“ADIK,
adik.” Rozairul tepuk lengan Suriya.
“Hah?”
Terkapai-kapai Suriya. Bagai orang yang baru terjaga dari tidur.
“Duduk
dulu,” suruh Rozairul.
Dan
Suriya duduk. Mereka masing-masing diam seketika. Rozairul faham. Adiknya
sekarang ini sedang berperang dengan perasaan sendiri. Perut Suriya yang
tadinya berkeroncong hebat, sekarang sudah tak terasa lagi. Bagai lenyap dibawa
pergi oleh berita yang Rozairul sampaikan. Perutnya tiba-tiba kenyang!
Rozairul
gigit sedikit burger yang Suriya
belikan untuknya. Dia pandang pinggan Suriya yang berisi set nasi ayam. Hanya
terusik sedikit sahaja. Tadi bukan main lapar lagi. Sampai cara bercakap macam
nak makan orang! Tiba-tiba Suriya berdiri. Tercengang Rozairul. Apa kes pulak
ni?
“Su
nak pergi mana?”
“Su
nak balik!” Mendatar dan tanpa nada suara itu bertutur.
Tanpa
pamitan, Suriya terus melangkah meninggalkan Rozairul. Terkejar-kejar Rozairul
mengejar langkah Suriya. Tingkah adiknya ni memang tak boleh dijangka. Berubah mendadak
kerana sebaris nama MAMA.
“Kenapa
ni?” Rozairul bertanya sejurus mereka berada di dalam kereta.
Enjin
dihidupkan tapi kereta tak berganjak dari tempat parkir. Dia bertanya seperti
tak tahu jawapan Suriya. Suriya kekal membisukan diri. Along ni, tanya macam
tak tahu pulak. Dengus Suriya di dalam hati.
“Sampai
bila Su nak macam ni? Mama tak pernah salah.”
“Habis,
siapa yang salah? Su?” Laju mulut Suriya membalas. Kalau ikut hati, dia nak
bertempik ketika itu.
Rozairul
hela nafas perlahan. “Mama berniat baik. Mama nak kita kenal ibu kandung kita.”
“Lepas
apa yang dia dah buat kat kita dulu? No!
Su tak boleh terima dia!” Suriya tekup kedua-dua belah telinga dengan tangan.
Dia tak nak dengar!
Rozairul
mengeluh sambil menggelengkan kepala. Tanpa menunggu lama, Rozairul masukkan gear dan mula berlalu dari petak parkir
itu. Berlama di situ pun bukan dia dapat apa. Suriya tetap keraskan hati
PUAN
Jamilah merenung lama telefon yang telah bisu itu. Dia sudah buntu. Tak tahu
cara bagaimana lagi yang boleh diguna pakai untuk memujuk dua anak angkatnya
itu. Si abang tak ada masalah sangat. Tapi si adik yang tak makan pujuk. Sudah
berkali-kali dia pujuk. Namun, semuanya tak jalan. Kerana peristiwa lama,
Suriya tak bertegur sapa dengannya.
“Amboi,
ralitnya tenung telefon tu. Awak baru sudah bergayut dengan pakwe mana?” Sergahan satu suara dari
belakang mengejutkan Puan Jamilah. Sampai terhinjut bahunya.
“Abang
ni. Tak boleh ke tegur elok-elok? Terperanjat saya.”
“Saya
tengok awak asyik sangat tenung telefon tu, sebab tu saya tegur. Awak ingatkan
siapa? Awak telefon siapa tadi?” Encik Razak kembali mengulang soalannya. Dia
labuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan TV. Melepaskan lelah seketika
di situ. Kipas yang sedang berputar di atas kepala bagai tak terasa apa.
“Saya
telefon Wan tadi. Bagi tahu dia pasal majlis anak kak long tu,” Puan Jamilah
labuhkan punggung di sebelah suaminya. Dia mengeluh di akhir ayatnya.
“Dia
nak balik?”
Puan
Jamilah menggelengkan kepala penuh kehampaan. “Wan cakap nak tengok jadual dia
dulu. Takut masa tu dia kena terbang,” suara Puan Jamilah lemah sekali.
“Tak
apalah. Biar marah Su reda dulu. Dia masih marah kat kita tu,” Encik Razak cuba
mententeramkan perasaan isterinya. Dia gosok perlahan belakang isterinya. “Dari
awal lagi abang sudah pesan, awak janganlah berharap sangat. Kita tahu marah Su
belum surut lagi,” ujar Encik Razak lagi.
“Tapi
saya rindukan Su.” Luah Puan Jamilah. Air matanya hampir-hampir menitis di
tubir mata.
“Abang
tahu, abang pun rindukan dia. Tapi, apa boleh buat. Kita kena banyakkan sabar,
banyak berdoa.” Pujuk Encik Razak. Melihat muka isterinya yang mendung, pantas
dia bersuara. “Hei, kenapa menangis pulak ni? Dah-dah, tak payah nak fikir
sangat. Insya-Allah satu hari nanti dia akan terima semuanya dengan baik.” Encik
Jamilah memeluk bahu isterinya.
Puan
Jamilah kesat air mata yang mengalir membasahi pipi. Tiap kali berasa sedih
dengan Suriya, hanya kata-kata itu yang dapat Encik Razak hidangkan kepada
isterinya supaya tidak terus berasa sedih.
“Ma,
kenapa ni?” Rabiatul, anak bongsu Puan Jamilah yang baru balik dari kerja
tiba-tiba menegur mamanya.
“Tak
ada apa-apalah. Mama aje yang tetiba sedih.” Jawab Encik Jamilah bagi pihak
isterinya.
“Ke
papa ada usik mama ni?” Serkap Rabiatul.
“Eh,
apa papa pulak. Adik ni suka-suka aje tuduh papa. Dahlah, papa nak mandi,”
Encik Razak bangun dan berlalu ke biliknya.
SURIYA
kelam-kabut sekali. Mana lagi nak siapkan sarapan, nak tunggu Pak Mail lagi.
Walaupun biasanya Rozairul yang akan hantar dia ke tempat kerja jika ada di
darat. Tapi hari ni dia tak nak susahkan alongnya. Biarlah dia berdikari
sendiri. Yang paling penting dia terlewat bangun hari ni! Adoi!
“Along,
Su dah siap buatkan air Nescafe untuk along. Sarapan hari ni Su sempat buat
roti bakar aje, kalau rajin along cari makanan kat kedailah ye.” Pesan Suriya sebaik ternampak
kelibat Rozairul menuruni tangga. Dia menggelengkan kepala melihat telatah
adiknya yang sangat kelam-kabut pagi itu.
Suriya
mendapatkan beg tangan dan beg kerjanya. Serentak dengan itu bunyi hon kereta
kedengaran dari luar rumah. Pak Mail dah sampai, ujar hatinya. Segera dia salam
dan cium tangan Rozairul sebelum keluar ke pintu pagar. Tapi, langkah kakinya
semakin perlahan apabila melihat bukan sebuah teksi milik Pak Mail yang
menunggunya pagi itu. Sebuah kereta Mini Cooper S tersadai elok di depan pintu
pagar.
Siapa
pulak ni? Suriya sudah berkira-kira mahu masuk kembali ke dalam rumah. Mahu
meminta pertolongan Rozairul menghantarnya ke tempat kerja. Namun, langkah
kakinya mati apabila hon kereta itu berbunyi sekali lagi. Cermin di bahagian
penumpang diturunkan sedikit.
“Anggerik,”
Suriya
kembali menoleh memandang kereta warna biru itu. Suara itu! Dia kenal suara
itu. Dan panggilan nama itu. Anggerik! Tiada orang lain lagi.
“Masuk.”
Arah lelaki itu. Suriya teragak-agak. Tak tahu sama ada dia patut masuk atau
tidak. Kepala kembali tertoleh ke arah pintu rumah yang sudah tertutup rapat.
Nak naik dengan bos sendiri atau minta tolong dengan Rozairul? Kalau Rozairul
tahu ni, pasti kena ceramah panjang! “Tunggu apa lagi tu? Cepatlah!” Gesaan Iddin
mematikan lamunan Suriya.
Dalam
kata terpaksa, Suriya ikut juga arahan bos besarnya ini. Dan kereta buatan
Britain itu terus meluncur laju di atas jalan raya.
Tanpa
Suriya sedari, Rozairul asyik sekali memerhatikan gelagat Suriya dan pemilik
kereta biru itu. Hatinya sebagai abang terbakar. Adik yang selama ini dikawal
rapi, dijaga batas pergaulan sudah berani keluar dengan lelaki hari ni. Sejak
diberi kebebasan bekerja, Suriya semakin panjang kaki. Adik, along kawal adik
bersebab. Along tak nak adik jadi macam ibu. Adik tak ingat ke peristiwa lama?
Hati Rozairul berkata-kata.
DI DALAM
kereta comel itu, mereka mengambil langkah berdiam diri. Iddin dengan tumpuan
ke atas jalan raya, Suriya dengan berpeluk tubuhnya. Dia nak tunjuk tanda tak
puas hati dan mahukan penjelasan tapi Iddin sikit pun tak layan. Bukan mereka
tak ada modal untuk berborak, tapi Suriya sibuk menunjukkan tanda protes. Dalam
kepala Suriya penuh dengan persoalan yang memerlukan jawapan.
“Ehem,”
mamat sebelah Suriya tiba-tiba berdehem. Suriya buat-buat tak dengar. “Awak ni
kenapa?” Iddin jeling Suriya. Dia berdehem, tak ada yang nak layan!
“Kenapa
apa?” Laju mulut kecil itu menjawab!
“Senyap
aje,”
Eh,
memang selama ni aku tak mesra dengan dia. Dia yang dingin macam ais tu boleh
pulak tanya aku kenapa senyap? Dia yang mulakan dulu, apa kes pulak tanya aku
macam tu? Huh!
“Dia
bukan pernah bercakap mesra-mesra dengan aku pun.” Bisik Suriya perlahan, lebih
kepada dirinya sendiri.
“Apa
awak cakap?”
“Saya
cakap apa pulak, mana ada saya cakap apa-apa.” Dalih Suriya. Alamak! Macam mana
dia dengar pulak ni? Mati aku!
“Hurm…” Iddin curious. Aku belum pekak lagi okey, aku dengar setiap patah kata
dia tadi. Hatinya berkata.
“Alamak!”
Suara Suriya yang mendadak mengejutkan Iddin.
“Kenapa?”
Iddin toleh pandang Suriya.
“Jalan
dah jam!” Keluh Suriya sambil pandang
jam di tangan. Dah lewat ni!
“Biasalah
waktu-waktu macam ni,” selamba Iddin membalas.
Dia
memanglah tak apa masuk pejabat lewat. Tak masuk pun tak apa. Tapi aku ni kuli
aje. Adoi! Mata Suriya sudah melilau memandang ke kiri dan kanan jalan raya.
“Awak
ni kenapa? Gelisah semacam,” Iddin pandang Suriya tak ubah seperti kera kena
belacan.
“Sampai
bila nak terperangkap dalam traffic jammed ni? Saya dah lewat.” Buat-buat
tanya pulak!
“Kalau
awak lewat, saya pun lewat jugak. Kita sama-sama ada dalam kereta ni. Tak payah
risaulah. I’m your boss. Remember that.”
Selamba lagi Iddin menjawab.
Aduh!
Macam manalah aku boleh lupa. Kerana kelam-kabut, Suriya terlupa dengan siapa
dia berada ketika itu. Spontan dia tepuk dahi. Macam manalah aku boleh lupa
siapa orang sebelah ni.
Sejam
lebih mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Pemandangan biasa di
ibu kota besar. Shah Alam kan ibu negeri Selangor. Sejurus kereta Iddin
berhenti di petak parkir bawah tanah, Suriya pantas mahu meloloskan diri dari
perut kereta.
“Eh,
sabarlah.” Iddin berlari anak mengejar langkah Suriya.
Dia
cuba paut lengan Suriya tapi sempat ditepis wanita itu. Kali kedua dia buat
begitu selepas kes diajak jumpa client
tempoh hari. Mencerlung mata Suriya pandang Iddin. Ah, tak kiralah kau bos aku
ke rakan sekerja ke, ada aku kisah. Jangan suka-suka nak ambik kesempatan!
Dengus Suriya di dalam hati.
“Err…
kita jalan sekalilah. Nanti kalau orang tanya, awak cakaplah awak pergi jumpa client dengan saya,” Iddin mengajar
Suriya menipu.
“Encik
ajar saya berbohong?” Langkah kaki Suriya terhenti mendadak.
“Bukanlah
macam tu. Tipu sunat aje. Ataupun awak nak berterus-terang tentang perkara
sebenar apabila orang tanya? Boleh, dipersilakan. Tapi… awak kena terima
sebabnya nanti. Dan jangan marahkan saya jika tersebar kencang gosip kita
bercinta.” Iddin selamba memberikan peringatan. Dia kembali dingin seperti
sebelum-sebelum ni. Menonong dia berjalan mendahului Suriya.
Dia
ni memang suka buat aku sakit hati! Suriya terasa nak hempuk aje kepala mamat
ni. Kalau tak kerana pangkat yang lebih tinggi, memang dah lama beg tangannya
sampai ke kepala Iddin! Sedar atau tak. Cara Iddin ni memaksa Suriya ikut
cakapnya. Memaksa dalam diam. Huh!
Melangkah
masuk ke dalam ruang pejabat, berpasang-pasang mata asyik memandang ke arah
mereka. Apa main pandang-pandang ni? Tak pernah tengok orang ke? Suriya tak
sukakan cara semua rakan sekerja pandang dia. Macamlah dia ada buat salah besar.
Dia kegelisahan.
“Ehem…
Dari mana ni Su, Encik Iddin?” Berani sungguh Kak Ani bertanya. Suriya bulatkan
mata ke arah Noraini. Ni soalan perangkap ni! Pandai betul Noraini buat muka
bodoh. Grr… geramnya hati!
“Erm…
saya dengan Suriya pergi jumpa client
pagi tadi.” Iddin menjawab sambil pandang wajah Suriya. Suriya pulak dah tak
tahu nak letak kat mana muka tu. Dia pandang aku buat apa!
“Saya
masuk bilik dulu kak,” ujar Iddin dan berlalu ke biliknya. Manakala Suriya
cepat-cepat menapak ke mejanya. Malas dia nak main mata dengan Noraini. Bukan
dia tak tahu. Ada makna pandangan mata Noraini tu.
Noraini
angkat dua batang jari dan tunjuk kepada Suriya. Penuh makna! Suriya pulak
tayang muka pelik. Apa entah Kak Ani ni!
bestnyaaaa smbng lgi♥
BalasPadamIddin dh bekenan 2 anggerik.jgn jual mahal2 tau.calon suami misali 2.
BalasPadamruunna qizbal; tq dear.. tunggu sambungannya ye..:D
BalasPadamlin ms; Iddin dah lama simpan perasaan kat Suriya. tapi malangnya Suriya buat bodoh aje. tak apa, kita tengok macam mana mereka nanti.:)
fieyza buat akak teruja pula nak tau kisah silam mereka ni...ohoooo abis la anggerik tu Rozairol dah nampak lepas ni kena dengar ceramah panjang la........hehehe... amboi si Iddin ni pandai-pandai ja ya p ambik suriya huhuhu
BalasPadamfieyza nak lagi..............
alongnani
hahahaha.... mmg kena basuh pun! Iddin suka2 hati aje datang ambil Suriya, tak cakap dulu.. tp pandai jugak dia.. kalau dia cakap dulu, sah2 Suriya keluar lagi awal dr tu.. hehehe
BalasPadamtunggu n3 baru nanti... sy akan mention nama akak ye..:))