SURIYA
berpeluk tubuh. Tubuh disandarkan pada kerusi penumpang. Muka masam mencuka.
Tanda dia sedang menunjukkan rasa protes. Okey, siapa suka kena paksa? Dia
sangat-sangat tak suka! Walaupun selama ni Rozairul mengongkong hidupnya, tapi
Rozairul tak pernah paksa dia macam ni. Sikit lagi dia hampir-hampir kena heret
depan semua pekerja IMIA Technology Sendirian Berhad. Peristiwa setengah jam
yang lalu kembali terimbau di fikiran.
Suriya
sedang sibuk menyiapkan kerjanya. Bunyi deringan telefon betul-betul mengganggu
kelancaran kerja-kerjanya. Ni siapa pulak yang call ni? Tak tahu ke aku tengah busy
gila ni. Nak tak nak, ganggang telefon dia bawa juga ke tepi telinga. Kalau
biarkan terus, bunyi deringan itu benar-benar membingitkan telinga. Tambah
menyerabutkan otak!
“Helo!”
Kasar Suriya menyapa si pemanggil.
“Helo
cik Anggerik. Awak dah lupa ke janji kita?” Suara di hujung talian menyapa
telinga. Siapa ni? Bos besar ke? Wait a
minute! Dia sorang je yang
panggil aku Anggerik. Orang lain panggil Su atau Suriya aje.
“Janji
kita? Bila pulak saya berjanji?” Berani dia menyoal balas.
“Kan
tadi saya ajak awak jumpa client
tengah hari ni. Takkan dah lupa kut.”
Jumpa
client? Tengah hari ni? Pap! Suriya tepuk dahi sendiri. Macam
mana aku boleh lupa ni. Aiseh! Tangan
di angkat separas bahu dan matanya membulat memandang jam dipergelangan tangan.
Sudah pukul 12.10 tengah hari.
“Err…
tapi saya tak cakap pun nak ikut encik. Encik yang buat keputusan sendiri,”
entah dari mana datang angin nak menjawab kata-kata Iddin. Betul apa. Suriya
tak berjanji pun nak ikut serta tapi Iddin yang memaksa dia ikut serta.
“Saya
dah cakap tadi, no more excuses! Di
sini saya bos dan awak pekerja. Awak wajib patuh setiap arahan saya selagi awak
bergelar pekerja IMIA Technology Sendirian Berhad. Ada faham? Atau awak nak
saya heret awak dari meja awak ke parking
lot ni? Awak pilih mana satu yang awak nak. Yang saya tahu, sepuluh minit, awak
dah terpacak kat sini.” Iddin sedang menggunakan kuasa vetonya sebagai majikan.
“Tapi…”
“Lima
minit. No more excuses!” Tegas
kata-kata Iddin.
“Yalah,
yalah.” Dengan rasa bengang, ganggang telefon dia letakkan kembali ditempatnya.
Tangannya ligat mencapai sebuah buku seakan diari serta beg tangan. Dia pun tak
tahu nak bawa apa. Sebab ini bukan tugasnya.
“Eh,
eh, Su nak ke mana ni?” Noraini tiba-tiba menyoal
“Hah?
Su ada hal sekejap.” Kelam-kabut Suriya menjawab.
“Hal?
Hal apa?”
“Alah,
banyak pulak soalan akak. Balik nanti saya cerita ya. Lagi satu lunch nanti saya tak join. Bye kak.” Tergesa-gesa Suriya menjawab soalan Noraini dan berlalu
dari ruang kerja itu.
“Hal
apa yang penting sangat budak ni?” Noraini garu kepala yang tak gatal. Ah,
balik nanti, aku korek sampai ke lubang cacing. Hehehe… Noraini memasang tekad.
“WAHAI
tuan puteri, sampai bila nak mengelamun kat dalam kereta ni?” Teguran suara
orang sebelah menerbangkan semua peristiwa tadi yang baru menjengah benak
Suriya.
Tanpa
cakap banyak, Suriya tolak pintu kereta dan terus meloloskan diri dari perut
kereta. Iddin menyerahkan kunci kereta kepada pekerja hotel sebelum dia berlari
anak mengejar langkah kaki Suriya. Lajunya dia ni jalan, tak pandang kiri kanan
langsung!
“Anggerik!
Nanti dulu. Awak nak ke mana laju sangat ni?” Selamba Iddin paut lengan Suriya.
“Eh,
apa ni?!” Kerana terkejut, Suriya renggut kasar lengannya dari cengkaman Iddin.
Matanya mencerlung memandang Iddin. Ah, tak kiralah kau ni tuan besar ke bos
besar, sikit pun aku tak heran. Batas
bersama perempuan jagalah sikit. Ini tak, suka-suka hati pegang orang! Mana
Suriya tak berangin.
“Jom,”
Malas
melayan Suriya yang memang berangin sejak masuk dalam kereta tadi, Iddin mempercepatkan
langkah kakinya masuk ke dalam kafe yang diberi nama Borak-Borak. Ruang dalaman
kafe yang ringkas tapi cantik menarik perhatian Suriya. Serius, ini pertama
kali dia jejak masuk ke dalam kafe hotel yang sangat mewah di matanya.
Kafe
Borak-Borak terletak di lobi hotel dan mampu memuatkan seramai 60 orang
pengunjung dalam satu-satu masa. Hidangan di dalam kafe ini lebih kepada pastri
dan kek. Pertama sekali, mata Suriya memandang ke arah deretan makanan yang
terhidang bersebelahan dengan kaunter. Makanan ringan-ringan aje? Nasi-nasi tak
ada ke? Sudahlah perut tengah berkeroncong ni!
“Duduk.”
Iddin mengarah. Terperanjat Suriya. Asyik sangat dia meneliti menu dalam kafe
sampai tak sedar mereka sudah sampai ke meja yang dituju.
Dia
duduk. Tapi, mana client yang
dikatakan itu? Meja yang mereka duduk masih kosong tak berpenghuni. Atau bos
besar ni sengaja tipu aku, cakap nak jumpa client.
Tapi mahu keluar lunch dengan aku. Mana
tahu ada agenda tersirat. Kepala Suriya terfikirkan perkara yang bukan-bukan.
“Sorry Encik Iddin, kami terlewat
sedikit. Jalan jammed teruk tadi, ada
accident atas highway.” Tiba-tiba satu suara asing menyapa telinga Suriya.
Kepala
mendongak ke atas, mahu melihat siapakah client
yang dikatakan itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Suriya ukir senyum
segaris.
“Tak
apa, saya pun baru sampai jugak. Oh, lupa pulak. Ni Suriya, web developer syarikat kami,” perkenal
Iddin. Tercengang Suriya seketika. Tangan menyambut salam si perempuan.
“Oh,
ingatkan secretary baru you. Hai, I Emma,”
kata Emma selamba. Apa muka aku ni macam secretary
si Iddin ni ke? Protes Suriya di dalam hati.
“Syamsul.”
Suriya
menundukkan kepala ke arah Syamsul yang menghulurkan tangan untuk bersalam.
Kelat wajah lelaki itu sambil menarik kembali tangannya yang terbiar disambut
angin lalu.
“Apa
kata kita order minum dulu sebelum
kita proceed kepada projek ni,” kata
Iddin sambil menggamit pelayan ke meja mereka.
Kemudian,
mereka meneruskan perbincangan yang dinyatakan itu. Suriya hanya bertindak
sebagai pemerhati. Dia tak ubah seperti patung cendana di tengah-tengah
perbualan itu. Nak menyampuk, rasa macam tak kena aje. Dia bukan orang bisnes.
“OKEY,
dah settle semua. Sebarang
perbincangan nanti bolehlah dilakukan dengan cik Suriya,” Suriya
terpinga-pinga. Dia bagai baru terjaga dari lena. Apa hal pulak sebut nama aku
ni?
“Itu
sudah semestinya,” sambut Syamsul. Syamsul dan Emma bersiap-siap untuk bangun.
“Kami minta diri dahulu,” mereka berjabat tangan dengan Iddin.
“Dah
lama I tak nampak you kat kelab. Apa kes sayang?” Emma melunakkan suara menyoal
Iddin. Dah nak balik tu sempat lagi menggoda bos besar aku ni. Bisik hati kecil
Suriya. Tapikan dari gaya Emma ni, mereka berdua macam ada apa-apa aje. Siap
bersayang-sayang bagai lagi.
“Err…
lately I busy sangat. Maklumlah, projek tengah banyak sekarang ni.” Iddin
memberikan jawapan selamat. Sempat dia kerling sisi wajah Suriya dari ekor
mata.
Sebelum
berlalu, Syamsul sempat kenyit mata ke arah Suriya. Tersentak Suriya. Erk! Apa
kes pulak main kenyit-kenyit mata ni? Suriya pantas kalih pandangan mata ke
arah lain. Dasar lelaki miang! Gatal!
“Awak
nak makan apa-apa lagi?” Iddin menyoal selepas kelibat Emma dan Syamsul tak
lagi kelihatan di ruang mata mereka.
“Nope.” Suriya pandang sekilas jam
tangannya. “Allah! Encik, boleh tak kita balik terus ke pejabat? Saya banyak
kerja ni. Sekarang dah pukul 4.00 petang.” Menggelabah Suriya bertutur.
Sejujurnya kepalanya tidak lepas dari memikirkan perihal kerjanya yang masih
belum surut. Secara zahirnya jasadnya memang berada di hotel mewah ini. Tapi
fikirannya masih kekal di pejabat.
“Hei,
relaks la. Baru pukul 4.00, bukan dah nak maghrib.” Balas Iddin selamba.
Dia
bos besar, senanglah cakap. Tak terasa apa pun. Tugas dia arah pekerja macam
aku ni buat semua projek syarikat. Rungut hati Suriya.
“Dah
sampai ke mana? Ke bulan? Ke dah sampai ke Marikh?” Iddin menyergah sambil memetik
jarinya di hadapan muka Suriya.
“Hah!”
Reaksi spontan Suriya. Kepalanya terangkat sama.
“Tak
payah nak hah-hah sangatlah. Jom.”
Suriya
tolak sedikit kerusi ke belakang dan bangun. Mereka membisu sepanjang
perjalanan balik ke pejabat. Sama seperti mahu datang tadi juga. Kepala Suriya
terfikirkan kembali kata-kata Iddin tadi. Iddin cakap sebarang perbincangan
nanti mestilah dengan dia. Apa fungsi aku dalam projek tu? Mulut ringan mahu
bertanya orang sebelah. Tapi takut kena sergah pulak.
“Err….”
Suriya tak tahu nak mulakan dari mana.
Iddin
menoleh ke kiri.
“Ada
apa?”
“Err…”
Isy, apasal dengan aku ni? Dalam hati sibuk sangat nak tanya tapi
tergagap-gagap.
“Awak
ni kenapa, Anggerik? Dari tadi duk err aje. saya tak makan orang okey,” bidas
Iddin selamba.
Aku
ni dahlah gugup. Dia pulak cakap macam tu. Suriya tarik nafas dalam-dalam.
Nafas kemudian dihembus perlahan-lahan. Bagai sedang mengumpul kekuatan
lagaknya.
“Err…
tadi encik ada cakap dengan mereka, sebarang perbincangan selepas ni boleh
dilakukan dengan saya. Kenapa saya? Apa fungsi saya dalam projek ni?” Akhirnya,
terkeluar juga soalan itu dari mulutnya.
“Awak
tak dengar ke apa yang kami bincangkan tadi?” Soalan berbalas soalan.
Bincang?
Suriya gelengkan kepala. Serius. Dia tak fokus langsung dalam perbualan antara
Iddin bersama Emma dan Syamsul tadi.
“Mana
nak dengar, asyik mengelamun aje,” balas Iddin perlahan. “Syarikat Mewah Padu
Holding mahu syarikat kita buat satu sistem atas talian yang mana sistem ni
berfungsi sebagai bilik pameran bergerak. Seperti kita sedia maklum, syarikat
Mewah Padu Holding adalah sebuah syarikat perumahan yang sangat terkenal dalam
Malaysia. Jadinya mereka mahukan sebuah sistem penjualan rumah atas talian yang
sistematik dan yang paling penting menjimatkan masa para pembeli rumah yang
biasanya tidak mempunyai masa unuk melihat rumah contoh. Sistem begini memang
agak rumit kerana melibatkan barang yang besar dan tak boleh bergerak. Apa-apa
pun, saya nak awak study dulu tentang
perjalanan sistem begini. Sebarang perkembangan terkini saya akan inform terus kepada awak,” panjang lebar
Iddin menerangkan letak duduk perkara sebenar.
“Jadi,
saya yang akan handle sistem ni?”
Sistem pembelian rumah atas talian? Dengar tajuk sudah buat kepala Suriya
berpusing-pusing. Tu belum buat lagi. Adoyai!
“Hmm…”
“Tapi
kenapa saya? Kenapa tidak Huzair atau Maria?” Suriya bukan apa. Dia bimbang
pekerja senior akan boikot dia kerana dia dapat projek besar. Projek dari Mewah
Padu Holding, siapa tak nak? Pasti lumayan upahnya.
“Kenapa
awak? Sebab awak bukan Huzair dan Maria.” Spontan sebaris ayat itu meluncur
keluar dari ulas bibir Iddin. Suriya pelik. Apa punya jawapan tu?
“Err…”
Suriya
tak tahu. Iddin ada rancangan lain di sebalik arahannya menyuruh Suriya uruskan
projek baru ni. Nak tau apa rancangan dia? Kalau Suriya yang uruskan projek ni,
maknanya terpaksalah Suriya stay
sampai ke malam kat ofis. Makanya, dapatlah dia lihat Suriya hari-hari.
Silap-silap, dia boleh tumpangkan Suriya macam semalam. Hehehe…
“Awak
tak nak turun ke? Dah lebih dari lima minit kita tak bergerak-gerak lagi ni,”
Iddin memesongkan topik.
Dah
sampai pejabat ke? Lantas Suriya keluar dari kereta mewah Iddin. Dia berjalan
menonong masuk ke dalam perut lif. Langsung tak hiraukan bos besarnya yang
terkial-kial menapak di belakang.
kenapa saya rasa Iddin ni adalah seoarang yang comeyyy... ai lap him lahhhh
BalasPadamehem3... sudah ada yang jatuh chenta sama Iddin Amsyar nampaknya.. ekekeke
BalasPadamoh...iddin dah pasang jarum hahahahaha.....amboi kak noraini boleh tahan nak korek rahsia orang...lepas ni siap la suriya........fieyza...apasal pendek ja tak puas baca ni
BalasPadamalongnani
hahahahaha... kak nani.... iddin dah mula masuk jarum.. itu fungsi Noraini. sebagai penambah perasa cerita ni.. dia la kaki kepoh, dia jugak yg tukang bagi nasihat kat Suriya nanti... pendek lagi ke ni kak? adeh... susah ni.. huhuhuhu
BalasPadam