Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Jumaat, 3 Ogos 2012

EPISOD CINTA HarLys:BAB22

**salam semua... n3 kali ni pendek je.. tp lebih baik ada dr xde langsung kan... harap terhibur...:)

*****************************************************************

“LYS!” Tempikkan dari corong Iphone 4 miliknya buat Arlyssa pantas menjauhkan telefon pintar itu sedepa dari telinganya. Mahu pekak sebentar dia.

“Heh! Apa hal korang ni?” Jerkah Arlyssa.

“Apa kita orang pulak? Kau tu. Mana kau hilang? Lama giler tak jumpa kau!” Balas Didi geram. Heh, aku ambik tahu pasal dia tu dah kira bersyukur sangat, kalau aku tahu macam nilah cara dia jawab panggilan, baik terus diam aje. Dengus Didi. Izzati disebelahnya sibuk duk mengenggol siku ke lengannya. Ni seorang lagi, sibuk betul!

“Hmm.. Aku ada aje ni,” malas Arlyssa menjawab. Kepalanya sedang memberat tika itu. Dapat pulak panggilan mengejut dari Didi.

“Kau ada kat mana ni? Jauh aje aku dengar suara kau ni. Eh, dah lama kau tak join kita orang. Rindu dengan kau la wei!” Telefon berubah tangan. Izzati pulak yang berbual dengan Arlyssa.

“Aku ada kat somewhere, kat mana tu biarlah rahsia. Eh, aku ada hal ni, lain kalilah kita borak panjang,” balas Arlyssa.

“Weh! Helo, helo. Lys,” panggil Izzati.

“Dia dah letak tu, bak sini handphone aku. Macam mana? Puas hati? Buang kredit aku aje telefon dia!” Dengus Didi. Izzati termanggu seperti kebingungan.

“Hei, kau ni kenapa pulak?” Soal Didi sambil menolak bahu Izzati. Apa kes pulak minah ni? Macam orang tak betul pulak!

“Hmm.. Aku tengah fikir ni. Kau tak rasa pelik ke dengan Lys tu? Tiba-tiba hilang. Lepas tu bila kita call dia buat endah tak endah aje,” luah Izzati.

“Apalah yang nak pelikkan dengan si Lys tu. Bukan kau baru kenal dia, dah bertahun kan kita kenal dia. Dah masak sangat dengan perangai dia. Lagi pun dia kan selalu hilang macam tu. Anak orang kaya Zati, bukan anak orang biasa-biasa macam kita ni. Orang ada duit, nak ke mana pun ikut suka hati aje. Dapat lagi anak manja macam Lys tu.” Selamba Didi berkata. Tapi betul jugak apa yang Didi cakapkan.

“Hmm.. Betul jugak kata kau.” Sokong Izzati.

“Memang betul pun. Heh, sampai bila kau nak duduk kat sini ni? Bangla tu dah tengok semacam aje,”

“Eh, kita bayarlah, bukan duduk free.” Bangkang Izzati. Pantang betul kalau tengah-tengah syok sembang ada yang mengacau.

“Dahlah tu, jomlah.” Ajak Didi.

“LYS, mana fail kewangan syarikat?” Harith menyoal. Nampak best sangat duk landing atas katil tu.

“Ada atas meja tu,” jawab Arlyssa dengan mata yang tertutup rapat. Dia nak gunakan hari minggu itu sebagai hari rehat sepenuhnya. Dia nak tidur aje. Letih tau tak bila hari-hari mengadap kerja aje. Keluar pagi, malam baru balik.

Fail berwarna putih itu Harith capai dan belek sehelai demi sehelai sambil berdiri. Ekor matanya mengerling ke arah Arlyssa yang sedang enak melayan mata yang mahu tidur kembali.

“Tak elok tidur selepas solat subuh. Orang tua-tua cakap nanti rezeki susah nak masuk.” Tegur Harith sambil duduk di birai katil. Ayah dan emaknya paling pantang kalau anak-anak mereka tidur selepas solat subuh. Nanti rezeki jadi mahal, kata mereka. Dan kata-kata itu Harith pegang hingga sekarang.

Arlyssa diam. Malas nak layan Harith. Mamat ni membebel aje yang dia tahu. Kalah perempuan! Letih aku nak menadah telinga. Hati Arlyssa berkata. Badan dia tiarapkan dan muka di sembamkan di atas bantal.

“Lys, bangunlah. Sarapan kat luar jom,” ajak Harith. Dia tak nak Arlyssa sambung tidur.

Dia tak nampak ke aku nak tidur ni? So, apa ke halnya nak ajak sarapan kat luar? Dah nampak aku baring macam ni, sah-sahlah aku tak nak keluar ke mana-mana. Gumam Arlyssa di dalam hati.

“Lys, Lys.”

“Apa lagi?!” Bentak Arlyssa. Dah aku diam tu maknanya aku tak naklah tu!

“Bangunlah, teman saya sarapan kat luar,” ujar Harith.

“Tak nak!” Bentak Arlyssa.

Apa yang aku ajak semua tak nak. Habis, apa yang nak? Membuta sampai petang? Soal Harith dalam hati.

“Jomlah,” Harith tarik tangan Arlyssa, memaksa Arlyssa untuk bangun.

“Hei! Apa ni?” Melenting Arlyssa yang sedang enak-enak berbaring.

“Saya suruh bangun susah sangat awak ni,” sungut Harith. “Nak bangun ke tak?” soal Harith.

“Yalah, yalah.” Harith angkat punggung selepas mendengar jawapan Arlyssa.

“Makan kat rumah macam biasa tak boleh ke? Rimas betul!” Walau perlahan, rungutan Arlyssa masih didengari Harith. Laju tubuh Harith berpusing, berdepan dengan Arlyssa.

“Hubungan kita ni suami isteri kan? Hubungan sepasang suami isteri itu halal. Jadi, saya halal nak bawa awak ke mana saja. Tak boleh ke saya nak bawa isteri saya keluar makan? Okey, kalau tak boleh, hukum mazhad mana yang awak ikut? Ada tertulis dalam Al-Quran ke?” Pedas kata-kata Harith menampan telinga Arlyssa.

Arlyssa terdiam.

“Cepat mandi, siap. Yang saya tahu, lima belas minit siap!” Tegas Harith memberikan arahan.

“Huh!” Dengus Arlyssa tak suka.

NAK pergi mana ni?” mulut yang tadinya diam seribu bahasa mula bersuara.

Makan sudah, nak pergi mana pulak ni? Terus balik tak boleh ke? Omel Arlyssa di dalam hati. Hiiii... tak suka betul kalau buat keputusan sendiri ni.

“Saya nak bawa awak jumpa seseorang,” mendatar Harith menjawab.

“Siapa?” Nak bawak aku jumpa siapa pulak ni? Mata aku dah memberat ni. Protes Arlyssa dalam diam. Dia dah berkira-kira di dalam hati mahu sambung tidur sebaik saja sampai di rumah nanti.

Harith sengaja mengunci mulut. Dia berpura-pura tak dengar akan soalan dari Arlyssa itu.

“Nak bawa saya jumpa siapa?!” Tinggi suara Arlyssa mengulang soal. Dan Harith tetap dengan pendiriannya. Membisu seribu bahasa.

“Huh!” Dengus Arlyssa kuat sambil berpeluk tubuh dan memandang ke luar dengan mata bersinar garang.

Setengah jam perjalanan yang Arlyssa tempuhi membawanya ke daerah yang sangat asing dipandangan mata. Kat mana ni? Kawasan itu di kiri dan kanannya dikelilingi oleh deretan pokok-pokok besar. Mata Arlyssa masih tak jemu memandang sekeliling bersama dengan tanda soal besar di atas kepala. Kereta yang dipandu Harith berhenti mendadak di hadapan sebuah rumah separa kayu. Rumah siapa pulak ni? Hati Arlyssa menyoal lagi.

Brek tangan Harith tarik dan pintu kereta dia tolak.

“Eh, rumah siapa ni?” Arlyssa menyoal lagi.

“Keluarlah dulu. Nanti awak tahulah rumah siapa.”

Haji Ahmad sedang berada di belakang rumah kerana mengerjakan tanah sekangkang kera untuk bercucuk tanam. Keluar juga peluh daripada tak buat apa-apa kerja. Suara orang memberi salam yang sayup-sayup di pendengarannya buat dia berpaling. Sabit di tangan dia simpan kembali ke dalam sarungnya dan melangkah ke depan rumah.

“Waalaikumussalam. Lah, kamu rupanya, ayah ingatkan siapalah tadi,” sahut Haji Ahmad.

“Ayah kat kebun ke? Along ingatkan tak ada orang, sunyi-sepi aje rumah,” Harith menyalami tangan tua ayahnya.

“Haah, ayah nak menyabit sikit, kat hujung kebun tu dah naik semak. Lalang tinggi sungguh kat situ. Emak kamu tak ada ni, Balkish bawa ke pasar. Katanya nak beli barang dapur.” Terang Haji Ahmad.

“Balkish ada balik? Senyap aje budak bertuah ni,” rungut Harith. Biasanya kalau Balkish balik pasti bingit telinganya mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Sikit-sikit telefon.

Sementara itu di dalam perut kereta, Arlyssa masih mematungkan diri. Di dalam hati sudah pelbagai sumpah seranah dia lemparkan kepada Harith. Boleh pulak duk borak panjang! Habis aku ni apa? Tunggul kayu ke?!

“Eh, pergilah naik dulu. Ayah nak sambung kerja yang tak sudah lagi tu,” Haji Ahmad sudah mahu kembali semula ke kebun. Tapi suara Harith telah menghalang langkahnya.

“Err.. ayah, sebenarnya.. err.. sebenarnya.. Along ada bawa balik seseorang.” Tergagap-gagap Harith berbicara.

“Seseorang? Siapa?” Dahi Haji Ahmad sudah berkerut.

Lantas Harith kembali ke keretanya. Pintu di sebelah penumpang dia buka.

“Lys, keluarlah.” Bisik Harith perlahan. Dia tak nak Haji Ahmad mengesan riak tak suka di wajah Arlyssa. Dalam tak suka, Arlyssa turuti juga arahan Harith. Tangan Arlyssa dia tarik supaya mengikuti langkahnya.

“Ayah, ni Arlyssa. Isteri along,” perkenal Harith.

Wajah tua itu jelas terperanjat dengan berita yang baru sahaja keluar dari mulut anak sulungnya. Siapa sangka, anak yang pendiam itu akan bawa balik seorang perempuan yang bergelar isteri, bukannya kekasih, bukannya tunang tapi ISTERI. Selama ini Puan Hasnah sibuk mahu menjodohkan Harith dengan anak teman-teman mereka. Sekarang, nah mereka sudah punya menantu! Entah macam manalah penerimaan Puan Hasnah nanti.

Harith mencerlung ke arah Arlyssa. Dia mengisyaratkan menyuruh Arlyssa menyalami tangan Haji Ahmad. Lambat-lambat Arlyssa hulur kedua belah tangan untuk bersalam. Haji Ahmad mengusap kepala Arlyssa yang tunduk mencium tangannya. Sejuk hatinya. Dia berharap isteri yang Harith pilih sama acuan dengan mereka.

“Bila along kahwin? Kenapa emak dan ayah tak tahu?” Haji Ahmad bertanya. Caranya dan cara Puan Hasnah berbeza sekali. Dia lebih senang berdiplomasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Tapi Puan Hasnah lebih suka meluahkan rasa hati tanpa soal selidik terlebih dahulu.

“Err.. kita naik dulu, yah. Nanti along ceritakan semuanya.”

“ALONG! Apa semua ni?!” Berang dan tinggi suara Puan Hasnah menyoal. Terperanjat Arlyssa, Haji Ahmad dan Harith yang berada di ruang tamu. Mereka tak sangka Puan Hasnah akan pulang seawal ini.

“Along, mak tanya ni. Apa semua ni? Ni, perempuan ni. Siapa dia ni?!” Puan Hasnah mengulang soalannya tadi. Tangan sudah bercekak di pinggang. Dadanya berombak hebat.

Arlyssa gerun memerhatikan tingkah Puan Hasnah yang seperti mahu menerkam mangsa pada bila-bila masa sahaja. Ini ke mak mertuaku? Garangnya!

Balkish yang berada di luar rumah, sedang mengangkat barang-barang yang dibeli di pasar tadi terkejut kerana suara memetir Puan Hasnah. Apa hal pulak dengan mak ni? Bersungguh benar mak marah. Tapi mak marah kat siapa? Barang-barang di tangan dia tinggalkan kembali di dalam bonet kereta. Jejak langkah Puan Hasnah dia turuti.

“Mak, bertenang dulu mak. Biar along terangkan satu persatu. Mak duduk dulu,” Harith cuba berlembut dengan Puan Hasnah. Apabila emaknya sudah menyinga begitu, bukan senang mahu pujuk.

“Along, ada apa ni? Siapa perempuan tu?” Tiba-tiba Balkish mencelah. Dia berdiri di belakang Puan Hasnah. Nak masuk ke dalam rumah tak boleh pulak sebab Puan Hasnah sedang bercekak pinggang di muka pintu rumah.

“Nak terangkan apa lagi? Telinga mak ni belum pekak lagi. Mana mak nak letak muka mak ni? Lepas ni hebohlah satu sampung. Anak Haji Ahmad kena tangkap basah! Anak Haji Ahmad yang mana? Alah, yang peguam tu!” Puan Hasnah mengajuk cara orang kampung bercerita tentang mereka sekeluarga. “Masa tu malu kita sekeluarga. Kat mana kita nak letak muka ni? Cakap along, kat mana?!” Jari telunjuk Puan Hasnah lurus tertunding ke muka sendiri. Ekor mata Puan Hasnah menjeling tajam Arlyssa.

“Hasnah! Awak tak dengar dari hujung pangkal, sedap-sedap mulut awak aje nak kata itu ini. Boleh tak awak duduk dan dengar dulu apa yang along nak cerita? Boleh?” Haji Ahmad mula campur tangan. Dia geram sebenarnya dengan serangan Puan Hasnah yang membabi-buta itu.

“Huh!” Dengus Puan Hasnah.

8 ulasan:

  1. lepas ni ye... lepas konflik dgn mak mertua ni, lys mula slow down.. tu kena tunggu ye..:)

    BalasPadam
  2. Ah sudah Puan Hasnah dah mengamuk...-_-#
    Harap-harap ibubapa Harith dapatlah terima Arlyssa...#^_^

    BalasPadam
  3. jeng jeng jeng. msk lah HARITH lepas ni diserang b'tubi2 oleh Pn hasnah.... cptcpt fieyza smbg x sabar nok tahu ni apa pndangan pn hasnah t'hapad MENANTU t'kejut nya "arlyssa"

    BalasPadam
  4. Hahahahaha... Sekali kena serang dgn mak dia daaa... Sabar3.. Ada lg n3.. Tgguuu...;)

    BalasPadam
  5. alahhhh, kak, pendeknya en3, heeehehe

    BalasPadam
  6. maaf ye cik writer saya tak puas baca sbb pendek sangat. moga allah lapangkan fikiran utk anda terus berkarya

    BalasPadam
  7. lyana; alahai.. ni je yg termampu..*saja nk mndera org spy mnunggu.. hehehe

    oni; terima kasih dear.. harap2nya begitulah..:)

    BalasPadam