Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 27 Ogos 2012

EPISOD CINTA HarLys:BAB24

KERANA tak senang duduk di dalam bilik, Arlyssa akhirnya melangkah keluar dari bilik. Asalnya dia mahu menyiapkan kerja pejabat yang ada sedikit yang belum siap tapi fikirannya lebih tertumpu kepada Harith. Wajah keruh Harith menari-nari di ruang mata. Selepas peristiwa siang tadi di rumah keluarga Harith atau lebih tepat lagi, rumah mentua Arlyssa, wajah Harith keruh. Tiada lagi senyuman yang selalu tersungging di bibir itu. Susah hati Arlyssa jadinya. Kalau setakat muka saja yang keruh tak apa, ni dengan mulut sekali bisu. Rumah tu jadi macam dia sorang je yang tinggal. Sunyi-sepi.

Kakinya melewati sofa di ruang tamu, tempat beradu Harith. Tapi Harith tiada di situ. Eh, mana pulak dia ni? Keluar ke? Jam sudah melewati pukul 12.00 tengah malam. Takkan keluar kut. Langsir yang mentupi tingkap jeriji dia selak sedikit. Kereta ada tapi dia ke mana? Gumam hati kecil Arlyssa. Tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang di halaman rumah. Sedang duduk di atas bangku batu. Di situ rupanya dia.

Lalu, Arlyssa ke dapur. Mungkin dia boleh buatkan sesuatu yang boleh meredakan kegelisahan Harith. Walau tak banyak, sedikit pun jadilah kan.

Harith termenung sendirian di luar rumah. Telefon bimbit dia biarkan terdampar di atas meja batu itu selepas berbual dengan Balkish sebentar tadi. Bibirnya mengeluh lagi. Wajah Puan Hasnah yang menyinga kembali ke terlayar di ruang matanya. Masalah besar baru sahaja bermula. Dia tak tahu nak lakukan apa lagi. Di sana emak, di sini isteri. Huh! Pening, pening.

Tiba-tiba ada segelas mug ditolak ke depan Harith. Pantas dia panggung kepala. Matanya bertembung dengan mata Arlyssa. Arlyysa duduk berhadapan dengan Harith, pandangan Harith tidak dia hiraukan.

“Err.. apa yang awak menungkan tu?” Mug di tangan kanan dia bawa ke bibir, mahu menutup kegugupan diri.

Senyap. Sunyi. Sepi. Soalan Arlyssa disambut angin malam. Beberapa ketika, perasaan mereka terbuai bersama bunyi cengkerik malam. Sampai bila nak senyap macam ni? Arlyssa kegelisahan apabila soalannya dibiarkan sepi. Nak angkat punggung rasa mcam tak wajar je.

“Haih, bulan bintang. Tak ada ke yang nak bercakap dengan aku. Ah ha, kerusi o kerusi. Meja o meja. Marilah berborak dengan aku. Aku boringlah. Semua pakat senyap, habis aku nak bercakap dengan siapa? Alahai.” Arlyssa tiba-tiba merungut sendirian.

Harith tersentak. Arlyssa betul-betul memperlinya.

“Alahai, kesian orang tu kena cakap dengan bulan dan bintang pulak. Bulan bintang senyap, kerusi meja pulak dia ajak bercakap. Haih. Kesian.” Harith tersenyum. Kata-kata Arlyssa sedikit menjentik rasa hatinya.

“Habis, dah semua diam. Baiklah bercakap dengan mereka. Ajak orang kat depan ni bercakap. Sampai sudah diam seribu bahasa. Macam mana nak bercakap macam tu.” Arlyssa buat muka sedih dan dengan nada suara sayu. Pergh! Memang pelakon terbaiklah!

“Hmm? Ya? Selama ni saya bercakap sorang-sorang, orang kat depan ni tak nak layan, saya tak kisah pun. Nampak macam saya je yang terhegeh-hegeh kan?” Lembut tapi menusuk ke jantung balasan Harith.

Tersentak Arlyssa. Giliran dia pulak yang terdiam. Dush! Ambik kau! Terkena atas batang hidung sendiri. Hujung mug dia bawa ke bibir.

“Saya masuk dulu,” pantas dia berdiri.

Okey, fine! Kalau nak main sindir-sindir, baik aku masuk dulu. Tak pasal-pasal hati sendiri panas!

“Aik, dah nak masuk ke?” Tangan Arlyssa dia capai dan digenggam perlahan. Dan langkah Arlyssa terpasak ke bumi.

“Hmm...” malas Arlyssa membalas. Tangan kanannya dia biarkan di dalam genggaman Harith.

“Hai, saya baru usik sikit dah nak lari. Sensetif jugak awak ni,” Harith ketawa perlahan. Tangan Arlyssa dia usap perlahan.

Giliran Arlyssa pula terdiam dan mematungkan diri. Harith bangun. Dari hujung tangan, jarinya merayap ke lengan Arlyssa dan berhenti di bahu isterinya. Arlyssa sudah seram sejuk. Apa dia nak buat ni?

“Duduklah dulu, temankan saya. Eh, kenapa dengan awak ni?” Apasal dengan bini aku ni? Takkanlah kena pegang macam ni dah kejung kut! Harith kepelikkan.

“Hah? Err... Tak ada apa-apalah.” Gugup Arlyssa menjawab. Harith pasang senyum di pinggir bibir. Hatinya bagai digeletek. Hampir-hampir terketawa dia.

Wajah dia rapatkan ke tepi telinga Arlyssa. Spontan pipi kiri Arlyssa dia sentuh dengan bibir. Sekali lagi Arlyssa tersentak.

“Awak kenapa?” Harith berbisik di tepi telinga Arlyssa. Sengaja dia mahu melihat reaksi Arlyssa.

Arlyssa dah tak tahu nak bagi reaksi yang bagaimana. Kakinya bagai terus terpasak ke bumi dan kepalanya tergantung di langit. Sabar Lys, dia sengaja nak uji kau tu. Suara hati memujuk dirinya. Tiba-tiba pingangnya pula terasa dipaut. Arlyssa sudah tak senang duduk. Kalau boleh, dia mahu terus tebang masuk ke dalam bilik tika itu juga. Itu pun kalau dia punya sepasang sayap. Semuanya akan berlaku dengan perkataan kalau....

Harith mendaratkan sebuah kucupan di belakang tengkuk Arlyssa. Bibirnya makin meliar. Arlyssa sesak nafas! Tolong! Tolong! Hatinya meronta hebat. Hidungnya bernafas seakan tidak cukup udara.

“Awak, saya period.” Tanpa nada Arlyssa memberitahu. Suaranya sangat perlahan. Nak kata berbisik pun ya.

So? I just want hug, touch and kiss you. Tak salah kan?” Pipi mereka sedang berlaga tika itu.

Arlyssa kehilangan kata-kata dengan jawapan Arlyssa itu. Makinlah buat dia bernafas laju.

“Awak tak malu ke kalau ada orang nampak?” Arlyssa menyoal lagi.

Hadoilah! Arlyssa ni kan! Harith geram dengan soalan demi perlakuan Arlyssa.

“Cuba awak tengok di kiri dan kanan rumah ni. Ada rumah orang ke? Tak ada kan? Hanya ada semak samun sahaja. Apa yang awak takutkan sangat ni?” Pelukan di pinggang Arlyssa masih utuh. Terlupa seketika masalah yang dia hadapi apabila dapat usik Arlyssa begitu. “Saya tak makan orang,” bisik Harith betul-betul di tepi telinga Arlyssa.

Tiba-tiba, telefon bimbit Harith berbunyi yang telah mematikan langkahnya. Hisy, aku baru nak mesra-mesra, dah ada yang mengacau! Nak tak nak terpaksalah dia lepaskan pautan pada pinggang Arlyssa. Isterinya apa lagi, bila dah dapat peluang, terus dia loloskan diri dan masuk ke dalam rumah.

Fuhh!! Selamat!” Bibir Arlyssa menyebut perlahan.

Masuk saja ke dalam bilik, cepat-cepat dia tutup pintu bilik dan dikunci. Badan dia sandarkan pada belakang pintu. Tapak tangan didaratkan di dada. Degupan kencang jantungnya masih lagi terasa laju. Apa kes entah mamat tu malam ni. Suka hati je nak pegang-pegang aku, nak cium aku. Hiiiii....

Spontan tangannya menyentuh pipi kiri, tempat Harith cium tadi. Walau tadi terasa seperti mahu marah Harith tapi kini bibirnya mengukir senyum suka. Haih, dah nama pun perempuan. Siapa tak suka dimanja, dibelai begitu?

“MASUK!” Arah Harith kepada si pengetuk pintu. Ni mesti Kak Mas. Harith membuat telahan sendiri.

Malik melangkah masuk ke dalam bilik Harith dengan perasaan penuh ragu-ragu. Dia takut jika Harith tak senang dengan kedatangannya ke bilik teman yang pernah rapat dengannya. Tanpa Harith, firma guaman ini tidak akan wujud. Tapi disebabkan perempuan, hubungan baik mereka berantakan. Entahlah. Kepala Harith yang tertunduk dia pandang.

“Ada apa Kak Mas?” Harith menyoal sambil kepala menunduk, dia masih khusyuk memandang fail kes di tangan.

“Err... Rith,”

Mendengar saja suara itu, Harith terus angkat kepala. Nampaknya tekaannya salah. Wajah Malik dia pandang lama. Dia tak rasa pun yang dia ada salah dengan Malik. Cuma perbalahan hari tu saja yang buat segalanya berubah. Terutamanya hubungan kawan baik antara mereka yang telah dibina lama, hancur begitu sahaja.

“Rith, aku nak mintak maaf pasal hari tu. Aku tahu, aku tak sepatutnya kata macam tu kat kau. Aku.. Err.. Aku tak dapat kawal emosi aku.” Ujar Malik.

Harith terdiam seketika. Hmmm...

Its okey. Aku tak ambik hati pun.” Balas Harith.

Dia bangun dan menghulurkan tangan. Malik menyambut huluran Harith.

Friend?”

Friend!” Sambut Malik.

So, kosong-kosonglah ni.” Harith ketawa perlahan. Mereka ni betul-betul macam budak-budak.

“Jom keluar makan, dah lama tak lepak-lepak dengan kau.” Malik mengajak.

“Hahahahaha.. Okey, okey. Aku kemas fail sekejap.”

“MA!” Sergah Syed Yusri mengejutkan mamanya.

“Oh mak kau! Anak bertuah ni! nasib baik mama pegang serampang tangan ni, kalau mama pegang pisau, ada jugak yang tercedera.” Marah Puan Aini.

Syed Yusri tergelak kuat. Mama, mama. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi taman sambil memerhatikan tingkah Puan Aini.

“Mama ni, along balik pun mama tak sedar. Syok sangat duk layan bunga dia tu.” Balas Syed Yusri selepas ketawanya reda.

“Hmmm.. Along nak minum petang?”

“Ada kuih ke? Boleh jugak tu.” Tali leher yang menjerut di batang leher dia rungkai dengan tangan kiri.

Lantas Puan Aini memanggil Bibik Nor dan mengarahkan pembantu rumahnya itu menghidang minum petang untuk Syed Yusri.

“Along, macam mana dengan syarikat?” Puan Aini tiba-tiba menyoal.

Syed Yusri menghela nafas perlahan.

“Semalam Pak Cu telefon. Malasalah di cawangan Terengganu hampir diselesaikan. Bukti sudah ada, cuma menunggu untuk dihadapkan ke mahkamah saja.” Terang Syed Yusri.

“Siapa dalangnya?” Ini yang Puan Aini mahu tahu sangat.

“Pengurus besar di cawangan sana. Buat kerja jahat pun bukannya kaya.” Syed Yusri mengeluh. Itulah orang kita, bila nampak duit banyak depan mata terus gelap mata.

“Hmm.. Harith masih terlibat?”

Bibik Nor muncul sambil membawa dulang berisi set cawan dan sepiring kuih mek comel. Usai menghidang, Bibik Nor masuk kembali ke dalam rumah. Puan Aini menyuruh dia membersihkan stor di belakang kerana seperti sudah dimasuki anai-anai.

“Hmm.. Harith terpaksa terlibat sebab dari awal lagi dia yang handle kes ni. Tapi kan ma, memang teruklah pengurus besar tu. Boleh dikatakan hari-hari tak masuk pejabat. Bila ditanya, macam-macam alasannya. Itu yang Lys bagi tahu minggu lepas.”

“Makan harta haram takkan kenyang. Tengoklah sekarang, dia mesti tak senang duduk.” Air kopi kosong dia tuang ke cawan Syed Yusri.

“Mama tak minum sekali?” Cawan sudah diangkat ke bibir. Saat air kopi menuruni rengkung, dia terasa nikmatnya. Puan Aini menggelengkan kepala.

“Mama dah minum kat dapur tadi. Lagi pun mama kan tak minum kopi. Haih, sejak bila anak mama jadi pelupa ni?”

Syed Yusri menepuk dahi. “Sorry ma, lupa.” Dia tersengih seperti kerang busuk. Puan Aini memang tak minum sebarang minuman berkafein dan manis. Sejak akhir-akhir ni, paras gula dalam darah Puan Aini sedikit tinggi. Hanya air masak yang menjadi penemannya kini.

“Awal along balik hari ni. Selalunya selagi tak tengah malam memang tak akan nampak batang hidung.” Puan Aini menegur.

“Hmmm... Letihlah ma. Sebab tu along keluar awal. Kerja tu entah bilalah nak habis.” Syed Yusri mengeluh. Belakang tengkuk dia urut dengan tangan kanan. Terasa sangat lenguh di bahagian itu.

“Hai, dah pandai merungut nampak. Sebelum ni tak ada pun nak merungut. Walau lewat macam mana pun balik kerja, muka tu steady je. Hari ni baru terasa penat ke?” Sindir mamanya.

“Mama ni. Bukan nak tolong urut, perli lagi adalah!” Syed Yusri buat muka cemberut tanda dia tak puas hati dengan sindiran mamanya.

“Mama pulak kena urut? Sepatutnya urut-mengurut ni bukan lagi tugas mama, along. Tu semua tugas isteri along. Haih, sampai bila nak macam ni? Asal suruh kahwin, banyak benor alasannya. Along ada sembunyikan apa-apa dari mama ke?” Sudah letih mulut Puan Aini menyuruh anak sulungnya itu mencari suri hati tapi kata-katanya dibiarkan bagai angin lalu. Tak berkesan sedikit pun.

“Mama dah mulalah tu. Tak sukalah mama timbulkan part kahwin-kahwin ni. Boringlah ma,” rungut Syed Yusri.

“Habis sampai bila along nak bujang macam ni? Semua adik-adik dah kahwin, along je yang masih macam ni,” Puan Aini berjeda seketika. “Along, sekarang ni mama ada lagi, bolehlah mama jaga along. Nanti bila mama dah tutup mata, siapa nak jaga along? Sampai bila along nak macam ni?” Tambah Puan Aini.

“Bibik Nor ada, ma. Ha, nanti biar Bibik Nor jaga along,” Syed Yusri tersengih lagi. Dia cuba berlawak dengan mamanya. Tak sukalah kalau mama asyik bangkitkan perihal kahwin, isterilah. Bukan masanya lagi.

“Hah, kalau macam tu baik kahwin terus dengan Bibik Nor. Senang!” Selamba Puan Aini membalas. Geram dia dengan perangai Syed Yusri. Suka betul main-main.

“Tak adalah sampai kena kahwin dengan Bibik Nor. Dah melampau tu.”

“Habis? Kalau nak sangat Bibik Nor uruskan along, baik kahwin terus.”

Mama ni! Orang main-main je, dia ambik serius pulak! Dengus Syed Yusri di dalam hati.

Syed Yusri angkat punggung. Dah malas nak berlawan cakap dengan mamanya. Alih-alih dia jugak yang terkena.

“Aik, nak pergi mana tu? Dah nak lari ke?” Sempat Puan Aini menegur.

“Hmmm.. Nak mandi, dah melekit badan ni.” Jawab Syed Yusri beralasan. Dia malas nak melayan topik perbualan Puan Aini. Asyik-asyik kahwin.

Puan Aini menggelengkan kepala. Entah sampai bilalah anak sulungnya akan begitu? Asyik nak mengelak je. Dia menyambung kembali kerja-kerja membuang rerumput kecil dari dalam pasu bunga.

6 ulasan:

  1. Best....#^_^
    Harith semakin berani mengusik Lyss sekarang ni...hehehe

    BalasPadam
  2. makin best larh... he3... ;p

    BalasPadam
  3. amboi2..harith da mkin mju plak ea..

    BalasPadam