Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 22 Julai 2013

SEWANGI CINTA ANGGERIK : BAB 25

ATAS nasihat dan cadangan Nini, akhirnya Suriya melakukan solat sunat istikharah. Hari ni dia bangun dengan semangat baru. Alhamdulillah, dia sudah punya jawapan untuk persoalan yang membelenggu kepalanya. Dan betul juga kata Nini. Dia sepatutnya meminta pertolongan dari Allah. Bukannya dari Nini. Baru kini dia tersedar dengan kealpaan diri.
Sejak duduk di meja itu, hati Suriya berasa tak tenang. Matanya sibuk memandang ke kiri dan kanan. Bagai sedang mencari kelibat seseorang. Nak kata dia datang awal sangat, rasanya tak. Kalau dia terlebih awal, mesti meja-meja rakan sekerja lain ni kosong lagi. Tapi meja-meja kat depan di dah berpenghuni.
“Su,”
“Hah?” Suriya terkejut.
“Hei, kenapa ni? Akak panggil aje. Yang Su terkejut macam nampak hantu ni apasal?” Pelik Noraini dengan tingkah Suriya itu.
Suriya gelengkan kepala kemudiannya. Dia tundukkan kepala selepas itu. Matanya menangkap jarum jam dipergelangan tangan. Sudah pukul 9.30 pagi. Aik, takkan tak masuk-masuk lagi. Ke dia cuti hari ni?
Noraini pelik menengok Suriya yang sangat-sangat aneh di matanya. Tak bercakap. Bila ditanya hanya gelengkan kepala. Kenapa dengan budak ni sebenarnya? Datang bulan ke apa yang pelik sangat perangai tu. Pening kepala Noraini berfikir.
“Su,”
“Hmm…” Suriya menggumam sambil kepala menunduk menyentuh meja.
“Kenapa tak buat kerja tu?” Tegur Noraini.
“Malas, tak ada mood.” Selamba Suriya menjawab. Macam syarikat tu syarikat keluarga dia. tak buat kerja pun bulan-bulan masih dapat gaji.
“Su, syarikat ni bukan syarikat ayah Su sampai Su boleh cakap tak ada mood nak buat kerja. Kalau ada masalah pun janganlah sampai kacau periuk nasi sendiri. Nanti tuan besar tu tahu Su malas macam ni, habislah.” Noraini menasihati Suriya.
Suriya panggung kepala.
“Dia dah masuk ke kak?”
“Siapa?” Soalan mendadak dari Suriya buat Noraini tercengang sekejap.
“Tadi akak cakap tuan besar. Dia dah masuk ke?”
“Entah. Akak tak nampak pun lagi kelibat dia,”
“Oh.” Balas Suriya lemah. Kepala dia tundukkan kembali.
“Apa hal ni Su? Pelik akak tengok kau pagi ni. Muka macam baru lepas gaduh dengan suami.” Noraini berjeda seketika. Dia pandang kiri dan kanan. Kepala dia tunduk sedikit. “Su gaduh dengan bos besar ke?” Noraini berbisik di tepi telinga Suriya. Laju Suriya angkat kepala.
“Mana ada.” Gaduh? Bercakap pun tak macam mana nak gaduh Kak Ani oi.
“Habis tu?”
“Tak ada apa-apalah kak.” Suriya bangun.
“Eh, nak pergi ke mana tu?”
“Minum.” Balas Suriya sepatah sebelum berlalu ke pantri. Malas dia nak layan soalan demi soalan dari Noraini. Makin memberatkan kepala dia aje.
Sementara itu. Iddin melangkah masuk ke pejabatnya dengan diiringi seorang perempuan muda berpakaian seksi. Mahu terkeluar biji mata Noraini melihat aksi si perempuan yang sangat meloyakan tekaknya. Wow! Minah gedik mana pulak yang Encik Iddin angkut masuk pejabat hari ni? Terlopong sekejap Noraini pandang Iddin dan perempuan itu.
Suriya keluar dari pantri. Dia tak melangkah ke meja kerjanya tetapi ke meja Badrul dengan muk di tangan.
“Bad, bos dah masuk ke?” Suriya menyoal Badrul.
“Dah,”
“Okey,” Suriya letakkan muk di tangan di atas meja Badrul seketika dan dia berlalu ke pintu bilik Iddin. Pintu bilik diketuk dua kali. Sejurus mendengar laungan masuk, dia terus tolak pintu itu.
“Eh, tapi…” Badrul baru teringat yang Iddin ada tetamu kat dalam bilik. Dia baru saja nak halang Suriya dari masuk ke dalam bilik itu. Tapi dia terlambat. Suriya lebih dulu masuk ke bilik Encik Iddin.
Badrul pandang Noraini. Noraini pandang Badrul. Habislah! Mulut Badrul menyebut tanpa suara. Dah gaya macam akan terjadi perang besar aje.
Suriya tercengang. Dia sangat terkejut dengan apa yang dia lihat kini. Seorang perempuan muda sedang elok duduk di atas riba Iddin. Duduk atas RIBA okey! Suriya rasa lemah lutut. Sempat dia berpaut pada tombol pintu. Kalau tak, dah lama dia tersungkur kat situ kerana terkejut.
“Anggerik!” Iddin terkejut. Dia ingatkan Badrul yang ketuk pintu biliknya tadi. Tapi sangkaannya meleset. Suriya yang mengetuk biliknya.
Perempuan di atas riba Iddin juga turut berpaling. Emma! Suriya masih kenal akan wajah perempuan itu. Emma, wakil syarikat Mewah Padu Holding. Suriya gelengkan kepala sebagai jawapan kepada panggilan Iddin. Dia tarik tombol pintu dan laju melangkah meninggalkan bilik Iddin.
Tanpa menunggu lama, Iddin mengejar langkah Suriya. Dia meninggalkan Emma terkapai-kapai seorang diri.
“Iddin!” Emma sibuk sekali panggil nama Iddin. Sayangnya panggilan itu langsung tak dihiraukan. Iddin lagi sibuk mengejar Suriya yang telah berlalu ke arah lif. Badrul dan semua pekerja IMIA Technology terkejut. Termasuklah Noraini. Sampai ternganga mulut Noraini sewaktu melihat adegan kejar mengejar itu. Macam filem Hindustan!
“Iddin!” Emma memanggil lagi.
Semua pekerja syarikat memandangnya. Noraini mencebikkan bibir. Macamlah tak ada lelaki lain kat dunia ni. Bos aku jugak yang kau kejar. Sempat lagi Noraini merungut di dalam hati. Naik menyampah pulak dia pandang muka minah ni lama-lama. Takut nanti ada jugak yang hadiahkan pelembang kat muka berjerawat tu!
“Iddin, Iddin. Baliklah wei! Dasar muka tembok!” Ambik kau sedas. Apabila Noraini mula buka mulut. Habislah.
“Aku tak panggil nama kau pun!” Penuh lagak Emma melawan kata-kata Noraini.
“Aku tak panggil nama kau pun!” Noraini mengajuk semua ayat Emma. “Terpekik terlolong panggil nama bos kami tu elok sangatlah?”
“Huh!” Dengus Emma sebelum berlalu.
Suriya tekan butang lif tapi sampai sudah pintu lif tak terbuka. Rosak ke apa ni? Saja bagi aku geram ni.
“Ah, lambatlah kau!” Rungut Suriya melepas geram.
Lantas dia tolak pintu bahagian tangga. Turun guna tanggalah.
“Anggerik!” Iddin memanggil.
Suriya toleh sekali sebelum dia teruskan langkah menuruni anak tangga. Iddin berlari mengejar langkah Suriya. Langkah lelaki dengan perempuan memang sangat berbeza. Mesti lelaki lebih bertenaga.
“Anggerik!” Iddin berjaya mencapai lengan Suriya.
Hisy! Apa ni?” Suriya memberontak. Dia cuba tarik lengannya dari pautan Iddin. Tapi tak berjaya.
“Awak nak pergi mana?”
“Ikut sayalah nak pergi mana pun. Encik apa kisah!” Garang Suriya menjawab. Dia lupa yang mereka masih dalam waktu pejabat. Dan Iddin masih bergelar bosnya. “Lepaslah!”
“Okey, okey. Saya lepas. Tapi awak janji takkan lari dari saya.” Kata Iddin.
“Hmm…” Suriya sekadar menggumam.
Iddin cuba lepaskan perlahan-lahan lengan Suriya. Entah di mana silapnya. Suriya hampir-hampir jatuh tergolek ketika lengannya hampir-hampir terlerai dari pautan Iddin. Melihat Suriya begitu, Iddin tarik kembali lengan Suriya.
“Ha, tulah! Nasib baik tak jatuh. Kalau tak free-free aje jadi macam nangka busuk.” Marah Iddin.
Manakala Suriya tarik muncung. Sebenarnya memang dia sengaja tarik lengan dari pautan Iddin tadi. Sengaja nak larikan diri dari Iddin. Sekali Allah nak bayar cash!
“Dah, tak payah nak tayang muncung tu. Ikut saya.” Iddin mengarah. Dia genggam tangan Suriya dan paksa Suriya ikut langkah kakinya.
“Pergi mana? Encik, lepaslah!”
Iddin langsung tak hiraukan kata-kata Suriya. Dia terus menuruni anak tangga sambil mengheret sama tangan Suriya. Reaksi Suriya? Jangan cakaplah. Memang memberontak makcik tu. Terkial-kial nak lepaskan tangan tapi tetap tak berjaya. Akhirnya dia menurut dalam terpaksa.

KERETA dipandu Iddin berhenti mendadak. Suriya di sisi tetap begitu. Mengeraskan tubuh. Mulutnya dikunci sejak masuk ke dalam perut kereta lagi. Suriya tak ambil peduli kat mana mereka berada. Dia tak kenal pun tempat ni.
Sorry pasal tadi. Saya dengan Emma tak ada apa-apa hubungan.” Beritahu Iddin.
“Tak tanya pun,” perlahan suara Suriya. Iddin toleh pandang Suriya.
“Dah tu kenapa larikan diri?”
“Sebab saya tak nak ganggu. Orang kan tengah berasmaradana kat dalam bilik tu. Nanti kalau saya ada, mengacau pulak. Lagi pun encikkan bos besar. Saya tak boleh larang apa yang bos buat. Nanti silap-silap kena pecat.” Selamba Suriya membalas. Dia dah tak fikir akibat dari kata-katanya itu. Yang dia tahu, dia tak suka apa yang dia lihat tadi. Betul-betul menyemakkan mata.
“Apa yang awak lihat tak sama dengan apa yang berlaku. Saya tak buat apa-apa pun dengan Emma.” Balas Iddin. Dia cuba bertegas. Tapi di telinga Suriya, langsung tak terasa ketegasan itu.
 “Huh! Cakap bolehlah. Budak lima tahun pun dapat teka apa yang dilihat tadi. Tu pun masih nak berselindung lagi? Sudahlah encik. Jangan pulak pejabat tu jadi sarang maksiat pula nanti.” Sinis kata-kata Suriya tertuju kepada Iddin.
Iddin diam. Kalau dia melawan nanti jadi cerita lain pulak. Lebih baik dia diam. Biar mereka sama-sama sejuk dahulu. Agak lama mereka begitu.
So, kenapa awak masuk bilik saya tadi?” Iddin menyoal, memecah kebisuan antara mereka.
“Hmm… Nothing.” Suriya sudah tawar hati. Dengan apa yang dia lihat tadi. Hatinya jadi goyah. Tak tahu sama ada patut dia beritahu Iddin atau tak tentang keputusannya.
“Takkan tak ada apa-apa. Saya tak percaya langsung awak masuk bilik saya hanya untuk suka-suka. Saya kenal awak yang macam mana, Anggerik.” Ujar Iddin.
“Saya yang macam mana?”
“Awak yang takkan masuk bilik saya melainkan ada perkara yang betul-betul penting. Kalau tak, saya ada ke tak ada ke sama aje bagi awak. Kan?”
“Err…” Suriya kematian kata-kata. Apa yang Iddin cakapkan tu memang betul. Suriya hanya akan masuk ke dalam bilik itu apabila dipanggil. Contohnya jika ada tugasan baru. Nak tak nak terpaksalah dia pandang encik bos ini.
So, apa dia?”
Suriya tarik nafas dalam-dalam. Sesungguhnya dia sedang berperang dengan perasaan sendiri. Nak cakap ke tak ni? lepas dia nampak drama swasta kat dalam bilik Iddin tadi. Hatinya jadi tawar. Kalaulah kata mereka jadi kahwin, takkan nanti Iddin akan buat perangai begini juga. Dia jugak yang makan hati.
“Tak ada apa-apalah.” Suriya berdalih. Dia cuba berpegang dengan kata hatinya.
No. Tell me the truth!” Ton suara Iddin sudah meninggi. Bagai mahu menunjukkan kuasanya sebagai bos. Eh, mereka bukannya berada dalam pejabat pun.
“Err… Saya, saya…” Ah, sejak bila jadi gagap ni. Suriya curi pandang wajah Iddin dari ekor mata. Iddin sabar menanti apa yang akan keluar dari mulut Suriya. “Saya setuju dengan salah satu cadangan along saya,” senafas Suriya meluahkan kata-kata itu. Kening Iddin terjongket.
“Yang mana satu?” Dalam masa yang sama, hati Iddin tak putus-putus berdoa. Harapnya Suriya tak pilih pilihan terakhir iaitu tinggal dengan keluarga mereka di Terengganu.
“Saya setuju bertunang dengan encik.”
Iddin melopong!


5 ulasan:

  1. Yes, akhirnya Suriya setuju..TERBAIKLA kak Noraini ni, ''sound'' Emma tu hehehe....nak lagi fieyza..macam pendek ja huhu

    BalasPadam
  2. Tak sabra pula nak tengok reaksi Iddin ni, mesti dalam hati dah bunga api ni hehe

    BalasPadam
  3. akhirnya... Anggerik dah rungkai masalah yg sekian lama melingkari mrk. Best. Hmmm Iddin, tentu rama2 dah berterbangan dlm perutnya hehe

    BalasPadam
  4. Akhirnya setuju juga Suriya dengan rancangan pertunangan tu... #^_^

    BalasPadam