“EHEM!”
Suriya pantas angkat muka. Matanya bertembung dengan Noraini. Ni mesti nak
korek pasal pagi tadi. Ah, malaslah nak layan. Suriya buat muka bodoh. Dia
pandang kembali skrin komputer. Konon-konon sedang sibuk buat kerja.
“Amboi,
buat-buat sibuk pulak kau ni ye. Saja
nak mengelaklah tu.” Noraini letak tangan di atas meja Suriya. Tau tak apa,
sahut hati Suriya.
“Su!”
panggil Noraini apabila Suriya tak endahkan kata-katanya.
“Apa
Kak Ani ni? Su banyak kerjalah.”
“Orang
lain pun banyak kerja jugak. Kak Ani pun banyak kerja jugak. Tapi takkanlah tak
nak keluar makan tengah hari,”
Tengah
hari? Suriya pantas pandang ke bahagian bawah skrin PC nya. Sudah pukul 1.00
lebih. Macam mana tak perasan ni. Suriya tarik laci meja dan mengeluarkan
dompet.
“Sorry Kak Ani, tak perasanlah. Kak Ani
tapaukan saya nasi ayam ye, saya
malas nak keluar hari ni.” Suriya hulur duit kertas warna merah kepada Noraini.
“Hmm…
pertolongan ni akak nak caj upah ye,”
Noraini kenyit mata.
“Upah?
Berapa akak nak?”
“Eh,
eh. Bukan duit yang akak maksudkan. Su hutang dua cerita dengan akak, so balik nanti, nak tak nak Su kena
ceritakan kat akak. Tak ada alasan nak mengelak lagi. Wajib!” Jelas Noraini.
Mencicip dia berlari anak mendapatkan rakan sekerja yang lain.
Kak
Ani suka mendera aku! Huh! Suriya mendengus. Paling tak suka kena paksa macam
ni.
TENGAH
hari itu, Suriya hanya membancuh air Milo. Sempat dia termenung sementara menanti
makanan tengah hari sampai. Fikirannya berputar ke arah gelagat Iddin sejak
akhir-akhir ini. Selepas menumpangkan dia balik malam itu, diikuti dengan
paksaan berjumpa client dan pagi
tadi. Iddin datang menjemputnya di rumah. Apa makna semua ni?
“Pelik,
memang pelik.” Suriya bercakap sendirian.
“Haip. Apa hal cakap sorang-sorang ni?”
Noraini yang tiba-tiba muncul, terus tegur Suriya. Bungkusan berisi nasi ayam
dia letak di atas meja, berhadapan dengan Suriya.
Terkejut
Suriya dengan sergahan Noraini. Nasib baik tak tersembur air dari mulut Suriya.
Suriya pandang makcik mulut kepoh kat
depan dia yang sedang jongket kening, tanda mahukan jawapan.
“Tak
ada apa-apalah kak, tak penting pun.” Balas Suriya. Dia bangun mendapatkan
mangkuk kecil. Nak letak sup nasi ayam.
“Su,
cepatlah.”
“Cepat
nak pergi ke mana?” Suriya buat-buat tak faham. Sedangkan dia dah agak, akan
terkeluar juga soalan itu dari mulut kecoh Noraini.
“Eh,
eh. Buat-buat lupa pulak. Su berhutang dua cerita dengan akak.” Dua batang jari
Noraini naik bermaksud dua cerita yang dia sebutkan itu.
Suriya
membisukan diri. Berpura-pura sedang sibuk menjamu selera. Perut tengah lapar.
Wajib isi perut dahulu. Soalan Noraini tu tak wajib jawab pun.
“Su,
cepatlah cerita.” Melihat Suriya terus menyudu nasi ke dalam mulut tanpa
menghiraukannya, Noraini merengek.
“Nak
cerita apa Kak Ani? Tak ada yang menarik pun,” balas Suriya sambil terus
menyudu nasi ke dalam mulut.
“Ala…
biarlah tak menarik. Yang penting akak nak dengar,” Noraini terus merayu.
Kedua-dua keningnya terjongket sama membalas pandangan Suriya.
“Hmm…
akak nak dengar yang mana satu?” Akhirnya, selepas bermain tarik tali, Suriya
bersetuju juga. Letih dia tadah telinga dengar Noraini merengek. Meremang bulu
roma pun ya juga. Suriya teguk Milo sekali sebelum membuka mulut.
“Yang
minggu lepas tu, tak ada apalah. Encik Iddin ajak Su pergi jumpa client. Hari tu Bad cuti. Jadinya
terpaksalah Su ikut. Encik Iddin cakap projek tu Su yang akan urus.” Lebih baik
dia ceritakan yang ini sahaja. Tak payah nak berpanjang lebar cerita satu demi
satu. Nanti apalah pula kata Noraini.
“Projek
tentang apa?”
“Sistem
perumahan atas talian. Untuk syarikat Mewah Padu Holdings. Akak pernah dengar
ke pasal syarikat ni?”
“Mewah
Padu? Syarikat besar tu. Eh, tapi biasanya Encik Iddin akan pass projek besar kat Maria atau Huzair.
Kenapa kali ni Su yang kena handle?”
Dahi Noraini berlapis, lagaknya seperti sedang memikirkan masalah besar.
“Itu
saya tak tahu. Tapi rasanya Maria ada satu projek besar dengan Muslimah Anggun.
Kedai atas talian terbesar kat Malaysia tu. Huzair pulak sibuk dengan projek
syarikat perumahan jugak. Yang dekat Semenyih tu. Entah apa nama syarikat Su
tak tahu pulak.” Baki nasi terakhir dia sudu masuk ke dalam mulut. “Tapi… saya
pun ada projek yang tengah handle
dalam tangan ni. Aduh! Hari-harilah balik lewat macam ni.” Suriya mengeluh. Dia
bangun dan berlalu ke arah singki. Peralatan pantri yang baru digunakan tadi
dia cuci bersih-bersih.
“Kira
rezeki Su lah tu. Dapat projek dari syarikat besar masyuk tau!” Sahut Noraini sambil senyum lebar.
“Masyuk tu masyuk la jugak tapi letihlah Kak Ani. Sekarang pun saya dah rasa
kurang rehat. Saya rindu nak macam dulu-dulu. Bebas tidur lama-lama.” Suriya
meluahkan rasa hati. Dia mengeluh perlahan.
“Kesian
adik akak ni. Okey, stop cerita tu. So, kes pagi tadi macam mana pulak?”
Noraini mengalihkan topik perbualan.
Allah!
Ingat juga makcik ni. Ingatkan bila
aku dah beralih topik, siap cerita pasal rehat yang tak cukup ni, makcik ni lupalah cerita pagi tadi. Isy!
“Cerita
apa?”
“Ha…
nak mengelak lagilah tu! No! Jangan
cuba-cuba nak tukar topik. Ceritalah, akak nak dengar.” Keluar sudah Noraini
versi yang suka merayu-rayu.
“Perlu
ke?” Suriya pandang wajah mengharap Noraini.
“Wajib!”
Bersemangat suara Noraini.
“Yalah,
yalah. Su pun tak tahu nak cerita macam mana dengan akak pasal yang pagi tadi
tu. Masa tu Su tunggu Pak Mail datang ambik Su. Dengar saja bunyi hon, Su apa
lagi, kelam-kabutlah keluar dari rumah. Su dah lewat sangat masa tu. Sampai
depan pintu pagar, Su tengok kereta lain yang tercongok depan pagar. Bukannya teksi
Pak Mail. Jadi, asalnya Su nak masuk balik dalam rumah. Along Su ada kat rumah,
ingatkan nak mintak tolong dia aje. Tapi, bila bos besar akak tu tekan hon
sekali lagi, nak tak nak terpaksalah saya naik kereta dia. Siap paksa-paksa
lagi.” Dia mendengus di hujung ayatnya.
Melopong
mulut Noraini mendengar cerita Suriya. Pertama kali pekerja perempuan di
pejabat itu menerima pelawaan Encik Iddin. Terasa dunia berhenti berputar untuk
beberapa saat.
“Akak!”
Panggil Suriya sambil tepuk bahu Noraini.
“Hah?
Apa dia?” Terpinga-pinga Noraini di situ.
“Akak
ni kenapa? Akak suruh saya cerita, saya dah cerita. Tapi akak macam mengelamun
panjang aje, akak dengar ke tak cerita Su?”
“Akak
dengar,” pendek balasan Noraini.
“So?”
“Su
tahu tak, Su ni pekerja perempuan pertama yang datang ke pejabat dijemput oleh
Encik Iddin tau. Alahai, bertuahnya badan.” Noraini senyum meleret.
Pekerja
perempuan pertama yang datang dengan pakcik
ais tu? Suriya cuak.
“Betul
ke akak ni?” Suriya gusar. Manalah tahu kalau-kalau Noraini saja nak kenakan
dia.
“Apa
pulak tak betulnya. Su ingatkan yang akak pernah cakap orang cop Encik Iddin tu
gay,”
Suriya
anggukkan kepala. “Ada. Tapi saya tak pernah nampak pun dia keluar dengan
lelaki,” Suriya musykil juga. Cerita Noraini seperti tak sama dengan apa yang
dia lihat. Kalau keluar dengan lelaki pun dia keluar dengan Badrul. Tapi Badrul
tu dah kahwin. Takkanlah Badrul masih buat perkara terkutuk macam tu lepas dah
kahwin. Suriya berfikir-fikir.
“Sekarang
pun akak dah jarang nampak dia keluar dengan lelaki. Orang cakap sepupu dia si
Shahrul tu la pasangan dia. Dulu selalu sangat nampak berkepit,”
“Shahrul?”
“Yang
berselisih dengan Su kat depan pintu bilik Encik Iddin tu. Alah, masa hari
pertama Su kerja kat sini tu.” Ujar Noraini lagi.
Masa
hari pertama? Aku ada berselisih dengan siapa-siapa ke? Suriya bingung sekejap.
“Ada
ke kak?”
“Ada.
Takkan dah lupa kut,”
“Aiseh! Memang dah lupalah kak. Ah,
abaikan aje. Kak, tak nak sambung kerja ke? Waktu rehat dah nak habis ni.”
“Haah
la. Lupa terus bila dah bersembang,”
Mereka
beriringan keluar dari ruang pantri itu menuju ke meja masing-masing. Tanpa
mereka berdua sedari, ada seseorang sedang memasang telinga, mendengar setiap
patah kata yang Noraini dan Suriya bualkan. Gay?
Sudah banyak kali dia mendengar bisik-bisik orang menggelarkannya begitu. Sudah
kalih benar. Kebenarannya hanya dia sahaja yang tahu.
“EHEM.”
Suriya
terkejut. Pantas kepalanya berpusing ke belakang. Oh, tuan besar. Suriya tak
tahu sama ada nak senyum atau tidak.
“Awak
balik dengan apa?”
“Kapal
terbang,” selamba Suriya membalas. Dah nampak dia tercongok kat perhentian
teksi, takkan tengah tunggu LRT pulak!
Kapal
terbang? Mata Iddin tajam memandang Suriya yang sedang buat-buat bodoh. Minah
ni bergurau ke sedang buat lawak bodoh?
“Oh,
saya tak tahu pulak kapal terbang pun landing
kat sini. Dah lama ke perhentian teksi ni jadi airport?” Iddin menyindir sinis!
“Dah
tahu perhentian teksi, kenapa tanya lagi?” Bisik Suriya perlahan.
“What?” Iddin seperti terdengar Suriya
mengatakan sesuatu.
“Apa,
apa encik? Saya tak kata apa pun,” pantas Suriya berdalih.
“Jomlah
saya hantar awak balik.” Pelawa Iddin.
“Terima
kasih sajalah encik,” Suriya bangun dari duduknya. Dia sudah terpandangkan
kereta abangnya menghampiri mereka. “Abang saya dah sampai. Saya minta diri
dulu, assalamualaikum.” Suriya terus masuk ke dalam perut kereta Rozairul sebaik
saja kereta itu berhenti di hadapannya.
Iddin
hanya pandang kosong kereta Nissan Latio yang semakin menjauh. Iddin
menundukkan kepala. Hampa. Melepas…
hehehe..kak noraini yg menceriakan suasana dah macam interner bergerak pun ada hahaha....BEST la kak noraini ni.....yg terdengar mereka bualkan tu mesti si iddin kan? melepas iddin nak hantar suriya kecewanya huhuhu...lepas ni habis la suriya mesti kena serangan peluru berpandu dari rozairol haha
BalasPadamfieyza BEST next bab :))
Hahaha... Gelagat kak noraini, menceriakan cerita.. Yup, Iddin yg pasang telinga tu.. Lepas ni tahan telinga la suriya dengan alongnya tu.... Huhuhu... Sabar for next n3...:D
BalasPadambest2.. smbng lagiiii yaaaa
BalasPadamsuka la cita nih.. heroin plak rock2 gitu.. hehe
terima kasih dear.. akan ada sambungan lagi nanti..
BalasPadamsabar menunggu... hehehehe
kesian2, sabar Iddin, Fieyza ada perancangan. Best, sy suka!
BalasPadamtq dear... hehehehe.. wait n see apa jadi nanti...:))
BalasPadam