MASUK
saja ke dalam ruang pejabat, Noraini terus menerpa ke arah Suriya. Senyuman semanis gula dia hadiahkan untuk
Suriya. Dahi Suriya berkerut melihat cik kak sorang ni. Melihat cara Noraini
senyum, Suriya dah boleh baca. Senyum ada makna tu.
“Adik
manis, adik manis pergi mana? Kelam-kabut mengalahkan menteri.” Noraini mula
memainkan peranan. Menyoal itu, ini.
Suriya
senyum dengan soalan Noraini. Dia duduk di kerusinya sambil memasukkan beg
tangan ke dalam laci. Butang on pada
PC dia tekan kembali, menyambung kerjanya yang tergendala sejak empat jam yang
lepas.
“Su,
akak tanya Su ni.” Berangin pula Noraini apabila Suriya tak mengendahkan
soalannya.
“Bos
akak paksa saya jumpa client, puas hati?”
Tanpa nada Suriya memberitahu.
“Dia
ajak jumpa client? Tapi kenapa dia
ajak Su?” Dahi Noraini berkerut tanda sedang memikirkan persoalan itu. Cara
fikir tu macamlah sedang fikir masalah dunia!
“Oh
akak sayang. Tolong jangan tanya saya soalan tu. Saya tak ada jawapan untuk
soalan akak tu.” Mata Suriya tekun memandang skrin PC.
“Tapi
kan, Su ni pekerja perempuan pertama yang dia bawa jumpa client tau. Selalunya Bad la yang teman dia walau ke mana aja dia
pergi.” Noraini berjeda seketika. “Ke Su dengan bos ada apa-apa?” Noraini
menyerkap jarang. Keningnya tergerak-gerak tanda mahukan jawapan.
“Ada
apa-apa pulak akak ni?” Suriya tak senang dengan tekaan Noraini. Kak Ani suka
betul kenenkan dia dengan bos besar
tu. Bisik hati kecilnya.
“Apa-apalah.
Ala yang ehem-ehem tu,” Noraini sengih.
“Ehem-ehem
apa akak ni? Akak jangan cuba buat gosip liar. Dosa tau!”
“Eh,
akak bukan saja-saja buat gosip tau. Ada orang nampak Su naik kereta Encik
Iddin tengah hari tadi. Kalau tak sungguh, orang tak mengata tau. Eleh, mulut
cakap lain. Dalam hati orang lain tak tahu. Mesti tengah ada taman dalam hati
tu.” Noraini sengih lagi. Tak lenguh ke cik kak oi!
Erk!
Ada orang nampak ke? Jari-jemari yang tadinya ligat mengetuk papan kekunci
komputer terhenti mendadak. Pantas dia pandang Noraini. Mata mereka tepat
beradu.
“Sungguh
kak? Siapa yang nampak?” Menggelabah sekali Suriya menyoal Noaini.
“Ada
la…” Noraini nak main teka-teki pula. Dia berlalu dari meja Suriya ke mejanya.
“Akak,
cepatlah!” Suriya berdiri spontan. Suaranya sedikit menjerit. Sampaikan Maria
yang sedang berbincang dengan Yusof turut sama tercengang dan pandang Suriya
pelik. Suriya tekup mulut. Tak sangka pulak masih ada orang kat pejabat ni. “Sorry,” ucap Suriya tulus, menyedari
kesilapan diri.
“Akak
sambung minggu depan ya, bye-bye.” Selamba bibir Noraini berkata. “Oh,
sebelum terlupa. Su hutang dengan akak satu cerita. Aku tuntut minggu depan
tau!” Noraini memberikan peringatan. Sempat dia ketawa kecil dengan tingkah
Suriya tadi. Noraini melenggang berlalu ke arah lif dengan beg tangan
tersangkut di bahu. Siap lambai tangan lagi.
Kak
Ani dah nak balik ke? Suriya pandang jam di skrin komputer. Patutlah Kak Ani
dah balik, dah hampir pukul 6.00 petang rupanya. Bisik hati kecilnya. Suriya
kembali henyak punggung di atas kerusinya. Mata kembali memandang PC. Aduh!
Macam mana nak teruskan kerja kalau hati tak sudah-sudah tak tenang. Ni Kak Ani
punya pasallah ni!
TEPAT
pukul 5.00 pagi, tangan Iddin meraba-raba sisi sebelah kirinya. Dia mencari
telefon bimbit yang memang diletakkan di bawah bantal. Mata dibukakan sedikit
dan tangan ligat menutup penggera yang membingitkan telinganya. Samsung Galaxy
Note II dibiarkan bisu di sebelah bantalnya.
Lima
minit dia termenung di atas katil. Peristiwa semalam kembali terlayar di ruang matanya.
Spontan senyum dilorekkan di bibir. Teringat kembali peristiwa dia memaksa
gadis naïf bernama Suriya Anggerik. Dia tahu Suriya sepatutnya tak terlibat
langsung dalam perbincangan itu. Tapi sengaja dia heret Suriya atas tiket
sebagai peneman.
Masih
terbayang di ruang mata riak mencuka wajah yang comel itu. Muka masam, mulut
memuncung. Bagi dia, wajah itu sangat cantik dengan reaksi yang sebegitu. Masih
teringat lagi dibenak Iddin. Kalau ikut hatinya, mahu dia melambakkan ketawa di
situ juga. Namun dia sedar, jika dia ketawa, seperti sengaja menempah maut
sendiri!
“Anggerik!”
Dalam suara parau, bibirnya menyebut perlahan.
Tok…
Tok… Tok…
Bersama
dengan itu pintu biliknya diketuk dari luar. Itu mesti Mak Yam. Agak hatinya.
“Din,
dah bangun ke belum? Hari ni kamu bertugas tak?” Suara Mak Yam menampan
telinga.
“Dah
bangun Mak Yam, macam biasa aje.” Balas Iddin.
Lantas
dia bangun dari pembaringan. Telinganya menangkap derap tapak kaki Mak Yam yang
semakin menjauh. Tuala di rak dia capai dan terus berlalu ke bilik air. Dia tak
boleh berlama-lama. Kalau nak termenung lama-lama, dia kena cari hari dan waktu
lain. Hujung minggu ni ada tugas yang menantinya di rumah Allah. Apa tugasnya?
Rahsia!
SURIYA
terjaga dari lenanya. Seperti ada yang memanggil namanya. Sebab itu dia
terjaga. Dia toleh ke kiri dan ke kanan. Sekeliling masih gelap-gelita. Tapi
siapa yang memanggilnya? Rozairul? Bukan rasanya. Rozairul ada di Perth
sekarang ni. Baru petang semalam dia berbual-bual dengan alongnya. Suriya
kebingungan.
Dia
bergolek ke kiri. Telefon bimbit jenama Blackberry hadiah pemberian Rozairul,
dia ambil dari atas meja sisi.
“Baru
pukul 5.30 pagi. Awal lagi!” Dengus Suriya perlahan.
Kepala
kembali disembamkan ke atas bantal. Malas weh! Dia ni jenis kalau dah bangun
memang susah nak tidur balik. Matanya sudah terkebil-kebil di sebalik bantal. Sepuluh
minit jugak dia berkelakuan begitu. Badan diterbalikkan. Mata mengadah siling.
Ni la padahnya apabila terjaga. Lepas tu tak tahu nak buat apa. Boring!
Allahuakbar
Allahuakbar…
Laungan
azan subuh dari masjid berhampiran mengejutkan Suriya dari lamunan panjang. Dia
menghayati setiap bait azan yang berkumandang. Terasa sangat nyaman dipendengarannya.
Dia kaku di atas katil sambil menghayati alunan memanggil umat Islam
mengerjakan suruhan kepadaNya. Sungguh suara itu sangat merdu hinggakan Suriya
terpaku.
Suriya
pantas membaca doa sejurus laungan ayat terakhir azan yang membawa maksud Tiada
Tuhan Melainkan Allah. Dia merajinkan diri bangun dari pembaringan. Tak boleh
malas-malas. Nanti syaitan lagi suka kalau anak Adam malas. Dia melangkah
longlai masuk ke dalam bilik air selepas mencapai tuala.
“ASSALAMUALAIKUM,”
sapaan salam dari belakang mematikan langkah Iddin. Dia berpusing. Seorang
lelaki yang lengkap berbaju Melayu berdiri tegak di hadapannya kini. Wajah
lelaki itu sama-samar di pandangan mata Iddin. Masih awal pagi, matahari pun
tak muncul-muncul lagi. Lebih-lebih lagi sekarang ni cuaca tak menentu. Sering
saja hujan walau bukan musim tengkujuh.
“Wa’alaikumussalam,”
Iddin sambut huluran salam Rozairul.
“Lama
tak nampak kau? Ops… sorry, aku ni
lebih senang berkau aku aje. Tak selesa nak bersaya awak.” Lelaki di hadapan
Iddin ramah berterus-terang.
Sudah
lama sebenarnya Rozairul nampak lelaki itu setiap kali solat berjemaah di sini.
Sebelum-sebelum ni dia memang tak sempat nak menegur. Sebabnya sejurus saja
menunaikan solat, bayang lelaki itu pasti hilang begitu sahaja. Hari ini sempat
pula dia kejar lelaki itu.
“Oh,
tak apa. Aku Amsyar. Kebiasaannya aku sibuk kerja. Biasalah, kerja office hour. Masuk pagi baik malam. Cuma
hari minggu macam ni saja boleh aku meriahkan masjid.” Ramah Iddin membalas.
“Aku
Azwan. Oh, macam tu. Kau tinggal kat mana?” Mereka berbual sambil berjalan.
Iddin merapati keretanya, Mitsubishi ASX.
“Aku
tinggal dengan ayah aku kat taman Country Height tu.” Balas Iddin sambil
menekan penggera kereta.
Anak
orang ‘ada-ada’ juga dia ni. Desis hati Rozairul. Dari pada gaya, kereta yang
dipakai dan cara pembawakan diri, Rozairul awal-awal sudah mengagak tentang hal
ini. Tambah lagi apabila Iddin mengatakan tinggal di taman Country Height.
Memang tak syak lagi. Hanya orang yang mempunyai pendapatan menjangkau lima
angka sebulan sahaja yang mampu tinggal di sana.
“Kau
pulak?” Iddin tiba-tiba menyoal.
“Taman
Puncak Saujana,”
Taman
Puncak Saujana? Kawasan perumahan Anggerik. Mereka berjiran ke? Hati pantas Iddin
terdetik sendiri. Ah, ada banyak rumah kat sana. Nama taman aje yang sama pun.
“Err…
Maaf aku bertanya. Kau ni memang selalu jadi muazzin kat masjid ni?” Rozairul
menyoal kemudiannya.
“Taklah
selalu. Cuma kalau ada kelapangan saja,”
“Senang
pulak kau diterima bekerja kat sini,”
Iddin
senyum segaris.
“Aku
tak kerja kat masjid ni tapi aku lakukan semua tu kerana Allah. Bukan sebab
bayaran. Aku tak minta bayaran dunia. Tapi aku cuma mahukan bayaran akhirat.
Alhamdulillah, aku mahu kejar yang di sana,” jujur dan mendalam tutur kata
Iddin. Sejujurnya itulah yang dia kejar.
“Oh,
macam tu,” Rozairul berjeda seketika. Kunci dari dalam poket baju Melayu dia
keluarkan. “Okeylah, aku gerak dulu. Senang-senang kita boleh jumpa lagi,” ujar
Rozairul meminta diri. Usai bersalaman, dia melangkah ke arah Nissan Latio
miliknya.
Iddin
masuk ke dalam perut kereta. Dia sempat memandang kereta milik Azwan, lelaki
yang baru dikenalinya berlalu pergi. Hon dibunyikan tanda meminta diri. Iddin
anggukkan kepala sambil senyum. Kemudian giliran dia pula perlahan-lahan
berlalu pergi dari perkarangan masjid.
SELESAI
menunaikan solat subuh, Suriya turun ke tingkat bawah. Ruang tamu tempat
pertama yang dia tuju. Kalau hari tak bekerja seperti hujung minggu begini, dia
wajib membukakan tingkap supaya udara segar bebas masuk ke dalam rumah. Barulah
terasa selesa. Cadangnya pagi ni dia nak sudahkan kerja yang amat-amat banyak
itu. Hmm… Kalau ada Rozairul, boleh disuruh pergi beli sarapan kat warung
hujung taman tu. Kat dapur tak ada barang basah untuk dimasak. Sekadar minuman
tu ada lagi. Tapi Rozairul tak ada kat sini pula. Haih!
Ketika
kakinya melewati sofa berangkai tiga, matanya terpandangkan susuk tubuh
seseorang di situ. Teragak-agak dia merapati sofa tersebut. Manalah tahu jika
penyangak yang tumpang tidur di situ. Eh, ada ke? Merepek betul aku ni! Apabila
kaki semakin hampir dengan sofa barulah dia nampak dengan jelas wajah yang
menghuni sofa. Dia tundukkan sedikit tubuh dan tangan kanan menyentuh bahu
lelaki tersebut.
“Along,
along.” Dua kali dia memanggil tapi panggilannya tak diendahkan. Tidur mati ke
apa ni?
“Along,”
dia cuba memanggil sekali lagi.
“Hmm…”
“Kenapa
tidur kat sini?” Suriya menyoal.
Dia
bangun dari duduknya dan berlalu ke arah tingkap. Tingkap dibuka dan langsir
disisir ke tepi. Membiarkan udara bebas keluar masuk. Bukan semua tingkap yang
dia buka. Hanya sebilangan saja. Dia berpaling kembali ke arah sofa.
“Along?
La… sambung tidur balik.” Gumam Suriya.
Dia
berlalu ke dapur. Tangan ligat mengisi air ke dalam cerek elektrik. Sementara
menanti air masak, dia kembali ke ruang tamu. Penyapu dan penyodok di dalam
stor sempat dia capai. Okey, misi mengemas rumah dahulu ye tuan-tuan, puan-puan. Sebelum dia diterima kerja dulu, semasa
dia menyandang jawatan penganggur tetap, hati-hari dia bersihkan rumah ni. Tapi
sekarang, jangan kata nak kemas rumah, nak tengok TV pun dia tak ada masa.
Sibuk sangat dengan kerja.
“Along,
along.”
“Ada
apa?” Rozairul kalihkan badan ke kiri. Sikit lagi nak tergolek jatuh ke bawah.
“Nanti
along pergi beli breakfast kat warung
Cik Mas ya, adik tak masak. Dapur dah kosong,” ujar Suriya sambil membetulkan
kedudukan karpet di depan almari TV.
“Hmm…”
Mendengar
sahutan Rozairul, Suriya diam. Dia tekun dengan kerjanya. Selesai mengemas, dia
ke dapur. Masa untuk membancuh air pula. Siap sejag air Milo, Suriya tatang
dulang berisi jag dan dua biji muk ke meja makan.
“Along,
cepatlah bangun. Nanti habis pula makanan kat warung Cik Mas.” Suriya gerakkan
kembali Rozairul.
“Hmm…”
Malas Rozairul menyahut.
“Along!”
Ton suara Suriya sudah naik kerana Rozairul yang macam sengaja buat bodoh.
Geramnya!
“Yalah,
yalah.” Rozairul bangkit malas. Sempat lagi tu dia termenung seketika di atas
sofa.
“Pukul
berapa sampai? Semalam cakap tak sempat balik,” Suriya pandang sisi Rozairul
yang masih lengkap dengan sepersalinan baju Melayu itu. Cuma songkok kat kepala
aje yang dah terbang. Ni mesti baru balik dari masjid. Rozairul memang selalu
berjemaah di masjid kalau dia ada kat sini.
“Along
silap tengok jadual,”
“Oh,
macam tu.” Melihat alongnya seperti mahu melabuhkan kembali kepala di atas
sofa, Suriya cepat-cepat bersuara. “Along! Hisy, macam mana nak ada isteri
kalau macam nilah gayanya. Adik suruh sikit dah susah nak bangun…” Suriya sudah
mahu memulakan sesi membebel di pagi hari.
“Haip! Sudah! Jangan nak start membebel. Bingit telinga ni,”
sebelum Suriya meneruskan sesi memberi ceramah secara percuma, adalah lebih
baik dia cepat-cepat hentikan. Rozairul bingkas bangun dan menapak ke tangga.
“Orang
baru cakap sikit.” Protes Suriya perlahan. Muncung itik sudah terbentuk di
bibir itu.
“Dik,”
Rozairul tiba-tiba memanggil. Kakinya berhenti melangkah di anak tangga. Suriya
pandang alongnya. Kening turut terjongket sama.
“Tadi
along jumpa seseorang kat masjid,”
“Siapa?”
“Entah.
Dah lama along perhatikan dia ni. Dah beberapa kali along nampak dia jadi
muazzin kat masjid tu tapi bukan selalu. Maksudnya macam cuti hujung minggu ke,
along mesti nampak dia kat masjid. Lepas dah lama perhatikan dia, pagi tadi
along sempat sapa dia. Muda lagi orangnya,” beria-ia Rozairul bercerita.
Sedangkan part muda ke tua tu Suriya
tak tanya pun.
“So?”
“Along
sempatlah berborak dengan dia sekejap. Along tanya dia, dia memang jadi muazzin
kat situ ke? Along nak kepastian aje sebab jarang-jarang nampak dia. Su tau tak
dia jawab apa?” Bersinar mata itu bercerita.
“Apa
dia?” Along ni pun satu. Kalau nak cerita tu, cerita ajelah sampai habis. Tak
payahlah nak tanya-tanya. Macamlah adik dia ni rajin sangat nak fikir.
“Dia
jawab, aku tak kerja kat masjid ni tapi aku lakukan semua tu kerana Allah.
Bukan sebab bayaran. Aku tak minta bayaran dunia. Tapi aku cuma mahukan bayaran
akhirat. Alhamdulillah, aku mahu kejar yang di sana. Wow! Meremang bulu roma along bila dengar dia cakap macam tu. Dari
cara dia along dah dapat agak, dia ni mesti anak orang kaya.” Rozairul ulang
kembali jawapan yang dikatakan oleh Iddin.
“Kalau
dia anak orang kaya pun, apa kaitan dengan kerja dia jadi muazzin tu?” Dahi
Suriya berlapis. Dia tak dapat tangkap lagi maksud kata-kata alongnya.
“Dik,
mana ada orang buat kerja untuk free
dalam dunia ni? Cuba bagi tahu along. Yang jadi sukarelawan kat luar sana pun
ada yang ditaja tau. Tambah lagi pakai kereta mewah. Apa lagi. Sah-sah dia anak
orang berada.” Dengan yakinnya Rozairul mengeluarkan usulnya sendiri.
“Hmm…
Apa-apalah along. Eh, cepatlah pergi beli sarapan. Banyak cerita pulak along
ni,” Suriya mematikan niat Rozairul yang masih mahu bercerita lagi.
“Yalah,
yalah.”
best sangat-2.
BalasPadamiddinku sayangggggg!!!!! lelaki idaman malaya.,,
BalasPadambaby mio; terima kasih krna baca tulisan FF..:)
BalasPadamhk; "ya HK sayang!!!" > macam mana kalau Iddin jawab macam tu? hehehehe... btw, tq for ur comment.. akhirnya terpublish! :D
homai!!! homai!!! kejap nak pitam kejap...terus pengsannnnn esok pagi baru bangun...ngeh ngeh ngeh....
BalasPadamHahahahahaha..... Teruk penangan Iddin Amsyar... Ekekekeke..
BalasPadamAssalamu'alaikum.Alhamdulillah dh ada smbungn. tiap hri tau saya tngok blog ni. ;) truskn smbung eh
BalasPadam-Alia-
wa'alaikumussalam... tiap hari dear?? waahhh.... terima kasih berbanyak-banyak Alia kerana menyokong hasil penulisan sy... #semakin bersemangat nak menulis ni..:D
BalasPadam