Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 10 Disember 2012

EPISOD CINTA HarLys : BAB 37


**salam & selamat malam.. bab 37 dah ada... ada 3 bab je lagi sebelum sy hentikan post ECH.. huhu... semoga terhibur...:)

TUBUH dia rebahkan di atas katil. Pintu balkoni yang terbuka, dia biarkan begitu sahaja. Angin malam yang menerombos masuk amat-amat mendamaikan hati. Dalam masa yang sama memberikan sedikit rasa sejuk kepada Arlyssa yang hanya menyarung sehelai baju tidur yang nipis. Macam sengaja nak goda Harith aje ni. Arlyssa ukir senyum. Tak apa, Harith tak ada. Lepas solat isyak tadi, dia keluar. Nak jumpa kawan katanya sebab ada masalah sikit dengan satu kes yang sedang dia uruskan.
Puas menelentang, Arlyssa pusing tubuh ke kiri. Kemudian ke kanan pula. Terasa bosan pula sebab tak ada teman nak bercakap-cakap. Kalau ada Harith boleh jugak gaduh-gaduh manja gitu. Matanya menangkap sebuah buku di dalam almari kecil. Lantas dia merapati almari itu. Buku La Tahzan. Buku yang dihadiahkan oleh Harith dulu. Jarinya terhenti membelek di muka surat 204. Tajuk yang bertulis Jangan Bersedih Bila Maut Datang Dengan Tiba-Tiba.
Maut! Seru hati kecil Arlyssa. Dia membaca setiap patah yang tertulis sampai tak sedar kaki yang berjalan. Dia bersandar di kepala katil sambil memegang buku di tangan. Sebut perkataan maut teringat waktu-waktu dia hidup bebas dulu, sebelum jumpa dengan Harith. Jikalau waktu itu Allah menjemput dia pulang, terasa menyesalnya dia. Dengan iman yang sangat cetek. Allahuakbar!
Semerta pintu bilik terkuak. Mata Arlyssa terus terarah ke sana.
“Eh, tak tidur lagi?” soal Harith.
“Hmm… Mata tak ngantuk lagi,”
Buku di tangan dia tutup dan diletak di sebelah lampu tidur. Dia pandang ke arah Harith yang sedang menyalin pakaian dan diganti dengan lilitan tuala di pinggang. Nak ke bilik air la tu. Keluar saja dari bilik air, Harith menyarung pakaian tidurnya sebelum menyertai Arlyssa di atas katil. Selimut dia betulkan sedikit. Suhu penghawa dingin juga dia rendahkan sedikit.
“Jomlah tidur,” ajak Harith. Dia pelik sikit dengan Arlyssa malam tu. Biasanya kalau Harith keluar jumpa Malik, dia dah terbongkang tidur masa Harth balik. Tapi malam tu memang pelik. Arlyssa tak tidur lagi.
“Eh, kenapa nampak sedih pulak ni? Da baca apa sampai nak nangis ni?” soal Harith. Tangan Arlyssa dia genggam.
“Da baca buku Hubby hadiahkan tu. Buku La Tahzan. Tapi Da terbelek kat tajuk maut,” cerita Arlyssa.
“Lepas tu?” Penerangan Arlyssa masih belum lengkap lagi.
“Lepas tu Da teringat kisah dulu. Masa Da tak jumpa Hubby lagi. Dengan pakaian seksi, clubbing. Allahuakbar! Macam manalah kalau masa tu jugak Allah ambil nyawa Da. Tak dapat dibayangkan,” terang Arlyssa perlahan.
Harith peluk bahu Arlyssa dan tarik rapat ke dadanya. “Allah masih sayangkan Da. Sebab tu Allah pertemukan Da dengan Hubby kembali. Semoga hubungan kita bertambah baik selepas ini. Kita meriahkan hubungan kita hingga ke syurga, insya-Allah.” Tutur Harith lembut.
Mereka membisu, melayan perasaan sendiri. Arlyssa damai di dalam pelukan Harith.
“Err.. Tadi Da sebut pasal seksi kan? Seksi macam sekarang ke?” Arlyssa panggung kepala.
Wajah Harith dia pandang tepat. Amboi! Dah pandai sekarang! Arlyssa tepuk lengan Harith. Orang tengah sedih-sedih, boleh pulak dia keluar topik macam tu. Mulutnya tak bercakap tapi matanya menghantar kata-kata.
“Apa? Betullah kan? Da nak goda Hubby ke dengan pakai baju nipis macam ni?” Harith jeda seketika. “Minggu lepaskan Da janji lepas seminggu, dah okey. Tapi sekarang macam nak lari aje. Dah lebih dari seminggu pun.”
Ya Allah! Harith ingat lagi pasal tu? Ni kali kedua ni. Dulu kes mandi kat Langkawi, sampai sanggup tarik muncung. Nak tak nak terpaksalah Arlyssa bayar ‘hutang’ tu. Sekarang pasal minggu lepas pulak. Isy Harith ni! Bab-bab macam ni, ingat sungguh dia!
“Erk! Rasanya Da tak janji pun tapi Hubby yang beria-ia kan?”
Harith tarik muncung. “Dah mula nak mengelak la tu,” pautan pada bahu Arlyssa dia lepaskan. Orang tak nak, buat apa lagi duk mengendeng!
“Alahai.. Pakcik merajuk ye? Malangnya. Da ni tak pandai pujuk la, pakcik.” Gurau Arlyssa. Hidung Harith ditariknya.
Tapi Harith sikit pun tak layan. Siap berpeluk tubuh lagi, malas nak layan Arlyssa. Orang merajuk nak dia pujuk. Ini tak, main tarik-tarik hidunglah pulak. Dengus Harith tak suka. Arlyssa pulak tayang sengih. Pipi Harith dia tarik pula. Melihat Harith tak melayan, Arlyssa rapatkan wajahnya ke wajah Harith. Pipi suami dia cium sekali.
“Yalah, yalah. Kalau merajuk terus macam ni, Da tak bayar ‘hutang’ tu.” Bisik Arlyssa di tepi telinga suaminya.
Mendengar saja kata-kata isteri, Harith terus paut tubuh Arlyssa ke dalam pelukan. Bertalu-talu ciuman singgah di wajah Arlyssa. Lama bibirnya mendarat di leher isterinya.
“Amboi, asal sebut nak bayar hutang aje, laju dia.” Kata Arlyssa sambil ketawa.
“Rezeki jangan ditolaklah sayang,” balas Harith. Dah mula senyum pakcik ni. Tali halus baju tidur Arlyssa dia lurutkan ke bawah dan bibirnya singgah di situ. Malam itu Arlyssa membayar ‘hutangnya’.

USAI mandi, Arlyssa duduk di depan cermin meja solek. Dia sibuk membelek kesan-kesan yang Harith tinggalkan di leher dan bahu. Apasal banyak sangat ni? Gerutu Arlyssa. Tangannya dari tadi menjamah kesan itu. Tak sakit tapi nampak kesan.
Harith yang baru keluar dari bilik air pelik melihat tingkah Arlyssa. Kemudian dia senyum.
“Tak payahlah duk belek-belek leher tu. Macamlah kali pertama Da kena macam tu,” Harith ketawa kecil sambil tarik pintu almari.
Hubby ni. Habislah leher Da ni. Macam mana kalau mama tanya nanti?” Arlyssa jeling Harith melalui cermin meja solek.
“Habis? Hubby tengok ada lagi leher Da kat situ.” Harith ketawa dengan kata-kata isterinya. “Alah, bagi tahu ajelah jawapan yang betul. Macamlah mama tak pernah muda macam kita kan,” selamba Harith menjawab sambil menyarung kemeja.
Uh! Tak membantu langsung! Dengus Arlyssa.
“Alah, sehari dua aje ada kesan tu. Nanti hilanglah,” sambung Harith. Pipi Arlyssa dia cium.
“Sehari dua? Pagi boleh sorok lagi. Kalau petang nanti? Nak sorok macam mana? Takkan nak pakai tudung. Isy, nanti banyak pula soalan mama,”
“Da ni, kan Hubby dah cakap. Bagi tahu ajelah kalau mama tanya. Dah, dah. Cepat pakai tudung tu. Kata nak Hubby hantar.” Harith mematikan topik. Ikatan tali leher dikemaskan di hadapan cermin.
Arlyssa suruh Harith hantar keretanya servis tengah hari nanti, sebab tu dia terpaksa tumpang Harith. Tapi okey je kan, boleh berdua-duan. Hehehe... Mereka beriringan ke meja makan. Bau mi goreng yang Puan Aini masak menusuk ke rongga hidung.
“Lys, lusa along dah datang jemput mama.” Beritahu Puan Aini.
“Lusa? Cepatnya. Bukan ke ada masa dua minggu lagi?” Mengikut perkiraannya ada dua minggu lagi baru tempoh masa dua bulan tu berakhir.
“Along minta balik awal,” jawab Puan Aini.
“Kenapa pulak?” Mulut mengunyah tapi nak juga tanya soalan.
“Ada hal katanya. Sampai sini baru along nak cakap.”
“Macam tu pulak? Ke along nak cakap pasal kahwin tu.” Arlyssa tayang senyum. Kalau betul pun apa salahnya. Dia dah kemaruk nak berkakak ipar. Ada kakak sendiri tinggal jauh.
“Entah, tak pasti pulak mama. Tapi dengar suara along tu macam happy semacam je,” Puan Aini menyudu mi goreng masuk ke dalam mulut.
“Dah betullah tu ma,” Arlyssa meneruskan suapan.
“Lys, jom. Nanti lambat pula,” tegur Harith sambil bangun.
Mereka menyalami tangan Puan Aini sebelum bergerak ke kereta. Kereta meluncur di atas jalan raya. Keluar awal, jalan pun tak sibuk lagi.
“Da, balik pukul berapa hari ni?” Arlyssa toleh, pandang Harith yang sedang memandu.
“Hmm.. Tak tahu lagilah Hubby. Kerja macam banyak aje,” Arlyssa mengeluh perlahan. Sejak naik pangkat ni, kerjanya makin bertimbun.
“Kan ada pembantu. Bahagi-bahagilah kerja. Hubby tengok Da selalu balik lambat. Lusa pulak mama dah nak balik. Nanti siapa nak masak? Takkan Hubby jugak?” Luah Harith. Ada rasa kurang senang di situ. Yalah. Diakan suami. Takkan suami kena memasak. Itu tugas seorang isteri.
“Memanglah ada pembantu tapi apa sangatlah yang dia boleh buat. Sekadar sediakan surat tu bolehlah. Kalau nak suruh periksa dokumen tu memang taklah. Lepas kejadian baru ni, Da macam susah nak percaya orang.” Ujar Arlyssa.
Dia tahu perasaan suaminya tapi nak buat macam mana. Dia pun tak boleh nak mengelak dengan kerja-kerja yang banyak tu. Setiap hari ada saja fail-fail yang perlu disemak. Cuma hari minggu je yang dia boleh rehat sikit. Boleh luangkan banyak masa dengan Harith.
“Sekarang ni Hubby boleh tahan lagi. Tapi kalau ada anak esok-esok macam mana? Takkan Hubby kena uruskan semua benda?” Harith mula membayangkan jika mereka punya anak. Pergi dan ambil dari taska tugas dia. Sampai di rumah, takkan memasak untuk anak pun tugas dia? Baik aku yang jadi suri rumah kalau macam ni! Getus hati kecilnya.
Sampai sudah di hadapan pejabat Arlyssa. Harith berhenti berhampiran pintu masuk.
Hubby, kita sambung kat rumah ya,” Arlyssa hulur tangan untuk bersalam.
“Hmm.. Tapi tolonglah faham situasi kita ni,” balas Harith.
Kerja-kerja jugak. Tanggungjawab tu kena jaga jugak. Kalau semua terabai, habislah rumah tangga. Selepas mengucup dahi Arlyssa seperti biasa, Harith menghantar pemergian si isteri dengan pandangan mata. Selepas Arlyssa masuk ke dalam ruang pejabatnya, barulah Harith bergerak ke pejabatnya.

“HEI! Apasal termenung aje ni? Macam ada masalah negara aku tengok kau ni.” Sergah Kusyi sambil menarik kerusi dan duduk.
“Hmmm...”
Kusyi memberikan pesanan kepada pelayan yang datang ke meja mereka.
“Kau kenapa? Bad mood?” soal Kusyi lagi. “Ke kau datang bulan?” Meledak ketawa besar Kusyi. Muka temannya itu sangat pelik. Macam orang putus cinta!
Najwan pandang muka Kusyi tak beriak. Tajam dia merenung wajah itu. Duk gelak-gelak ni kenapa pulak? Apa yang kelakar ni?
“Eh, apa kes pulak tenung aku macam tu? Kau sihat ke tak ni?” Kusyi sudah gelabah.
“Kau ketawa tu kenapa? Kena sampuk?” soal Najwan keras.
“Err.. Tak kelakar eh lawak aku tadi? Tak apalah. Abaikan. Kau kenapa ni? minggu lepas aku ajak ke kelab tak nak.” Kusyi teguk sedikit minuman yang baru dihantar oleh pelayan.
“Malas!”
“Malas, malas. Tu ajelah jawapan kau.” Gerutu Kusyi antara dengar dan tak.
“Habis, kau ingat aku ni hadap sangatlah nak jumpa minah tu?” Kasar nada Najwan.
“Alah aku suruh jumpa ajelah. Bukannya suruh keluar date dengan dia. Dah nama pun jumpa, kat tengah-tengah orang ramai lagi,”
“Huh! Tak pandang muka dia, hati pun tak sakit. Gedik semacamlah dia tu!” Balas Najwan tak mahu kalah.
“Suka hati kaulah,”
“Malam ni kau tak pergi kelab pulak?”
“Hari-hari pergi sana, boring jugak.” Jawab Kusyi.
“Tau jugak kau rasa boring.” Teh tarik di atas meja dia teguk sedikit. “Eh, kau ada tak kenal siapa-siapa yang boleh jadi PI?”
PI? Personal investigator? Kau nak buat apa?”
“Adalah,”
“Kau nikan, nak mintak tolong orang. Tapi aku tanya asyik nak rahsia memanjang. Kalau macam ni malaslah aku nak jawab,” Kusyi buat muka bosan.
“Huh, kau ni! Macam perempuan! Merajuk bagai.” Dengus Najwan. “Aku nak suruh siasat pasal Arlyssa. Puas hati?”
Kusyi terkejut. Hampir tersembur air yang baru diteguk. Kawan aku ni ada hati lagi dengan minah tu ke?
“Arlyssa? Kau ni kenapa? Dari dulu sibuk kejar minah tu. Apa yang kau dapat kau kejar dia?” Sembur Kusyi. Dia paling tak suka sikap Najwan yang sibuk kejarkan Arlyssa. Apa yang ada pada minah tu dia pun tak tahu.
“Yang kau sibuk ni kenapa? Kau tanya aku jawab, habis apa lagi? Soalan aku, kau tak jawab lagi.”
Mood Najwan sejak minggu lepas memang tak berapa nak okey. Tambah pulak dapat soalan demi soalan dari Kusyi, mana tak berangin dia. Kusyi seluk poket seluar. Beg duit dikeluarkan dan dibuka. Sekeping kad dia hulurkan kepada Najwan.
Try contact dia ni. Kalau tak salah aku, dia ada buka syarikat PI kecil-kecil.”
“Okey, thanks.” Ucap Najwan. Kad itu dia tenung. Bibir melorek senyum. Rancangan sudah terangka di dalam kepala. Hanya menunggu masa untuk dilaksanakan saja. Siaplah kau, Lys!


11 ulasan:

  1. nape lh najwan neh macam tk de pempuan lain jer....isteri org pun nk rembat...hish tk kenan betul lh akk dek!!!

    BalasPadam
  2. Best.....Semakin sweet.... #^_^
    Najwan tu tolak lah jauh-jauh..... :(

    BalasPadam
  3. tq semua... najwan x blh ditolak jauh2...
    dia mesti ada sbgai penambah perasa..
    xde dia, hilang serilah novel ni.. hehehehe

    BalasPadam
  4. best2...bab lain..:)

    BalasPadam
  5. terbaik la akak! nk lgi !pliss :')

    BalasPadam
  6. kacau la najwan tu.sweetnya harith ngn lys! suka suka! :D

    BalasPadam
  7. tapi,nasib baik watak jahat xbyk sgt.Kalau watak jahat banyak mcm dlm novel yang prnh saya baca sblm nie xtaula rsa-rsanya mesty byk konflik.

    BalasPadam
  8. hahahahaha... oh tidak sama sekali... sy malas nak buat mcm tu.. bila menulis ni kan, kita kena fikir logik & x ligik 1-1 perkara... juga pasal mood pembaca.. kalau cerita yg banyak meleret, kita x suka.. pembaca lagilah tak suka kan? :)

    BalasPadam