“TUNANG?!”
Serentak suara Suriya dan Yuni menyoal. Suara mereka berdua berjaya menarik
perhatian penghuni meja sebelah. Sampai tertoleh-toleh mereka memandang Suriya
dan Yuni.
“Awak
berlakon aje jadi tunang saya, lepas ni saya akan terangkan segala-galanya. Please!” Bisik Iddin di tepi telinga
Suriya. Kedudukan mereka sangat rapat ketika itu.
“Err…
Haah. Saya tunang enc.. err.. Iddin. Hai,” Suriya hulur tangan, nak bersalaman
dengan perempuan gedik yang masih dia tak tahu nama apa ini. Rasa gugup dalam
dirinya ketika itu hanya Allah saja yang tahu. Yuni hanya menyambut hujung jari
Suriya. Tu pun sekejap aje. Angkuh sekali!
“Oh,
inilah someone yang you cakap tadi
tu?” Yuni menyoal.
Someone?
Suriya pantas pandang Iddin. Berapa banyak rahsia yang dia simpan ni? Lepas ni
aku kena berlakon jadi apa pulak? Jangan cakap aku kena berlakon jadi isteri
dia! Suriya mengomel di dalam hati. Dia rasa nak angkat kaki dan berlalu terus
dari situ. Semua ni sangat-sangat memberatkan kepalanya!
“Yup,” Iddin senyum. Senyum mengejek
sebenarnya.
“Err…
I have to go now, nice to meet you.”
Suriya bersuara ditengah-tengah perbualan antara Iddin dan Yuni. Nama minah
gedik ni memang dia tak tahu sebab Yuni sendiri tak beritahu namanya dan Iddin
pun tak kenalkan nama ‘kawan baiknya’ ini.
“Eh,
wait.”
Iddin
cuba halang tapi Suriya lagi pantas melangkah. Akhirnya Iddin mengejar langkah
Suriya tanpa berpamitan terlebih dahulu dengan Yuni. Tercengang Yuni di situ. Blah macam tu je? Ingat aku ni tunggul ke apa?!
“Cik,
order?” Pelayan datang ke meja itu
dan bertanya dengan Yuni.
“No thanks.”
Pantas
Yuni berlalu keluar dari restoran itu. Dia masuk ke dalam restoran mewah itu
pun sebab ternampak kelibat Iddin. Asalnya dia mahu kejar Iddin. Tapi lain pula
yang dia jumpa. Iddin bersama seorang perempuan. Patutlah selalu mengelak. Yuni
panas hati!
“Kau
buat aku macam ni, aku balas balik nanti! Kau belum kenal siapa Yuni. Itu baru
bertunang, yang berkahwin pun boleh bercerai. Inikan pula setakat tunang. Apa
ada hal.” Tekad Yuni.
“SO,
apa semua ni? Sejak bila kita ni bertunang? Kita bertunang, tapi saya tak pernah
tahu pun. Hmm… macam mana tu? Ke kita bertunang di luar alam sedar?” Sinis
Suriya menyoal. Masuk saja ke dalam kereta Iddin, dia tak boleh tahan hatinya
dari terus menyerang Iddin dengan soalan demi soalan.
Iddin
diam. Dia tak ada mood nak layan
soalan-soalan Suriya. Fikirannya sedang berkecamuk. Sudahlah perut tengah
kosong. Keluar lunch tapi tak makan.
Ada ke macam tu?
“Encik!”
“Apa?!”
Tengking Iddin. Aku sudahlah pening kepala berfikir. Dia pulak tambahkan
masalah. Rungut Iddin di dalam hati. Iddin hentak tangan pada stereng kereta.
Baru tersedar keterlanjuran diri. Tak sepatutnya dia tengking Suriya.
Suriya
terkejut. Terhinjut bahunya kerana amat terkejut. Terus bisu mulutnya. Pertama
kali bos besarnya itu menengking Suriya.
“I’m sorry,” ucap Iddin perlahan.
Maaf?
Lepas tengking aku suka-suka hati baru nak minta maaf! Suriya mematungkan diri.
Dia terasa hati! Suriya peluk tubuh sambil buang pandang ke tepi. Tak kuasa dia
nak pandang bos besarnya ini.
“Anggerik.
Saya betul-betul minta maaf. Saya… saya tak sengaja nak tengking awak. Fikiran
saya tengah bercelaru.” Iddin merayu. Pertama kali dia merayu dengan perempuan
tau. Sebelum ni tak pernah dia merendahkan egonya hanya kerana seorang
perempuan.
Suriya
terus membisu. Melancar perang dingin. Iddin melepas keluhan. Anggerik merajuk
ke? Dia tak pandai nak pujuk perempuan. Sampai saja di parkir bawah tanah,
Suriya terus meloloskan diri dari perut kereta Iddin. Malas dia nak
berlama-lama. Makin membahang pula dia rasakan jika berlama-lama di dalam
kereta mewah itu.
“Anggerik!”
Iddin memanggil Suriya, cuba menghalang langkah Suriya. Tapi panggilannya
disapa angin lalu.
Terlajak
kereta bolehlah reverse balik, tapi
terlajak kata? Sendiri tanggunglah!
NORAINI
hanya pandang wajah Suriya yang masam mencuka. Sampaikan Maria tegur dia semasa
berselisih di pintu masuk pun dia tak pandang. Tercengang kawan tu. Tak lama
kemudian muncul pula kelibat Iddin. Juga dengan wajah tegang sebelum hilang di
dalam biliknya. Hampir sepuluh minit juga dia perhatikan tingkah Suriya. Bagus!
Dua-dua balik dengan muka pelik. Kemudiannya dia ikut langkah Suriya ke pantri.
Balik lunch pun masuk pantri jugak?
Pelik.
“Oit, cari apa tu?” Noraini bertanya
kerana melihat Suriya menyelongkar isi kabinet. Macam sedang tercari-cari
sesuatu.
“Kak,
ada biskut tak?”
“Biskut?
Nak buat apa?” Suriya pantas pandang Noraini. Apa punya soalan ni?
“Laa
akak ni. Dah nama pun biskut, mestilah nak makan. Takkan nak buang pulak.”
Suriya mengomel.
“Makan?
Tadikan Su dah keluar lunch. Dengan
bos besar lagi. Takkan masih lapar kut?” Noraini kerut kening. Sungguh. Dia tak
faham maksud semua ini. Sudah keluar makan tapi masih lapar. Pulak tu sampai di
pejabat Suriya tayang muncung panjang sedepa. Iddin pun sama juga. Gaduh ke
mereka?
“Hmm…
Keluar lunch tapi tak makan. Ada tak
kak?” Kalau ikut hati, Suriya malas nak layan soalan Noraini. Perut dia tengah
lapar gila ni! Kang tak dapat makan
biskut, dia makan orang pulak!
“Ada,
sekejap.” Noraini pergi ke kabinet dua paling bawah dan tarik pintu kabinet.
Laa… kat situ rupanya. “Nah!”
“Terima
kasih kak,” laju tangannya menyambut bungkusan biskut itu dan berlalu ke meja.
Air Milo di dalam muk sudah suam. Noraini hanya perhati tingkah Suriya makan.
Macam orang tak makan seminggu! Pelahap habis!
“Su,”
“Alhamdulillah,”
habis sudah sepaket biskut. Kenyang sekejap perut Suriya. “Ya, kak?”
“Su
dengan Encik Iddin keluar lunch ke
mana?”
“Malaslah
nak cakap pasal topik ni. Buat sakit hati je
kak.” Dengar aje soalan Noraini, mood
Suriya kembali menjunam ke bawah! Tadi dah nak happy balik, terus rasa bengang semacam.
“Kenapa
sakit hati pulak ni? Cuba cerita dengan akak,” eceh, cerita dengan Kak Ani? Nampak tak permainan kata Noraini. Nak
dapatkan cerita hangat dan sensasi punya pasal, sanggup dia pujuk Suriya.
“Tak
ada apalah kak. Tak penting pun,” Suriya cepat-cepat berlalu ke singki dan
mencuci muk yang dia gunakan tadi.
“Su,
ceritalah.” Noraini tak putus-putus merayu.
“Hmm…
Kak, jom sambung kerja. Akak nak duk sini sampai bila?” Pandai Suriya
mengalihkan topik perbualan.
“Yalah,
yalah. Tapi Su hutang dengan Kak Ani satu cerita.”
“Eh,
ada pulak macam tu.” Kak Ani tak habis-habis dengan hutang. Sambung Suriya di
dalam hati.
“Ah,
tak kira. Nanti akak tuntut hutang tu. Daa…”
Noraini
berlalu ke mejanya sambil lambai-lambai lagi. Tak nak kalah jugak tu. Sabar jelah aku! Desis hati Suriya.
KALI
ini Rozairul dapat cuti lama sedikit. Kerana cuaca yang buruk dan penerbangan
yang tergendala. Jadi, kerjanya hanyalah ‘membuta’ atau ukur jalan. Kalau
Suriya tak kerja, bolehlah dia heret ke sana ke mari. Nak holiday ke apa ke senang aje. Tapi bila adik kesayangan dah mula
kerja, dia pula yang jadi bosan. Tak ada kawan nak gaduh.
“Su,”
Rozairul panggil Suriya. Mereka sedang bersantai di hujung minggu. Rasanya baru
hari ni dia nampak Suriya tak sibuk dengan kerjanya. Kalau tak, susah nak ajak
sembang.
“Hmm…”
mata Suriya sikit pun tak berkalih dari kaca TV. Asyik sekali.
“Su
nak balik Terengganu tak hujung minggu ni?” Walau dia tahu jawapan Suriya,
Rozairul tetap juga cuba bertanya. Manalah tahu kalau-kalau Suriya berubah
fikiran. Lagipun sudah lama mereka tak balik kampung halaman tercinta. Rasa rindu
itu menggamit relung hati.
“Tak
nak!” Laju Suriya menjawab. Fokusnya pada TV sudah hilang.
“Sampai
bila Su nak mengelak macam ni?” Rozairul sudah kehabisan modal memujuk adiknya.
Tapi semuanya tak jalan.
“Sampai
bila-bila.” Suriya lempar ke tepi kusyen kecil yang tadinya dalam pelukannya
dan berkira-kira mahu angkat kaki.
“Su!
Hah! Eloklah tu. Along baru cakap sikit dah tunjuk perangai. Along tegur sikit
pun tak boleh. Sampai bila nak macam ni? Kalau rasa marah sangat, fikirlah
balik semua kebaikan mama kat kita. Kalau tak ada mama dan papa, kita takkan
berjaya macam hari ni. Silap-silap, kita masih merempat bawah jambatan. Su,
hidup ni jangan nak menongkat langit sangat. Kita bukan selamanya kat atas. Ya,
mama dan papa ada buat salah. Tapi itu di mata Su! Su tak fikir ke sebab lain mama
buat macam tu? Su tak fikir! Mama sebenarnya nak kita ni jumpa ibu kita.
Hubungan yang renggang sejak kecil tu kita kena sambungkan kembali!” Panjang
lebar kata-kata Rozairul. Sabarnya ada had juga. “Dan Su kena ingat, selagi dia
bergelar ibu kita, selama itu dia tetap ibu kita. Walau seteruk mana pun dia, walau
jahat mana pun dia, kita wajib hormatkan dia sebagai seorang ibu, sebagai
wanita yang telah melahirkan kita. Ingat tu!” Sambung Rozairul.
Namun,
Suriya tetap berkeras. Dia berlalu ke biliknya tanpa menghiraukan kata-kata
Rozairul. Rozairul buntu. Kerana peristiwa lalu, Suriya jadi keras hati.
Tersangat sukar untuk Suriya maafkan kesalahan ibu mereka.
Keras hati betul Suriya ni....bila agaknya dia nak ok dgn bos besar dia tu....bila agaknya rozairul akan jumpa iddin....
BalasPadamkenangan lama buat suriya keras hati.. peristiwa lama.. dah x lama ni rozairul akan jumpa iddin..
BalasPadamhehehe...habis la iddin kena marah ngan suriya..boleh pula diaorang beperang ya
BalasPadamkak Norainai I LOVE U hehehe....siap cakap bayar hutang lagi ya
apa la yg suriya tu marahkan ya kat ibu bapa angkat dia....?
wahhhh rozairol sorang yg lembut hati juga ya
Kak Noraini balas balik; I LOVE U TOO.. Muahahaha... Well2, kita tunggu n lihat... Mak angkat suriya pernah bawa mak kandung 2 beradik ni jumpa suriya, rozairul blh terima.. Mgkin sebab dia dah matang tp suriya x boleh terima.. Tu yg dia marah sgt tu... Huhuhu
BalasPadamsmbng lagiiiiiii... ♥
BalasPadamTq dear...;)
BalasPadam