seketika. Tangan yang tadi laju mengelap kereta juga turut terhenti. Kain
pengelap di tangan dia lipat membentuk lipatan yang lebih kecil. Dia pandang
Mak Yam yang setia mahu mendengar ceritanya. Dia senyum.
“Lepas
tu apa jadi?”
“Mulanya
memang dia protes. Dia berani cakap yang dia tak kata pun nak ikut sebab Din
yang paksa dia. Bila Din ugut nak buat kecoh kat pejabat barulah dia ikut.
Masuk aje dalam kereta, mulut dia dah tayang muncung pandang. Din memang tak
tegur apa-apalah sebab nanti kalau Din tegur takut jadi lagu lain pulak.” Riak
muka Iddin sangat-sangat menggambarkan perasaan tika itu. “Mak Yam, muka dia
comel sangat walaupun sedang marah.” Bersinar mata Iddin tatkala memuji
perempuan yang masih Mak Yam tak tahu asal usulnya lagi.
“Itu
yang buat Din gembira sangat tu?”
Laju
Iddin menganggukkan kepala.
“Din
sudah jatuh cinta?” Tiba-tiba terpacul soalan itu dari bibir Mak Yam.
Cinta?
Sudah bertahun perkataan yang terdiri dari lima perkataan itu tidak muncul di
dalam hidupnya. Sejak dia habis belajar di universiti dulu. Iddin angkat bahu.
Sungguh! Dia memang tak tahu.
“Mak
Yam kan tahu Din ni macam mana, dengan kenangan dulu tu. Ikut hati Din dah tak
nak pandang perempuan lagi tapi…” Iddin berjeda. Hilang senyuman yang tadinya
mekar menguntum di bibirnya.
“Din,
Mak Yam faham perasaan Din. Mak Yam kenal Din sejak Din baby lagi. Mak Yam tahu kenangan lama itu. Dan Mak Yam tahu, Din
tak nak ulang lagi kenangan itu. Tapi, siapa kita nak menidakkan fitrah Allah?
Setiap yang bernyawa di bumi Allah ini inginkan pasangan. Kerana Allah mencipta
kita saling berpasangan. Jangan hanya kerana peristiwa dulu, Din tutup pintu
hati untuk seorang insan yang tak pernah tahu apa-apa tentang kenangan silam
Din.” Mak Yam usap bahu Iddin bagai seorang ibu sedang memujuk anak kecil yang
sedang menangis.
“Din,
berilah peluang untuk diri Din sendiri kenal dan nikmati rasa bahagia. Jangan
terus-terusan seksa diri begini.” Ujar Mak Yam lagi.
“Tapi,
patut ke Din bagi tahu dia pasal kenangan dulu?”
“Din,
pertama sekali Din kena faham perasaan Din tu. Din tanya hati Din. Betul ke Din
cintakan dia? Sungguh ke perasaan tu. Ataupun hanya sekadar rasa suka-suka
sahaja. Din tanya Mak Yam, tapi Mak Yam tak boleh bagi apa-apa jawapan. Bukan
Mak Yam yang rasa semua perasaan tu. Din yang rasa.” Ujar Mak Yam. “Selepas Din
dah faham hati Din, Din tahu apa yang hati Din inginkan barulah Din mulakan
satu demi satu langkah. Ingat, jangan gelojoh. Kaum Hawa tak suka seorang
lelaki yang gelojoh dan pengongkong. Mereka nak juga rasa bebas.” Sambung Mak
Yam.
Iddin
diam. Otaknya sedang mencerna setiap bait kata pembantu rumah yang sudah
dianggap lebih daripada saudara sendiri. Yang berlegar di dalam kepalanya
adalah perkataan CINTA. Mak Yam menyuruh dia tanya hatinya. Dia… Dia tak tahu.
“Fikirlah
ya. Nanti masuk sarapan kat dalam ye,”
Mak Yam tepuk bahu Iddin perlahan sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Iddin
hanya memandang langkah Mak Yam. Kepalanya masih ligat berputar, memikirkan
setiap nasihat Mak Yam.
SURIYA
mengikut langkah Rozairul melewati satu demi satu kedai makan. Entah kedai yang
mana mereka nak berhenti makan pun dia tak tahu.
“Along,
nak makan kat mana ni?” Akhirnya Suriya menyoal.
Perut
lapar, kaki lenguh. Aduh! KFC dah lepas. Pizza Hut pun dah terlepas ke
belakang. Perut Suriya berkeriuk sekali lagi. Pantas tangannya menekup perut.
“Entah.”
“Along!
Adik dah lapar ni. Tolonglah!” Suara Suriya meninggi. Melawan sama bunyi bingit
lagu yang dipasang oleh pihak pusat membeli-belah. Entah lagu apa entah. Makin
berserabut kepala aku yang tukang dengar ni. Desis hati Suriya.
“Hmm…
Along tak tahu nak makan apa,” selamba Rozairul menjawab. Langsung tak hiraukan
perut Suriya yang dah bergendang semacam ni.
“Ah!”
Berangin Suriya mendengar jawapan Rozairul. Nampak saja papan tanda Marrybrown,
pantas dia tarik tangan Rozairul. Ah, tak kiralah along nak cakap apa pun. Yang
penting perut aku tersangatlah lapar sekarang ni.
“Along
duduk! Jangan suka-suka hati nak pergi mana-mana.” Suriya mengeluarkan arahan
kepada abangnya. Suriya beratur di kaunter.
Telefon
pintar jenama iPhone 4S yang bergetar di dalam poket seluar dia bawa keluar. MAMA.
Itu sebaris nama yang terpampang diskrin telefon. Lantas dia layangkan ibu jari
ke atas skrin telefon pintar itu.
“Assalamualaikum,
ma.” Sapa Rozairul memulakan bicara.
“Wa’alaikumussalam
Wan. Kamu kat mana ni? Kenapa bising aje mama dengar ni?” Suara di hujung
talian milik Puan Jamilah pantas menyoal.
“Oh, ni. Wan ada kat shopping complex ni. Adik ajak makan.”
“Mama
apa khabar? Papa mana?”
“Mama
dan papa sihat walafiat. Papa ada kat laman tu. Entah apa yang dikerjakan pun mama
tak tahu. Kamu sihat?”
“Sihat,
alhamdulillah.”
“Adik
mana Wan?”
“Adik
tengah beratur kat kaunter, ma.” Balas Rozairul sambil pandang belakang adiknya
yang sedang beratur.
“Hmm…
Wan, bila nak balik sini?” Soalan Puan Jamilah buat Rozairul bisu sekejap.
Bukan
Wan tak nak balik, ma. Tapi adik… Bisik hati kecil Rozairul. Hati kecilnya
memang rindukan kampung halaman yang satu itu. Banyak kenangan zaman kecil di
sana. Ada pahit, manis, masam, masin dan payau. Semuanya bergabung menjadi
satu. Mencipta dia pada hari ini.
“Wan,”
apabila hujung talian senyap tak berbunyi, lantas Puan Jamilah memanggil nama
anak bujangnya.
“Ya,
ma.” Gugup Rozairul membalas. Habis terbang segala yang dia angankan tadi.
“Bila
Wan dan Su nak balik sini?” Puan Jamilah ulang kembali soalannya yang belum
dijawab oleh Rozairul.
“Wan
kena tanya adik dulu. Oh ya, adik dah dapat kerja, ma.” Beritahu Rozairul.
Hampir-hampir dia terlupa nak maklumkan perkara baik tersebut.
“Ye ke? Kat mana?”
“Di
Shah Alam. Adik baru lagi mula kerja.”
“Wan,
dua minggu lagi kak long nak buat majlis cukur jambul untuk anak ketiganya.
Mama harap Wan dan Su dapat balik,” beritahu Puan Jamilah.
“Hari
apa, ma?”
“Jumaat,”
“Oh.”
Kepala Rozairul ligat berfikir tentang jadual kerjanya. Dia ingat-ingat lupa
pasal jadual tu. Entah dia bertugas atau tidak waktu tu. “Ma, Wan confirm balik dengan mama lepas ni. Wan
lupa nak tengok jadual bertugas. Manalah tahu kalau-kalau masa tu Wan kerja.”
“Tak
apa. Kalau Su balik sorang pun tak apa. Mama cuma nak anak mama ada sama,” sayu
suara Puan Jamilah.
“Insya-Allah,
nanti Wan bagi tahu adik. Kalau tak terikat dengan jadual, Wan pun nak turut
serta.” Rozairul menyatakan kesungguhannya.
“Hmm…
nanti kirim salam sayang mama kat Su ya, assalamualaikum.”
“Insya-Allah,
wa’alaikumussalam.”
Rozairul
tenung skrin telefon yang sudah gelap. Perasaan serba-salah semakin membanjiri
hati. Kesian mama.
“Ha…
bergayut dengan siapa tadi?” Suriya yang tiba-tiba muncul terus menyergah
Rozairul. Tersentak si abang.
“Mama.”
Tangan Suriya berhenti menghulurkan piring berisi set burger kepada Rozairul.
Sempat Rozairul sambut piring itu sebelum jatuh ke lantai.
“Mama
kirim salam kat adik,” ujar Rozairul lagi. Dan Suriya kaku tak berganjak.
Best.... #^_^
BalasPadambest2
BalasPadamnurAtiza n ruuna qizbal; tqsm dear krn sudi baca n komen...:)
BalasPadamBEST...baru sempat baca...tak sabar nak tunggu bab 10 macm pendek ja fieyza hehehe
BalasPadamur welcome dear... oh, lupa nak mention.. setiap bab utk e-novel ni mmg pendek.. dlm 6-8 ms saja utk setiap bab.. tq dear sbb baca, setia menunggu bab 10.. hehehe ^_^
BalasPadam