“SIAPA
lelaki tu?” Di dalam perjalanan, Rozairul bertanya Suriya. Sejak pagi tadi lagi
dia tahan perasaan hingga ke petang untuk bertanyakan soalan ini.
“Lelaki
mana?” Suriya tak boleh tangkap lagi maksud soalan alongnya.
“Lelaki
yang datang ambil Su pagi tadi, yang bercakap dengan Su tadi kat perhentian
teksi.”
“Oh,
tu bos Su.” Pendek jawapan Suriya.
“Bos?
Takkan bos sanggup datang jemput pekerja sendiri. Su dengan dia ada apa-apa
ke?” Rozairul senyum sumbing. Kalau setakat hubungan pekerja dan majikan, dia
tak boleh terima jawapan Suriya itu. Ada ke majikan yang sanggup tumpangkan
pekerjanya tanpa apa-apa perasaan? Tambah lagi punya majikan yang muda dan
kacak begitu.
“Betullah
along. Dia memang bos Su.” Bersungguh Suriya maklumkan kepada Rozairul. Tapi
bukan senang nak buatkan Rozairul percayakan dia. Sangat-sangat susah!
“Dia
ada perasaan dengan Su ke?”
“Entah!
Dia punya perasaan Su tak ambil tau.”
“Hmm…”
Rozairul urut dagu. Jawapan Suriya seperti tak kena aje.
“Eh,
along nak makan apa malam ni? Kita beli bungkus aje, aci tak? Su letih sangat hari ni. Tak larat nak masak.” Suriya cuba
mengalihkan topik perbualan. Dia dah malas nak dengar nama Iddin dijadikan
topik perbualan antara mereka. Sudahlah tengah letih sekarang ini.
“Hmm…
bolehlah. Eh, kalau dia tu sekadar bos Su, macam mana pulak dia tahu rumah
kita?” Rozairul jongket kening.
“Err…”
Suriya kehilangan kata-kata. Berterus-terang ke tak? Aduh! Kalau
berterus-terang pasti kawalan Rozairul ke atasnya semakin ketat. Silap-silap
dia tak bagi lagi Suriya pergi kerja dengan Pak Mail. Hati Suriya berbelah
bahagi.
“Hah?
Kenapa? Dah bisu?” Sergah Rozairul.
“Huh?
Err… eh, berhenti kat restoran tu along. Tadi cakap nak beli bungkus aje. Sibuk
sembang nanti terlepas pulak.” Cepat-cepat tutur kata Suriya. Nampak aje
restoran yang biasa mereka kunjungi, terus keluar ayat itu. Nak lari dari topik
punya pasal.
“Oo…
nak lari dari jawab soalan along ye. Sampai
kat rumah nanti along nak tahu jugak cerita sebenar. Su dah tak boleh lari
lagi,” Rozairul mengeluarkan arahan. Suriya cuak. Erk!
“SO
apa cerita?” Rozairul bersandar di tepi singki sambil pegang muk di tangan
kanan. Sengaja dia ikut Suriya hingga ke dapur ni semata-mata mahu mengorek
rahsia yang cuba adiknya sembunyikan. Alah, tak sampai ke mananya si Suriya ni
nak simpan rahsia. Lama-lama terbongkar jugak.
“Cerita
apa along?” Dah puas aku mengelak, along ni nak jugak korek. Ngee… Rungut
Suriya di dalam hati. Pinggan yang sudah dicuci diletak di dalam bakul khas,
membiarkan pinggan tersebut kering seketika.
“Buat-buat
tanya pulak. Sudah-sudahlah tu. Along dah malas nak main tarik tali lagi.
Cepatlah cerita.” Rozairul menggesa Suriya. Dia sudah hilang sabar.
“Okey,
okey.” Suriya mengalah akhirnya. Dia mengelak lama-lama pun alongnya tetap
jugak kejar. “Ceritanya macam ni. Err… minggu lepas Pak Mail tak sihat. Hari tu
pulak Su balik lewat sebab buat OT. Semasa nak balik tu, Su tunggu teksi kat
perhentian teksi sebelah bangunan pejabat. Tunggu punya tunggu tak ada teksi
yang berhenti. Alih-alih bos Su tu yang muncul. Tu yang dia tahu rumah kita
ni,” cerita Suriya sambil mengesat kedua-dua tangannya dengan kain bersih.
“Oh.
Siapa nama bos Su tu?”
“Encik
Iddin. Kenapa along? Tanya Su macam orang salah. Kalah polis pencen!” Apa kes
pula tanya nama bagai ni? Nak pergi serang bos aku ke apa ni? Suriya musykil.
“Tak
ada apa. Pagi tadi tu macam mana pulak dia boleh tercongok kat depan pagar
rumah kita? Su call dia ke?” Rozairul
urut dagu. Lagak macam penyiasat persendirian professional.
“Eh….
apa kes pulak Su nak call dia! Tak
hadaplah nak pandang muka dia.” Dengus Suriya. “Pagi tadi Su ingatkan Pak Mail
dah sampai. Itu yang kelam-kabut Su keluar. Tapi yang datang bukan Pak Mail,
bos sengal tu pulak yang ada kat depan rumah. Huh!”
“Iye ke tak ada apa-apa? Macam lain aje,”
Rozairul sengaja menduga hati adiknya.
“Along
tak nak percaya, sudah!” Suriya pantas angkat kaki, berlalu dari ruang dapur
itu. Bosan dia mendengar tuduhan Rozairul yang tak sudah nak padankan dia
dengan Encik Iddin. Muaklah!
“Su,
Su! La… dia lari macam tu aje? Hisy budak ni.” Rungut Rozairul sambil pandang
belakang Suriya yang sudah menghilang di ruangan mata.
Suriya
tolak pintu bilik dan badan direbahkan di atas katil. Badannya terasa sangat
letih. Kalau terus tidur bestnya!
“Apalah
along ni. Suka-suka hati tuduh aku ada hubungan dengan mamat dingin beku tu.
Kalau nak tuduh pun, bagilah orang lain. Setakat mamat dingin beku tu, memang
taklah! Seriau aku!” Rungut Suriya. Dalam merungut akhirnya mata Suriya
terpejam rapat. Sudah malas dia nak fikirkan pasal alongnya dan mamat dingin
beku tu. Tidur lagi baik!
“HAI
dear,”
Kepala
Iddin pantas mendongak kerana sapaan itu. Hilang terus konsentrasinya pada
dokumen syarikat.
“Siapa
benarkan you masuk bilik I?!” Melengking suara itu berbau amarah.
“I
tengok tak ada orang kat luar tu, so
I masuklah. You ni kenapa? Selalunya okey je,
hari ni berangin pulak.” Balas Yuni seraya duduk di kerusi tetamu di dalam
bilik itu. Selamba betul. Iddin tak pelawa pun suruh dia duduk.
“You
nak apa tiba-tiba muncul kat ofis I?”
Sungguh!
Iddin malas nak layan minah gedik depan dia ni. Selama ni pun, dia tak pernah
layan Yuni. Tapi minah ni yang tergedik-gedik depan Iddin. Biasalah. Barang
murah memang suka tergedik-gedik dengan orang yang tak layan dia.
“I
nak jumpa you lah. Dah lama I tak jumpa you. You tak rindu I ke?” Meleret suara
Yuni.
Rindu?
Geli tekak Iddin dengar perkataan rindu itu. Sejak bila aku dengan kau
berkasih-kasihan sampai timbul rasa rindu tu? Rungut Iddin.
“Rindu?
Apa hubungan kita ni sampai I perlu rindukan you?” Sinis Iddin menyoal.
“Ala
you ni, selalu macam tu tau.” Yuni merajuk manja, kononnya. Dia cuba paut
tangan Iddin tapi pantas ditepis oleh Iddin.
“Apa
ni? You jangan nak mengada-ada. I dengan you memang tak pernah ada apa-apa
hubungan. So jangan suka-suka hati
nak pegang tangan I.” Kalau ada hubungan pun aku sikit tak hingin dengan kau! Sambung Iddin di dalam hati.
“Alah,
pegang je pun, bukan luak.” Selamba
badak mulut Yuni mengomel. Bagi dia memanglah tak ada apa-apa. Dia fikir semua
orang sama aje. Sebab tu susah nak pikat Iddin.
“Sayang, jom lunch.” Yuni
tayang muka mengharap.
“Sorry, you datang salah masa. I dah
janji dengan someone nak keluar lunch,” Iddin senyum sumbing.
“Someone? Siapa?” Ha… laju tanya tu.
Iddin terasa nak gelak kuat-kuat.
“Yup, kenapa? Tak percaya?”
“Siapa
perempuan tu?”
Perempuan?
Aku tak cakap pun nak keluar dengan perempuan. Aku cakap nak keluar dengan someone je. Sah, kepala dia tengah fikir aku dah ada kekasih. Kalau macam
ni, lagi best. Senang aku nak lari
dari minah gedik ni. Fikir Iddin.
“Hmm…”
“Iddin!”
“What?!”
“Siapa
perempuan tu?” Suara Yuni merengek-rengek.
“Siapa
pun dia, you tak ada hak untuk tahu!” Bidas Iddin.
“Huh!”
Yuni bangun mendadak dan mahu melangkah keluar dari bilik itu. Pintu ditarik
tapi sempat dia berpaling dan berkata. “Walau you berkasih dengan siapa pun,
satu hari nanti I akan buat you melutut balik nak kat I.” Yuni menyambung
langkahnya dengan wajah masam mencuka.
“Ye ke? Aku sikit pun tak heran!” Iddin malas melayan orang gila
macam Yuni tu. Bukan dapat apa-apa pun.
“AWAK
nak makan apa?” soal Iddin sambil belek buku menu di tangan.
Suriya
diam membisu. Dia tak sepatutnya berada di sini. Enak-enak dia nak pergi makan
dengan Noraini dan Paliza, boleh pulak Iddin berhenti mendadak depan mereka dan
paksa Suriya ikut dia pergi makan. Siapa tak angin! Kerana menjaga air muka
sendiri, terpaksa juga Suriya masuk ke dalam kereta Iddin walau dalam hati
sedang berapi.
“Anggerik,”
Tersentak
Suriya. Nak makan, order ajelah.
Selera Suriya sudah menjunam sejurus sahaja tubuhnya berada di dalam kereta
Iddin. Kalau ikut perutnya, memang tersangat lapar tadi kerana sejak pagi dia
tak makan apa-apa. Hanya minum semuk teh saja.
“Saya
tanya, awak nak makan apa?” Iddin ulang soal. Dia yang memaksa Suriya, jadi
terpaksalah dia bersabar dengan sikat protes Suriya.
“Tak
lapar,” mendatar suara Suriya. Iddin menutup kembali buku menu di tangan. Dia
pandang wajah pujaan hati di hadapannya kini.
“Tak
lapar? Awak dah makan ke sebelum ni?”
Suriya
diam. Tak kuasa nak menjawab soalan cerdik itu.
“Awak
rasa cantik ke duk tayang muncung itik tu? Saya sendiri tak berselera nak makan
bila tengok muka awak macam tu. Kalah asam boi!” Spontan Iddin membidas.
What?!
Apa dia cakap?! Kenyataan Iddin tambah menyakitkan hati Suriya. Heh! Rasa
berangin semacam aje nih! Kerana tak tahan berlama-lama di situ, Suriya
tiba-tiba tolak kerusi ke belakang dan bangun. Dia dah tak tahan dipersendakan
sedemikian. Ajak keluar makan sekali tapi suka-suka hati nak mengata orang!
“Eh,
eh nak pergi mana ni?”
“Balik!”
“Awak
nak balik dengan apa? Kita makan pun tak lagi,” melihat Suriya mahu angkat
kaki, Iddin pantas menyambar lengan Suriya.
“Lepaslah!”
Suriya mahu bertempik. Tapi sebabkan mereka berada di tempat awam, terpaksa dia
tahan suara dari lebih meninggi. Nasib baik meja mereka terletak sedikit jauh
dari meja makan yang lain. Maka berlakulah adegan tarik menarik antara Suriya
dan bos besarnya. Malangnya, kali ni cengkaman tangan Iddin ke atas lengan
Suriya tersangat kemas. Suriya gagal lolos.
“What a drama,” kedua-dua pasang mata itu
laju memandang si empunya suara yang berani menegur mereka. Yuni!
“What are you doing here?” soal Iddin.
“I
tengok drama kat meja ni tadi. Tapi tergantunglah pulak.” Sindir Yuni. Selamba
saja dia duduk di meja bersebelahan dengan meja Suriya dan Iddin. “You tengah
main drama apa ni sayang?” Sayang itu tertuju kepada Iddin. Takkanlah dia nak panggil Suriya dengan panggilan sayang.
Tak kenal batang hidung tiba-tiba panggil sayang. Tak ke pelik tu.
Minah
mana pulak yang sibuk mengacau kat meja aku ni? Tergedik-gedik. Sudahlah pakai
baju tak cukup kain! Kutuk Suriya di dalam hati. Hei, malulah sikit!
“Oh,
before I terlupa. Kenalkan, ini
tunang I, Suriya.” Tanpa rasa bersalah, Iddin selamba memperkenalkan Suriya
kepada Yuni. Bukan sebagai teman, jauh sekali sebagai pekerja bawahannya. Tapi
sebagai tunang!
Suriya
tercengang. Tunang? Apakah?! Sejak bila aku bertunang dengan kau? Dada Suriya
berombak hebat. Rasa marah tentang kes kena kutuk tadi tak habis lagi, sekarang
Iddin tambah perasa yang lain pula. Tahap kebengangan dalam diri meningkat.
Tunggu masa nak meletup aje ni!
hukum karma benci tahap serius, akan bertukar sayang...
BalasPadamYuni.... rasanya inilah watak antagonis
baby mio; tqsm....:)
BalasPadamtanpa nama; yup... mengikut karma, begitulah.. tetapi, Yuni bukan watak antagonis dlm novel ni.. ada watak lain.. tunggu dan lihat siapakah dia.. :))
hehehehe...macam pendek sanagt2 ja ni....haha dah sampai part Iddin ni mengaku Suriya tunang dia ya.
BalasPadamkan dah cakap Rozairol dah jadi polis pancen
alaaaaaaaaa rindu la part ni tak d kak Noraini huhuhu
hahahahaha... kak nani ni... mcm Kak Noraini pulak heroin cerita ni... heee.... nanti2 ada la kak Noraini tu... well2, Rozairul memang mcm tu dengan Suriya, semuanya dia nak kongkong.. huhu
BalasPadambest2.. nak lagi
BalasPadamhehe.. kahwin kan je mreka tu.. hihi
oh my.. mereka takkan senang kahwin mcm tu je... hehehe
BalasPadamsorang cakap mamat tu gay, sorang cakap minah tu keras kepala..
sedangkan 2-2 keras kepala... nak tunjuk ego masaing2...
kita tgk apa yg jadi dgn mereka nanti.. hehehe