Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Selasa, 4 Disember 2012

EPISOD CINTA HarLys : BAB 36


**salam & selamat malam.... maaf buat anda semua menunggu... jom layan bab baru..:)

“HARITH, jadi ke petang ni?” Puan Aini pandang Harith yang sedang menyudu nasi goreng ke dalam mulut.
“Insya-Allah, jadi ma.”
“Jadi? Nak pergi mana?” Arlyssa seperti orang ketinggalan keretapi. Pakatan apa pulak mama dengan Harith ni? Hmmm… Arlyssa musykil.
Harith pandang Puan Aini. Puan Aini pandang Harith. Ah, sudah. Makcik ni tak tahu lagi tentang rancangan mama. Macam mana ni? Nak cakap jugak ke? Harith menghantar pertanyaan kepada Puan Aini melalui mimik muka.
“Err.. Tak ada, mama ajak Harith melawat saudara kita. Nanti Lys ikut jugak ya,” tangan Arlyssa dia tepuk perlahan. Nasib baik datang idea masa gawat seperti sekarang.
Bab melawat saudara ni yang Arlyssa malas. Bukan dia kenal pun. Rasanya dia pernah jumpa saudara-mara Puan Aini tapi masa kecil dulu. Dah dua puluh tahun kut.
“Kalau tak nak, kena pergi jugakkan,” lemah suara Arlyssa.
Yes my darling,” sambut Harith sambil sengih.
Mereka semua meneruskan suapan sarapan pagi. Nasib baik Puan Aini tak buat program mengejut pagi ni, macam minggu lepas tu. Program melawat Pasar Payang yang sangat tak best! Tak pasal-pasal terjumpa dengan bekas makwe suami sendiri. Choi!

PETANG itu seperti yang dijanjikan, mereka bertiga bertolak ke rumah keluarga Harith. Sepanjang perjalanan, Arlyssa lebih suka membuang pandang ke luar tingkap. Barisan pokok-pokok hiasan yang menghuni tepi jalan disapa matanya. Harith pula tenang memandu. Sehinggalah suaminya melalui sebuah jalan kampung. Hatinya sudah berlagu sumbang. Dia pandang Harith di sebelah. Tapi riak wajah itu tenang saja.
Puan Aini terkaku memandang rumah di hadapannya ini. “Harith, ini ke rumahnya?” soalan Puan Aini hanya dibalas anggukkan.
Ya Allah, kecilnya dunia! Pusing-pusing, mereka bertemu juga. Bisik hati kecil Puan Aini. Wajah Arlyssa sudah pucat tak berdarah. Ya Allah, malapetaka apa pulak yang akan terjadi hari ni? Arlyssa mengomel di dalam hati. Dadanya memang tengah berdebar-debar sekarang ni. Sekali dia datang dulu baginya itu yang pertama dan terakhir. Tapi...
“Eh, Lys tak nak turun ke? Janganlah macam tu, tak manis ditengok orang. Apa kata mereka nanti?” Tegur Puan Aini selepas menolak pintu kereta. Dia dapat mengesan riak gelisah di wajah anaknya. Asalnya dia turut terkejut tapi dikawal rasa itu dan diganti dengan senyum segaris.
“Eh, Kak Ani. Mari dengan sape?” Tiba-tiba ada suara yang menyapa. Mesti pemilik suara tak nampak dia sebab kereta Arlyssa ni bercermin gelap. Harith genggam tangan isterinya. Dia faham perasaan Arlyssa sekarang ini.
“Dengan anok nantu,”
“Marilah naik,” pelawa Puan Hasnah sebelum terkedek-kedek ke pintu utama rumahnya.
“Adik, jom.” Ajak Puan Aini sambil membuka pintu kereta sebelah Arlyssa.
Lambat-lambat Arlyssa dan Harith keluar dari perut kereta bersama debaran dan rasa kurang selesa. Di dalam kepala mereka tak putus-putus berdoa. Mereka membuntuti langkah Puan Aini. Sampai di muka pintu, mata Harith bertemu pandang dengan sepasang mata milik Puan Hasnah.
“Harith? Ke.. Kenapa along datang bersama dengan Mak Long Ani? Along dah kenal ke dengan Mak Long?” tanya Puan Hasnah walau hatinya sudah rasa tidak sedap. Setahunya, mereka berdua tak pernah bertemu empat mata. Tambah lagi dia lihat Harith datang dengan isterinya.
“Eh, Nah kenal ke Harith ni?” Puan Aini pula yang menyampuk. Pura-pura tak tahu apa-apa.
“Apa pulak tak kenalnya. Anak sulung saya tu. Tapi...”
“Kita bercakap di dalam, Nah.” Pinta Puan Aini. Dia tak mahu kecoh-kecoh. Sebelum jadi apa-apa hal, biarlah mereka bertenang dahulu.
Puan Aini, Harith dan Arlyssa melangkah masuk ke ruang tamu kecil itu. Mereka semua duduk di atas set kerusi rotan milik Puan Hasnah. Kedudukan Arlyssa yang berhadapan dengan emak mentua sendiri buat dia rasa kecut perut. Tambah lagi dengan mata Puan Hasnah yang menghantar maksud masih tak boleh terima dia di dalam keluarga itu.
“Along, macam mana along boleh kenal Mak Long Ani? Sampai boleh datang sama-sama lagi,” Puan Hasnah menyoal anaknya. Dia memang tak sabar. Letak duduk punggung juga tidak selesa.
“Mak, sebenarnya...” Patah kata Harith mati apabila Puan Aini terlebih dahulu memotong.
“Harith, tak apa. Biar mama yang terangkan,”
Puan Hasnah yang melihat reaksi orang-orang dihadapannya ini terasa aneh. Mama? Kenapa Harith panggil Kak Ani mama? Kenapa tidak mak long? Apakah...
“Nah, sebenarnya Harith ni menantu akak. Arlyssa tu pulak anak bongsu akak,” akhirnya keluar juga butir bicara dari mulut Puan Aini. “Akak tahu Nah tak boleh terima kehadiran Arlyssa dalam keluarga ni. Tambah lagi dengan cara mereka berkahwin dulu. Agak memalukan. Tapi semua tu sudah hampir tujuh tahun berlalu.”
Dan kemudiannya Puan Aini membuka lembaran kisah malam tragedi yang menimpa Harith dan Arlyssa sehingga mereka ditangkap basah. Mungkin Puan Hasnah dah dengar sebelum ni tapi ini kisah dipihak Puan Aini. Tak ada satu pun yang tertinggal, semuanya diceritakan.
“Jadi, kita berbesan?” Puan Hasnah bertanya. Dia masih belum percaya sebenarnya.
“Ya, Nah. Syukur alhamdulillah. Sebab Lys kena tangkap dengan Harith. Kalau kena tangkap dengan orang lain, tak tahulah macam mana. Tak dapat kak bayangkan.” Ujar Puan Aini. Masing-masing diam membisu.
“Assalamualaikum,” Haji Ahmad memberi salam. Kakinya memijak anak tangga. Seisi rumah menyambut salam Haji Ahmad.
“Eh, semua ada? Ada perbincangan keluarga ke?” tanya Haji Ahmad. Harith laju merapati ayahnya. Tangan tua itu dia salami.
“Mad, tak sangka pulak. Kita berbesan sebenarnya. Isteri Harith ni anak bongsu akak,” beritahu Puan Aini.
“La ya ke? Keciknya dunia,” sambut Haji Ahmad. Patutlah hatinya tak terasa nak marah ketika Harith perkenalkan Arlyssa sebagai isteri dia dulu. cuma terkejut saja. Puan Aini senyum sambil angguk kepala. “Eh, tak angkat air ke Nah?” tegur Haji Ahmad.
“Allah, lupa pulak!” Laju Puan Hasnah mengatur langkah ke dapur.
Harith lirik mata ke arah Arlyssa, menghantar pesan. Arlyssa jongket kening, dia tak faham dengan maksud lirikkan mata itu. Dia angkat kepala, menyoal kembali. Macam orang bisu pulak. Duk balas-balas bahasa isyarat.
Akhirnya, Arlyssa angkat punggung. Dia melangkah ke dapur. Dia lihat tangan Puan Hasnah tangkas mengatur piring dan cawan di atas dulang. Perlu ke aku tegur? Macam mana kalau dia marah kat aku? Arlyssa takut nak tegur. Hatinya serba-salah.
“Err.. Ada yang boleh saya bantu ke err.. mak?” Arlyssa gagap menyoal emak mentuanya.
Puan Hasnah pusing tubuh. Lidahnya kelu. Tak disangka menantu barunya ini mahu masuk ke dapur sempit ini. Dan lagi tak sangka, menantu sulungnya adalah anak saudaranya sendiri. Ya Allah, terasa mahu pitam dia!
“Err.. Dah tak ada apa dah,” gugup dia membalas.
Dulu menantu inilah yang dia cerca. Yang dia kata macam-macam. Tapi sekarang? Ada rasa kesal bertandang di hati Puan Hasnah. Usai Puan Hasnah mengacau air, Arlyssa terus tatang dulang itu dan dibawa ke ruang tamu. Sepiring keropok lekor juga ada di atas dulang. Seulas senyuman dia hadiahkan kepada emak mentuanya.
Di ruang tamu, Arlyssa menyusun cawan dan menghidang sepiring keropok lekor di atas meja kopi. Puan Hasnah mengkori belakangnya. Arlyssa pandang wajah suaminya. Mereka berbalas senyum. Harapnya selepas terbongkar semua ini, hubungan kekeluargaan mereka bertambah akrab. Puan Aini dan Haji Ahmad turut senyum. Hati mereka lapang selepas semuanya dapat diselesaikan dengan baik.
Selepas hampir tiga jam mereka di sana, Puan Aini meminta diri untuk pulang. Saat mahu bersalaman dengan Puan Hasnah, tiba-tiba tubuh Arlyssa terdorong ke depan. Emak mentuanya sedang memeluk Arlyssa. Terkaku dia seketika sebelum membalas pelukan itu.
“Maafkan, mak.” Menitis air matanya ketika mendengar ucapan maaf itu terluncur keluar dari mulut emak mentuanya. Terasa sayu dan sebak apabila seorang emak meminta maaf dengan seorang anak.
“Mak tak perlu minta maaf, mak tak salah apa-apa.” Ujar Arlyssa sambil menggelengkan kepala. Pelukan direnggangkan sedikit. Puan Aini, Harith dan Haji Ahmad hanya bertindak sebagai pemerhati. Sedikit pun tidak menyampuk.
“Nanti datang lagi,” pesan Puan Hasnah. Tangan tua itu Arlyssa salami. Dia mengganggukkan kepala.
“Insya-Allah,”
Bersama deraian air mata yang masih bersisa, Arlyssa masuk ke dalam perut kereta. Hon dibunyikan dan kereta itu meluncur laju ke jalan besar. Masih terbayang lambaian Puan Hasnah dan Haji Ahmad di ruang mata Arlyssa. Tiba-tiba terasa pehanya ditepuk. Dia pandang Harith.
 “Sudah-sudahlah tu. Nanti kita datang lagi,” ujar Harith mahu meredakan perasaan sebak isterinya. Arlyssa hanya mengangguk sambil pandang ke luar tingkap.
“Tak sangkakan, rupa-rupanya kita bersaudara. Kalau mama tak heret kamu berdua petang ni, sampai sudahlah kau orang duk main sorok-sorok.” Suara Puan Aini memecahkan ruang bisu antara mereka.
Rupanya Arlyssa dan Harith sepupu. Hubungan kekeluargaan yang masih dekat. Tambah lagi dengan hubungan suami isteri ini. Sepupu yang tak pernah saling mengenali lantaran Puan Aini dan Puan Hasnah yang terpisah sejak kecil. Puan Aini dijaga oleh keluarga angkat yang punya kedudukan. Agak berada. Sementara Puan Hasnah dijaga oleh keluarga kandung dengan hidup yang serba kekurangan.

NAJWAN mundar-mandir di dalam kondominiumnya. Duduk di ruang tamu tak kena. Berdiri di balkoni jugak terasa tak selesa. Di dalam kepalanya sedang ligat berfikir tentang seorang perempuan. Arlyssa. Bagaimana cara untuk merampas kembali Arlyssa dari genggaman lelaki itu? Arlyssa memang sejak dulu lagi licin. Seperti belut. Sangat susah untuk didekati.
Breep. Breep. Tiba-tiba telefon di dalam genggamannya bergetar. Lantas jari dilarikan ke skrin telefon untuk menjawab panggilan.
“Hmm...”
“Kau tak keluar ke malam ni?” soal si pemanggil.
“Malas,” Najwan rebahkan tubuhnya di atas sofa berangkai dua di ruang tamu.
“Kau ni, mana boleh malas-malas. Ni awek-awek kau tengah tunggu ni. Dari tadi lagi dia orang sibuk tanyakan kau.” Balas Kusyi sedikit terjerit kerana melawan bunyi bising di dalam kelab malam itu. Jangan tak tahu, negeri pantai timur ni ada kelab malam tau. Tapi khusus untuk anak-anak orang berada sahaja. Kelab malam yang lebih bersifat private. Sebab itu ia tak diketahui umum. Hanya sebilangan sahaja yang tahu tentag kewujudan kelab ini.
“Kau ajelah yang layan.”
“Eh, boleh pulak macam tu. Wan, datanglah. Malam ni Nory ada buat parti la. Muncung panjang la dia nanti kalau kau tak join sama,” Kusyi masih tak jemu memujuk teman baiknya itu.
“Kau cakap aje aku tak sihat, habis cerita. Okeylah, aku chow dulu.” Telefon dilempar ke atas sofa.
Kusyi tercengang kerana talian dimatikan begitu sahaja. Tak sempat Kusyi nak pujuk Najwan lagi. Telefon dia sumbat kembali ke dalam poket seluar.
Amacam? Dia nak join?” Tanya Nory yang entah bila terpacak di sebelahnya. Bukan dia tak tahu, Nory tu salah seorang perempuan di kelab yang tergila-gilakan Najwan. Entah apa yang dipandang pada Najwan pun tak tahu. Nak kata kaya, aku kaya jugak. Harta bapak aku tu tak habis kalau makan sepuluh keturunan. Bisik hati Kusyi.
“Tak, dia cakap tak sihat,” balas Kusyi sambil menggelengkan kepala mengikut rentak lagu.
“Dah agak dah. You cakap kat dia, tak payahlah nak guna alasan lapuk tu. I dah muak dengar!” ujar Nory, geram. Sama juga kalau Nory mengajak Najwan keluar, pasti ada saja alasannya.
“Jomlah, you kata nak berparti. Jom!” Kusyi tarik tangan Nory hingga ke tengah pentas dan mula menari. Mereka dibuai keasyikan bunyi bising lagu yang sangat membingitkan telinga.

“ASSALAMUALAIKUM,” Puan Hasnah merapati Hajah Karimah yang sudah menghampiri keretanya.
“Wa’alaikumussalam,” Hajah Karimah berpusing. “Eh, Nah rupanya.”
“Hajah, boleh kita bercakap sekejap?”
“Di sini? Tak apa ke kita bercakap di sini?”
“Tak apa, saya tak kisah.” Puan Hasnah menghela nafas dalam.
“Bercakap tentang apa tu Nah?” Hajah Karimah meletakkan beg berisi al-Quran ke dalam keretanya. Puan Hasnah jadi serba salah, patut ke dia cakap dengan Hajah Karimah tentang hal itu? Hatinya tak senang duduk.
“Nah?” Panggil Hajah Karimah apabila melihat Puan Hasnah terdiam seribu bahasa.
“Hah?” Tersentak Puan Hasnah. Dia pandang wajah Hajah Karimah yang setia menunggu butir bicaranya. “Err... Saya nak bercakap tentang anak-anak kita.”
“Tentang anak-anak kita? Kenapa tu?”
“Err.. Pasal rancangan yang kita rancang tu...” Puan Hasnah kematian kata-kata. Macam mana aku nak cakap ni? Dia kegelisahan. Tangannya saling bertaut erat, tanda dia tak senang duduk.
“Kenapa ni Nah?” Lembut Hajah Karimah bertanya. Dia sentuh lengan Puan Hasnah. Dia bagai dapat merasai kegelisahan Puan Hasnah.
“Err.. Macam ni. Rasanya rancangan kita nak satukan anak-anak kita tu tak boleh dilaksanakan hajah. Anak saya sudah ada pilihannya sendiri.” Tersekat-sekat suara Puan Hasnah memberitahu. Akhirnya terkeluar juga apa yang ingin dia cakapkan.
“Oh, macam tu. Tak apalah, Nah. Kita hanya merancang. Jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah.” Balas Hajah Karimah. Walau sebesar mana pun rancangan mereka, janji Allah itu lagi besar.
“Tapi saya terkilan, kita tak dapat berbesan.” Puan Hasnah meluahkan rasa terkilannya.
“Jangan macam tu, Nah. Itu tandanya mereka tak ada jodoh. Jika kita jodohkan juga mereka berdua, bukankah akan ada hati yang terluka? Bagaimana jika mereka tak kekal bahagia, kita juga yang akan disalahkan. Anak-anak zaman sekarang sudah tidak percayakan perkahwinan aturan keluarga. Bukan macam zaman kita dulu.” Ujar Hajah Karimah tenang. Langsung tak ada riak marah di wajahnya. Siap boleh senyum lagi.
Puan Hasnah menganggukkan kepala, mengiyakan kata-kata Hajah Karimah. “Kita masih berkawan, kan?”
“Ya Allah! Mestilah kita masih berkawan. Takkanlah sebabkan hal kecil ini kita nak bergaduh. Terasa macam budak-budak pula,” Hajah Karimah ketawa kecil. Sampai ke situ Puan Hasnah terfikir rupanya. Isy, isy.
Seketika kemudian, Hajah Karimah meminta diri. Puan Hasnah hanya memandang hingga kereta sahabatnya itu hilang dipandangan mata. Syukur, alhamdulillah! Puan Hasnah panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

9 ulasan:

  1. alhamdulillah....akhirnya...lys xpyh tkut da..hihiii

    BalasPadam
  2. Baguslah tu.... Masalah dpt diselesaikan dgn begitu mudah sekali....

    BalasPadam
  3. Akhirnya selesai juga masalah Lyss dan Harith.... #^_^

    BalasPadam
  4. selesai 1 masalah... ada lg yg menunggu tuu.. HUMAIRA & NAJWAN sedang menunggu utk mengucar-kacirkan hidup diorg.. huhuhu

    BalasPadam
  5. akhirnya terjawab sudah hubungan pn aini ngan mak harith...rupanya adik-beradik hehehehe, arlyssa ngan harith pun lega rasanya masalah dah selesai...rupanya sepupu keciknya dunia ;))
    erkkkkkk 2 orang penambah perisa ni nak munculkan diri ka lepas ni huh.....mesti konflik berat

    alongnani

    BalasPadam
  6. alhamdulillah.... xperlulah nak meleret bagai pasal mak2 mereka ni.. malas la nak buat scene perang + tarik rambut.. hahahaha... lepas ni humaira mulakan rancangan dia.. tungguuu....:D

    BalasPadam
  7. next bab please..:)

    BalasPadam