Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Ahad, 25 November 2012

EPISOD CINTA HarLys : BAB 35


HUMAIRA menonong berjalan masuk ke dalam rumah. Teguran umi dan kakaknya langsung dia tak endah. Tangga dia panjat selang dua anak tangga, nak cepat sampai ke tingkat atas. Pintu bilik dia tolak kasar dan badan direbahkan di atas katil. Beg tangan sudah terbang entah ke mana. Air mata yang tadinya ditahan akhirnya terhambur keluar. Makin laju, laju dan laju. Bagai Empangan Tasik Kenyir pecah!
“Kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa?!” Humaira melepas geram. Tangan dikepal dan ditumbuk-tumbuk pada tilam. Kesian tilam yang tak berdosa itu.
“Buat letih aku menunggu bertahun-tahun tapi hasilnya? Kenapalah aku ni bodoh sangat! Buang masa pada lelaki yang belum tentu menjadi hak aku!” Mulutnya tak habis-habis menyebut kata kesal.
Bertahun-tahun dia simpan rasa cinta untuk lelaki yang pernah menjadi senior di UIAM dulu. Perasaan yang sama dia bawa hingga ke Mesir. Dia tutup pintu hatinya untuk lelaki lain. Tapi apabila kembali ke sini, apa yang dia dapat? Penantian yang hanya sia-sia. Kalau dia tak ikut kakaknya mencari barang-barang hantaran untuk majlis kahwin kakaknya hujung bulan ini, pasti dia tak akan terserempak dengan si dia.
“Mera,” Aqila memanggil sambil menolak pintu bilik adiknya tapi tak bersahut. Dia merapati Humaira yang sedang meniarap di atas katil. Kenapa dengan budak ni? Aku panggil kat bawah tadi pun dia tak sahut. Aqila kepelikkan.
“Hei, kenapa ni?” Aqila paksa Humaira berbaring memandangnya tapi Humaira bangun dan memeluk Aqila. Muka Humaira sudah lencun dengan air mata. Berkerut dahi Aqila. Tapi dia hanya biarkan Humaira menangis semahunya di bahunya. Seketika kemudian tangisan Humaira reda dengan sendirinya.
“Mera, kenapa?” Aqila tenung wajah adiknya.
“Dia.. Dia dah kahwin kak,” jawab Humaira bersama sendu yang masih belum hilang. Dahi Aqila berkerut. Mera tengah bercakap tentang siapa?
“Dia? Dia tu siapa?”
“Senior Mera kat U dulu,” air mata yang mengalir dia sapu dengan belakang tangan.
“Habis tu kenapa? Ke Mera ada hati dengan dia?” Aqila menembak dengan niat mahu bergurau.
Humaira mengangguk lambat-lambat. “Bertahun Mera tunggu dia tapi tahu-tahu saja, dia dah kahwin.”
“Ya Allah, dik. Itu maknanya dia bukannya tercipta untuk adik. Allah sudah janjikan yang terbaik untuk Mera dan semestinya bukan dia. Jika betul dia jodoh Mera, pasti sudah dari dulu lagi Allah bukakan hatinya menerima Mera. Tidaklah Mera menanti begini seperti menunggu buah yang tak akan gugur. Bukan begini caranya menghadapi ujian ini. Mengadu dengan Allah lebih baik, Mera.” Aqila memberikan nasihat. Bahu Humaira dia gosok perlahan. “Mera, pergi ambil wuduk dan mengaji, ya. Mera pasti tahu apa yang perlu Mera buat,” saran Aqila. Dia melangkah keluar dari bilik adiknya. Dia mahu memberi ruang kepada Humaira untuk bersendirian.
Hampir lima minit Humaira termenung sebelum kaki dihayun ke bilik air, mengikuti saranan kakaknya. Mengadu kepada Ilahi adalah yang terbaik.

SEJAK dari pasar lagi Arlyssa lancar mogok suara. Tak nak bercakap dengan Harith. Soalan dari mamanya juga dibiarkan tak berjawab. Dia tak ada mood selepas bertembung dengan kekasih suami sendiri. Kekasih? Tapi betul ke? Ah, betul ke tak, tu lain cerita. Yang pasti mereka berdua tu macam ada sesuatu. Ni yang kena siasat ni!
Harith melangkah ke ruang balkoni sesudah menunaikan solat isyak. Puan Aini mungkin sudah masuk tidur kerana tadi mama mertuanya itu ada cakap nak tidur awal sebab letih. Harith pandang pekat malam yang kosong tidak berbintang dan bulan. Kepalanya sudah letih memikirkan cara memujuk si isteri. Kukuh betul tembok Arlyssa. Sejak di pasar membisu sehinggalah ke malam ni. Di meja makan pun senyap jugak. Macam rumah itu sedang dilanda garuda.
Pintu balkoni dia tutup dan kakinya merapati katil. Tubuh Arlyssa yang sedang berbaring membelakanginya ditenung lama. Lalu dia turut merebahkan badan bersebelahan dengan isterinya. Pinggang isteri dia peluk erat. Arlyssa yang masih belum tidur tersentak sedikit. Nak pujuk la tu, desis hati kecilnya.
“Da, dia bukan siapa-siapa pada saya,” bisik Harith perlahan.
Arlyssa tak tanya pun perihal Humaira kepada Harith sebab dia nak Harith sendiri yang cakap. Hanya bahasa tubuh yang dihantar pengganti soalan. Membisu, tunjuk muncung panjang sedepa, itulah cara Arlyssa memaksa Harith bercerita. Arlyssa diam. Dia nak tengok sejauh mana Harith memujuk.
“Da sayang, Hubby tahu Da tak tidur lagi tapi tolonglah jangan diam membisu macam ni.” Pelukan semakin dieratkan hingga Arlyssa rasa sesak nafas.
“Janganlah peluk kuat sangat, sesak tahu.” Kerana tak tahan, akhirnya terkeluar juga suara Arlyssa.
“Oh, sorry, sorry sayang.” Harith melonggarkan sedikit pelukan tapi tangannya masih memeluk Arlyssa. Cuma tidak seerat tadi. Dia peluk kemas-kemas macamlah Arlyssa akan lari jauh.
Arlyssa diam, Harith turut diam. Tadi nak sangat pujuk isteri, tapi sekarang, mati kata pulak. Haih, makin kuat merajuk makcik ni nanti. Dan Arlyssa masih menanti. Manalah tahu kut-kut Harith nak menggulakan dia lagi tapi hampeh. Macam tak aje! Huh! Letih aku menunggu. Kalau macam ni baik tidur! Dengus Arlyssa.
Harith dah tak tahu macam mana lagi cara nak pujuk tuan puteri sorang ni. Dah cakap dia tak ada apa-apa hubungan dengan Humaira tapi macam tak jalan aje. Hmm.. Harith berfikir. Ha, apa kata aku buat macam ni. Alang-alang dah peluk ni, rugi tau kalau dia menolak. Senyuman nakal sudah terhias dibibir. Akal Harith sedang merangka strategi.
Harith benamkan wajahnya di bahu Arlyssa. Bertalu-talu ciuman singgah di bahu dan tengkuk Arlyssa. Manakala tangan yang sedang memeluk pinggang Arlyssa turut bekerja. Kebetulan isterinya mengenakan sepasang baju tidur satin yang berbutang di hadapan. Bagai memberi ‘rezeki’ kepadanya. Satu per satu butang baju Arlyssa dia buka.
Arlyssa keras, kaku, kejung tak berreaksi. Mata yang tadinya terpejam automatik terbuka dan membulat. Tak disangka Harith begitu berani. Spontan dia menjarakkan badannya dari pelukan Harith.
“Kenapa?” Harith pelik. Semerta tangannya berhenti bekerja.
I’m period,” tanpa nada Arlyssa menjawab.
“Hari ni baru 12 hari bulan. Eh, biasanya period Da 20 hari bulan kan,” balas Harith.
Muka Arlyssa merona merah. Malu sangat! Sampaikan tarikh period aku pun dia tahu! Apa lagi yang dia tahu? Saiz bra aku takkan dia tahu jugak kut? Gumam Arlyssa di dalam hati.
Period saya tak tetap, kadang awal, kadang lewat.”
Harith mengeluh. Alah, melepas lagi. Baru dia nak manja-manja, dah tak boleh pulak. Tapi...
“Tapi Hubby masih boleh peluk dan cium kan,” bisik Harith perlahan, sempat lagi telinga Arlyssa diciumnya.
Ya Allah! Dah nama pun dapat suami nakal, memang selamanya nakal la Hubby ni, gerutu Arlyssa. Marahnya sudah reda sedikit. Cuma dia mahukan penjelasan dari Harith. Dia tak nak terluka di kemudian hari. Prinsipnya begini, sekali dia jatuh cinta dan sayang, dia tak rela kehilangan rasa itu. Cukuplah sekali ketika abahnya meninggal dulu. waktu itu, dunianya terasa gelap-gelita. Sebab itu jugalah dia susah menyerahkan rasa sayangnya kepada seorang lelaki kerana dia takut lelaki itu akan pergi seperti abahnya. Pergi yang takkan kembali lagi.
Haip! Tangan tu jaga-jaga, orang cakap tengah period tu faham-faham la Hubby ni,” tangan Harith yang sedang menjalar entah ke mana-mana itu dia tepuk perlahan.
Sorry, terbabas. Hehehe,” Harith senyum kambing. Menyedari kealpaan sendiri. “Da dah tak merajukkan? Janganlah merajuk, susah hati Hubby ni,” rayu Harith. Dari lenggok suara Arlyssa tadi, nampak gaya macam dah tak merajuk dengan dia.
Arlyssa tarik nafas dan dihembus perlahan. Harith boleh dengar masalah dia dengan Najwan, kenapa tidak dia pulak yang dengar cerita Harith. Hidup kenalah adil kan.
“Siapa dia?”
“Siapa pulak?”
“Hisy, perempuan tu la,” Arlyssa geram. Harith ni macam nak main-main pulak.
“Nama dia Humaira. Hubby kan dah cakap pagi tadi, dia tu adik angkat Hubby la.” Dah hilang ingatan ke bini aku ni?
“Itu Da taulah. Da nak tau semua tentang dia. Dia orang mana, macam mana Hubby boleh kenal dia and the most important thing, Hubby anggap dia sebagai apa. I want know everythings about her!” Kedudukan mereka masih macam awal tadi, Harith memeluk Arlyssa yang berbaring menghadap dinding.
“Okeylah, okeylah. Hubby kenal dia sejak kat U dulu, masa minggu orientasi. Dia junior Hubby. Tapi Hubby tak layan sangat sebab hubungan tu habis kat situ aje. Lama jugak Hubby tak jumpa dia lepas tu. Tup-tup masa buka semester baru, tiba-tiba Hubby dapat surat. Dalam tu tertulis, si pengirim nak ambil Hubby jadi abang angkat dia. Hubby memang tak layan sebab tak tahu siapa yang bagi. Hubby ingat si pengirim ni dah serik tapi tak nampaknya. Lepas tu hari-hari Hubby dapat surat. Kawan Hubby, Malik tu la yang jadi posmennya.” Harith berjeda seketika.
“Lepas tu apa jadi?” Arlyssa paling muka menghadap Harith. Akhirnya dapat jugak pandang wajah kesayangan hamba ni. Harith cium pipi Arlyssa sekali.
“Kali terakhir Hubby dapat surat barulah Hubby tahu siapa yang sibuk duk hantar surat-surat tu semua. Kat dalam surat tu ada tulis nama dan emel Mera. Tapi Hubby tak layan pun. Si Malik tu pulak gatal mulut. Dia bagi alamat emel Hubby kat Mera, budak tu apa lagi, perasanlah Hubby syok dekat dia,”
“Malik? Yang mana satu Malik ni? Da tak pernah kenal pun,” Arlyssa mencelah.
“Malik ni satu tempat kerja dengan Hubby sekarang. Eh, nak dengar lagi ke tak ni?”
“Nak, sambung-sambung.”
“Lepas tu dia tak putus-putus emel kat Hubby. Lama-lama Hubby pun layan la.”
“Amboi! Melayan jugak pakcik ni. Tak padan nampak alim macam pak ustaz.” Tangan Arlyssa mendarat di perut Harith.
“Aduh, sakitlah Da. Malaslah Hubby sambung. Merajuk kang.”
“Habis, Hubby gatal sangat! Lelaki kan, pantang nampak perempuan dahi licin. Mula-mula tak nak lepas tu melayan jugak! Eh, takde-takde. Sambung jugak.” Arlyssa ni, asyik dia aje nak menang. Sedap-sedap pulak tu panggil orang gatal. Geram Harith.
Selepas itu Harith menyambung cerita. Dia dengan Humaira awalnya berbalas emel sahaja. Kemudian barulah Harith berjumpa dengan Humaira. Itu pun selepas diajak berkali-kali oleh Humaira. Tapi mereka tidak berjumpa berdua. Humaira datang dengan kawannya dan Harith datang dengan Malik. Mereka berjumpa hanya dua kali sahaja, selebihnya hanya berbalas emel. Hinggalah Harith kahwin dan Humaira sambung belajar. Sejak itu Harith mula jarang berhubungan dengan Humaira. Batas sebagai suami dia mula jaga. Takut nanti tersalah langkah. Sekali tersalah langkah, habislah.
“Semalam tu pertama kali Hubby jumpa dia selepas bertahun-tahun tak jumpa dia. So? Puas hati?” Kening Harith terjongket.
“Hmm.. Tapi takkanlah Hubby tak ada sikit pun perasan kat dia?” Duga Arlyssa.
Nope! Da tau tak, lain rasanya bila Hubby bersama dengan dia dan bersama dengan Da macam sekarang ni. Bersama dengan Da, jantung Hubby ni sibuk duk berdegup kencang. Hubby ingat lagi pertama kali Hubby jumpa Da dulu, masa kat hotel tu. Dengan pakaian Da yang daring tu. Fuhh.. Mau tegoda iman. Lepas tu kali pertama kita jumpa kat rumah mama tujuh bulan lepas. Dengan Da yang pakai tuala je masa tu. Macam sengaja nak goda Hubby je. Lama-lama, tercabut jugak jantung Hubby ni.” Harith berterus-terang. Muka Arlyssa pula sudah bertukar warna. Malu seh ingatkan peristiwa-peristiwa yang Harith sebutkan tu. “Tapi dengan Mera, Hubby tak ada pun rasa semua tu. Entahlah. Mungkin sudah tertulis, ini jodoh kita.” Sambung Harith.
Dahi dan pipi Arlyssa menerima ciuman lagi. Arlyssa tersipu-sipu malu. Aiseh! Macamlah tu kai pertama Harith cium dia.
“Alah, shy-shy cat pulak dia ni,” usik Harith sambil gelak perlahan.
Shy-shy cat? Apa Hubby ni. Merosakkan BI la.” Arlyssa tepuk lengan Harith. Mereka terbuai seketika di dalam pelukan yang halal.
“Sayang dah tak merajuk kan?” Arlyssa geleng kepala. “Good! Hmm.. Can I ask something?”
“Apa dia?” Kening Arlyssa pula yang naik.
“Bila nak pakai macam malam tu?” bisik Harith perlahan.
“Pakai apa?” Arlyssa pura-pura menyoal sedangkan dia faham maksud Harith itu.
“Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Cepatlah..” Rengekkan Harith kedengaran lembut di telinganya. Adoi, Lys ni!
“Tunggu seminggu lagi,” balas Arlyssa juga berbisik.
“Alah, lamanya.” Rungut Harith.
“Eh, seminggu je pun. Macam mana kalau dah bersalin nanti? Lagi lama tau kena puasa.”
“Bersalin? Sound interesthing!” Arlyssa gigit bibir. Adoi! Tersilap cakap la pulak. Macam mana aku boleh terkeluar topik bersalin ni. Entah apa yang pakcik ni tengah fikir. Hisy, otak tak boleh pakai tu. Gerutu Arlyssa.
“Tapi nak bersalin macam mana kalau dalam ni masih kosong. Isy, kena kerja keras lagi ni. Tak apa, tak apa. Seminggu je pun. Hubby akan sabar menunggu,” Harith letak tapak tangannya di perut Arlyssa.
Isy, kan dah terlajak kata. Orang cakap terlajak kereta boleh reverse tapi kalau terlajak kata? Hmm.. Dah tak boleh undur-undur. Arlyssa tak sudah-sudah merungut. Mulut sendiri yang gatalkan. Sekarang rasalah akibatnya.
“Dah, dah. Jom tidur.” Ajak Arlyssa, mematikan topik perbualan Harith. Bukan boleh layan sangat tu. Makin dilayan makin mengada pulak.
Hubby cintakan Da,” ucap Harith di tepi telinga Arlyssa sesudah membaca doa tidur. Pipi itu dicium lagi.
“Hmm...” Balas Arlyssa dalam  mata yang terpejam.

8 ulasan:

  1. hehe...harith neh pandai gak wat lawak yer..shy,shy cat........pape pun ur still hubby yg romantik.....tu lh alisya cinta n sayang kat hubby nyer.

    BalasPadam
  2. Hehehe..... Senyum pnjg je kan....:D

    BalasPadam
  3. hehehehe dah ada humor n3 ni
    1) shy-shy cat
    2) kesian tilam yang tak berdosa
    hehehehe best fieyza
    tengah pujuk memujuk episode ni hehehe pandai harith pujuk ye

    alongnani

    BalasPadam
  4. @alongnani; hehehehehe.... stress jugak kalau asyik serius, ayat skema.. sesekali kita lari skit dr kebiasaannya.. hehehe :D

    @nuratiza; tq dear...:)

    BalasPadam
  5. best gila la.. cita ni hbis dkt blog ka?
    jgan ada konflik yg jhat sudah.. hehe
    x suka x suka.. hehe

    BalasPadam
  6. ECH insya-Allah akan ke versi cetak... Sy update smpai bab40 je dlm blog.... Ada konflik skit sbg penambah perasa... Hehehe

    BalasPadam
  7. xpuas rsnya duk bc pgilan dorg..da ngn hubby 2..rs lost plk...sori ff..tp cter ni mntop..love it

    BalasPadam